• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Thursday, March 16, 2017

15 comments:

  1. sifu.. bab 4 ini ada 13 m/s ya.. tak taun nak kurang kat mana..mohon tunjuk ajar..

    Bab 4: Tiraimisu Chef Ayu
    Ayu Afiqah memakai blaus merah jambu berbunga kecil dan seluar panjang berwarna hitam. Warna tudung merah jambu cair yang dipilih oleh Ayu Afiqah juga senada dengan bajunya. Penampilan yang sederhana tetapi kemas dan menarik menambahkan lagi keayuana Ayu Afiqah. Direnungnya segenap sudut rumah. Setelah itu, pandangan mata Ayu Afiqah jatuh pada bilik ibu. Ada perasaan rindu yang menggebu di dadanya. Meskipun ibu telah lima hari meninggalkan mereka.
    “Ibu, Ayu pergi dulu ibu.” Kata Ayu Afiqah sayu sambil matanya masih memandang pintu bilik ibu. Seakan dia mengharapkan ibu keluar dari bilik itu dan menyertai mereka. Walaupun itu mustahil berlaku.
    Ayu Afiqah melangkah longlai menuju ke kereta sedan ayah. Air mata Ayu Afiqah bergenang seperti menunggu masa untuk gugur ke bumi. Sayu. Cermin kereta di turunkan. Dijenguknya keluar tingkap kereta, bunyian unggas menyanyi riang dan udara pagi yang indah dan nyaman menambah lagi galau di hati Ayu Afiqah untuk meninggalkan rumah yang banyak meninggalkan memori buatnya. Terutama memori bersama ibu tercinta.
    Nek Dar yang memakai baju kurung kuning cair dan bertudung polos kuning terang tampak sederhan. Nek Dar adalah orang yang terakhir sekali keluar dari rumah. Nek Dar mengunci pintu rumah. Ayah yang telah berada di dalam kereta keluar semula dan untuk membuat pemeriksaan sekali lagi disekitar rumah. Setelah berpuas hati, barulah ayah masuk semula kedalam kereta untuk memulakan perjalanan. Kedengaran ayah membacakan doa sebelum memulakan perjalanan.
    Ayah yang hanya berkemeja petak lengan pendek berwana kelabu kelihatan tenang memulakan pemanduan. Ayu Afiqah yang lebih selesa duduk di bahagian penumpang belakang kereta sedan buatan tempatan kerana itulah tempat dudud kebiasaanya apabila mereka sekeluarga bepergian. Nek Dar pula duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan pemandu. Ayah memutarkan saluran radio Klasik FM, saluran kegemarannya bagi menemani pemanduannya.
    Hati Ayu Afiqah resah. Sepertinya dia ingin sahaja membatalkan penyertaannya lusa. Keyakinannya telah hilang bersama perginya ibu tercinta 18 hari lepas. Dada Ayu Afiqah berombak resah. Juga kerusuhan apabila terkenangkan ayah dan Nek Dar menaruh harapan yang tinggi kepadanya pada pertandingan tersebut. Batin Ayu Afiqah merintih-rintih dilanda kepiluan yang tidak mahu reda.
    “Ayah, boleh tak kalau Ayu tarik diri je dari pertandingan Master Chef tu? Ayu macam dah tak bersemangatlah ayah.” Tiba-tiba muncul pertanyaan Ayu Afiqah pada ayah memecahkan kesunyian perjalanan.
    Ayah yang mendengar pertanyaan Ayu Afiqah terus sahaja mengecilkan suara radio dihadapannya. `
    “Ayu sanggup melupakan harapan ibu? Melupakan menu-menu yang ibu dan Ayu fikirkan sebelum ini untuk pertandingan Master Chef tu?” pertanyaan Ayu Afiqah di balas oleh pertanyaan juga oleh ayah.
    Afiqah terdiam seribu bahasa. Pertanyaan ayah menambahkan lagi kerusuhan di hati Ayu Afiqah. ‘Harapan ibu?, menu-menu pertandingan?’ Ayu Afiqah tidak dapat melupakan semua itu begitu sahaja. Haruskan dia melupakannya? Ayu betul-betul buntu. ‘Ibu...., Ayu betul-betul buntu!’ Ayu Afiqah menjerit di dalam hati.

    ReplyDelete
  2. Kereta sedan yang ayah pandu, meluncur laju. Semakin lama semakin meninggalkan kawasan rumah mereka yang terletak di Keningau. Semakin lama semakin jauh meninggalkan pusara tempat ibu disemadikan. Sayu hati Ayu Afiqah melewati kawasan Apin-apin. Kehijauan sawah padi di kiri kanan jalan amat memukau pandangan. Namun, ia masih belum mampu meredakan kerusuhan di hati Ayu Afiqah.
    Ayu Afiqah lebih banyak mengizinkan dirinya mengelamun jauh. Perbualan ayah dan Nek Dar di sepanjang perjalanan, seakan kedengaran sayup-sayup di kejauhan. Banyak yang Nek Dar dan Ayah ceritakan di sepanjang perjalanan. Mungkin Nek Dar tidak mahu ayah mengantuk semasa memandu.
    Pemanduan yangg akan mengambil masa satu jam tiga puluh minit itu, terasa seperti satu tahun tiga puluh hari. Terasa terlalu berat dan lambat segala-galanya.
    Terasa lenguh badannya apabila terlalu lama duduk di dlm kereta. Terasa agak bengkak di sekeliling matanya oleh kerana terlalu banyak menangis. Ingin sekali Ayu Afiqah melelapkan mata, seperti semasa dia mengikuti ayah dan ibu pulang ke Kundasang dahulu. Lazimnya, dia hanya akan terbangun apabila ibu membangunkannya sebaik sahaja sampai di Kampung Wangi, Kundasang atau semasa singgah di pekan Ranau untuk singgah makan dengan ibu dan ayah. Saat-saat yang amat membahagiakan Ayu Afiqah.
    Kini, perjalanan dua jam ke Kampung Wangi, Kundasang itu berakhir. Ayah memberhentikan kereta betul-betul di halaman rumah Nek Jah, ibu kepada ibu Ayu Afiqah itu, tepat pada jam 10.00 pagi. Rumah yang binaannya kayu bahagian atas dan kongkrit di bahagian bawah itu masih tersegam indah seperti sebelum ini. Rumah itu adalah hasil kerja tangan Atuk sendiri bersama orang-orang kampung.
    Sabaik sahaja bersalaman dengan Nek Jah yang menyambut mereka di halaman rumah, mereka dipersilakan ke ruang makan oleh Nek Jah dan dijamu dengan makanan tengah hari yang lazat hasil tangan Nek Jah sendiri. Lauk hari itu ialah ikan kerapu masak tiga rasa, tomyam daging, kerabu perut lembu dan sayur campur. Ayu Afiqah, Nek Dar dan ayah berselera betul makan. Ayu Afiqah memuji masakan Nek Jah yang sedap itu.
    Kata Nek Jah masakan hari ini adalah bertemakan ala Thai. ‘Kemana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ getus hati Ayu Afiqah mengenangkan ibu. Yang juga pakar memasak masakan ala Thai sama seperti Nek Jah.
    Ayu Afiqah yang keletihan memilih untuk tidur di bilik arwah ibu. Ayah tidur di bilik tetamu dan Nek Dar tidur sebilik dengan Nek Jah. Rumah Nek Jah agak sederhana dengan tiga bilik tidur, kembali sunyi sepi apabila semua tetamu sudah pulang.
    Khabarnya, setelah ibu berkahwin dengan ayah, Nek Jah hanya tinggal bersendirian di rumah itu. Sakit pening Nek Jah dijaga oleh sepupu ibu yang kebetulan sekampung dengan Nek Jah. Nek Jah tak mau ikut tinggal bersama keluarga Ayu Afiqah kerana Nek jah sibuk melaksanakan kelas amal memasak pada setiap minggu.
    “Kalau Ayu nak tahu, bila Nek Jah yang memasak sesuatu masakan atau resepi baharu, pasti orang yang tu akan teringin nak makan lagi masakan tersebut.” Puji ibu tentang masakan Nek Jah sewaktu Ayu Afiqah belajar membuat resepi baharu. Ibu selalu sahaja menceritakan tentang kepandaian Nek Jah memasak.
    Menurut ibu lagi, Nek Jah membuat kuih secara kecil-kecilah dan dihantar ke restoran-restoran berhampiran. Nek Jah sering menegaskan bahawa wang pencen arwah Sarjan Rosli, Atuk Ayu Afiqah yang pernah bertugas sebagai polis itu, masih dapat menyara hidup Nek Jah.
    Suasana hujan renyai di luar rumah, menambahkan lagi suasana sejuk di dalam bilik meskipun tanpa penghawa dingin. Kedinginan ini cukup untuk membuat Ayu Afiqah menggigil kesejukan. Mujur Ayu Afiqah mengenakan baju yang agak tebal untuk mengelak dari kesejukan terutama pada suhu sedemikian.

    ReplyDelete
  3. Dada Ayu Afiqah berdegup kencang. Perlahan-lahan dikeluarkannya baju ibu dari beg pakaiannya. Baju itu dipeluk dan dicium oleh Ayu Afiqah. Beberapa minit selepas itu, Ayu Afiqah akhirnya terlena. Dia bagaikan terlena nyenyak seperti dalam pelukan ibu yang hangat.
    Ayu Afiqah bangun awal, pada keesokan harinya. Ayu Afiqah mengeliat sebentar diatas katil untuk memberikan keselesaan pada padannya. Kemudian, dikerlingnya jam didinding baru jam 5:00 pagi. Waktu solat subuh dah masuk. Cepat-cepat Ayu Afiqah bangun untuk ke bilik air. ‘Nak mandi? Masih telalu awal dan amat sejuk!’ getus hati Ayu Afiqah. Lalu, dia hanya mengambil mengambil wudhuk sahaja untuk menunaikan solat subuh di bilik.
    Usai solat, Ayu Afiqah mengangkat tangan dan berdoa agar roh ibu tersayang dirahmati oleh Allah. Dada Ayu Afiqah berombang kencang, dalam doanya dia bersungguh-sungguh meminta pada Allah agar ibunya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Dia juga berdoa agar dia diberikan ketenangan dan dipermudahkan dalam pertandingan master Chef Junior esok.
    Perlahan-lahan Ayu Afiqah menanggalkan telekong yang dipakainya. Sejurus,itu, dia mengamati bilik ibu yang sudah banyak bermalam di bilik ini setiap kali mereka pulang kampung. Dia seakan dapat melihat bayangan ibu bergerak tangkas dalam bilik yang bersaiz sederhana itu. Di atas sebuah meja kecil, tersusun beberapa foto-foto ibu semasa kecil sehingga remaja dalam bingkai gambar.
    Ada foto ibu bergambar sewaktu terima hadiah dalam pertandingan masakan. Mungkin pertandingan masakan sewaktu di sekolah rendah. `Wajah comel ibu ketika kanak-kanak persis wajahku, seolah-olah kami kembar seiras, cuba lahir berlainan tahun’ getus Ayu Afiqah sayu kerana merindui ibu. Lama Ayu Afiqah menatap dan membelek-belek foto tersebut.
    Beberapa ketika kemudian, pandangan Ayu Afiqah beralih pula pada sebuah kabinet kecil pada meja tersebut. Tanpa sedar, Ayu Afiqah menarik dan membuka kabinet tersebut perlahan-lahan. Ternyata kabinet yang tidak berkunci itu agak sukar dibuka. Mungkin kerana enselnya sudah berkarat. Setelah beberapa minit berusaha menarik tombol pada kabinet itu, akhirnya Ayu Afiqah, berjaya membukanya.
    Serta-merta deretan susunan koleksi novel dan buku masakan kegemaran ibu, terpapar di hadapannya. Rupa-rupanya ibu yang minat membaca novel sastera itu, turut mempunyai banyak koleksi buku resepi masakan semasa remaja.
    “Ibuuu..” rintihnya, kesayuan.
    Dalam banyak-banyak buku yang berderetan panjang itu, terdapat sebuah buku comel berwarna merah jambu yang bersaiz separuh A4. Ada gamabr kek cawan kecil juga berwarna merah jambu. Dengan tangan yg terketar-ketar oleh gelojak perasaannya, Ayu Afiqah mencapai dan membelai buku tersebut dengan berhati-hati. Terasa seperti mencapai dan membelai ibu.
    ‘Ibu, ini buku ibu kan?’ tanya Ayu Afiqah di dalam hati. Bagaikan ibu ada dihadapannya. Hati Ayu Afiqah yang sayu itu, meronta-ronta untuk mengetahui akan isi buku tersebut. Tiba-tiba kedengaran ketukan dari luar pintu bilik itu.
    “Ayu, dah bangun dan solat, cu? Mari turun cu, kita sarapan dulu. Lepas ni, nenek nak tunjukkan kepad kamu” suara Nek Jah yang menembusi pintu bilik itu, membantutkan hasrat Ayu Afiqah untuk mengetahui akan isi kandungan buku comel berwarna merah jambu tersebut.
    “Baiklah Nek Jah. Ayu datang ni,” balas Ayu Afiqah sambil meletakkan semula buku tersebut kembali ke tempat asalnya. Perlahan-lahan kabinet kecil tersebut ditutup semula.

    ReplyDelete
  4. Ayu Afiqah lantas bergegas keluar dari bilik dan mencari Nek Jah di ruang tamu. Ruang tamu, yang sederhana itu kelihatan kemas dan bersih dengan cahaya pagi pukul 8:00 pagiyang menembusi tingkap. Namun, Nek Jah tiada di situ. terdengar deruman kereta di luar rumah. Lalu dijenguknya keluar tingkap. Di halaman rumah, kelihatan ayah membunyi enjin kereta sebelum memandu pergi.
    `Mungkin ke pasar bersama Nek Dar, fikirnya. Pekan Kundasang memang terkenal dengan jualan pelbagai jenis sayuran yang segar. Ayu Afiqah pernah pergi dengan ibu tak membeli sayur di sana. Ibu beli kobis, cendawan, brokoli, tomato dan banyak lagi untuk dibawa balik dan dihadiahkan kepada jiran-jiran di keningau. Ayu Afiqah segera menyimpan kenangan indah bersama Ibu itu, dikotak ingatannya.
    Ayu Afiqah segera menuju ke ruang dapur untuk meneruskan pencariannya. Akhirnya dia menemui Nek Jah yang menyusun bahan-bahan di atas meja yang berukuran 1 meter lebat dan 2 meter panjang di ruang dapur. Dapur nek Jah yang cukup luas itu penuh dengan peralatan memasak dan disusun dengan teratur. Ada periuk berdiameter 1.5 meter, sudip panjang dan banyak lagi barang-barang untuk kenduri.
    Terdapat juga oven yang biasa digunakan untuk kilang biskut. Nama oven tu ialah oven industri, kata ibu beberapa ketika dulu apabila Ayu Afiqah sibuk bertanyakan mengapa oven Nek Jah besar macam almari pakaian mereka?. Menurut ibu lagi, Nek Jah kan pengusaha biskut kecil-kecilan. Oleh itu, oven besar tu banyak membantu Nek Jah menyiapkan tempahan dengan lebih cepat.
    `Bahan-bahan itu ada yang seperti yang selalu ibu beli tetapi, ada juga yang tidak pernah Ayu Afiqah lihat’ getus ayu afiqah dlm hati. Jatung Ayu Afiqah berdegup kencang kerana teruja. Ayu Afiqah sudah lama tidak menjalankan hobi yang amat digemarinya ini. Malah, semenjak ibu terlantar sakit lagi, Aktiviti memasak dan mencuba pelbagai resepi baharu ciptaan ibu dan Ayu Afiqah sendiri, telah tertangguh begitu sahaja.
    “Wah! Nek Jah nak buat kek apa ni?” tanya Ayu Afiqah dengan teruja. Matanya membulat bercahaya.
    “Ayu pernah buat kek Tiramisu tak? tanya Nek Jah. Sambil tersenyum melihat keterujaan cucunya.
    Jelas Nek Jah gembira melihatkan Ayu Afiqah tiba-tiba tersenyum ceria melihatkan barangan yg dideretkan di atas meja itu. Apatah lagi apabila Nek Jah juga selalu mengikuti perkembangan siri telivesyen Master Chef Junior tahun lepas yang sering di tayangkan di stesen telivesyen tempatan.
    Nek Jah juga teruja apabila mengetahui Ayu Afiqah terpilih menyertai saringan program Master Chef berkenaan pada tahun ini. Malah, ibu juga sering melaporkan kepad Nek Jah, melalui panggilan telefon dahulu perkembangan pertandingan saringan yang diikuti oleh Ayu Afiqah.
    “Yey! Mestilah suka nek!” Jawab Ayu Afiqah dengan gembira. Ayu Afiqah suka apa sahaja jika berkaitan dengan ibu. Tanpa disedarinya, dia melompat gembira. Itulah kali pertama Ayu Afiqah gembira setelah pemergian ibu.
    Nek Jah segera mengarahkan agar Ayu Afiqah memakai apron, warna merah jambu dan topi chef berwarna putih yang sudahpun disediakan oleh Nek Jah di atas meja.
    Kemudian, Nek Jah meminta Ayu Afiqah menimbang dan mengukur semua bahan yang diperlukan sebelum memulakan proses menyediakan Kek Tiramisu mereka. Ayu Afiqah segera menurut perintah. Rupanya, kerja menjadi bertambah mudah apabila unit dan kadar yang diperlukan telah ditulis oleh Nek Jah di papan tulis yang dilekatkan didinding dapur Nek Jah.
    Dahulu, semasa pulang ke Kampung Wangi, Ayu selalu menconteng papan tulis Nek Jah itu, sehingga ditegur oleh ibu. Papan tulis yang hanya bersaiz 40cm lebar×60cm tinggi adalah antara keperluan Nek Jah untuk mengajar anak-anak muridnya yang terdiri dari ibu-ibu tunggal di dapur.

    ReplyDelete
  5. Ayu Afiqah segera meneliti resepi Kek Tiramisu yang telah Nek Jah catit pada papan tulis itu, mulai menimbang dan menyediakan bahan yang diperlukan. Ayu Afiqah tidak mahu dia tersalah ukur. Bimbang dia jika pencuci mulut yang sepatutnya sedap itu, tidak akan menjadi sempurna nanti.
    dengan berhati-hati, seperti melakukannya di depan ibu, Ayu Afiqah mengukir senyum sambil menimbang 150 gram tepung gandum dan 160 gram gula pasir.
    Kemudiannya menyediakan 6 biji telur dan mengukur 2 sudu makan bahan penstabil atau ovalet. Dia lalu meletakkannya di dalam piring yang bersih. Setelah itu, Ayu Afiqah mengukur pula setengah liter susu cair dan menimbang 60 gram marjerin, 100 gram keju cheddar parut dan 250 gram krim serbuk.
    Ayu juga menyiapkan sesudu campuran sebuk kopi bersama gula dan air panas dan meletakkannya di dalam magkuk yang bersih.
    Setelah itu, dia menimbang lagi 40 gram serbuk coklat dan mengukur setengah liter tepung maizena. Akhir sekali semangkuk air sejuk bersih diletakkan di atas meja bersama bahan-bahan yang lain.
    “Bagus cu, betul kata arwah ibumu, kamu memang seorang bakal chef yang hebat,” getus Nek Jah, sambil tersenyum lembut.
    Perasaan Ayu Afiqah bertambah bersemangat. Dia terus tekun mendengarkan penerangan Nek Jah tentang cara-cara membuat kek Tiramisu. Nek Jah menerangkan terlebih dahulu secara teori sebelum meminta Ayu Afiqah melaksanakan praktikalnya. Lalu, dengan yakin, Ayu Afiqah mulai membuat kek.
    Terlebih dahulu, Ayu Afiqah mengambil 6 biji telur, bahan penstabil ovalet dan gula pasir dipukul menggunakan mesin hingga kembang. Kemudian, dimasukkan pula tepung gandum dan 60 gram majerin yang sudah dicairkan dimasukkan secara perlahan-lahan dan dikacau sehingga sebati. Sementara itu, Nek Jah memanaskan ketuhar dan menyediakan loyang yang bersaiz sederhana.
    Ayu Afiqah pula menyapukan permukaan loyang dengan marjerin dan memberikan alas pada permukaan roti agar mudah semasa dikeluarkan kelak.
    Setelah adunan siap. Ia dibakar di dalan ketuhar pada suhu 185 darjah celcius selama 20 minit.
    “Saya rasa, kek ini akan menjadi hidangan pencuci mulut yang terbaik Chef Nek Jah” Kata Ayu Afiqah cuba meniru aksi peserta master chef kepada Nek Jah. Nek Jah yang sedang memasukkan adunan tadi ke dalam oven hanya tersenyum dan mengangkat ibu jari tanda setuju.
    Sementara menunggu kek siap di bakar, Nek Jah menunjukkan cara untuk membuat vla krim untuk tiramisu. Ayu Afiqah mengangguk-agungguk penuh tekun.
    ‘Bukankah aku perlu mencampurkan 100 gram serbuk krim dicampur dengan air sejuk 200 ml dipukul sehingga sebati sebelum di rehatkan dipeti sejuk selama beberapa minit’ Getus hati Ayu Afiqah. Kebetulan, Nek Jah menyebutkan perkara yang sama seperti yang difikirkan oleh Ayu Afiqah. Dia akhirnya tersenyum sahaja mendengar arahan Nek Jah.
    Setelah itu, susu cair yang dicampur dengan gula pasir dikacau sehingga mendidih dan sebati pada dapur dengan api yang kecil. Tanpa berlengah lagi, Ayu Afiqah memarut keju lalu dimasukk dan dikacaunya sekali lagi. Tepung jagung yang kemudiannya dimasukkan sedikit demi sedikit agar vla krim lebih kental, turut berterbangan di udara dan membedaki wajahnya.
    Ketika bahan tersebut terus dikacau sehingga adunan keluar buih-buih kecil, sebelum diangkat keluar dari api. Kedengaran Nek Jah tertawa kecil melihatkan wajahnya yang sudah seperti doh kuih pau yang baru dibuat. Putih, penuh dengan tepung! Ayu Afiqah yang baru perasan tentang kecomotan mukannya turut ketawa sama. Sambil tangannya menabur coklat serbuk untuk mencantikkan rupa cream.
    “Adui, comotnya rupa cucu nenek ni” getus Nek Jah sambil tangannya mengelap wajah Ayu Afiqah dengan tuala kecil yang sentiasa tersisip di poket apron yang dipakainya.

    ReplyDelete
  6. Setelah semuanya siap, Nek Jah memotong bahagian tengah sehingga menjadi dua bahagian.
    “Potong macam ni kan nek, bahagian atas setiap satu disiram denngan larutan kopi vla cream.” Sambil jari jemari Ayu Afiqah amat cekap melaksanakan proses tersebut.
    Nek Jah yang melihat, hanya mengangguk mengiakannya dan tersenyum kebanggaan dengan ketangkasan tangan Ayu Afiqah. Bagi mencantikkan lapisan atas kek, Nek Jah memasukkan 150 gram serbuk kopi dan 300 ml air ke dalam botol yang dikhaskan lalu diserahkan kpd ayu afiqah. Ayu Afikah lalu menggoncang botol itu sebelum menyembur bahan toping pada lapisan atas kek.
    Akhir sekali, Ayu Afiqah menolong Nek Jah menaburkan serbuk kopi pada bahagian toping tadi sehingga kelihatan cantik.
    “Wah! Cantiknya kek Cheese tiramisu kita ni, Nek Jah!,” puji Ayu Afiqah.
    “Kek yang cantik dan sedap ni untuk cucuk nenek yang cantik sikapnya dan gigih berusaha juga, Ayu.” balas Nek Jah dengan senyuman.
    “Terima kasih sebab ajarkan resepi kek Tiramisu ni nek,” ucap Ayu Afiqah, tersentuh dgn pujian Nek jah itu.
    “Ibumu memang sudah mendidik kamu dgn baik, Ayu. Kamu sudah menjadi begitu mahir sekali dalam menghasilkan pencuci mulut.” balas Nek Jah yang suaranya tiba-tiba bernada sebak. Kelihatan ada titisan air mata mula jatuh dari takungan air mata Nek Jah. Ditariknya tubuh Ayu Afiqah ke dalam dakapannya. Nek Jah akhirnya menangis tersendu lagi.
    “Terima kasih nek…”Ayu Afiqah juga ikut sebak. Namun, ditahannya. Dia tidak mahu Nek Jah semakin sedih. ‘Aku mahu kelihatan kuat untuk orang di sekelilingnya. Aku mahu kuat untuk menghadapi pertandingan Master Chef Junior! Ayu lalu memandang kek Tiramisu yang kelihatan amat lazat di atas meja dapur sekilas.
    “Terima kasih ibu, untuk segala ilmu yang ibu curahkan utk membentuk diri ini,” getus hati Ayu Afiqah dalam hati.
    ‘Ayu sayang ibu…’

    ReplyDelete
  7. Erna, seperti sebelumnya,sebuah hasil yg padat, kuat, hidup dan menarik, tahniah!

    ini sentuhan akhirnya;


    1. Bab 4: Tiraimisu Chef Ayu (tekan dua kali enter)
    2. (‘Warna kegemaran ibu bajuku ini,’ bisik) Ayu Afiqah (dlm hati, kesayuan. Dia) memakai blaus merah jambu berbunga kecil dan seluar panjang berwarna hitam tudung merah jambu cair yang dipilih oleh Ayu Afiqah juga senada dengan bajunya. (Penampilan yang sederhana tetapi kemas dan menarik menambahkan lagi keayuana Ayu Afiqah - delete, ini sudut pandangan ayu, dia tak boleh puji dir sendiri) (Direnungnya - tukar; Kemudian, dikerlingnya) segenap
    3. “Ibu, Ayu pergi dulu ibu(,)” (k)ata
    4. Seakan dia mengharapkan ibu keluar dari bilik itu dan menyertai mereka. Walaupun (dia sedar,) itu mustahil (akan)
    5. menunggu masa untuk gugur ke bumi. Sayu. Cermin kereta (diturunkan)
    6. kereta, (bunyian - tukar; dan kedengaran) unggas menyanyi riang dan udara pagi dan nyaman. (Semuanya seakan hanya mahu) menambah lagi galau
    7. Nek Dar yang memakai baju kurung kuning cair dan bertudung polos kuning(,) (terang tampak sederhan. Nek Dar - delete) adalah orang yang terakhir
    8. Ayah (pula) (yang telah berada di dalam kereta keluar semula dan untuk - delete) membuat pemeriksaan sekali lagi (di sekitar) rumah.
    9. pemanduan. Ayu Afiqah yang lebih selesa duduk di bahagian penumpang belakang kereta (sedan buatan tempatan kerana itulah tempat dudud - delete, tukar; seperti) kebiasaanya apabila mereka sekeluarga bepergian.
    10. Dar pula duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan (dgn kerusi) pemandu.
    11. Hati Ayu Afiqah resah. (Sepertinya dia - tukar; Jika boleh,) ingin sahaja (dia) membatalkan (penyertaannya - dalam apa? yang akan berlangsung pada - sesuaikan dgn perkataan seterusnya) lusa.
    12. telah hilang bersama perginya ibu tercinta (18 hari - erna, kat atas tu baru sebut ibu meninggalkan dia baru 5 hari) lepas.
    13. (Afiqah terdiam seribu bahasa. Pertanyaan ayah menambahkan lagi kerusuhan di hati Ayu Afiqah. - delete) ‘Harapan ibu?, menu-menu pertandingan?’ (tanya) Afiqah (dlm hati. Dia terus) terdiam seribu bahasa. Pertanyaan ayah menambahkan lagi kerusuhan di hati Ayu Afiqah. Ayu Afiqah tidak dapat melupakan semua itu begitu sahaja. (Haruskan dia melupakannya? - delete, tmbh; Dalam hati,) dia menjerit-jerit. ‘Ibu...., Ayu betul-betul buntu!’ (Ayu Afiqah menjerit di dalam hati. - delete)
    14. disemadikan. Sayu hati Ayu Afiqah melewati kawasan (Apin-apin - knp sayu?).
    15. Pemanduan (yang - ?) akan mengambil masa satu jam tiga puluh minit itu,
    16. Terasa lenguh badannya apabila terlalu lama duduk di (dlm - eja penuh)
    17. semasa singgah di pekan Ranau untuk singgah makan (dengan ibu dan ayah - tukar; di restoran. Itu adalah) saat-saat
    18. (Kini - tukar; Akhirnya), perjalanan dua jam ke Kampung Wangi,
    19. betul-betul di (halaman - tukar; tepi tangga) rumah Nek Jah, ibu kepada ibu Ayu Afiqah itu
    20. lembu dan sayur campur. Ayu Afiqah, Nek Dar dan ayah berselera betul makan. Ayu Afiqah memuji masakan Nek Jah yang sedap itu. Kata Nek Jah masakan hari ini adalah bertemakan ala Thai. (tekan sekali enter)
    21. (‘Ke mana) (tak - delete) tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi(,)’ getus hati Ayu Afiqah mengenangkan ibu. (Yang - tukar; Seingatnya, ibu)
    22. Dar tidur sebilik dengan Nek Jah. Rumah Nek Jah (yang) agak sederhana dengan
    23. Sakit pening Nek Jah dijaga oleh sepupu ibu yang kebetulan (sekampung - tukar; jiran sebelah rumah)
    24. Ayu Afiqah belajar membuat resepi baharu, (suatu hari dahulu). Ibu selalu sahaja menceritakan

    ReplyDelete
  8. 1. Baju itu dipeluk dan dicium oleh Ayu Afiqah. Beberapa minit selepas itu, (tanpa sedar), Ayu Afiqah (akhirnya - delete) terlena (dlm rindu yg mendalam pada ibu).
    2. Ayu Afiqah bangun awal, pada keesokan harinya. Ayu Afiqah mengeliat sebentar (di atas)
    3. Waktu solat subuh dah masuk. Cepat-cepat Ayu Afiqah bangun untuk ke bilik air. (tekan sekali enter)
    4. Dada Ayu Afiqah (berombang - ?) kencang, dalam doanya dia bersungguh-sungguh
    5. kabinet yang tidak berkunci itu agak sukar dibuka. Mungkin kerana enselnya sudah berkarat. (tekan sekali enter)
    6. ‘Ibu, ini buku ibu kan?’ tanya Ayu Afiqah di dalam hati. Bagaikan ibu ada dihadapannya.
    7. “Ayu, dah bangun dan solat, cu? Mari turun cu, kita sarapan dulu. Lepas ni, nenek nak tunjukkan (sesuatu)) (kepad - ?) kamu(,)”
    8. sederhana itu kelihatan kemas dan bersih dengan cahaya pagi pukul 8:00 pagiyang menembusi (kaca) tingkap. Namun, Nek Jah tiada di situ. (T)erdengar deruman
    9. pelbagai jenis sayuran yang segar. Ayu Afiqah pernah pergi dengan ibu (tak - tukar; untuk) membeli sayur
    10. Nek Jah yang menyusun bahan-bahan di atas meja yang berukuran 1 meter (lebat - ?)
    11. almari pakaian (mereka?. - delete titik) Menurut ibu lagi, Nek Jah (kan - tukar; adalah)
    12. lihat(,(’ getus (A)yu (A)fiqah (dlm - ejaan) hati. Jatung Ayu Afiqah berdegup
    13. “Ayu (pernah - tukar; nak ikut) buat kek Tiramisu tak? (Ayu suka buat kek tak?”_ tanya Nek Jah. Sambil tersenyum
    14. Jelas Nek Jah gembira melihatkan Ayu Afiqah tiba-tiba tersenyum ceria melihatkan barangan (yg - ejaan)
    15. (Rupanya) Nek Jah juga teruja apabila mengetahui Ayu Afiqah terpilih menyertai
    16. berkenaan pada tahun ini. Malah, ibu juga sering melaporkan (kepad - ?) Nek Jah, melalui panggilan telefon dahulu (akan) perkembangan
    17. Ayu Afiqah segera meneliti resepi Kek Tiramisu yang telah Nek Jah catit pada papan tulis itu. (Lalu dia) mulai
    18. Kemudiannya, (dia) menyediakan 6 biji telur dan mengukur 2 sudu makan bahan penstabil atau ovalet. (Dia - tukar; Ayu Afiqah)
    19. (Perasaan - delete) Ayu Afiqah (berasa) bertambah bersemangat.
    20. “Saya rasa, kek ini akan menjadi hidangan pencuci mulut yang terbaik Chef Nek Jah(,” k)ata
    21. Sementara menunggu kek siap (dibakar), Nek Jah
    22. (“Adui, comotnya rupa cucu nenek ni” getus - ni tak perlu, delete) Nek Jah (sambil tangannya - delete)
    23. “Wah! Cantiknya kek Cheese tiramisu kita ni, (Nek Jah!, - delete koma)” puji Ayu Afiqah.
    24. “Kek yang cantik dan sedap ni untuk (cucuk - ?) nenek yang cantik (sikapnya - tukar; peri bahasanya)
    25. “Ibumu memang sudah mendidik kamu (dgn - ejaan) baik,


    itu saja utk bab 4 erna, sekarang awak dah boleh mulakan bab pula. gigih terus k

    ReplyDelete
  9. ok...dah settle bab 4.. tq sifu

    ReplyDelete
  10. Erna, bab 4, dah settle, copy je k;

    Bab 4: Tiraimisu Chef Ayu

    Ayu Afiqah memakai blaus merah jambu berbunga kecil dan seluar panjang berwarna hitam. Warna tudung merah jambu cair yang dipilih oleh Ayu Afiqah juga senada dengan bajunya. Direnungnya segenap sudut rumah. Setelah itu, pandangan mata Ayu Afiqah jatuh pada bilik ibu. Ada perasaan rindu yang menggebu di dadanya. Meskipun ibu telah lima hari meninggalkan mereka.
    “Ibu, Ayu pergi dulu ibu,” kata Ayu Afiqah dengan sayu sambil matanya masih memandang pintu bilik ibu.
    Ayu Afiqah melangkah longlai menuju ke kereta sedan ayah. Air mata Ayu Afiqah bergenang seperti menunggu masa untuk gugur ke bumi. Sayu. Cermin tingkap kereta di turunkan. Terdengar bunyian unggas menyanyi riang dan udara pagi yang indah dan nyaman. Segalanya menambah kepiluan Ayu Afiqah.
    Nek Dar yang memakai baju kurung kuning cair dan bertudung polos kuning terang tampak sederhana, orang yang terakhir sekali keluar dari rumah. Nek Dar mengunci pintu rumah. Ayah pula membuat pemeriksaan sekali lagi di sekitar rumah. Setelah berpuas hati, barulah ayah berdoa perlahan lalu memulakan perjalanan.
    Ayah yang hanya berkemeja petak lengan pendek berwana kelabu kelihatan tenang memulakan pemanduan. Ayu Afiqah yang lebih selesa duduk di bahagian penumpang belakang kereta. Itulah tempat duduk kebiasaanya apabila mereka sekeluarga bepergian. Nek Dar pula duduk di sisi ayah Afiqah. Ayah memutarkan saluran radio Klasik FM, saluran kegemarannya.
    Hati Ayu Afiqah resah. Sepertinya dia ingin sahaja membatalkan penyertaannya lusa. Keyakinannya telah hilang bersama perginya ibu tercinta 18 hari lepas. Dada Ayu Afiqah berombak resah. Risau Ayu Afiqah memikirkan tentang ayah dan Nek Dar menaruh harapan yang tinggi kepadanya pada pertandingan tersebut. Batin Ayu Afiqah yang merintih kepiluan bagaikan tidak mahu reda.
    “Ayah, boleh tak kalau Ayu tarik diri je dari pertandingan Master Chef dan kelas bersama chef antarabangsa ‘tu? Ayu macam dah tak bersemangatlah ayah.” Tiba-tiba muncul pertanyaan Ayu Afiqah pada ayah memecahkan kesunyian perjalanan.
    “Eh, jangan Ayu,”tingkah ayah yang terus sahaja mengecilkan suara radio dihadapannya.
    “Tak `kan Ayu sampai hati nak melupakan harapan ibu, kan? Melupakan menu-menu yang ibu dan Ayu cipta bersama-sama, sebelum ini?” balas ayah dengan serius.
    Afiqah terdiam seribu bahasa. Pertanyaan ayah menambahkan lagi kerusuhan di hati Ayu Afiqah. ‘Harapan ibu?, menu-menu ciptaan Ayu dan ibu untuk pertandingan itu kelak?’ Mana mungkin Ayu Afiqah melupakan semua itu. `Mungkinkah? Oh, sekali tidak mungkin.
    Kereta ayah terus meluncur laju. Semakin lama semakin meninggalkan kawasan rumah mereka yang terletak di Keningau. Semakin lama semakin jauh meninggalkan pusara

    ReplyDelete
  11. tempat ibu disemadikan. Sayu hati Ayu Afiqah melewati kawasan Apin-apin. Kehijauan sawah padi di kiri kanan jalan amat memukau pandangan.
    Ayu Afiqah lebih senang mengizinkan dirinya mengelamun jauh. Perbualan ayah dan Nek Dar di sepanjang perjalanan, seakan kedengaran sayup-sayup di kejauhan. Banyak yang Nek Dar dan Ayah ceritakan di sepanjang perjalanan. Mungkin Nek Dar tidak mahu ayah mengantuk semasa memandu.
    Pemanduan yang akan mengambil masa satu jam tiga puluh minit itu, terasa seperti satu tahun tiga puluh hari. Terasa terlalu berat dan lambat segala-galanya.
    Terasa lenguh badannya apabila terlalu lama duduk di dlm kereta. Terasa agak bengkak di sekeliling matanya oleh kerana terlalu banyak menangis.
    Ingin sekali Ayu Afiqah melelapkan mata, seperti semasa dia mengikuti ayah dan ibu pulang ke Kundasang dahulu. Lazimnya, dia hanya akan terbangun apabila ibu membangunkannya sebaik sahaja sampai di Kampung Wangi, Kundasang. Jika tidak pun, semasa mereka mahu singgah di pekan Ranau untuk makan tengah hari. Itu adalah saat-saat yang amat membahagiakan bagi Ayu Afiqah.
    Kini, perjalanan dua jam ke Kampung Wangi, Kundasang itu berakhir. Ayah memberhentikan kereta betul-betul di halaman rumah Nek Jah, ibu kepada ibu Ayu Afiqah itu, tepat pada jam 10.00 pagi. Dahulu, ibu sentiasa ada setiap kali mereka pulang kampung.
    Ayu Afiqah mengesak sedikit. Rumah yang binaannya kayu bahagian atas dan kongkrit di bahagian bawahnya itu, Ayu Afiqah renungi. Khabarnya, rumah itu adalah hasil kerja tangan Atuk sendiri bersama orang-orang kampung. Nek Jah yang tercegat di muka pintu segera bergegas menghampiri kereta mereka.
    Sabaik sahaja mereka bersalaman, Nek Jah yang menyambut mereka di halaman rumah, mereka dipersilakan ke ruang makan. Mereka dijamu dengan makanan tengah hari yang lazat hasil masakan Nek Jah sendiri. Lauk hari itu ialah ikan kerapu masak tiga rasa, tomyam daging, kerabu perut lembu dan sayur campur.
    Ayu Afiqah, Nek Dar dan ayah berselera betul makan. Ayu Afiqah memuji masakan Nek Jah yang sedap itu. Menurut Nek Jah masakan hari ini bertemakan ala makanan Thai. Ayu Atiqah terpegun. Gaya Nek Jah bercakap, saling tak tumpah cara ibu Atiqah bercakap.
    ‘Ke mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ getus hati Ayu Afiqah mengenangkan ibu yangang juga pakar dalam masakan ala Thai. Ayu Afiqah yang keletihan memilih untuk tidur di bilik arwah ibu. Ayah tidur di bilik tetamu dan Nek Dar tidur sebilik dengan Nek Jah. Rumah Nek Jah agak sederhana dengan tiga bilik tidur, kembali sunyi sepi apabila semua tetamu sudah pulang.
    Khabarnya, setelah ibu berkahwin dengan ayah, Nek Jah hanya tinggal bersendirian di rumah itu. Sakit pening Nek Jah dijaga oleh sepupu ibu yang kebetulan tinggal berjiranan dengan Nek Jah. Nek Jah tidak mau ikut tinggal bersama keluarga Ayu Afiqah kerana Nek jah sibuk melaksanakan kelas memasak amalnya, pada setiap minggu.

    ReplyDelete
  12. “Kalau Ayu nak tahu, bila Nek Jah yang memasak sesuatu masakan atau resepi baharu, pasti orang yang tu akan teringin nak makan lagi masakan tersebut,” puji ibu dengan senyuman bangga.
    Menurut ibu lagi, Nek Jah yang dibantu oleh anak-anak buahnya, membuat kuih secara kecil-kecilah dan dihantar ke restoran-restoran berhampiran. Nek Jah sering menegaskan bahawa dia masih boleh hidup berdikari. Lagipun, menurut Nek Jah lagi, wang pencen arwah Sarjan Rosli, Atuk Ayu Afiqah, jauh lebih cukup untuk menyara hidupnya hingga ke akhir hayat.
    Suasana hujan renyai di luar rumah, menambahkan lagi suasana sejuk di dalam bilik meskipun tanpa penghawa dingin. Kedinginan udara cukup untuk membuat Ayu Afiqah menggigil kesejukan. Mujur Ayu Afiqah mengenakan baju yang agak tebal untuk mengelak dari kesejukan terutama pada suhu sedemikian.
    Dada Ayu Afiqah berdegup kencang. Perlahan-lahan dikeluarkannya baju ibu dari beg pakaiannya. Baju itu dipeluk dan dicium oleh Ayu Afiqah. Beberapa minit selepas itu, Ayu Afiqah akhirnya terlena. Dia bagaikan terlena nyenyak dalam pelukan kasih ibu yang hangat.
    Ayu Afiqah bangun awal, pada keesokan harinya. Ayu Afiqah mengeliat sebentar di atas katil untuk memberikan keselesaan pada padannya. Kemudian, dikerlingnya jam di dinding baru jam 5:00 pagi. Waktu solat subuh dah masuk. Cepat-cepat Ayu Afiqah bangun untuk ke bilik air.
    ‘Nak mandi? Masih telalu awal dan amat sejuk!’ getus hati Ayu Afiqah. Lalu, dia hanya mengambil mengambil wudhuk sahaja untuk menunaikan solat subuh di bilik.
    Usai solat, Ayu Afiqah mengangkat tangan dan berdoa agar roh ibu tersayang dirahmati oleh Allah.
    Dalam doanya, dia bersungguh-sungguh meminta pada Allah agar ibunya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Dia juga berdoa agar dia diberikan ketenangan dan dipermudahkan dalam pertandingan master Chef Junior yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
    Perlahan-lahan Ayu Afiqah menanggalkan telekong yang dipakainya. Sejurus,itu, dia mengamati bilik ibu yang sudah banyak bermalam di bilik ini setiap kali mereka pulang kampung. Di atas sebuah meja kecil, tersusun beberapa foto-foto ibu semasa kecil sehingga remaja dalam bingkai gambar.
    `Hmm.. Ada foto ibu bergambar sewaktu terima hadiah dalam pertandingan masakan. Mungkin pertandingan masakan sewaktu di sekolah rendah’ bisik Ayu Atiqah dalam hati. `Wajah comel ibu ketika kanak-kanak persis wajahku, seolah-olah kami kembar seiras. cuba lahir berlainan tahun,
    Pandangan Ayu Afiqah beralih pula pada sebuah kabinet kecil pada meja tersebut. Tanpa sedar, Ayu Afiqah menarik dan membuka kabinet tersebut perlahan-lahan. Serta-merta deretan susunan koleksi novel dan buku masakan kegemaran ibu, terpapar di hadapannya. Rupa-rupanya ibu yang minat membaca novel sastera itu, turut mempunyai banyak koleksi buku resepi masakan semasa remaja.

    ReplyDelete
  13. “Ibuuu…” rintihnya, kesayuan.
    Dalam banyak-banyak buku yang berderetan panjang itu, terdapat sebuah buku comel berwarna merah jambu yang bersaiz separuh A4. Ada gamabr kek cawan kecil juga berwarna merah jambu. Ayu Afiqah mencapai dan membelai buku tersebut dengan berhati-hati. Terasa seperti mencapai dan membelai ibu.
    ‘Ibu, ini buku ibu kan?’ tanya Ayu Afiqah di dalam hati. Hati Ayu Afiqah yang sayu itu, meronta-ronta untuk mengetahui akan isi buku tersebut. Tiba-tiba kedengaran ketukan dari luar pintu bilik itu.
    “Ayu, dah bangun dan solat, cu? Mari turun cu, kita sarapan dulu. Lepas ni, nenek nak tunjukkan kepad kamu” panggil Nek Jah dari luar pintu.
    “Baiklah Nek Jah. Ayu datang ni,” balas Ayu Afiqah sambil meletakkan semula buku tersebut kembali ke tempat asalnya dan ditutup semula laci cabinet itu.
    Ayu Afiqah lantas bergegas keluar dari bilik dan mencari Nek Jah di ruang tamu. Ruang tamu, yang sederhana itu kelihatan kemas dan bersih dengan cahaya pagi pukul 8:00 pagi yang menembusi tingkap. Dijenguknya keluar tingkap. Di halaman rumah, kelihatan ayah membunyi enjin kereta sebelum memandu pergi.
    `Mungkin ke pasar bersama Nek Dar’, fikirnya. Ayu Afiqah pernah pergi ke Pekan Kundasang dengan ibu dahulu. ibu membeli sayur di sana. Ibu beli kobis, cendawan, brokoli, tomato dan banyak lagi untuk dibawa balik dan dihadiahkan kepada jiran-jiran di keningau.
    Ayu Afiqah segera menuju ke ruang dapur untuk meneruskan pencariannya. Akhirnya dia menemui Nek Jah yang menyusun bahan-bahan di atas meja panjang di dapur. Dapur Nek Jah yang cukup luas itu penuh dengan peralatan memasak dan disusun dengan teratur. Ada periuk berdiameter 1.5 meter, sudip panjang dan banyak lagi barang-barang untuk kenduri.
    “Wah! Nek Jah nak buat kek apa ni?” tanya Ayu Afiqah dengan teruja. Matanya membulat bercahaya.
    “Ayu nak ikut kek Tiramisu dengan nenek tak? tanya Nek Jah. Sambil tersenyum melihat keterujaan cucunya.
    Ayu tahu. Nek Jah begitu gembira apabila mengetahui bahawa Ayu Afiqah terpilih menyertai saringan program Master Chef berkenaan pada tahun ini. Nek Jah mengetahuinya daripada ibu sering melaporkan kepadanya melalui panggilan telefon dahulu.
    “Yey! Mestilah suka nek!” Jawab Ayu Afiqah dengan gembira. Ayu Afiqah suka apa sahaja jika berkaitan dengan ibu. Tanpa disedarinya, dia melompat gembira. Itulah kali pertama Ayu Afiqah gembira setelah pemergian ibu.
    Nek Jah segera mengarahkan agar Ayu Afiqah memakai apron, warna merah jambu dan topi chef berwarna putih yang sudahpun disediakan oleh Nek Jah di atas meja.

    ReplyDelete
  14. Kemudian, Nek Jah meminta Ayu Afiqah menimbang dan menyukat semua bahan yang diperlukan sebelum memulakan proses menyediakan Kek Tiramisu mereka.
    Ayu Afiqah segera menurut perintah. Rupanya, kerja menjadi bertambah mudah apabila unit dan kadar yang diperlukan telah ditulis oleh Nek Jah di papan tulis yang dilekatkan didinding dapur Nek Jah. Dahulu, semasa pulang ke Kampung Wangi, Ayu selalu menconteng papan tulis Nek Jah itu, sehingga ditegur oleh ibu. Papan tulis yang hanya bersaiz 40cm lebar×60cm tinggi adalah antara keperluan Nek Jah untuk mengajar anak-anak muridnya yang terdiri dari ibu-ibu tunggal di dapur.
    Ayu Afiqah segera meneliti resepi Kek Tiramisu yang telah Nek Jah catit pada papan tulis itu, mulai menimbang dan menyediakan bahan yang diperlukan. Ayu Afiqah tidak mahu dia tersalah ukur. Bimbang dia jika pencuci mulut yang sepatutnya sedap itu, tidak akan menjadi sempurna nanti.
    Dengan berhati-hati, seperti melakukannya di depan ibu, Ayu Afiqah mengukir senyum sambil menimbang 150 gram tepung gandum dan 160 gram gula pasir.
    Kemudiannya menyediakan 6 biji telur dan mengukur 2 sudu makan bahan penstabil atau ovalet. Dia lalu meletakkannya di dalam piring yang bersih.
    Setelah itu, Ayu Afiqah mengukur pula setengah liter susu cair dan menimbang 60 gram marjerin, 100 gram keju cheddar parut dan 250 gram krim serbuk.
    Ayu juga menyiapkan sesudu campuran sebuk kopi bersama gula dan air panas dan meletakkannya di dalam magkuk yang bersih.
    Setelah itu, dia menimbang lagi 40 gram serbuk coklat dan mengukur setengah liter tepung maizena. Akhir sekali semangkuk air sejuk bersih diletakkan di atas meja bersama bahan-bahan yang lain.
    “Bagus cu, betul kata arwah ibumu, kamu memang seorang bakal chef yang hebat,” getus Nek Jah, sambil tersenyum lembut.
    Ayu Afiqah bertambah bersemangat. Dia terus tekun mendengarkan penerangan Nek Jah tentang cara-cara membuat kek Tiramisu. Nek Jah menerangkan terlebih dahulu secara teori sebelum meminta Ayu Afiqah melaksanakan praktikalnya. Lalu, dengan yakin, Ayu Afiqah mulai membuat kek.
    `Terlebih dahulu, aku perlu mengambil 6 biji telur,’ bisik hati Ayu Aifqah sambil bahan penstabil ovalet dan gula pasir dipukul menggunakan mesin hingga kembang. Kemudian, dimasukkan pula tepung gandum dan 60 gram majerin yang sudah dicairkan dimasukkan secara perlahan-lahan dan dikacau sehingga sebati.
    Sementara itu, Nek Jah memanaskan ketuhar dan menyediakan loyang yang bersaiz sederhana. Ayu Afiqah bingkas menyapukan permukaan loyang dengan marjerin dan memberikan alas pada permukaan roti agar mudah semasa dikeluarkan kelak.
    Setelah adunan siap. Ia dibakar di dalan ketuhar pada suhu 185 darjah celcius selama 20 minit.
    “Saya rasa, kek ini akan menjadi hidangan pencuci mulut yang terbaik Chef Nek Jah,” tegas Ayu Afiqah yang cuba meniru aksi peserta master chef kepada Nek Jah.

    ReplyDelete
  15. Nek Jah yang sedang memasukkan adunan tadi ke dalam oven hanya tersenyum dan mengangkat ibu jari tanda setuju. Sementara menunggu kek siap di bakar, Nek Jah menunjukkan cara untuk membuat vla krim untuk tiramisu. Ayu Afiqah mengangguk-agungguk penuh tekun.
    ‘Bukankah aku perlu mencampurkan 100 gram serbuk krim dicampur dengan air sejuk 200 ml, kemudian dipukul sehingga sebati, sebelum di rehatkan dipeti sejuk selama beberapa minit?’ Getus hati Ayu Afiqah.
    Kebetulan, Nek Jah menyebutkan perkara yang sama seperti yang difikirkan oleh Ayu Afiqah. Dia akhirnya tersenyum sahaja mendengar arahan Nek Jah. Setelah itu, susu cair yang dicampur dengan gula pasir dikacau sehingga mendidih dan sebati pada dapur dengan api yang kecil.
    Dengan penuh teruja, Ayu Afiqah memarut keju lalu dimasukk dan dikacaunya sekali lagi. Tepung jagung yang kemudiannya dimasukkan sedikit demi sedikit agar vla krim lebih kental, turut berterbangan di udara dan membedaki wajahnya. Ketika bahan tersebut terus dikacau sehingga adunan keluar buih-buih kecil, sebelum diangkat keluar daripada api.
    Kedengaran Nek Jah tertawa kecil melihatkan wajahnya yang sudah seperti doh kuih pau yang baru dibuat. Putih, penuh dengan tepung! Ayu Afiqah yang baru perasan tentang kecomotan mukannya turut ketawa sama. Sambil tangannya menabur coklat serbuk untuk mencantikkan rupa cream.
    “Adui, comotnya rupa cucu nenek ni,” getus Nek Jah sambil tangannya mengelap wajah Ayu Afiqah dengan tuala kecil yang sentiasa tersisip di poket apron yang dipakainya. Setelah semuanya siap, Nek Jah memotong bahagian tengah sehingga menjadi dua bahagian.
    “Potong macam ni kan nek, bahagian atas setiap satu disiram denngan larutan kopi vla cream.” Sambil jari jemari Ayu Afiqah amat cekap melaksanakannya.
    Nek Jah yang melihat, hanya mengangguk mengiakannya dan tersenyum kebanggaan dengan ketangkasan tangan Ayu Afiqah. Bagi mencantikkan lapisan atas kek, Nek Jah memasukkan 150 gram serbuk kopi dan 300 ml air ke dalam botol yang dikhaskan lalu diserahkan kepada Ayu Afiqah. Ayu Afikah lalu menggoncang botol itu sebelum menyembur bahan toping pada lapisan atas kek.
    “Wah! Cantiknya kek Cheese tiramisu kita ni, Nek Jah!” puji Ayu Afiqah, setelah menolong Nek Jah menaburkan serbuk kopi pada bahagian toping tadi.
    “Ibumu memang sudah mendidik kamu dgn baik, Ayu. Kamu sudah menjadi begitu mahir sekali dalam menghasilkan makanan pencuci mulut.” balas Nek Jah yang suaranya tiba-tiba bernada sebak. Ditariknya tubuh Ayu Afiqah ke dalam dakapannya.
    “Terima kasih nek…”Ayu Afiqah juga ikut sebak.
    Namun, ditahannya. Dia tidak mahu Nek Jah semakin sedih. ‘Aku mahu kelihatan kuat untuk orang di sekelilingnya. Aku mahu kuat untuk menghadapi pertandingan Master Chef Junior! Ayu Afiqah lalu memandang kek Tiramisu yang kelihatan amat lazat di atas meja dapur sekilas.
    “Terima kasih ibu, untuk segala ilmu yang ibu curahkan utk membentuk diri ini,” getus hati Ayu Afiqah dalam hati. ‘Ayu sayang ibu…’

    itu je utk bab 4 erna, gigih terus k

    ReplyDelete