• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Saturday, February 25, 2017

13 comments:

  1. Erna, kita buat bab satu di sini k;

    utk satu paragraf, sebolehnya tak lebih drpd 6 baris, untuk karya utk kanak2.

    Bab 1; cari sub-judul yg suspen

    (“Ayu…”)
    (Ayu Afiqah tidak menjawab. Akan tetapi - gambarkan sinar matanya. Tmbh; sedetik itu dia memandang ke arah - ? siapa yg tegur dia tu? Gmbarkan riak muka org tu, gmbarkan riak muka org lain di sekelilingnya, tmbh; Sedetik kemudian dia kembali merenung = ? gmbarkan tanah perkuburan yg ditimpa hujan)
    (Di luar kawalannya, sekali lagi afiqah tersendu keharuan, hiba.) Bayu petang menampar halus pipi gebu Ayu Afiqah. Hujan renyai-renyai bagai turut sama memahami (akan) kesedihan di hati Ayu Afiqah dan (mereka di tanah perkuburan). (namun, - bandingkan dgn hujan dlm hatinya)
    (Suasana) persekitaran tanah perkuburan Islam Kampung Pasir Kemboja (terasa amat - ?). Pandangan mata (para penziarah) tertumpu pada pusara (di hadapannya). Di pusara tersebut, seorang insan yang amat Ayu Afiqah sayangi, baharu sahaja disemadikan. (gambarkan pernafasan ayu, gmbarkan perasaan dlm dada mcm mana.)
    (pernafasan ayu afiqah) Turut sama datang ke acara pengkebumian ibunya ialah rakan karib sekelasnya Steve, Devi dan Tay. (ada cikgu tak? Ketua kampung, dll) (Dalam keadaan serba tidak bersemangat, ayu mengangguk tanda hormat kpd mereka)
    Ayu Afiqah berteleku di pusara yang masih merah (tanahnya). Entah berapa kali (pula ayu afiqah mengulangi bacaan) Al-fatihah. Ayu Afiqah merasakan (bahawa) setiap bacaan tersebut memberi(kan) sedikit kekuatan (kepada - ? Sekali gus) meyakinkan(nya bahawa) ibunya damai di (alam barzakh).
    (‘buat monolog dia berckp dgn ibu, misalnya, ibu… maafkan ayu… maafkan ayu… ayu sayang ibu… dll’ perasaan) Air mata yang jatuh ke pipinya (bagaikan) tidak pernah hendak berhenti. Bahkan lebih laju dari(pada) rintik hujan itu.
    (“Ayu…” tegur sapa ni, riak muka - dia pegang paying tak)
    (Sekali lagi ayu tidak menjawab. Matanya yang berbinar-binar resah itu, mengerling kea rah - ? sejenak, sebelum kembali merenung tanah pusara ibu. (hidungnya mengembang kempis apabila terhidu bau tanah merah di pusara itu. Tak ubah seperti hidungnya mengembang apabila terhidu aroma - ? sebut jenis kuih) semasa baru bangun dari tidur, enam) bulan yang lalu.
    Ayu Afiqah (seakan dpt melihat dirinya) (tersiat-siat - aduh, kenapa dia kena siat erna, tukar; (menggeliat) bangun dari tidur(nya.) (gmbarkan dia melirik jam di - ? pukul berapa sekarang, gmbarkan cahaya, udara, bunyi di dalam dan luar biliknya. Gmbarkan hidungnya yg mengembang kempis apabila terhidu akan aroma - ? gmbarkan dia bersihkan diri di mana, sebelum bergegas ke - ? dari mana aroma tu dtg.
    (buat monolog) Tmbh; terkecur tak liurnya) melihat(kan) ibu sibuk menyiapkan biskut, (di - ?. Namun, sedetik itu dia mengerut kening.) Seingatnya, mereka baharu merayakan hari raya dua bulan lepas. Ini bermakna ibu bukan membuat biskut untuk menyambut hari raya.

    ReplyDelete
  2. (‘Jadi,) mengapa pula ibu membuat biskut raya lagi? (utk apa? utk siapa?’ getus ) Perlahan-lahan Afiqah mendekati ibunya. Ibu yang sedang (tekun) mengadun tepung terkejut melihat (akan kehadiran afiqah di sisinya. (Mungkin) ibu memikirkan bahawa) Afiqah masih terlena dibuai mimpi. Apatah lagi apabila afiqah (pulang dlm keadaan) letih (setelah) mengikuti aktiviti kokurikulum pada petang itu.
    (seboleh-bolehnya tidak mahu membangunkan Afiqah. (Ibu kasihan akan dirinya. Mungkin kerana itulah ibu bertungkus lumus) menyiapkan sendiri biskut tersebut. - buat semua dlm paragraph ni, monolog afiqah)
    (Seperti lazimnya,) sebaik sahaja selesai solat maghrib, pasti (afiqah) akan tertidur akibat keletihan. (tak makan malam ke? Gmbarkan menu makanan tempatan kegemarannya, aroma makanan, sedap tak?)
    (buat monolog dia puji ibu, perasaan)
    (reaksi balas ibu)
    (sayangnya, hanya pada), setiap hujung minggu, Afiqah (berpeluang) membantunya. (Biasanya, ibu akan) menyiapkan tiga jenis biskut kegemaran keluarga mereka. (sebut nama jenis biskut tu, tmbh; ayah afiqah dan afiqah sendiri) amat gemar (memakan) biskut buatan (ibu). Selain itu, (ibu juga) mengambil tempahan biskut (daripada - ?)
    (Ketika itu, afiqah juga tekun memerhatikan ibu) mengadun tepung dan bahan-bahan lain. (sebut bahan2nya dan cara ibu mengadunnya - afiqah tak tolong ke? Tmbh; selepas siap biskut-biskut itu dibungkus dlm) paket yang lebih kecil, (mungkin ibu akan benarkan) Afiqah (akan) membawanya ke sekolah. (afiqah mahu) memberikannyan kepada rakan-rakan dan cikgu-cikgunya.
    (pada setiap) hujung minggu tiba. Afiqah (akan) bangun awal untuk membantu ibunya. (beri contoh apa yg dia buat - kaitkan dgn cara afiqah sendiri mengadun biskut atau kek, sebut jenis bahan2 yg digunakan - gmbarkan cara dia buat secara terperinci sikit)
    Kata ibu, jika ingin menjadi tukang masak yang berjaya, mesti pandai mempromosi masakan atau produk mereka sendiri dan tak mudah putus asa. - buat dialog flashback, bila ni)
    (ibu pula buat apa waktu afiqah sibuk mengadun tepung? ayah di mana, mereka guna oven saiz? Di mana) Tempahan pelanggan perlu disiapkan dan dihantar pada hari isnin. (mereka perlu cepat. Oleh itu, mereka terpaksa bekerja keras (bersama2 utk memenuhi permintaan pelanggan - bila waktu bermain dan buat kerja sekolah yang guru beri?).
    (Tidak kurang juga ada yang mengejeknya dan menggelarnya ‘tokey biskut’. - buat dialog flashback, terngiang2 kembali di ingatannya - sapa ni, di mana, bila)
    Pada mulanya Ayu Afiqah menjadi malu dan putus asa. Namun, ejekan tersebut hanya dibalas dengan senyuman oleh Ayu Afiqah. Dia (lalu) menganggap (bahawa) gelaran tersebut adalah pembakar semangatnya untuk lebih berusaha (keras) membantu ibu. (ayu atiqah mahu menjadi tukang masak handalan nenek dgn lauk pauknya dan ibu dengan pastrinya.)
    (“Ayu afiqah!” panggil siapa ni? ulang balik yg mula2 tadi,)

    ReplyDelete
  3. (Lamunan ayu afiqah terhenti serta merta. Dia tersentak ke alam nyata, di pusara ibunya kembali), tmbh; Gambaran bagaimana dia ke sekolah dengan membawa sebungkus besar (paket kecil) biskut, (ghaib entah ke mana. Malah,) boring (yg disedikan oleh ibu utk) diisi oleh pelanggan yang berminat (menempah biskut dgn ibu afiqah juga, melayang terbang entah ke mana.
    (Padahal, belum sempat) Ayu Afiqah membahagikan bungkusan besar yang dibawanya kepada dua bahagian itu rakan-rakan sekelasnya. Bungkusan yang kedua (perlu diletakkan di) atas meja guru di bilik guru juga, (hilang dari ingatannya. (matanya hanya mampu terkebil2 memandang wajah - siapa yg memanggilnya tu? Gmbarkan riak wajah org tu)
    (“Ayu, mari kita pulang, - ?” dialog siapa ni)
    (buat monolog ayu afiqah ttg kenapa org tu menangis, dll - buat dua tiga ayat ttg ni - buat dia segera mengawal perasaannya dan arahkan diri sendiri supaya jgn terus menangis, tmbh; lagipun, seorang kanak2 perempuan berusia - ? tidak boleh menangis di hadapan orang ramai. - kenapa? Sekurang2nya, begitulah yg sering dipesan oleh - ? bila )
    (Orng tu - ? sapa ni, tmbh; menghulurkan tangan (utk menariknya dari duduk di tepi pusara itu, tidak ayu afiqah hiraukan. (reaksi para penziarah pusara yg lain melihatkannya - ? tmbh; Dia mahu terus dengan ibu. Dia mahu) memulakan operasi membuat biskut. (dia mahu) menemankan ibu ke pasar raya untuk membeli semua keperluan yang sesuai.
    (`Tidakkah - ? sapa org yg hulur tangan tu, tmbh; tahu bahawa,) menurut borang tempahan, mereka perlu menyiapkan tart nenas, biskut ulat bulu dan biskut makmur? (bukankah aku sendiri yg) mencadangkan (kami) menyiapkan biskut tat nenas dan ulat bulu dahulu, (sebelum membuat) biskut makmur pula?’ gerutu Ayu Afiqah (dlm hati. - Dia mengesat air hujan yg menepiasi dahinya)
    (pernafasan ayu afiqah, tmbh; tidak mungkin dia tergamak membiarkan ibu membuat segalanya senidrian. Dia harus) membantu ibu menyenaraikan semua barangan yang perlu dibeli dalam satu kertas,(bagi) memudahkan mereka membeli belah kelak. Antara barangan yang perlu dibeli lalah tepung jagung, tepung gandum, pewarna makanan, telur, gula, nenas, magerin, minyak sayuran, minyak sapi dan beberapa barangan yang lainnya.
    (tentu gembira jika dapat ke (pasaraya - sebut nama pasaraya, daerah - dengan ibu yang mengambil masa) hampir 20 minit memandu (dari - ? tmbh; sebaik Ayu Afiqah dan ibu masuk ke pasarraya itu (nanti), dia akan - gmbarkan mcm mana kanak2 happy berlari - utk mengambil troli (di bahagian mana pasaraya tu. Pasti seronok dpt) memilih barangan (keperluan mengikut senarai, apabila bersama ibu.
    (pasaraya berkenaan kehabisan stok telur. - buat dialog yg akan afiqah ucapkan kelak)
    Lalu, ibu mencadangkan mereka pergi ke kedai runcit yang berhampiran untuk mendapatkan telur yang mereka perlukan. - buat dialog yg akan ibu balas)
    (`apakah mereka akan) terserempak (dgn) Cikgu Ani (lagi, seperti - ? bila). Cikgu Ani adalah salah seorang pelanggan yang menempah biskut tart nenas mereka. Cikgu Ani sempat bersalaman dengan ibu dan Ayu Afiqah. Cikgu Ani juga memuji-muji kesedapan biskut buatan mereka. Ibu hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Cikgu Ani

    ReplyDelete
  4. mengingatkan bahawa hari selasa ini dia akan menerima tetamu. oleh itu, dia memerlukan biskut tart nenas yang ditempahnya sebagai juadah kepada tetamunya itu. - cuba hidupkan info ni buat monolog dlm bentuk soalan)
    “(Ayu, dah nak senja ni, mari kita pulang,” sapa ckp ni?)
    (tiba2 terasa kedua belah lengannya digapai oleh seseorang. Ayu afiqah menepis tangan itu dgn geramnya. Sungguh ayu tidak mengerti mengapa org itu - sapa ni? tidak mengerti. Kasihan ibu. Padahal,) Ibu sudah berjanji untuk menyiapkan biskut tersebut dan Ayu Afiqah akan menghantarkannya (ke mana? Tambahan pula, pelanggan itu sudah pun) membayar wang tempahan utk) dua balang biskut yang ditempahnya..
    (`Janji utk menyiapkan tempahan itu,mesti dipenuhi!’ getus hatinya, bersungguh2. (`keuntungan drpd tempahan biskut itu,) boleh juga dijadikan modal (pusingan) untuk membeli bahan kelak, (bukan?)’
    (Selepas) penat membeli belah, (seperti biasa, ayu afiqah dan ibu (akan) makan tengah hari di gerai yang berhampiran. Ibu (tentu akan terus) memesan makanan kegemaran mereka berdua iaitu bakso dan teh Tarik (drpd pelayan gerai itu). (sementara ayu pula akan - ? apa dia pesan) Semasa makan, (seperti biasa) ibu (pasti akan) membelai pipi Ayu Afiqah.
    (ibu akan mengucapkan terima kasih kerana (ayu afiqah bersusah payah membantunya - buat dialog yg akan ibu ucapkan, sama seperti selalunya.\
    Ayu Afiqah terharu. Meskipun ibu sering membelai pipinya, namun belaian kali ini amat berlainan dan amat mengharukannya. Ayu Afiqah merasakan kasih sayang ibunya mengalir terus melalui (sentuhan) dan senyuman (lembut)nya. Ayu Afiqah semena-mena memeluk ibu dan menangis (keharuan).
    Ayu Afiqah terpandang sebuah keluarga di sebelah meja makan mereka. Keluarga tersebut mempunyai lapan orang anak. Ayu Afiqah leka melihat keramahan adik-beradik tersebut bersenda gurau sambil menjamu selera. Alangkah indahnya jika aku juga mempunyai adik beradik yang ramai!
    Ayu amat ingin mempunyai adik-beradik (yg ramai) seperti rakan-rakannya yang lain. Ayu Afiqah juga amat cemburu melihat rakan-rakannya yang sering bermain dengan adik, abang dan kakak mereka. Setiap kali itulah juga dia memaksa ibunya untuk melahirkan adik untuknya. Ibunya hanya tersenyum dan memujuknya.
    (Menurut ibu, dia perlu bersabar dan berdoa. Allah akan mengkabulkan doa orang-orang yang berdoa bersungguh-sungguh. - buat dialog flashback ibu, di mana ni, bila, gmbarkan ibu, penampilan)
    Semenjak itu, permohonan untuk mendapat adik tidak pernah lekang dari doa Ayu Afiqah. Suatu petang, Ayu Afiqah yang bersekolah sesi petang baru sahaja pulang dari sekolah. Di tangannya sekeping borang pendaftaran Master Chef Junior (Malaysia) yang diedarkan di sekolahnya.
    Dia (lalu) mencari-cari (akan) ibunya di dapur (rumah - gmbarkan jenis rumah). Namun, ibunya tiada di situ. Kebiasaannya, ibunya akan sibuk menyiapkan juadah makan malam

    ReplyDelete
  5. mereka di dapur. Dia terus (bergegas) menuju ke bilik. (Mujur), ibunya ada di situ. Ibu sedang terbaring lesu ditemani oleh ayah.
    (Menurut ayah, ibu tidak sihat. Menurut ayah lagi, Ayu Afiqah akan mendapat adik baru. - buat dialog ayah, gmbarkan ayah, penampilan - ayah tak kerjakah harini?)
    Alangkah gembiranya hati Ayu Afiqah. Patutlah ibunya selalu tidak sihat sejak akhir-akhir ini. Rupa-rupanya dia akan menerima adik yang amat diidam-idamkannya. Syukur, Akhirnya tuhan memakbulkan doanya!
    Semenjak hari itu, Ibu sering sahaja berulang-alik dari (rumah ke) hospital (dgn - naik apa? ibu yang kelihatan semakin pucat dari sehari ke sehari - gmbarkan wajah org sakit jantung mcm mana).
    Menurut ayah, ibu mengalami masalah sakit jantung. Sakit jantung ibu itu tidak baik untuk orang mengandung seperti ibu. Menurut ayah lagi, ibu juga mengalami simtpom alahan mengandung yang sangat teruk. Ayu Afiqah amat rindu dengan kemesraan (dan kemeriahan yg) ibu (ciptakan utknya selama ini). (akibat penyakit yg semakin teruk,) mereka tidak lagi dapat memasak bersama2 seperti selalu.
    “Ayu… janganlah begini. Kasihan - ? Mari kita pulang cu,”suara Nek (Dang - cari nama lain) menangis teresak2 , dll )
    (buat ayu pandang orang tu, gmbarkan orgnya, perasaan ayu. Tmbh; ayu tidak mahu membuatkan org tu menangis? Ayu sayang org tu? Cukuplah ayu dan ayah sahaja yg - ?)
    (sungguh tidak disangka. Rupanya sudah) Hampir dua jam acara pengnkebumian berlangsung. (rupanya lagi, sudah ramai para) hadirin (yg) beransur pulang. (kini hanya tinggal - ? berapa ramai di pusara ibu yg hening tu? Mahu tidak mahu,) Ayu Afiqah (akhirnya mengizinkan ayah dan nenek memimpinnya) mengatur langkah berat untuk meninggalkan (kawasan) pusara ibu.
    (`ibu, bagaimana ayu mahu menyertai pertandingan - ? jika tanpa ibu?’ ratap ayu dlm hati, perasaan) (gementara dia, bukan alang kepalang. Dua minggu lagi pertandingan memasak (kanak2 ) yang juga di kenali sebagai Chef Junior Malaysia akan diadakan di Kota Kinabalu. Salah seorang peserta yang terpilih adalah Ayu Afiqah kerana dia turut (berjaya melepasi pelbagai peringkat saringan, sebelum ini.
    Kalau diikutkan hati, hendak sahaja Ayu Afiqah berlama-lama di situ. (mahu sahaja dia menemankan tidur ibu, sama seperti ibu selalu menemankan tidurnya semasa dia - ?) Namun, )(apabila lengannya diangkat dan dipapah) oleh ayah dan Nek (Dang - tukar nama) dari arah belakang, ayu afiqah tiada pilihan lain kecuali mengikut sahaja.
    (“Bertawakallah, cu…” bisik nek - ? di antara esak tangisnya.) Nek Dang adalah ibu kepada ayahnya.
    Ayu Afiqah menggagahi diri untuk melangkah. (sesungguhnya, pemergian) ibu yang banyak memberi galakkan dan sokongan moral kepada(nya, amat menyakitkan. Apatah lagi mengenangkan betapa ibulah orang yg mula2 menggalakkan dia menyertai pelbagai saringan - ? namun, apabila tinggal dua minggu lagi sebelum pertandingan - sebut nama pertandingan, tmbh; tiba2 ibu meninggalkannya sendirian.
    (“Ibuuu… bagaimana ayu mahu - ? ayu takut bu, ayu takuuut…! ”ratap ayu afiqah, tanpa sedar.

    itu je dulu erna, pastikan jumlah ms tak lebih drpd 12, font arial saiz 12, double spacing. lps buat pemurnian, post balik ke sini utk saya buat sentuhan akhir.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  6. ok... saya baca dulu..
    insyaalah saya akan perbaiki..

    ReplyDelete
  7. Erna, copy saja k;


    Bab1: Chef Nan Ayu

    “Ayu…”
    Ayu Afiqah tidak menjawab. Akan tetapi sinar matanya yang sayu. Sedetik itu dia memandang ke arah ayah. Ternyata yah juga turut bersedih sepertinya. Sayu sepertinya. Orang-orang sekeliling juga turut kesedihan. Sedetik, Ayu Afiqah kembali merenung pusara yang sedang dibasahi hujan di hadapannya.
    Sekali lagi Ayu Afiqah tersendu kehibaan. Terasa bayu petang menampar halus pipi gebu Ayu Afiqah. Hujan renyai-renyai bagai turut sama memahami akan kesedihan di hati Ayu Afiqah dan mereka di tanah perkuburan. Namun, kesedihan pengunjung tanah perkuburan ketika itu tidak setanding dengan ribut kesedihan di jiwa Ayu Atiqah.
    Suasana persekitaran tanah perkuburan Islam Kampung Pasir Kemboja terasa amat suram. Pandangan mata para penziarah tertumpu pada pusara itu. Di pusara tersebut, seorang insan yang amat Ayu Afiqah sayangi, baharu sahaja disemadikan. Dada Ayu Afiqah berombak kencang.
    Turut sama datang ke acara pengkebumian ibunya ialah rakan karib sekelasnya Steve, Devi dan Tay. Kelihatan juga Cikgu Ani, Ketua Kampung dan ramai lagi. Mereka semua sempat memberi kata-kata semangat kepada Ayu Afiqah dan keluarganya sebentar tadi. Ayu Afiqah hanya mampu mengangguk, lemah.
    Ayu Afiqah yang dipayungi oleh Nek Dar, terus berteleku di pusara yang masih merah tanahnya. Entah berapa kali pula Ayu Afiqah mengulangi bacaan Al-fatihah. Terasa setiap bacaannya memberikan sedikit kekuatan kepada dirinya. Sekaligus meyakinkannya bahawa ibunya damai di alam barzakh.
    “Ibu, maafkan Ayu.... Maafkan Ayu.... Ayu sayang ibu.... Ayu belum puas bersama ibu.....”rintih hatinya. Air mata yang jatuh ke pipinya bagaikan tidak pernah hendak berhenti. Bahkan lebih laju daripada rintik hujan.
    “Ayu…” tegur Nek Dar, wajah tuanya yang memegang sekaki payung. Wajah Nek Dar menunjukkan kesedihan yang teramat sangat.
    Sekali lagi ayu tidak menjawab. Matanya yang berbinar-binar resah itu, mengerling ke arah Nek Dar sejenak. Kemudian dia kembali merenung tanah pusara ibu. Hidungnya kembang kempis apabila terhidu bau tanah merah di pusara itu.
    Teringat bagaimana hidungnya mengembang apabila terhidu aroma biskut tart nenas semasa baru bangun dari tidur, enam bulan yang lalu.
    Ayu Afiqah seakan dapat melihat dirinya menggeliat bangun dari tidurnya sambil memandang ke arah tingkap bilik. Mataharii yang biasanya ramah sudah tidak kelihatan.
    Sejenak Ayu Afiqah melirik jam di dinding yang menunjukkan pukul 8.00 malam. Hidung dia mengembang kempis. Terhidu dia akan aroma kuih tart nenas dari luar biliknya. Dia bingkas menuju ke bilik air di sebelah biliknya.

    ReplyDelete
  8. Usai mandi, dia bergegas mengikut sumber aroma yang menyentuh rongga hidungnya itu.
    Hmm! Kecur liur Ayu Afiqah, sebaik terlihat akan ibu yang berdiri membakar kuih di oven. Rupa bentuk tart nenas buatan ibu itu kelihatan gebu dan menyelerakan seperti selalu. Lantas, dia mengambil sebiji daripada tart nenas di dulang pembakar kuih itu. Dia lalu membenamkannya ke dalam mulutnya.
    “Hm..sedap!” getus Ayu Afiqah. Sedetik itu, keningnya sedikit berkerut. Dalam hati, dia bertanya, mengapa ibunya sibuk menyiapkan biskut? Seingatnya, mereka baharu merayakan hari raya Aidil Adha dua bulan lepas. Ini bermakna ibu bukan membuat biskut untuk menyambut hari raya.
    Jadi, mengapa pula ibu membuat biskut raya lagi? untuk apa? untuk siapa?’ getus hati Ayu Afiqah. Perlahan-lahan dia mendekati ibu yang sedang tekun membakar biskut ibu sempat terkejut melihatkan kehadiran Ayu Afiqah di sisinya. Mungkin ibu memikirkan bahawa Afiqah masih terlena dibuai mimpi. Apatah lagi apabila Ayu Afiqah pulang dalam keadaan letih setelah mengikuti aktiviti kokurikulum pada petang itu.
    Aduh, perut Ayu Afiqah berkeroncong minta diisi. Biasanya, sebaik sahaja balik dari sekolah, Ayu Afiqah akan membersihkan diri dahulu sebelum makan dan solat maghrib. Namun, oleh keletihan mengikuti latihan kawad kaki untuk pasukan tunas putri hari itu, Ayu Afiqah terus sahaja tertidur.
    Ayu Afiqah terhidu aroma makanan yang amat dikenalinya. Dia lantas membuka tudung saji. Kelihatan terhidang sepiring ikan bilis masak lada putih. Masakan tradisi Dusun yang juga kegemaran Ayu Afiqah. Juga terhidang sayur pula ialah lemiding masak sardine dan nasi yang beruap panas. Terkecur air liurnya lagi. Ayu Afiqah dengan pantas menyenduk nasi hangat ke dalam pinggannya.
    “Wah, sedapnya masakan ibu!” puji Ayu Afiqah sambil memandang ibu yang tersenyum lembut mendengarkan pujiannya. “Mengapa ibu membuat biskut? Kan raya dah lepas?”
    “’Kan Ayu dan ayah suka biskut ‘ni? Itu yang ibu buatkan. Tapi, kali ni ibu buat lebih. Bolehlah Ayu bawa ke sekolah esok untuk rakan-rakan dan guru. Jika suka, mereka boleh buat tempahan,”jelas ibu sambil mengerling ke arah anaknya yang membersih meja makan dan membasuh pinggan kotornya di sinki dapur seperti biasa.
    “Pandai anak ibu.” Puji ibu.
    Ayu Afiqah tersenyum bahagia. Pipinya yang gebu bertukar kemerah-merahan kerana senang dipuji begitu.Ibu mengeluarkan biskut dari dulang pembakar. Manakala Ayu Afiqah pula membantu menyusun biskut di dalam balang yang telah disediakan. Ibu tersenyum bahagia.
    Ibu mengusap-usap kepala Ayu Afiqah tanda berterima kasih atas pertolongan yang dihulurkannya. Sambil menyusun biskut, ibu dan Ayu Afiqah bersembang. Banyak perkara yang mereka bincangkan. Semua berkaitan dengan masakan. Ayu Afiqah berjanji akan menolong ibu setiap hujung minggu.

    ReplyDelete
  9. Biasanya, ibu akan menyiapkan tiga jenis biskut iaitu biskut tart nenas, biskut ulat bulu dan biskut makmur. Tambahan pula, ayah Ayu Afiqa dan Ayu Afiqah sendiri amat gemar memakan biskut buatan ibu. Biskut buatan ibu cantik dan sedap.
    Jam di dinding telah menunjukkan pukul 10.00 malam. Ibu mengajak Ayu Afiqah berhenti membuat biskut. Esok mereka akan menyambung membuat biskut lagi. Ayu Afiqah mengangguk setuju. Esok hujung minggu, bolehlah dia belajar dan sekaligus membantu ibunya menyiapkan tart nenas kegemarannya dari mula.
    Keesokan harinya, Ayu Afiqah bersarapan nasi lemak dengan keluarganya. Kemudian, Ayu Afiqah dan ibu yang dilengkapi topi chef dan apron putih itu, segera memulakan projek membuat biskut tart nenas sekali lagi seawal jam 7.00 pagi. Ayah awal-awal lagi telah keluar pergi berkebun.
    Sementara itu, Afiqah membersihkan balang-balang yang baru dibeli dengan sebersih-bersihnya, sebelum di isi dengan biskut kelak. Ibu pernah berpesan, untuk membuat tart nenas, ada tiga bahan yang perlu di sediakan. Iaitu bahan untuk jem, bahan untuk tart dan hiasan.
    Ayu Afiqah yang sudah biasa membantu ibu membuat tart nenas, bingkas menyediakan bahan yang diperlukan di atas meja. Bahan untuk jem ialah dua biji nenas yang telah di parut dan toskan, 600 gram gula, sebatang kayu manis dan dua titik pewarna kuning.
    Manakala bahan untuk hiasan ialah sebiji kuning telur, sesudu air dan setitik pewarna kuning. Bahan-bahan untuk tart pula ialah 125 gram mentega, sesudu besar gula kastor, satu biji kuning telur, satu sudu besar minyak sapi, 1 3/4 cawan tepung gandum, 1/4 cawan tepung jagung dan sesudu besar tepung kastard.
    Tanpa menanti arahan ibu, dengan cekap, Afiqah menyediakan inti nenas bagi tart nenas. Mula-mula, Ayu Afiqah memasak nenas yang telah diparut bersama gula. Apabila hampir kering, api diperlahankan dan pewarna berwarna kuning dan kayu manis akan dimasukkan. Dia terus memasak sehinggalah inti nenas berkenaan betul-betul kering.
    “Cantik intinya Chef Ayu,” puji ibu dengan gelaran yang selalu ibu berikan kepadanya, sambil memerhatikan warna inti nenasnya.)
    Ayu Afikah tersenyum senang. Untuk hiasan pula, kuning telur, air dan pewarna kuning perlu dikacau sehingga sebati, sebelum disapu di atas tart gulung.
    Sementara itu, Ayu memerhatikan ibu memukul mentega bersama gula sehingga putih dan berkrim. Setelah itu, kuning telur, minyak sapi dan garam dimasukkan dan dikacau sehingga sebati. Kemudian, ketiga-tiga jenis tadi iaitu tepung jagung, tepung kastad dan tepung gandum itu diayak sebelum dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunannya.
    “Cantik dohnya ‘kan Ketua Chef Ibu, lembut…” puji Ayu Afiqah pula dengan gelaran yang diberikan kepada ibu, seperti selalu..
    Ayu Afiqah tahu. Setelah itu, doh tadi perlu direhatkan seketika. Sementara menunggu doh tadi direhatkan, Ayu Afiqah memanaskan pula oven pada suhu 175 darjah celcius. Kemudian, dengan pantas,dia memasukkan doh ke

    ReplyDelete
  10. dalam acuan tart. Doh itu ditekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur.
    Sempat dikerlingnya ibu yang tersenyum bangga memerhatikannya. Tanpa berlengah, Ayu Afiqah menyusun doh yang telah diisi dengan inti nenas di atas loyang yang dilapik dengan digriskan dengan mentega. Ibu pula menyapukan tart gulung dengan bahan hiasan sebelum memasukkan biskut dan membakarnya selama 20-25 minit.
    “Ayu sayang…” Suara ayah, kedengaran seakan sayup-sayup di kejauhan.
    Lamunan ayu afiqah terhenti serta merta. Dia tersentak ke alam nyata, di pusara ibunya kembali. Gambaran bagaimana dia membuat biskut tart nenas ghaib entah ke mana. Malah semua tart nenas yang sedap tadi juga hilang tiba-tiba. Dia terkebil-kebil memandang wajah ayah yang kelihatan sayu.
    “Ayu, mari kita pulang cu,” pujuk Nek Dar sebak.Aada air mata mengalir di pipi Nek Dar. Namun, air mata itu terus sahaja di kesat sebelum ia sempat jatuh ke dagu.
    Ayu Afiqah kehairanan. `Mengapa pulak Nek Dar menangis? Mana biskut tart nenas yang sedap tadi? Mengapa Ayu ada di kawasan perkuburan ni?’ Sejurus itu, segera Ayu Afikah sedar akan tujuan dia di pusara itu.
    Nek Dar menghulurkan tangan agar Ayu Afiqah bangun dari duduknya di tepi pusara. Namun, Ayu Afiqah tidak menghiraukannya. Para penziarah sekeliling memandang dengan penuh keharuan. Ayu Afiqah ingin terus berada bersama ibu. Dia ingin menemankan ibu ke pasarraya untuk membeli semua keperluan nanti.
    `Bukankah kami belum sempat membuat biskut ulat bulu kerana kehabisan bahan? Tidakkah tahu Nek Dar tahu bahawa, mereka perlu menyiapkan tart nenas yang ditempah oleh para pelanggan. Bukankah biskut ulat bulu dan biskut makmur adalah jenis biskut kegemaran ramai?” gerutu Ayu Afiqah dalam hati. Dia mengesat air hujan yg menepiasi dahinya. Nafasnya turun naik dengan kencang.
    Ayu Afiqah menyenaraikan semua barangan yang perlu dibeli dalam satu kertas, bagi memudahkan mereka membeli belah kelak. Antara barangan yang perlu dibeli lalah tepung jagung, tepung gandum, pewarna makanan, telur, gula, nenas, magerin, minyak sayuran, minyak sapi dan beberapa barangan yang lainnya.
    Gembiranya apabila dapat ke Pasaraya Giant bersama dengan ibu. Jarak pasaraya itu dari rumah mereka hanyar 20 minit memandu kereta. Sebaik Ayu Afiqah dan ibu masuk ke pasar raya itu nanti, dia melihat beberapa kanak-kanak berlarian gembira untuk mengambil troli di bahagian hadapan pasaraya tu.
    Ayu Afikah juga ikut berlari mendapatkan troli. Ayu Afiqah seronok dapat memilih barangan keperluan mengikut senarai yang telah disediakan sebelumnya bersama ibu. Namun, pasar raya berkenaan kehabisan stok telur.
    “Bagaimana ni ‘bu? Stok telur dah habis kat sini,” rungut Ayu.
    Lalu, ibu mencadangkan mereka yang mereka ke Kedai Runcit Keng yang btidak jauh dari situ. Pada masa itu juga pandangan ibu terlihat dengan Cikgu

    ReplyDelete
  11. Ani. Cikgu Ani adalah salah seorang pelanggan ibunya. Cikgu Ani sempat bersalaman dengan ibu dan Ayu Afiqah.
    “Sedapnya kuih tart nenas kakak,” Cikgu Ani memuji-muji masakan ibu Ayu Afiqah.”Tentu Ayu juga sehandal ibunya memasak ;’kan?”
    Ayu Afikah hanya tersipu malu mendengarkannya. Ibu juga turut tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Cikgu Ani mengingatkan bahawa hari selasa ini dia akan menerima tetamu. Oleh itu, dia memerlukan biskut tart nenas yang ditempahnya sebagai juadah kepada tetamunya itu.
    “Ayu… dah nak senja ni, mari kita pulang nak.” Ayah memanggil.
    Tiba-tiba terasa kedua belah lengannya digapai oleh seseorang dari belakang. Ayu afiqah menepis tangan itu dengan geramnya. Sungguh Ayu Afikah tidak mengerti mengapa dua mahu dipisahkan daripada ibu. Kasihan ibu! Ibu memerlukan bantuannya. Ibu sudah berjanji untuk menyiapkan biskut tersebut dan Ayu Afiqah akan menghantarkannya ke atas meja Cikgu Ani isnin ni.
    “Janji utk menyiapkan tempahan itu, mesti dipenuhi. Apatah lagi pelanggan yang sudah membayarnya terlebih dahulu!” tegas hatinya.
    Selepas penat membeli belah, seperti biasa Ayu Afiqah dan ibu akan makan tengah hari di gerai yang berhampiran. Ibu tentu akan terus memesan makanan kegemaran mereka berdua iaitu bakso dan teh tarik daripada pelayan gerai itu untuk ibu dan dirinya. Selera mereka sama.
    “Terima kasih Ayu kerana bersusah payah membantu ibu. Bertuah ibu dapat anak seperti Ayu.” Kata ibu dan seperti selalu membelai pipi Ayu Afiqah.
    Ayu Afiqah terharu. Meskipun ibu sering membelai pipinya, namun belaian kali ini amat berlainan dan amat mengharukannya. Ayu Afiqah merasakan kasih sayang ibunya mengalir terus melalui sentuhan dan senyuman lembutnya. Dengan tidak semena-mena memeluk ibu dan menangis keharuan.
    Ayu Afiqah terpandang akan sebuah keluarga di sebelah meja makan mereka, di restoran yang sama. Keluarga tersebut mempunyai lapan orang anak. Ayu Afiqah leka melihat keramahan adik-beradik tersebut bersenda gurau sambil menjamu selera.
    Alangkah bahagianya mereka! Ayu amat ingin mempunyai adik-beradik yang ramai seperti rakan-rakanny. Rakan-rakannya sering dilihat bermain dengan adik, abang dan kakak mereka. Setiap kali itulah juga dia memaksa ibunya supaya melahirkan adik untuknya. Ibunya hanya tersenyum dan memujuknya.
    “Ayu perlu bersabar dan berdoalah ya. Allah akan mengkabulkan doa orang-orang yang berdoa bersungguh-sungguh,” pujuk ibu yang rupawan.
    Semenjak itu, permohonan untuk mendapat adik tidak pernah lekang dari doa Ayu Afiqah. Suatu petang, Ayu Afiqah yang bersekolah sesi petang baru sahaja pulang dari sekolah. Di tangannya sekeping borang pendaftaran Master Chef Junior Malaysia yang diedarkan di sekolahnya.
    Dia lalu mencari-cari akan ibunya di dapur rumah. Namun, ibunya tiada di situ. Kebiasaannya, ibunya sibuk menyiapkan juadah makan malam

    ReplyDelete
  12. Ayu Afiqah terus bergegas menuju ke bilik. Ayu Afiqah terkejut. Kelihatan ibu terbaring lesu dengan ditemani oleh ayah. Ayu mengerling ke arah jam dinding yang tergantung di bilik ibu. Sudah menunjukkan pukul 5.10 petang. Masa kerja ayah telah tamat. Ayah memanggil Ayu mendekati ibu.
    “Ayu, ibu sakit, sebab tak lama lagi Ayu dah nak dapat adik,” kata ayah gembira.
    Alangkah gembiranya hati Ayu Afiqah. Patutlah ibunya selalu tidak sihat sejak akhir-akhir ini. Rupa-rupanya dia akan menerima adik yang amat diidam-idamkannya. Syukur, Tuhan memakbulkan doanya! Semenjak hari itu, Ibu sering sahaja berulang-alik dari rumah ke hospital.
    Mujur ayah adalah seorang pemandu. Mudah sedikit ibu menumpang bas sekolah yang dibawa oleh ayah. Ibu yang kelihatan semakin pucat dari sehari ke sehari. Wajah ibu semakin cangkung. Berat badan ibu juga menyusut dengan banyak.
    Menurut ayah, ibu mengalami masalah sakit jantung dan masalah alahan mengandung yang sangat teruk. Ayu Afikah amat rindu akan kemesraan yang ibu ciptakan untuknya selama ini. Akibat kesihatan ibu yang semakin teruk, Ayu Afiqah dan ibu tidak lagi.
    “Ayu… janganlah begini. Kasihan ayah! Mari kita pulang cu,” suara Nek Dar menangis teresak-esak.
    Ayu Afiqah memandang Nek Dar sekilas, bukan niatnya untuk membuat Nek Dar menangis Ayu sayang Nek Dar. Cukuplah ayu dan ayah sahaja yang menangis. Sungguh tidak disangka. Rupanya sudah ramai para hadirin yang beransur pulang.
    Kini hanya tinggal lima orang sahaja di pusara ibu yg hening tu. Mahu tidak mahu, Ayu Afiqah akhirnya mengizinkan ayah dan nenek memimpinnya dan mengatur langkah berat untuk meninggalkan kawasan pusara ibu.
    “Ibu, bagaimana Ayu mahu menyertai pertandingan ? Ayu tak kuat bu!” ratap ayu dlm hati. Ayu Afiqah gementara bukan alang kepalang. Dua minggu lagi pertandingan memasak kanak–kanak yang juga di kenali sebagai Chef Junior Malaysia akan diadakan di Kota Kinabalu. Salah seorang peserta yang terpilih adalah Ayu Afiqah, setelah berjaya melepasi pelbagai peringkat saringan, sebelum ini.
    Kalau diikutkan hati, hendak sahaja Ayu Afiqah berlama-lama di situ. Mahu sahaja dia menemankan tidur ibu, sama seperti ibu selalu menemankan tidurnya semasa dia kecil. Namun, apabila lengannya diangkat dan dipapah oleh ayah dan Nek Dar dari arah belakang, Ayu Afiqah tiada pilihan lain kecuali mengikut sahaja.
    “Bertawakallah, cu…” bisik Nek Dar di antara esak tangisnya. Nek Dar adalah ibu kepada ayahnya.
    Ayu Afiqah menggagahi diri untuk melangkah. Sesungguhnya, pemergian ibu, amat menyakitkan. Ibulah yang banyak memberi galakkan dan sokongan moral kepadanya dalam bidang masakan, selama ini. Tanpa ibu, Ayu Afikah rasa sangat kehilangan.
    “Ibuuu… bagaimana Ayu mahu teruskan semua ini. Ayu takut bu, Ayu takuuut…!” ratap ayu afiqah, tanpa sedar.


    Erna, bab satu berakhir di sini. yg selebihnya di bawah ni, selit di bab 2 pula. sekarang awak dah boleh buat bab dua;

    gigih terus k

    ReplyDelete
  13. (yg di bawah ni, cuba selitkan dlm bab dua)


    Terasa sebak dada Ayu Afiqah sekali lagi. Ayu Afiqah cuba mengawal air matanya agar tidak tumpah terus menerus. Dia mengenangkan kata-kata ibu bahawa dia harus kuat dan jangan terus menangis jika menghadapi masalah. Dia harus perlu tabah!

    “Lagipun seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun seperti kamu tidak harus menangis di hadapan orang ramai. Itu namanya cengeng!” Itulah yang dipesan oleh ibu suatu ketika dahulu semasa dia baru menjejaki dii tahun empat dahulu.
    Ayu Afiqah semena-mena melihat dirinya dibuli di sekolah oleh rakan sekelasnya pada waktu rehat. Suasana persekitaran pusara bertukar menjadi kawasan sekolah semasa dia berada di tahun empat. Dia hanya menangis sepanjang rehat. Ayah dan ibunya terpaksa di panggil ke sekolah oleh guru besar untuk mengambilnya kerana Ayu Afiqah tidak mahu bercakap apa-apa dan hanya menangis sepanjang masa.
    Ibu terpaksa berkejar ke sekolah sendirian kerana ayah masih bekerja. Ibu terkejut dengan peristiwa tersebut memeluk Ayu Afiqah beberapa lama sehingga Ayu Afiqah tenang semula. Setelah itu, barulah ibu menasihatinya yang dia tidak boleh terus menangis jika dibuli. Sebaliknya, dia harus berani untuk menghadapinya. Pergi beritahu cikgu agar pelakuan buruk si pembuli dapat dihentikan, pesan ibu lagi.

    ReplyDelete