• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Monday, March 27, 2017

17 comments:

  1. Bab 6 : Tiramisu Buat Ibu
    Ayu duduk di tempat duduk penonton bersama keluarga masing-masing. Format kali ini pihak penganjur mahukan sedemikian. Ayu Afiqah duduk bersama ayah, Nek Jah, Nek Dar. Rakan-rakan sekelasnya tidak dapat menghadiri pertandingan ini kerana terlibat dengan aktiviti hari sukan di sekolah. Ayu Afiqah telah mendapat pelepasan untuk mewakili sekolah ke pertandingan master chef junior separuh akhir ini.
    Suasana dewan yang berukuran kira-kira 50,000 kaki persegi itu riuh dengan kehadiran penyokong yang kebanyakannya adalah rakan-ranakn dan ahli keluarga peserta sendiri. Dewan yang berbentuk segiempat tepat itu cahayanya gilang gemilang kerana dipenuhi dengan limpahan lampu tumpu. Kedudukan penonton adalah di bahagian kiri, kanan dan hadapan dewan. Juru acara dan juri bagi pertandinga suku akhir ini masih mengekalkan juru acara dan juri yang sama seperti pada saringan-saringan sebelumnya.
    Berhadapan dengan 20 buah dapur tersebut, terdapat tiga buah meja dan tiga buah kerusi yang dikhaskan kepada juri dan juru acara. Di tengah dewan, terdapat 20 buah dapur yang bersaiz agak rendah sedikit berbanding biasa. Mungkin untuk menyesuaikan dengan ketinggian peserta yang bakal memasak. Ketinggian dapur masakan tersebut lebih kuran 1 meter sahaja dari lantai. Disebelahnya, terdapat ruuang kerja yang lebarnya 1.5 meter. Cukup luas dan selesa untuk menyediakan hidangan.
    Di atas meja itu, terdapat barang-barang asas sahaja. Antaranya ialah landas cincang, sudu, sudip dan pisau. Ayu Afiqah suka melihat pisau tersebut. Ini kerana pisau itu berwarna warni. Pisau kecil yang digunakan untuk memotong barang-barang atau bahan yang kecil berwarna jingga terang. Manakala warna untuk pisau bersaiz sederhana ialah hijau dan akhir sekali warna untuk pisau yang paling besar dan kebiasaannya digunakan untuk memotong daging ialah berwarna biru.
    Ayu Afiqah mungkin akan meminta ayahnya mencarikan pisau sedemikian untuk kegunaannya di rumah kelak. Mata Ayu Afiqah tidak telepas dari memandang pisau berkenaan. Oven pula terletak di bawah dapur memasak. Ini akan memudahkan peserta membakar atau memanggang hidangan mereka kelak.
    Debaran di dada Ayu Afiqah tiba-tiba datang memuncak. Apabila juru acara menagambil tempat di tengah gelanggang. Dadanya berombak laju. Digenggamnya tangan Nek Jah dan Nek Dar yang kebetulan duduk disebelah kiri dan kanan Ayu Afiqah. Ayu mahu mendapatkan sedikit kekuatan. Pada pertandingan saringan yang lalu, ibu masih ada. Biasanya ibulah yang akan megenggam tangan Ayu Afiqah untuk menberinya sedikit semangat. Sebak dada ayu Afiqah.
    “Ayu Afiqah binti Fuad. Sila ke depan,” panggil juru acara.
    “Semoga berjaya cu!” kata Nek Dar dan Nek Jah serentak. Ayah pula sempat menyapu kepala Ayu Afiqah tanda memberi restunya.
    Ayu Afiqah menganguk memandang orang-orang disayanginya. Kemudian, dia melepaskan genggaman Nek Jah dan Nek Dar. Perlahan-lahan dia bangun dan mara ke hadapan. Ayu Afiqah yang memakai blaus hijau, seluar hitam, tudung hitam dan berkasut getah bertumit rata kelihatan manis dan berkeyakinan. Ayu menuju ke gelanggang dan berbaris dengan peserta yang lainnya. Ayu Afiqah bersedia untuk menerima taklimat dari juru acara selanjutnya.
    Suasanan dewan yang sebelumya bingit tiba-tiba senyap apabila juru acara menerangkan peraturan pertandingan satu demi satu. Para peserta juga mendengar dengan khusuk segala maklumat mengenai pertandingan yang disampaikan oleh juru acara. Juru acara yang petah berkata-kata itu masih orang yang sama dari pertandingan saringan pertama, kedua, ketiga dan kini di peringkat separuh akhir.

    ReplyDelete
  2. Setelah semua 20 orang peserta berada di hadapan, juru acara mengumumkan yang tema hidangan kali ini ialah pencuci mulut. Ligat otak Ayu Afiqah memikirkan apakah menu hidangan pencuci mulut yang paling sesuai untuk dihidangkan pada pertandingan separuh akhir ini. Akhirnya, Ayu Afiqah memilih untuk menyediakan kek tiramisu yang pernah diajar oleh Nek Jah dan Ibu. Sekali lagi ligat otak Ayu Afiqah mengingati bahan-bahan yang diperlukannya.
    “Ayu, semasa memilih barangan di stor bahan, lebih baik memilih barangan yang sukar dan terhad dahulu. Takut barangan terhad tersebut habis. Setelah itu, barulah pilih barangan yang banyak di pamerkan. Ini stratergi tau!” tergiang-giang kata-kata ibu semasa saringan pertama tempoh hari.
    Ayu Afiqah bergegas ke stor bahan bersama peserta yang lain. Cepat-cepat Ayu Afiqah mengambil bahan-bahan yang agak sukar dan terhad di dalam rak. Ayu Afiqah mencapai keju cheddar parut, krim serbuk, sebuk kopi, tepung maizena dan bahan penstabil ovalet. Setelah itu, barulah dia mengambil 6 biji telur, tepung gandum, air dan beberapa bahan yang lainnya.
    Sewaktu Ayu Afiqah baharu sahaja memukul 6 biji telur, bahan penstabil ovalet dan gula pasir menggunakan mesin, kedengaran seorang peserta yang bernama Rohana menangis. Apabila ditanya, ternyata keju cheddar telah habis di dalam stor bahan. Pihak urusetia pertandingan tidak dapat menyediakan keju cheddar lagi, mereka sebaliknya mengantikannya dengan keju jenama lain. Ayu Afiqah kasihan dengan Rohana. Sedangakan resepi Pizza Rohana perlu keju cheddar.
    Akhirnya Ayu Afiqah pegi semula ke stor untuk menimbang keju cheddar yang dia ada. Ayu Afiqah hanya memerlukan 100 gram sahaja keju cheddar parut. Setelah ditimbang, rupanya dia mengambil 150 gram keju. Lebihan keju 50 gram itu Ayu Afiqah serahkan kepada Rohana. Rohana yang tadinya murung kini telah menjadi ceria semula. Ayu Afiqah juga turut gembira dapat membantu rakan yang lain walaupun dia adalah pesaingnya.
    Setelah kek tiramisu siap, Ayu Afiqah sempat menjeling ke arah jam didinding. Rupa-rupanya 1 jam 20 minit telah berlalu. Dia hanya ada 10 minit untuk mempersembahkan dan menghias hidangan pencuci mutut yang dihasilkannya sebentar tadi. Perlahan-lahan Ayu Afiqah mengambil satu piring hidangan pencuci mulut yang berbentuk segi empat tepat. Kemudian dia momotong kek tiramisu itu dalam bentuk segi tiga.
    Setelah itu, Ayu Afiqah mengoleskan dua garisan panjang kiri dan kanan pinggan hidangan menggunakan cecair pekat kopi yang masih ada padanya. Untuk kelihatan menarik dan kontras pada warna kek, Ayu Afiqah mengambil dua ceri dan meletakkannya di atas kek. Ayu Afiqah tersenyum puas melihat hasil kerja seninya. Nek Jah yang berada di ruangan penonton bangun untuk melihat kek tiramisu Ayu Afiqah.
    Sebaik sahaja masa tamat, juru acara memanggil peserta secara bertiga-tiga ke hadapan untuk diadili. Ayu Afiqah dan dua lagi peserta adalah kumpulan pertama di panggil ke hadapan. Dada Ayu Afiqah berdegup kencang. Namun, digagahkan juga langkahnya untuk kehadapan juri dan juru acara. Tiba-tiba suatu yang tidak disangka oleh peserta lain ditanyakan oleh juru acara terlebih dahulu sebelum juri merasa hidangan masing-masing.
    Ketiga-tiga peserta termasuk Ayu Afiqah kehadapan membawa hidangan masing-masing. Ayu Afiqah menjeling hidangan dua peserta disebelahnya. Peserta pertama menghidangkan kek cawan yang cantik. Peserta kedua menyediakan puding yang tak kalah menarik persembahannya. Puding itu diletakkan pada gelas yang kecil sedikit dari goblet dan dinamakan gelas saji. Cukup menarik dengan payung comel di tepinya.
    Ayu Afiqah sudah mula kurang keyakinan untuk menang kali ini. Namun, dikuatkan juga semangatnya. Tapi, dia tidak sanggup menerima kegagalan.
    “Nyatakan nama hidangan pencuci mulut anda masing-masing.” Kata juru acara yang kacak tersebut. Secara spontan peserta pertama negatakan Pizza tropika. Peserta kedua pula menamakan puding di menara, sempena puding yang dihasilkannya tinggi seperti menara.

    ReplyDelete
  3. “Nama hidangan pencuci mulut saya ialah Tiramisu Buat Ibu.” Jawab Ayu Afiqah dengan jelas. Sejurus itu, dewan memberi tepukan gemuruh. Nek Jah, ayah dan Nek Dar kelihatan berdiri sambil memberikan tepukan. Ketiga-tiga hidangan peserta tadi termasuk Ayu Afiqah mendapat pujian dari pihak juri. Ayu yang menrima tepukan gemuruh terpinga-pinga. Dia tidak menyangka jawapan spontannya mendapat penghormatan sedemikian dari penonton.
    Sebaik sahaja ketiga-tiga peserta kembali semula ke tempat masing-masing, juru acara memanggil tiga peserta yang lain. Ayu Afiqah berdiri semula di dapur tempat dia bekerja sebentar tadi. Sementara menunggu juri membuat penilaian dan merasa semua hidangan, Ayu Afiqah mengambil peluang untuk melihat dan mempelajari sedikit sebanyak hidangan peserta lain.
    Melihatkan kesemua hidangan yang peserta lain persembahkan, menambahkan lagi debaran di hati Ayu Afiqah. Dia semakin tidak yakin yang dia akan melepasi pertandingan separuh akhir ini untuk ke peringkat akhir. ‘Dapatkah aku lepasi peringkat ini? Aku tak sanggup menghampakan harapan arwah ibu, ayah, Nek Jah nek Dar..’ getus hati Ayu Afiqah. Air matanya bagaikan hendak mengalirkan namun cuba ditahannya.
    Sebaik sahaja kesemua peserta selesai mempersembahkan hidangan mereka, kesemua peserta diminta bergerak ke hadapan sekali lagi. menurut juru acara, nama peserta yang akan disebutkan akan terus sahaja masuk ke pertandingan akhir master chef junior. Sepuluh peserta akan di pilih ke pusingan akhir. Ayu Afiqah semakin tidak keruan. Suasana dewan menjadi senyap. Hadirin menumpukan perhatian pada nama yang bakal juru acara sebutkan.
    Ayu Afiqah juga mendengar dengan khusyuk dan penuh debaran. Satu-persatu nama peserta di panggil. Dari nombor 1 hingga ke nombor 6. Namun, belum juga ada nama Ayu Afiqah. Ayu Afiqah mula mengalirkan air mata. Dia juga sudah mula berputus asa. Ditekupnya telinganya tanda tidak lagi sanggup mendengar nama orang lain yang dipanggil dan amat memedihkan hatinya. Sambil air matanya mengalir laju.
    “Peserta ke-7 yang layak ke pusingan akhir ialah Ayu Afiqah binti Fuad.” Panggil juru acara. Namun, tiada siapa yang maju ke hadapan seperti sebelumnya. Rohana yang bersebelahan dengan Ayu Afiqah sempat menyiku Ayu Afiqah sambil tersenyum. Ayu Afiqah yang terkejut dengan sikuan Rohana memandang sekilas ke arah Rohana.
    “Tahniah Ayu!” sambil tangannya menyalami Ayu Afiqah dan seterusnya memeluknya. Ayu Afiqah yang masih lagi tidak percaya memandang pula ke arah juru acara untuk mendapatkan kepastian. Lantas, juru acara yang faham maksud Ayu Afiqah menyebut kembali namanya dengan lantang. Tiba-tiba Ayu Afiqah melompat kegembiraan lantas memeluk semula Rohana sebelum bergerak ke sebelah kanan dewan menyertai peserta lain yang telah disebut nama sebentar tadi.
    Dari tempat Ayu Afiqah berdiri di sebelah kanan dewan, dia sempat melambai orang-orang yang disayanginya di tempat duduk penonton. Ayah, Nek Jah dan Nek Dar sudah berdiri dan memberi tepukan gemuruh buatnya. Ayah melambai-lambai dan memberi isyarat ibu jari ke atas kepadanya. Ayu Afiqah tersenyum bangga. Akhirnya dia layak ke pusingan akhir master chef junior!


    ReplyDelete
  4. Erna, kita teruskan k;

    Bab 6 : Tiramisu Buat (Chef) Ibu

    (sesuai dgn format pihak (penganjur - tukar; sebut siapa penganjur, tmbh; semua peserta pertandingan) duduk di tempat duduk penonton. (mereka) bersama keluarga(nya( masing-masing. (Begitu juga dengan) Ayu Afiqah (yg) duduk bersama ayah, Nek Jah, Nek Dar.
    (gmbarkan perasaan dlm dada mcm mana rupanya) Tmbh; mujur puan/tuan pengetua sgt menyokong - ? Dgn itu, dengan mudah) Ayu Afiqah telah mendapat pelepasan untuk mewakili sekolah ke pertandingan separuh akhir Master Chef Junior Malaysia.
    (ada guru tak di pertandingan tu? Jika tiada, kenapa? Buat dialog guru tu, gmbarkan orgnya, penampilan, bila ni)
    (matikan lamunannya) Suasana (dewan - sebut nama dewan, di mana) yang berukuran (seluas padang sekolah itu riuh dengan kehadiran (para hadirin. (Jelas kelihatan kebanyakan para) penyokong (terdiri daripada rakan-ranakn dan ahli keluarga peserta sendiri. )
    `Mujur kali ini juga ayah dpt bersamaku,’ fikir ayu afiqah. Kehadiran nek jah dan nek dar, sedikit sebyk dpt juga mengisi kehilangan yg dirasai oleh ketiadaan ibu. Sementara) rakan-rakan sekelas (ayu afiqah) tidak dapat menghadiri pertandingan ini kerana terlibat dengan aktiviti hari sukan di sekolah. (sukan apa? kenapa ayu tak ikut aktiviti tu?(
    (buat dialog salah seorang rakan baik sekolahnya ttg sukan dan pertandingan tu, pendek je)
    (kini,) (dewan - sebut nama dewan, tmbh; terang benderang oleh) cahayanya dipenuhi dengan limpahan lampu tumpu. Kedudukan penonton adalah di bahagian kiri, kanan dan hadapan dewan. (suasana terasa begitu) gilang gemilang sekali. Kelihatan) juru acara dan juri (utk) saringan-saringan (terdahulu), masih dikekalkan),
    (ayu afiqah yg tiba2 diserang darah gemuruh, segera mengalihkan pandangannya kea rah lain. Dia mengerling ke arah) dengan 20 buah dapur (yg) 1 meter sahaja dari lantai. (Ternyata) dapur itu agak rendah sedikit daripada biasa, (bersesuaian) dengan ketinggian peserta yang bakal memasak. (Malah, ruang kerjanya juga) cukup luas dan selesa untuk (para peserta) menyediakan hidangan.
    Di atas meja itu, terdapat barang-barang asas sahaja. Antaranya ialah landas cincang, sudu, sudip dan pisau. Ayu Afiqah suka melihat pisau tersebut. Ini kerana pisau itu berwarna warni. Pisau kecil yang digunakan untuk memotong barang-barang atau bahan yang kecil berwarna jingga terang.
    (mak pernah beli pisau mcm tu di rumah tak? - buat monolog) Manakala warna untuk pisau bersaiz sederhana ialah hijau dan akhir sekali warna untuk pisau yang paling besar dan kebiasaannya digunakan untuk memotong daging ialah berwarna biru.
    (pernafasan) Dapur2 itu, tersusun di - ?). (di hadapan dapur2 itu, kelihatan) tiga buah meja dan tiga buah kerusi yang dikhaskan (untuk) juri dan juru acara. Oven pula terletak

    ReplyDelete
  5. di bawah dapur memasak. (Tentunya) ini akan memudahkan peserta membakar atau memanggang hidangan mereka kelak. (bezakan saiz oven dgn oven nek jah)
    (gambarkan riak muka bila teringat dia buat kek tiramisu dgn nek jah - bila? Apa komen ayah dan nek dar bila makan kek yg mereka buat, perasaan ayu afiqah waktu tu)
    (Namun, tiba2) dada Ayu Afiqah berdebar (cemas. Matanya terkebil2 memandang juru acara mengambil tempat di tengah gelanggang. (juruacara itu mulai memanggil seorang demi seorang peserta - ? gmbarkan peserta2 pertandingan yg lain, penampilan, riak muka mereka, sebut beberapa nama peserta yg dikenali, riak muka mereka)
    (Tanpa sedar, ayu afiqah) menggenggamnya tangan Nek Jah dan Nek Dar yang kebetulan duduk di sebelah kiri dan kanan(nya). Dia mahu mendapatkan sedikit kekuatan (daripada kedua2 nenek yg amat disayanginya itu)
    (Dlm) pertandingan saringan yang lalu, (rasanya ayu afiqah tiada masalah. Ketika itu,) ibu masih ada. Biasanya ibulah yang akan menggenggam tangan Ayu Afiqah untuk menberi(kan)sedikit semangat. (Padahal, kehadiran ibu di sisinya, sudah cukup utk menguatkan semangat ayu afiqah. Sungguh) Sebak dada ayu Afiqah (mengenangkannya).
    “Ayu Afiqah binti Fuad. Sila ke depan,” panggil juru acara (gmbarkan orgnya, penampilan).
    “Semoga berjaya, cu, (amin)!” kata Nek Dar dan Nek Jah, serentak lalu menepuk2 - ? dgn perlahan2)
    (dialog ayah,”sela) ayah (yg) sempat (membelai) kepala Ayu Afiqah (yg memakai - ?) (sebagai) tanda memberi(kan) restunya.
    (“Baik nek dar… nek jah.. baik ayah,”balas ayu, tmbh; sambil) menganguk memandang orang-orang (amat) disayanginya. (perasaan ayu?)
    (Lantas,) Ayu Afiqah yang (ber)blaus hijau, (ber)seluar hitam, (ber)tudung hitam dan berkasut (kanvas) bertumit rata, bangun perlahan-lahan. (tanpa berlengah lagi, dia melangkah menuju ke arah - ?) dan berbaris dengan peserta (pertandingan yang lebih dahulu dipanggil sebelumnya. (riak muka peserta yang dikenali memandangnya?).
    (sejurus,) Ayu Afiqah (mendengarkan) taklimat dari(pada) juru acara selanjutnya.
    Suasanan dewan yang sebelumya bingit tiba-tiba senyap (seperti - ?) Juru acara (terus) menerangkan (ttg) peraturan (pertandingan - sebut nama pertandingan) satu demi satu. (antaranya, - ?)
    (monolog ayu afiqah ttg peraturan tu, samakah dgn peraturan utk pertandingan sebelumnya?) Para peserta juga mendengar dengan (tekun akan) segala maklumat mengenai pertandingan yang disampaikan oleh juruacara.
    Setelah semua 20 orang peserta berada di hadapan, juru acara mengumumkan (bahawa kali ini,) tema (pertandingan pada) kali ini ialah pencuci mulut. (reaksi peserta lain? Ligat

    ReplyDelete
  6. otak Ayu Afiqah memikirkan (ttg) apakah menu hidangan pencuci mulut yang paling sesuai untuk dihidangkan pada pertandingan separuh akhir ini.
    (Sekelip lintasan menjelma. Segera ayu afiqah ingat. - bila dia buat kek tiramisu dgn nek jah tu? Terbayang2 kembali bagaimana - ? sebut ttg komen yg diterima drpd ayah, nek dar - sapa lagi?)
    (serta-merta dia mendapat ilham. Buat dia bertekad utk membuat Kek Tiramisu Ala Ibu & Nenek, hasil gabungan - ? kaitkan dgn ciptaan ibu dan nek jah - bermakna kek tiramisu ni lain drpd yg lain) Sekali lagi ligat otak Ayu Afiqah mengingati bahan-bahan yang diperlukannya.
    “Ayu, semasa memilih barangan di stor (masterchef nanti), lebih baik memilih barangan yang sukar dan terhad dahulu. Takut barangan terhad tersebut (dipilih oleh peserta lain dan pasti akan cepat) habis. (kemudian), barulah (kamu) pilih barangan yang banyak di pamerkan (di mana). (ingat,) ini stratergi tau!” tergiang-giang kata-kata ibu semasa saringan pertama (dahulu, di ingatannya_.
    Ayu Afiqah (mengangguk seolah2 ibu betul2 sedang berckp di hadapannya. Dia ayu afiqah lalu) bergegas ke stor bahan bersama peserta yang lain. Cepat-cepat Ayu Afiqah mengambil (dahulu) bahan-bahan yang agak sukar dan terhad di dalam rak. (antaranya) keju cheddar parut, krim serbuk, sebuk kopi, tepung maizena dan bahan penstabil ovalet.
    Setelah (semua yg diperlukan terkumpul kemas di - ?,) barulah dia mengambil (barangan keperluan yg lain pula. Antaranya, 6 biji telur, tepung gandum, air dan beberapa bahan yang lainnya.
    (sebaik segala keperluannya mencukupi, ayu afiqah bergegas ke - ? tanpa memandang kea rah peserta lawannya,) Ayu Afiqah (segera) memukul 6 biji telur, bahan penstabil ovalet dan gula pasir menggunakan mesin. (Namun, tiba2 tumpuan fikirannya terganggu oleh) tangisan seorang peserta yang (di sebelah meja dapurnya.
    (peserta lawannya yg bernama Rohana - tukar ke budak bukan melayu) menangis. Apabila ditanya, - buat dialog)
    (ternyata keju cheddar telah habis di dalam stor bahan.- buat dialog budak tu ttg resepinya juga)
    (perasaan ayu afiqah) (Pihak urusetia pertandingan tidak dapat menyediakan keju cheddar lagi - mana ayu tahu ni?) Mereka sebaliknya mengantikannya dengan keju jenama lain. (reaksi budak tu mendengarkannya?)
    Ayu Afiqah (berasa amat) kasihan dengan (Rohana. Sedangakan resepi Pizza (Rohana - tukar;) perlu keju cheddar. Akhirnya Ayu Afiqah pegi semula ke stor untuk menimbang keju cheddar yang dia ada. Ayu Afiqah hanya memerlukan 100 gram sahaja keju cheddar parut.
    (Setelah ditimbang, rupanya dia mengambil 150 gram keju - buat monolog ayu afiqah) Lebihan keju 50 gram itu Ayu Afiqah serahkan kepada Rohana. Rohana yang tadinya

    ReplyDelete
  7. murung, (tiba2 bingkas memeluk ayu afiqah dgn erat sambil mengucapkan terima kasihnya. Wajahnya kembali ceria (sperti sebelumnya)
    (ayu afiqah amat terharu) Ayu Afiqah juga turut gembira dapat membantu rakan yang lain walaupun dia adalah pesaingnya. Setelah kek tiramisu (istimewanya) siap, Ayu Afiqah sempat menjeling ke arah jam di dinding. Rupa-rupanya 1 jam 20 minit telah berlalu. Dia hanya ada 10 minit (sahaja lagi)
    ‘(aku perlu cepat, aku perlu epat, aku perlu cepat!’ gesa ayu afiqah di dalam hati. Lalu dia segera) menghias hidangan pencuci mulutnya (dgn apa dia hias?), (sebelum) dihidangkan (kepada - ? Cepat2) Ayu Afiqah mengambil (sebiji) piring hidangan pencuci mulut yang berbentuk segi empat tepat, (warna).
    Kemudian, (dgn cermat pula,) dia momotong kek tiramisu itu dalam bentuk segi tiga.(Setelah itu, Ayu Afiqah mengoleskan dua garisan panjang kiri dan kanan pinggan hidangan menggunakan cecair pekat kopi yang masih ada padanya. - sesuaikan dgn kek tiramisu ciptaan baru hasil gabungan ibu dan nenek)
    (gmbarkan aroma kek tiramisu ciptaannya yg berbaur dgn aroma masakan lain di ruang dewan tu mcm mana, riak muka semua di situ, termasuk para juri, juruacara, dan penonton)
    `(Nah…! ‘Kan cantik ‘tu!’ getus ayu afiqah dlm hati setelah) Ayu Afiqah meletakkan dua (buah) ceri dan (erna tukar buah ceri ke buah lain atau tambah lagi satu buah yg lain supaya kek berlainan drpd asalnya dan perlihatkan daya kreativitinya, warna?) meletakkannya di atas kek. Ayu Afiqah tersenyum puas melihat hasil kerja seninya.
    (dikerlingnya) Nek Jah yang (duduk) di ruangan penonton (tadi, tiba2) bangun untuk (menjenguk ke arah) kek tiramisu Ayu Afiqah. (riak muka nek jah, reaksi nek dar dan ayah? buat ayu pandang kea rah peserta lawannya - mereka dah siap belum? Sebut beberapa menu mereka)
    (buat dia tunjuk isyarat dia puji masakan salah seorang drpd mereka, reaksi balas budak tu)
    Sebaik sahaja masa tamat, juru acara memanggil peserta secara (tiga sekumpulan) ke hadapan untuk diadili. Ayu Afiqah dan dua lagi peserta adalah kumpulan pertama di panggil ke hadapan. Dada Ayu Afiqah berdegup kencang. (darah gemuruh menguasai segenap salur nadinya, dan lantas terasa lemah seluruh tubunya. - gmbarkan reaksi para penonton)
    `(buat monolog dia berdoa supaya hidangan makanannya tidak terlepas dr tangan,’),
    Namun, digagahkan juga langkahnya untuk ke hadapan juri dan juru acara. (Seperti dua lagi peserta lawannya, - di mana diletakkan hidangan makananya tu?) Tiba-tiba juruacara meminta mereka menjawab satu soalan, sebelum (pihak) juri merasa hidangan masing-masing. (riak muka juri - berapa org juri, mereka duduk atau berdiri?)
    Ayu Afiqah menjeling hidangan dua peserta di sebelahnya. Peserta pertama, (jantina, usia?) menghidangkan kek cawan yang cantik. Peserta kedua, (jantina, usia)

    ReplyDelete
  8. menyediakan puding yang tak kalah menarik persembahannya. Puding itu diletakkan pada gelas yang kecil sedikit dari (goblet - cuba guna BM) dan dinamakan gelas saji. Cukup menarik dengan payung comel di tepinya.
    (entah mengapa, semangat ayu afiqah yg menggebu2 seperti - ? kaitkan dgn pembikinan ket tu, tmbh; tiba2 mengucup seperti - ?) (perasaan) kurang keyakinan untuk menang (pada) kali ini, (menguasai dirinya. Namun, dikuatkan juga semangatnya. (tambah pula, seperti kata ibu, menang kalah bergantung pada rezeki. Yg penting, ayu afiqah sudah membuatnya dgn seluruh jiwa dan raganya.
    “(sila) nyatakan nama hidangan pencuci mulut anda masing-masing,”(arah) juruacara yang kacak tersebut (dgn - riak muka).
    Secara spontan peserta pertama (negatakan - ?) (bahawa hidangannya bernama) Pizza (T)ropika. Peserta kedua pula menamakan (hidangannya) Puding Di Menara, sempena puding yang dihasilkannya tinggi (dan berbentuk) seperti menara.
    “Nama hidangan pencuci mulut saya ialah Tiramisu Buat Ibu,” jawab Ayu Afiqah dengan jelas (dan pasti).
    (Mendadak), dewan memberi tepukan gemuruh. Nek Jah, ayah dan Nek Dar kelihatan berdiri sambil memberikan tepukan. Ketiga-tiga hidangan peserta tadi termasuk Ayu Afiqah mendapat pujian dari pihak juri. Ayu yang menrima tepukan gemuruh terpinga-pinga. Dia tidak menyangka jawapan spontannya mendapat penghormatan sedemikian daripada penonton.
    Sebaik sahaja ketiga-tiga peserta kembali semula ke tempat masing-masing, juruacara memanggil tiga peserta yang lain. (resah gelisah,) Ayu Afiqah berdiri semula di dapur tempat dia bekerja sebentar tadi. Sementara menunggu juri membuat penilaian dan merasa semua hidangan, Ayu Afiqah mengambil peluang untuk melihat dan mempelajari sedikit sebanyak hidangan peserta lain.
    Melihatkan semua hidangan yang peserta lain persembahkan, menambahkan lagi debaran di hati Ayu Afiqah. (gambarkan dia lihat riak muka juri ketika menilai hidangan masakan mereka) Dia semakin tidak yakin yang dia akan melepasi pertandingan separuh akhir ini untuk ke peringkat akhir.
    ‘Dapatkah aku lepasi peringkat ini? Aku tak sanggup menghampakan harapan arwah ibu, ayah, Nek Jah nek Dar…’ getus hati Ayu Afiqah. Air matanya bagaikan hendak mengalirkan namun cuba ditahannya.
    Sebaik sahaja (selesai menilai,) semua peserta diminta bergerak ke hadapan sekali lagi. Menurut juruacara, nama peserta yang akan disebutkan akan terus sahaja masuk ke pertandingan akhir Master Chef Junior (Malaysia). Sepuluh peserta akan dipilih ke pusingan akhir.
    Ayu Afiqah semakin tidak keruan. Suasana dewan menjadi (senyap - tukar; sesenyap apa? (Para) hadirin menumpukan perhatian pada (mulut juruacara) yang bakal

    ReplyDelete
  9. smenyebut nama peserta yg - ? ayu afiqah menanti dgn)
    penuh debaran.
    (buat juruacara sebut satu persatu nama, misalnya, Chan Ah Moi, Tania Majawat, Rabiah Rashid… “ - sebut nama budak yg diberikan cheddar cheese juga tadi, reaksi penonton)
    (reaksi budak tu bila melihat wajah ayu afiqah yg rusuh, gambarkan perasaan dlm dada ayu afiqah, tmbh; Sejurus,) satu-persatu nama peserta di panggil (oleh juruacara utk tampil ke - ). Dari nombor 1 hingga ke nombor 6. Namun, belum juga nama Ayu Afiqah dipanggil. (ayu afiqah berasa seakan hampir lemas oleh rasa gementar dan penuh suspen,)
    `(buat monolog dia berckp pada ibu yg dia mungkin gagal)’, dll. Pedih hatinya menerima kenyataan akan kegagalan yg bakal tercipta di dewan itu.
    (bertungkus-lumus pula) Ayu Afiqah (menahan diri daripada) mengalirkan air mata. Dia juga sudah mula berputus asa. (Ingin saja) ditekup telinganya tanda tidak lagi sanggup mendengar nama orang lain. (Namun dia tidka boleh berbuat begitu, kerana ia akan hanya memalukan - ? lagipun, bak kata ibu, dia perlu ada semangat kesukanan, walau dlm apa pertandingan pun)
    “Peserta ke-7 yang layak ke pusingan akhir ialah Ayu Afiqah binti Fuad!” Panggil juru acara.
    (sempat ayu afiqah terpinga2 kehairanan. Ayu afiqah tercegat di - ? seperti tidak percaya pada apa yg didengar. Tiba2, peserta) yang (berdiri) bersebelahan dengan Ayu Afiqah, menyiku(nya) sambil (mengangguk dan) tersenyum. Ayu Afiqah (terkebil2) memandang sekilas ke (wajah peserta lawannya itu).
    “Tahniah Ayu!”(ujar peserta itu,) sambil tangannya menyalami Ayu Afiqah dan seterusnya memeluknya.
    Dari (jauh,) Ayu Afiqah sempat melambai orang-orang yang disayanginya di tempat duduk penonton. Ayah, Nek Jah dan Nek Dar sudah berdiri dan memberi tepukan gemuruh buatnya. Ayah melambai-lambai dan memberi isyarat ibu jari ke atas kepadanya. Ayu Afiqah tersenyum bangga. Akhirnya dia layak ke pusingan akhir master chef junior!
    (Ayu Afiqah yang masih lagi tidak percaya memandang pula ke arah juruacara untuk mendapatkan kepastian. (riak muka juruacara?) Lantas, juruacara yang (memahami akan) maksud (pandangan) Ayu Afiqah, menyebut kembali namanya dengan lantang (dan ceria).
    (Tanpa sedar), Ayu Afiqah melompat kegembiraan lantas memeluk semula Rohana (dgn erat. Tanpa berlengah, ayu afiqah bergegas) menyertai peserta lain yang telah (Berjaya melalui pertandingan separuh akhir itu.
    (‘Ibu, kita Berjaya ke separuh akhir, bu. Kita Berjaya! dll’ rintihnya dlm hati, tersendu keharuan, gembira yg bukan alang kepalang)

    itu je dulu erna, gigih terus k

    ReplyDelete
  10. Bab 6 : Tiramisu Buat Chef Ibu

    Sesuai dengan format pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM), semua peserta pertandingan duduk di tempat duduk penonton. Mereka bersama keluarganya masing-masing. Begitu juga dengan Ayu Afiqah yang duduk bersama ayah, Nek Jah, Nek Dar. Pun begitu, debaran di dada Ayu Afiqah masih juga amat terasa.
    Mujur puan Aminah, guru besar sangat menyokong penglibatan Ayu Afiqah di dalam program Master Chef Junior ini. Dengan itu, dengan mudah Ayu Afiqah telah mendapat pelepasan untuk mewakili sekolah ke pertandingan separuh akhir Master Chef Junior Malaysia. Cikgu Natasha juga hadir sebagai guru pengiring kepada Ayu Afiqah. Cikgu Natasha yang berbaju kurung merah jambu kelihatan ayu dengan juga warna tudung yang senada.
    “Ayu, awak mesti bertenang dan buat sehabis baik.” Kata Cikgu Natasya mematikan lamunan Ayu Afiqah.
    Suasana Dewan Censelor di Universiti Malaysia Sabah yang berukuran seluas padang sekolah itu riuh dengan kehadiran para hadirin. Jelas kelihatan kebanyakan para penyokong terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga peserta sendiri.
    `Mujur kali ini juga ayah dapat bersamaku,’ fikir Ayu Afiqah. Kehadiran Nek Jah dan Nek Dar, sedikit sebanyak dapat juga mengisi kehilangan yang dirasai oleh ketiadaan ibu. Sementara rakan-rakan sekelas Ayu Afiqah tidak dapat menghadiri pertandingan ini kerana terlibat dengan aktiviti hari sukan di sekolah. Disebabkan hari sukan itu bertembung dengan tarikh pertandingan Master Chef Junior.
    “Ayu, kami tak dapat datang beri sokongan pada pertandingan kali ni. Tapi semangat kami tetap bersama awak.” kata-kata Steve rakan baiknya mengusik perasaan Ayu Afiqah.
    Kini, Dewan Censelor UMS terang benderang oleh cahayanya dipenuhi dengan limpahan lampu tumpu. Kedudukan penonton adalah di bahagian kiri, kanan dan hadapan dewan. Suasana terasa begitu gilang gemilang sekali. Kelihatan juru acara dan juri untuk saringan-saringan terdahulu, masih dikekalkan,
    Ayu Afiqah yang tiba-tiba diserang darah gemuruh, segera mengalihkan pandangannya kearah lain.
    Ayu Afiqah mengerling ke arah dengan 20 buah dapur yang 1 meter sahaja dari lantai. Ternyata dapur itu agak rendah sedikit daripada biasa, bersesuaian dengan ketinggian peserta yang bakal memasak. Malah, ruang kerjanya juga cukup luas dan selesa untuk para peserta menyediakan hidangan. Di atas meja itu, terdapat barang-barang asas sahaja. Antaranya ialah landas cincang, sudu, sudip dan pisau.
    Ayu Afiqah suka melihat pisau tersebut. Ini kerana pisau itu berwarna warni. Pisau kecil yang digunakan untuk memotong barang-barang atau bahan yang kecil berwarna jingga terang. Manakala warna untuk pisau bersaiz sederhana ialah hijau dan akhir sekali warna untuk pisau yang paling besar dan kebiasaannya digunakan untuk memotong daging ialah berwarna biru.
    “Jika ada ibu, pasti diapun akan turut suka dan akan membelikan untuk aku.” Getus hati Ayu Afiqah dengan dada turun naik denan pantas kerana sebak.

    ReplyDelete
  11. Dapur-dapur itu, tersusun di tengah dewan. Di hadapan dapur- dapur itu, kelihatan tiga buah meja dan tiga buah kerusi yang dikhaskan untuk juri dan juru acara. Oven pula terletak di bawah dapur memasak. Tentunya ini akan memudahkan peserta membakar atau memanggang hidangan mereka kelak.
    Oven tersebut lebih kecil berbanding Nek Jah di Kundasang. Oven Nek Jah yang saiznya lebih besar 6 kali ganda bezakan saiz oven dengan oven Nek Jah yang juga dikenali sebagai oven industri. Wajah Ayu Afiqah tiba-tiba tersenyum senang apabila teringat dia buat kek tiramisu dengan Nek Jah. Nek Jah dan Ayah juga amat suka pada kek tersebut. Ayu Afiqah amat gembira pada masa itu.
    Namun, tiba-tiba dada Ayu Afiqah berdebar cemas. Matanya terkebil-kebil memandang juru acara mengambil tempat di tengah gelanggang. Juruacara itu mulai memanggil seorang demi seorang peserta. Wajah kesemu peserta-peserta pertandingan tersebut pucat lesi. Antara peserta-peserta yang di panggil ialah Rachel, Arnizah, James, Widad dan Khaul. Mereka antaranya adalah kenalannya semasa pada pertandingan saringan-saringan yang lepas.
    Tanpa sedar, Ayu Afiqah menggenggamnya tangan Nek Jah dan Nek Dar yang kebetulan duduk di sebelah kiri dan kanannya. Dia mahu mendapatkan sedikit kekuatan daripada kedua-dua nenek yang amat disayanginya itu. Dalam pertandingan saringan yang lalu, rasanya Ayu Afiqah tiada masalah. Ketika itu, ibu masih ada. Kehadiran ibu di sisinya, sudah cukup untuk menguatkan semangat Ayu Afiqah. Sungguh sebak dada Ayu Afiqah mengenangkannya.
    “Ayu Afiqah binti Fuad. Sila ke depan,” panggil juru acara yang tinggi lampai dan kacak orangnya.
    “Semoga berjaya, cu, amin!” kata Nek Dar dan Nek Jah, serentak lalu menepuk-nepuk bahu Ayu Afiqah dengan perlahan-lahan.
    “Buat yang terbaik Ayu,” sela ayah yang sempat membelai kepala Ayu Afiqah yang memakai tudung hitam sebagai tanda memberikan restunya.
    “Baik Nek Dar… Nek Jah.. baik ayah,” balas Ayu, sambil menganguk memandang orang-orang yang amat disayanginya. Hati Ayu Afiqah menjadi sayu.
    Lantas, Ayu Afiqah yang berblaus hijau, berseluar hitam, bertudung hitam dan berkasut kanvas bertumit rata, bangun perlahan-lahan. Tanpa berlengah lagi, dia melangkah menuju ke arah ruang dewan utama dan berbaris dengan peserta pertandingan yang lebih dahulu dipanggil sebelumnya. Riak muka peserta yang dikenali memandangnya?.
    Sejurus, Ayu Afiqah mendengarkan taklimat daripada juru acara selanjutnya.
    Suasanan dewan yang sebelumya bingit tiba-tiba senyap seperti dilanda garuda. Juru acara terus menerangkan tentang peraturan pertandingan Master Chef Junior Malaysia satu demi satu. Antaranya, peserta mestilah menyiapkan hidangan pada masa yang ditetapkan iaitu sejam 45 minit.
    “Pada saringan pertama dahulu, masa untuk menyiapkan hidangan ialah sejam 30 minit sahaja. Ini bermakna ada tambahan 15 minit lagi.” Getus hati Ayu Afiqah. Para peserta juga mendengar dengan tekun akan segala maklumat mengenai pertandingan yang disampaikan oleh juruacara.
    Setelah semua 20 orang peserta berada di hadapan, juru acara mengumumkan bahawa kali ini, tema pertandingan pada kali ini ialah pencuci mulut. Peserta lain ada yang gembira dan ada yang pucat lesi. Ligat otak Ayu Afiqah memikirkan tentang apakah menu hidangan pencuci mulut yang paling sesuai untuk dihidangkan pada pertandingan separuh akhir ini.
    Sekelip lintasan menjelma. Segera Ayu Afiqah ingat apabila dia buat kek tiramisu dengan Nek Jah 3 hari lepas. Terbayang-bayang kembali bagaimana komen yang diterima daripada ayah dan Nek Dar. Serta-merta dia mendapat ilham. Buat dia bertekad utk membuat Kek Tiramisu Ala Ibu & Nenek, hasil gabungan resepi orang-orang yang disayanginya. Resepi kek tiramisu Nek Jah sedap. Manakala resepi ibu pula cantik dan menarik dengan taburan buah-buahan segar diatas kek.

    ReplyDelete
  12. ‘Hmm.. pasti sedap ni. Gabungan resepi Nek Jah dan ibu.’ Getus hati Ayu Afiqah sambil tersenyum kerana terbayangkan rupa bentuk dan rasa kek yang bakal dihasilkannya. Gabungan kek tiramisu Nek Jah dan ibu. Sekali lagi ligat otak Ayu Afiqah mengingati bahan-bahan yang diperlukannya.
    “Ayu, semasa memilih barangan di stor master chef nanti, lebih baik memilih barangan yang sukar dan terhad dahulu. Takut barangan terhad tersebut dipilih oleh peserta lain dan pasti akan cepat habis. Kemudian, barulah kamu pilih barangan yang banyak di pamerkan rak pameran. Ingat, stratergi ini tau!” Tergiang-giang kata-kata ibu semasa saringan pertama dahulu, di ingatannya.
    Ayu Afiqah mengangguk seolah-olah ibu betul-betul sedang bercakap di hadapannya. Ayu Afiqah lalu bergegas ke stor bahan bersama peserta yang lain. Cepat-cepat Ayu Afiqah mengambil dahulu bahan-bahan yang agak sukar dan terhad di dalam rak. Antaranya keju cheddar parut, krim serbuk, sebuk kopi, tepung maizena dan bahan penstabil ovalet.
    Setelah semua yg diperlukan terkumpul kemas di dalam bakulnya, barulah dia mengambil barangan keperluan yg lain pula. Antaranya, 6 biji telur, tepung gandum, air dan beberapa bahan yang lainnya. Sebaik segala keperluannya mencukupi, Ayu Afiqah bergegas ke dapurnya tanpa memandang kearah peserta lawannya. Ayu Afiqah segera memukul 6 biji telur, bahan penstabil ovalet dan gula pasir menggunakan mesin.
    Namun, tiba-tiba tumpuan fikirannya terganggu oleh tangisan seorang peserta yang di sebelah meja dapurnya. Peserta lawannya yg bernama Rachel menangis. Ayu Afiqah meninggalkan seketika kerjannya dan mendekati Rachel.
    “Mengapa awak menangis Rachel?” tanya Ayu Afiqah kasihan.
    “Rachel nak buat pizza gunakan keju cheddar. Tapi keju cheddar dah habis dan pihak urusetia pertandingan tidak dapat menyediakannya lagi. Mereka sebaliknya mengantikannya dengan keju jenama lain..” Jawab Rachel masih mengesak.
    Ayu Afiqah berasa amat kasihan dengan Rachel. Sedangakan resepi Pizza Rachel perlu keju cheddar. Akhirnya Ayu Afiqah pegi semula ke stor untuk menimbang keju cheddar yang dia ada. Ayu Afiqah hanya memerlukan 100 gram sahaja keju cheddar parut. Setelah ditimbang, rupanya dia mengambil 150 gram keju.
    ‘Adui, rupanya aku dah tersalah timbang ni. Aku patut berikan keju cheddar ni pada Rachel,’ Getus Ayu Afiqah.
    Lebihan keju 50 gram itu Ayu Afiqah serahkan kepada Rachel. Rachel yang tadinya murung, tiba-tiba bingkas memeluk Ayu Afiqah dengan erat sambil mengucapkan terima kasihnya. Wajahnya kembali ceria seperti sebelumnya. Ayu Afiqah amat terharu. Ayu Afiqah juga turut gembira dapat membantu rakan yang lain walaupun dia adalah pesaingnya.
    Setelah kek tiramisu istimewanya siap, Ayu Afiqah sempat menjeling ke arah jam di dinding. Rupa-rupanya 1 jam 20 minit telah berlalu. Dia hanya ada 25 minit sahaja lagi.
    ‘Aku perlu cepat, aku perlu cepat, aku perlu cepat!’ gesa Ayu Afiqah di dalam hati. Lalu dia segera menghias hidangan pencuci mulutnya.
    Lantas, Ayu Afiqah mengambil sebiji piring hidangan pencuci mulut yang berbentuk segi empat tepat, berwarna putih. Setelah itu, dengan cermat pula, dia momotong kek tiramisu itu dalam bentuk segi tiga. Setelah itu, Ayu Afiqah mengoleskan dua garisan panjang kiri dan kanan pinggan hidangan menggunakan cecair pekat kopi yang masih ada padanya.

    ReplyDelete
  13. Gabungan aroma kek tiramisu ciptaannya yang berbaur dengan aroma masakan lain di ruang dewan menerbitkan suatu perasaan yang menyeronokkan. Semua peserta kelihatan agak tegang, termasuk para juri, juruacara, dan penonton menjadi semakin teruja.
    `Nah…! ‘Kan cantik ‘tu!’ getus Ayu Afiqah di dalam hati setelah Ayu Afiqah meletakkan dan menyusun buah ceri merah, hirisan buah kiwi dan buah stawberi segar. Ayu Afiqah tersenyum puas melihat hasil kerja seninya.
    Dikerlingnya Nek Jah yang duduk di ruangan penonton tadi, tiba-tiba bangun untuk menjenguk ke arah kek tiramisu Ayu Afiqah. Nek Jah tersenyum gembira. Ayah dan Nek Dar juga turut tersenyum. Ayu Afiqah memandang kearah peserta lain. Rachel masih bertungkus lumus memarut keju cheddarnya di atas pizza. Arnizah sibuk menghias pudingnya dan James sedang mengeluarkan kek cawan dari oven.
    Ayu Afiqah mengangkat ibu jari menunjukkan dia memuji masakan Rachel. Rachel membalasnya dengan senyuman manis. Sebaik sahaja masa tamat, juru acara memanggil peserta secara tiga sekumpulan ke hadapan untuk diadili. Ayu Afiqah dan dua lagi peserta adalah kumpulan pertama di panggil ke hadapan. Dada Ayu Afiqah berdegup kencang. Darah gemuruh menguasai segenap salur nadinya, dan lantas terasa lemah seluruh tubunya.
    Penonton yang tadinya bertepuk tangan apabila nama-nama peserta dipanggil secara berkumpulan tiba-tiba menjadi senyap.
    `Ya Allah. Kuatkanlah hati dan semangatku. Semoga semuanya berjalan lancar dan hidangan makanan ini tidak terlepas dari tanganku,’ doa Ayu Afiqah tadkala tangannya menggigil mengangkat hidangan pencuci mulut hasil kerja kerasnya tadi untuk diadili oleh juri.
    Langkah kaki Ayu Afiqah menjadi sungguh berat. Namun, digagahkan juga langkahnya untuk ke hadapan juri dan juru acara. Seperti dua lagi peserta lawannya, Ayu Afiqah meletakkan hidangan makananya di atas meja di hadapan juri. Tiba-tiba juruacara meminta mereka menjawab satu soalan, sebelum pihak juri merasa hidangan masing-masing. Wajah serius 3 orang juri, yang sedang duduk itu menambahkan lagi debaran di dada Ayu Afiqah.
    Ayu Afiqah menjeling hidangan dua peserta di sebelahnya. Peserta pertama, James yang berusia 12 tahun menghidangkan kek cawan yang cantik. Peserta kedua, Arnizah, berusia 11 tahun, menyediakan puding yang tak kalah menarik persembahannya. Puding itu diletakkan pada gelas yang kecil sedikit dari gelas saji. Cukup menarik dengan payung comel di tepinya.
    Entah mengapa, semangat Ayu Afiqah yang menggebu-gebu seperti menggebunya kek tiramisu buatannya tadi tiba-tiba menguncup seperti daun pokok semalu. Perasaan kurang keyakinan untuk menang pada kali ini, menguasai dirinya. Namun, dikuatkan juga semangatnya. Tambah pula, seperti kata ibu, menang kalah bergantung pada rezeki. Yang penting, Ayu Afiqah sudah membuatnya dengan seluruh jiwa dan raganya.
    “Sila nyatakan nama hidangan pencuci mulut anda masing-masing,”arah juruacara yang kacak tersebut dengan amat serius. Secara spontan James megatakan bahawa hidangannya bernama Pizza Tropika. Peserta kedua pula menamakan hidangannya Puding Di Menara, sempena puding yang dihasilkannya tinggi dan berbentuk seperti menara.
    “Nama hidangan pencuci mulut saya ialah Tiramisu Buat Ibu,” jawab Ayu Afiqah dengan jelas dan yakin. Mendadak, dewan memberi tepukan gemuruh.

    ReplyDelete
  14. Nek Jah, ayah dan Nek Dar kelihatan berdiri sambil memberikan tepukan. Ketiga-tiga hidangan peserta tadi termasuk Ayu Afiqah mendapat pujian dari pihak juri. Ayu yang menerima tepukan gemuruh terpinga-pinga. Dia tidak menyangka jawapan spontannya mendapat penghormatan sedemikian daripada penonton.
    Sebaik sahaja ketiga-tiga peserta kembali semula ke tempat masing-masing, juruacara memanggil tiga peserta yang lain. Resah gelisah, Ayu Afiqah berdiri semula di dapur tempat dia bekerja sebentar tadi. Sementara menunggu juri membuat penilaian dan merasa semua hidangan, Ayu Afiqah mengambil peluang untuk melihat dan mempelajari sedikit sebanyak hidangan peserta lain.
    Melihatkan semua hidangan yang peserta lain persembahkan, menambahkan lagi debaran di hati Ayu Afiqah. Senyuman juri ketika menilai hidangan masakan peserta lain menyebabkan dia semakin tidak yakin yang dia akan melepasi pertandingan separuh akhir ini untuk ke peringkat akhir.
    ‘Dapatkah aku lepasi peringkat ini? Aku tak sanggup menghampakan harapan arwah ibu, ayah, Nek Jah, Nek Dar dan cikgu…’ getus hati Ayu Afiqah. Air matanya bagaikan hendak mengalirkan namun cuba ditahannya.
    Sebaik sahaja selesai menilai, semua peserta diminta bergerak ke hadapan sekali lagi. Menurut juruacara, nama peserta yang akan disebutkan akan terus sahaja masuk ke pertandingan akhir Master Chef Junior Malaysia. Sepuluh peserta akan dipilih ke pusingan akhir.
    Ayu Afiqah semakin tidak keruan. Suasana dewan menjadi sesenyap di perpustakaan. Para hadirin menumpukan perhatian pada mulut juruacara yang bakal smenyebut nama peserta yang layak mara ke pertandingan akhir Master Chef Junior Malaysia kelak. Ayu Afiqah menanti dengan penuh debaran.
    “Chan Ah Moi, Tania Majawat, Rabiah Rashid, Rachel…” Penonton semakin berdebar.
    Rachel melihat Ayu Afiqah pucat lesi. Dada Ayu Afiqah berombak kencang. Sejurus itu, Sejurus, satu-persatu nama peserta di panggil oleh juruacara untuk tampil ke hadapan. Dari nombor 1 hingga ke nombor 6. Namun, belum juga nama Ayu Afiqah dipanggil. Ayu Afiqah berasa seakan hampir lemas oleh rasa gementar dan penuh suspen.
    `Ibu, maafkan Ayu ibu, Ayu tak dapat penuhi harapan ibu.... Ayu mungkin gagal,’ pedih hati Ayu Afiqah menerima kenyataan akan kegagalan yg bakal tercipta di dewan itu. Bertungkus-lumus pula Ayu Afiqah menahan diri daripada mengalirkan air mata. Dia juga sudah mula berputus asa. Ingin saja ditekup telinganya tanda tidak lagi sanggup mendengar nama orang lain. Namun dia tidka boleh berbuat begitu, kerana ia akan hanya memalukan dirinya sendiri. lagipun, bak kata ibu, dia perlu ada semangat kesukanan, walau dalam apa pertandingan sekallipun.
    “Peserta ke-7 yang layak ke pusingan akhir ialah Ayu Afiqah binti Fuad!” Panggil juru acara. Sempat Ayu Afiqah terpinga-pinga kehairanan. Ayu Afiqah tercegat ditempatnya berdiri bersama 13 lagi peserta yang belum disebut namanya. Seperti tidak percaya pada apa yg didengar. Tiba-tiba, peserta perempuan yang berdiri bersebelahan dengan Ayu Afiqah, menyikunya sambil mengangguk dan tersenyum. Ayu Afiqah terkebil-kebil memandang sekilas ke wajah peserta wanita lawannya itu.

    ReplyDelete
  15. “Tahniah Ayu!” ujar peserta itu, sambil tangannya menyalami Ayu Afiqah dan seterusnya memeluknya. Dari jauh, Ayu Afiqah sempat melambai orang-orang yang disayanginya di tempat duduk penonton. Ayah, Nek Jah, Nek Dar dan Cikgu Natasha sudah berdiri dan memberi tepukan gemuruh buatnya. Ayah melambai-lambai dan memberi isyarat ibu jari ke atas kepadanya. Ayu Afiqah tersenyum bangga. Akhirnya dia layak ke pusingan akhir master chef junior!
    Ayu Afiqah yang masih lagi tidak percaya memandang pula ke arah juruacara yang berwajah serius itu untuk mendapatkan kepastian. Lantas, juruacara yang memahami akan maksud pandangan Ayu Afiqah, menyebut kembali namanya dengan lantang dan ceria. Tanpa sedar, Ayu Afiqah melompat kegembiraan lantas memeluk semula peserta wanita tadi dengan erat. Tanpa berlengah, Ayu Afiqah bergegas menyertai peserta lain yang telah berjaya melalui pertandingan separuh akhir itu.
    ‘Ibu, kita Berjaya ke separuh akhir, ‘bu. Kita Berjaya!’ teriak Ayu Afiqah di dalam hati, dia menangis keharuan, gembira yg bukan alang kepalang.


    ReplyDelete
  16. Erna, seperti sebelumnya, sebuah hasil pemurnian yg sgt2 padat, kuat, hidup dan menarik, tahniah!

    ini sentuhan akhirnya;


    1. yang duduk bersama ayah, Nek Jah, Nek Dar. Pun begitu, debaran di dada Ayu Afiqah masih juga amat terasa (melemaskannya).
    2. Mujur (P)uan Aminah, guru besar sangat menyokong penglibatan
    3. sekolah ke pertandingan separuh akhir Master Chef Junior Malaysia. (Bersyukur tidak terhingga ayu afiqah apabila) Cikgu Natasha juga hadir sebagai guru pengiring kepada(nya) (Ayu Afiqah - delete).
    4. “Ayu, awak mesti bertenang dan buat sehabis baik.” Kata Cikgu Natasya, ( mematikan lamunan Ayu Afiqah. - tukar; memberikannya semangat).
    5. Kini, Dewan Censelor UMS terang benderang oleh (cahayanya dipenuhi dengan - delete) limpahan (cahaya(\) lampu tumpu.
    6. Ayu Afiqah yang tiba-tiba diserang darah gemuruh, segera mengalihkan pandangannya (ke arah) lain.
    7. Ayu Afiqah mengerling ke arah (dengan - delete) 20 buah dapur yang 1 meter sahaja dari lantai.
    8. “Jika ada ibu, pasti (diapun - tukar; ibu un) akan turut suka dan akan membelikan (pisau seperti itu) untuk aku,” getus hati Ayu Afiqah. (dengan - delete) Dada(nya) turun naik (dengan) pantas kerana sebak.
    9. Oven tersebut (kelihatan) lebih kecil berbanding (dgn oven) Nek Jah di Kundasang.
    10. kali ganda bezakan saiz oven dengan oven Nek Jah yang juga dikenali sebagai oven industri. (Wajah - delete)
    11. Tanpa sedar, Ayu Afiqah menggenggam(nya - delete) tangan Nek Jah
    12. “Baik Nek Dar… Nek Jah.. baik ayah,” balas Ayu, sambil (menganguk - mengangguk)
    13. Riak muka peserta yang dikenali memandangnya?. - delete)
    14. Sekelip lintasan menjelma. Segera Ayu Afiqah ingat (apabila - tukar; akan masa) dia buat kek tiramisu
    15. Serta-merta dia mendapat ilham. (Buat - delete) Dia bertekad utk membuat Kek Tiramisu Ala Ibu & Nenek,
    16. “Mengapa awak menangis Rachel?” tanya Ayu Afiqah (kasihan - tukar; kehairanan).
    17. Ayu Afiqah berasa amat kasihan dengan Rachel. (Sedangakan resepi Pizza Rachel perlu keju cheddar. - tukar; tiba2 ayu afiqah mendapat satu idea).
    18. ‘Adui, rupanya aku dah tersalah timbang ni. (Baik) aku (patut - delete) berikan
    19. ini tidak terlepas dari tanganku,’ doa Ayu Afiqah (tadkala - tukar; tatkala) tangannya
    20. “Peserta ke-7 yang layak ke pusingan akhir ialah Ayu Afiqah binti Fuad!” Panggil juru acara. (tekan sekali enter)
    21. Ayu Afiqah terpinga-pinga kehairanan. Ayu Afiqah tercegat (di tempatnya)
    22. “Tahniah Ayu!” ujar peserta itu, sambil tangannya menyalami Ayu Afiqah dan seterusnya memeluknya. (tekan sekali enter)


    gigih terus k

    ReplyDelete