Bab 2 : Buku Merah Jambu Terasa sebak dada Ayu Afiqah sekali lagi. Ayu Afiqah cuba mengawal air matanya agar tidak tumpah terus menerus. Dia mengenangkan kata-kata ibu bahawa dia harus kuat dan jangan terus menangis jika menghadapi masalah. Dia harus perlu tabah! “Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun seperti kamu tidak harus menangis di hadapan orang ramai. Itu namanya cengeng!” Itulah yang dipesan oleh ibu suatu ketika dahulu semasa dia baru menjejaki di tahun empat dahulu. Ayu Afiqah semena-mena melihat dirinya dibuli di sekolah oleh rakan sekelasnya pada waktu rehat. Suasana persekitaran biliknya bertukar menjadi kawasan sekolah semasa dia berada di tahun empat. Ayu Afiqah hanya menangis sepanjang rehat. Ayah dan ibunya terpaksa di panggil ke sekolah oleh guru besar untuk mengambilnya kerana Ayu Afiqah tidak mahu bercakap apa-apa dan hanya menangis sepanjang masa. Ibu terpaksa berkejar ke sekolah sendirian kerana ayah masih bekerja. Ibu yang terkejut dengan peristiwa tersebut memeluk Ayu Afiqah yang masih menangis beberapa lama sehingga Ayu Afiqah tenang semula. Setelah Ayu Afiqah kembali tenang, ibu memberi hasihat yang dia tidak boleh terus menangis jika dibuli. Sebaliknya, dia harus berani untuk menghadapinya. Pergi beritahu cikgu agar pelakuan buruk si pembuli dapat dihentikan, pesan ibu lagi. “Ayu, jom makan nak, dah seharian Ayu tak makan. Nanti Ayu Sakit.” Panggil ayah dari sebalik pintu. Ayu tersentak dengan panggilan Ayah. Dia hanya mendiamkan diri. Disekanya air mata yang masih bersisa. Dia tahu ayah dan Nek Dar risaukan dirinya. Sudah lima hari pemergian ibu. Namun, Ayu masih belum dapat menerima kenyataan. “Ibu... Ayu masih tidak kuat. Ayu perlukan ibu...” Ayu seakan menjerit. Air mata Ayu Afiqah mengalir lagi untuk kesekian kalinya. Pintu diketuk lagi. Kali ini terdengar sayup-sayup suara Nek Dar dari sebalik pintu. “Ayu, jangan begitu cu... Ayu tak kesiankan ayah dan Nek Dar? Mari keluar cu, makan sedikit. Nanti Ayu sakit.” Kedengaran suara Nek Dar sayu. Ayu Afiqah meletakkan bantal yang telah basah akibat air matanya. Meskipun berat hati, Ayu Afiqah menggagahkan diri juga untuk bangun dari katilnya. Perlahan-lahan pintu bilik terbuka. Muncul wajah kusam Ayu Afiqah. Ayu Afiqah diam seribu bahasa. Nek Dar menarik lembut tubuh Ayu Afiqah kedalam pelukannya. Ada titisan jernih jatuh di pipi Nek Dar. Ayu Afiqah masih diam seribu bahasa. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan ayah dan Nek Dar. Namun, dia tidak mampu melawan perasaan rindu pada ibu! Di meja makan, Nek Dar berlalu ke dapur untuk mengambil pinggan. Ayu duduk di kerusi bersebelahan dengan kerusi yang ibu selalu duduki. Kelihatan bayang ibu duduk di sebelah Ayu. Ayu Afiqah melihat ibu sedang menyedukkan lauk kedalam pinggan Ayu. Lalu ibu duduk di kerusi seperti selalu dan mula makan. Ada sedikit senyuman di wajah Ayu Afiqah. Wajah ibu riang seperti biasa. Wajah jelita ibu menghadiahkan senyuman kepada Ayu. Dengan semena-mena, ayah yang baharu sahaja selesai menjawab panggilan talifon diruang tamu meluru masuk ke ruang makan. Ayah duduk di tempat duduk ibu.
“Ayah, Itukan tempat duduk ibu! Ibu sedang makan.” Ayu Afiqah separuh menjerit menghalang ayah dari duduk di tempat ibu. Bayangan ibu hilang serta merta. Ayu Afiqah terdiam. Muka ayah berubah merah. Dada Ayu Afiqah berombak kencang. Mengapa ayah tidak melihat ibu? Adakah ayah sudah tidak sayang pada ibu? Fikiran Ayu Afiqah berkecamuk. Nek Dar yang sedang mengangkat lauk dari dapur terpinga-pinga dengan adengan itu. Dia meletakkan lauk yang dibawanya sebelum mendekati Ayu Afiqah dan mengusap rambut cucunya itu. Ayu Afiqah cuba bertahan untuk tidak menangis lagi. Dia harus kuat! Ayu menarik nafas panjang bagai menghirup sisa kekuatan yang dia ada. Ayah dengan wajah sayu duduk di kerusi yang lain. Ada garis kesedihan yang cuba disembunyikan oleh ayah. Mungkin dia terluka dengan pemergian ibu. Namun dia lebih terluka dengan kesedihan yang di tunjukkan oleh Ayu Afiqah. Dengan perlahan ayah cuba memulakan kata. “Ayu, ibu sudah tiada. Terimalah hakikat itu. Ayu anak yang baik. Kita perlu merelakan pemergian ibu.” Pujuk ayah dengan wajah sayu. Ayu Afiqah memandang ayah dengan pandangan yang hanya dia yang mengerti. Mengapa ayah tidak memahaminya? Mengapa ayah hendak dia melupakan ibu? Sebentar tadi, Nek Jah itu ada menalifon ayah bertanyakan keadaan Ayu Afiqah dan mereka sekeluarga. Dia tidak dapat hadir pada majlis pengkebumian ibu kerana sedang menjalankan ibadah Umrah di tanah suci Mekah. Dia membuat panggilan sebaik sahaja menjejakkan kaki di lapangan terbang di Kota Kinabalu. Nek Jah ingin terus melawat mereka di keningau. Namun, dia terpaksa membatalkan hasrat tersebut atas nasihat jabatan kesihatan. Kumpulan jemaah umrah Nek Jah perlu di kuarantin selama seminggu atas faktor keselamatan. Sebaliknya, ayah mencadangkan agar mereka sekeluarga melawat Nek Jah di Kundasang, Ranau. Jarak pekan Ranau dengan pekan Keningau adalah 112.91 km. Daerah Kundasang, Ranau adalah daerah kelahiran ibu. Mungkin Ayu boleh menenagkan diri sebelum memulakan pertandingan Master Chef kanak-kanak 10 hari lagi di sanan. Kebetulan esok adalah cuti persekolahan. Bolehlah mereka pergi bercuti di sana. Nek Jah adalah ibu kepada ibu Ayu Afiqah. Ayu Afiqah mengangguk sahaja tanda setuju. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyusahkan Nek Dar dan ayah. Ada senyuman di wajah ayah. mengaharap yang Ayu Afiqah akan lebih tenang di kampung ibu mertuanya. lebih-lebih lagi ibu mertuanya itu juga pendai memasak. Dia dahulu pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel terkemukan di pekan Ranau. Kemahiran memasak Nek Jah di perturunkan kepada ibu. Ayu Afiqah masuk semula ke bilik setelah menghabisksan makan tegah harinya. Dia perlu menyusun pakaiannya untuk bertolak ke Kundasang esok. Ayu mengambil beg besar di atas almari pakaiannya. Biasanya ibulah yang akan membantunya menyediakan pakaian dan kelenngkapan yang perlu sekiranya ingin kemana-mana. Ayu Afiqah mengambil beberapa helai pakaian yang sesuai. Seingat Ayu Afiqah, kampung ibu di daerah Kundasang. Daerah Kundasang betul-betul berada di kaki gunung Kinabalu. Tentu sahaja suhu di Kundasang agak sejuk berbanding suhu di Daerah Keningau. Ayu memilih pakaian yang agak tebal untuk di masukkan ke dalam beg pakaian. Tentu lebih seronok jika ibu juga turut serta. Getus hati Ayu Afiqah. Ibu, Ayu akan datang ke kampung asalmu. Mungkin ada yang istimewa di sana!
Malamnya, Ayu Afiqah bermimpikan ibu lagi, ibu tersenyum dan mengusap-usap pipi Ayu Afiqah seperti selalu. Ibu tidak berkata apa-apa. Ayu Afiqah amat gembira. Di peluknya ibu sepuas-puas hatinya. Tiba-tiba Ayu Afiqah terjaga di tengah malam. Ayu Afiqah melirik ke jam didinding. Jam menunjukkan pukul satu pagi. Ayu meneruskan tidurnya lagi. Dia berharap untuk bertemu ibu lagi di dalam mimpinya. Namun, mimpi bertemu ibu tidak lagi hadir. Ayu Afiqah bangun awal untuk memulakan perjalanan seperti yang ayah janjikan semalam. Ayah hairan dengan perubahan Ayu Afiqah. Ada sedikit seri di wajah Ayu Afiqah. Terima kasih ibu, kerana menghilangka sedikit rindu Ayu pada ibu meskipun hanya melalui mimpi, getus hati Ayu Afiqah. “Alhamdulillah, ayah suka tengok Ayu sedikit ceria hari ini.” Kata ayah sambil wajahnya menguntumkan senyuman. Wajah ayah juga turut sedikit ceria. Itulah kali pertama Ayu Afiqah melihat ayahnya senyum semenjak ibu meninggal dunia. Nek Dar yang baru sahaja keluar dari bilik hairan melihat kedua beranak itu tersenyum. Nek Dar bahagia melihat anak dan cucunya tersenyum. Semoga kebahagiaan hari ini adalah permulaan untuk kebahagian yang lebih untuk hari-hari esok. Getus hati Nek Dar. Selesai sahaja sarapan pagi, mereka sekeluarga bertolak ke Kundasang. Ayu Afiqah lebih selesa duduk di bahagian penumpang belakang kereta jenama Axia berwarna putih keluaran Syarikat Produa. Nek Dar pula duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan pemandu. Ayah seperti biasa akan menjadi pemandu kereta. Ayu Afiqah lebih banyak mengelamun dan menjadi pendengar setia semasa di dalam perjalanan. Nek Dar dan ayah yang banyak bercerita di sepanjang perjalanan. Mungkin Nek Dar tidak mahu ayah tertidur atau penat semasa memandu. Pemanduan selama sejam tiga puluh minit itu tidak begitu terasa. Banyak pemandangan indah yang dapat dinikmati oleh mereka sekeluarga. Terhibur sedikit hati Ayu Afiqah. Kicauan burung, keindahan pokok-pokok hujan khatulistiwa dan pemandangan puncak Gunung Kinabalu amat memukau pandangan. Seingat Ayu Afiqah, inilah kali pertama dia tidak terlena semasa menghadapi perjalanan yang agak jauh. Dulu, beberapa kali juga dia mengikut ayah dan ibu pulang ke Kundasang. Tetapi, Ayu tidak nikmati perjalanan tersebut kerana selalu sahaja terlena di sepanjang perjalanan. Setahu Ayu, dia hanya bangun apabila ibu membangunkannya apabila sudah sampai di Kundasang. Perjalanan 2 jam ke Kampung di Kundasang, Ranau berakhir apabila ayah memberhentikan kereta betul-betul di halaman rumah Nek Jah pada tepat jam 10.00 pagi. Kedatangan mereka disambut dengan penuh kesyahduan oleh Nek Jah. Nek Jah memeluk Ayu Afiqah sambil menangis. Ayu Afiqah juga turut bersedih melihat Nek Jah menangis. Nek Jah hanya dapat ditenangkan pada lewat tengah hari. Kasihan Nek Jah, dia amat besedih dengan pemergian satu-satunya anak kesayangan yang dia ada. Ayu Afiqah memandang sekeliling. Ramai sanak-saudara menyambut kehadiran mereka. Seingat Ayu Afiqah. Mereka adalah saudara mara sebelah Ibu. Suami Nek Jah telah meninggal dunia semenjak ibu masih kecil lagi. Ayu Afiqah, ayah dan Nek Dar bersalam-salaman dengan semua hadirin sebelum mengambil tempat duduk di ruang tamu. Nemun, perkara yang paling menyedihkan Nek Jah ialah dia tidak dapat bersama anak kesayangannya ketika ibu menghembuskan nafas terakhir. Kini Ayu Afiqah adalah satu-satunya keturunan yang Nek Jah ada. Ayu Afiqah amat faham perasaan Nek Jah.
Sebaik semuanya tenang, Nek Jah mengumumkan yang malam ini akan diada sedikit kenduri tahlil. Patutlah Ayu Afiqah melihat ramai sanak-saudara sedang bergotong royong di dapur tadi. Rupa-rupanya Nek Jah sedang menyiapkan majlis tahlil arwah untuk ibu dan sekaligus doa selamat dia kembali dari mengerjakan Umrah. Ayu juga ikut memabantu dalam menyediakan juadah. Ayu Afiqah membantu memasak di dapur. Banyak resepi baru yang Ayu Afiqah pelajari hari ini. Antara juadah yang disediakan ialah Ayam masak merah, kari ayam, rendang daging masak masam manis, sayur lemak gulai nangka, umbut sawit masak lemak, sayur kobis goreng, sambal belacan dan pencuci mulut pula ialah puding kelapa. Semuanya sedap-sedap belaka. Selesai sahaja majlis tahlil, saudara-mara pun beransur pulang. Ayu Afiqah yang keletihan memilih untuk tidur di bilik arwah ibu. Ayah tidur di bilk tetamu dan Nek Dar tidur sebilik dengan Nek Jah. Rumah Nek Jah agak sederhana dengan tiga bilik tidur. Setelah ibu berkawhin, Nek Jah hanya tinggal bersendirian di rumah itu. Nek Jah membuat kuih secara kecil-kecilah dan dihantar ke restoran-testoran berhampiran. Pencen polis atuk masih dapat menyara hidup Nek Jah. Keesokan paginya, Ayu Afiqah bangun seawal jam 5 pagi untuk menunaikan solat subuh. Usai solat, Ayu Afiqah mengambil kesempatan mengamati sekeliling bilik. Bilik arwah ibu bersaiz sederhana sahaja. Di atas sebuah meja kecil, terletak beberapa foto-foto ibu semasa kecil sehingga remaja. Wajah comel ibu ketika remaja persis wajah Ayu Afiqah. Lama Ayu Afiqah menatap foto tersebut. Pandangan Ayu Afiqah beralih pula pada sebuah almari yang terletak di bawah meja kecil tersebut. Semasa Ayu Afiqah mengikut ibu dan ayah ke Kundasang, Ayu Afiqah belum pernah berpeluang membuka almari berkenaan. Ayu Afiqah membuka almari tersebut perkahan-lahan. Almari itu tidak berkunci. Setelah di buka, kelihatan deretan susunan koleksi novel dan buku masakan kegemaran ibu. Ibu rupa-rupanya minat membaca novel dan mempunyai banyak koleksi buku masakan semasa remaja. Dalam banyak-banyak buku yang terdapat dalam deretan tersebut, ada satu buku comel berwarna merah jambu. Ayu Afiqah mencapai buku tersebut dengan berhati-hati. Hati Ayu Afiqah meronta-ronta untuk mengetahui apakah isu buku tersebut. Tiba-tiba kedengaran suara Nek Jah memanggil Ayu Afiqah. “Ayu, jom kita sarapan cu,” suara Nek Jah membantutkan hasrat Ayu Afiqah untuk mengetahui kandungan buku comel berwarna merah jambu tersebut. “Baiklah Nek Jah. Ayu datang ni.” Balas Ayu Afiqah dan meletakkan semula buku tersebut kembali. Dia Lantas bergegas keluar dari bilik menuju ke ruang makan bersama yang lain.
(Sekembalinya dari tanah pusara ibu, ayu afiqah terus - ? di mana dia sekarang, gmbarkan suasana di situ, cahaya, udara, bunyi di dalam dan luar rumah, tmbh; dengan tangan yg terketar2 dengan gelojak perasaannya - ? gmbarkan dia buat apa dgn baju ibu) (Ibuuu…” ratap ayu afiqah, sendiri) Terasa sebak dada Ayu Afiqah (bukan alang kepalang) lagi. (bertungkus lumus pula) Ayu Afiqah cuba mengawal air matanya agar tidak tumpah terus menerus. (Namun - ? tmbh; mendadak) terkenang (dia akan) kata-kata ibu (ttg betapa) dia harus kuat dan jangan terus menangis jika menghadapi masalah. Dia seharusnya terus tabah! “Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun seperti kamu tidak (manis) menangis di hadapan orang ramai. Itu namanya cengeng!” Ibu (pernah menegaskannya begitu, ketika ayu afiqah baru menjejaki kelas di tahun empat, suatu ketika dahulu (perasaan ayu afqah mengingatinya? Tmbh; Padahal, ayu afiqah menangis kerana dibuli rakan2 sesekolah padawaktu rehat. Terasa amat betapa perkataan `cengeng itu sgt tidak adil ditujukan kpdnya. Tersgt-sgt tidak adil! Lantas ayu afiqa mendengus geram. (Mendadak,) suasana (dlm) biliknya (yg suram lagi muram itu,) bertukar menjadi kawasan sekolah semasa dia berada di tahun empat. (gmbarkan cahaya, udara, bunyi di kawasan sekolah tu, gmbarkan sekolah, nama penuh sekolah, daerah, tmbh; Ayu Afiqah tersentak nafas. Ayu Afiqah (seakan dpt melihat kembali bagaimana) dia menangis (tersedu sedan - ? di mana), sepanjang (waktu) rehat itu. Ayu Afiqah (terus menangis tanpa menjelaskan ttg mengapa dia menangis kepada - ? pihak sekolah jadi panik tiba2 lalu) memanggil ayah dan ibunya ke sekolah oleh guru besar untuk mengambilnya (pulang). (Sebenarnya, bukan niat ayu afiqah utk menyusahkan ibu. Hingga) ibu terpaksa (bergegas) sendirian ke sekolah kerana ayah masih bekerja. (Juga bukan niatnya utk membuatkan) ibu terkejut. (mujur, ibu tidak terus memarahinya, sebaik tiba di - ?) ibu terus memeluk Ayu Afiqah yang masih menangis (teresak2, seperti menangisi - ?) (buat dialog ibu tanya knp dia menangis, - sebut perkataan sayang juga,” pertanyaan ibu di cuping telinganya. Kedengaran sayup2 di kejauhan) (ayu jawab tak? (gmbarkan ibu belai wajah ayu - mengelap air mata ayu - ayu pakai tudung tak? Setelah beberapa (ketika kemudiannya, baharulah) Ayu Afiqah tenang semula. ibu (lalu mengingatkan ayu afiqah bahawa) dia tidak boleh terus menangis jika dibuli. Sebaliknya, dia harus berani untuk menghadapinya. (Iaitu dgn melaporkannya) kepada guru disiplin agar) pelakuan buruk si pembul dapat dihentikan. (sejak dia selalu menagn dlm pertandingan saringan chef junior Malaysia, mereka masih membuli tak? Buat dia teringat pada sahabat atau saingannya dlm pertandingan2
saringan master chef junior - sebut nama saingan yg terdekat, kalau dia batalkan pernyertaan, apa agaknya mereka fikir atau rasa?) (buat satu babak berkaitan dgn pertandingan saringan pertama yg disertai, di mana, gmbarkan suasana di tempat pertandingan, apa yg dia nampak, siapa yg dia nampak, apa dia masak, dan apa yg peserta lain masak - potong apa, adun apa?, gmbarkan aroma masakan saat pertandingan bermula, bahan2 masakan bagaimana, siapa juri dan siapa yg anjurkan, gmbarkan dapur2 memasak, dan bandingkan dgn saiz tubuh kanak2 yg menjadi peserta. Ibu bapa peserta duduk di sebelah mana, penampilan peserta pertandingan, Gmbarkan dia diumumkan sebagai pemenang, dialog2 pendek - buat babak ni antara 2 - 3 ms saja) “Ayu…!” (suara siapa yg memanggil ni?) (Kenangan silam itu lenyap serta merta dr - ? Serta-merta ayu afiqah tersentak ke alam nyata, di bilik tidurnya semula - gmbarkan dia kesat air matanya dgn apa, buat dia simpan pakaian ibu di mana, terasa seperti menyimpan apa? buat dia pandang ke pintu biliknya, dia bangun tak utk menjawab panggilan tu?) “Ayu, (mari kita) makan (dulu), na. Dah seharian Ayu tak makan. Nanti Ayu sakit (pula,).” (ujar) ayah dari sebalik pintu (biliknya. - nada suara ayah?) (dgn tak semena2, sekali lagi) Ayu (afiqah tersendu keharuan, hiba). Dia hanya mendiamkan diri - kenapa?). Disekanya air mata yang masih bersisa. Dia tahu ayah dan Nek Dar risaukan dirinya. (Kini,) sudah lima hari pemergian ibu. Namun, Ayu masih belum dapat (memaafkan dirinya kerana menjadi punca kepada pemergian ibu.) (‘andainyalah aku tidak mendesak2 ibu supaya - ?’ rintih hatinya, kepiluan. “Ibu... (maafkan) Ayu, ibu.. maafkan ayu…) Ayu (masih) perlukan ibu...” Ayu seakan menjerit. Air mata(nya) mengalir (seperti - ?) lagi, untuk kesekian kalinya. (Kedengaran) pintu diketuk (dari luar) lagi. Kali ini (turut) terdengar sayup-sayup suara Nek Dar dari sebalik pintu itu. (ayu afiqah mengesat air matanya dgn - ? lagi. (buat dia teringat pada tempahan2 buat biskut yg belum siap - wang tempahan sudah dikembalikan belum? “Ayu, jangan begitu cu... Ayu tak kesiankan ayah dan (nenek)? Mari keluar cu, (temankan Nek Dar) makan sedikit, (kalau tidak, nanti nenek sakit… ayu tak mahu lihat nenek sakit `kan..?)” Kedengaran suara Nek Dar (merayu,) sayu. `Nek Dar pula akan sakit?’ getus) Ayu Afiqah (dlm hati, - perasaan?) (Tanpa berlengah, ayu afiqah) meletakkan bantal yang telah basah akibat air matanya, (d - ?) Meskipun berat hati, Ayu Afiqah menggagahkan diri juga untuk bangun dari katilnya. (knp dia takut nek dar pula jatuh sakit? Nek dar nenek sebelah ibu atau ayah? nenek yg lagi satu di mana? Ada saudara mara lain tak?) (pernafasan ayu afiqah) Perlahan-lahan pintu bilik terbuka. Ayu Afiqah (lalu me)muncul(kan) wajah kusam(nya utk tatapan - ? Walaupun hatinya bagai di - ?) Ayu Afiqah (terus) diam seribu bahasa. (Dengan tidak semena2, tiba2) Nek Dar menarik lembut tubuh Ayu Afiqah kedalam pelukannya. (“Ayu sayang…”bisik nek dar, - nada suara?) Ada titisan jernih jatuh di pipi Nek Dar.
Ayu Afiqah (membungkam mulut ketika dipimpin oleh nek dar ke meja makan, di - ? sementara ayah pula bergegas menjawab panggilan telefon di - ?). Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyusahkan (hati) ayah dan Nek Dar. Namun, dia tidak mampu melawan perasaan rindu pada ibu. (Sungguh dia tidak tahu bagaimana lagi mahu mengawal perasaan yang bergelora tidak keruan ini)/ Di meja makan, Nek Dar berlalu ke dapur untuk mengambil pinggan. (ada apa atas meja) Ayu duduk di kerusi bersebelahan dengan kerusi yang ibu selalu duduki. (Terasa seperti ada) bayang ibu duduk di sebelah Ayu. Ayu Afiqah melihat ibu sedang menyedukkan lauk ke dalam pinggan Ayu. (buat dialog ibu, sebut menu, siapa masak)” Lalu ibu duduk di kerusi seperti selalu dan mula makan (dgn penuh selera). (Tanpa sedar,) Ayu Afiqah (yg seakan dpt melihat bayangan ibu itu, tersenyum (sayu.) Wajah ibu (kelihatan) riang seperti biasa. Wajah jelita ibu menghadiahkan senyuman kepada Ayu. Dengan semena-mena, ayah yang baharu sahaja selesai menjawab panggilan talifon diruang tamu (tadi), meluru masuk ke ruang makan. Ayah (langsung) duduk di tempat duduk ibu. “Ayah, Itukan tempat duduk ibu! Ibu sedang makan.” Ayu Afiqah separuh menjerit (untuk) menghalang ayah (daripada terus) duduk di tempat ibu. Muka ayah berubah merah padam. Bayangan ibu hilang serta-merta. Ayu Afiqah terdiam, (kekecewaan). Dada Ayu Afiqah berombak kencang. (Sungguh ayu afiqah tidak mengerti mengapa) ayah tidak melihat ibu. (Perasaannya membuak. Hatinya bertanya, ‘Adakah ayah sudah tidak sayang pada ibu?’ Nek Dar yang sedang mengangkat (lauk - sebut menu) dari dapur terpinga-pinga (kehairanan menyaksikannya). (Nek dar segera) meletakkan lauk yang dibawanya sebelum mendekati Ayu Afiqah dan mengusap rambut cucunya itu. Ayu Afiqah cuba bertahan untuk tidak menangis lagi. (gmbarkan aroma masakan apa yg menyelinap masuk ke rongga hidungnya?) (Dia harus kuat! - buat monolog) Ayu menarik nafas panjang bagai menghirup sisa kekuatan yang dia ada. (lapar tak?) Dengan wajah (yg) sayu, ayah duduk di kerusi yang lain. Ada garis kesedihan yang (seperti) ayah cuba sembunyikan. Mungkin (ayah juga) terluka dengan pemergian ibu. Namun, (mungkin ayah) lebih terluka dengan kesedihan yang ditunjukkan oleh Ayu Afiqah, (sejak pemergian ibu). “Ayu (sayang), ibu (ayu) sudah tiada. Terimalah hakikat itu. (berilah peluang roh ibu tenang di alam baqa. Ayu anak yang baik. Kita perlu (reda dgn) pemergian ibumu, (nak),”pujuk ayah dengan (air jernih bertakung di - ?) `Mengapa ayah tidak memahaminya? Mengapa ayah (begitu mudah) hendak dia melupakan ibu?’ (gerutu ayu afiqah dlm hati - perasaan terhadap sikap ayah? “(Ayu… Sebentar tadi, Nek Jah ada menalifon ayah… (beliau) bertanyakan keadaan Ayu dan (kita) sekeluarga,”(jelas ayah, cuba menukar topic perbualan. (Menurut ayah, Nek
Jah, - sapa ni?) tidak dapat hadir pada majlis pengkebumian ibu kerana sedang menjalankan ibadah Umrah di tanah suci Mekah. (Menurut ayah lagi, nek jah) membuat panggilan sebaik sahaja menjejakkan kaki(nya kembali) di lapangan terbang di Kota Kinabalu (dan akan terus dtg) melawat mereka di keningau. Namun, (nek jah) terpaksa membatalkan hasrat tersebut atas nasihat jabatan kesihatan. Kumpulan jemaah umrah Nek Jah perlu di kuarantin selama seminggu atas faktor keselamatan. (Sebaliknya, ayah mencadangkan agar mereka sekeluarga melawat Nek Jah di Kundasang, Ranau. - buat dialog) (ayu afiqah terkebil2 mendengarkan penjelasan ayah. teringat dia pada nek jah yg - gmbarkan orgnya. Tmbh; Terbayang dia pada) jarak pekan Ranau dengan pekan Keningau (yg) 112.91 km (jauhnya). (sekali lagi, tanpa sedar, dia tersendu kepiluan. Dia tahu) Daerah Kundasang, Ranau adalah daerah kelahiran ibu. (Mungkin Ayu boleh menenagkan diri sebelum memulakan pertandingan Master Chef kanak-kanak 10 hari lagi di sanan. Kebetulan esok adalah cuti persekolahan. - buat dialog siapa ni) (Bolehlah mereka pergi bercuti di sana. Nek Jah adalah ibu kepada ibu Ayu Afiqah. - buat dialog siapa ni) Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyusahkan Nek Dar dan ayah. Ayu Afiqah menganggk sahaja, tanda setuju. (buat dia teringat pada sahabat2nya di sekolah - sebut nama, sebut guru yg paling akan dirindui - dah siap buat kerja yg guru beri belum? Tiada aktiiti sekolah sepanjang cuti?) (Tiba2, terukir) senyuman di wajah ayah (yg muram tadi. Seolah2 ayah) mengharap (agar) Ayu Afiqah akan (memdapat ketenangan) di kampung ibu mertuanya. Lebih-lebih lagi (apabila) ibu mertuanya itu juga pandai memasak, (Secara kebetulan, ayu afiqah juga memikirkan yg sama. Tentang nek jah yg) pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel (ternama) di pekan Ranau. (kemahiran memasak Nek Jah (itulah yg) di perturunkan kepada ibu - buat monolog, tmbh; seleranya terbuka tiba2. Tnpa berlengah, dia) menghabiskan mkan tengah harinya (dgn - ? ada selera tak?) (Sejurus, - dia tolobng cuci pinggan tak?) Ayu Afiqah masuk semula ke bilik(nya). Dia perlu (mengemas) pakaiannya untuk (dibawa) bertolak ke Kundasang esok. Ayu mengambil beg besar (dari) atas almari pakaiannya. (tanpa sedar, dia mengesak). Biasanya ibulah yang akan membantunya menyediakan pakaian dan kelenngkapan yang perlu sekiranya ingin kemana-mana. Ayu Afiqah (mencapai) beberapa helai pakaian yang sesuai. Suhu di (kampung - sebut nama kampung, tmbh; yg terletak betul2 di) kaki Gunung Kinabalu, Kundasang agak sejuk berbanding suhu di Daerah Keningau. (Lalu) Ayu (afiqah) memilih pakaian yang agak tebal untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian. `Tentu lebih seronok jika ibu juga turut serta.’ getus hati Ayu Afiqah, (kesayuan.) `Ibu, Ayu akan datang ke kampung asalmu. Mungkin (rindu ayu pada ibu akan - ?) di sana!
Malam (itu,) Ayu Afiqah bermimpikan ibu lagi, ibu (kelihatan cantik sekali dlm cahaya - ?) ibu tersenyum dan mengusap-usap pipi Ayu Afiqah seperti selalu. (Walau) ibu tidak (berkata2), Ayu Afiqah (tetap) amat gembira. Dipeluknya ibu sepuas-puas hatinya. Tiba-tiba Ayu Afiqah terjaga di tengah malam. Ayu Afiqah melirik ke jam didinding. Jam menunjukkan pukul satu pagi. (setelah menyedekahkan al fatihah buat ibu dan mendoakan agar roh ibu tenang di rahmatullah. Lantas,) Ayu (kembali) meneruskan tidurnya lagi (dengan bibir menguntum senyuman lembut). Dia berharap (agar akan dpt) bertemu ibu lagi di dalam mimpinya. Ayu Afiqah bangun awal untuk memulakan perjalanan seperti yang ayah janjikan semalam. Ayah hairan dengan perubahan Ayu Afiqah. Ada sedikit seri di wajah Ayu Afiqah. Terima kasih ibu, kerana menghilangka sedikit rindu Ayu pada ibu meskipun hanya melalui mimpi, getus hati Ayu Afiqah. “Alhamdulillah, ayah suka tengok Ayu sedikit ceria hari ini.” (tegur) ayah sambil menguntumkan senyuman. Wajah ayah juga turut sedikit ceria. Itulah kali pertama Ayu Afiqah melihat ayahnya senyum semenjak ibu meninggal dunia. Nek Dar yang baru sahaja keluar dari bilik hairan melihat kedua beranak itu tersenyum. Nek Dar bahagia melihat anak dan cucunya tersenyum. “Semoga kebahagiaan hari ini adalah permulaan untuk kebahagian yang lebih untuk hari-hari esok, “Getus Nek Dar (di cuping telinga ayu afikah) (dialog balas ayu afiqah?)
erna, bab 2 berakhir di sini, yg selebihnya bawa ke bab 3 pula.
Bab 2 : Sekembalinya dari tanah pusara ibu, Ayu Afiqah terus menuju ke bilik tidurnya. Di luar rumah, cahaya matahari malas menonjolkan diri. Awan hitam masih mendominasi langit. Udara dingin yang dibawa bersama hujan sepanjang hari ini cukup menyebabkab tubuh Ayu Afiqah menggigil kesejukan. Hujan yang tadinya gerimis lama-kelamaan semakin bertukar lebat. Sepertinya tidak mahu berhenti. Ayu Afiqah duduk di tepi katil. Tangannya terketar-ketar dia mengenggam baju ibu dengan penuh rasa rindu yang teramat. Kemudian, di dakapnya baju ibu dengan gelojak perasaan yang hanya dia sahaja yang tahu. Serasa dia mendakap ibu. Haruman pada baju itu begitu menusuk kalbu. “Ibuuu…” ratap Ayu Afiqah akhirnya. Kesedihan yang cuba ditahannya sedari tadi akhirnya pecah. Terasa sebak dada Ayu Afiqah bukan alang kepalang lagi. Bertungkus lumus pula Ayu Afiqah cuba mengawal air matanya agar tidak tumpah lagi terus menerus. Suatu kekuatan tiba-tiba hadir apabila dia terkenangkan akan kata-kata ibu tentang betapa dia harus kuat dan jangan terus menangis jika menghadapi masalah. Dia seharusnya terus tabah! “Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun seperti kamu tidak manis menangis di hadapan orang ramai. Itu namanya cengeng!” Ibu pernah menegaskannya begitu, ketika Ayu Afiqah baru menjejaki kelas di tahun empat, suatu ketika dahulu. Ligat otak Ayu Afiqah mengingati peristiwa tersebut. Padahal, Ayu Afiqah menangis kerana dibuli rakan-rakan sesekolah pada waktu rehat. Ayu dipanggil si cengeng! Ayu Afiqah terasa amat betapa perkataan `cengeng’ itu sangat tidak adil ditujukan kepadanya. Tersangat-sangat tidak adil! Lantas Ayu Afiqa mendengus geram. Mendadak, suasana dalam biliknya yang suram lagi muram itu, bertukar menjadi kawasan sekolah semasa dia berada di tahun empat. Suasana menjadi terang-benderang. Suasana hingar-binggar Sekolah Kebangsaan Pasir Kemboja, Keningau. Ayu Afiqah tersentak nafas. Ayu Afiqah seakan dapat melihat kembali bagaimana dia menangis tersedu sedan di pondok mengulangkaji yang juga dikenali sebagai Pondok Ilham bersebelahan kelas. Ayu Afiqah menangis di sepanjang waktu rehat itu. Ayu Afiqah terus menangis tanpa menjelaskan tentang mengapa dia menangis kepada sesiapa. Pengawas yang melihat kejadian Ayu Afiqah melaporkan perkara tersebut kepada Cikgu. Puas cikgu memujuk namun Ayu Afiqah masih tetap juga begitu. Menangis dengan tidak menghiraukan sesiapa. Akhirnya, ayah dan ibu di panggil ke sekolah oleh guru besar. Mereka di minta membawa sahaja Ayu Afiqah pulang ke rumah. Sebenarnya, bukan niat Ayu Afiqah untuk menyusahkan ibu. Hingga ibu terpaksa bergegas sendirian ke sekolah kerana ayah masih bekerja. Juga bukan niatnya utk membuatkan ibu terkejut. Mujur, ibu tidak terus memarahinya, sebaik tiba di bilik Pondok Ilham, ibu terus memeluk Ayu Afiqah yang masih menangis teresak-esak, seperti hatinya sedang hebat terluka. “Ayu sayang, mengapa menangis ni?” pertanyaan ibu di cuping telinganya.
“Ayu sayang, ibu ada kat sini. Jangan sedih lagi ya nak,” Kedengaran sayup-sayup di kejauhan. Suara yang amat dikenalinya. Ayu Afiqah perlahan-lahan menggangkat muka. Dia melemparkan pandangan pada punca suara yang didengarnya tadi. Rupanya ibu. Orang yang amat diingininya ketika itu. Lantas dipeluknya ibu dengan erat. Ibu membalas pelukan dan membelai wajah Ayu Afiqah dengan penuh lembut. Ibu mengelap air mata Ayu Afiqah dengan perlahan. Tudung sekolah Ayu Afiqah yang senget dek kerana terlalu menangis tadi di perkemaskan oleh ibu. “Ibu, Ayu tak cengeng bu!” kata Ayu Afiqah perlahan. Ibu mengangguk perlahan sambil tersenyum. Ayu Afiqah tenang semula. Ibu dengan lembut tetapi tegas mengingatkan Ayu Afiqah bahawa dia tidak boleh terus menangis jika dibuli. Sebaliknya, dia harus berani untuk menghadapinya. Iaitu dengan melaporkannya kepada guru disiplin agar pelakuan buruk si pembuli dapat dihentikan. Guru besar dan guru disiplin yang berada di situ memandang sahaja drama Ayu Afiqah dan ibu tanpa suara. Sejak Ayu Afiqah memenangi pertandingan saringan Chef Junior Malaysia, Ayu Afiqah tidak lagi dibuli apatah lagi dipanggil dengan gelaran si cengeng. Malah, dia selalu mendapat perhatian dan pujian dari rakan-rakan dan cikgu di sekolah. Ayu Afiqah teringat pada sahabat Steve, Devi dan Tay yang juga saingannya dalam sesi pemilihan dan ujian saringan tempoh hari. Steve dan Tay adalah saingan yg terdekat. Jika Ayu Afiqah membatalkan penyertaan pasti Steve dan Tay amat kecewa. Ayu Afiqah masih teringat ketika Ayu Afiqah berada pada saringan pertama kelayakan Master Chef. Dewan pertandingan dipenuhi orang ramai. Ayu Afiqah berdiri sebaris dengan 20 orang peserta yang lain. Antara peserta yang dikenali oleh Ayu Afiqah ialah Steve dan Tay iaitu rakan karibnya sendiri. Tidak jauh dari tempat mereka berdiri, tersusun deretan dapur cantik dan lengkap yang akan digunakan oleh peserta sebentar lagi. Hati Ayu Afiqah berdegup kencang. Dia cuba mencari kelibat ayah dan ibu di tempat duduk penonton. Syukur Ayah dan ibu turut ada di tempat penonton meskipun ibu tidak seberapa sihat. Ayu sedikit lega. Suatu suntikan semangat datang melihat ayah dan ibu melambainya dengan gembira tanda selamat berjuang untuknya. Tugasan mereka hari itu ialah masakan berasaskan nasi dan ayam. Ayu Afiqah bingung. Ada beberapa menu dalam fikirannya yang berasaskan nasi dan ayam. Namun, masakan yang paling sesuai dan baharu sahaja dipelajarinya dari ibu ialah Ayam Penyet. Ligat otak Ayu Afiqah menginggati bahan-bahan yang diperlukan. Masa yang diberikan untuk menyiapkan hidangan tersebut ialah selama 1 jam dan 30 minit sahaja. Sebaik sahaja masa diistiharkan bermula, Ayu Afiqah bergegas mengambil bahan-bahan untuk membuat Ayam Penyet seperti yang dihafalnya tadi. Ayu Afiqah kemudiannya bergegas ke stor yang disediakan untuk mengambil seekor ayam kampung yang bersaiz agak kecil dan beberapa bahan yang lain. Ayam tersebut dipotong kepada 8 bahagian sebelum dicuci. Mujur meja kerja dan dapur yang mereka gunakan sesuai dengan ketinggian kanak-kanak seperti mereka. Ayu Afiqah menjeling seketika rakan-rakan peserta yang lain. Nampaknya tiada yang menyediakan masakan yang sama sepertinya. Tay menyediakan Nasi Ayam. Manakala Steve menyediakan Chiken Chop bersama nasi. Peserta lain ada yang menyediakan nasi goreng ayam, nasi beriani dan banyak lagi. Semerbak aroma masakan enak dari peserta yang lain amat menusuk ke rongga hidung Ayu Afiqah.
Juri yang terdiri dari guru besar, seorang chef dan selibriti dari Kota Kinabalu berlegar-legar di sekitar dapur peserta. Kecut jugak perut Ayu Afiqah. Mujur Ayu Afiqah dapat kekal fokus dan menyiapkan masakan mengikut masa yang diperuntukkan. Berdebar jantung Ayu Afiqah menungggu pengacara mengumumkan pemenang. Ayu Afiqah adalah salah seorang daripada tiga peserta yang telah di minta ke hadapan oleh pengacara. Itu bermakna dia adalah antara tiga peserta yang mendapat markah tertinggi. Apabila pengacara menyebut nama juara saringan adalah namanya, sempat Ayu Afiqah bertanya kepada pengacara di sebelahnya. Adalah betul namanya yang di sebut tadi? Apabila pengacara mengangguk dan mengatakan iya! Ayu Afiqah bagaikan tidak percaya. Akhirnya, Ayu Afiqah menerima hadiah dengan tangisan kegembiraan. “Ayu…!” suara ayah memanggil. Kenangan silam itu lenyap serta merta. Serta-merta Ayu Afiqah tersentak ke alam nyata, dia kini berada bilik tidurnya semula. Cepat-cepat dia mengesat air matanya degan lengan baju yang dipakainya. Disimpan pakaian ibu di dalam sebuah kotak kecil, terasa seperti menyimpan permata yang beharga. Kemudian, dia memandang ke pintu bilik. Lantas, dia bangun untuk menjawab panggilan ayah tadi. “Ayu, mari kita makan dulu, nak. Dah seharian Ayu tak makan. Nanti Ayu sakit pula.” Ujar ayah dari sebalik pintu biliknya dengan nada memujuk. Dengan tak semena-mena, sekali lagi Ayu Afiqah tersendu keharuan. Hiba hatinya. Dia hanya mendiamkan diri. Ayu Afiqah berfikir. Dia tidak mahu lagi menyusahkan Ayah dan Nek Dar. Disekanya air mata yang masih bersisa. Dia tahu mereka risaukan dirinya. Kini, sudah lima hari pemergian ibu. Namun, Ayu masih belum dapat memaafkan dirinya kerana menjadi punca kepada pemergian ibu. ‘Andainyalah aku tidak mendesak-desak ibu supaya memberikan adik, pasti semua ini tidak berlaku.’ rintih hatinya kepiluan. “Ibu... Maafkan Ayu, ibu.. maafkan ayu…Ayu masih perlukan ibu...” Ayu seakan menjerit. Air matanya mengalir seperti air terjun lagi, untuk kesekian kalinya. Kedengaran pintu diketuk dari luar lagi. Kali ini turut terdengar sayup-sayup suara Nek Dar dari sebalik pintu itu. Ayu afiqah mengesat air matanya dengan lengan bajunya lagi. Ayu Afiqah teringat pada tempahan-tempahan biskut yang belum disiapkan. Sedangkan wang tempahan belum dikembalikan! “Ayu, jangan begitu cu... Ayu tak kesiankan ayah dan nenek? Mari keluar cu, temankan Nek Dar makan sedikit, kalau tidak, nanti nenek sakit… ayu tak mahu lihat nenek sakit `kan..?” Kedengaran suara Nek Dar merayu, sayu. `Nek Dar pula akan sakit?’ getus Ayu Afiqah dalam hati, perasaan bersalah memburunya. Tanpa berlengah, Ayu Afiqah meletakkan bantal yang telah basah akibat air matanya, di atas katil. Meskipun berat hati, Ayu Afiqah menggagahkan diri juga untuk bangun dari katilnya. Dia takut Nek Dar pula jatuh sakit. Nek Dar adalah satu-satunya nenek sebelah ayah dan setiasa menemaninya. Dia juga mempunyai nenek dari sebelah ibu, Nek Jah namanya. Namun, Nek Jah duduk jauh di Daerah Kundasang, Ranau. Kini, Nek Jah sedang mengerjakan ibadah Umrah di Mekah. Perlahan-lahan pintu bilik terbuka. Ayu Afiqah lalu memunculkan wajah kusamnya untuk tatapan Ayah dan Nek Dar.
Walaupun hatinya bagaikan gelora Tsunami di samudra lepas, namun Ayu Afiqah terus diam seribu bahasa. Dengan tidak semena-mena, tiba-tiba Nek Dar menarik lembut tubuh Ayu Afiqah kedalam pelukannya. “Ayu sayang…”bisik Nek Dar, nada suara Nek Dar sebak. Ada titisan jernih jatuh di pipi Nek Dar. Ayu Afiqah membungkam mulut ketika dipimpin oleh Nek Dar ke meja makan. Ayah bergegas menjawab panggilan telefon di ruang tamu sebaik sahaja mendengar deringan talifon. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyusahkan hati ayah dan Nek Dar. Namun, dia tidak mampu melawan perasaan rindu pada ibu. Sungguh dia tidak tahu bagaimana lagi mahu mengawal perasaan yang bergelora tidak keruan ini. Di meja makan, Nek Dar berlalu ke dapur untuk mengambil lauk kari ayam. Terdapat dua lauk di atas meja. Sup Ayam dan sambal belacan beserta ulaman. Ayu duduk di kerusi bersebelahan dengan kerusi yang ibu selalu duduki. Terasa seperti ada bayang ibu duduk di sebelah Ayu. Ayu Afiqah melihat ibu sedang menyedukkan lauk ke dalam pinggan Ayu. “Ayu, makanlah sup ayam ni. Nenek masak. sedap tau.” Lalu ibu duduk di kerusi seperti selalu dan mula makan degan penuh selera. Tanpa sedar, Ayu Afiqah yang seakan dapat melihat bayangan ibu itu, tersenyum sayu. Wajah ibu kelihatan riang seperti biasa. Wajah jelita ibu menghadiahkan senyuman kepada Ayu. Dengan semena-mena, ayah yang baharu sahaja selesai menjawab panggilan talifon di ruang tamu tadi, meluru masuk ke ruang makan. Ayah langsung duduk di tempat duduk ibu. “Ayah! Itukan tempat duduk ibu! Ibu sedang makan.” Ayu Afiqah separuh menjerit untuk menghalang ayah daripada terus duduk di tempat ibu. Muka ayah berubah merah padam. Bayangan ibu hilang serta-merta. Ayu Afiqah terdiam kerana kecewa. Dada Ayu Afiqah berombak kencang. Sungguh Ayu Afiqah tidak mengerti mengapa ayah tidak melihat ibu. Perasaannya membuak. Hati Ayu Afiqah bertanya, ‘Adakah ayah sudah tidak sayang pada ibu?’ Nek Dar yang sedang mengangkat lauk kari ayam dari dapur terpinga-pinga kehairanan menyaksikannya. Nek Dar segera meletakkan lauk yang dibawanya sebelum mendekati Ayu Afiqah dan mengusap rambut cucunya itu. Ayu Afiqah cuba bertahan untuk tidak menangis lagi. Aroma masakan kari ayam yang sedap menyelinap masuk ke rongga hidungnya. Dia harus kuat! ‘Aku tidak harus menangis lagi!’ Ayu menarik nafas panjang bagai menghirup sisa kekuatan yang dia ada. Perut Ayu Afiqah berbunyi lapar. Dengan wajah yang sayu, ayah duduk di kerusi yang lain. Ada garis kesedihan yang mendalam di wajah ayah. Namun, ayah cuba sembunyikan. Mungkin ayah juga terluka dengan pemergian ibu. Namun, mungkin ayah lebih terluka dengan kesedihan yang ditunjukkan oleh Ayu Afiqah, sejak pemergian ibu. “Ayu sayang, ibu Ayu sudah tiada. Terimalah hakikat itu. Berilah peluang roh ibu tenang di alam baqa. Ayu anak yang baik. Kita perlu reda dengan pemergian ibumu, nak,” pujuk ayah dengan air jernih bertakung di mata ayah. `Mengapa ayah tidak memahaminya? Mengapa ayah begitu mudah hendak dia melupakan ibu?’ gerutu ayu afiqah dalam hati. Ayu Afiqah sedih dengan sikap ayah. “Ayu… Sebentar tadi, Nek Jah ada menalifon ayah… beliau bertanyakan keadaan Ayu dan kita sekeluarga,” jelas ayah, cuba menukar topik perbualan. Menurut ayah, Nek Jah yang merupakan nenek dari sebelah ibu, tidak dapat hadir pada majlis pengkebumian ibu kerana sedang menjalankan ibadah Umrah di tanah suci Mekah.
Menurut ayah lagi, Nek Jah, membuat panggilan sebaik sahaja menjejakkan kakinya kembali di lapangan terbang di Kota Kinabalu dan akan terus datang melawat mereka di keningau. Namun, Nek Jah terpaksa membatalkan hasrat tersebut atas nasihat jabatan kesihatan. Kumpulan jemaah umrah Nek Jah perlu di kuarantin selama seminggu atas faktor keselamatan. Sebaliknya, ayah mencadangkan agar mereka sekeluarga melawat Nek Jah di Kundasang, Ranau. “Ayu, nak tak kita pergi melawat Nek Jah di Kundasang, dia risaukan Ayu,” Ayu Afiqah terkebil-kebil mendengarkan penjelasan ayah. Teringat dia pada Nek Jah yang cantik dan baik hati. Wajahnya agak mirip ibu. Ada tahi lalat diatas bibir. Terbayang dia pada jarak pekan Ranau dengan pekan Keningau yang 112.91 km jauhnya. Sekali lagi, tanpa sedar, dia tersendu kepiluan. Dia tahu Daerah Kundasang, Ranau adalah daerah kelahiran ibu. “Mungkin Ayu boleh menenagkan diri sebelum memulakan pertandingan Master Chef kanak-kanak 10 hari lagi di sana. Kebetulan esok adalah cuti persekolahan. Bolehlah kita pergi bercuti di sana.” Tambah Nek Dar. Seboleh-bolehnya Ayu Afiqah tidak mahu menyusahkan Nek Dar dan ayah. Ayu Afiqah mengangguk sahaja, tanda setuju. Ayu Afiqah teringat pada sahabat-sahabatnya di sekolah. Steve, Devi dan Tay. Dia juga belum menyiapkan kerja rumah matematik yang diberikan oleh cikgu Ani. Tiba-tiba Ayu Afiqah teringatkan aktiviti perkhemahan Tunas Putri yang akan berlangsung pada masa cuti ini. Dulu, dia bersama Devi dan Tay beria-ia mendaftarkan nama untuk turut serta. Namun, Ayu Afiqah sudah tawar hati untuk mengikutinya setelah apa yang telah berlaku pada dirinya baru-baru ini. Tiba-tiba, terukir senyuman di wajah ayah yang muram tadi. Seolah-olah ayah mengharap agar Ayu Afiqah akan mendapat ketenangan di kampung ibu mertuanya. Lebih-lebih lagi apabila ibu mertuanya itu juga pandai memasak. Secara kebetulan, Ayu Afiqah juga memikirkan yg sama. Tentang Nek Jah yang pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel ternama di pekan Ranau. Kemahiran memasak Nek Jah itulah yang di perturunkan kepada ibu. ‘Aku mesti menemui Nek Jah. Dia boleh ajar Ayu masakan yang sedap-sedap,’ getus hati Ayu Afiqah. seleranya terbuka tiba-tiba terbuka. Tanpa berlengah, dia menghabiskan makan tengah harinya dengan berselera sekali. Sejurus selesai makan, Ayu Afiqah menbersihkan meja makan dan menolong mencuci pinggan mangkuk. Setelah itu, Ayu Afiqah masuk semula ke biliknya. Dia perlu mengemas pakaiannya untuk dibawa bertolak ke Kundasang esok. Ayu mengambil beg besar dari atas almari pakaiannya. Tanpa sedar, dia mengesak sekali lagi. Biasanya ibulah yang akan membantunya menyediakan pakaian dan kelengkapan yang perlu sekiranya dia ingin kemana-mana. Ayu Afiqah mencapai beberapa helai pakaian yang sesuai. Suhu di Kampung Wangi, yang terletak betul-betul di kaki Gunung Kinabalu, Kundasang agak sejuk berbanding suhu di Daerah Keningau. Lalu Ayu Afiqah memilih pakaian yang agak tebal untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian. `Tentu lebih seronok jika ibu juga turut serta.’ getus hati Ayu Afiqah kesayuan. `Ibu, Ayu akan datang ke kampung asalmu. Mungkin rindu ayu pada ibu akan terubat di sana!’
Malam itu, Ayu Afiqah bermimpikan ibu lagi, ibu kelihatan cantik sekali dalam cahaya gemilang di sekelilingnya. Ibu tersenyum dan mengusap-usap pipi Ayu Afiqah seperti selalu. Walau ibu tidak berkata-kata, Ayu Afiqah tetap amat gembira. Dipeluknya ibu sepuas-puas hatinya. Tiba-tiba Ayu Afiqah terjaga di tengah malam. Ayu Afiqah melirik ke jam didinding. Jam menunjukkan pukul satu pagi. Setelah menyedekahkan al-fatihah buat ibu dan mendoakan agar roh ibu tenang dan mendapat rahmatullah. Lantas, Ayu Afiqah kembali meneruskan tidurnya lagi dengan bibir menguntum senyuman lembut. Dia berharap agar akan dapat bertemu ibu lagi di dalam mimpinya. Ayu Afiqah bangun awal untuk memulakan perjalanan seperti yang ayah janjikan semalam. Ayah hairan dengan perubahan Ayu Afiqah. Ada sedikit seri di wajah Ayu Afiqah. Terima kasih ibu, kerana menghilangkan sedikit rindu Ayu pada ibu meskipun hanya melalui mimpi, getus hati Ayu Afiqah. “Alhamdulillah, ayah suka tengok Ayu sedikit ceria hari ini.” Tegur ayah sambil menguntumkan senyuman. Wajah ayah juga turut sedikit ceria. Itulah kali pertama Ayu Afiqah melihat ayahnya senyum semenjak ibu meninggal dunia. Nek Dar yang baru sahaja keluar dari bilik hairan melihat kedua beranak itu tersenyum. Nek Dar bahagia melihat anak dan cucunya tersenyum. “Semoga kebahagiaan hari ini adalah permulaan untuk kebahagian yang lebih untuk hari-hari esok, “ bisik Nek Dar di cuping telinga Ayu Afiqah. “Terima kasih Nek Dar. Ayu pun berharap begitu.” Balas Ayu Afiqah lembut sebelum mencium pipi Nek Dar.
Erna, sebuah hasil pemurnian yg sgt2 padat, kuat, hidup dan menyentuh perasaan,tahniah!
ini sentuhan akhirnya;
1. matahari (seakan) malas menonjolkan diri. Awan hitam masih (mendominasi - tukar; menguasai) langit. 2. (bersama - tukar; oleh) hujan sepanjang hari ini cukup menyebabkab tubuh Ayu 3. rindu yang teramat. Kemudian, di dakapnya baju ibu dengan gelojak perasaan yang hanya dia (dan Allah) sahaja 4. “Ibuuu…” ratap Ayu Afiqah. (A)khirnya. (k)esedihan yang cuba ditahannya sedari tadi, (akhirnya - tukar; tiba-tiba) pecah (lagi). 5. orang ramai. Itu namanya cengeng!” Ibu pernah menegaskannya begitu, ketika Ayu Afiqah baru menjejaki kelas di tahun empat, suatu ketika dahulu. (tekan sekali enter) 6. Suasana menjadi terang-benderang. Suasana hingar-binggar (di) Sekolah Kebangsaan 7. tentang mengapa dia menangis kepada sesiapa. Pengawas yang melihat kejadian Ayu Afiqah melaporkan perkara tersebut kepada (Cikgu - tiada nama sini, huruf kecil semuanya, begini; cikgu). 8. menghiraukan sesiapa. Akhirnya, ayah dan ibu di panggil ke sekolah oleh guru besar. Mereka (di minta - ini kata kerja erna, sambung begini; diminta) 9. “Ayu sayang, ibu ada kat sini. Jangan sedih lagi ya nak,” Kedengaran sayup-sayup di kejauhan. (tekan sekali enter) 10. dipeluknya (oleh) ibu dengan erat. Ibu membalas pelukan dan membelai wajah Ayu Afiqah dengan (penuh - delete) lembut. Ibu mengelap air mata Ayu Afiqah dengan perlahan. Tudung sekolah Ayu Afiqah yang senget dek kerana terlalu menangis tadi (diperkemaskan) 11. “Ibu, Ayu tak cengeng bu!” kata Ayu Afiqah perlahan. (tekan sekali enter) 12. Ayu Afiqah tenang semula (dan menjelaskan punca dia menangis). Ibu dengan lembut 13. (Namun, mujur.) Sejak Ayu Afiqah memenangi pertandingan saringan (pertama) Chef Junior Malaysia, 14. baharu sahaja dipelajarinya dari ibu ialah Ayam Penyet. Ligat otak Ayu Afiqah (menginggati - tukar; mengingati) 15. Ayu Afiqah menjeling seketika (pada) rakan-rakan peserta yang lain. 16. masakan mengikut masa yang diperuntukkan. (Satu jam kemudiannya, tempoh masa pertandingan yang diberikan pun berakhir.) 17. “Ayu…!” suara ayah memanggil, (dari luar pintu). (tekan sekali enter) 18. bahasa. Dengan tidak semena-mena, tiba-tiba Nek Dar menarik lembut tubuh Ayu Afiqah (ke dalam) 19. `Mengapa ayah tidak memahami(nya - tukar; ku_? Mengapa ayah begitu mudah hendak (dia - tukar; aku) 20. “Ayu, nak tak kita pergi melawat Nek Jah di Kundasang, dia risaukan Ayu(.)” (tekan sekali enter) 21. itu juga pandai memasak. Secara kebetulan, Ayu Afiqah juga memikirkan (yg - eja penuh) sama. Tentang Nek Jah yang pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel ternama di (P)ekan Ranau. 22. Biasanya ibulah yang akan membantunya menyediakan pakaian dan kelengkapan yang perlu sekiranya (dia - tukar; mereka sekeluarga) ingin (ke mana-mana.) 23. Malam itu, Ayu Afiqah bermimpikan ibu lagi, ibu kelihatan cantik sekali dalam cahaya (yang gilang) gemilang
Salam sifu... 1. saya tak faham yang ke-10. dipeluknya (oleh) ibu dengan erat. adakah sesuai ada perkataan oleh di tengah-tengah? 2. sesuai tak jika saya letak tajuk bab begini? Bab 2: Kembara Chef Ayu
Re-Erna, sebuah hasil pemurnian yg sgt2 padat, kuat, hidup dan menyentuh perasaan,tahniah! - tengoklah siapa gurunya...
Bab 2 : Buku Merah Jambu
ReplyDeleteTerasa sebak dada Ayu Afiqah sekali lagi. Ayu Afiqah cuba mengawal air matanya agar tidak tumpah terus menerus. Dia mengenangkan kata-kata ibu bahawa dia harus kuat dan jangan terus menangis jika menghadapi masalah. Dia harus perlu tabah!
“Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun seperti kamu tidak harus menangis di hadapan orang ramai. Itu namanya cengeng!” Itulah yang dipesan oleh ibu suatu ketika dahulu semasa dia baru menjejaki di tahun empat dahulu. Ayu Afiqah semena-mena melihat dirinya dibuli di sekolah oleh rakan sekelasnya pada waktu rehat. Suasana persekitaran biliknya bertukar menjadi kawasan sekolah semasa dia berada di tahun empat.
Ayu Afiqah hanya menangis sepanjang rehat. Ayah dan ibunya terpaksa di panggil ke sekolah oleh guru besar untuk mengambilnya kerana Ayu Afiqah tidak mahu bercakap apa-apa dan hanya menangis sepanjang masa.
Ibu terpaksa berkejar ke sekolah sendirian kerana ayah masih bekerja. Ibu yang terkejut dengan peristiwa tersebut memeluk Ayu Afiqah yang masih menangis beberapa lama sehingga Ayu Afiqah tenang semula.
Setelah Ayu Afiqah kembali tenang, ibu memberi hasihat yang dia tidak boleh terus menangis jika dibuli. Sebaliknya, dia harus berani untuk menghadapinya. Pergi beritahu cikgu agar pelakuan buruk si pembuli dapat dihentikan, pesan ibu lagi.
“Ayu, jom makan nak, dah seharian Ayu tak makan. Nanti Ayu Sakit.” Panggil ayah dari sebalik pintu. Ayu tersentak dengan panggilan Ayah. Dia hanya mendiamkan diri. Disekanya air mata yang masih bersisa. Dia tahu ayah dan Nek Dar risaukan dirinya. Sudah lima hari pemergian ibu. Namun, Ayu masih belum dapat menerima kenyataan.
“Ibu... Ayu masih tidak kuat. Ayu perlukan ibu...” Ayu seakan menjerit. Air mata Ayu Afiqah mengalir lagi untuk kesekian kalinya. Pintu diketuk lagi. Kali ini terdengar sayup-sayup suara Nek Dar dari sebalik pintu.
“Ayu, jangan begitu cu... Ayu tak kesiankan ayah dan Nek Dar? Mari keluar cu, makan sedikit. Nanti Ayu sakit.” Kedengaran suara Nek Dar sayu. Ayu Afiqah meletakkan bantal yang telah basah akibat air matanya. Meskipun berat hati, Ayu Afiqah menggagahkan diri juga untuk bangun dari katilnya.
Perlahan-lahan pintu bilik terbuka. Muncul wajah kusam Ayu Afiqah. Ayu Afiqah diam seribu bahasa. Nek Dar menarik lembut tubuh Ayu Afiqah kedalam pelukannya. Ada titisan jernih jatuh di pipi Nek Dar. Ayu Afiqah masih diam seribu bahasa. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan ayah dan Nek Dar. Namun, dia tidak mampu melawan perasaan rindu pada ibu!
Di meja makan, Nek Dar berlalu ke dapur untuk mengambil pinggan. Ayu duduk di kerusi bersebelahan dengan kerusi yang ibu selalu duduki. Kelihatan bayang ibu duduk di sebelah Ayu. Ayu Afiqah melihat ibu sedang menyedukkan lauk kedalam pinggan Ayu. Lalu ibu duduk di kerusi seperti selalu dan mula makan. Ada sedikit senyuman di wajah Ayu Afiqah. Wajah ibu riang seperti biasa. Wajah jelita ibu menghadiahkan senyuman kepada Ayu.
Dengan semena-mena, ayah yang baharu sahaja selesai menjawab panggilan talifon diruang tamu meluru masuk ke ruang makan. Ayah duduk di tempat duduk ibu.
“Ayah, Itukan tempat duduk ibu! Ibu sedang makan.” Ayu Afiqah separuh menjerit menghalang ayah dari duduk di tempat ibu. Bayangan ibu hilang serta merta. Ayu Afiqah terdiam. Muka ayah berubah merah. Dada Ayu Afiqah berombak kencang. Mengapa ayah tidak melihat ibu? Adakah ayah sudah tidak sayang pada ibu? Fikiran Ayu Afiqah berkecamuk. Nek Dar yang sedang mengangkat lauk dari dapur terpinga-pinga dengan adengan itu. Dia meletakkan lauk yang dibawanya sebelum mendekati Ayu Afiqah dan mengusap rambut cucunya itu. Ayu Afiqah cuba bertahan untuk tidak menangis lagi. Dia harus kuat! Ayu menarik nafas panjang bagai menghirup sisa kekuatan yang dia ada.
ReplyDeleteAyah dengan wajah sayu duduk di kerusi yang lain. Ada garis kesedihan yang cuba disembunyikan oleh ayah. Mungkin dia terluka dengan pemergian ibu. Namun dia lebih terluka dengan kesedihan yang di tunjukkan oleh Ayu Afiqah. Dengan perlahan ayah cuba memulakan kata.
“Ayu, ibu sudah tiada. Terimalah hakikat itu. Ayu anak yang baik. Kita perlu merelakan pemergian ibu.” Pujuk ayah dengan wajah sayu. Ayu Afiqah memandang ayah dengan pandangan yang hanya dia yang mengerti. Mengapa ayah tidak memahaminya? Mengapa ayah hendak dia melupakan ibu?
Sebentar tadi, Nek Jah itu ada menalifon ayah bertanyakan keadaan Ayu Afiqah dan mereka sekeluarga. Dia tidak dapat hadir pada majlis pengkebumian ibu kerana sedang menjalankan ibadah Umrah di tanah suci Mekah. Dia membuat panggilan sebaik sahaja menjejakkan kaki di lapangan terbang di Kota Kinabalu. Nek Jah ingin terus melawat mereka di keningau. Namun, dia terpaksa membatalkan hasrat tersebut atas nasihat jabatan kesihatan. Kumpulan jemaah umrah Nek Jah perlu di kuarantin selama seminggu atas faktor keselamatan. Sebaliknya, ayah mencadangkan agar mereka sekeluarga melawat Nek Jah di Kundasang, Ranau.
Jarak pekan Ranau dengan pekan Keningau adalah 112.91 km. Daerah Kundasang, Ranau adalah daerah kelahiran ibu. Mungkin Ayu boleh menenagkan diri sebelum memulakan pertandingan Master Chef kanak-kanak 10 hari lagi di sanan. Kebetulan esok adalah cuti persekolahan. Bolehlah mereka pergi bercuti di sana. Nek Jah adalah ibu kepada ibu Ayu Afiqah.
Ayu Afiqah mengangguk sahaja tanda setuju. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyusahkan Nek Dar dan ayah. Ada senyuman di wajah ayah. mengaharap yang Ayu Afiqah akan lebih tenang di kampung ibu mertuanya. lebih-lebih lagi ibu mertuanya itu juga pendai memasak. Dia dahulu pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel terkemukan di pekan Ranau. Kemahiran memasak Nek Jah di perturunkan kepada ibu.
Ayu Afiqah masuk semula ke bilik setelah menghabisksan makan tegah harinya. Dia perlu menyusun pakaiannya untuk bertolak ke Kundasang esok. Ayu mengambil beg besar di atas almari pakaiannya. Biasanya ibulah yang akan membantunya menyediakan pakaian dan kelenngkapan yang perlu sekiranya ingin kemana-mana. Ayu Afiqah mengambil beberapa helai pakaian yang sesuai. Seingat Ayu Afiqah, kampung ibu di daerah Kundasang.
Daerah Kundasang betul-betul berada di kaki gunung Kinabalu. Tentu sahaja suhu di Kundasang agak sejuk berbanding suhu di Daerah Keningau. Ayu memilih pakaian yang agak tebal untuk di masukkan ke dalam beg pakaian. Tentu lebih seronok jika ibu juga turut serta. Getus hati Ayu Afiqah. Ibu, Ayu akan datang ke kampung asalmu. Mungkin ada yang istimewa di sana!
Malamnya, Ayu Afiqah bermimpikan ibu lagi, ibu tersenyum dan mengusap-usap pipi Ayu Afiqah seperti selalu. Ibu tidak berkata apa-apa. Ayu Afiqah amat gembira. Di peluknya ibu sepuas-puas hatinya. Tiba-tiba Ayu Afiqah terjaga di tengah malam. Ayu Afiqah melirik ke jam didinding. Jam menunjukkan pukul satu pagi. Ayu meneruskan tidurnya lagi. Dia berharap untuk bertemu ibu lagi di dalam mimpinya. Namun, mimpi bertemu ibu tidak lagi hadir.
ReplyDeleteAyu Afiqah bangun awal untuk memulakan perjalanan seperti yang ayah janjikan semalam. Ayah hairan dengan perubahan Ayu Afiqah. Ada sedikit seri di wajah Ayu Afiqah. Terima kasih ibu, kerana menghilangka sedikit rindu Ayu pada ibu meskipun hanya melalui mimpi, getus hati Ayu Afiqah.
“Alhamdulillah, ayah suka tengok Ayu sedikit ceria hari ini.” Kata ayah sambil wajahnya menguntumkan senyuman. Wajah ayah juga turut sedikit ceria. Itulah kali pertama Ayu Afiqah melihat ayahnya senyum semenjak ibu meninggal dunia. Nek Dar yang baru sahaja keluar dari bilik hairan melihat kedua beranak itu tersenyum. Nek Dar bahagia melihat anak dan cucunya tersenyum. Semoga kebahagiaan hari ini adalah permulaan untuk kebahagian yang lebih untuk hari-hari esok. Getus hati Nek Dar.
Selesai sahaja sarapan pagi, mereka sekeluarga bertolak ke Kundasang. Ayu Afiqah lebih selesa duduk di bahagian penumpang belakang kereta jenama Axia berwarna putih keluaran Syarikat Produa. Nek Dar pula duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan pemandu. Ayah seperti biasa akan menjadi pemandu kereta. Ayu Afiqah lebih banyak mengelamun dan menjadi pendengar setia semasa di dalam perjalanan.
Nek Dar dan ayah yang banyak bercerita di sepanjang perjalanan. Mungkin Nek Dar tidak mahu ayah tertidur atau penat semasa memandu. Pemanduan selama sejam tiga puluh minit itu tidak begitu terasa. Banyak pemandangan indah yang dapat dinikmati oleh mereka sekeluarga. Terhibur sedikit hati Ayu Afiqah. Kicauan burung, keindahan pokok-pokok hujan khatulistiwa dan pemandangan puncak Gunung Kinabalu amat memukau pandangan.
Seingat Ayu Afiqah, inilah kali pertama dia tidak terlena semasa menghadapi perjalanan yang agak jauh. Dulu, beberapa kali juga dia mengikut ayah dan ibu pulang ke Kundasang. Tetapi, Ayu tidak nikmati perjalanan tersebut kerana selalu sahaja terlena di sepanjang perjalanan. Setahu Ayu, dia hanya bangun apabila ibu membangunkannya apabila sudah sampai di Kundasang.
Perjalanan 2 jam ke Kampung di Kundasang, Ranau berakhir apabila ayah memberhentikan kereta betul-betul di halaman rumah Nek Jah pada tepat jam 10.00 pagi. Kedatangan mereka disambut dengan penuh kesyahduan oleh Nek Jah. Nek Jah memeluk Ayu Afiqah sambil menangis. Ayu Afiqah juga turut bersedih melihat Nek Jah menangis. Nek Jah hanya dapat ditenangkan pada lewat tengah hari. Kasihan Nek Jah, dia amat besedih dengan pemergian satu-satunya anak kesayangan yang dia ada.
Ayu Afiqah memandang sekeliling. Ramai sanak-saudara menyambut kehadiran mereka. Seingat Ayu Afiqah. Mereka adalah saudara mara sebelah Ibu. Suami Nek Jah telah meninggal dunia semenjak ibu masih kecil lagi. Ayu Afiqah, ayah dan Nek Dar bersalam-salaman dengan semua hadirin sebelum mengambil tempat duduk di ruang tamu.
Nemun, perkara yang paling menyedihkan Nek Jah ialah dia tidak dapat bersama anak kesayangannya ketika ibu menghembuskan nafas terakhir. Kini Ayu Afiqah adalah satu-satunya keturunan yang Nek Jah ada. Ayu Afiqah amat faham perasaan Nek Jah.
Sebaik semuanya tenang, Nek Jah mengumumkan yang malam ini akan diada sedikit kenduri tahlil. Patutlah Ayu Afiqah melihat ramai sanak-saudara sedang bergotong royong di dapur tadi. Rupa-rupanya Nek Jah sedang menyiapkan majlis tahlil arwah untuk ibu dan sekaligus doa selamat dia kembali dari mengerjakan Umrah.
ReplyDeleteAyu juga ikut memabantu dalam menyediakan juadah. Ayu Afiqah membantu memasak di dapur. Banyak resepi baru yang Ayu Afiqah pelajari hari ini. Antara juadah yang disediakan ialah Ayam masak merah, kari ayam, rendang daging masak masam manis, sayur lemak gulai nangka, umbut sawit masak lemak, sayur kobis goreng, sambal belacan dan pencuci mulut pula ialah puding kelapa. Semuanya sedap-sedap belaka.
Selesai sahaja majlis tahlil, saudara-mara pun beransur pulang. Ayu Afiqah yang keletihan memilih untuk tidur di bilik arwah ibu. Ayah tidur di bilk tetamu dan Nek Dar tidur sebilik dengan Nek Jah. Rumah Nek Jah agak sederhana dengan tiga bilik tidur. Setelah ibu berkawhin, Nek Jah hanya tinggal bersendirian di rumah itu. Nek Jah membuat kuih secara kecil-kecilah dan dihantar ke restoran-testoran berhampiran. Pencen polis atuk masih dapat menyara hidup Nek Jah.
Keesokan paginya, Ayu Afiqah bangun seawal jam 5 pagi untuk menunaikan solat subuh. Usai solat, Ayu Afiqah mengambil kesempatan mengamati sekeliling bilik. Bilik arwah ibu bersaiz sederhana sahaja. Di atas sebuah meja kecil, terletak beberapa foto-foto ibu semasa kecil sehingga remaja. Wajah comel ibu ketika remaja persis wajah Ayu Afiqah. Lama Ayu Afiqah menatap foto tersebut.
Pandangan Ayu Afiqah beralih pula pada sebuah almari yang terletak di bawah meja kecil tersebut. Semasa Ayu Afiqah mengikut ibu dan ayah ke Kundasang, Ayu Afiqah belum pernah berpeluang membuka almari berkenaan. Ayu Afiqah membuka almari tersebut perkahan-lahan. Almari itu tidak berkunci. Setelah di buka, kelihatan deretan susunan koleksi novel dan buku masakan kegemaran ibu. Ibu rupa-rupanya minat membaca novel dan mempunyai banyak koleksi buku masakan semasa remaja.
Dalam banyak-banyak buku yang terdapat dalam deretan tersebut, ada satu buku comel berwarna merah jambu. Ayu Afiqah mencapai buku tersebut dengan berhati-hati. Hati Ayu Afiqah meronta-ronta untuk mengetahui apakah isu buku tersebut. Tiba-tiba kedengaran suara Nek Jah memanggil Ayu Afiqah.
“Ayu, jom kita sarapan cu,” suara Nek Jah membantutkan hasrat Ayu Afiqah untuk mengetahui kandungan buku comel berwarna merah jambu tersebut.
“Baiklah Nek Jah. Ayu datang ni.” Balas Ayu Afiqah dan meletakkan semula buku tersebut kembali. Dia Lantas bergegas keluar dari bilik menuju ke ruang makan bersama yang lain.
Erna, kita teruskan k;
ReplyDeleteBab 2 : Buku Merah Jambu
(Sekembalinya dari tanah pusara ibu, ayu afiqah terus - ? di mana dia sekarang, gmbarkan suasana di situ, cahaya, udara, bunyi di dalam dan luar rumah, tmbh; dengan tangan yg terketar2 dengan gelojak perasaannya - ? gmbarkan dia buat apa dgn baju ibu)
(Ibuuu…” ratap ayu afiqah, sendiri)
Terasa sebak dada Ayu Afiqah (bukan alang kepalang) lagi. (bertungkus lumus pula) Ayu Afiqah cuba mengawal air matanya agar tidak tumpah terus menerus. (Namun - ? tmbh; mendadak) terkenang (dia akan) kata-kata ibu (ttg betapa) dia harus kuat dan jangan terus menangis jika menghadapi masalah. Dia seharusnya terus tabah!
“Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun seperti kamu tidak (manis) menangis di hadapan orang ramai. Itu namanya cengeng!” Ibu (pernah menegaskannya begitu, ketika ayu afiqah baru menjejaki kelas di tahun empat, suatu ketika dahulu
(perasaan ayu afqah mengingatinya? Tmbh; Padahal, ayu afiqah menangis kerana dibuli rakan2 sesekolah padawaktu rehat. Terasa amat betapa perkataan `cengeng itu sgt tidak adil ditujukan kpdnya. Tersgt-sgt tidak adil! Lantas ayu afiqa mendengus geram.
(Mendadak,) suasana (dlm) biliknya (yg suram lagi muram itu,) bertukar menjadi kawasan sekolah semasa dia berada di tahun empat. (gmbarkan cahaya, udara, bunyi di kawasan sekolah tu, gmbarkan sekolah, nama penuh sekolah, daerah, tmbh; Ayu Afiqah tersentak nafas.
Ayu Afiqah (seakan dpt melihat kembali bagaimana) dia menangis (tersedu sedan - ? di mana), sepanjang (waktu) rehat itu. Ayu Afiqah (terus menangis tanpa menjelaskan ttg mengapa dia menangis kepada - ? pihak sekolah jadi panik tiba2 lalu) memanggil ayah dan ibunya ke sekolah oleh guru besar untuk mengambilnya (pulang).
(Sebenarnya, bukan niat ayu afiqah utk menyusahkan ibu. Hingga) ibu terpaksa (bergegas) sendirian ke sekolah kerana ayah masih bekerja. (Juga bukan niatnya utk membuatkan) ibu terkejut. (mujur, ibu tidak terus memarahinya, sebaik tiba di - ?) ibu terus memeluk Ayu Afiqah yang masih menangis (teresak2, seperti menangisi - ?)
(buat dialog ibu tanya knp dia menangis, - sebut perkataan sayang juga,” pertanyaan ibu di cuping telinganya. Kedengaran sayup2 di kejauhan)
(ayu jawab tak?
(gmbarkan ibu belai wajah ayu - mengelap air mata ayu - ayu pakai tudung tak? Setelah beberapa (ketika kemudiannya, baharulah) Ayu Afiqah tenang semula. ibu (lalu mengingatkan ayu afiqah bahawa) dia tidak boleh terus menangis jika dibuli. Sebaliknya, dia harus berani untuk menghadapinya. (Iaitu dgn melaporkannya) kepada guru disiplin agar) pelakuan buruk si pembul dapat dihentikan.
(sejak dia selalu menagn dlm pertandingan saringan chef junior Malaysia, mereka masih membuli tak? Buat dia teringat pada sahabat atau saingannya dlm pertandingan2
saringan master chef junior - sebut nama saingan yg terdekat, kalau dia batalkan pernyertaan, apa agaknya mereka fikir atau rasa?)
ReplyDelete(buat satu babak berkaitan dgn pertandingan saringan pertama yg disertai, di mana, gmbarkan suasana di tempat pertandingan, apa yg dia nampak, siapa yg dia nampak, apa dia masak, dan apa yg peserta lain masak - potong apa, adun apa?, gmbarkan aroma masakan saat pertandingan bermula, bahan2 masakan bagaimana, siapa juri dan siapa yg anjurkan, gmbarkan dapur2 memasak, dan bandingkan dgn saiz tubuh kanak2 yg menjadi peserta. Ibu bapa peserta duduk di sebelah mana, penampilan peserta pertandingan, Gmbarkan dia diumumkan sebagai pemenang, dialog2 pendek - buat babak ni antara 2 - 3 ms saja)
“Ayu…!” (suara siapa yg memanggil ni?)
(Kenangan silam itu lenyap serta merta dr - ? Serta-merta ayu afiqah tersentak ke alam nyata, di bilik tidurnya semula - gmbarkan dia kesat air matanya dgn apa, buat dia simpan pakaian ibu di mana, terasa seperti menyimpan apa? buat dia pandang ke pintu biliknya, dia bangun tak utk menjawab panggilan tu?)
“Ayu, (mari kita) makan (dulu), na. Dah seharian Ayu tak makan. Nanti Ayu sakit (pula,).” (ujar) ayah dari sebalik pintu (biliknya. - nada suara ayah?)
(dgn tak semena2, sekali lagi) Ayu (afiqah tersendu keharuan, hiba). Dia hanya mendiamkan diri - kenapa?). Disekanya air mata yang masih bersisa. Dia tahu ayah dan Nek Dar risaukan dirinya. (Kini,) sudah lima hari pemergian ibu. Namun, Ayu masih belum dapat (memaafkan dirinya kerana menjadi punca kepada pemergian ibu.)
(‘andainyalah aku tidak mendesak2 ibu supaya - ?’ rintih hatinya, kepiluan.
“Ibu... (maafkan) Ayu, ibu.. maafkan ayu…) Ayu (masih) perlukan ibu...” Ayu seakan menjerit. Air mata(nya) mengalir (seperti - ?) lagi, untuk kesekian kalinya.
(Kedengaran) pintu diketuk (dari luar) lagi. Kali ini (turut) terdengar sayup-sayup suara Nek Dar dari sebalik pintu itu. (ayu afiqah mengesat air matanya dgn - ? lagi. (buat dia teringat pada tempahan2 buat biskut yg belum siap - wang tempahan sudah dikembalikan belum?
“Ayu, jangan begitu cu... Ayu tak kesiankan ayah dan (nenek)? Mari keluar cu, (temankan Nek Dar) makan sedikit, (kalau tidak, nanti nenek sakit… ayu tak mahu lihat nenek sakit `kan..?)” Kedengaran suara Nek Dar (merayu,) sayu.
`Nek Dar pula akan sakit?’ getus) Ayu Afiqah (dlm hati, - perasaan?)
(Tanpa berlengah, ayu afiqah) meletakkan bantal yang telah basah akibat air matanya, (d - ?) Meskipun berat hati, Ayu Afiqah menggagahkan diri juga untuk bangun dari katilnya. (knp dia takut nek dar pula jatuh sakit? Nek dar nenek sebelah ibu atau ayah? nenek yg lagi satu di mana? Ada saudara mara lain tak?)
(pernafasan ayu afiqah) Perlahan-lahan pintu bilik terbuka. Ayu Afiqah (lalu me)muncul(kan) wajah kusam(nya utk tatapan - ? Walaupun hatinya bagai di - ?) Ayu Afiqah (terus) diam seribu bahasa. (Dengan tidak semena2, tiba2) Nek Dar menarik lembut tubuh Ayu Afiqah kedalam pelukannya.
(“Ayu sayang…”bisik nek dar, - nada suara?) Ada titisan jernih jatuh di pipi Nek Dar.
Ayu Afiqah (membungkam mulut ketika dipimpin oleh nek dar ke meja makan, di - ? sementara ayah pula bergegas menjawab panggilan telefon di - ?). Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyusahkan (hati) ayah dan Nek Dar. Namun, dia tidak mampu melawan perasaan rindu pada ibu. (Sungguh dia tidak tahu bagaimana lagi mahu mengawal perasaan yang bergelora tidak keruan ini)/
ReplyDeleteDi meja makan, Nek Dar berlalu ke dapur untuk mengambil pinggan. (ada apa atas meja) Ayu duduk di kerusi bersebelahan dengan kerusi yang ibu selalu duduki. (Terasa seperti ada) bayang ibu duduk di sebelah Ayu. Ayu Afiqah melihat ibu sedang menyedukkan lauk ke dalam pinggan Ayu.
(buat dialog ibu, sebut menu, siapa masak)” Lalu ibu duduk di kerusi seperti selalu dan mula makan (dgn penuh selera).
(Tanpa sedar,) Ayu Afiqah (yg seakan dpt melihat bayangan ibu itu, tersenyum (sayu.) Wajah ibu (kelihatan) riang seperti biasa. Wajah jelita ibu menghadiahkan senyuman kepada Ayu. Dengan semena-mena, ayah yang baharu sahaja selesai menjawab panggilan talifon diruang tamu (tadi), meluru masuk ke ruang makan. Ayah (langsung) duduk di tempat duduk ibu.
“Ayah, Itukan tempat duduk ibu! Ibu sedang makan.” Ayu Afiqah separuh menjerit (untuk) menghalang ayah (daripada terus) duduk di tempat ibu.
Muka ayah berubah merah padam. Bayangan ibu hilang serta-merta. Ayu Afiqah terdiam, (kekecewaan). Dada Ayu Afiqah berombak kencang. (Sungguh ayu afiqah tidak mengerti mengapa) ayah tidak melihat ibu. (Perasaannya membuak. Hatinya bertanya, ‘Adakah ayah sudah tidak sayang pada ibu?’
Nek Dar yang sedang mengangkat (lauk - sebut menu) dari dapur terpinga-pinga (kehairanan menyaksikannya). (Nek dar segera) meletakkan lauk yang dibawanya sebelum mendekati Ayu Afiqah dan mengusap rambut cucunya itu. Ayu Afiqah cuba bertahan untuk tidak menangis lagi. (gmbarkan aroma masakan apa yg menyelinap masuk ke rongga hidungnya?)
(Dia harus kuat! - buat monolog) Ayu menarik nafas panjang bagai menghirup sisa kekuatan yang dia ada. (lapar tak?)
Dengan wajah (yg) sayu, ayah duduk di kerusi yang lain. Ada garis kesedihan yang (seperti) ayah cuba sembunyikan. Mungkin (ayah juga) terluka dengan pemergian ibu. Namun, (mungkin ayah) lebih terluka dengan kesedihan yang ditunjukkan oleh Ayu Afiqah, (sejak pemergian ibu).
“Ayu (sayang), ibu (ayu) sudah tiada. Terimalah hakikat itu. (berilah peluang roh ibu tenang di alam baqa. Ayu anak yang baik. Kita perlu (reda dgn) pemergian ibumu, (nak),”pujuk ayah dengan (air jernih bertakung di - ?)
`Mengapa ayah tidak memahaminya? Mengapa ayah (begitu mudah) hendak dia melupakan ibu?’ (gerutu ayu afiqah dlm hati - perasaan terhadap sikap ayah?
“(Ayu… Sebentar tadi, Nek Jah ada menalifon ayah… (beliau) bertanyakan keadaan Ayu dan (kita) sekeluarga,”(jelas ayah, cuba menukar topic perbualan. (Menurut ayah, Nek
Jah, - sapa ni?) tidak dapat hadir pada majlis pengkebumian ibu kerana sedang menjalankan ibadah Umrah di tanah suci Mekah.
ReplyDelete(Menurut ayah lagi, nek jah) membuat panggilan sebaik sahaja menjejakkan kaki(nya kembali) di lapangan terbang di Kota Kinabalu (dan akan terus dtg) melawat mereka di keningau. Namun, (nek jah) terpaksa membatalkan hasrat tersebut atas nasihat jabatan kesihatan. Kumpulan jemaah umrah Nek Jah perlu di kuarantin selama seminggu atas faktor keselamatan.
(Sebaliknya, ayah mencadangkan agar mereka sekeluarga melawat Nek Jah di Kundasang, Ranau. - buat dialog)
(ayu afiqah terkebil2 mendengarkan penjelasan ayah. teringat dia pada nek jah yg - gmbarkan orgnya. Tmbh; Terbayang dia pada) jarak pekan Ranau dengan pekan Keningau (yg) 112.91 km (jauhnya). (sekali lagi, tanpa sedar, dia tersendu kepiluan. Dia tahu) Daerah Kundasang, Ranau adalah daerah kelahiran ibu.
(Mungkin Ayu boleh menenagkan diri sebelum memulakan pertandingan Master Chef kanak-kanak 10 hari lagi di sanan. Kebetulan esok adalah cuti persekolahan. - buat dialog siapa ni)
(Bolehlah mereka pergi bercuti di sana. Nek Jah adalah ibu kepada ibu Ayu Afiqah. - buat dialog siapa ni)
Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyusahkan Nek Dar dan ayah. Ayu Afiqah menganggk sahaja, tanda setuju. (buat dia teringat pada sahabat2nya di sekolah - sebut nama, sebut guru yg paling akan dirindui - dah siap buat kerja yg guru beri belum? Tiada aktiiti sekolah sepanjang cuti?)
(Tiba2, terukir) senyuman di wajah ayah (yg muram tadi. Seolah2 ayah) mengharap (agar) Ayu Afiqah akan (memdapat ketenangan) di kampung ibu mertuanya. Lebih-lebih lagi (apabila) ibu mertuanya itu juga pandai memasak, (Secara kebetulan, ayu afiqah juga memikirkan yg sama. Tentang nek jah yg) pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel (ternama) di pekan Ranau.
(kemahiran memasak Nek Jah (itulah yg) di perturunkan kepada ibu - buat monolog, tmbh; seleranya terbuka tiba2. Tnpa berlengah, dia) menghabiskan mkan tengah harinya (dgn - ? ada selera tak?)
(Sejurus, - dia tolobng cuci pinggan tak?) Ayu Afiqah masuk semula ke bilik(nya). Dia perlu (mengemas) pakaiannya untuk (dibawa) bertolak ke Kundasang esok. Ayu mengambil beg besar (dari) atas almari pakaiannya. (tanpa sedar, dia mengesak). Biasanya ibulah yang akan membantunya menyediakan pakaian dan kelenngkapan yang perlu sekiranya ingin kemana-mana.
Ayu Afiqah (mencapai) beberapa helai pakaian yang sesuai. Suhu di (kampung - sebut nama kampung, tmbh; yg terletak betul2 di) kaki Gunung Kinabalu, Kundasang agak sejuk berbanding suhu di Daerah Keningau. (Lalu) Ayu (afiqah) memilih pakaian yang agak tebal untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian.
`Tentu lebih seronok jika ibu juga turut serta.’ getus hati Ayu Afiqah, (kesayuan.) `Ibu, Ayu akan datang ke kampung asalmu. Mungkin (rindu ayu pada ibu akan - ?) di sana!
Malam (itu,) Ayu Afiqah bermimpikan ibu lagi, ibu (kelihatan cantik sekali dlm cahaya - ?) ibu tersenyum dan mengusap-usap pipi Ayu Afiqah seperti selalu. (Walau) ibu tidak (berkata2), Ayu Afiqah (tetap) amat gembira. Dipeluknya ibu sepuas-puas hatinya.
ReplyDeleteTiba-tiba Ayu Afiqah terjaga di tengah malam. Ayu Afiqah melirik ke jam didinding. Jam menunjukkan pukul satu pagi. (setelah menyedekahkan al fatihah buat ibu dan mendoakan agar roh ibu tenang di rahmatullah. Lantas,) Ayu (kembali) meneruskan tidurnya lagi (dengan bibir menguntum senyuman lembut). Dia berharap (agar akan dpt) bertemu ibu lagi di dalam mimpinya.
Ayu Afiqah bangun awal untuk memulakan perjalanan seperti yang ayah janjikan semalam. Ayah hairan dengan perubahan Ayu Afiqah. Ada sedikit seri di wajah Ayu Afiqah. Terima kasih ibu, kerana menghilangka sedikit rindu Ayu pada ibu meskipun hanya melalui mimpi, getus hati Ayu Afiqah.
“Alhamdulillah, ayah suka tengok Ayu sedikit ceria hari ini.” (tegur) ayah sambil menguntumkan senyuman. Wajah ayah juga turut sedikit ceria.
Itulah kali pertama Ayu Afiqah melihat ayahnya senyum semenjak ibu meninggal dunia. Nek Dar yang baru sahaja keluar dari bilik hairan melihat kedua beranak itu tersenyum. Nek Dar bahagia melihat anak dan cucunya tersenyum.
“Semoga kebahagiaan hari ini adalah permulaan untuk kebahagian yang lebih untuk hari-hari esok, “Getus Nek Dar (di cuping telinga ayu afikah)
(dialog balas ayu afiqah?)
erna, bab 2 berakhir di sini, yg selebihnya bawa ke bab 3 pula.
gigih terus k
ok..tq sifu. isyaalah sentiasa istiqamah utk teruskan usaha...
ReplyDeleteBab 2 :
ReplyDeleteSekembalinya dari tanah pusara ibu, Ayu Afiqah terus menuju ke bilik tidurnya. Di luar rumah, cahaya matahari malas menonjolkan diri. Awan hitam masih mendominasi langit. Udara dingin yang dibawa bersama hujan sepanjang hari ini cukup menyebabkab tubuh Ayu Afiqah menggigil kesejukan. Hujan yang tadinya gerimis lama-kelamaan semakin bertukar lebat. Sepertinya tidak mahu berhenti.
Ayu Afiqah duduk di tepi katil. Tangannya terketar-ketar dia mengenggam baju ibu dengan penuh rasa rindu yang teramat. Kemudian, di dakapnya baju ibu dengan gelojak perasaan yang hanya dia sahaja yang tahu. Serasa dia mendakap ibu. Haruman pada baju itu begitu menusuk kalbu.
“Ibuuu…” ratap Ayu Afiqah akhirnya. Kesedihan yang cuba ditahannya sedari tadi akhirnya pecah. Terasa sebak dada Ayu Afiqah bukan alang kepalang lagi. Bertungkus lumus pula Ayu Afiqah cuba mengawal air matanya agar tidak tumpah lagi terus menerus. Suatu kekuatan tiba-tiba hadir apabila dia terkenangkan akan kata-kata ibu tentang betapa dia harus kuat dan jangan terus menangis jika menghadapi masalah. Dia seharusnya terus tabah!
“Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun seperti kamu tidak manis menangis di hadapan orang ramai. Itu namanya cengeng!” Ibu pernah menegaskannya begitu, ketika Ayu Afiqah baru menjejaki kelas di tahun empat, suatu ketika dahulu. Ligat otak Ayu Afiqah mengingati peristiwa tersebut. Padahal, Ayu Afiqah menangis kerana dibuli rakan-rakan sesekolah pada waktu rehat. Ayu dipanggil si cengeng!
Ayu Afiqah terasa amat betapa perkataan `cengeng’ itu sangat tidak adil ditujukan kepadanya. Tersangat-sangat tidak adil! Lantas Ayu Afiqa mendengus geram. Mendadak, suasana dalam biliknya yang suram lagi muram itu, bertukar menjadi kawasan sekolah semasa dia berada di tahun empat. Suasana menjadi terang-benderang. Suasana hingar-binggar Sekolah Kebangsaan Pasir Kemboja, Keningau.
Ayu Afiqah tersentak nafas. Ayu Afiqah seakan dapat melihat kembali bagaimana dia menangis tersedu sedan di pondok mengulangkaji yang juga dikenali sebagai Pondok Ilham bersebelahan kelas. Ayu Afiqah menangis di sepanjang waktu rehat itu. Ayu Afiqah terus menangis tanpa menjelaskan tentang mengapa dia menangis kepada sesiapa. Pengawas yang melihat kejadian Ayu Afiqah melaporkan perkara tersebut kepada Cikgu.
Puas cikgu memujuk namun Ayu Afiqah masih tetap juga begitu. Menangis dengan tidak menghiraukan sesiapa. Akhirnya, ayah dan ibu di panggil ke sekolah oleh guru besar. Mereka di minta membawa sahaja Ayu Afiqah pulang ke rumah. Sebenarnya, bukan niat Ayu Afiqah untuk menyusahkan ibu. Hingga ibu terpaksa bergegas sendirian ke sekolah kerana ayah masih bekerja. Juga bukan niatnya utk membuatkan ibu terkejut.
Mujur, ibu tidak terus memarahinya, sebaik tiba di bilik Pondok Ilham, ibu terus memeluk Ayu Afiqah yang masih menangis teresak-esak, seperti hatinya sedang hebat terluka.
“Ayu sayang, mengapa menangis ni?” pertanyaan ibu di cuping telinganya.
“Ayu sayang, ibu ada kat sini. Jangan sedih lagi ya nak,” Kedengaran sayup-sayup di kejauhan. Suara yang amat dikenalinya. Ayu Afiqah perlahan-lahan menggangkat muka. Dia melemparkan pandangan pada punca suara yang didengarnya tadi. Rupanya ibu. Orang yang amat diingininya ketika itu. Lantas dipeluknya ibu dengan erat. Ibu membalas pelukan dan membelai wajah Ayu Afiqah dengan penuh lembut. Ibu mengelap air mata Ayu Afiqah dengan perlahan. Tudung sekolah Ayu Afiqah yang senget dek kerana terlalu menangis tadi di perkemaskan oleh ibu.
ReplyDelete“Ibu, Ayu tak cengeng bu!” kata Ayu Afiqah perlahan. Ibu mengangguk perlahan sambil tersenyum. Ayu Afiqah tenang semula. Ibu dengan lembut tetapi tegas mengingatkan Ayu Afiqah bahawa dia tidak boleh terus menangis jika dibuli. Sebaliknya, dia harus berani untuk menghadapinya. Iaitu dengan melaporkannya kepada guru disiplin agar pelakuan buruk si pembuli dapat dihentikan. Guru besar dan guru disiplin yang berada di situ memandang sahaja drama Ayu Afiqah dan ibu tanpa suara.
Sejak Ayu Afiqah memenangi pertandingan saringan Chef Junior Malaysia, Ayu Afiqah tidak lagi dibuli apatah lagi dipanggil dengan gelaran si cengeng. Malah, dia selalu mendapat perhatian dan pujian dari rakan-rakan dan cikgu di sekolah.
Ayu Afiqah teringat pada sahabat Steve, Devi dan Tay yang juga saingannya dalam sesi pemilihan dan ujian saringan tempoh hari. Steve dan Tay adalah saingan yg terdekat. Jika Ayu Afiqah membatalkan penyertaan pasti Steve dan Tay amat kecewa. Ayu Afiqah masih teringat ketika Ayu Afiqah berada pada saringan pertama kelayakan Master Chef. Dewan pertandingan dipenuhi orang ramai. Ayu Afiqah berdiri sebaris dengan 20 orang peserta yang lain. Antara peserta yang dikenali oleh Ayu Afiqah ialah Steve dan Tay iaitu rakan karibnya sendiri.
Tidak jauh dari tempat mereka berdiri, tersusun deretan dapur cantik dan lengkap yang akan digunakan oleh peserta sebentar lagi. Hati Ayu Afiqah berdegup kencang. Dia cuba mencari kelibat ayah dan ibu di tempat duduk penonton. Syukur Ayah dan ibu turut ada di tempat penonton meskipun ibu tidak seberapa sihat. Ayu sedikit lega. Suatu suntikan semangat datang melihat ayah dan ibu melambainya dengan gembira tanda selamat berjuang untuknya.
Tugasan mereka hari itu ialah masakan berasaskan nasi dan ayam. Ayu Afiqah bingung. Ada beberapa menu dalam fikirannya yang berasaskan nasi dan ayam. Namun, masakan yang paling sesuai dan baharu sahaja dipelajarinya dari ibu ialah Ayam Penyet. Ligat otak Ayu Afiqah menginggati bahan-bahan yang diperlukan. Masa yang diberikan untuk menyiapkan hidangan tersebut ialah selama 1 jam dan 30 minit sahaja.
Sebaik sahaja masa diistiharkan bermula, Ayu Afiqah bergegas mengambil bahan-bahan untuk membuat Ayam Penyet seperti yang dihafalnya tadi. Ayu Afiqah kemudiannya bergegas ke stor yang disediakan untuk mengambil seekor ayam kampung yang bersaiz agak kecil dan beberapa bahan yang lain. Ayam tersebut dipotong kepada 8 bahagian sebelum dicuci. Mujur meja kerja dan dapur yang mereka gunakan sesuai dengan ketinggian kanak-kanak seperti mereka.
Ayu Afiqah menjeling seketika rakan-rakan peserta yang lain. Nampaknya tiada yang menyediakan masakan yang sama sepertinya. Tay menyediakan Nasi Ayam. Manakala Steve menyediakan Chiken Chop bersama nasi. Peserta lain ada yang menyediakan nasi goreng ayam, nasi beriani dan banyak lagi. Semerbak aroma masakan enak dari peserta yang lain amat menusuk ke rongga hidung Ayu Afiqah.
Juri yang terdiri dari guru besar, seorang chef dan selibriti dari Kota Kinabalu berlegar-legar di sekitar dapur peserta. Kecut jugak perut Ayu Afiqah. Mujur Ayu Afiqah dapat kekal fokus dan menyiapkan masakan mengikut masa yang diperuntukkan. Berdebar jantung Ayu Afiqah menungggu pengacara mengumumkan pemenang. Ayu Afiqah adalah salah seorang daripada tiga peserta yang telah di minta ke hadapan oleh pengacara. Itu bermakna dia adalah antara tiga peserta yang mendapat markah tertinggi.
ReplyDeleteApabila pengacara menyebut nama juara saringan adalah namanya, sempat Ayu Afiqah bertanya kepada pengacara di sebelahnya. Adalah betul namanya yang di sebut tadi? Apabila pengacara mengangguk dan mengatakan iya! Ayu Afiqah bagaikan tidak percaya. Akhirnya, Ayu Afiqah menerima hadiah dengan tangisan kegembiraan.
“Ayu…!” suara ayah memanggil. Kenangan silam itu lenyap serta merta. Serta-merta Ayu Afiqah tersentak ke alam nyata, dia kini berada bilik tidurnya semula. Cepat-cepat dia mengesat air matanya degan lengan baju yang dipakainya. Disimpan pakaian ibu di dalam sebuah kotak kecil, terasa seperti menyimpan permata yang beharga. Kemudian, dia memandang ke pintu bilik. Lantas, dia bangun untuk menjawab panggilan ayah tadi.
“Ayu, mari kita makan dulu, nak. Dah seharian Ayu tak makan. Nanti Ayu sakit pula.” Ujar ayah dari sebalik pintu biliknya dengan nada memujuk. Dengan tak semena-mena, sekali lagi Ayu Afiqah tersendu keharuan. Hiba hatinya. Dia hanya mendiamkan diri. Ayu Afiqah berfikir. Dia tidak mahu lagi menyusahkan Ayah dan Nek Dar. Disekanya air mata yang masih bersisa. Dia tahu mereka risaukan dirinya.
Kini, sudah lima hari pemergian ibu. Namun, Ayu masih belum dapat memaafkan dirinya kerana menjadi punca kepada pemergian ibu.
‘Andainyalah aku tidak mendesak-desak ibu supaya memberikan adik, pasti semua ini tidak berlaku.’ rintih hatinya kepiluan.
“Ibu... Maafkan Ayu, ibu.. maafkan ayu…Ayu masih perlukan ibu...” Ayu seakan menjerit. Air matanya mengalir seperti air terjun lagi, untuk kesekian kalinya.
Kedengaran pintu diketuk dari luar lagi. Kali ini turut terdengar sayup-sayup suara Nek Dar dari sebalik pintu itu. Ayu afiqah mengesat air matanya dengan lengan bajunya lagi. Ayu Afiqah teringat pada tempahan-tempahan biskut yang belum disiapkan. Sedangkan wang tempahan belum dikembalikan!
“Ayu, jangan begitu cu... Ayu tak kesiankan ayah dan nenek? Mari keluar cu, temankan Nek Dar makan sedikit, kalau tidak, nanti nenek sakit… ayu tak mahu lihat nenek sakit `kan..?” Kedengaran suara Nek Dar merayu, sayu.
`Nek Dar pula akan sakit?’ getus Ayu Afiqah dalam hati, perasaan bersalah memburunya. Tanpa berlengah, Ayu Afiqah meletakkan bantal yang telah basah akibat air matanya, di atas katil.
Meskipun berat hati, Ayu Afiqah menggagahkan diri juga untuk bangun dari katilnya. Dia takut Nek Dar pula jatuh sakit. Nek Dar adalah satu-satunya nenek sebelah ayah dan setiasa menemaninya. Dia juga mempunyai nenek dari sebelah ibu, Nek Jah namanya. Namun, Nek Jah duduk jauh di Daerah Kundasang, Ranau. Kini, Nek Jah sedang mengerjakan ibadah Umrah di Mekah. Perlahan-lahan pintu bilik terbuka. Ayu Afiqah lalu memunculkan wajah kusamnya untuk tatapan Ayah dan Nek Dar.
Walaupun hatinya bagaikan gelora Tsunami di samudra lepas, namun Ayu Afiqah terus diam seribu bahasa. Dengan tidak semena-mena, tiba-tiba Nek Dar menarik lembut tubuh Ayu Afiqah kedalam pelukannya.
ReplyDelete“Ayu sayang…”bisik Nek Dar, nada suara Nek Dar sebak. Ada titisan jernih jatuh di pipi Nek Dar.
Ayu Afiqah membungkam mulut ketika dipimpin oleh Nek Dar ke meja makan. Ayah bergegas menjawab panggilan telefon di ruang tamu sebaik sahaja mendengar deringan talifon. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyusahkan hati ayah dan Nek Dar. Namun, dia tidak mampu melawan perasaan rindu pada ibu. Sungguh dia tidak tahu bagaimana lagi mahu mengawal perasaan yang bergelora tidak keruan ini.
Di meja makan, Nek Dar berlalu ke dapur untuk mengambil lauk kari ayam. Terdapat dua lauk di atas meja. Sup Ayam dan sambal belacan beserta ulaman. Ayu duduk di kerusi bersebelahan dengan kerusi yang ibu selalu duduki. Terasa seperti ada bayang ibu duduk di sebelah Ayu. Ayu Afiqah melihat ibu sedang menyedukkan lauk ke dalam pinggan Ayu.
“Ayu, makanlah sup ayam ni. Nenek masak. sedap tau.” Lalu ibu duduk di kerusi seperti selalu dan mula makan degan penuh selera. Tanpa sedar, Ayu Afiqah yang seakan dapat melihat bayangan ibu itu, tersenyum sayu. Wajah ibu kelihatan riang seperti biasa. Wajah jelita ibu menghadiahkan senyuman kepada Ayu. Dengan semena-mena, ayah yang baharu sahaja selesai menjawab panggilan talifon di ruang tamu tadi, meluru masuk ke ruang makan. Ayah langsung duduk di tempat duduk ibu.
“Ayah! Itukan tempat duduk ibu! Ibu sedang makan.” Ayu Afiqah separuh menjerit untuk menghalang ayah daripada terus duduk di tempat ibu.
Muka ayah berubah merah padam. Bayangan ibu hilang serta-merta. Ayu Afiqah terdiam kerana kecewa. Dada Ayu Afiqah berombak kencang. Sungguh Ayu Afiqah tidak mengerti mengapa ayah tidak melihat ibu. Perasaannya membuak.
Hati Ayu Afiqah bertanya, ‘Adakah ayah sudah tidak sayang pada ibu?’
Nek Dar yang sedang mengangkat lauk kari ayam dari dapur terpinga-pinga kehairanan menyaksikannya. Nek Dar segera meletakkan lauk yang dibawanya sebelum mendekati Ayu Afiqah dan mengusap rambut cucunya itu. Ayu Afiqah cuba bertahan untuk tidak menangis lagi. Aroma masakan kari ayam yang sedap menyelinap masuk ke rongga hidungnya. Dia harus kuat!
‘Aku tidak harus menangis lagi!’ Ayu menarik nafas panjang bagai menghirup sisa kekuatan yang dia ada. Perut Ayu Afiqah berbunyi lapar. Dengan wajah yang sayu, ayah duduk di kerusi yang lain. Ada garis kesedihan yang mendalam di wajah ayah. Namun, ayah cuba sembunyikan. Mungkin ayah juga terluka dengan pemergian ibu. Namun, mungkin ayah lebih terluka dengan kesedihan yang ditunjukkan oleh Ayu Afiqah, sejak pemergian ibu.
“Ayu sayang, ibu Ayu sudah tiada. Terimalah hakikat itu. Berilah peluang roh ibu tenang di alam baqa. Ayu anak yang baik. Kita perlu reda dengan pemergian ibumu, nak,” pujuk ayah dengan air jernih bertakung di mata ayah.
`Mengapa ayah tidak memahaminya? Mengapa ayah begitu mudah hendak dia melupakan ibu?’ gerutu ayu afiqah dalam hati. Ayu Afiqah sedih dengan sikap ayah.
“Ayu… Sebentar tadi, Nek Jah ada menalifon ayah… beliau bertanyakan keadaan Ayu dan kita sekeluarga,” jelas ayah, cuba menukar topik perbualan. Menurut ayah, Nek Jah yang merupakan nenek dari sebelah ibu, tidak dapat hadir pada majlis pengkebumian ibu kerana sedang menjalankan ibadah Umrah di tanah suci Mekah.
Menurut ayah lagi, Nek Jah, membuat panggilan sebaik sahaja menjejakkan kakinya kembali di lapangan terbang di Kota Kinabalu dan akan terus datang melawat mereka di keningau. Namun, Nek Jah terpaksa membatalkan hasrat tersebut atas nasihat jabatan kesihatan. Kumpulan jemaah umrah Nek Jah perlu di kuarantin selama seminggu atas faktor keselamatan. Sebaliknya, ayah mencadangkan agar mereka sekeluarga melawat Nek Jah di Kundasang, Ranau.
ReplyDelete“Ayu, nak tak kita pergi melawat Nek Jah di Kundasang, dia risaukan Ayu,” Ayu Afiqah terkebil-kebil mendengarkan penjelasan ayah. Teringat dia pada Nek Jah yang cantik dan baik hati. Wajahnya agak mirip ibu. Ada tahi lalat diatas bibir. Terbayang dia pada jarak pekan Ranau dengan pekan Keningau yang 112.91 km jauhnya. Sekali lagi, tanpa sedar, dia tersendu kepiluan. Dia tahu Daerah Kundasang, Ranau adalah daerah kelahiran ibu.
“Mungkin Ayu boleh menenagkan diri sebelum memulakan pertandingan Master Chef kanak-kanak 10 hari lagi di sana. Kebetulan esok adalah cuti persekolahan. Bolehlah kita pergi bercuti di sana.” Tambah Nek Dar. Seboleh-bolehnya Ayu Afiqah tidak mahu menyusahkan Nek Dar dan ayah. Ayu Afiqah mengangguk sahaja, tanda setuju.
Ayu Afiqah teringat pada sahabat-sahabatnya di sekolah. Steve, Devi dan Tay. Dia juga belum menyiapkan kerja rumah matematik yang diberikan oleh cikgu Ani. Tiba-tiba Ayu Afiqah teringatkan aktiviti perkhemahan Tunas Putri yang akan berlangsung pada masa cuti ini. Dulu, dia bersama Devi dan Tay beria-ia mendaftarkan nama untuk turut serta. Namun, Ayu Afiqah sudah tawar hati untuk mengikutinya setelah apa yang telah berlaku pada dirinya baru-baru ini.
Tiba-tiba, terukir senyuman di wajah ayah yang muram tadi. Seolah-olah ayah mengharap agar Ayu Afiqah akan mendapat ketenangan di kampung ibu mertuanya. Lebih-lebih lagi apabila ibu mertuanya itu juga pandai memasak. Secara kebetulan, Ayu Afiqah juga memikirkan yg sama. Tentang Nek Jah yang pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel ternama di pekan Ranau.
Kemahiran memasak Nek Jah itulah yang di perturunkan kepada ibu.
‘Aku mesti menemui Nek Jah. Dia boleh ajar Ayu masakan yang sedap-sedap,’ getus hati Ayu Afiqah. seleranya terbuka tiba-tiba terbuka. Tanpa berlengah, dia menghabiskan makan tengah harinya dengan berselera sekali.
Sejurus selesai makan, Ayu Afiqah menbersihkan meja makan dan menolong mencuci pinggan mangkuk. Setelah itu, Ayu Afiqah masuk semula ke biliknya. Dia perlu mengemas pakaiannya untuk dibawa bertolak ke Kundasang esok.
Ayu mengambil beg besar dari atas almari pakaiannya. Tanpa sedar, dia mengesak sekali lagi. Biasanya ibulah yang akan membantunya menyediakan pakaian dan kelengkapan yang perlu sekiranya dia ingin kemana-mana. Ayu Afiqah mencapai beberapa helai pakaian yang sesuai. Suhu di Kampung Wangi, yang terletak betul-betul di kaki Gunung Kinabalu, Kundasang agak sejuk berbanding suhu di Daerah Keningau. Lalu Ayu Afiqah memilih pakaian yang agak tebal untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian.
`Tentu lebih seronok jika ibu juga turut serta.’ getus hati Ayu Afiqah kesayuan. `Ibu, Ayu akan datang ke kampung asalmu. Mungkin rindu ayu pada ibu akan terubat di sana!’
Malam itu, Ayu Afiqah bermimpikan ibu lagi, ibu kelihatan cantik sekali dalam cahaya gemilang di sekelilingnya. Ibu tersenyum dan mengusap-usap pipi Ayu Afiqah seperti selalu. Walau ibu tidak berkata-kata, Ayu Afiqah tetap amat gembira. Dipeluknya ibu sepuas-puas hatinya.
ReplyDeleteTiba-tiba Ayu Afiqah terjaga di tengah malam. Ayu Afiqah melirik ke jam didinding. Jam menunjukkan pukul satu pagi. Setelah menyedekahkan al-fatihah buat ibu dan mendoakan agar roh ibu tenang dan mendapat rahmatullah. Lantas, Ayu Afiqah kembali meneruskan tidurnya lagi dengan bibir menguntum senyuman lembut. Dia berharap agar akan dapat bertemu ibu lagi di dalam mimpinya.
Ayu Afiqah bangun awal untuk memulakan perjalanan seperti yang ayah janjikan semalam. Ayah hairan dengan perubahan Ayu Afiqah. Ada sedikit seri di wajah Ayu Afiqah. Terima kasih ibu, kerana menghilangkan sedikit rindu Ayu pada ibu meskipun hanya melalui mimpi, getus hati Ayu Afiqah.
“Alhamdulillah, ayah suka tengok Ayu sedikit ceria hari ini.” Tegur ayah sambil menguntumkan senyuman. Wajah ayah juga turut sedikit ceria.
Itulah kali pertama Ayu Afiqah melihat ayahnya senyum semenjak ibu meninggal dunia. Nek Dar yang baru sahaja keluar dari bilik hairan melihat kedua beranak itu tersenyum. Nek Dar bahagia melihat anak dan cucunya tersenyum.
“Semoga kebahagiaan hari ini adalah permulaan untuk kebahagian yang lebih untuk hari-hari esok, “ bisik Nek Dar di cuping telinga Ayu Afiqah.
“Terima kasih Nek Dar. Ayu pun berharap begitu.” Balas Ayu Afiqah lembut sebelum mencium pipi Nek Dar.
Erna, sebuah hasil pemurnian yg sgt2 padat, kuat, hidup dan menyentuh perasaan,tahniah!
ReplyDeleteini sentuhan akhirnya;
1. matahari (seakan) malas menonjolkan diri. Awan hitam masih (mendominasi - tukar; menguasai) langit.
2. (bersama - tukar; oleh) hujan sepanjang hari ini cukup menyebabkab tubuh Ayu
3. rindu yang teramat. Kemudian, di dakapnya baju ibu dengan gelojak perasaan yang hanya dia (dan Allah) sahaja
4. “Ibuuu…” ratap Ayu Afiqah. (A)khirnya. (k)esedihan yang cuba ditahannya sedari tadi, (akhirnya - tukar; tiba-tiba) pecah (lagi).
5. orang ramai. Itu namanya cengeng!” Ibu pernah menegaskannya begitu, ketika Ayu Afiqah baru menjejaki kelas di tahun empat, suatu ketika dahulu. (tekan sekali enter)
6. Suasana menjadi terang-benderang. Suasana hingar-binggar (di) Sekolah Kebangsaan
7. tentang mengapa dia menangis kepada sesiapa. Pengawas yang melihat kejadian Ayu Afiqah melaporkan perkara tersebut kepada (Cikgu - tiada nama sini, huruf kecil semuanya, begini; cikgu).
8. menghiraukan sesiapa. Akhirnya, ayah dan ibu di panggil ke sekolah oleh guru besar. Mereka (di minta - ini kata kerja erna, sambung begini; diminta)
9. “Ayu sayang, ibu ada kat sini. Jangan sedih lagi ya nak,” Kedengaran sayup-sayup di kejauhan. (tekan sekali enter)
10. dipeluknya (oleh) ibu dengan erat. Ibu membalas pelukan dan membelai wajah Ayu Afiqah dengan (penuh - delete) lembut. Ibu mengelap air mata Ayu Afiqah dengan perlahan. Tudung sekolah Ayu Afiqah yang senget dek kerana terlalu menangis tadi (diperkemaskan)
11. “Ibu, Ayu tak cengeng bu!” kata Ayu Afiqah perlahan. (tekan sekali enter)
12. Ayu Afiqah tenang semula (dan menjelaskan punca dia menangis). Ibu dengan lembut
13. (Namun, mujur.) Sejak Ayu Afiqah memenangi pertandingan saringan (pertama) Chef Junior Malaysia,
14. baharu sahaja dipelajarinya dari ibu ialah Ayam Penyet. Ligat otak Ayu Afiqah (menginggati - tukar; mengingati)
15. Ayu Afiqah menjeling seketika (pada) rakan-rakan peserta yang lain.
16. masakan mengikut masa yang diperuntukkan. (Satu jam kemudiannya, tempoh masa pertandingan yang diberikan pun berakhir.)
17. “Ayu…!” suara ayah memanggil, (dari luar pintu). (tekan sekali enter)
18. bahasa. Dengan tidak semena-mena, tiba-tiba Nek Dar menarik lembut tubuh Ayu Afiqah (ke dalam)
19. `Mengapa ayah tidak memahami(nya - tukar; ku_? Mengapa ayah begitu mudah hendak (dia - tukar; aku)
20. “Ayu, nak tak kita pergi melawat Nek Jah di Kundasang, dia risaukan Ayu(.)” (tekan sekali enter)
21. itu juga pandai memasak. Secara kebetulan, Ayu Afiqah juga memikirkan (yg - eja penuh) sama. Tentang Nek Jah yang pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel ternama di (P)ekan Ranau.
22. Biasanya ibulah yang akan membantunya menyediakan pakaian dan kelengkapan yang perlu sekiranya (dia - tukar; mereka sekeluarga) ingin (ke mana-mana.)
23. Malam itu, Ayu Afiqah bermimpikan ibu lagi, ibu kelihatan cantik sekali dalam cahaya (yang gilang) gemilang
itu je erna, gigih terus k
Terima kasih sifu...
ReplyDeleteSalam sifu...
ReplyDelete1. saya tak faham yang ke-10. dipeluknya (oleh) ibu dengan erat.
adakah sesuai ada perkataan oleh di tengah-tengah?
2. sesuai tak jika saya letak tajuk bab begini?
Bab 2: Kembara Chef Ayu
Re-Erna, sebuah hasil pemurnian yg sgt2 padat, kuat, hidup dan menyentuh perasaan,tahniah! - tengoklah siapa gurunya...
Terima kasih sifu...
Erna, ok saya jawab;
ReplyDelete1. 1. saya tak faham yang ke-10. dipeluknya (oleh - silap ni, erna. delete oleh) ibu dengan erat.
2. Bab 2: Kembara Chef Ayu (cantik!
itu je erna kan, gigih terus k
Terima kasih sifu.. atas penjelasan.
ReplyDelete