• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, April 10, 2017

17 comments:

  1. Bab 7: Perkhemahan Tunas Puteri

    Ayu Afiqah amat gembira dapat bertemu dengan rakan-rakan sekelasnya. Gembiranya Ayu Afiqah bukan kepalang. Steve, Tay dan Devi juga gembira dengan kehadiran Ayu Afiqah ke sekolah pagi itu. Kepulangannya setelah tamat pertandingan separuh akhir amat mengembirakan rakan-rakannya yang lain. Ayu Afiqah menerima ucapan tahniah bertalu-talu dari sahabat-sahabatnya dan guru-guru. Ayu Afiqah terharu dengan keperihatinan mereka.
    Kebetulan esok adalah hari perkhemahan Kadet Tunas Puteri SK Bandar Keningau. Ayu Afiqah, Tay dan Devi akan turut serta. Perkemahan tersebut akan diadakan di Taman Bandukan, sebuah pusat rekriasi dan perkhemahan yang terkenal di Keningau. Perkhemahan ini akan dijalankan selama dua hari satu malam. Ayu Afiqah pernah ke sana bersama ibu dan ayah suatu ketika dahulu.
    Sebak sebentar hati Ayu Afiqah mengenangkan kenangan tersebut. Namun, ditahannya. Dia tidak mahu rakan-rakannya turut bersedih melihat dia bersedih. Dia tidak mahu hari gembira bertemu rakan-rakannya semula hari itu bertukar sedih.
    Sebaik sahaja waktu rehat bermula, Devi menginggatkan rakan-rakannya yang lain agar berkumpul di dewan sekolah untuk sesi taklimat akhir kepada peserta perkhemahan esok. Taklimat ini akan disampaikan oleh Cikgu Rashida, cikgu penasihat kadet Tunas Puteri SK Bandar Keningau.
    “Jangan lupa bawa buku nota, cikgu nak kita salin semua peralatan yang akan disebutkannya nanti,” kata Devi cuba menyampaikan pesanan cikgu Rashida kepada rakan-rakannya. Rakan-rakannya hanya mengangguk tanda faham dengan maklumat yang disampaikan oleh Devi.
    Lima minit kemudian, kesemua peserta perkhemahan Tunas Puteri SK Bandar Keningau telah berkunpul di hadapan dewan sekolah. Cikgu Rashida yang berbaju kurung hijau berbunga kecil dan bertudung senada kelihatan serius dan tegas apabila memberi taklimat mengenai peralatan yang perlu dibawa semasa perkhemahan.
    “Kamu mesti membawa peralatan yang diperlukan sahaja. Patuhi juga langkah-langkah keselamatan yang akan cikgu nyatakan dari masa kesemasa.” Kata cikgu Rashida.
    Untuk melancarkan sesi ujian lencana kecekapan, Cikgu Rashida juga membuat pemilihan ketua untuk setiap ujian lencana kecekapan yang akan dijalankan di perkhemahan tersebut. Antara ujian-uajian yang akan diadakan ialah ujian lencana kecekapan memasak, ujian lencana kecekapan menjahit, ujian lencana kecekapan pertolongan cemas dan beberapa ujian lagi.
    Ayu Afiqah di pilih sebagai ketua pengajar ujian lencana kecekapan memasak. Gembira bukan kepalang Ayu Afiqah mendapat jawatan tersebut. Dia gembira kerana berpeluang akan membantu rakan-rakan sepasukannya untuk lulus dalam lencana kecekapan memasak. Sekurang-kurangnya kemahiran yang dia ada akan menambah kemahiran rakan-rakannya yang lain.
    Beliau juga meminta ketua pasukan mengumpulkan surat persetujuan ibu bapa kepada cikgu. Ayu Afiqah menyerahkan borang yang telah ditandatangani oleh ayah semalam. Sebelum mengakhiri taklimat perkhemahan tersebut, Cikgu Rashida sempat mengucapkan tahniah kepada Ayu Afiqah kerana memenangi pertandingan separuh akhir baru-baru ini. Ayu Afiqah tersipu-sipu malu apabila dipuji oleh Cikgu Rashida.
    ***

    ReplyDelete
  2. Ayu Afiqah, Devi dan Tay kelihatan sangat cantik dan kemas dengan uniform kadet tunas puteri yang berwarna hijau muda dan scaf berwarna cokelat di leher. Mereka bertiga datang seawal 6:30 pagi. Cikgu Rashida mengarahkan agar semua peserta berkumpul di hadapan dewan sekolah sebelum pukul 7:00 pagi. Satu-persatu peserta datang dengan dihantar oleh ibu bapa masing-masing. Semuanya kelihatan amat gembira dengan senyuman yang terukir di bibir.
    Sebagai seorang ketua platun, Devi menyemak senarai peserta yang datang dan melapor diri pagi itu. Sehelai kertas yang mengandungi senarai semua bakal peserta perkhemahan hari itu tidak terlepas dari tangannya. Ayu Afiqah dan Tay juga turut membantu Devi mengenalpasti setiap rakan mereka yang hadir. Ayu Afiqah dan Tay akan menyebut nama peserta dan Devi pula akan menandakan senarai semak yang ada padanya.
    Wajah kesemua peserta perkhemahan berseri-seri. Kerana inilah kali pertama Kadet Tunas Puteri SK Bandar Keningau akan mengadakan perkhemahan seumpama ini di luar kawasan sekolah. Tepat jam 7:00 pagi, Cikgu Rashida sampai bersama van yang bakal membawa mereka ke Taman Bandukan. Sebanyak 20 orang peserta dan 2 orang guru pengiring akan bergerak dengan menggunakan 2 buah van sewaan khas.
    Sepanjang perjalanan, Ahli kadet tunas puteri menyanyikan beberapa buah lagu tunas puteri yang mereka telah pelajari sebelum ini. Antaranya ialah lagu chan malican dan lagu rasa sayang. Kegembiraan jelas terasa di wajah Ayu Afiqah. Namun, tiba-tiba sebak datang ke hati Ayu Afiqah. Dia terkenangkan ibu. Inilah kali pertama Ayu Afiqah berjauhan dengan keluarga. Pergi dengan hanya bertemankan rakan-rakan dan guru pengiring.
    Sebaik sahaja bas sampai di kawasan Taman Bandukan, semua peserta kadet tunas puteri berhenti menyanyi. Cikgu Rashida dan dua orang guru pengiring adalah orang yang mula-mula sekali turun dari van. Setelah itu, barulah peserta perkhemahan turun dengan berhati-hati.
    Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke kawasan perkhemahan tersebut, semua mata tertumpu pada kecantikan kawasan sekeliling. Alam semula jadi di Taman Bandukan amat mendamaikan. Sungai yang mengalir bersih sangat cantik dan jernih kerana belum tercemar.
    Setelah siap mengangkat segala keperluan perkhemahan dari van, perhimpunan ringkas Kadet Tunas Puteri di mulakan. Seperti biasa, setiap perhimpunan Tunas Puteri akan di mulakan perhimpunan dengan melakukan kawad masuk barisan. Setelah itu, mereka akan menyanyi 3 lagu wajib iaitu, lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Dunia.
    Taklimat aktiviti disampaikan oleh Cikgu Rashida sendiri. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan sebentar lagi ialah mendirikan khemah, mencari kayu api, memasak, mendirikan jemuran kain dan menyediakan unggun api.
    Untuk melaksanakan kesemua aktiviti tersebut berjalan lancar, Cikgu Rashida membahagikan peserta mengikut kumpulan dan tugasan masing-masing. Ayu Afiqah di tugaskan mengetuai 4 orang rakannya yang lain menyediakan makanan dan minuman untuk tengah hari itu. Kumpulan Devi mencari kayu Api dan kumpulan Tay mendirikan khemah dan membina jemuran.

    ReplyDelete
  3. “Apa masakan yang paling sesuai dalam suasana serba kekurangan ini?” fikir Ayu Afiqah sebaik sahaja namanya diumumkan akan mengetuai kumpulan menyediakan makanan dan minuman.
    Ligat otak Ayu Afiqah memikirkan masakan yang paling ringkas, berkhasiat dan sesuai untuk 23 orang peserta kadet Tunas Puteri dan guru-guru pengiringnya.
    ‘Baik kami sediakan nasi putih, sup ayam dan sedikit sambal kicap. Ringkas dan menyelerakan,’ getus hati Ayu Afiqah sambil matanya melirik pada peralatan memasak yang telah di susun kemas oleh dirinya tadi.
    Ayu Afiqah membahagikan tugas. Dia akan memasak sup ayam. Empat lagi rakannya yang benama May, Lily, Maznah dan Jenap masing-masing akan menyempurnakan tugas yang berbeza. May akan menyalakan api menggunakan kayu api. Lily akan memotong bawang dan kentang. Maznah akan menanak nasi. Manakala Jenap akan memasak air panas dan menyediakan minuman panas.
    Ayu afiqah dan rakan-rakannya yang ditugaskan menyediakan makanan dan minuman hanya memerlukan masa kurang dari sejam untuk menyiapkan hidangan yang lazat. Cikgu Rashida memberi pujian terhadap kejayaan Ayu Afiqah dan rakan-rakannya itu.
    “Hmm.. sedap jugak masakan kamu ni.” Puji Cikgu Rashida.
    Ayu Afiqah dan rakan-rakannya yang bertungkus lumus tadi gembira menerima pujian dari Cikgu Rashida.
    “Tengoklah siapa ketua kami ni cikgu. Bakal pemenang Master Chef Junior Malaysia ni...” seloroh, May kemudian.
    Ayu Afiqah hanya tersenyum malu apabila di puji sedemikian. Mukanya mula merona merah.
    Tepat jam 12:00 tengah hari, kesemua ahli kadet tunas puteri berkumpul di kawasan berhampiran meja hidangan untuk menjamu selera.
    Petangnya, sesi latihan memasak yang dikendalikan oleh Ayu Afiqah bermula. Ujian lencana kecekapan memasak akan diadakan esok. Ayu Afiqah menunjukkan demostrasi memasak nasi menggunakan bambu. Kemahiran ini dahulu diajarkan oleh ibu kepadannya tahun lepas. Ibu juga sewaktu seusianya adalah kadet tunas puteri.
    “Nasi yang dimasak di dalam buluh dan dialas dengan daun pisang amat sedap dan wangi” ujar ibu sewaktu mengajar Ayu Afiqah memasak menggunakan buluh tahun. Ketika itu, mereka sedang berpiknik di Taman bandukan itu juga.
    Ayu Afiqah tiba-tiba sedikit sayu ketika menginggati ibu takkala melihat hasil masakan rakan-rakannya itu. Namun, ditahannya. Dia perlu kelihatan kuat di hadapan rakan-rakan dan juga anak muridnya itu.
    “Wah, menarik. Pasti ramai yang lulus ujian kecekapan memasak esok ni!” kata Cikgu Rashida sebaik sahaja melihat nasi yang dimasak menggunakan buluh itu siap dihidangkan.

    ReplyDelete
  4. salam sifu... ini bab 7 yabg baharu.. tapi 5 m/s je.. saya pun dah idea dah malu-malu nak keluar...

    ReplyDelete
  5. Bab 7: Bakti Chef Ayu

    Ayu Afiqah meletakkan gagang telifon. Dia melompat keriangan. Panggilan dari Devi, ketua platun kadet tunas puteri SK Bandar Keningau, sebentar tadi amat menggembirakannya. Ayu Afiqah mewakili Kadet Tunas Puteri SK Bandar Keningau dan peserta Master Chef Junior Malaysia dijemputan untuk menjalankan kerja amal di rumah Anak Yatim Cahaya. Surat jemputan tersebut masih ditangan Devi di sekolah.
    Menurut Devi, jemputan tersebut adalah untuk mengadakan demonstrasi memasak sempena hari kanak-kanak. Ayu Afiqah juga bakal dibantu oleh rakan-rakan dari kadet tunas puteri sekolahnya semasa demonstrasi tersebut. Ayu Afiqah sudah lama ingin berbakti di rumah Anak Yatim tersebut. Jemputan tersebut bagaikan ‘orang mengantuk disorongkan bantal’ padanya.
    Namun, ada sedikit kerisauan pada Ayu Afiqah apabila mengingatkan tarikh yang disebut oleh Devi tadi. 10 september. Ayu Afiqah akhirnya duduk di ruang tamu rumah. Dia termenung. Kelopak matanya di yang di sebelah kiri sering bergerak-gerak sejak semalam menyebabkan dia tidak selesa. Kata Nek Dak itu orang dulu-dulu percaya itu adalah petanda yang suatu berita akan sampai kepada diri kita. Namun, kita tidak boleh mempercayainya.
    Ayu Afiqah mengambil kalender yang duduk cantik di atas meja kabinet di ruang tamu. Kabinet di ruang tamu itu ibu yang susunkan dahulu. Kabinet dua pintu berkaca itu, ibu letakkan pinggan mangkuk kegemarannya. Ayu Afiqah membelek-belek kalender yang mempunyai gambar masjid yang indah dari seluruh dunia. Kalender itu, ibu dapati dari kedai menjual tudung di Wisma Muis. Tiba-tiba ruang tamu di hadapan bertukar deretan kedai di Wisma Muis Kota Kinabalu.
    Cahaya di dalam bangunan Wisma Muis menjadi agak sedikit malap berbanding cahaya di luar bangunan. Suasana kesibukan pengunjung di wisma muis membeli belah atau berurusan di pejabat kerajaan di tingkat atas membangkitkan lagi kebingitan suasana. Sebaik sahaja Ayu Afiqah berjaya melepasi saringan ketiga, Ibu membawa Ayu Afiqah ke deretan kedai tudung. Lembut tangan ibu membimbing Ayu Afiqah. Ayah dan Nek Dar masih menikmati kopi di kedai makan di bangunan yang sama.
    Susunan tudung yang berwarna-warni dan cantik amat memukau pandangan mata Ayu Afiqah dan ibu. Ibu membawa Ayu Afiqah ke sudut pameran jualan tudung untuk kanak-kanak. Setelah puas membelek-belek, akhirnya ibu memilih dua tudung berbentuk selendang untuk Ayu Afiqah. Tudung itu berwarna merah jambu dan hijau muda sebagai adalah hadiah kerana Ayu Afiqah dah buat yang terbaik.
    Afiqah amat tersenyum gembira dengan pemberian ibu. Ibu yang kelihatan dengan hadiah tersebut.
    “Ayu pakai tudung warna merah jambu ni jika masuk ke pertandingan akhir tau. Ibu nak Ayu nampak cantik dalam telivesyen nanti.” Kata-kata ibu itu tergiang-giang di telinga Ayu Afiqah.

    ReplyDelete
  6. Kalender di tangan Ayu Afiqah di belek-beleknya lagi. Dia mencari-cari tarikh 10 september, tarikh mengadakan demonstrasi memasak sempena hari kanak-kanak. Dibulatkan tarikh tersebut menggunakan pen warna terang berwarna merah. Dikiranya tarikh untuk ke pertandingan akhir tersebut. Ada 7 hari lagi. tarikh yang tak sabar rasanya untuk menyumbangkan kemahirannya kepada anak-anak yatim tersebut.
    ‘Rakan-rakan di rumah anak yatim ni senasib dengan aku. Tapi, aku masih ada ayah, Nek Dar dan Nek Jah. Kalau aku sedih dengan ketiadaan ibu, mesti mereka lebih sedih kerana ketiadaan ayah dan ibu,’ getus hati Ayu Afiqah. Tiba-tiba air matanya mengalir.
    Hati Ayu Afiqah menjadi sebak. Tidak dapat dibayangkan betapa susahnya kehidupan rakan-rakan anak-anak yatim berkenaan. Tiba-tiba, hatinya bertambah semangat untuk meneruskan kerja amal yang bakal dijalankannya. Dia ingin sekali menghiburkan rakan-rakan yang senasib dengannya. Malah, ada yang lebih kurang bernasib baik darinya.
    Ayu Afiqah berali dan duduk semula di sofa. Otaknya ligat memikirkan apakah resepi yang paling sesuai untuk ditunjukkan dalam mengadakan demonstrasi memasak sempena hari kanak-kanak tersebut. Beberapa minit berfikir, otaknya masih buntu. Tiada satupun resepi yang di rasakan paling sesuai. Dia tidak mahu resepi itu terlalu ringkas dan terlalu sukar.
    Ayu Afiqah mengambil buku notanya dan menyenaraikan semua resepi yang ada kebarangkalian sesuai untuk kanak- kanak yang belum biasa berada di dapur sepertinya. Kek Cawan, puding, waffle, lempeng, bubur. Tiba-tiba Ayu Afiqah teringatkan sesuatu. ‘Kan, Nek Jah ada membuat kelas sedemikian untuk ibu-ibu tunggal. Mesti dia tahu apa yang sesuai untuk kanak-kanak yatim tersebut,’ getus hati Ayu Afiqah sambil bibirnya mengukir senyuman.
    Lantas, dengan pantas Ayu Afiqah mengambil talifon dan mendail nombor talifon bimbit Nek Jah. Tiada jawapan yang diterima dari Nek Jah. Dicubanya lagi beberapa kali, namun tidak berjaya.
    ‘Mungkin Nek Jah sedang mengajar sekarang ni,’ getus hati Ayu Afiqah sambil matanya melirik pada jam dinding di ruang tamu.
    Lalu, Ayu Afiqah menulis pesanan ringkas kepada Nek Jah. Dia berharap agar Nek Jah segera membalas pesanannya atau menghubunginya terus. Dia perlu membuat persediaan awal. Dia mahu program mengadakan demonstrasi memasak sempena hari kanak-kanak menjadi sangat bermakna kepada rakan-rakan anak-anak yatim tersebut. Selain itu, ia juga mungkin akan dapat membantu mereka memilih kerjaya di bidang masakan kelak.
    Sementara menunggu Nek Jah menghubunginya semula, Ayu Afiqah masuk semula ke bilik untuk mengambil beberapa buku resepi yang dirasakannya sesuai. Seperti sebelumnya, Ayu Afiqah menyenaraikan kesemua resepi yang dirasakannya sesuai untuk program tersebut. Sambil berbaring dengan santai di atas katil, Ayu Afiqah menyenaraikan kesemua resepi yang mudah-mudah.
    Beberapa ketika, Ayu Afiqah mendengar bunyi talifon bimbit yang ditinggalkannya di ruang tamu. Talifon bimbit yang ayah jadikan talifon rumah itulah yang selalu digunakan oleh Ayu Afiqah untuk berhubung dengan sesiapa sahaja termasuklah alat untuk ayah menghubunginya.
    Seperti yang dijangkakan, Nek Jah berada di hujung talian. Suara riang Nek Jah menyebut salam amat menggembirakan Ayu Afiqah. Ayu Afiqah menjawab salam Nek Jah juga dengan riang. Rindunya pada Nek Jah terubat kini.

    ReplyDelete
  7. Setelah bersembang beberapa ketika, Ayu Afiqah akhirnya mendapat beberapa idea yang sesuai. Tetapi, sebelum itu Ayu Afiqah kena menghubungi pihak rumah anak-anak yatim itu semula untuk bertanyakan berapakah peruntukan masa yang disediakan untuknya mengadakan demonstrasi memasak sempena hari kanak-kanak tersebut.
    Dengan mengetahui berapakah peruntukan masa yang diberikan padanya, barulah dia boleh membuat keputusan resepi apa yang paling tepat untuk ditunjukkan kelak.
    ‘Esok selepas mendapatkan surat dari Devi, aku akan hubungi pegawai yang menguruskan program ini,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Akhirnya, Ayu Afiqah...

    ReplyDelete
  8. erna, kita teruskan k;

    Bab 7: Citarasa Chef Ayu

    (sempat) Ayu Afiqah (melonjak keriangan ketika) meletakkan gagang telefon (itu di tempatnya, sebentar tadi. Panggilan dari Devi, ketua platun kadet tunas puteri SK Bandar Keningau, amat (mengujakan. - gmbarkan cahaya, udara, bunyi di situ yg semuanya kelihatan dan kedengaran indah tu)
    `syukur Alhamdulillah!] bisk ayu afiqah dlm hati, gembira bukan alang kepalang. Betapa tidak) Ayu Afiqah (bukan hanya satu2nya daripada kadet tunas puteri sekolahnya (yg terpilih sebagai satu2nya) peserta Master Chef Junior Malaysia (di peringkat akhir. Malah, kini ayu afiqah turut mendapat jemputan) untuk menjalankan kerja amal di rumah Anak Yatim Cahaya.
    (Surat jemputan tersebut masih ditangan Devi di sekolah - buat dialog melalui telefon devi, sebentar tadi - dari mana dia dpt - sebut juga ttg ujian atau peperiksaan apa yg perlu dilalui, bila?)
    (dialog balas ayu mengenai bila nak pi ambil surat tu, harini ayu tak ke sekolahkah? Knp? Bila dia yg di ranau tu, balik ke keningau? Sebut ttg ulang kaji atau kerja rumah yg guru beri, dah siap buat?)
    (Menurut Devi, jemputan tersebut adalah untuk mengadakan demonstrasi memasak sempena Hari Kanak-kanak(Sedunia - buat dialog devi di talian sebelah sana)
    ( Ayu Afiqah juga bakal dibantu oleh rakan-rakan dari kadet tunas puteri sekolahnya semasa demonstrasi tersebut. - dialog devi)
    Ayu Afiqah sudah lama ingin berbakti di rumah Anak Yatim tersebut. Jemputan tersebut bagaikan (‘orang mengantuk disorongkan bantal’ - tukar; sesuaikan dgn dunia masakan) padanya.
    (buat dia teringat pada ibu yg juga suka buat amal sewaktu hayatnya, mcm mana ibu buat amal? Kaitkan dgn masakan atau makanan yg dimasak, Gmbarkan satu babak pendek)
    (dialog ibu ttg mengapa mereka mesti buat amal, flashback, di mana ni, bila)
    (pernafasan ayu afiqah sambil menyimpan kenangan indah bersama ibu di lubuk haitnya, tmbh; tanpa sedar, dia tersenyum sayu. Rindu akan ibunya, melimpah ruah, seperti melimpah ruahnya - ?)
    Namun, tiba2, sekelip lintasan menjelma. ayu afiqah tersentak nafas. Segera dia teringat pada sesuatu yang patut dilakukan pada tarikh yg samd dgn tarikh - ?)
    Namun, ada sedikit kerisauan pada Ayu Afiqah apabila mengingatkan tarikh yang disebut oleh Devi tadi.
    `10 september!’(desis hatinya - gmbarkan perasaan dlm dada) Ayu Afiqah akhirnya (ter)duduk (lesu di soa empuk, di ruang tamu (rumah - rumah siapa, di mana). Dia

    ReplyDelete
  9. termenung. Kelopak matanya yang di sebelah kiri bergerak-gerak (lagi entah buat yg berapa kalinya,) sejak semalam. (sungguh dia menjadi kian) tidak selesa.
    (`Benarkan seperti yg pernah kubaca? Benarkah) orang dulu-dulu percaya (bahawa apabila kelopak mata sebelah kiri - ? bermakna itu) adalah petanda yang suatu berita akan sampai kepada diri kita? soal hatinya yg berdetak tidak keruan. (Namun, kita tidak boleh mempercayainya. - buat monolog)
    (namun, Ayu Afiqah (terus gelisah tidak keruan. Lantas, dia bingkasbangun dan mundar mandir keresahan. Seingatnya, apabila ibu dilanda keresahan, ibu juga akan mundar mandir begitu, - beri contoh apa yg buat ibu resah selalunya, Perasaan ayu, buat dia teringat semasa salah satu pertandingan masterchef ygdi mana - kanak2 mana yg pernah mundar mandir begitu, tanpa mempedulikan org lain? Menanti keputusankah? Apabila diumukan anak dia terpilih ke peringkat seterusnya, bagaimana aksi dia,)
    (buat dia matikan lamunan silam, tmbh; sedetik itu, langkah ayu afiqah terhenti berhampiran) kabinet di ruang tamu itu. (ayu pernah membantu) ibu yang (menolak dan menyusun kabinet dlm posisi itu dahulu.. Kabinet dua pintu berkaca itu, ibu letakkan pinggan mangkuk kegemarannya. (selain drpd itu, ibu turut menyusun - ? kaitkan dgn hadiah2 memasak yg pernah ibu menangi, di mana)
    (bangga tak dgn ibu? Getus ayu afikah dlm hati. Lantas, dicapainya) kalender yang duduk cantik di atas meja cabinet (lalu kembali duduk di sofa empuk itu. Ayu Afiqah membelek-belek kalender yang mempunyai gambar masjid yang indah dari seluruh dunia. Kalender itu, ibu dapati dari kedai menjual tudung di Wisma Muis - (mcm mana ibunya dpt?).
    Tiba-tiba (terbayang2 dia akan suasana di wisma muis, kota kinabalu yg dikunjungi bersama ibu - untuk apa? bila? Kelopak matanya - ? Dia seakan dpt melihat) deretan kedai di wisma itu, (seolah2 ia berada di ruang matanya. Seolah2 dia benar2 berada dalam bangunan muis itu sekarang)
    Cahaya dalam bangunan Wisma Muis menjadi agak sedikit malap berbanding cahaya di luar bangunan (gmbarkan cahaya, angin di luar - di sebelah bangunan muis ada bangunan apa? bandingkan dgn udara di dlm bangunan tu). Suasana kesibukan (para) pengunjung (yg dtg bertali arus) di (bangunan) wisma muis. (Kelihatan ada yg) membeli belah (dan ada yg) berurusan di pejabat kerajaan di tingkat atas (bangunan itu).
    (gmbarkan peserta lain, di bahagian mana diadakan pertandingan saringan tu, gambarkan peserta-peserta lain, gmbarkan reaksi ahli keluarga dan para penonton lain, juga reaksi pengunjung kanak2 yg turut menonton, aroma masakan mereka, bunyi,) ayu afiqah masak apa - detail sikit)
    (gmbar bagaimana reaksi para penonton kanak2, setiap kali juri merasai dan menilai masakan para peserta, perasaan ayu afiqah apabila tiba masa masakannya dinilai, reaksi penonton apabila juri mengumumkan siapa yg terpilih melepasi saringan tu, selain drpd ayu, perasaan ayu, penampilan ayu, bila dah diumumkan sebagai salah seorang pemenang, reaksi keluarga ayu - apa hadiah yg ayu dpt)
    Sebaik sahaja Ayu Afiqah berjaya melepasi saringan ketiga, Ibu membawa Ayu Afiqah ke deretan kedai tudung. (siapa bawa hadiah ayu) Lembut tangan ibu membimbing Ayu

    ReplyDelete
  10. Afiqah (memasuki kedai tudung itu. dari kejauhan, kelihatan) ayah dan Nek Dar masih menikmati kopi di (salah sebuah) kedai makan (dlm) bangunan yang sama.
    (ayu afiqah tersenyum. Kelihatan ibu begitu teruja saat membelek2) susunan tudung berwarna-warni (yg - ? bergantungan? Dll, di kedai itu. Semuanya kelihatan) cantik amat (dan) memukau pandangan mata Ayu Afiqah. (Kemudian, - ada yg ibu pilih tak?) ibu membawa Ayu Afiqah ke sudut pameran jualan tudung untuk kanak-kanak (pula) . Setelah puas membelek-belek, akhirnya ibu memilih dua tudung berbentuk selendang untuk Ayu Afiqah. (kata ibu,) tudung berwarna merah jambu dan hijau muda itu sebagai hadiah (atas kemenangan) Ayu Afiqah. (juga kerana ayu afiqah sudah) buat yang terbaik (dlm pertandingan saringan itu. Afiqah amat (terharu) dengan pemberian ibu.
    “Ayu pakai tudung warna merah jambu ni jika masuk ke pertandingan akhir tau. Ibu ‘nak Ayu nampak cantik (dan ayu) dalam telivesyen nanti.” (pesanan) ibu itu (masih) tergiang-giang di telinga Ayu Afiqah.
    (dialog ayah ttg kemenangan melepasi saringan)
    (dialog nek dar? Juga ttg tudung)
    (buat ayu yg berada di mana tu, simpan kenangan manis tu di mana) Kalender di tangan Ayu Afiqah dibelek-beleknya lagi. Dia mencari-cari (akan) tarikh 10 september, tarikh (utk) demonstrasi memasak sempena hari Kanak-kanak (sedunia itu berlangsung. Begitu ditemukan yang dicari, lalu) dibulatkan tarikh tersebut menggunakan pen warna terang berwarna merah.
    (riak muka ayu, hari ni berapa hari bulan?) Dikiranya tarikh untuk ke pertandingan akhir tersebut. Ada 7 hari lagi ke tarikh - ?) Tidak sabar rasanya untuk menyumbangkan kemahirannya kepada anak-anak yatim tersebut. (pasti ada yg berminat dan punya bakat untu - ? ayu afiqah berharap sgt agar dia dpt membantu mereka yg berminat, suatu hari nanti)
    ‘(Kanak2) di rumah anak yatim itu, (sebenarnya), senasib (saja) dengan aku. (sama2 anak yatim. Mujur) aku masih ada ayah, Nek Dar dan Nek Jah (utk sentiasa melindungi dan menyayangiku. Kalau aku sedih dengan ketiadaan ibu, mesti (kanak2 itu) lebih sedih kerana ketiadaan ayah (atau) ibu, (dan terpaksa tinggal di rumah kebajikan itu pula)’ getus hati Ayu Afiqah.
    `(tetapi, aku tetap rindu ibu…’ rintih hatinya - perasaan) Tiba-tiba air matanya mengalir (di pipi). .Hati Ayu Afiqah sebak (bukan alang kepalang). Tidak dapat dibayangkan betapa susahnya kehidupan rakan-rakan anak-anak yatim berkenaan. (tidak dpt di - ? bandingkan dgn dirinya sebagai anak yatim)
    (ulang dialog flashback kenapa ibu kata perlu buat amal)
    `(Oh, ya ‘kan bu,’ bisik ayu dlm hati) Tiba-tiba, (ayu afiqah kembali) bersemangat untuk meneruskan kerja amal yang bakal dijalankannya. Dia ingin sekali menghiburkan (kanak2) yang senasib dengannya. (dia ingin sekali memberitahu mereka bahawa mereka juga boleh mencapai cita2 mereka, walaupun - ?)
    Ayu Afiqah (yg duduk di) sofa (empuk itu - pernafasan). (Otaknya ligat memikirkan (ttg) apakah resepi yang paling sesuai untuk ditunjukkan dalam mengadakan demonstrasi

    ReplyDelete
  11. memasak sempena hari kanak-kanak tersebut - bahagi dua ayat ni, buat dia teringatkan rakan2 yg akan turut serta dlm demostrasi tu, agaknya mereka akan masak apa? sebut nama dan kelebihan mereka)
    (ayu afiqah terus memerah otak, mencari idea ttg apa yg sesuai dimasak utk anak2 yatim piatu itu. Namun, entah mengapa,) otaknya masih buntu. Tiada satupun resepi yang di rasakan paling sesuai (utk kanak2). Dia tidak mahu resepi itu terlalu ringkas (atau) terlalu sukar (pula. Nanti kanak2 yg bakal jadi juri kpd masakan mereka, akan - ?)
    Ayu Afiqah (lalu) mengambil buku notanya (di mana dia ambil). Dia (segera) menyenaraikan semua resepi yang ada kebarangkalian sesuai untuk kanak- kanak yang belum biasa berada di dapur sepertinya. Kek Cawan, puding, waffle, lempeng, bubur. Tiba-tiba Ayu Afiqah teringatkan sesuatu.
    ‘Kan, Nek Jah ada membuat kelas sedemikian untuk ibu-ibu tunggal. Mesti dia tahu apa yang sesuai untuk kanak-kanak yatim tersebut,’ getus hati Ayu Afiqah sambil bibirnya mengukir senyuman.
    (knp dia tak tanya nek dar? Buat monolog) Lantas, dengan pantas Ayu Afiqah (mencapai) talifon dan mendail nombor talifon bimbit Nek Jah. Tiada jawapan yang diterima dari Nek Jah. Dicubanya lagi beberapa kali, namun tidak berjaya. (perasaan)
    ‘Mungkin Nek Jah sedang mengajar sekarang ni,’ getus hati Ayu Afiqah sambil matanya melirik pada jam dinding di ruang tamu (yg menunjukkan - ? dah pukul berapa?).
    (buat pesanan ringkas tu di sini, italic font - ) Ayu Afiqah menulis pesanan ringkas kepada Nek Jah.
    Dia berharap agar Nek Jah segera membalas pesanannya atau menghubunginya terus. Dia perlu membuat persediaan awal. Dia mahu program mengadakan demonstrasi memasak sempena hari kanak-kanak menjadi sangat bermakna kepada rakan-rakan anak-anak yatim tersebut. (apatah lagi, apabila kanak2 itu juga akan menjadi jurinya kelak, berdasarkan rasa masakan ayu afiqah dan rakan2 peserta akhir masterchef itu nanti - cuba bahagi dua ayat ni)
    (Selain itu, ia juga mungkin akan dapat membantu mereka memilih kerjaya di bidang masakan kelak. - buat monolog) Sementara menunggu Nek Jah menghubunginya semula, Ayu Afiqah masuk semula ke bilik untuk mengambil beberapa (buah) buku resepi yang dirasakannya sesuai.
    Seperti sebelumnya, Ayu Afiqah menyenaraikan kesemua resepi yang dirasakannya sesuai untuk program tersebut. Sambil berbaring dengan santai di atas katil, Ayu Afiqah menyenaraikan kesemua resepi yang mudah-mudah. (Namun, dia masih tidak yakin dengan senarai yg telah dibuat itu)
    Beberapa ketika, Ayu Afiqah mendengar bunyi talefon bimbit yang ditinggalkannya di ruang tamu. Talifon bimbit yang ayah jadikan talefon rumah itulah yang selalu digunakan oleh Ayu Afiqah untuk berhubung dengan sesiapa sahaja termasuklah alat untuk ayah menghubunginya.
    Seperti yang dijangkakan, Nek Jah berada di hujung talian. Suara riang Nek Jah menyebut salam amat menggembirakan Ayu Afiqah. Ayu Afiqah menjawab salam Nek Jah juga dengan riang. Rindunya pada Nek Jah terubat kini.
    (buat dialog ayu tanya apa masakan yg paling sesuai dan paling disukai oleh kanak2?)
    (buat nek jah tanya balik, ayu sendiri masih kanak2 tak?”
    (jawapan balas ayu)
    (dialog nen jah yg mahu ayu masak ikut selera ayu yg juga kanak2, bukan selera org dewasa yg seperti dlm buku resepi tu)
    (kenapa aku tak terfikir mcm `tu?’ buat ayu terpinga2 kehairanan. Lantas,) setelah (mengakhiri perbualan dgn nek jah,( Ayu Afiqah mendapat beberapa idea yang sesuai (dgn seleranya sebagai seorang kanak2 juga - beri beberapa contoh idea).
    (gmbarkan perasaannya. Tanpa sedar, dia melonjak keriangan sendirian.

    itu je dulu erna, gigih terus k

    ReplyDelete
  12. Bab 7: Citarasa Chef Ayu

    Sempat Ayu Afiqah melonjak keriangan ketika meletakkan gagang telefon itu di tempatnya, sebentar tadi. Panggilan dari Devi, ketua platun kadet tunas puteri SK Bandar Keningau, amat mengujakan. Suasana pagi sabtu yang cerah, udara yang segar dan burung-burung berkicauan riang itu amat membahagiakan Ayu Afiqah.
    `Syukur Alhamdulillah! bisik Ayu Afiqah di dalam hati, gembira bukan alang kepalang.
    Betapa tidak Ayu Afiqah bukan hanya satu-satunya daripada kadet tunas puteri sekolahnya yang terpilih sebagai satu-satunya peserta Master Chef Junior Malaysia di peringkat akhir. Malah, kini Ayu Afiqah turut mendapat jemputan untuk menjalankan kerja amal di rumah Anak Yatim Cahaya. Surat jemputan tersebut masih ditangan Devi di sekolah
    “Ayu, ada surat jemputan awak mewakili kadet tunas puteri sekolah kita dan peserta Master Chef Akhir dari Cikgu Natasha. Surat tu menjemput awak untuk membuat demonstrasi memasak di rumah anak-anak yatim. Surat jemputan ni ada bersama saya sekarang. Satu lagi, cikgu Natasha pesan, jangan lupa kita akan ada ujian matematik minggu hadapan,” jelas Devi lewat talipon sebentar tadi.
    Ayu Afiqah perasan, semalam Ayah datang mengambilnya di sekolah awal sedikit dari biasa. Mungkin pada waktu itulah Cikgu Natasha mencarinya. Mujur ada Devi yang membantunya mengambil pesanan dan surat dari Cikgu Natasha.
    Semenajak Ayu Afiqah kembali dari Ranau, dan menghabiskan pertandingan Master Chef separuh akhir tempoh hari, Ayu belum lagi membuat apa-apa ulangkaji atau persiapan menghadapi ujian seperti yang selalu di lakukannya apabila menghadiri waktu musim ujian atau peperiksaan penggal.
    Menurut Devi, jemputan tersebut adalah untuk mengadakan demonstrasi memasak sempena Hari Kanak-kanak Sedunia. Ayu Afiqah juga bakal dibantu oleh rakan-rakan dari kadet tunas puteri sekolahnya semasa demonstrasi tersebut.
    Ayu Afiqah sudah lama ingin berbakti di rumah Anak Yatim tersebut. Jemputan yang datang ini bagaikan ‘orang lapar disorongkan sepinggan nasi’ padanya. Tiba-tiba Ayu Afiqah teringat akan ibunya. Ibu pernah ingin mengajaknya untuk membuat demonstrasi memasak seperti ini. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian setelah ibu sering sahaja sakit-sakit.
    “Ayu, ibu teringin sangat nak membuat demostrasi atau apa-apa sahaja kerja amal untuk anak yatim. Besar tau pahala jika kita berbakti pada anak yatim ni Ayu,” masih tergiang-giang lagi hasrat ibu yang tidak kesamaian itu di telinga Ayu Afiqah beberapa bulan lepas. Dada Ayu Afiqah beromabk kencang. Sebak dada Ayu Afiqah mengenangkan peristiwa tersebut.
    Kenangan indah bersama ibu akan sentiasa tersimpan kemas di lubuk haitnya, tanpa sedar, dia tersenyum sayu. Rindu akan ibunya, melimpah ruah, seperti melimpah ruahnya cokelat pada Chocolate Fountain.
    Namun, tiba-tiba, sekelip lintasan menjelma. Ayu Afiqah tersentak nafas. Segera dia teringat pada sesuatu yang patut dilakukan pada tarikh yg sama dengan tarikh demonstrasi memasak di rumah anak-anak yatim. Namun, ada sedikit kerisauan pada Ayu Afiqah apabila mengingatkan tarikh yang disebut oleh Devi tadi.

    ReplyDelete
  13. `10 september!’ desis hatinya. Dada Ayu Afiqah berombak kencang semula. Ayu Afiqah akhirnya terduduk lesu di sofa empuk, di ruang tamu rumahnya. Dia termenung. Kelopak matanya yang di sebelah kiri bergerak-gerak lagi entah buat yang berapa kalinya, sejak semalam.
    Sungguh dia menjadi kian tidak selesa. `Benarkan seperti yg pernah kubaca? Benarkah orang dulu-dulu percaya bahawa apabila kelopak mata sebelah kiri bergerak-gerak, bermakna itu adalah petanda yang suatu berita akan sampai kepada diri kita? soal hatinya yg berdetak tidak keruan. Namun, kita tidak boleh mempercayainya.
    ‘Eh, tak boleh percaya perkara-perkara karut ni,’ getus hati Ayu Afiqah. Namun, Ayu Afiqah terus gelisah tidak keruan. Lantas, dia bingkas bangun dan mundar mandir keresahan. Seingatnya, apabila ibu dilanda keresahan, ibu juga akan mundar mandir begitu, apabila Ayu Afiqah demam dan semasa menunggu keputusan juri pada pertandingan saringan pertama, kedua dan ketiga tempoh hari, ibupun melakukan perkara yang sama. Mundar-mandir sepertinya.
    Tiba-tiba lamunan silam Ayu Afiqah terhenti. Sedetik itu, langkah Ayu Afiqah terhenti berhampiran kabinet di ruang tamu itu. Ayu pernah membantu ibu yang menolak dan menyusun kabinet dalam posisi itu dahulu. Kabinet dua pintu berkaca itu, ibu letakkan pinggan mangkuk kegemarannya.
    Selain daripada itu, ibu turut menyusun beberapa piala, cenderahati dan hadiah-hadiah semasa ibu mengikuti pertandingan memasak. Antaranya piala johan memasak isteri-isteri kakitangan kerajaan sempena hari keluarga sekolah tempat ayah bertugas sebagai pemandu.
    ‘Ayu Afiqah bangga dengan ibu!’ Getus Ayu Afikah di dalam hati. Lantas, dicapainya kalender yang duduk cantik di atas meja kabinet lalu kembali duduk di sofa empuk itu. Ayu Afiqah membelek-belek kalender yang mempunyai gambar masjid yang indah dari seluruh dunia. Kalender itu, ibu dapati secara percuma dari kedai menjual tudung di Wisma Muis semasa membelikannya tudung baru.
    Tiba-tiba terbayang-bayang dia akan suasana di Wisma Muis, Kota Kinabalu yang dikunjungi bersama ibu untuk membeli tudung sebagai hadiah kemenengannya sebaik sahaja usai pertandingan saringan Master Chef Junior ketiga. Dia seakan dapat melihat deretan kedai di wisma itu, seolah-olah ia berada di ruang matanya. Seolah dia benar-bebar berada dalam bangunan Wisma Muis itu sekarang.
    Cahaya dalam bangunan Wisma Muis menjadi agak sedikit malap berbanding cahaya di luar bangunan. Panas terik dan cuaca terang di luar bangunan menyebabkan ramai pengunjung di Wisma Muis lebih gemar berlama-lama di dalam bangunan. Suasana kesibukan para pengunjung yang datang bertali arus di bangunan Wisma Muis. Kelihatan ada yang membeli belah dan ada yang berurusan di pejabat kerajaan di tingkat atas bangunan itu.
    Kelihatan juga beberapa orang peserta lain, di bahagian restoran berhampiran, menjamu selera bersama keluarga masing-masing. Pertandingan sengit tadi mungkin menyebabkan mereka cepat lapar. Dewan Saadah yang juga berada di Wisma Muis adalah tempat berlansungnya pertandingan saringan Master Chef Junior sebentar tadi.
    Kelihatan peserta-peserta lain, gembira kerana pertandingan sudah berakhir. Beberapa peserta yang layak ke pusingan seterusnya mengajak keluarga masing-masing membeli belah di ruang niaga Wisma Muis. Jelas ada riak gembira di wajah ahli keluarga dan para penonton lain, juga reaksi pengunjung kanak-kanak yang turut menonton. Aroma masakan mereka, semasa pertandingan tadi masih mengenyangkan Ayu Afiqah.

    ReplyDelete
  14. Tiba-tiba Ayu Afiqah teringatkan pertandingan sengit yang baru berakhir sebentar tadi. Ayu Afiqah dan ibu beriringan masuk ke pintu dewan. Di sana mereka terpaksa berpisah. Ayu Afiqah akan bersama peserta yang lain untuk menunggu namanya dipanggil barulah dia akan masuk ke dalam dewan. Ini adalah format untuk rancangan master chef untuk siri saringan yang ke-3 musim ini.
    Semasa ibu pergi menyertai ayah dan Nek Jah di tempat duduk penonton. Nek Jah dan ayah sudah menunggu di sana. Nama Ayu Afiqah diperkenalkan sebagai pesaing yang sebat kerana dia adalah pemenang tempat pertama pada saringan ke dua tempoh hari.
    Ayu Afiqah berlari-lari anak masuk ke dalam dewan. Semua hadirin bertepuk tangan. Ayu yang memakai baju kurung caton berbunga kecil ala inggeris berwarna merah jambu dan tudung dengan ron awarna sama kelihatan amat comel. Ibu, ayah dan Nek Jah memberi tepukan gemuruh.
    Tema masakan pada pertandingan hari ini ialah masakan berasaskan sayur atau vegatarian. Penat Ayu Afiqah berfikir untuk mendapatkan resepi yang sesuai. Mujur ibu pernah mengajar Ayu Afiqah cara-cara menyediakan mehoon sup cendawan chitaki. Resepi tersebut amat memikat juri.
    Para penonton terutamanya kanak-kanak akan menjerit memberi sokongan kepada peserta, setiap kali juri merasai dan menilai masakan para peserta kegemaran mereka. Jantung Ayu Afiqah berdegup kencang ketika juri menilai masakannya meskipun ini adalah saringan yang ketiga dan telah tiga kali juga dia telah melalui saat-saat genting sedemikian. Namun, kesemua itu hilang apabila juri memberi pandangan yang amat positif.
    Dewan menjadi gegak gempita apabila juri mengumumkan siapa yg terpilih melepasi saringan tu. Mujur kali ini nasib masih menyebelahi Ayu Afiqah. Ayu Afiqah mara ke pusingan seterusnya. Sebaik sahaja Ayu Afiqah diumumkan sebagai salah seorang peserta yang layak ke pusingan seterusnya, Ayah, Ibu dan Nek Dar seperti biasa akan bangun dan memberi sorakan dan tepukan tangan yang gemuruh meskipun bukan sebagai pemenang keseluruhan.
    “Tahniah Ayu, ayah bangga melihat anak ayah berjaya sehingga ke tahap ini.” Kata ayah pula sebaik sahaja Ayu Afiqah mendekati mereka.
    Sebaik sahaja Ayu Afiqah berjaya melepasi saringan ketiga, Ibu membawa Ayu Afiqah ke deretan kedai tudung. Hadiah yang Ayu Afiqah menangi tadi ada bersama Ayah dan Nek Jah di restoran. Lembut tangan ibu membimbing Ayu Afiqah memasuki kedai tudung itu. Dari kejauhan, kelihatan ayah dan Nek Dar masih menikmati kopi di salah sebuah kedai makan dalam bangunan yang sama.
    Ayu Afiqah tersenyum melihat ibu begitu teruja saat membelek-belek susunan tudung berwarna-warni yang bergantungan dan tersusun kemas di rak pameran di kedai itu. Semuanya kelihatan cantik amat dan memukau pandangan mata Ayu Afiqah. Namun, tiada yang berjaya menambat hati ibu. Kemudian, ibu membawa Ayu Afiqah ke sudut pameran jualan tudung untuk kanak-kanak pula .
    Kali ini, Setelah puas membelek-belek, akhirnya ibu memilih dua tudung berbentuk selendang untuk Ayu Afiqah. Kata ibu, tudung berwarna merah jambu dan hijau muda itu sebagai hadiah atas kemenangan Ayu Afiqah. juga kerana ayu afiqah sudah buat yang terbaik dalam pertandingan saringan itu. Afiqah amat terharu dengan pemberian ibu.
    “Ayu pakai tudung warna merah jambu ni jika masuk ke pertandingan akhir tau. Ibu ‘nak Ayu nampak cantik dan ayu dalam telivesyen nanti.” pesanan ibu itu masih tergiang-giang di telinga Ayu Afiqah.
    “Wah! Cantiknya tudung ni, sesuai dengan Ayu,” puji Nek Dar sebaik sahaja Ayu Afiqah dan ibu kembali ke restoran tempat ayah dan Nek Dar sedang menunggu.

    ReplyDelete
  15. Ayu fiqah yang masih duduk di sofa ruang tamu tersenyum sendiri takala mengingati memori pertandingan saringan ketiga. Kenangan manis itu akan sentiasa tersemat di minda Ayu Afiqah sampai bila-bila. Kalender di tangan Ayu Afiqah dibelek-beleknya lagi. Dia mencari-cari akan tarikh 10 september, tarikh untuk demonstrasi memasak sempena hari Kanak-kanak sedunia itu berlangsung. Begitu ditemukan yang dicari, lalu dibulatkan tarikh tersebut menggunakan pen terang berwarna merah.
    Muka Ayu Afiqah berkedut seribu. Keningnya tiba-tiba terangkat sedikit. Hari ini 3 September! Dikiranya tarikh untuk ke demostrasi memasak untuk anak-anak yatim. Tidak sabar rasanya untuk menyumbangkan kemahirannya kepada anak-anak yatim tersebut. Pasti ada yang berminat dan punya bakat untuk memasuku Master Chef Junir sepertinya pada tahun hadapan. Ayu Afiqah berharap sangat agar dia dapat membantu mereka yang berminat, suatu hari nanti.
    ‘Kanak-kanak di rumah anak yatim itu, sebenarnya, senasib saja dengan aku. Sama-sama anak yatim. Mujur aku masih ada ayah, Nek Dar dan Nek Jah untuk sentiasa melindungi dan menyayangiku. Kalau aku sedih dengan ketiadaan ibu, mesti kanak-kanak itu lebih sedih kerana ketiadaan ayah atau ibu, dan terpaksa tinggal di rumah kebajikan itu pula’ getus hati Ayu Afiqah.
    `tetapi, aku tetap rindu ibu…’ rintih hatinya dengan perasaan hiba.
    Tiba-tiba air matanya mengalir di pipi. Hati Ayu Afiqah sebak bukan alang kepalang. Tidak dapat dibayangkan betapa susahnya kehidupan rakan-rakan anak-anak yatim berkenaan. Tidak dapat dibayangkan dan dibandingkan dengan dirinya sebagai anak yatim.
    “Ayu, ibu teringin sangat nak membuat demostrasi atau apa-apa sahaja kerja amal untuk anak yatim. Besar tau pahala jika kita berbakti pada anak yatim ni Ayu,” masih terbayang kata-kata ibu pada Ayu Afiqah.
    `Oh, ya ‘kan bu,’ bisik Ayu Afiqah dalam hati. Tiba-tiba, Ayu Afiqah kembali bersemangat untuk meneruskan kerja amal yang bakal dijalankannya. Dia ingin sekali menghiburkan kanak-kanak yang senasib dengannya. Dia ingin sekali memberitahu mereka bahawa mereka juga boleh mencapai cita-cita mereka, walaupun serba kekurangan.
    Ayu Afiqah yang duduk di sofa empuk itu menarik nafas dlam-dalam. Otaknya ligat memikirkan tentang apakah resepi yang paling sesuai untuk ditunjukkan dalam mengadakan demonstrasi memasak sempena hari kanak-kanak tersebut. Dia teringatkan Devi. Devi mungkin akan mendemosntrasikan cara memasak capati dan tosei. Capati dan tosei adalah kepakaran Devi. Ayu Afiqah pernah merasa masakan capati dan tosei Devi. Memang sedap.
    Tay pulak akan memunjukkan cara membuat dim sum. Dim sum yang dibuat oleh Tay semasa demonstrasi memasak di bilik ERT tahun lepas takkalah sedapnya dengan capati dan tosei Devi. Ayu Afiqah menghabiskan 7 dim sum yang Tay masak pada masa itu sehingga di tegur oleh cikgu ERT.
    Ayu Afiqah terus memerah otak, mencari idea tentang apa yang sesuai dimasak untuk anak-anak yatim piatu itu. Namun, entah mengapa, otaknya masih buntu. Tiada satupun resepi yang di rasakan paling sesuai untuk kanak-kanak tersebut. Dia tidak mahu resepi itu terlalu ringkas atau terlalu sukar pula. Nanti kanak-kanak yang bakal jadi juri kepada masakan mereka, akan bingung.
    Ayu Afiqah lalu mengambil buku notanya di atas meja kopi di hadapannya. Dia segera menyenaraikan semua resepi yang ada kebarangkalian sesuai untuk kanak- kanak yang belum biasa berada di dapur sepertinya. Kek Cawan, puding, waffle, lempeng, bubur. Tiba-tiba Ayu Afiqah teringatkan sesuatu.
    ‘Kan, Nek Jah ada membuat kelas sedemikian untuk ibu-ibu tunggal. Mesti dia tahu apa yang sesuai untuk kanak-kanak yatim tersebut,’ getus hati Ayu Afiqah sambil bibirnya mengukir senyuman. ‘ Kalau nak tanya Nek Dar mesti dia jawab tak tahu. Mesti dia suruh tanya Nek Jah jugak,’ tambah Ayu Afiqah lagi di dalam hati.

    ReplyDelete
  16. Lantas, dengan pantas Ayu Afiqah mencapai talifon dan mendail nombor talifon bimbit Nek Jah. Tiada jawapan yang diterima dari Nek Jah. Dicubanya lagi beberapa kali, namun tidak berjaya. Ayu Afiqah hampa.
    ‘Mungkin Nek Jah sedang mengajar sekarang ni,’ getus hati Ayu Afiqah sambil matanya melirik pada jam dinding di ruang tamu yang menunjukkan pukul 11 pagi.
    ‘Salam Nek Jah, jika Nek Jah dah tak sibuk, boleh tak toleng hubungi Ayu? Ada perkara penting yang Ayu nak tanya pada Nek Jah,
    Ayu Afiqah menulis pesanan ringkas kepada Nek Jah. Dia berharap agar Nek Jah segera membalas pesanannya atau menghubunginya terus. Dia perlu membuat persediaan awal. Dia mahu program mengadakan demonstrasi memasak sempena hari kanak-kanak menjadi sangat bermakna kepada rakan-rakan anak-anak yatim tersebut. Apatah lagi, apabila kanak-kanak itu juga akan menjadi jurinya kelak.
    Selain itu, ia juga mungkin akan dapat membantu mereka memilih kerjaya di bidang masakan kelak.
    ‘Jika aku menunjukkan contoh yang baik, pasti kanak-kanak itu akan mendapat inspirasi dan boleh menjadi pelapis program Master Chef Junior pada tahun-tahun akan datang,’ getus hati Ayu Afiqah di dalam hati.
    Sementara menunggu Nek Jah menghubunginya semula, Ayu Afiqah masuk semula ke bilik untuk mengambil beberapa buah buku resepi yang dirasakannya sesuai. Seperti sebelumnya, Ayu Afiqah menyenaraikan kesemua resepi yang dirasakannya sesuai untuk program tersebut. Sambil berbaring dengan santai di atas katil, Ayu Afiqah menyenaraikan kesemua resepi yang mudah-mudah. Namun, dia masih tidak yakin dengan senarai yg telah dibuat itu.
    Beberapa ketika, Ayu Afiqah mendengar bunyi talefon bimbit yang ditinggalkannya di ruang tamu. Talifon bimbit yang ayah jadikan talefon rumah itulah yang selalu digunakan oleh Ayu Afiqah untuk berhubung dengan sesiapa sahaja termasuklah alat untuk ayah menghubunginya.
    Seperti yang dijangkakan, Nek Jah berada di hujung talian. Suara riang Nek Jah menyebut salam amat menggembirakan Ayu Afiqah. Ayu Afiqah menjawab salam Nek Jah juga dengan riang. Rindunya pada Nek Jah terubat kini.
    “Assalamu alaikum Nek Jah, Nek Jah sihat?.. Minggu depan Ayu dan kawan-kawan di jemput untuk mendemostrasikan masakan sempena hari kanak-kanak sedunia di rumah anak yati. Jadi Ayu nak tanya Nek Jah apa masakan yang paling sesuai dan paling disukai oleh kanak-kanak?” tanya Ayu Afiqah panjang lebar.
    “Waalaikum salam Chef Ayu, nek Jah sihat. Eh, kan Chef Ayu sendiri masih kanak-kanak. Jadi apa yang Ayu suka sebagai kanak-kanak?” Balas Nek Jah yang berupa pertanyaan semula kepada Ayu Afiqah. Beberapa ketika bersembang denngan Nek Jah, Ayu Afiqah mendapati bahawa Nek jah mahu Ayu Afiqah sendiri berfikir dan menyediakan masakan mengikut selera Ayu Afiqah sendiri yang juga kanak-kanak, bukan selera orang dewasa yang seperti dlm buku resepi tu.
    Kenapa aku tak terfikir macam `tu?’ Ayu Afiqah terpinga-pinga sendiri kehairanan sebaik sahaja meletak ganggang talifon bimbit di atas meja. Lantas, setelah mengakhiri perbualan dengan Nek Jah, Ayu Afiqah mendapat beberapa idea yang sesuai dengan seleranya sebagai seorang kanak-kanak juga. Contohnya aiskrim stawberi dan cokelat, kek cawan pelangi dan beberapa lagi resepi yang menarik. Ayu Afiqah akhirnya menguntumkan senyuman manis sendirian. Dia amat gembira. Tanpa sedar, dia melonjak keriangan sendirian.

    ReplyDelete
  17. Erna, seperti biasa, sebuah hasil pemurnian yg padat, kuat, hidup dan hidup, tahniah!

    ini snetuhan akhirnya;


    1. tadi. Panggilan dari(pada) Devi, ketua platun kadet tunas puteri SK
    2. (Dengan tiba2 sahaja) suasana pagi sabtu yang cerah (itu menjadi begitu indah. Malah) udara(nya terasa begitu) segar dan burung-burung berkicauan (lebih) riang (daripada biasa. Semuanya) amat membahagiakan Ayu Afiqah (saat itu).
    3. `Syukur Alhamdulillah!(‘) bisik Ayu Afiqah di dalam hati,
    4. Betapa tidak(.) Ayu Afiqah bukan hanya satu-satunya daripada kadet tunas puteri
    5. Ayu Afiqah (perasan - tukar; segera ingat), semalam Ayah datang mengambilnya di sekolah awal
    6. tidak kesamaian itu di telinga Ayu Afiqah beberapa bulan lepas. Dada Ayu Afiqah (beromabk - ?)
    7. yang suatu berita (buruk) akan sampai kepada diri kita? soal hatinya (yg - ?)
    8. menunggu keputusan juri pada pertandingan saringan pertama, kedua dan ketiga (tempoh hari - tukar; dahulu),
    9. Muis lebih gemar berlama-lama di dalam bangunan. Suasana kesibukan (amat terasa apabila) para pengunjung yang
    10. menunggu di sana. Nama Ayu Afiqah diperkenalkan sebagai pesaing yang (sebat - ?)
    11. memakai baju kurung (caton - tukar; daripada benang kapal,) berbunga kecil ala inggeris berwarna merah
    12. Ayu (A)fiqah yang masih duduk di sofa ruang tamu tersenyum
    13. dan terpaksa tinggal di rumah kebajikan itu pula(,)’ getus
    14. `(tetapi, - delete) Aku tetap rindu ibu…’ rintih hatinya dengan perasaan hiba
    15. yatim piatu itu. Namun, entah mengapa, otaknya masih buntu. Tiada satupun resepi yang (dirasakan)
    16. ‘Salam Nek Jah, jika Nek Jah dah tak sibuk, boleh tak (toleng - ?)
    17. “Assalamu alaikum Nek Jah, Nek Jah (sihat?.. - delete dua2 titik) Minggu depan Ayu dan kawan-kawan (dijemput)
    18. Afiqah sendiri berfikir dan menyediakan masakan mengikut selera Ayu Afiqah sendiri (yang juga - tukar; sebagai seorang) kanak-kanak (juga), bukan selera orang dewasa yang seperti (dlm - ?
    19. (‘)Kenapa aku tak terfikir macam `tu?
    20. Ayu Afiqah terpinga-pinga (sendiri - delete) kehairanan (sendirian), sebaik sahaja meletak ganggang talifon bimbit di atas meja. (tekan sekali enter)

    itu je utk bab 7 erna, sekarang awak dah boleh mulakan bab 8 pula, gigih terus k

    ReplyDelete