• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, February 20, 2017

13 comments:

  1. Salam.. semoga sifu sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya..
    Baiklah sifu...saya sedang mengusahakan sinopsis itu sekarang..
    Jika telah siap saya akan hantar.

    ReplyDelete
  2. Sinopsis
    Bab 1
    Ayu Afiqah kehilangan ibunya disaat dia baharu sahaja menerima berita akan mendapat adik baru yang amat dinantikan. Ketika itu Ayu Afiqah baru berusia 10 tahun. Afiqah menyalahkan dirinya sendiri kerana dialah beria-ia mahukan adik.
    Flash back- Ayu Afiqah sering membantu ibunya membuat tempahan biskut. Selain itu, dia juga rajin membantu ibunya memasak di dapur. Ayu Afiqah mendengar mengenai master chef Junior melalui Tv dan media surat khabar.
    Selepas ibu Ayu Afiqah meninggal dunia, dia dijaga oleh Nek Dang. Ibu kepada ayahnya. Nek Dang tinggal dengan mereka di Pekan. Nek Dang adalah seorang pakar masak di kampung suatu ketika dahulu.

    Bab 2
    Setahun berlalu. Ayu Afiqah berusia 11 tahun dan pergi bercuti di kampung arwah ibunya. Ayu Afiqah berjaya bangkit dari kesukaran hidupnya apabila dia menemui dan membaca diari ibunya semasa remaja. Diari tersebut menulis mengenai impian ibunya semasa kecil.

    Bab 3
    Ayu Afiqah belajar masakan barat dari Steve, masakan China dari Sui Lan dan masakan India dari Kumala. Sahabat dan juga rakan sekelasnya.

    Bab 4
    Menabur bakti. Ayu Afiqah dan rakan-rakan yang menganggotai Kadet Tunas Puteri yang dianggotainya memjayakan projek ‘wakaf sebiji kek cawan’ untuk anak-anak yatim di Yayasan Anak Yatim Sungai Limbun bagi

    Bab 5
    Ayu Afiqah masuk pertandingan Chef Junior. Saringan pertama pertama bertemakan masakan biskut kegemaran keluarga. Menyediakan biskut tart nenas


    Bab 6
    Terpilih anatara 50 chef terbaik. Pusingan kedua, masakan pencuci mulut. Ayu Afiqah menyediakan ondeh-ondeh ubi kayu. Pusingan ke- 3 hampir kecundang kerana tidak dapat menyediakan masakan Udang Galah. Harga Udang Galah adalah sangat mahal. Oleh kerana kesempitan hidup. Ayu Afiqah tidak pernah merasa masakan tersebut. Oleh itu dia tersingkir pada pusingan ke-3. Ayu Afiqah mendapat tempat ke-3.

    Bab 7
    Menjadi ketua pasukan tunas puteri. Ujian memasak untuk mendapatkan lencana masakan ‘lencana jurumasak. Ayu Afiqah menolong semasa berlakunya kemalangan rakannya yang melecur tangan akibat terkena air panas menggunakan kaedah pertolongan cemas. Akhirnya Ayu Afiqah mendapat dua lencana iaitu ‘lencana juru masak’ dan ‘lencana pertolongan cemas’.

    Bab 8
    Menyediakan juadah istimewa sempena hari ibu kepada nenek tersayang. Majlis tersebut adalah dirancang oleh Ayu Afiqah dan ayahnya. Juadah kek istimewa adalah hasil tangan Ayu Afiqah sendiri.

    Bab 9
    Terpilih pusingan akhir. 16 chef terbaik. 13 buah negeri dan 3 buah wilayah persekutuan. Peserta tempat pertama negeri Sabah terpaksa menarik kerana umurnya melebihi syarat yang ditetapkan. Syarat menyatakan bahawa sepatutnya umur peserta tidak melebihi 12 tahun pada tarikh pertandingan. Akhirnya Ayu Afiqah akan mewakili Negeri Sabah ke Kuala Lumpur untuk rakaman reality TV. Ayu Afiqah akan tinggal di rumah Makcik Usu, adik bongsu ayahnya. Ayu Afiqah terpaksa berpindah sekolah buat semntara waktu untuk mengelakkan dia tertinggal pelajaran.

    Bab 10
    Terpilih menjadi duta master Chef Malaysia di Jakarta, Indonesia. Ayu Afiqah menghadiri majlis tersebut sempena hari kanak-kanak sedunia peringkat ASEAN. Ayu Afiqah juga mempromosikan Malaysia dan menunjukkan masakan tradisi Malaysia.

    ReplyDelete
  3. tajuk sementara : Master Chef Junior

    ReplyDelete
  4. Bab 1
    Dua minggu lagi pertandingan memasak remaja yang juga di kenali sebagai Chef Junior akan diadakan di Kota Kinabalu. Salah seorang peserta yang terpilih ialah Ayu Afiqah. Gadis comel yang berusia 11 tahun yang berasal dari Kampung Pasir Kemboja yang terletak kira-kira 10km jaraknya dari pekan Keningau dan 140km dari bandar Kota Kinabalu. Berita gembira tersebut yang sepatutnya diterima dengan gembira sebaliknya disambut dengan deraian air mata. Kepergian orang yang banyak memberi galakkan dan sokongan moral kepada Ayu Afiqah untuk memasuki pertandingan yang amat diimpikan oleh Ayu Afiqah.
    Bayu petang menampar halus pipi gebu Ayu Afiqah. Sapaan dingin hujan renyai petang itu langsung tidak dapat menyejukkan hati Ayu Afiqah. Hujan renyai-renyai bahkan bagai turut sama memahami kesedihan di hati Ayu Afiqah dan pada setiap manusia yang hadir ketika itu. Persekitaran tanah perkuburan Islam Kampung Pasir Kemboja juga ikut sama sayu . Pandangan mata umum tertumpu pada satu pusara. Di bawah pusara tersebut, seorang insan yang amat disayangi oleh Ayu Afiqah baharu sahaja disemadikan. Ayu Afiqah berteleku di pusara yang masih merah. Entah berapa kali Al-fatihah berulang-ulang di baca oleh Ayu Afiqah. Ayu Afiqah merasakan setiap bacaan tersebut memberi sedikit kekuatan dan dapat meyakinkan yang ibunya damai di sana. Kesayuan hatinya hanya tuhan yang tahu. Air mata yang jatuh ke pipinya tidak pernah menunjukkan tanda-tanda hendak berhenti. Bahkan lebih laju dari larian rintik hujan.
    Peristiwa tiga bulan yang lalu datang kembali di ruang mata Ayu Afiqah. Ayu Afiqah tersiat-siat bangun dari tidur. Dia melihat ibunya sedang sibuk menyiapkan biskut. Seingatnya, mereka baharu merayakan hari raya dua bulan lepas. Ini bermakna ibu bukan membuat biskut untuk menyambut hari raya. Mengapa pula ibu membuat biskut raya? Perlahan-lahan Afiqah mendekati ibunya untuk bertanya. Ibunya yang sedang leka mengadun tepung terkejut melihat telatah anak gadisnya. Setahunya Afiqah sedang lena diulit mimpi kerana keletihan mengikuti aktiviti kokurikulum petang tadi. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu membangunkan Afiqah. Biarlah dia siapkan sendiri biskut tersebut perlahan-lahan. Afiqah sentiasa kelihatan letih sebaik pulang dari sekolah. Mungkin kerana terlalu aktif mengikuti pelbagai program dan aktiviti di sekolah. Sebaik sahaja selesai solat maghrib, pasti anak gadisnya itu akan tertidur akibat keletihan. Namun, setiap hujung minggu, Afiqah amat ringan tulang untuk membantunya. Niatnya, hendak menyiapkan tiga jenis biskut kegemaran keluarga mereka. Suami dan anaknya amat gemar biskut buatannya. Selain itu, bolehlah dia mengambil tempahan biskut jika ada yang berminat. Semasa mengadun tepung dan bahan-bahan lain, dia sempat berfikir yang dia akan membungkus biskut dalam bentuk peket yang lebih kecil sebanyak mungkin dan meminta Afiqah untuk membawanya ke sekolah untuk diberikan kepada rakan-rakan dan cikgu-cikgunya. Mana tahu ada yang berminat untuk menempah? Ringan jugaklah beban sang suami kelak.
    Ayu Afiqah yang mendekatinya menarik kerusi. Dalam keadaan separuh sedar, Afiqah sempat bertanyakan kepada ibunya mengenai jenis biskut yang sedang dibuatnya. Ibu menjawab pertanyaan Ayu Afiqah dengan ringkas dengan menyatakan nama biskut tersebut ialah Tart Nenas. Ibu berpaling semula untuk melihat reaksi Ayu Afiqah. Malangnya, Ayu Afiqah telah lena semula dengan kepalanya di baringka di atas meja. Ibu hanya menggeleng-gelengkan kepala. Kasihan anak gadisnya. Walaupun dalam keletihan, dia sanggup bangun untuk menghulurkan bantuan. Kesudahannya, Afiqah selalu tertidur sedemikian.

    ReplyDelete
  5. Ibu mengenjutkan Ayu Afiqah untuk berpindah tidur ke dalam bilik agar lebih selesa. Biarlah hari ini dia akan menyiapkan biskut tersebut perlahan-lahan. Lebih baik secara perlahan berbanding tak mula langsung!
    Esoknya, Ayu Afiqah ke sekolah dengan membawa sebungkus besar peket biskut yang setiap kepingnya telah di bungkus secara berasingan dalam bungkusan yang lebih kecil oleh ibu semalam. Ada tiga jenis biskut kesemuanya. Memudahkan pelanggan untuk merasa biskut yang mereka gemari sebelum membuat tempahan. Bersama dengan itu juga, ibu telah menyiapkan sehelai borang. Borang ini akan diisi oleh pelanggan yang berminat dengan menulis nama, bilangan balang yang mereka kehendaki dan nombor telepon.
    Sesampai di sekolah Ayu Afiqah membahagikan bungkusan besar yang di bawanya kepada dua bahagian. Satu bahagian akan diedarkan kepada rakan-rakan sekelasnya. Manakala bungkusan yang kedua akan di bawa ke bilik guru untuk di letakkan di atas meja guru-guru. Mereka yang menerima peket percuma berkenaan amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Ayu Afiqah. Tidak kurang juga ada yang mengejeknya dan menggelarnya ‘tokey biskut’. Pada mulanya Ayu Afiqah menjadi malu dan putus asa. Namun, ejekan tersebut hanya di balas dengan senyuman oleh Ayu Afiqah. Dia menganggap gelaran tersebut adalah pembakar semangatnya untuk lebih berusaha membantu ibunya. Seminggu berlalu, Ayu Afiqah telah mendapat 24 balang tempahan. Suatu angka yang baik untuk perniagaan kecil-kecilan seperti yang diusahakan oleh dia dan ibunya. Kata ibu, jika ingin menjadi tukang masak yang berjaya, mesti pandai mempromosi masakan atau produk mereka sendiri dan tak mudah putus asa.
    Hujung minggu tiba. Afiqah bangun awal untuk membantu ibunya. Tempahan pelanggan perlu disiapkan dan dihantar pada hari isnin. Oleh itu, mereka terpaksa bekerja keras hujung minggu ni. Sebelum mereka memulakan operasi membuat biskut, Ayu Afiqah menemankan ibunya ke pasar raya untuk membeli semua keperluan yang sesuai. Menurut borang tempahan, mereka perlu menyiapkan tart nenas, biskut ulat bulu dan biskut makmur. Pada hari ini, Ayu Afiqah mencadangkan menyiapkan biskut tat nenas dan ulat bulu dahulu. Keesokan hari mereka bercadang untuk menyiapkan biskut makmur pula. Ayu Afiqah membantu ibunya menyenaraikan semua barangan yang perlu di beli dalam satu kertas. Ini akan memudahkan mereka semasa membeli belah kelak. Senarai semak ini juga akan mengelakkan mereka membeli barangan yang tidak perlu dan terlupa barangan yang diperlukan. Antara barangan yang perlu di beli lalah tepung jagung, tepung gandum, pewarna makanan, telur, gula, nenas, magerin, minyak sayuran, minyak sapid an beberapa barangan yang lainnya.
    Hampir 20 minit memandu, Ayu Afiqah dan ibu masuk ke pasar raya di pekan. Ayu Afiqah mengambil troli bagi memudahkan mereka menbawa barangan yang mereka beli kelak. Hampir setengah jam mereka memilih barangan. Hampir kesemua barangan telah di beli. Namun, pasaraya berkenaan kehabisan stok telur. Lalu, ibu mencadangkan mereka pergi ke kedai runcit yang berhampiran untuk mendapatkan telur yang mereka perlukan. Sebelum mereka bergerak keluar dari pasar raya, mereka terserempak cikgu Ani. Cikgu Ani adalah salah seorang pelanggan yang menempah biskut tart nenas mereka. Cikgu Ani sempat bersalaman dengan ibu dan Ayu Afiqah. Cikgu Ani juga memuji-muji kesedapan biskut buatan mereka. Ibu hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Cikgu Ani mengingatkan bahawa hari selasa ini dia akan menerima tetamu.

    ReplyDelete
  6. Oleh itu, dia memerlukan biskut tart nenas yang ditempahnya sebagai juadah kepada tetamunya itu. Ibu pula berjanji untuk menyiapkan biskut tersebut dan Ayu Afiqah akan menghantarkannya. Sebelum berpisah, cikgu Ani sempat menghulurkan wang RM50 untuk bagi membayar dua balang biskut yang ditempahnya. Pada mulanya ibu menolak kerana biskut berkenaan belum siap. Namun, cikgu Ani berkeras untuk membayarnya jugak kerana dia mungkin agak sibuk pada hari isnin. Kemungkinan besar sukar untuk menemuinya di bilik guru. Oleh itu, adalah lebih mudah untuk dia menyerahkan wang tersebut terlebih dahulu. Selain itu, boleh juga dijadikan modal untuk membeli bahan kelak. Cikgu Ani sempat memesan kepada Ayu Afiqah untuk meletakkan sahaja biskut berkenaan di atas mejanya di bilik guru isnin nanti. Ayu Afiqah hanya mengangguk tanda faham.
    Penat membeli belah, ibu mengajak Ayu Afiqah untuk makan tengah hari di gerai yang berhampiran dengan kedai runcit yang di kunjungi mereka. Ibu memesan makanan kegemaran mereka berdua iaitu bakso dan teh tarik. Semasa makan, ibu sempat membelai pipi Ayu Afiqah dan mengucapkan terima kasih kerana bersusah payah membantu ibu dalam perniagaan kecil-kecilan mereka. Ayu Afiqah terharu. Meskipun ibu sering membelai pipinya, namun belaian kali ini amat berlainan dan amat mengharukannya. Ayu Afiqah merasakan kasih sayang ibunya mengalir terus melalui kelembutan belaian dan senyumannya. Ayu Afiqah semena-mena memeluk ibu dan menangis terharu. Pelayan yang datang membawa pesanan mereka kehairanan. Ayu Afiqah yang melihat pesanan mereka sampai terus sahaja meleraikan pelukan. Perutnya yang mula berbunyi minta di isi.
    Selesai sahaja makan, Ayu Afiqah terpandang sebuah keluarga di sebelah meja makan mereka. Keluarga tersebut mempunyai lapan orang anak. Ayu Afiqah leka melihat keramahan adik-beradik tersebut bersenda gurau sambil menjamu selera. Alangkah indahnya jika aku juga mempunyai adik beradik yang ramai!
    Ayu amat kepingin mempunyai adik-beradik seperti rakan-rakannya yang lain. Ayu Afiqah juga amat cemburu melihat rakan-rakannya yang sering bermain dengan adik, abang dan kakak mereka. Berkali-kali dia menangis apabila diejek oleh rakan sepermainannya. Setiap kali itulah juga dia memaksa ibunya untuk melahirkan adik untuknya. Ibunya hanya tersenyum dan memujuknya. Menurut ibu, dia perlu bersabar dan berdoa. Allah akan mengkabulkan doa orang-orang yang berdoa bersungguh-sungguh. Semenjak itu, permohonan untuk mendapat adik tidak pernah lekang dari doa Ayu Afiqah.
    Suatu petang, Ayu Afiqah yang bersekolah sesi petang baru sahaja pulang dari sekolah. Di tangannya sekeping borang pendaftaran master chef Junior yang di edarkan di sekolahnya. Dia mencari-cari ibunya di dapur. Namun, ibunya tidak berada di situ. Kebiasaannya, ibunya akan sibuk di dapur menyiapkan juadah makan malam mereka. Namun, kelibat ibunya tiada kelihatan kali ini. Dia terus menuju ke bilik. Seperti yang dijangkanya, ibunya ada di situ. Ibu sedang terbaring lesu ditemani oleh ayah. Menurut ayah, ibu tidak sihat. Menurut ayah lagi, Ayu Afiqah akan mendapat adik baru. Alangkah gembiranya hati Ayu Afiqah. Patutlah ibunya selalu tidak sihat sejak akhir-akhir ini. Rupa-rupanya dia akan menerima adik yang amat diidam-idamkannya. Syukur, Akhirnya tuhan memakbulkan doanya!
    Semenjak hari itu, Ibu sering sahaja berulang-alik dari hospital. Menurut ayah, ibu mengalami masalah sakit jantung. Sakit jantung ibu itu tidak baik untuk orang mengandung seperti ibu. Menurut ayah lagi, ibu juga mengalami simpom alahan mengandung yang sangat teruk. Rupa ibu amat tidak bermaya. Ayu Afiqah amat rindu dengan kemesraan ibu. Mereka tidak lagi dapat memasak bersama seperti selalu.

    ReplyDelete
  7. Hampir dua jam acara pengnkebumian berlangsung. Tiba masanya hadirin beransur pulang. Ayu Afiqah amat berat mengatur langkah untuk meninggalkan pusara ibu. Tubuh kecil Ayu Afiqah bagaikan tidak mampu lagi bangun dan memulakan langkah. Kalau diikutkan hati, hendak sahaja Ayu Afiqah berlama-lama di situ. Namun, kehadiran tangan ayahnya encik Hasrul mematikan hasratnya. Nek Dang juga sudah bersedia di sisinya untuk memapah. Tubuh kecil berjaya dipapah oleh nek Dang. Nek Dang adalah ibu kepada ayahnya. Turut sama datang ke majlis pengkebumian ibunya ialah rakan sekelasnya Steve, Devi dan Tay yang juga merupakan rakan karibnya. Dengan terpaksa, Ayu Afiqah menggagahkan diri untuk melangkah.

    ReplyDelete
  8. Bab1
    “Ayu…”
    Ayu Afiqah tidak menjawab. Akan tetapi sinar matanya yang sayu menunjukkan dia mendengar panggilan itu. Sedetik itu dia memandang ke arah ayah yang juga turut bersedih. Ada garis kesedihan di wajah ayah. Ayah juga turut bersedih sepertinya. Sayu sepertinya. Orang-orang sekeliling juga turut kesedihan. Sedetik, Ayu Afiqah kembali merenung kembali pusara di hadapannya yang sedang dibasahi hujan.
    Sekali lagi kedengaran Ayu Afiqah sendu kehibaan. Bayu petang menampar halus pipi gebu Ayu Afiqah. Hujan renyai-renyai bagai turut sama memahami akan kesedihan di hati Ayu Afiqah dan mereka di tanah perkuburan. Namun, kesedihan pengunjung tanah perkuburan ketika itu tidak setanding dengan ribut kesedihan di jiwa Ayu Atiqah.
    Suasana persekitaran tanah perkuburan Islam Kampung Pasir Kemboja terasa amat suram. Pandangan mata para penziarah tertumpu pada pusara di hadapannya. Di pusara tersebut, seorang insan yang amat Ayu Afiqah sayangi, baharu sahaja disemadikan. Dada Ayu Afiqah berombak kencang. Pernafasannya tidak teratur seperti biasa. Turut sama datang ke acara pengkebumian ibunya ialah rakan karib sekelasnya Steve, Devi dan Tay. Kelihatan juga Cikgu Ani, Ketua Kampung dan ramai lagi. Mereka semua sempat memberi kata-kata semangat kepada Ayu Afiqah dan keluarganya. Ayu Afiqah serba tidak bersemangat, dia hanya mengangguk tanda hormat kepada mereka.
    Ayu Afiqah berteleku di pusara yang masih merah tanahnya. Entah berapa kali pula ayu afiqah mengulangi bacaan Al-fatihah. Ayu Afiqah merasakan bahawa setiap bacaan tersebut memberikan sedikit kekuatan kepada dirinya. Sekaligus meyakinkannya bahawa ibunya damai di alam barzakh.
    “Ibu, maafkan Ayu.... Maafkan Ayu.... Ayu sayang ibu.... Ayu belum puas bersama ibu.....” Air mata yang jatuh ke pipinya bagaikan tidak pernah hendak berhenti. Bahkan lebih laju daripada rintik hujan.
    “Ayu…” tegur Nek Dar, wajah redup tuanya menunjukkan kesedihan sambil di tangannya memegang sekaki payung. Dia cuba membawa Ayu Afiqah pulang. Sekali lagi ayu tidak menjawab. Matanya yang berbinar-binar resah itu, mengerling ke arah Nek Dar sejenak, sebelum kembali merenung tanah pusara ibu. Hidungnya kembang kempis apabila terhidu bau tanah merah di pusara itu. Tak ubah seperti hidungnya mengembang apabila terhidu aroma biskut tart nenas semasa baru bangun dari tidur, enam bulan yang lalu.
    Ayu Afiqah seakan dapat melihat dirinya menggeliat bangun dari tidurnya. Melarikan pandangan ke tingkap bilik. Mentari yang biasanya ramah sudah tidak kelihatan. Sejenak dia melirik jam di dinding. Jam menunjukkan 8.00 malam. Hidung Ayu Afiqah mengembang kempis apabila terhidu akan aroma tart nenas. Ayu bangun dan masuk ke bilik air yang ada diluar bilik. Dia lantas bangun dan membersihkan diri di bilik air di sebelah biliknya. Rumah mereka yang besarnya hanya lebih kurang 750 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Satu bilik air di dalam bilik ayah dan ibunya dan satu lagi yang terletak di sebelah biliknya. Ayu Afiqah menggunakan bilik air di sebelah biliknya. Usai mandi, Ayu afiqah bergegas ke dapur sumber aroma yang enak yang sedari tadi menganggunya.

    ReplyDelete
  9. Hmm! Kecur alir liur Ayu Afiqah mencium aroma biskut tart nenas di tambah-tambah lagi setelah melihat rupa bentuk tart nenas buatan ibu yang montok dan gebu seperti selalu. Tanpa banyak bicara, Ayu Afiqah mengambil sebiji tart nenas gebu yang berada agak jauh dari tempat ibu berdiri membakar biskut. Lantas, dia membenamkan tart tadi ke dalam mulutnya. Hm..sedap! Sambil mengunyah, Ayu Afiqah berfikir dengan keningnya sedikit berkerut, mengapa ibunya sibuk menyiapkan biskut? Seingatnya, mereka baharu merayakan hari raya Aidil Adha dua bulan lepas. Ini bermakna ibu bukan membuat biskut untuk menyambut hari raya.
    Jadi, mengapa pula ibu membuat biskut raya lagi? untuk apa? untuk siapa?’ getus hati Ayu Afiqah. Perlahan-lahan Afiqah mendekati ibunya. Ibu yang sedang tekun membakar biskut terkejut melihat akan kehadiran afiqah di sisinya. Mungkin ibu memikirkan bahawa Afiqah masih terlena dibuai mimpi. Apatah lagi apabila Ayu Afiqah pulang dalam keadaan letih setelah mengikuti aktiviti kokurikulum pada petang itu. Seboleh-bolehnya tidak mahu membangunkan Ayu Afiqah. Ibu kasihan akan dirinya. Mungkin kerana itulah ibu bertungkus lumus menyiapkan sendiri biskut tersebut.
    Aduh, perut Ayu Afiqah berkeroncong minta diisi. Biasanya, sebaik sahaja balik dari sekolah, Ayu Afiqah akan membersihkan diri dahulu sebelum makan dan solat maghrib. Namun, akibat keletihan yang luar biasa setelah mengikuti latihan kawad kaki untuk pasukan tunas putri hari itu, Ayu Afiqah terus sahaja tertidur. Ayu Afiqah terhidu aroma makanan yang amat dikenalinya, kedua-dua aroma tersebut berebut-rebut menerjah masuk ke rongga hidung Ayu Afiqah. Ayu Afiqah lantas membuka tudung saji. Kelihatan sepiring ikan bilis masak lada putih. Masakan tradisi dusun yang juga kegemaran Ayu Afiqah. Sayurnya pula ialah lembiding masak sardin. Kecur air liur Ayu Afiqah. Ayu Afiqah dengan pantas mengabil sepinggan piring kosong yang telah disediakan oleh ibu dan menyedok nasi hangat yang ada diatas meja.
    “Wah, sedapnya masakan ibu!” puji Ayu Afiqah. Ibu yang baru sahaja tersedar kehadiran anak gadisnya itu terkejut lantas tersenyum melihat gelagat anak tunggal kesayangannya itu. Seingatnya anak gadisnya tadi sedang tertidur di bilik. ibu seboleh-bolehnya tidak mahu membangunkan Ayu Afiqah. Ibu tahu, sekiranya Ayu Afiqah tertidur sedemikian, pastinya kerana terlalu letih menjalankan aktiviti sewaktu di sekolah.
    “Mengapa ibu membuat biskut? Kan raya dah lepas?” tanya Ayu Afiqah sebaik sahaja selesai makan. Ibu hanya tersenyum mendengar pertanyaan Anaknya.
    “Kan Ayu dan ayah suka biskut ni? Itu yang ibu buatkan. Tapi, kali ni ibu buat lebih. Bolehlah Ayu bawa ke sekolah esok untuk rakan-rakan dan guru. Jika suka, mereka boleh buat tempahan.” Jelas ibu sambil menjeling anaknya yang sedang membersih meja makan dan mengangkat piring kotornya di tempat membasuh pinggan sebelum membasuhnya tanpa disuruh. Ayu Afiqah sudah terbiasa untuk membantu ibu di dapur.
    “Pandai anak ibu.” Puji ibu. Ayu Afiqah tersenyum bahagia. Pipinya yang gebu bertukar kemerah-merahan kerana senang dipuji begitu. Ibu juga turut tersenyum melihat perubahan wajah anaknya.
    Ibu mengeluarkan biskut dari dulang pembakar. Manakala Ayu Afiqah pula membantu menyusun biskut di dalam balang yang telah disediakan. Ibu tersenyum bahagia.

    ReplyDelete
  10. Ibu mengusap-usap kepala Ayu Afiqah tanda berterima kasih atas pertolongan yang dihulurkannya. Sambil menyusun biskut, ibu dan Ayu Afiqah bersembang. Banyak perkara yang mereka bicarakan. Ayu Afiqah berjanji akan menolong ibu setiap hujung minggu.
    Biasanya, ibu akan menyiapkan tiga jenis biskut iaitu biskut tart nenas, biskut ulat bulu dan biskut makmur. Tambahan pula, ayah Ayu Afiqa dan Ayu Afiqah sendiri amat gemar memakan biskut buatan ibu. Biskut buatan ibu cantik dan sedap. Jam di dinding telah menunjukkan pukul 10.00 malam. Ibu mengajak Ayu Afiqah berhenti membuat biskut. Esok mereka akan menyambung membuat biskut lagi. Ayu Afiqah mengangguk setuju. Esok hujung minggu, bolehlah dia belajar dan sekaligus membantu ibunya menyiapkan tart nenas kegemarannya dari mula.
    Keesokan harinya, sebaik sahaja selesai bersarapan nasi lemak, Ayu Afiqah dan ibu telah memulakan projek membuat biskut tart nenas sekali lagi seawal jam 7.00 pagi. Ayah awal-awal lagi telah keluar pergi berkebun. Sementara itu, Afiqah membersikhan balang-balang yang baru di beli agar betul-betul bersih sebelum di isi dengan biskut kelak. Kata ibu, untuk membuat tart nenas, ada tiga bahan yang perlu di sediakan iaitu bahan untuk jem, bahan untuk tart dan hiasan.
    Ibu menyediakan bahan yang diperlukan di atas meja. Ayu Afiqah memerhati dengan penuh minat. Bahan untuk jem ialah dua biji nenas yang telah di parut dan toskan, 600 gram gula, sebatang kayu manis dan dua titik pewarna kuning. Manakala bahan untuk hiasan ialah sebiji kuning telur, sesudu air dan setitik pewarna kuning. Bahan-bahan untuk tart pula ialah 125 gram mentega, sesudu besar gula kastor, satu biji kuning telur, satu sudu besar minyak sapi, 1 3/4 cawan tepung gandum, 1/4 cawan tepung jagung dan sesudu besar tepung kastard.
    Ibu mengajar Afiqah untuk menyediakan inti nenas bagi tart nenas. Mula-mula, ibu meminta Afiqah memasak nenas yang telah diparut bersama gula. Apabila hampir kering, api perlu di perlahankan dan pewarna berwarna kuning dan kayu manis akan di masukkan dan diteruskan memasak sehinggalah inti nenas berkenaan betul-betul kering. Untuk hiasan pula, kuning telur, air dan pewarna kuning perlu dikacau sehingga sebati. Setelah itu, barulah ia boleh di sapu di atas tart gulung.
    Sementara itu, ibu memukul mentega bersama gula sehingga putih dan berkrim. Setelah itu, kuning telur, minyak sapi dan garam dimasukkan dan dikacau sehingga sebati. Setelah itu, ketiga-tiga jenis tadi iaitu tepung jagung, tepung kastad dan tepung gandum diayak sebelum dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Setelah itu, doh tadi perlu direhatkan seketika.
    Sementara menunggu doh tadi direhatkan, Afiqah memanaskan oven pada suhu 175 darjah celcius. Kemudian, dia memasukkan doh ke dalam acuan tart. Doh itu ditekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Kemudian, Afiqah menyusun doh yang telah diisi dengan inti nenas di atas loyang yang dilapik dengan digriskan dengan mentega. Ibu pula menyapukan tart gulung dengan bahan hiasan sebelum memasukkan biskut dan membakarnya selama 20-25 minit.
    Lamunan ayu afiqah terhenti serta merta. Dia tersentak ke alam nyata, di pusara ibunya kembali, Gambaran bagaimana dia menyusun doh yang telah diisi dengan inti nenas ghaib entah ke mana. Malah semua tart nenas yang sedap tadi juga hilang tiba-tiba dari pandangannya. Matanya hanya mampu terkebil-kebil memandang wajah ayah yang kelihatan sayu.

    ReplyDelete
  11. “Ayu, mari kita pulang nak.” Pujuk Nek Dar sebak. Ada getar pada suara nek Dar. Ayu melihat ada air mata mengalir di pipi Nek Dar. Namun, air mata itu terus sahaja di kesat sebelum ia sempat jatuh ke dagu. Ayu Afiqah kehairanan. Mengapa pulak Nek Dar menangis? Mana biskut tart nenas yang sedap tadi? Mengapa Ayu ada di kawasan perkuburan ni? Ayu bermonolog sendiri. Sejurus itu, datang semula ingata Ayu terhadap apa yang berlaku ketika ini.
    Terasa sebak dada Ayu Afiqah sekali lagi. Ayu Afiqah cuba mengawal air matanya agar tidak tumpah. Dia mengenangkan kata-kata ibu bahawa dia harus kuat dan jangan terus menangis jika menghadapi masalah. Dia harus perlu tabah! Lagipun seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sepertinya tidak harus menangis di hadapan orang ramai. Itu namanya cengeng! Itulah yang dipesan oleh ibu suatu ketika dahulu semasa dia berada di tahun empat.
    Ayu Afiqah semena-mena melihat dirinya di buli di sekolah oleh rakan sekelasnya pada waktu rehat. Suasana persekitaran pusara bertukar menjadi kawasan sekolah semasa dia berada di tahun empat. Dia hanya menangis sepanjang rehat. Ayah dan ibunya terpaksa di panggil ke sekolah oleh guru besar untuk mengambilnya kerana Ayu Afiqah tidak mahu bercakap apa-apa dan hanya menangis sepanjang masa.
    Ibu terpaksa berkejar ke sekolah sendirian kerana ayah masih bekerja. Ibu terkejut dengan peristiwa tersebut memeluk Ayu Afiqah beberapa lama sehingga Ayu Afiqah tenang semula. Setelah itu, barulah ibu menasihatinya yang dia tidak boleh terus menangis jika dibuli. Sebaliknya, dia harus berani untuk menghadapinya. Pergi beritahu cikgu agar pelakuan buruk si pembuli dapat dihentikan, pesan ibu lagi.
    Nek Dar menghulurkan tangan agar Ayu Afiqah duduk di tepi pusara. Namun, Ayu Afiqah tidak menghiraukannya. Penziarah sekeliling memandang dengan penuh keharuan. Ayu Afiqah inginterus dengan ibu. Dia ingin menemankan ibu ke pasar raya untuk membeli semua keperluan untuk membuat biskut ulat bulu yang belum sempat mereka siapkan kerana kehabisan bahan?
    “Tidakkah tahu Nek Dar tahu yang menurut borang tempahan, mereka perlu menyiapkan tart nenas, biskut ulat bulu dan biskut makmur? bukankah aku sendiri yang mencadangkan kami menyiapkan biskut tat nenas dan ulat bulu dahulu, sebelum membuat biskut makmur pula?” gerutu Ayu Afiqah dlm hati. Dia mengesat air hujan yg menepiasi dahinya. Pernafasan Ayu Afiqah bertambah kencang. Tidak mungkin dia tergamak membiarkan ibu membuat segalanya sendirian.
    Dia harus membantu ibu menyenaraikan semua barangan yang perlu dibeli dalam satu kertas bagi memudahkan mereka membeli belah kelak. Antara barangan yang perlu dibeli lalah tepung jagung, tepung gandum, pewarna makanan, telur, gula, nenas, magerin, minyak sayuran, minyak sapi dan beberapa barangan yang lainnya. Tentu gembira jika dapat ke pasaraya Giant bersama dengan ibu yang mengambil masa hampir 20 minit memandu dari rumah mereka.
    Sebaik Ayu Afiqah dan ibu masuk ke pasar raya itu nanti, dia melihat beberapa orang kanak-kanak gembira berlari mengambil troli di bahagian hadapan pasaraya tu. Dia juga ikut berlari mendapatkan troli seperti kanak-kanak tadi. Ayu Afiqah seronok dapat memilih barangan keperluan mengikut senarai yang telah disediakan sebelumnya bersama ibu. Namun, pasar raya berkenaan kehabisan stok telur.

    ReplyDelete
  12. “Bagaimana ni bu? Stok telur dah habis kat sini.” Ayu Afiqah merungut manja. Lalu, ibu mencadangkan mereka yang mereka perlukan.
    “Apa kata kita pergi ke kedai runcit Keng. Kedai tu dekat je dari sini” kata ibu memberi cadangan. Pada masa itu juga pandangan ibu terlihat dengan Cikgu Ani. Cikgu Ani adalah salah seorang pelanggan yang menempah biskut tart nenas mereka. Cikgu Ani sempat bersalaman dengan ibu dan Ayu Afiqah. Dia memuji-muji kesedapan biskut buatan mereka. Ibu hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Cikgu Ani mengingatkan bahawa hari selasa ini dia akan menerima tetamu. oleh itu, dia memerlukan biskut tart nenas yang ditempahnya sebagai juadah kepada tetamunya itu. - cuba hidupkan info ni buat monolog dlm bentuk soalan)
    “Ayu, dah nak senja ni, mari kita pulang nak.” Ayah memanggil. Tiba-tiba terasa kedua belah lengannya digapai oleh seseorang. Ayu afiqah menepis tangan itu dengan geramnya. Sungguh ayu tidak mengerti mengapa ayah mahu memisahkannya dengan ibu. Kasihan ibu! Padahal, Ibu sudah berjanji untuk menyiapkan biskut tersebut dan Ayu Afiqah akan menghantarkannya ke atas meja Cikgu Ani isnin ni. Tambahan pula, pelanggan sudah pun membayar wang tempahan untuk dua balang biskut yang ditempahnya.
    “Janji utk menyiapkan tempahan itu, mesti dipenuhi!” getus hatinya, bersungguh-sungguh. Lagipun, keuntungan daripada tempahan biskut itu, boleh juga dijadikan modal pusingan untuk membeli bahan kelak bukan?’
    Selepas penat membeli belah, seperti biasa Ayu Afiqah dan ibu akan makan tengah hari di gerai yang berhampiran. Ibu tentu akan terus memesan makanan kegemaran mereka berdua iaitu bakso dan teh tarik daripada pelayan gerai itu untuk ibu dan dirinya. Selera mereka sama. Semasa makan, seperti biasa ibu pasti akan membelai pipi Ayu Afiqah. Ibu akan mengucapkan terima kasih kerana Ayu Afiqah bersusah payah membantunya.
    “Terima kasih Ayu. Bertuah ibu dapat anak seperti Ayu.” Kata ibu seperti selalunya. Ayu Afiqah terharu. Meskipun ibu sering membelai pipinya, namun belaian kali ini amat berlainan dan amat mengharukannya. Ayu Afiqah merasakan kasih sayang ibunya mengalir terus melalui sentuhan dan senyuman lembutnya. Ayu Afiqah semena-mena memeluk ibu dan menangis keharuan.
    Ayu Afiqah terpandang sebuah keluarga di sebelah meja makan mereka di restoran yang sama. Keluarga tersebut mempunyai lapan orang anak. Ayu Afiqah leka melihat keramahan adik-beradik tersebut bersenda gurau sambil menjamu selera. Alangkah indahnya jika aku juga mempunyai adik beradik yang ramai!
    Ayu amat ingin mempunyai adik-beradik yang ramai seperti rakan-rakannya yang lain. Ayu Afiqah juga amat cemburu melihat rakan-rakannya yang sering bermain dengan adik, abang dan kakak mereka. Setiap kali itulah juga dia memaksa ibunya untuk melahirkan adik untuknya. Ibunya hanya tersenyum dan memujuknya.
    “Ayu perlu bersabar dan berdoa. Allah akan mengkabulkan doa orang-orang yang berdoa bersungguh-sungguh”. Pujuk ibu. Wajah cantik ibu terserlah walupun Ibu hanya seorang suri rumah dan hanya bergaya sederhana namun kemas tetapi tetap menarik. Semenjak itu, permohonan untuk mendapat adik tidak pernah lekang dari doa Ayu Afiqah.
    Suatu petang, Ayu Afiqah yang bersekolah sesi petang baru sahaja pulang dari sekolah. Di tangannya sekeping borang pendaftaran Master Chef Junior Malaysia yang diedarkan di sekolahnya. Dia lalu mencari-cari akan ibunya di dapur rumah. Rumah kakitangan kerajaan yang mereka diami agak sederhana dengan berkeluasan kira-kira 450 kaki persegi sahaja. Ayah Ayu Afiqah adalah pemandu Sekolah Menengah Pekan Pasir Kemboja. Keluasan rumah tersebut cukup untuk mereka bertiga. Namun, ibunya tiada di situ. Kebiasaannya, ibunya akan sibuk menyiapkan juadah makan malam

    ReplyDelete
  13. Ayu Afiqah terus bergegas menuju ke bilik. Mujur ibunya ada di situ. Ibu sedang terbaring lesu ditemani oleh ayah. Ayu mengerling ke arah jam dinding yang tergantung di bilik ibu. Sudah menunjukkan pukul 5.10 petang. Patutlah ayah sudah berada di rumah. Masa kerja ayah telah tamat. Ayu memanggil Ayu mendekati ibu.
    “Ayu, ibu sedang sakit, sebab tak lama lagi Ayu dah nak dapat adik.” Kata ayah gembira. Ayah masih lagi memakai pakaian seragam pemandunya. Ada sinar kegembiraan di mata ayah. Alangkah gembiranya hati Ayu Afiqah. Patutlah ibunya selalu tidak sihat sejak akhir-akhir ini. Rupa-rupanya dia akan menerima adik yang amat diidam-idamkannya. Syukur, Akhirnya tuhan memakbulkan doanya!
    Semenjak hari itu, Ibu sering sahaja berulang-alik dari rumah ke hospital. Mujur ayah adalah seorang pemandu. Mudah sedikit ibu menumpang bas sekolah yang dibawa ayah. Ibu yang kelihatan semakin pucat dari sehari ke sehari. Wajah ibu semakin cangkung. Berat badan ibu juga menyusut dengan banyak. Menurut ayah, ibu mengalami masalah sakit jantung. Sakit jantung ibu itu tidak baik untuk orang mengandung seperti ibu. Menurut ayah lagi, ibu juga mengalami simtpom alahan mengandung yang sangat teruk.
    Ayu Afiqah amat rindu dengan kemesraan dan kemeriahan yang ibu ciptakan untuknya selama ini. Akibat kesihatan ibu yang semakin teruk, Ayu Afiqah dan ibu tidak lagi dapat memasak bersama - bersama seperti selalu.
    “Ayu… janganlah begini. Kasihan ayah! Mari kita pulang cu,” suara Nek Dar menangis teresak-esak. Ayu Afiqah memandang Nek Dar sekilas, bukan niatnya untuk membuat Nek Dar menangis Ayu sayang Nek Dar. Cukuplah ayu dan ayah sahaja yang menangis. Sungguh tidak disangka. Rupanya sudah hampir dua jam acara pengnkebumian berlangsung dan sudah ramai para hadirin yang beransur pulang. Kini hanya tinggal lima orang sahaja di pusara ibu yg hening tu. Mahu tidak mahu, Ayu Afiqah akhirnya mengizinkan ayah dan nenek memimpinnya dan mengatur langkah berat untuk meninggalkan kawasan pusara ibu.
    “Ibu, bagaimana Ayu mahu menyertai pertandingan ? Ayu tak kuat bu!” ratap ayu dlm hati. Ayu Afiqah gementara bukan alang kepalang. Dua minggu lagi pertandingan memasak kanak – kanak yang juga di kenali sebagai Chef Junior Malaysia akan diadakan di Kota Kinabalu. Salah seorang peserta yang terpilih adalah Ayu Afiqah. Ayu Afiqah turut berjaya melepasi pelbagai peringkat saringan, sebelum ini.
    Kalau diikutkan hati, hendak sahaja Ayu Afiqah berlama-lama di situ. Mahu sahaja dia menemankan tidur ibu, sama seperti ibu selalu menemankan tidurnya semasa dia kecil. Namun, apabila lengannya diangkat dan dipapah oleh ayah dan Nek Dar dari arah belakang, Ayu Afiqah tiada pilihan lain kecuali mengikut sahaja.

    “Bertawakallah, cu…” bisik Nek Dar di antara esak tangisnya. Nek Dar adalah ibu kepada ayahnya. Ayu Afiqah menggagahi diri untuk melangkah. Sesungguhnya, pemergian ibu yang banyak memberi galakkan dan sokongan moral kepadanya, amat menyakitkan.
    “Ibuuu… bagaimana Ayu mahu teruskan semua ini. Ayu takut bu, Ayu takuuut…!” ratap ayu afiqah, tanpa sedar.

    ReplyDelete