• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Thursday, May 11, 2017

22 comments:

  1. Bab 9: Demonstrasi memasak Chef Ayu.

    Ayu Afiqah memandang sekeliling. Hati Ayu berdebar. Dadanya berombak kencang. Digenggamnya tangan Nek Jah. Mujur Nek Jah hari ini menemaninya. Nek Jah memandangnya dan menepuk-nepuk tangan Ayu Afiqah yang digengamnya tanda memberi sedikit kekuatan kepada Ayu Afiqah. Setelah menghantar Ayu Afiqah di tempat duduk peserta, Nek Jah meninggalkan Ayu Afiqah dan pergi ke tempat duduk penonton.
    Mereka yang hadir pada tempat duduk penonton ini anataranya ialah Nek Jah, ayah, Nek Dar, Cikgu Natasha, Steve dan Alif. Kedudukan mereka ialah di sebelah kanan dewan. Inilah kali pertama Ayu Afiqah akan mempertontonkan kepandaiannya memasak secara langsung kepada orang kenamaan. Debarannya semakin lama semakin menyesakkannya. Meskipun beberapa kali dia menyertai pertandingan di Master Chef, namun Ayu Afiqah tetap rasa berdebar dan gelisah.
    Rakan-rakan tunas puteri yang menjadi peserta pada pagi itu ialah Devi dan Tay. Mereka tidak banyak bergerak dari tempat duduk masing-masing agar mereka dapat bertenang dan menunggu giliran mereka dipanggil untuk mendemonstrasi memasak mereka.
    Kalau diikutkan, sekarang ini peserta di program Master Chef Junior akan memulakan pertandingan. Mereka mesti sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan menu masing-masing. ‘Ya Allah, adakah keputusan yang aku pilih ni betul?’ getus hati Ayu Afiqah. ‘Tak apa, aku telah membuat pilihanku sendiri, aku mesti percaya dengan keputusanku ini,’ Ayu Afiqah berkata-kata di dalam hati.
    Orang ramai sudahpun memenuhi dewan rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau. Suasana amat meriah. Ayu Afiqah duduk sebaris dengan Tay. Devi pula berada di bahagian belakang sekali. Pada ketikan ini, pihak penganjur dan hadirin sedang menantikan ketibaan Tuan Yang Terutama (TYT). Kedenganran suara juru acara memgumumkan agar hadirin di minta berdiri ketika tetamu kehormat sampai sebagai memenuhi protokol.
    Ayu Afiqah kelihatan ayu dengan memakai baju kurung merah jambu berbunga putih bercorak inggeris. Bertambah manis dengan padanan tudung hadiah dari ibu. Warna tudung itu juga senada dengan warna baju kurungnya. Warna merah jambu lembut. Ayu Afiqah juga memakai Apron berwarna merah jambu. Apron itu adalah hadiah dari pihak penganjur kepada peserta yang layak ke final pertandingan Master Chef Junior. Apron yang sepatutnya digunakan untuk pertandingan akhir Master Chef Junior!
    Sebaik saja ucapan tetamu kehormat tamat, seorang pegawai yang menguruskan peserta meminta Ayu Afiqah dan rakan-rakan peserta yang lain bersedia untuk di panggil. Ayu Afiqah diminta ke belakang pentas bersama peserta yang lain. Ayu Afiqah bersama Devi, Tay dan beberapa rakan yang lain di minta bergerak ke belakang pentas. Mereka beratur sebelum akan dipanggil oleh juru acara satu persatu ke pentas untuk diperkenalkan kepada hadirin.
    Sebaik sahaja nama Ayu Afiqah dipanggil ke pentas oleh juru acara, dada Ayu Afiqah berdegub dengan kuat. Dia sempat membaca doa agar hatinya tenang.
    “Say perkenalkan peserta yang bernama Ayu Afiqah yang juga peserta akhir program Master Chef Junior tahun ini. Namun, akibat pertembungan dengan program hari ini, dia telah mengorbankan peluangnya ke program tersebut untuk bersama kita,” jelas juru acara lelaki yang berwajah kacak.

    ReplyDelete
  2. Sejenak hadirin terpaku dan sayu mendengar kisah ringkas Ayu Afiqah yang diceritakan oleh juru acara. Wajah Ayu Afiqah merona merah. Semua mata tertumpu kepadanya yang sedang berada di atas pentas. Dia kemudiannya berundur dua langkah dan bergerak ke kumpulan peserta yang telah diperkenalkan sebelumyan. Mujur juru acara tersebut memperkenalkan peserta seterusnya. lantas, tumpuan mata hadirin tidak lagi jatuh padanya. Ayu Afiqah menarik nafas lega.
    Setelah kesemua 10 orang peserta di perkenalkan, tiba masanya kesemua peserta di minta ke tempat menunggu masing-masing di bahagian bawah pentas. Mengikut format program ini, peserta akan di jemput seramai 2 orang peserta sekali gus untuk membuat demonstrasi di hadapan pentas. Ini bermakna akan ada 5 kali sesi demonstrasi akan dilansungkan.
    Tujuan 5 sesi ini dijalankan ialah agar hadirin terutamanya anak-anak yantim itu sendiri boleh memilih untuk melihat peserta mana atau resepi mana yang mereka sukai untuk diikuti. Setelah itu, mereka akan membuat undian. Kemenangan peserta adalah berdasarkan undian terbanyak anak-anak yatim itu sendiri yang telahpun dilantik menjadi juri.
    Peraturan program ini ialah peserta hendaklah menyediakan 2 jenis masakan. 1 hidangan pencuci mulut dan satu lagi hidangan masakan bertemakan bekalan sihat ke sekolah. Ayu Afiqah merupakan peserta pada sesi kedua. Dia akan digandingkan dengan Tay, rakan baiknya sendiri. Ayu Afiqah masih teringat dengan menu nasi ayam sedap yang Tay sediakan pada pertandingan saringan Master Chef Junior dahulu. Tay tak kalah hebatnya.
    Para peserta di berikan masa sejam untuk meyiapkan kedua-dua hidangan tersebut. Hidangann tersebut mestilah di jelaskan namanya oleh peserta tersebut sendiri.
    Sebaik sahaja sesi pertama selesai, giliran Ayu Afiqah dan Tay ke hadapan untuk menunjukkan kepakaran masing-masing. Kali ini Tay menyediakan kek cokelat mois untuk pencuci mulut. Ayu Afiqah pula lebih selesa untuk memeilih tart buah-buahan untuk resepi pertama yang bertemakan pencuci mulut. Lebih menarik tetapi sihat. Ayu Afiqah dan Tay bergerak ke stor penyimpanan bahan masakan. Mujur resepi mereka tidak sama. Oleh itu, mereka tidak perlulah berebut-rebut mencari bahan di situ.
    Untuk resepi ke dua, Tay memilih untuk menyediakan hidangan sanwich yang berinti daging ayam dan sayur-sayuran. Manakala Ayu Afiqah memilih untuk menyediakan Bento yang comel.
    Mula-mula, Ayu Afiqah menanak nasi. Sementara menunggu nasi masak, Ayu Afiqah menggoreng ayam berempah dan memotong lobak kecil untuk membentuk mulut, mata dan balung anak ayam. Setelah itu, dia juga memotong sayur-saturan dan buah-buahan untuk dijadikan salad. Setelah nasi masak, Ayu Afiqah mengkepal-kepalkannya membentuk lima ekor anak-anak ayam yang comel. Manakala salad sayur dan buah-buahan tadi disusunkan cantik di sekitar anak-anak ayam tersebut.
    Sejenak, tiba-tiba hati Ayu Afiqah menjadi sayu. Dia teringatkan bento buatan ibu kepadanya. Biasanya, ibu akan menyediakan bento kepadanya jika mereka hendak pergi ke berkelah atau ke sekolah. Bento buatan ibu selalu mendapat pujian dari rakan-rakannya.

    ReplyDelete
  3. “Wah! Comelnya bento buatan ibu awak Ayu.” Puji Steve semasa Ayu Afiqah menghulurkan bekalannya kepada rakan-rakan baiknya semasa rehat.
    “Bukan sahaja comel, tetapi sedap tau,” puji Tay pula sambil di sambut anggukan dan tawa riang rakan-rakan baiknya sewaktu menikmati bekalan mereka pada waktu rehat.
    Sejam berlalu, Ayu Afiqah telahpun menyiapkan bento yang telahpun di dekorasikan. Lima ekor anak ayam comel di dalam taman. Selain menarik, hidangan Ayu Afiqah adalah hidangan yang seimbang dan lengkap dengan nutrisi pemakanan kepada kanak-kanak. Ia mengandungi kombinasi karbohidrat, protein dan vitamin yang kanak-kanak perlukan untuk membesar dan bijak.
    Sebaik sahaja masa tamat, juru acara meminta mereka mengangkat hidangan ke meja hidangan yang terletak di hadapan pentas. Ayu Afiqah dan Tay sama-sama meletakkan hidangan mereka di situ. Sebelum di minta beredar ke tempat duduk peserta lain di tepi dewan. Setelah itu, lima orang anak-anak yatim yang dilantik menjadi juri kemudiannya mengambil tempat di hadapan dewan untuk merasa hidangan mereka.
    Dari jauh, pandangan mata Tay dan Ayu Afiqah tidak terlepas dari terarah ke lima orang juri cilik yang mungkin sebaya dengan Ayu Afiqah mengadili hidangan mereka. Kelihatannya mereka teruja dan bertepuk tangan melihat hidangan yang Ayu Afiqah sediakan.
    ‘Mudah-mudahan mereka suka dengan hidangan aku,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Sebaik sahaja juri cilik tersebut selesai menjalankan tanggungjawab mereka, juru acara menjemput peserta seterusnya untuk menyediakan hidangan masing-masing. Suasana menjadi semakin hangat apabila para peserta mempertontonkan kemahiran masakan masing-masing.
    Keyakinan Ayu Afiqah untuk memenangi hati juri-juri cilik tersebut semakin kurang. Dia juga sebenarnya kagum dengan kemahiran rakan-rakan yang sebaya dengannya itu. Meskipun masih kecil, namun mereka amat bijak dan berkeyakinan.
    ‘Wah! Hebat-hebat belaka hidangan peserta- peserta ni,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Sebaik sahaja kesemua peserta mempertontonkan kepakaran masing-masing, tibalah masanya juru acara mengumumkan pemenag untuk progran demonstrasi memasak kanak-kanak sempena hari kanak-kanak sedunia. Sebelum itu, pengacara menjemput TYT untuk ke hadapan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang yang akan diumumkan kelak. Hati Ayu Afiqah berdegub kencang. Begitu juga dengan peserta lain termask Tay dan Devi.
    “Tempat ketiga jatuh kepada Tay,” juru acara membuat pengumuman.
    Ayu Afiqah mendadak gembira. Dia sangat gembira apabila rakan baiknya mendapat tempat. Dipeluknya Tay yang berada di sebelahnya. Tay juga yang masih terkejut hanya terpinga-pinga. Persisi keadaan Ayu Afiqah semasa memenangi pertandingan saringan pertama Master Chef Junior dahulu. Barkali-kali Tay tay bertanya adakah betul namanya yang disebut oleh juru acara tadi?

    ReplyDelete
  4. Dada Ayu Afiqah berdegub laju. Bait- bait ucapan dari juru acara menyebut nama pemenang tempat kedua dan pertama amat mendebarkannya. Lantas juru acara itu mengumumkan yang Tommy ialah pemenang tempat ke-2. Seorang chef junior yang sebayanya. Ayu Afiqah sudah menyangka yang Tommy akan memenangi tempat pertama atau ke dua. Hidangan yang disediakan oleh Tommy amat kreatif dan menarik.
    Dada Ayu Afiqah kian berdegub kencang. Kini pemenang tempat pertama akan diumumkan sebentar lagi.
    ‘Adakah aku akan mempersia-siakan peluangku untuk mengikuti program pertandingan akhir master chef junior dengan kekalahan di sini? atau kah aku perlu bersyukur yang telah menyumbang sesuatu untuk anak-anak yatim di sini? pelbagai persoalan berlegar-legar di minta Ayu Afiqah. Tiba-tiba juru acara mengumumkan yang johan bagi program amal demonstrasi memasak untuk anak-anak yatim ini dimenangi oleh Ayu Afiqah.
    Ayu Afiqah terkesima sebentar. Tay yang berada di sebelahnya melonjak kegembiraan. Ayah, Nek Jah dan Nek Dar melambai-lamabai ke arahnya. Kelihatan juga Cikgu Natasha, Steven, Alif dan beberapa orang rakan sekelasnya memeberi tepukan gemuruh kepada para pemenang terutamanya pada Tay dan Ayu Afiqah.
    Ayu ke hadapan dan menerima hadiah tempat pertama dari TYT. Hadiah yang diterima oleh Ayu Afiqah ialah berupa wang tunai RM10 000. Namun, disebabkan program ini adalah program amal untuk anak-anak yatim, maka wang RM10 000 itu akan disalurkan sepenuhnya kepada rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau. Itulah tujuan utama keberadaan Ayu Afiqah mengikuti program ini. Agar dia dapat menyalurkan sepenuhnya wang tersebut untuk rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau.
    Sementara Tay, cikgu Natasha, Steve dan Alif mengambil peluang bergambar di pentas utama, Ayu Afiqah pergi mendapatkan ayah, Nek Jah dan Nek Dar yang masih duduk di tempat duduk penonton.
    “Tahniah Ayu, ayah amat bangga dengan Ayu. Ini ada hadiah utama untuk Ayu,” kata ayah kepada Ayu Afiqah sebaik sahaja Ayu Afiqah mendekati ayah, Nek Dar dan Nek Jah. Ayah menghulurkan talifon bimbitnya kepada Ayu Afiqah.
    “Terima kasih ayah. Hadiah apa ni ayah?” tanya Ayu Afiqah yang kehairanan dengan ayahnya mengucapkan tahniah tetapi menghulurkan talifona kepadanya.
    Rupa-rupanya talifon yang ayah hulurkan itu adalah pesanan surat melalui email. Alangkah terkejutnya Ayu Afiqah apabila membaca surat yang dihantar melalui emal itu ialah surat dari penganjur program Master Chef Junir. Dalam surat itu menyatakan bahawa pertandingan master Chef itu dibatalkan pada hari tersebut. Tarikh baru pertandingan akhir Master Chef Junior ialah pada minggu hadapan iaitu pada 16 september minggu hadapan.
    Serta merta Ayu Afiqah melonjak kegembiraan. Rupa-rupanya dia masih boleh menyertai Master Chef Junior pada minggu hadapan. Berkali-kali Ayu Afiqah membaca semula surat yang dikirim oleh pihak penganjur itu kepadanya. Gembiranya Ayu Afiqah bukan kepalang.
    ‘Alhamdulillah! Ibu, Ayu masih ada peluang untuk merialisasikan impian kita!’ Getus hati Ayu Afiqah.

    ReplyDelete
  5. Erna, kita teruskan k;

    Bab 9: Demonstrasi Chef Ayu.

    Ayu Afiqah (yg) memakai baju kurung merah jambu berbunga putih bercorak inggeris, (menghentikan langkahnya. Dia yang) memakai tudung (pemberian ibu yg senada (dgn warna baju kurungnya itu, memandang (sekeliling - sekeliling apa? gmbarkan bangunannya, nama tempat).
    (gmbarkan apa yg dia nampak, ada kanak2 juga tak? gambarkan cahaya, bunyi, udara - bandingkan dgn perasaannya yg terpaksa memilih antara dua, tmbh; terasa seperti memilih - ? akhirnya, ayu afiqah - ? knp?)
    (Begitu pun,) hati Ayu (tetap) berdebar (tidak keruan). Dadanya berombak kencang. Digenggamnya tangan Nek Jah (yg menggenggam kembali tangannya dengan erat). Mujur Nek Jah hari ini menemaninya. (Kalau tidak - ? pasti ayu afiqah sudah - ?)
    (Seakan dpt membaca fikiran ayu afiqah,) Nek Jah memandangnya (dgn senyuman lembut. Kemudian nek jah) menepuk-nepuk tangan Ayu Afiqah yang digengamnya (tadi, sebagai) tanda memberi sedikit kekuatan kepada(nya. Ayu afiqah mengangguk dan menguntum senyum sebagai membalas - ?)
    Setelah menghantar Ayu Afiqah di tempat duduk peserta, Nek Jah (beredar ke tempat duduk penonton. (ayu afiqah yg - gmbarkan penampilan - tmbh; segera menerawangkan pandangannya ke arah) Nek Jah, ayah, Nek Dar, Cikgu Natasha, Steve dan Alif (yg juga antara) para hadirin yang duduk di tempat penonton.
    (riak muka dan reaksi mereka memandang ayu afiqah?) Kedudukan mereka ialah di sebelah kanan dewan. (Reaksi balas ayu afiqah, tmbh; Seperti mereka, ayu afiqah juga) Apron itu adalah hadiah dari pihak penganjur kepada peserta yang layak ke final pertandingan Master Chef Junior.
    ‘Apron (ini), sepatutnya (aku) gunakan untuk pertandingan akhir Master Chef Junio,’ (bisik ayu afiqah lalu mengesak sedikit).
    (ayu afiqah meneguk liurnya.) Inilah kali pertama Ayu Afiqah akan mempertontonkan (bakat) memasak secara langsung (di hadapan) orang kenamaan. Debarannya (mengalahkan debaran yang dialami semasa betul2 menyertai pertandingan - ? anehnya, ayu afiqah sendiri tidak mengerti mengapa dia harus berasa begitu. Yg pasti,) semakin lama (terasa nafasnya) semakin (sesak. Seolah2, ruang - ? kekurangan oksigen)
    (Lantas dikerlingnya) rakan-rakan tunas puteri yang (turut) menjadi peserta pada pagi itu. (Ternyata,) Devi dan Tay (juga mengalami perasaan sprtinya.. Mereka (resah gelisah) di tempat duduk masing-masing (sprtinya juga. Ayu afiqah segera mengawal gelojak perasaannya.
    (`Bertenang, bertenang.) (menunggu giliran mereka dipanggil untuk mendemonstrasi memasak mereka. - buat monolog ayu afiqah memujuk diri sendiri)

    ReplyDelete
  6. (Namun, entah mengapa, gmbaran para) peserta di program Master Chef Junior (yg) akan memulakan pertandingan (pada hari ini, mengusik hatinya. Tanpa sedar, ayu afiqah tersendu keharuan.) Mereka mesti sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan menu masing-masing, (tanpa dirinya)
    ‘Ya Allah, adakah keputusan yang aku pilih ini betul?’ getus hati Ayu Afiqah, (tiba2 mencurigai diri sendiri. Namun, sekelip lintasan menjelma. Segera dia ingat. keputusan ini dibuat - ? knp). ‘Tak apa, aku telah membuat pilihanku sendiri, aku mesti percaya dengan keputusanku ini.’
    (Kini) orang ramai sudahpun memenuhi dewan rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau. Suasana amat meriah, (dan semakin merimaskan) Ayu Afiqah (yg) duduk sebaris dengan Tay. (sesekali, diliriknya) Devi (yg duduk) di bahagian belakang sekali. (riak muka devi?)
    (Kedenganran suara juru acara memgumumkan agar hadirin di minta berdiri ketika tetamu kehormat sampai sebagai memenuhi protokol. - buat dialog, melalui pembesar suara)
    Ayu Afiqah (turut berdiri utk) memberi penghormatan kpd) Tuan Yang Terutama (TYT,) (yg kelihatan segak bergaya - gmbarkan penampilan, tmbh; Sejurus, tyt pun dijemput naik ke pentas utk - ? buat satu atau dua ayat ttg apa yg tyt ckp yg menarik perhatian ayu afiqah)
    (perasaan ayu afiqah). Sebaik saja ucapan tetamu kehormat tamat, seorang pegawai (urusetia majlis - jantina? menghampiri ayu afiqah dan rakan2 peserta demonstasi yg lain. Pegawai itu) meminta Ayu Afiqah dan rakan-rakannya bersedia untuk dipanggil. (kemudian, pegawai itu mengarahkan agar) mereka mereka ke belakang pentas bersama peserta yang lain.
    (“Beratur, beratur, beratur… ke belakang pentas kita!” - dialog siapa ni?)
    Mereka lalu beratur (di - ?) dipanggil naik ke pentas oleh juruacara, (seorang demi seorang) untuk diperkenalkan kepada hadirin. Sebaik sahaja nama Ayu Afiqah dipanggil ke pentas oleh juru acara, (jantung) Ayu Afiqah berdegub dengan kuat. Dia sempat membaca doa agar (darah gemuruh tidak menyerangnya ketika membuat - ? kelak)
    “Perkenalkan, ini peserta (kita) yang bernama Ayu Afiqah. (khabarnya, chef ayu kita ini juga adalah) peserta akhir program Master Chef Junior tahun ini. (sila tepuk tangan adik2), Namun, akibat pertembungan dengan program hari ini, dia (sanggup) mengorbankan peluangnya ke program tersebut untuk bersama kita,” jelas juru acara lelaki yang berwajah kacak (dan bergaya itu).
    Sejenak hadirin (terpegun kehairanan). Wajah Ayu Afiqah merona merah. Semua mata tertumpu kepadanya yang sedang berada di atas pentas. Dia (segera berundur dua langkah (lalu menuju ke) kumpulan peserta yang telah diperkenalkan sebelumya. (sungguh ayu afiqah tidak tahu siapa yg - ? sungguh ayu afiqah berasa tidak selesa, seolah2 dia meminta dirinya dipuji)

    ReplyDelete
  7. Mujur juru acara tersebut memperkenalkan peserta seterusnya (pula). Lantas, tumpuan mata hadirin tidak lagi jatuh padanya (seorang). Ayu Afiqah menarik nafas lega.
    Setelah (sepuluh) orang peserta diperkenalkan, tiba masanya (mereka bersedia) menunggu di tempat masing-masing, di bahagian bawah pentas. (termasuk ayu afiqah)
    (ayu afiqah tahu.) Mengikut format program ini, 2 orang peserta (akan dijemput) untuk membuat demonstrasi (secara serentak) di hadapan pentas. Ini bermakna akan ada 5 kali sesi demonstrasi akan dilansungkan.
    (Tujuan 5 sesi ini dijalankan ialah agar hadirin terutamanya anak-anak yantim itu sendiri boleh memilih untuk melihat peserta mana atau resepi mana yang mereka sukai untuk diikuti - bahagi dua atau tiga ayat ni, buat monolog dlm bentuk soalan)
    Setelah itu, mereka akan membuat undian. (mcm mana cara mereka buat undian? Tmbh; kemudiannya, keputusan demosntrasi yg terbaik antara para) peserta, (terletak sepenuhnya pada jumlah) undian (yg dibuat oleh) anak-anak yatim itu sendiri. (lima anak) yatim (usia - ?) telahpun dilantik (utk) menjadi juri.
    (Mata ayu afiqah terkebil2 membaca) peraturan program (seperti yg tertera pada - ? menurut peraturan) ini, (setiap kumpulan) peserta hendaklah menyediakan 2 jenis masakan. (Satu,) hidangan pencuci mulut dan satu lagi hidangan masakan bertemakan bekalan sihat ke sekolah. Ayu Afiqah (bersyukur tidak terhingga apabila) digandingkan - dengan Tay, (pada) sesi kedua nanti.
    (Ayu Afiqah masih teringat dengan menu nasi ayam sedap yang Tay sediakan pada pertandingan saringan Master Chef Junior dahulu. - buat dialog mereka berdua, penuh semangat kesukanan)
    (ternyata,) Tay (tidak) kalah (handalnya. - apa yg tay buat, gmbarkan sikit detail) Para peserta diberikan masa sejam untuk menyiapkan kedua-dua hidangan tersebut. Hidangan tersebut mestilah (diberikan) namanya (dan dijelaskan - ?) oleh peserta (itu) sendiri.
    Sebaik sahaja sesi pertama selesai, giliran Ayu Afiqah dan Tay ke hadapan untuk menunjukkan (hasil - ?) masing-masing - kpd juri.). Kali ini Tay menyediakan kek cokelat mois untuk pencuci mulut. Ayu Afiqah pula lebih selesa untuk memilih (kuih) tart buah-buahan untuk resepi pertama yang bertemakan pencuci mulut. (Pasti) lebih menarik dan sihat (utk dimakan oleh - ? knp?_ - buat monolog)
    (gmbarkanr reaksi orang yg merasa masakan mereka)
    (perasaan, tmbh; kemudian,) Ayu Afiqah dan Tay (bergegas kembali) ke stor penyimpanan bahan masakan. Mujur resepi mereka tidak sama. Oleh itu, mereka tidak perlulah berebut-rebut mencari bahan di situ. (apa berlaku jika berebut2 bahan?)
    (Menurut tay,) untuk resepi ke dua, (dia) memilih untuk menyediakan hidangan sanwich yang berinti daging ayam dan sayur-sayuran. Manakala Ayu Afiqah memilih untuk menyediakan Bento yang comel. (dia belajar resepi ni dari siapa? Pernah buat dgn ibu tak, bila, di mana)

    ReplyDelete
  8. (Mula-mula, Ayu Afiqah menanak nasi - buat monolog mcm dia berckp dgn ibu, seolah2 ibu ada di sisinya - riak muka seolah2 ibu di sisinya tu).
    Sementara menunggu nasi masak, Ayu Afiqah menggoreng ayam berempah. (kemudian, dgn penuh tekun dan teliti pula, dia) memotong lobak kecil untuk membentuk mulut, mata dan balung anak ayam (diperbuat drpd - ?). (berwarna warni) Setelah itu, dia juga memotong sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijadikan salad.
    `(wah,) masak (sudah) nasiku!’ getus Ayu Afiqah dlm hati. Sejurus, dia) mengkepal-kepalkannya (utk) membentuk lima ekor anak-anak ayam yang comel. (kepalan nasi itu disusun di - ?) Manakala salad sayur dan buah-buahan tadi disusunkan cantik di sekitar anak-anak ayam tersebut.
    (dengan tidak semena2), hati Ayu Afiqah menjadi sayu. Dia teringatkan bento buatan ibu (utk)nya, (bila? Di mana). Biasanya, ibu akan menyediakan bento (utk)nya jika mereka hendak pergi ke berkelah - di mana) atau ke sekolah. Bento masakan ibu (yg resepinya berasal dari Negara - ?) selalu mendapat pujian dari rakan-rakannya.
    “Wah! Comelnya bento buatan ibu awak Ayu.” puji Steve semasa Ayu Afiqah menghulurkan bekalannya kepada rakan-rakan baiknya semasa rehat, (bila?)
    “Bukan sahaja comel, tetapi sedap tau,” puji Tay pula (yg) disambut (dgn) anggukan dan tawa riang rakan-rakan baiknya. (sambil itu, mereka juga) menikmati bekalan (makanan masing yg dibawa dari rumah)
    (matikan lamunannya) Ayu Afiqah (akhirnay berjaya) menyiapkan (dan menghias) bento(nya), sebelum tempoh masa yg diberikan, berakhir. Lima ekor anak ayam comel, (berwarna - ?), di dalam taman (berwarna - ?), (terhidang di atas - ? ayu afiqah yakin). Selain menarik, hidangan(nya) adalah hidangan yang seimbang. (Malah,) lengkap dengan nutrisi pemakanan kepada kanak-kanak.
    (bento kita mengandungi kombinasi karbohidrat, protein dan vitamin yang kanak-kanak perlukan untuk membesar dan bijak. - buat dialog ibu, flashback, bila ni)
    (ayu setuju tak?) Sebaik sahaja masa tamat, (sekali lagi) juru acara meminta mereka mengangkat hidangan ke meja hidangan yang terletak di hadapan pentas. (setelah) Ayu Afiqah dan Tay meletakkan hidangan mereka di situ, (mereka kembali) diminta beredar ke tempat duduk peserta lain di tepi dewan.
    Sekali lagi,) lima anak-anak yatim yang dilantik menjadi juri (tadi, kembali) mengambil tempat di hadapan dewan. (dgn lagak juri professional, mereka mulai) hidangan (makanan darpada ayu afiqah dan tay) Dari (jarak - ?), pandangan mata Tay dan Ayu Afiqah tidak terlepas dari(pada riak wajah) (kelima2) juri (kecil).
    )‘Mudah-mudahan mereka suka dengan hidangan aku,’ getus hati Ayu Afiqah.
    (“Hmm..”getus salah seorang drpd juri kecil itu. jelas juri kecil itu, begitu) teruja melihat(kan) hidangan bento yang Ayu Afiqah sediakan. (mereka lalu bertepuk tangan sambil memandang para hadirin dgn - riak muka? Reaksi para penonton, terutama sekali drpd anak2 yatim?

    ReplyDelete
  9. Sebaik sahaja selesai menjalankan tanggungjawab mereka, (juri2 kecil itu mulai membuat undian pada - ? di mana mereka buat undian). Kemudian, juru acara menjemput peserta seterusnya (pula tampil) untuk menyediakan hidangan masing-masing. Suasana menjadi semakin hangat (oleh suara - ? dan) para peserta mempertontonkan (pelbagai gaya dan) kemahiran masakan masing-masing.
    Keyakinan Ayu Afiqah untuk memenangi hati juri-juri cilik tersebut semakin kurang. )Jauh di lubuk hatinya,) dia juga sebenarnya kagum dengan kemahiran rakan-rakan yang sebaya dengannya itu. Meskipun masih kecil, namun mereka amat bijak dan berkeyakinan.
    ‘Wah! Hebat-hebat belaka hidangan peserta-peserta ni, (amat kreatif pula `tu,’ getus hati Ayu Afiqah (dgn semangat yg - ?).
    (Sebaik sahaja semua peserta (selesai) mempertontonkan (bakat dan kemahiran) masing-masing, tibalah masanya juru acara mengumumkan pemenag untuk progran demonstrasi memasak kanak-kanak sempena hari kanak-kanak sedunia. - bahagi dua ayat ni)
    (Kemudian), pengacara menjemput TYT untuk ke hadapan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang yang akan diumumkan kelak. (Jantung) Ayu Afiqah berdegup kencang (seperti ingin lari meninggalkan tempat itu. (Ternyata) begitu juga dengan peserta lain termask Tay dan Devi.
    “Tempat ketiga jatuh kepada (Adik) Tay,” juru acara membuat pengumuman, ((dah umum peserta yg dpt sagu hati belum?)
    Ayu Afiqah mendadak gembira. (Betapa tidak, rakan baiknya mendapat tempat (utama). Dipeluknya Tay (dgn erat, buut sedetik, sebelum dilepaskan). Tay juga yang masih terkejut hanya terpinga-pinga, (tiba2 tersenyum keharuan) Persis keadaan Ayu Afiqah semasa memenangi pertandingan saringan pertama Master Chef Junior dahulu.
    (Barkali-kali Tay tay bertanya adakah betul namanya yang disebut oleh juru acara tadi? - buat dialog)
    (sekali lagi jantung) Ayu Afiqah berdegup laju. Bait-bait ucapan daripada) juru acara menyebut nama pemenang tempat kedua dan pertama amat mendebarkannya. Lantas juru acara itu mengumumkan (bahawa) Tommy, (dr sekolah mana ni) adalah pemenang tempat ke-2. Seorang chef junior yang sebayanya.
    Ayu Afiqah sudah menyangka yang Tommy akan memenangi tempat (teratas, antara tempat) pertama atau kedua. Hidangan yang disediakan oleh Tommy amat kreatif dan menarik. Dada Ayu Afiqah kian berdegup kencang. Pemenang tempat pertama (pula) akan diumumkan sebentar lagi.
    ‘Adakah aku (telah) mempersia-siakan peluangku untuk mengikuti program pertandingan akhir Master chef junior dengan kekalahan di sini? Atau kah aku perlu bersyukur (kerana aku dpt) telah menyumbang (bakti kpd) anak-anak yatim di sini?’ Pelbagai soalan

    ReplyDelete
  10. berlegar-legar di minta Ayu Afiqah.
    (sekelip lintasan menjelma. Segera ayu afiqah ingat; (lagipun, menurut tyt dlm ucapannya tadi, setiap keuntungan yg diperolehi dripd majlis pada kali ini, akan disalutkan kpd - ? - cuba bahagi dua ayat dlm kurungan ni dan buat monolog dlm bentuk soalan)
    (buat dialog pengumuman pemenang di tempat pertama)
    Ayu Afiqah terkesima sebentar. Tay yang berada di sebelahnya melonjak kegembiraan. Nek Jah dan Nek Dar (kelihatan melonjak2 kegembiraan sambil bertepuk tangan. Sementara ayah pula) melambai-lambai ke arahnya (smabil -riak muka). Kelihatan juga Cikgu Natasha, Steven, Alif dan beberapa orang rakan sekelasnya (juga melonjak2 kegembiraan.
    (buat dialog mereka bersorak menyebut nama ayu dan tay - Mereka turut) memberi tepukan gemuruh kepada para pemenang terutamanya pada Tay dan Ayu Afiqah.
    (dgn perasaan terharu yg amat,) Ayu (melangkah) ke hadapan dan menerima hadiah tempat pertama dari TYT. Hadiah yang diterima oleh Ayu Afiqah ialah berupa wang tunai RM10 000. Namun, disebabkan program ini adalah program amal untuk anak-anak yatim, maka wang RM10 000 itu akan disalurkan sepenuhnya kepada rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau.
    (Itulah tujuan utama keberadaan Ayu Afiqah mengikuti program ini. Agar dia dapat menyalurkan sepenuhnya wang tersebut untuk rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau. - buat monolog, tmbh; itulah yg ibu mahu ayu lakukan, selama ini; beramal utk org yg memerlukan.)
    Sementara Tay, cikgu Natasha, Steve dan Alif mengambil peluang bergambar di pentas utama, Ayu Afiqah pergi mendapatkan ayah, Nek Jah dan Nek Dar yang masih duduk di tempat duduk penonton.
    “Tahniah Ayu, ayah amat bangga dengan Ayu. Ini ada hadiah utama untuk Ayu,” kata ayah kepada Ayu Afiqah sebaik sahaja Ayu Afiqah mendekati ayah, Nek Dar dan Nek Jah. Ayah menghulurkan talifon bimbitnya kepada Ayu Afiqah.
    “Terima kasih ayah. Hadiah apa ni ayah?” tanya Ayu Afiqah yang kehairanan dengan ayahnya mengucapkan tahniah tetapi menghulurkan talifona kepadanya.
    Rupa-rupanya, (yg ayah hadiahkan bukan telefonnya. Akan tetapi, mesej berupa surat rasmi yg tertera pada skrin telefon) yg ayah hulurkan itulah, (hadiahnya).
    Alangkah terkejutnya Ayu Afiqah (setelah) membaca (emel) dari(pada pihak) penganjur program Master Chef Junior. (Melalui surat itu, pihak penganjur)) menyatakan bahawa pertandingan Master Chef Junior) dibatalkan pada hari ini. Tarikh baru pertandingan akhir Master Chef Junior ialah pada minggu hadapan iaitu pada 16 september.
    `Minggu hadapan!” (jerit hati ayu afiqah. Serta merta Ayu Afiqah melonjak kegembiraan. Rupa-rupanya dia masih boleh menyertai Master Chef Junior pada minggu hadapan. Berkali-kali Ayu Afiqah membaca semula surat yang dikirim oleh pihak penganjur itu kepadanya itu. Gembiranya Ayu Afiqah bukan kepalang.
    ‘Alhamdulillah! Ibu, (kita) masih ada peluang untuk merealisasikan impian kita!’ Getus hati Ayu Afiqah, (bersyukur tidak terhingga.)

    erna, jika terlebih drpd 12 ms, delete satu drpd menu yg mereka buat. pilih yg terkuat saja.

    itu je dulu erna, gigih terus k

    ReplyDelete
  11. Bab 9: Demonstrasi Chef Ayu.

    Ayu Afiqah yang memakai baju kurung merah jambu berbunga putih bercorak inggeris, menghentikan langkahnya. Dia yang memakai tudung pemberian ibu yang senada dengan warna baju kurungnya itu, memandang sekeliling dewan rumah anak yatim Darul Kasih Keningau. Ramai kanak-kanak seusianya sedang menolong membuat persiapan akhir sebelum program bermula. Ada yang menolong menyusun hadiah, menyusun air minuman di atas meja tetamu dan banyak lagi.
    Suhu yang agak panas dan terang pagi ini sama seperti panas dan gelisahnya hati Ayu Afiqah. Perasaannya yang terpaksa memilih antara dua, terasa seperti memilih antara nasi goreng kampung atau nasi lemak masakan Nek Dar. kedua-duanya amat sedap dan sukar untuk dipilih. Biasanya Ayu Afiqah akan memilih kedua-duanya sekali. Akhirnya, Ayu Afiqah memilih program Demonstrasi masakan di rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau.
    Begitu pun, hati Ayu tetap berdebar tidak keruan. Dadanya berombak kencang. Digenggamnya tangan Nek Jah yang menggenggam kembali tangannya dengan erat. Mujur Nek Jah hari ini menemaninya. Kalau tidak, pasti Ayu Afiqah sudah lari balik ke rumah.
    Seakan dapat membaca fikiran Ayu Afiqah, Nek Jah memandangnya dengan senyuman lembut. Kemudian Nek Jah menepuk-nepuk tangan Ayu Afiqah yang digengamnya tadi, sebagai tanda memberi sedikit kekuatan kepadanya. Ayu Afiqah mengangguk dan menguntum senyum sebagai membalas kasih sayang dan sokongan Nek Jah.
    Setelah menghantar Ayu Afiqah di tempat duduk peserta, Nek Jah beredar ke tempat duduk penonton. Ayu Afiqah yang kelihatan manis itu, segera menerawangkan pandangannya ke arah Nek Jah, ayah, Nek Dar, Cikgu Natasha, Steve dan Alif yang juga antara para hadirin yang duduk di tempat penonton.
    Mereka tersenyum girang melambai-lambai Ayu Afiqah dan Tay. Kedudukan mereka ialah di sebelah kanan dewan.
    Ayu Afiqah melambai balik lambaian mereka tanda terima kasih atas sokongan mereka. Seperti peserta lain, Ayu Afiqah juga menggunakan apron. Namun bezanya, apron yang digunakan oleh Ayu Afiqah adalah hadiah dari pihak penganjur kepada peserta yang layak ke final pertandingan Master Chef Junior.
    ‘Apron ini, sepatutnya aku gunakan untuk pertandingan akhir Master Chef Junio,’ bisik Ayu Afiqah lalu mengesak sedikit.
    Ayu Afiqah meneguk liurnya. Inilah kali pertama Ayu Afiqah akan mempertontonkan bakat memasak secara langsung di hadapan orang kenamaan. Debarannya mengalahkan debaran yang dialami semasa betul-betul menyertai pertandingan Master Chef Junior saringan pertama. Anehnya, Ayu Afiqah sendiri tidak mengerti mengapa dia harus berasa begitu. Yang pasti, semakin lama terasa nafasnya semakin sesak. Seolah-olah, ruang dewan kekurangan oksigen.
    Lantas dikerlingnya rakan-rakan tunas puteri yang turut menjadi peserta pada pagi itu. Ternyata, Devi dan Tay juga mengalami perasaan sepertinya.. Mereka resah gelisah di tempat duduk masing-masing sepertinya juga. Ayu afiqah segera mengawal gelojak perasaannya.
    `Bertenang, bertenang. Semuanya akan baik-baik sahaja. Aku telah melalui lebih dari yang ada sekarang,’ getus Ayu Afigah di dalam hati semasa menunggu giliran mereka dipanggil untuk mendemonstrasi memasak.
    Namun, entah mengapa, gambaran para peserta di program Master Chef Junior yang akan memulakan pertandingan pada hari ini, mengusik hatinya. Tanpa sedar, Ayu Afiqah tersendu keharuan. Mereka mesti sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan menu masing-masing, tanpa dirinya.

    ReplyDelete
  12. ‘Ya Allah, adakah keputusan yang aku pilih ini betul?’ getus hati Ayu Afiqah, tiba-tiba mencurigai diri sendiri. Namun, sekelip lintasan menjelma. Segera dia ingat. keputusan ini dibuat adalah untuk kebajikan anak-anak yatim yang lebih memerlukan. ‘Tak apa, aku telah membuat pilihanku sendiri, aku mesti percaya dengan keputusanku ini.’
    Kini orang ramai sudahpun memenuhi dewan rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau. Suasana amat meriah, dan semakin merimaskan Ayu Afiqah yang duduk sebaris dengan Tay. Sesekali, diliriknya Devi yang duduk di bahagian belakang sekali. Riak muka Devi sedikit pucat. Kedenganran suara juruacara memgumumkan agar hadirin di minta berdiri ketika tetamu kehormat sampai sebagai memenuhi protokol.
    “Mengumumkan ketibaan Tuan Yang Terutama masuk ke dalam dewan. Hadirin diminta berdiri,” umum juruacara melalui pembesar suara.
    Ayu Afiqah turut berdiri untuk memberi penghormatan kepada Tuan Yang Terutama TYT, yang kelihatan segak bergaya memakai baju melayu berwarna biru. Kemudian, TYT pun dijemput ke tempat duduk khas di hadapan pentas dan sejurus itu, lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku di nyanyikan. Sejurus itu, TYT membuat ucapan perasmian. Dalam ucapannya, dia menjelaskan bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan mestilah kerana Allah.
    “Anak-anak sekalian, semua pekerjaan yang kita lakukan mestilah kerana Allah Taala. Jika kita melakukannya dengan ikhlas dan kerana Allah, Insyaalah kerja kita akan menjadi lebih mudah.”
    Kata-kata TYT itu amat menarik perhatian Ayu Afiqah. Jantung Ayu Afiqah berombak kencang. Ayu Afiqah menemui jawapan mengapa dia tidak tenang. Dia mestilah ikhlas dan melalukannya kerana Allah. Semoga pilihan yang dibuatnya memilih untuk membantu anak-anak yatim itu direstuai dan dipermudahkan oleh Allah.
    Sebaik saja ucapan tetamu kehormat tamat, seorang pegawai wanita yang memakai tag urusetia majlis bernama Dira menghampiri Ayu Afiqah dan rakan-rakan peserta demonstasi yang lain. Pegawai itu meminta Ayu Afiqah dan rakan-rakannya bersedia untuk dipanggil. Kemudian, pegawai itu mengarahkan agar mereka mereka ke belakang pentas bersama peserta yang lain.
    “Sila beratur adik-adik. Jom bergerak ke belakang pentas semuannya.” Arah pegawai yang bernama Dira.
    Mereka lalu beratur di belakang dewan sebelum dipanggil naik ke pentas oleh juruacara seorang demi seorang untuk diperkenalkan kepada hadirin. Sebaik sahaja nama Ayu Afiqah dipanggil ke pentas oleh juruacara, jantung Ayu Afiqah berdegub dengan kuat. Dia sempat membaca doa agar darah gemuruh tidak menyerangnya ketika diperkenalkan di pentas nanti dan semasa menyediakan hidangan kelak.
    “Perkenalkan, ini peserta kita yang bernama Ayu Afiqah. Khabarnya, chef Ayu kita ini juga adalah peserta akhir program Master Chef Junior tahun ini. Sila tepuk tangan adik-adik. Namun, akibat pertembungan dengan program hari ini, dia sanggup mengorbankan peluangnya ke program tersebut untuk bersama kita,” jelas juruacara lelaki yang berwajah kacak dan bergaya itu.
    Sejenak hadirin terpegun kehairanan. Wajah Ayu Afiqah merona merah. Semua mata tertumpu kepadanya yang sedang berada di atas pentas. Dia segera berundur dua langkah lalu menuju ke kumpulan peserta yang telah diperkenalkan sebelumya. Ayu Afiqah tidak tahu siapa yang memberikan maklumat tentang dirinya dalam Master Chef Junior kepada juruacara itu. Sungguh, Ayu Afiqah berasa tidak selesa, seolah-olah dia meminta dirinya dipuji!
    Mujur juruacara tersebut memperkenalkan peserta seterusnya pula. Lantas, tumpuan mata hadirin tidak lagi jatuh padanya seorang. Ayu Afiqah menarik nafas lega. Setelah sepuluh orang peserta diperkenalkan, tiba masanya mereka bersedia menunggu di tempat masing-masing, di bahagian bawah pentas. Termasuk Ayu Afiqah.

    ReplyDelete
  13. Ayu Afiqah tahu. Mengikut format program ini, 2 orang peserta akan dijemput untuk membuat demonstrasi secara serentak di hadapan pentas. Ini bermakna akan ada 5 kali sesi demonstrasi akan dilansungkan. ‘Aduh, pasti lama nak menunggu ni,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Menurut juruacara, tujuan 5 sesi ini dijalankan ialah agar hadirin terutamanya anak-anak yantim itu sendiri boleh memilih untuk melihat peserta mana atau resepi mana yang mereka sukai untuk diikuti atau diundi. Setelah itu, mereka akan membuat pengiraan undian. Peserta yang paling banyak mendapat undian dari anak-anak yatim yang dilantik menjadi juri, akan dinobatkan sebagai juara.
    Keputusan demosntrasi yang terbaik antara para peserta, terletak sepenuhnya pada jumlah undian yang dibuat oleh anak-anak yatim itu sendiri. sepuluh anak yatim yang berusia antara 10 ke 15 tahun telahpun dilantik untuk menjadi juri.
    Mata ayu afiqah terkebil-kebil membaca peraturan program seperti yg tertera pada kertas edaran kepada semua peserta. Menurut peraturan ini, setiap kumpulan peserta hendaklah menyediakan dua jenis masakan. Satu, hidangan pencuci mulut dan satu lagi hidangan masakan bertemakan bekalan sihat ke sekolah. Ayu Afiqah bersyukur tidak terhingga apabila digandingkan dengan Tay, pada sesi kedua nanti. Ayu Afiqah masih teringat dengan menu nasi ayam sedap yang Tay sediakan pada pertandingan saringan Master Chef Junior dahulu.
    “Ayu, aku nak pastikan aku menang dalam pertandingan kali ni. Aka tak nak kalah dengan kau tau,” ujar Tay dengan nada bergurau kepada Ayu Afiqah. Diikuti dengan tawa dan gembira Ayu Afiqah. Ternyata, Tay tidak kalah handalnya. Tay pernah memenangi pertandingan memasak sempena pesta kaamatan didaerah Keningau kategori kanak-kanak.
    Para peserta diberikan masa sejam untuk menyiapkan kedua-dua hidangan tersebut. Hidangan tersebut mestilah diberikan namanya dan dijelaskan mengapa ia di pilih untuk dihidangkan oleh peserta itu sendiri. Sebaik sahaja sesi pertama selesai, giliran Ayu Afiqah dan Tay ke hadapan untuk menunjukkan aksi memasak masing-masing kepada juri. Kali ini Tay menyediakan kek cokelat mois untuk pencuci mulut. Ayu Afiqah pula lebih selesa untuk memilih kuih tart buah-buahan untuk resepi pertama yang bertemakan pencuci mulut. Pasti lebih menarik dan sihat untuk dimakan oleh kanak-kanak.
    ‘Aku akan sediakan hidangan yang sihat, sedap dan cantik,’ getus hati Ayu Afiqah. Lantas dia terbayang wajah-wajah juri yang terpegun dengan kesedapan masakan yang akan dia sediakan semasa merasa masakannya.
    Kemudian, Ayu Afiqah dan Tay bergegas kembali ke stor penyimpanan bahan masakan. Menurut tay, untuk resepi ke dua, dia memilih untuk menyediakan hidangan sanwich yang berinti daging ayam dan sayur-sayuran. Manakala Ayu Afiqah memilih untuk menyediakan Bento yang comel. Dia belajar resepi ni dari ibu dan selalu menyediakan bento bersama sebelum berkelah atau ke sekolah.
    Mula-mula, Ayu Afiqah menanak nasi. ‘Ibu, jangan risau tau, Ayu boleh sediakan bento yang enak dan cantik seperti yang ibu sediakan,’ getus hari Ayu Afiqah seolah-oleh ibu berada dekat degannya ketika itu. Dia kelihatan tersenyum riang menanak nasi persis seperti yang dilakukan oleh ibu. Sementara menunggu nasi masak, Ayu Afiqah menggoreng ayam berempah. Kemudian, dengan penuh tekun dan teliti pula, dia memotong lobak kecil untuk membentuk mulut, mata dan balung anak ayam.
    “Warna jingga lobak itu amat sesuai untuk dijadiakan mulut, mata dan balung anak ayam, Ayu,” kata ibu kepada Ayu Afiqah semasa mereka menyediakan bento untuk berkelah dua tahun lepas. Ayu hanya mengangguk faham sambil tersenyum dengan kecomelan bento yang mereka hasilkan.

    ReplyDelete
  14. Seketika, lamunan Ayu Afiqah terhenti. Dia kemudiannya memotong sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijadikan salad.
    `Wah, masak sudah nasiku!’ getus Ayu Afiqah dalam hati. Sejurus, dia mengkepal-kepalkannya untuk membentuk lima ekor anak-anak ayam yang comel. Kepalan nasi itu disusun di atas bekas bekalan ke sekolah berbentuk segi empat. Manakala salad sayur dan buah-buahan tadi disusunkan cantik di sekitar anak-anak ayam tersebut.
    Dengan tidak semena-mena, hati Ayu Afiqah menjadi sayu. Dia teringatkan bento buatan ibu untuknya, dua tahun yang lalu sewaktu di rumah mereka menyediakan belakalan untuk berkhemah di Air terjun Mahua. Biasanya, ibu akan menyediakan bento untuknya jika mereka hendak pergi ke berkelah di Bungsit dan Air terjun Mahua atau ke sekolah. Bento masakan ibu yang resepinya berasal dari Negara Jepun selalu mendapat pujian dari rakan-rakannya.
    “Wah! Comelnya bento buatan ibu awak Ayu.” Puji Steve semasa Ayu Afiqah menghulurkan bekalannya kepada rakan-rakan baiknya semasa waktu rehat, dua bulan yang lalu.
    “Bukan sahaja comel, tetapi sedap tau,” puji Tay pula yang disambut dengan anggukan dan tawa riang rakan-rakan baiknya. Sambil itu, mereka juga menikmati bekalan makanan masing yang dibawa dari rumah.
    Lamunan Ayu Afiqah terhenti untuk sekali lagi. Ayu Afiqah akhirnaya berjaya menyiapkan dan menghias bentonya, sebelum tempoh masa yg diberikan, berakhir. Lima ekor anak ayam comel, berwarna kuning dan putih di dalam taman berwarna kehijauan, terhidang di atas bekas bekal yang berbentuk segiempat tepat. Ayu Afiqah yakin, selain menarik, hidangannya adalah hidangan yang seimbang. Malah, lengkap dengan nutrisi pemakanan kepada kanak-kanak.
    “Ayu, bento kita ni mengandungi kombinasi karbohidrat, protein dan vitamin yang kanak-kanak perlukan untuk membesar dan bijak.” Terang ibu kelada Ayu Afiqah. Ayu Afiqah hanya mengangguk sambil tersenyum setuju dengan kata-kata ibu. Kenangan itu amat jelas terbayang-bayang di mata Ayu Afiqah. Sesekali Ayu Afiqah mengesak syahdu.
    Sebaik sahaja masa tamat, sekali lagi juruacara meminta mereka mengangkat hidangan ke meja hidangan yang terletak di hadapan pentas. Setelah Ayu Afiqah dan Tay meletakkan hidangan mereka di situ, mereka kembali diminta beredar ke tempat duduk peserta lain di tepi dewan.
    Sekali lagi, sepuluh anak-anak yatim yang dilantik menjadi juri tadi, kembali mengambil tempat di hadapan dewan. Dengan lagak juri professional, mereka mulai hidangan makanan daripada Ayu Afiqah dan Tay. Dari jarak 5 meter, pandangan mata Tay dan Ayu Afiqah tidak terlepas daripada riak wajah kesepuluh-sepuluh juri kecil itu. ‘Mudah-mudahan mereka suka dengan hidangan aku,’ getus hati Ayu Afiqah.
    “Hmm..”getus salah seorang daripada juri kecil itu. jelas juri kecil itu, begitu teruja melihatkan hidangan bento yang Ayu Afiqah sediakan. Mereka lalu bertepuk tangan sambil memandang para hadirin dengan riak muka teruja. Penonton pula bertepuk tangan sebaik sahaja melihat aksi juri tadi. Terutama sekali dari penonton yang terdiri dari anak-anak yatim itu sendiri. TYT juga yang juga turut menonton tersenyum melihat aksi tersebut.
    Sebaik sahaja selesai menjalankan tanggungjawab mereka, juri-juri kecil itu mulai membuat undian di sudut khas di tepi dewan dan dijaga oleh petugas khas. Mereka akan menulis nombor peserta yang mereka suka masakannya dan memasukkan undian mereka pada bekas yang berbentuk balang kaca. Kemudian, juruacara menjemput peserta seterusnya pula tampil untuk menyediakan hidangan masing-masing. Suasana menjadi semakin hangat oleh suara penonton dan para peserta mempertontonkan pelbagai gaya dan kemahiran masakan masing-masing.

    ReplyDelete
  15. Keyakinan Ayu Afiqah untuk memenangi hati juri-juri cilik tersebut semakin kurang. Jauh di lubuk hatinya, dia juga sebenarnya kagum dengan kemahiran rakan-rakan yang sebaya dengannya itu. Meskipun masih kecil, namun mereka amat bijak dan berkeyakinan.
    ‘Wah! Hebat-hebat belaka hidangan peserta-peserta ni, amat kreatif pula `tu,’ getus hati Ayu Afiqah dengan semangat yang mulai pudar.
    Sebaik sahaja semua peserta selesai mempertontonkan bakat dan kemahiran masing-masing, Ayu Afiqah yang lega pada mulanya kini mula berdebar-debar semula. Hatinya tidak tenteram. Terlebih lagi apabila sewaktu juruacara naik ke pentas untuk mengumumkan pemenang untuk progran demonstrasi memasak kanak-kanak sempena hari kanak-kanak sedunia.
    Sebelum membuat pengumuman, juruacara menjemput TYT untuk ke hadapan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang yang akan diumumkan kelak. Jantung Ayu Afiqah berdegup kencang seperti ingin lari meninggalkan tempat itu. Ternyata begitu juga dengan peserta lain termasuk Tay dan Devi.
    Sejurus itu, juruacara memanggil pemenang saguhati. Hanya tiga nama yang tidak dipanggil untuk menerima saguhati. Dua daripadanya nama Tay dan Ayu Afiqah. Jantung Ayu Afiqah semakin berdegub sangat kuat. Begitu juga dengan Tay. Mereka mengenggam tangan antara satu sama lain untuk mendapatkan kekuatan.
    “Tempat ketiga jatuh kepada Adik Tay,” juruacara membuat pengumuman,
    Ayu Afiqah mendadak gembira. Betapa tidak, rakan baiknya mendapat tempat utama. Dipeluknya Tay dengan erat, buat sedetik, sebelum dilepaskan. Tay juga yang masih terkejut hanya terpinga-pinga, tiba-tiba tersenyum keharuan. Persis keadaan Ayu Afiqah semasa memenangi pertandingan saringan pertama Master Chef Junior dahulu. Barkali-kali Tay bertanya adakah betul namanya yang disebut oleh juruacara tadi?
    Sekali lagi jantung Ayu Afiqah berdegup laju. Bait-bait ucapan daripada juruacara menyebut nama pemenang tempat kedua dan pertama amat mendebarkannya. Lantas juruacara itu mengumumkan bahawa Tiara Tommy, sebaya dengannya dari sekolah rendah Kebangsaan Tambunan adalah pemenang tempat ke-2. Ayu Afiqah sudah menyangka yang Tiara Tommy akan memenangi tempat teratas, antara tempat pertama atau kedua. Hidangan yang disediakan oleh Tiara Tommy amat kreatif dan menarik.
    Dada Ayu Afiqah kian berdegup kencang. Pemenang tempat pertama pula akan diumumkan sebentar lagi. ‘Adakah aku telah mempersia-siakan peluangku untuk mengikuti program pertandingan akhir Master chef junior dengan kekalahan di sini? Atau kah aku perlu bersyukur kerana aku dapat telah menyumbang bakti kepada anak-anak yatim di sini?’ Pelbagai soalan berlegar-legar di minta Ayu Afiqah.
    Sekelip lintasan menjelma. Segera Ayu Afiqah ingat. Lagipun, menurut TYT dalam ucapannya tadi, setiap keuntungan yang diperolehi daripada majlis pada kali ini, akan disalurkan kepada rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau.
    “Seperti yang anda semua ketahui, johan untuk pertandingan demonstrasi memasak ini ialah adik Ayu Afiqah!” Ayu Afiqah terkesima sebentar. Tay yang berada di sebelahnya melonjak kegembiraan. Nek Jah dan Nek Dar kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan sambil bertepuk tangan. Sementara ayah pula melambai-lambai ke arahnya samabil tersenyum bangga. Kelihatan juga Cikgu Natasha, Steven, Alif dan beberapa orang rakan sekelasnya juga melonjak-lonjak kegembiraan.

    ReplyDelete
  16. “Ayu, Tay, tahniah! Kami bangga dengan awak.” Jerit kawan-kawan Ayu Afiqah dan Tay. Mereka turut memberi tepukan gemuruh kepada para pemenang terutamanya pada Tay dan Ayu Afiqah.
    Dengan perasaan terharu yang amat, Ayu melangkah ke hadapan dan menerima hadiah tempat pertama dari TYT. Hadiah yang diterima oleh Ayu Afiqah ialah berupa wang tunai RM10 000. Namun, disebabkan program ini adalah program amal untuk anak-anak yatim, maka wang RM10 000 itu akan disalurkan sepenuhnya kepada rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau. Itulah tujuan utama keberadaan Ayu Afiqah mengikuti program ini. Agar dia dapat menyalurkan sepenuhnya wang tersebut untuk rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau.
    ‘Alhamdulillah, akhirnya hajat ibu untuk melihat Ayu Afiqah menabur bakti kepada orang-orang yang memerlukan dengan bakat yang Ayu ada telahpun terlaksana,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Sementara Tay, Devi, cikgu Natasha, Steve dan Alif mengambil peluang bergambar di pentas utama, Ayu Afiqah pergi mendapatkan ayah, Nek Jah dan Nek Dar yang masih duduk di tempat duduk penonton.
    “Tahniah Ayu, ayah amat bangga dengan Ayu. Ini ada hadiah utama untuk Ayu,” kata ayah kepada Ayu Afiqah sebaik sahaja Ayu Afiqah mendekati ayah, Nek Dar dan Nek Jah. Ayah menghulurkan talifon bimbitnya kepada Ayu Afiqah.
    “Terima kasih ayah. Hadiah apa ni ayah?” tanya Ayu Afiqah yang kehairanan dengan ayahnya mengucapkan tahniah tetapi menghulurkan talifon kepadanya. Rupa-rupanya, yang ayah hadiahkan bukan telefonnya. Akan tetapi, mesej berupa surat rasmi yang tertera pada skrin telefon yang ayah hulurkan itulah, hadiahnya.
    Alangkah terkejutnya Ayu Afiqah setelah membaca emel daripada pihak penganjur program Master Chef Junior. Melalui surat itu, pihak penganjur menyatakan bahawa pertandingan Master Chef Junior dibatalkan pada hari ini. Tarikh baru pertandingan akhir Master Chef Junior ialah pada minggu hadapan iaitu pada 16 september.
    `Minggu hadapan!” jerit hati Ayu Afiqah. Serta merta Ayu Afiqah melonjak kegembiraan. Rupa-rupanya dia masih boleh menyertai Master Chef Junior pada minggu hadapan. Berkali-kali Ayu Afiqah membaca semula surat yang dikirim oleh pihak penganjur itu kepadanya itu. Gembiranya Ayu Afiqah bukan kepalang.
    ‘Alhamdulillah! Ibu, kita masih ada peluang untuk merealisasikan impian kita!’ Getus hati Ayu Afiqah, bersyukur tidak terhingga.

    ReplyDelete
  17. Erna, copy saja k;

    Bab 9: Demonstrasi Chef Ayu.
    Ayu Afiqah yang memakai baju kurung merah jambu berbunga putih bercorak inggeris, menghentikan langkahnya. Tudung pemberian ibu yang senada dengan warna baju kurungnya itu, terus berkibaran ditiup angin. Ayu Afiqah lalu memandang sekeliling dewan rumah anak yatim Darul Kasih Keningau.
    Ramai kanak-kanak seusianya sedang menolong membuat persiapan akhir sebelum program bermula. Ada yang menolong menyusun hadiah dan air minuman di atas meja tetamu dan banyak lagi. Suhu yang agak panas, semakin terasa panas oleh haba tubuh manusia yang ramai.
    Ayu Afiqah terus resah gelisah, terhimpit antara dua pilihan. Seolah-olah dia terpaksa memilih antara nasi goreng kampung atau nasi lemak masakan Nek Dar. Kedua-duanya amat sedap dan sukar untuk dipilih hanya satu. Akhirnya, Ayu Afiqah memilih untuk membuat sesuatu yang lebih penting antara dua. Iaitu Program Demonstrasi masakan di rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau.
    Begitu pun, hati Ayu tetap sayu. Digenggamnya tangan Nek Jah yang menggenggam kembali tangannya dengan erat. Seakan dapat membaca fikiran Ayu Afiqah, Nek Jah memandangnya dengan senyuman lembut. Kemudian Nek Jah menepuk-nepuk tangan Ayu Afiqah yang digengamnya tadi, seperti cuba memberikan kekuatan kepadanya.
    Ayu Afiqah mengangguk dan menguntum senyum kepada Nek Jah. Nek Jah segera menghantar Ayu Afiqah di tempat duduk peserta. Kemudian, Nek Jah beredar untuk menyertai Nek Dar dan ayah di tempat duduk penonton. Tidak jauh dari keluarganya, kelihatan Cikgu Natasha, Steve dan Alif duduk sambil tersenyum ke arahnya. melambai-lambai ke arahnya.
    Ayu Afiqah tersenyum riang. Sedetik itu, seperti peserta lain, Ayu Afiqah juga menggunakan apron. Namun bezanya, apron yang digunakan oleh Ayu Afiqah adalah hadiah dari pihak penganjur kepada peserta yang layak ke final pertandingan Master Chef Junior.
    ‘Apron ini, sepatutnya aku gunakan untuk pertandingan akhir Master Chef Junior,’ bisik Ayu Afiqah lalu mengesak sedikit.
    Inilah kali pertama Ayu Afiqah akan mempertontonkan bakat memasak secara langsung di hadapan orang kenamaan. Debarannya mengalahkan debaran yang dialami semasa betul-betul menyertai pertandingan Master Chef Junior saringan pertama. Anehnya, Ayu Afiqah sendiri tidak mengerti mengapa dia harus berasa begitu. Yang pasti, nafasnya semakin sesak. Seolah-olah, ruang dewan kekurangan oksigen.
    Lantas dikerlingnya rakan-rakan tunas puteri yang turut menjadi peserta pada pagi itu. Ternyata, Devi dan Tay juga mengalami perasaan sepertinya. Mereka resah gelisah di tempat duduk masing-masing sepertinya juga. Ayu Afiqah segera mengawal gelojak perasaannya.
    `Bertenang, bertenang. Semuanya akan baik-baik saja, percayalah,’ getus Ayu Afiqah dalam hati. Ayu Afiqah menunggu giliran mereka dipanggil untuk mendemonstrasi memasak.
    Namun, entah mengapa, gambaran para peserta program Master Chef Junior yang akan

    ReplyDelete
  18. memulakan pertandingan pada hari ini, mengusik hatinya. Tanpa sedar, Ayu Afiqah tersendu keharuan. Mereka mesti sedang sibuk menyiapkan tugasan menu masing-masing, tanpa dirinya. Mereka tentu sangat teruja dan gembira.
    ‘Ya Allah, adakah keputusan yang aku pilih ini keputusan yang betul?’ tanya hati Ayu Afiqah. Namun, sekelip lintasan menjelma. Segera dia ingat. Keputusan ini dibuat berdasarkan niatnya ingin berkhidmat pada mereka di rumah anak-anak yatim itu. ‘Tak apa, aku telah membuat pilihanku sendiri, aku mesti percaya dengan keputusanku ini.’
    Kini orang ramai sudahpun memenuhi dewan rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau. Suasana amat meriah dan semakin merimaskan Ayu Afiqah yang duduk sebaris dengan Tay. Sesekali, diliriknya Devi yang duduk di bahagian belakang sekali. Muka Devi kelihatan sedikit pucat.
    “Mengumumkan ketibaan Tuan Yang Terutama masuk ke dalam dewan. Hadirin diminta berdiri.” Tiba-tiba kedengaran juruacara membuat pengumuman melalui pembesar suara.
    seperti hadirin yang lain, Ayu Afiqah turut berdiri untuk memberi penghormatan kepada Tuan Yang Terutama TYT. Kelihatan TYT yang berbaju melayu berwarna biru begitu segak dan bergaya. Kemudian, TYT pun dijemput ke tempat duduk khas di hadapan pentas dan sejurus itu, lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku di nyanyikan.
    Sejurus itu, TYT membuat ucapan perasmian. Dalam ucapannya, dia menjelaskan bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan mestilah kerana Allah.
    “Anak-anak sekalian, semua pekerjaan yang kita lakukan mestilah kerana Allah Taala. Jika kita melakukannya dengan ikhlas dan kerana Allah, Insyaalah kerja kita akan menjadi lebih mudah,”kata TYT sambil tersenyum lembut.
    Ucapan TYT itu amat menarik perhatian Ayu Afiqah. Jantung Ayu Afiqah berombak kencang. Ayu Afiqah menemui jawapan mengapa dia tidak tenang. Dia mestilah ikhlas dan melalukannya kerana Allah. Semoga pilihan yang dibuatnya memilih untuk membantu anak-anak yatim itu direstuai dan dipermudahkan oleh Allah.
    Sejurus kemudian, pegawai wanita yang memakai tag urusetia majlis menghampiri Ayu Afiqah dan peserta-peserta demonstasi yang lain. Pegawai itu meminta mereka bersedia untuk dipanggil. Pegawai itu lalu mengarahkan agar mereka mereka ke belakang pentas bersama peserta yang lain.
    “Sila beratur adik-adik. Jom bergerak ke belakang pentas semuannya.” Arah pegawai yang bernama Dira.
    Mereka segera beratur di belakang dewan sebelum dipanggil naik ke pentas oleh juruacara seorang demi seorang untuk diperkenalkan kepada hadirin. Sebaik sahaja nama Ayu Afiqah dipanggil ke pentas oleh juruacara, jantung Ayu Afiqah berdegub dengan kuat. Dia sempat membaca doa agar darah gemuruh tidak menyerangnya ketika diperkenalkan di pentas nanti dan semasa menyediakan hidangan kelak.
    “Perkenalkan, ini peserta kita yang bernama Ayu Afiqah. Khabarnya, chef Ayu kita ini juga adalah peserta akhir program Master Chef Junior tahun ini. Namun, akibat pertembungan dengan program hari ini, dia sanggup mengorbankan peluangnya ke

    ReplyDelete
  19. program tersebut untuk bersama kita. Sila tepuk tangan adik-adik,” ujar juruacara lelaki yang berwajah kacak dan bergaya itu.
    Sejenak hadirin terpegun kekaguman. Wajah Ayu Afiqah merona merah. Semua mata tertumpu kepadanya yang sedang berada di atas pentas. Ayu Afiqah segera berundur dua langkah lalu menuju ke kumpulan peserta lain. Ayu Afiqah tidak tahu siapa yang memberikan maklumat tentang dirinya dalam Master Chef Junior kepada juruacara itu.
    Sungguh, Ayu Afiqah berasa tidak selesa, seolah-olah dia meminta dirinya dipuji!
    Mujur juruacara tersebut memperkenalkan peserta seterusnya pula. Lantas, tumpuan mata hadirin tidak lagi jatuh padanya seorang. Ayu Afiqah menarik nafas lega. Setelah sepuluh orang peserta diperkenalkan, tiba masanya mereka bersedia menunggu di tempat masing-masing, di bahagian bawah pentas. Termasuk Ayu Afiqah.
    Ayu Afiqah tahu. Mengikut format program ini, 2 orang peserta akan dijemput untuk membuat demonstrasi secara serentak di hadapan pentas. Ini bermakna akan ada 5 kali sesi demonstrasi akan dilansungkan. Nanti, anak-anak yatim itu sendiri boleh memilih untuk melihat peserta mana atau resepi mana yang mereka sukai untuk diikuti atau diundi. Peserta yang paling banyak mendapat undian akan dinobatkan sebagai juara.
    `Semoga aku mendapat undian yang terbaik, amin…!’doa hatinya.Keputusan demosntrasi yang terbaik antara para peserta, terletak sepenuhnya pada jumlah undian yang dibuat oleh anak-anak yatim itu sendiri. Sepuluh anak yatim yang berusia antara 10 ke 15 tahun telahpun dilantik untuk menjadi juri.
    Mata ayu afiqah terkebil-kebil membaca peraturan program itu. Menurut peraturannya, setiap kumpulan peserta hendaklah menyediakan dua jenis masakan. Satu, hidangan pencuci mulut dan satu bertemakan bekalan sihat ke sekolah. Ayu Afiqah bersyukur tidak terhingga apabila digandingkan dengan Tay, pada sesi kedua nanti. Dalam pertandingan saringan Master Chef Junior dahulu, Menu nasi ayam Taylah yang paling sedap.
    “Ayu, aku nak pastikan aku menang dalam pertandingan kali ni. Aku tak nak kalah dengan kau, tau,” ujar Tay dengan nada bergurau kepada Ayu Afiqah.
    Tertawa gembira Ayu Afiqah mendengarkannya. Sebenarnya, Ayu Afiqah sedar. Tay tidak kalah handalnya dibandingkan dengan dirinya. Tay pernah memenangi pertandingan memasak sempena Pesta Kaamatan di daerah Keningau kategori kanak-kanak.
    Para peserta diberikan m asa sejam untuk menyiapkan kedua-dua hidangan tersebut. Hidangan tersebut mestilah diberikan namanya dan dijelaskan mengapa ia dipilih untuk sediakan oleh peserta itu. Sebaik sahaja sesi pertama selesai, giliran Ayu Afiqah dan Tay ke hadapan untuk menunjukkan aksi memasak masing-masing kepada juri.
    Kali ini Tay menyediakan kek cokelat mois untuk pencuci mulut. Ayu Afiqah pula lebih selesa memilih kuih tart buah-buahan untuk resepi pertama yang bertemakan pencuci mulut. Pasti lebih menarik dan sihat untuk dimakan oleh kanak-kanak. Ayu Afiqah yakin tentang itu.
    ‘Aku akan sediakan hidangan yang sihat, sedap dan cantik,’ janji Ayu Afiqah dalam hati. Lantas dia terbayang wajah-wajah juri yang terpegun dengan kesedapan masakan yang akan dia sediakan semasa merasai masakannya.

    ReplyDelete
  20. Kemudian, Ayu Afiqah dan Tay bergegas kembali ke stor penyimpanan bahan masakan. Menurut Tay, untuk resepi ke dua, dia memilih untuk menyediakan hidangan sandwich yang berinti daging ayam dan sayur-sayuran. Manakala Ayu Afiqah memilih untuk menyediakan Bento yang comel. Dia belajar resepi ini dari ibu dan selalu menyediakan bento bersama sebelum berkelah atau ke sekolah.
    ‘Ibu, jangan risau tau, Ayu boleh sediakan bento yang enak dan cantik seperti yang ibu sediakan,’ getus hari Ayu Afiqah ketika mulai menanak nasi. Seolah-olah ibu berada di sisinya. Sementara menunggu nasi masak, Ayu Afiqah menggoreng ayam berempah. Kemudian, dengan penuh tekun dan teliti pula, dia memotong lobak kecil untukmembentuk mulut, mata dan balung anak ayam.
    “Ayu, warna jingga lobak itu amat sesuai untuk dijadiakan mulut, mata dan balung anak ayam, ‘kan,” kata ibu kepada Ayu Afiqah semasa mereka menyediakan bento untuk berkelah dua tahun lepas.
    Ayu hanya mengangguk faham sambil tersenyum dengan kecomelan bento yang mereka hasilkan. Secepat itu, Ayu Afiqah menghentikan lamunannya, di dewan rumah anak-anak yatim itu. Dia segera memotong sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijadikan hidangan saladnya.
    `Wah, masak sudah nasiku!’ getus Ayu Afiqah dalam hati. Sejurus, dia mengkepal-kepalkannya untuk membentuk lima ekor anak-anak ayam yang comel. Kepalan nasi itu disusun di atas bekas bekalan ke sekolah berbentuk segi empat. Manakala salad sayur dan buah-buahan tadi disusunkan cantik di sekitar anak-anak ayam tersebut.
    Dengan tidak semena-mena, hati Ayu Afiqah menjadi sayu. Dia teringatkan bento buatan ibu untuknya, dua tahun yang lalu sewaktu di rumah mereka menyediakan belakalan untuk berkhemah di Air terjun Mahua. Biasanya, ibu akan menyediakan bento untuknya jika mereka hendak pergi ke berkelah di Bungsit dan Air terjun Mahua atau ke sekolah. Bento masakan ibu yang resepinya berasal dari Negara Jepun selalu mendapat pujian dari rakan-rakannya.
    “Wah! Comelnya bento ibu awak Ayu.” Puji Steve semasa Ayu Afiqah menghulurkan bekalannya kepada rakan-rakan baiknya semasa waktu rehat, dua bulan yang lalu.
    “Bukan sahaja comel, tetapi sedap tau,” puji Tay pula yang disambut dengan anggukan dan tawa riang rakan-rakan baiknya. Sambil itu, mereka juga menikmati bekalan makanan masing yang dibawa dari rumah.
    Lamunan Ayu Afiqah terhenti lagi. Ayu Afiqah akhirnaya berjaya menyiapkan dan menghias bentonya, sebelum tempoh masa yg diberikan, berakhir. Lima ekor anak ayam comel, berwarna kuning dan putih di dalam taman berwarna kehijauan, terhidang di atas bekas bekal yang berbentuk segiempat tepat.
    Sebaik sahaja masa tamat, sekali lagi juruacara meminta mereka mengangkat hidangan ke meja hidangan yang terletak di hadapan pentas. Setelah Ayu Afiqah dan Tay meletakkan hidangan mereka di situ, mereka kembali diminta beredar ke tempat duduk peserta lain di tepi dewan.
    Sekali lagi, sepuluh anak-anak yatim yang dilantik menjadi juri tadi, kembali mengambil tempat di hadapan dewan. Dengan lagak juri professional, mereka mulai hidangan

    ReplyDelete
  21. makanan daripada Ayu Afiqah dan Tay. Dari jarak 5 meter, pandangan mata Tay dan Ayu Afiqah tidak terlepas daripada riak wajah ke sepuluh-sepuluh juri kecil itu.
    ‘Mudah-mudahan mereka suka dengan hidangan aku,’ getus hati Ayu Afiqah.
    “Hmm..”getus salah seorang daripada juri kecil itu. jelas juri kecil itu, begitu teruja melihatkan hidangan bento yang Ayu Afiqah sediakan. Mereka lalu bertepuk tangan sambil memandang para hadirin dengan riak muka teruja. Para penonton menyambutnya dengan sorakan dan tepuk tangan. TYT juga yang juga turut tersenyum melihat mereka.
    Sebaik sahaja selesai menjalankan tanggungjawab mereka, juri-juri kecil itu mulai membuat undian di sudut khas di tepi dewan dan dijaga oleh petugas khas. Mereka akan menulis nombor peserta yang mereka suka masakannya dan memasukkan undian mereka pada bekas yang berbentuk balang kaca.
    Kemudian, juruacara menjemput peserta seterusnya pula tampil untuk menyediakan hidangan masing-masing. Suasana menjadi semakin hangat oleh suara penonton dan para peserta mempertontonkan pelbagai gaya dan kemahiran masakan masing-masing.
    Keyakinan Ayu Afiqah untuk memenangi hati juri-juri kecil itu semakin berkurangan. Jauh di lubuk hatinya, dia juga sebenarnya kagum dengan kemahiran rakan-rakan yang sebaya dengannya itu. Meskipun masih kecil, namun mereka amat bijak dan berkeyakinan tinggi.
    Sejurus, semua peserta selesai mempertontonkan bakat dan kemahiran masing-masing. Ayu Afiqah yang lega pada mulanya kini mulai berdebar-debar semula. Hatinya tidak tenteram. Lebih-lebih apabila sewaktu juruacara naik ke pentas untuk mengumumkan siapa pemenang progran demonstrasi memasak kanak-kanak sempena Hari Kanak-kanak Sedunia.
    Kelihatan TYT sudah dijemput ke hadapan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Jantung Ayu Afiqah berdegup kencang seperti ingin lari meninggalkan tempat itu.
    Beberapa saat kemudian, juruacara memanggil pemenang saguhati menerima hadiah mereka. Hanya lima nama yang tidak dipanggil untuk menerima saguhati. Dua daripadanya nama Tay dan Ayu Afiqah. Jantung Ayu Afiqah semakin berdegup dengan kuatnya. Dia dan Tay mengenggam tangan antara satu sama lain untuk mendapatkan kekuatan.
    “Tempat ketiga jatuh kepada Adik Tay,” juruacara membuat pengumuman,
    Hati Ayu Afiqah melonjak gembira. Betapa tidak, rakan baiknya mendapat tempat utama. Dipeluknya Tay dengan erat, buat sedetik, sebelum dilepaskan. Tay juga yang masih terkejut hanya terpinga-pinga, tiba-tiba tersenyum keharuan. Persis keadaan Ayu Afiqah semasa memenangi pertandingan saringan pertama Master Chef Junior dahulu.
    Barkali-kali Tay bertanya adakah betul namanya yang disebut oleh juruacara tadi?
    Sekali lagi jantung Ayu Afiqah berdegup laju. Bait-bait ucapan daripada juruacara menyebut nama pemenang tempat kedua dan pertama amat mendebarkannya. Lantas juruacara itu mengumumkan bahawa Tiara Tommy, sebaya dengannya dari sekolah rendah Kebangsaan Tambunan adalah pemenang tempat ke-2.

    ReplyDelete
  22. Ayu Afiqah sudah menyangka yang Tiara Tommy akan memenangi tempat teratas, antara tempat pertama atau kedua. Hidangan yang disediakan oleh Tiara Tommy amat kreatif dan menarik. Dada Ayu Afiqah kian berdegup kencang. Pemenang tempat pertama pula akan diumumkan sebentar lagi.
    ‘Adakah aku telah mempersia-siakan peluangku untuk mengikuti program pertandingan akhir Master chef junior dengan kekalahan di sini? Ataukah aku perlu bersyukur kerana aku dapat telah menyumbang bakti kepada anak-anak yatim di sini?’ Pelbagai soalan berlegar-legar di minta Ayu Afiqah. Tiba-tiba, teringat dia pada ucapan TYT tadi, setiap keuntungan yang diperolehi daripada majlis pada kali ini, akan disalurkan kepada rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau.
    “… Dan, johan untuk pertandingan demonstrasi memasak ini ialah Adik Ayu Afiqah!” umum tuan pengacara.
    Ayu Afiqah terkesima sebentar. Tay yang berada di sebelahnya melonjak kegembiraan. Nek Jah dan Nek Dar kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan sambil bertepuk tangan. Sementara ayah pula melambai-lambai ke arahnya samabil tersenyum bangga. Kelihatan juga Cikgu Natasha, Steven, Alif dan beberapa orang rakan sekelasnya juga melonjak-lonjak kegembiraan.
    “Ayu, Tay, tahniah! Kami bangga dengan awak.” Jerit kawan-kawan mereka.
    Dengan perasaan terharu yang amat, Ayu melangkah ke hadapan dan menerima hadiah tempat pertama dari TYT. Hadiah yang diterima oleh Ayu Afiqah ialah berupa wang tunai RM10 000 yang akan disalurkan sepenuhnya kepada rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau.
    Sesungguhnya, itulah tujuan utama keberadaan Ayu Afiqah mengikuti program ini. Agar dia dapat menyalurkan sepenuhnya wang tersebut untuk rumah anak-anak yatim Darul Kasih Keningau.
    ‘Alhamdulillah, akhirnya hajat ibu untuk melihat Ayu Afiqah menabur bakti kepada orang-orang yang memerlukan dengan bakat yang Ayu ada telahpun terlaksana,’ getus hatinya.
    “Tahniah Ayu, ayah amat bangga dengan Ayu. Ini ada hadiah utama untuk Ayu,” kata ayah kepada Ayu Afiqah sebaik sahaja Ayu Afiqah mendekati ayah, Nek Dar dan Nek Jah. Ayah menghulurkan talifon bimbitnya kepada Ayu Afiqah.
    ‘Terima kasih ayah. Hadiah apa ni ayah?” tanya Ayu Afiqah yang kehairanan.
    Rupa-rupanya, yang ayah hadiahkan bukan telefonnya. Akan tetapi, mesej berupa surat rasmi yang tertera pada skrin telefon yang ayah hulurkan itulah, hadiahnya.
    Alangkah terkejutnya Ayu Afiqah. Melalui surat itu, pihak penganjur menyatakan bahawa pertandingan Master Chef Junior dibatalkan pada hari ini. Tarikh baru pertandingan akhir Master Chef Junior ialah pada minggu hadapan iaitu pada 16 september.
    `Minggu hadapan!” jerit hati Ayu Afiqah. Serta merta Ayu Afiqah melonjak kegembiraan. ‘Alhamdulillah! Ibu, kita masih ada peluang untuk merealisasikan impian kita!’ Getus hati Ayu Afiqah, bersyukur tidak terhingga.

    itu je erna, gigih terus k

    ReplyDelete