• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, August 7, 2017

8 comments:

  1. TAJUK: TVRIO DARI SEDNA
    KATEGORI : FIKSYEN SAINS
    REMAJA
    PENULIS: ERNAWATY BINTI HUDONG

    Bab 1
    Rafizam berdiri dihadapan mesin Smau dengan perasaan tidak menentu. Hatinya tidak tenteram. Pertelingkahannya dengan Effa sebentar tadi masih terbayang-bayang di matanya. Dia tidak mahu memulakan kerja. Meja kerja kimpalan di hadapannya masih tidak terusik. Bengkel Teknologi kimpalan. Otaknya buntu. Fikirannya tidak fokus, fikir tentang Effa (rakan baiknya) dan keluarga. Flashback dgn Effa. Lamunannya di kejutkan dengan rakan sebengkelnya. Tengku Azli (watak antagonis)

    Bab 2
    Sementara itu, di planet 90377 Sedna iaitu sebuah objek trans-Neptun besar, dengan jarak lebih kurang tiga kali ganda jauhnya dari Matahari berbanding Neptun. Kajian spektroskopi menunjukkan yang kandungan permukaan Neptun sama dengan objek-objek trans-Neptun lain, yakni, campuran air, dan ais metana dan nitrogen bersama-sama tholin. Permukaannya merupakan satu daripada permukaan termerah di dalam Sistem Suria. Ahli Astronomi beranggapan bahawa berkemungkinan 90337 Sedna sebuah planet kerdil berbanding palnet lain.
    Disini, wujud tamadun mahluk yang lebih tinggi peradaban dari manusia di bumi. Tamadun ini menganggap mereka adalah penguasa seluruh galaksi. Kewujudan mereka bahkan tidak dapat disedari oleh manusia. Sebaliknya mahluk Sedna sedar akan kehadiran manusia di planet bumi serta mahluk-mahluk lain di plamet-planet sekitar. Mahluk di Planet Sedna telah merancang untuk menakluk planet sekitarnya sejak berkurun dahulu. Bahkan sejak zaman dinasor, merekalah yang memburu dinasor di Bumi dengan melancarkan meteor sehingga berlakunya kepupusan dinasor di muka bumi. Darah dan minyak dinasor tadi digunakan sebagai bahan api di planet mereka. Setelah pupusnya Dinasor, mahluk Sedna telah mengalihkan penjajahan mereka ke planet lain.
    Seperti di bumi juga, Planet Sedna juga mempunyai kerajaan dan pemerintah. Pemerintah kerajaan tertinggi di planet ini adalah Raja Vrio. Raja Vrio adalah raja agung dan tertinggi bagi semua kerajaan di planet Sedna. Keterunan Raja Vrio telah memegang tampok kepimpinan Sedna sejak sekurun yang lalu. Mengikut dasar pemerintahan mereka, pemilihan pemerintah tertinggi akan dipilih berdasrkan kebijaksanaan dan kejayaan penjajahan sesebuah keluarga pemerintah. Terdapat tiga buah pemerintah utama yang akan merebut tahta. Iaitu keluarga Raja Vrio, Raja Chgof dan Raja Wrui. Semenjak dari dahulu lagi ketiga-tiga keluarga ini akan berusaha untuk membuktikan mereka adalah keluarga terbaik dan melayakkan mereka menjadi pemerintah teragung panet Sedna.
    Pamerintah terkini adalah keluarga Raja Vrio. Raja Vrio telah berjaya menakluki sebuah planet sebelum menjadi pemerintah tertinggi Planet Sedna mengalahkan Raja Chgof dan Raja Wrui. Kini, Raja Chgof dan Raja Wrui yang kalah di tangan Rja Vrio sekurun yang lalu akur untuk menguasai pemerintahan wilayah utara dan selatan Sedna. Manakala kawasan tengah dan sangat maju diduduki oleh Raja pemerintah teragung Rja Vrio dan keluarganya. Kerajaan wilayah tengah amat makmur kerana sumber mineralnya amat banyak dan berharga. Ini menjadikan teknologi dan negara Wilayah tengah amat maju. Menurut peraturan galaksi bagi Planet sedna, pertarungan untuk menentukan siapa pemerintah wilayah tengah akan diadakana setiap 100 tahun.

    ReplyDelete
  2. Pemerintah Agung Raja Vrio mempunyai seorang anak yang bernama putera Tvrio. Putera Tvrio adakah satu-satunya harapan Raja Vrio untuk meluaskan dan meneruskan legasi kekuasaanya pada masa akan datang. Oleh itu, Raja Vrio amat tegas dengan puteranya. Sebaliknya, Putera Tvrio mennganggap ayanhnya amat tidak bertmbang rasa dan kurang memberi kebebasan kepada Tvrio dalam membuat keputusan. Suatu hari, perselisihan faham dua beranak antara Raja Vrio dan Putera Tvrio semakin memuncak dan meruncing disebabkan oleh isu penjelajahan. Tvrio semakin tidak berpuas hati dengan ayahandanya.
    “Tak elok kamu berdegil Tvrio! Keputusan ayahanda ini adalah untuk kebaikan kamu dan Negara kita.” Titah Raja Vrio kepada anakandanya tegas.
    Tvrio tidak berkata apa. Perlahan-lahan dia berundur dan memberi hormat sebelum berpaling dan pergi. Hatinya bagaikan lahar gunung berapi yang menunggu masa untuk diletuskan. Tvrio masih tidak berpuas hati dengan keputusan ayahandanya yang tidak membenarkannya mengikuti ekspedisi menjelajah planet lain sambil mencari mineral terpilih seperti Krypton dan Rhodium. Ramai pembesar yang ternama akan turut serta dalam ekspedisi kali ini. Biasanya wira yang berjaya mendapatkan mineral yang paling berkualiti akan dianggap wira negara. Tvrio ingin sekali bergelar Wira Negara. Malangnya ayahandanya tidak membenarkannya untuk turut serta dalam ekspedisi tersebut. Alasan ayahandanya ialah dia belum cukup matang amat mengecewakannya. Sedangkan, ketika ayahandanya seusia dia, ayahandanya juga telah menyertai pengembaraan kali pertama.
    Tvrio membawa langkah kakinya ke Dewan Senjata. Dewan ini merupakan tempat menghimpunkan dan menguji senjata dan pesawat yang terkini dan tercanggih negaranya. Dewan ini adalah tempat larangan dan tidak boleh ditembusi oleh sesiapa dengan mudah. Namun, atas kapasiti sebagai Putera, Tvrio boleh keluar masuk tanpa banyak masalah. Tempat ini sajalah yang amat mengujakan Tvrio. Dia kerap ke sini untuk belajar dan menenangkan fikiran dan melupakan sejenak pertelingkahan dengan ayahandanya.
    “Mengapa ayah tak pernah mahu memahami aku? Adakah ayah tidak menyayangi aku lagi? Aku adalah satu-satunya pewaris kerajaan wilayah Tengah yang agung. Aku sepatutnya hidup lebih baik dari ini!” Putra Tvrio bermonolog sendiri. Hatinya gundah. Ayahnya tidak memahami dirinya. Dia terasa tidak disayangi. Semenjak kemangkatan bondanya beberapa tahun lalu, Putera Tvrio sudah tidak ada tempat mengadu lagi. Hidup Putera Tvrio terasa kosong.
    Sedang Tvrio leka melayan perasaannya, tanpa Tvrio sedari dia telah memasuki salah satu Jet U89 pejuang yang masih dalam pengujian. Jet pejuang tersebut adalah Jet U89 penyamaran yang amat canggih dan sukar untuk dijejaki. Ia dicipta untuk penjelajahan bangsa palanet Sedna ke planet-planet lain. Tvrio merengus dan menghentakkan tangannya. Tanpa disedarinya Tvrio telah tertekan punat lancar pada skrin di hadapannya. Tvrio panik. Bunyi amaran untuk berlepas dari kawalan Jet U89 berbunyi. Dalam keadaan kelang kabut, dia cuba menekan mana-mana punat pada skrin dan menghubungi bilik kawalan. Namun usahanya sia-sia sahaja. Jet U89 yang masih dalam pengujian itu telah menerima arahan untuk berlepas daripada Tvrio sendiri tanpa sengaja. Pihak bilik kawalan juga terkejut dengan situasi tersebut dan cuba untuk menghentikan Jet U89 berkenaan tapi tidak berjaya. Laporan segera dibuat kepada Raja Vrio. Berlaku sedikit masalah teknikal dengan Jet U89 dan Putera Tvrio. Lima minit kemudian, Jet U89 berlepas dengan laju dari planet Sedna menuju ke destinasi yang tidak siapa ketahui. Putera Tvrio telah lesap bersama Jet U89.

    ReplyDelete

  3. Luar ruang angkasa Sedna
    Putera Tvrio yang berada dalam Jet U89 panik sekali lagi. Dia cuba duduk di bahagian kawalan utama. Dia menekan butang kawalan manual. Cuba mengingati ajaran yang diberikan oleh jeneral Rtho kepadanya sebelum ini. Meskipun pelajaran teknologi kawalan pesawat belum dikuasainya sepenuhnya, namun pembelajaran asas yang dipelajarinya mungkin dapat membantu sedikit sebanyak. Putera Tvrio cuma menarik nafas panjang dan bertenang. Putera terlihat butang kawalan bersambung ke pusat kawalan di Sedna. Tangan kanan putera ingin menekan butang berkenaan. Namun, otak logik putera tiba-tiba memintas arahan tersebut. Automatik tangan kanan putera beralih ke butang penyamaran. Penyamaran bermakna Jet U89 sepenuhnya di bawah kawalan Putera dan tidak akan dapat di kesan oleh mana-mana radar di mana-mana planet.
    “Inilah masanya untuk aku mengembara sendiri. Peluang sudah ada di depan mata”. Bisik hati Putera Tvrio. Lantas, dia mencari planet yang akan di tujuinya melalui butang cari.
    Pelbagai imej dan maklumat planet yang menjadi calon penjelajahan pertamanya. Namun, Putera lebih tertarik dengan planet yang dikenali sebagai Planet Biru. Planet biru ini juga dikenali sebagai nama Bumi. Menurut data, Bumi adalah planet ketiga dari Matahari yang merupakan planet padat dengan mahluk yang dipanggil sebagai manusia. Kependudukan manusia merupakan kelima terbesar daripada lapan planet dalam Sistem Suria . Bumi juga merupakan planet yang terbesar daripada empat planet kebumian Tata Surya. Bumi terbentuk sekitar 4,54 bilion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya pada bilion tahun pertama. Biosfera bumi kemudian secara perlahan-lahan mengubah suasana dan keadaan fizikal asas lain, yang membolehkan terjadinya pembiakan organisma serta pembentukan lapisan ozon , yang bersama-sama medan magnet Bumi menghalang sinaran matahari berbahaya dan membenarkan makhluk hidup mikroskopik untuk berkembang biak dengan aman di daratan. Sifat fizikal, sejarah geologi, dan orbit Bumi membolehkan kehidupan untuk dapat terus bertahan.
    Redemption Bumi terbahagi menjadi beberapa segmen kaku, atau plat tektonik, yang mengalami pergerakan di seluruh permukaan Bumi selama berjuta-juta tahun. Lebih daripada 70% permukaan Bumi dilitupi oleh air, dan selebihnya terdiri dari benua dan pulau-pulau yang mempunyai banyak tasik dan sumber air lain yang bersumbangsih terhadap pembentukan hidrosfera . Kutub Bumi sebahagian besarnya tertutup ais padat di lapisan ais Antartika dan ais laut di pek ais kutub. Interior Bumi masih tetap aktif, dengan inti dalam terdiri daripada besi padat, sedangkan inti luar berupa cecair yang mencipta medan magnet.
    Bumi berinteraksi secara graviti dengan objek lain di luar angkasa, terutama Matahari dan Bulan . Ketika mengelilingi Matahari dalam satu orbit, Bumi berputar pada paksinya sebanyak 366.26 kali, yang mencipta 365.26 hari matahari atau satu tahun sideris. Pusingan Bumi pada paksinya condong 23.4° dari serenjang bidang orbit, yang menyebabkan perbezaan musim di permukaan Bumi dengan tempoh satu tahun tropika (365.24 hari matahari). Bulan adalah satu-satunya satelit semula jadi Bumi, yang mula mengorbit Bumi kira-kira 4.53 bilion tahun yang lalu. Interaksi graviti antara Bulan dengan Bumi merangsang terjadinya pasang laut , menstabilkan cerun paksi, dan secara beransur-ansur melambatkan putaran Bumi.

    ReplyDelete
  4. Bumi adalah tempat tinggal bagi berjuta-juta makhluk hidup, termasuk manusia . Sumber-sumber mineral bumi dan produk-produk biosfera lain bersumbangsih terhadap penyediaan sumber daya untuk menyokong populasi manusia sejagat . Wilayah bumi yang dihuni manusia dikumpulkan menjadi 200 negara berdaulat, yang saling berinteraksi satu sama lain melalui diplomasi, pelancongan, perdagangan, dan aksi tentera.
    Selesai sahaja membaca semua fakta mengenai Bumi, Putera Tvrio bercita-cita untuk mendapatkan kesemua mineral yang ada di Bumi untuk di bawa balik ke Sedna dan dipersembahkan kepada ayahandanya. Ayahandanya pasti akan kagum kepadanya dan akan melayannya dengan lebih baik dan selayaknya. Pasti Ayahanda tidak akan meremehkan dirinya lagi.
    “Ayahanda pasti akan bangga denganku!” Putera Tvrio berbisik pada dirinya sendiri.
    Putera Tvrio menekan butang arahan penjelajahan menuju ke Planet Biru. Tidak sabar dengan cita-citanya, Putera telah mengarahkan tahap kelajuan Jet U89 kepada kelajuan tinggi. Jet U89 yang masih dalam pengujian sebenarnya masih belum stabil untuk kelajuan tinggi. Akibanya, Jet U89 sedikit mengalami gegaran. Putera yang tidak bersedia dengan gegaran Jet U89 terhumban ke bahagian bekang Dek. Kepala Putera terhantuk dan putera serta merta pengsan. Jet U89 masih terus bergerak dengan kelajuan tinggi ke destinasi yang telah di arahkan oleh sang Putera.

    Bab 3
    Suasana di bengkel Teknologi Kimpalan. Rafizam semakin buntu. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang Projek Tahun Akhirnya telah dirosakkan oleh orang lain. Namun, pelakunya tidak diketahui. Rafizam di beri amaran oleh pensyarah untuk menyiapkan projeknya itu. Setelah merayu, akhirnya penysrahnya memberi masa 2 minggu kepada Rafizam. Jika tidak juga disiapkan pada masa tersebut, dia akan digagalkan.

    Bab 4
    Rafizam sedih dan kecewa. Perasaannya berkecamuk. Dia duduk tumpang berteduh di pondok menunggu bas bagi menunggu hujan reda. Dia termenung. Dalam masa yang sama tiba-tiba dia terlihat ada jalur hijau dan dentuman yang cukup kuat di hadapannya. Sewaktu inilah kapal angkasa / jet Tvrio mendarat.

    Bab 5
    Rafizam meneruskan perjalanannya ke bilik sewanya di atas kedai di Pekan Keningau. Sewaktu masuk ke bilik, dia terkejut apabila melihat ada satu lembaga / mahluk yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Disinilah bermulanya perkenalan antara Rafizam dan Tvrio. Tvrio juga boleh berubah-ubah bentuk. Dia tidak mahu kehadiran dirinya diketahui oleh orang lain di bumi. Dia tidak mahu menjadi bahan ujikaji mahluk di bumi.
    Bab 6
    Tvrio mengikut Rafizam ke perpustakaan untuk mengulankaji. Disitu dia bertemu dengan Effa. Atas bantuan Tvrio, Rafizam nerjaya berbaik semula dengan Effa. Effa memninta Rafizam membantunya menyiapkan projek pameran sains semasa minggu sains dan matematik bulan hadapan. Rafizam setuju.

    Bab 7
    Rafizam ke bengkel untuk menyiapkan projeknya. Tanpa dsengajakan, dia terdengar perbualan Tengku Azli dengan rakannya yang lain. Rupa-rupanya Tengku Azlilah yang telah mengkhianati projek tahun akhir Rafizam. Rafizam berjaya menyiapkan Projek tersebut semula dengan bantuan Tvrio.

    Bab 8
    Rafizam memasang perangkap dengan bantuan Tvrio dan akhirnya Tengku Azli tertangkap. Dia mengaku bersalah. Namun, akhirnya Rafizam memaafkan Tengku Azli. Tvrio terharu dengan kebaikan manusia di bumi. Seperti yang ditunjukkan oleh Rafizam.

    ReplyDelete
  5. Bab 9
    Minggu sains dan matematik. Rafizam menyiapkan projek sains seperti yang dijanjikannya kepada Effa. Tvrio membantu Rafizam. Projek mereka bertajuk ‘Magik Swap’ berjaya mendapat pujian pengunjung dan pensyarah. Akhirnya pameran mereka di nobatkan sebagai pameran terbaik.

    Bab 10
    Rafizam membawa balik Tvrio ke kampung halamannya. Rafizam mula sakit-sakit. Menurut Doktor, Rafizam mengalami hidration yang teruk dan perlu minum air yang banyak. Ayah dan Ibu Rafizam berkenalan dengan Tvrio. Keakraban mereka sekeluarga menyebabkan Tvrio merindui ayahnya di palnet Sedna.

    Bab 11
    Tvrio terpakssa kembali ke planet Sedna kerana kesakitan Rafizam adalah disebabkan oleh Tvrio sendiri. Sifat fizikal Tvrio yang menyerap air menyebabkan Rafizam sakit.

    Bab 12
    Bab 13
    Bab 14
    Bab 15

    ReplyDelete
  6. Erna, saya dah baca sinopsis kat atas tu, dan rasanya awak dah boleh mulakan bab satu dgn panduan berikut;

    1. cuba fikir antara putera trivio dgn ramizam, mana satu yg boleh ditukar jantina ke watak gadis yg kuat semangat juangnya supaya novel ini lebih menarik. andainya nak dikekalkan rafizam, perlu tukar nama rafizam kpd nama yg lebih menarik dan modern.

    2. watak trivio, walau makhluk angkasa lepas, mesti digambarkan mempunyai masalah sama dgn masalah remaja seusia di bumi. begitu juga watak utama dari dunia, punya masalah remaja yg remaja boleh relate bila baca nanti, bahagian trivio perlu diselang selikan babnya dgn bahagian rafizam, agar sama byk jumlahnya.

    3. jika cerita bermula dgn watak trivio, bermakna ia perlu diakhir dgn bahagian trivio juga, bermakna keseluruhan cerita dtg dari trivio. begitu juga sebaliknya jika ia dtg dr rafizam. perlu punya rakan2 seusia, atau dlm kes triio, punya pegawai2 dlm ketenteraan mengikut pangkat. perlu gambarkan mcm mana persekolahanya di angkasa lepas (tentulah dia ada sekolah kan?) dll. sama mcm yg dilalui oleh rafizam.

    3. kedua2 watak utama, perlu ada latar keluarga yg mcm latar keluarga remaja biasa yg ada konflik peribadi yg perlu diungkaikan secara perlahan2. ttg pertelingkahan trivio dgn ayahandanya, ini perlu logik. sebagai seorang putera, sepatutnya ke mana saja dia pergi, ada para pengiring yg ikut sama.
    lazimnya, jika cerita sains fiksyen, kita tak guna status putera atau raja, tp kita gunakan gelar komander (yg mungkin ayahandanya) dan leftenant yg mungkin putera trivio. fikir. perlu fikirkan isu yg lebih besar antara trivio dan ayahandanya, supaya logik ayah dia menghalang tu.

    4. perlu ada gmbaran mcm mana rakyatnya menampung penghidupan dan ini perlukan istilah2 dan cara2nya, ttg pengangkutan udara (org angkasa lepas guna jet ke erna? kalau kecil saja mereka guna shuttle kan? dan kalau besar mereka gunakan pesawat udara? mcm mana mereka bernafas - jika mereka bernafas mcm iasa, kalau tidak, perlu digambarkan mcm mana)

    5. buat 8 - 9 ms, sbb nanti kita nak dptkan 14 ms utk satu bab.

    itu je dulu erna, ttg pertukaran jantina dan nama, beritau saya di whatsapp utk didiskus bersama2.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  7. Bab 14
    Hero rindukan Tvrio. Sebagai menubat rindunya dia sering ke sungai, ke perpustakaan dan mana –mana sahaja tempat yang pernah mereka lawati bersama. Hero semakin cuba membina keyakinannya sendiri agar bersifat lebih positif. Dia yakin yang Tvrio akan datang menemuninya pada suatu hari nanti. Konflik hero pada bab ini ialah melawan perasaan rindunya pada Tvrio
    Bab 15
    Di Palanet Sedna, Tvrio juga merindui Hero. Bagi mengenagkan persahabatannya dengan Hero di bumi, dia membina satu tugu khas di sebuah taman di panetnya. Jika dia merindui Hero, Tvrio akan ke taman itu. Perhubungan Tvrio dengan ayahnya juga sudah semakin baik. Tvrio sekarang sedang bersiap-siap untuk memperlengkapkan diri dalam semua bidang, termasuk ketenteraan, politik dan banyak lagi bagi mengantikan kepimpinan ayahnya. Tvrio sudah semakin matang datang dan ayahnya amat gembira dengan perubahan besar tvrio itu.

    Bab 16
    5 tahun kemudian, Hero telah menjadi seorang juru kimpal di Dubai dengan kerjaya dan gaji yang amat lumayan. Dalam kesibukan kerjanya, tiba- tiba dia menerima isyarat dari rakan lama yag amat-amat tidak disangkanya. Rakan dari palnet SEDNA.....

    ReplyDelete
  8. Erna, saya dah baca sinopsis2 di atas tu, menarik. sekrang awak dah boleh mulakan bab satu dgn panduan berikut

    1. mula2, baca syarat2 kelas tuisyen, jika ok, boleh diteruskan.

    2. Effa juga perlu digambarkan cemerlang dlm bidang kimpalan, begitu juga Tivio, supaya cerita ini nanti berkisar pada bidang kimpalan dan dgn sendiri akan buat novel jadi kuat.

    3. Buat antara - 10 ms, sbb kita nak dptkan 14ms, selepas isap bersih nanti.

    4. mulakan dgn konflik utama - berkaitan dgn kimpalan

    itu je dulu erna, gigih terus k

    ReplyDelete