• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, December 3, 2017

3 comments:

  1. Bab 4
    Butia meletakkan basikalnya di tepi sungai Pegalan. Suasana petang yang cerah dan indah. Hatinya tiba-tiba rindu untuk keliling kampung dengan basikal berwarna unggu kesayangannya itu seperti yang sering dilakukannya setiap kali dia bercuti di kampung. Dulu, semasa kecil, bermain basikal adalah antara kegemaran Butia, Haris Daniel dan rakan sekampungnya. Perlahan-lahan dia berjalan menuju sebuah batu besar yang selalu menjadi tempat dia, Haris Daniel dan rakan-rakan lain sekampung untuk memancing, mandi sungai dan berkelah.
    Butia menarik nafas dalam-dalam lantas dihembusnya perlahan. Dipejamkan matanya. Damai. Bunyi air sungai yang mengalir dan kicauan burung begitu indah pada pendengaran Butia. Penat dia menjawab soalan dari ibu mengapa dia balik kampung seorang diri secara mengejut dan tanpa Haris Daniel. Mujur dia awal-awal lagi telah bersedia dengan jawapan yang bernas dan ibunya tidak lagi bertanya dengan lanjut setelah dia menyatakan alasan yang Haris Daniel sibuk dengan tugasan kolej dan dia sendiri telah teramat rindu dengan ibu. Ibu hanya senyum dan memeluknya.
    ‘Mungkin ibu terharu dengan jawapanku yang dia teramat rindu dengannya.’ Getus hati Butia.
    Perlahan-lahan Butia membuka matanya. Sungai Pegalan di hadapannya berubah menjadi suasana di perjumpaan kelab reka cipta lima tahun yang lalu. Sewaktu Butia remaja berumur 14 tahun dan berada di tingkatan empat. Butia yang bertindak sebagai pengerusi persatuan kelab reka cipta sedang membentangkan cadangan kertas kerja projek inovasi unit reka cipta sempena minggu rekacipta dan inovasi SMK Lisap di hadapan 25 orang ahli Kelab Inovasi dan rekacipta serta cikgu Laila, penasihat kelab.
    “Saya cadangkan tema minggu Inovasi dan rekacipta kita tahun ini ialah Lestari Alam Sekitar. Oleh itu, setiap kelab wajib mereka satu atau lebih inovasi yang sesuai untuk tema tersebut dan bakal di pamerkan sepanjang minggu tersebut,” Butia memberi cadangan pada akhir pembentangannya. Diikuti dengan tepukan oleh rakan-rakan ahli kelab Inovasi dan rekacipta. Haris Daniel adalah antara orang yang paling kuat sekali bertepuk tangan tanda sokongan.
    “Bagus Butia. Saya akan cadangkan pada pengetua agar rekacipta tersebut dinilai dan diberi hadiah oleh kepada rekacipta terbaik.” Cadang cikgu Laila dengan senyuman setuju dengan pembentangan Butia. Diikuti dengan tepukan yang gemuruh oleh kesemua ahli kelab rekacipta dan inovasi.
    “Tapi, Butia tak boleh AJK penilai cikgu. Sebab dia ada inovasi yang bagus untuk mewakili kelab kita ni dalam pertandinngan tersebut cikgu,” Aznina memberi cadangan tiba-tiba. Dia risau Butia tidak dibenarkan bertanding jika terlibat sebagai urusetia atau AJK penilai.
    “Iya, betul tu cikgu. Butia ada Inovasi pasu mesra alam. Rugi kalau dia tidak bertanding.” Tambah Haris Daniel dengan wajah serius. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu Butia dikecualikan dari pameran tersebut.
    “Tak mengapa Aznina, Haris dan semua. Cikgu akan bawa cadangan Butia ini kepada pengetua dan akan umumkan hasi perbincangan kami itu kelak pada perjumpaan akan datang.” Putus cikgu Laila dengan senyuman kepada anak-anak muridnya.

    ReplyDelete
  2. Butia tersenyum sendiri. itulah pertama kalinya dia memasuki pertandingan inovasi di sekolah menengah. Sebelum itu, dia hanya mereka sahaja dan tidak pernah dipertandingkan. Dengan sokongan dari rakan-rakan kelabnya, termasuk rakan rapatnya Haris Daniel dan Aznina, dia berjaya untuk tidak terlibat untuk menjadi ahli jawatan kuasa penilaian pertandingan rekacipta dan inovasi kali pertama di SMK Lisap. Suatu perkara yang agak diluar dari kebiasaan. Butia adalah pengerusi kelab Rekacipta dan Inovasi. Tertapi tidak terlibat sebagai tidak terlibat untuk menjadi ahli jawatan kuasa penilaian pertandingan dan malah menjadi johan pertandingan yang dikelolakan oleh kelabnya sendiri. Pada ketika itu, Butia, Aznina dan Haris Daniel adalah dalam satu pasukan bagi inovasi pasu bunga mesra Alam.
    “Pemenangnya ialah inovasi pasu bunga mesra alam!” jerit cikgu Laila yang bertugas sebagai juruacara pada pertandingan tersebut.
    Butia dan Aznina menangis keharuan apabila mereka diumumkan sebagai pemenag. Manakan tidak, mereka sekaligus mencipta sejarah sebagai johanpemenang pertandingan inovasi yang dikelolakan buat julung-julung kalinya. Butia, Haris Daniel dan Aznina beriringan naik ke pentas dengan senyuman lebar. Pengetua mengucapakan tahniah kepada mereka bertiga. Tidak putus-putus mereka menerima ucapan tahniah dari pensyarah dan rakan-rakan yang lainnya. Mereka memenagi wang tunai sebanyak RM300 dan piala sumbangan tuan pengetua sendiri. Suatu nilai wang yang amat besar kepada mereka bertiga.
    Butia tersentak. Bahunya secara tiba-tiba disentuh seseorang. Suasana di dewan sekolah SMK Lisap lenyap tiba-tiba. Butia menoleh. Dihadapannya ialah Aznina, rakan baiknya yang sewaktu sekolah menengah dahulu. Kali terakhir dia berjumpa Aznina ialah sewaktu kenduri doa selamat sebelum keberangkatan Aznina ke Australia bagi menyambung pelajaran. Sedetik jantung Butia berdegub kencang. Tanpa berlengah dipeluknya Aznina. Pipi Butia menjadi hangat dengan deraian air mata yang meluncur laju. Air mata gembira bertemu sahabat yang amat dirinduinya.
    “Aznina, aku rindukan kau,” desah Butia dengan nafas yang masih laju dan suara yang sebak dengan tangisan keharuan.
    “Akupun rindukan kau Butia,” balas Aznina juga dengan esakan.
    “Aku ke rumah Butia tadi, makcik kata Butia dah keluar. Tu yang aku terus ke sini ni,” tambah Aznina sebaik melihat wajah Butia bekerut seribu bagaikan hendak bertanyakan soalan mengapa dia boleh tahu dia berada di mana?.
    Sedetik kemudian, pelukan mereka terlerai dan mereka serentak ketawa riang dengan tangisan gembira yang masih tersisa. Mereka berdua lantas duduk di tepi sungai Pegalan seperti semasa mereka sekolah menengah lagi. Bezanya, dulu mereka sering bertiga. Butia, Aznina dan Haris Daniel. Terlalu banyak yang Butia hendak ceritakan. Dia sendiri tak tahu dari mana hendak dimulakannya.
    “Butia, aku bersimpati dengan maslah yang menimpa Butia. Aku sama sekali tidak menyangka yang Haris Daniel akan menghianati Butia sedemikian rupa.” Getus Aznina tiba-tiba.
    Butia terkejut mendengar komentar Aznina. Bagaikan ada arus elektrik yang tiba-tiba merenjat Butia. Dengan dahi berkerut. Dada Butia berdegub kencang. Butia memandang Aznina sekilas.

    ReplyDelete
  3. “Bagaimana Aznina tahu akan masalah Butia?” getus Butia dengan nada yang terkejut. Seingatnya, dia belum menceritakan kepada sesiapa masalah yang dihadapinya itu. Adakah perkara ini sudah tersebar? Semua orang sudah tahu yang dia dan Haris Daniel berselisih faham? Fikiran Butia berselirat dengan pelbagai persoalan.
    “Butia, Jackly rakan sekuliah kamu kan sepupu dengan aku. Dia selalu ceritakan perkembangan Butia kepada aku”, jawab Aznina dengan senyuman cuba untuk meleraikan sedikit perubahan riak wajah Butia yang terkejut mendengar perihal masalahnya sudah diketahuinya.
    “Bagaimana Jackly tahu? rakan-rakan yang lain tahu? Pensyarah?” soalan Butia bertalu-talu keluar dari mulutnya yang comel dengan wajah yang berubah serius dan sedikit tegang.
    “Ramai rakan sekelas awak dah tahu yang Haris Daniel dah mencuri dan menciplak idea inovasi kamu. Masakan mereka tidak tahu. Mereka melihat awak menyiapkan inovasi di bengkel. Tiba-tiba inovasi yang sama dibentangkan oleh Haris Daniel pula. Tak sebutpun nama Butia.” Getus Aznina.
    Butia hanya mengangguk-angguk tanda faham. Dia tidak menyangka sama sekali yang rakan-rakan sekuliahnya perasan pada masalah yang dihadapinya. Terutama sekali terhadap kedinginan hubungan persahabatan antara dia dan Haris Daniel. Aduh, malunya!
    “Kalau Aznina ada di tempat aku, apa Aznina akan lakukan?” tiba-tiba satu soalan lagi meluncur keluar dari mulut Butia. Wajah Butia masih kelihatan seruis namun sudah sedikit kendur tegangnya. Kali ini intonasi Butia bagaikan memohon simpati dari sahabatnya Aznina sambil tangannya memegang bahu Aznina bagaikan ingin mendapatkan sedikit kekuatan yang telah hilang.
    “Teruskan berusaha dan jangan putus asa. Teruskan sahaja perjuagan Butia. Saya yakin Butia mampu mengatasinya,” Aznina memberi kata-kata perangsang kepada Butia sambil tangannya mencapai tangan Butia di bahunya tadi dan menepuk-nepuk tangan Butia itu dengan mesra, tanda memberi sokongan yang tak berbelah bahagi.

    ReplyDelete