• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, September 17, 2017

52 comments:

  1. Bab 2: Kimpalan 6GR
    Bunyi desiran percikan api pada alat kimpalan di bengkel teknologi kimpalan Fabrikasi logam membingitkan telinga bagi orang-orang yang tidak biasa pada kebisingan. Percikan api dari rod-rod kimpalan juga adalah bagaikan bunga-bunga api yang dipandang indah dan baunya juga bagaikan bau wangian bunga melur bagi pelajar teknologi kimpalan seperti Butia. Udara di luar bengkel teknologi kimpalan masih lagi terang dan tenang.
    Butia dan beberapa pelajar lain masih menyaipkan kerja mengimpal paip menggunakan kaedah 6GR masing-masing. Antara rakan-rakan yang terlibat ialah Jude, Jack, Razali dan Charles. Mereka adalah pelajar-pelajar tahun akhir seperti Butia. Bezanya, mereka mengimpal bagi memperbaiki paip mereka yang belum cukup sempurna kerana encik Pits masih belum berpuashati dengan kualiti paip mereka. Manakala Butia pula perlu membuat semula paip yang baru kerana insiden kehilangan paipnya tempoh hari.
    Meskipun mereka adalah rakan sekuliah yang suka bergurau senda, namun semasa menjalankan kerja-kerja mengimpal, mereka menjadi serius dan tidak bermain-main. Itulah peraturan bengkel yang mereka pelajari bermula dari semester satu lagi. Bagi mereka keselamatan ditempat kerja haruslah diutamakan. Demi keselamatan semua.
    Butia memandang setiap sisi paip di tangannya dengan teliti. Diputar-putarnya paip itu pada pusingan 360⁰. Wajahnya tersenyum riang. Hatinya puas. Usahanya hampir seminggu itu tidak sia-sia. Namun, kini dia perlu berehat sebentar. Sudah lima jam dia menjalankan kerja-kerja mengimpal tanpa rehat untuk hari ini. ‘Hampir sempurna, perlu beberapa sentuhan akhir. Esok aku akan perbaiki bahagian-bahagian yang kurang sempurna. Aku dah tak boleh teruskan lagi. Jika diteruskan juga, paip ini tentu akan kurang berkualit seperti yang diinginkan.’ Butia berkata-kata sendirian di dalam hati.
    Hampir seminggu dia bertungkus lumus menyiapkan paip berkenaan menggunakan kimpalan 6GR. Meskipun pada awalnya dia sendiri tidak percaya yang dia akan dapat menyiapkannya. Namaun, hari ini dia sudah boleh tersenyum dengan usahanya sendiri. betullah bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak henndak seribu dalih.
    Oleh kerana perut Butia mula berkeroncong, dia kini terbayang sepiring nasi campur dan segelas teh ‘o’ liamu yang sejuk di kantin kolej. Butia memandang kiri dan kanan. Dia mencari-cari kelibat rakan-rakannya yang lain. Namun tidak seorang pun yang kelihatan. Seingatnya, ada lima orang pelajar yang bekerja bersamanya mulai pagi tadi di bengkel tersebut untuk menyiapkan paip masing-masing. Namun malangnya, tiada seorangpun dari rakannya itu di temuinya. ‘Mungkin mereka dah berehat awal lagi agaknya.’ Fikir Butia.
    Cepat-cepat Butia menyimpan paipnya ke almari besi yang di khaskan. Kali ini dia meletakkannya dengan lebih berhati-hati. Kali ini Butia menulis namanya dengan terang pada paip yang barunya itu. Dia tidak mahu kejadia minggu lepas berulang lagi pada dirinya.
    Setelah membersihkan tempat kimpalan, dia lantas bergerak ke belakang bengkel kimpalan arka untuk membersihkan tangannya seperti biasa. Kebetulan bahagian bengkel kimpalan arka adalah bersebelahan dengan bengkel bakeri dan pasteri. Bau roti yang baru di bakar dari bengkel bakeri menambahkan lagi kelaparan Butia. Aduh! Kelaparan itu menyeksakan Butia.

    ReplyDelete
  2. Sedang Butia membersihkan tangan di paip, tiba-tiba dia terlihat kelibat orang yang amat dikenalinya. Sazali dan Jude! Mereka berjabat tangan dan beriringan menuju ke arah gelanggang bola tampar. ‘Agaknya ada latihan bola tampar’ getus hati Butia. Butia bagaikan hendak melaungakan nama Sazali ketika itu juga. Rindunya pada Sazali melonjak-lonjak bertambah berontak. Namun, suaranya bagaikan tersekat. Butia tidak tahu mengapa. Belum pernah dia berkelakuan sedemikian. Akhirnya Butia hanya mampu melihat sosok Sazali dan Jude hilang dari ekor matanya.
    Serentak itu, hati Butia tiba-tiba menjadi sayu. Semenjak kejadian seminggu lepas, dia dan Sazali belum lagi dapat berkomunikasi dengan sebaiknya. Hubungannya dengan Sazali semakin dingin. Namun, Butia tidak mampu berbuat apa. Sazali enggan menemuinya meskipun berkali-kali dihubungi. Butia juga terlalu sibuk dan fokus dengan tugasan menyiapkan paip kimpalan 6GR.
    ‘Biarlah, setelah paip aku sempurna, aku akan menemui Sazali dan minta penjelasan darinya,’ getus hati Butia bagai memujuk hatinya yang tiba-tiba menjadi sayu itu. Kekeruhan perhubungan antara mereka mesti dijernihkan. Dia tidak mahu perselisihan faham tersebut menyebabkab dia kehilangan rakan yang amat disayanginya.
    Butia akhirnya melangkah lemah ke kantin kolej. Kantin yang seluas 700 kaki persegi itu sedap mata dipandang dengan gabungan warna kuning dan hijau. Suasana kantin yang dipenuhi dengan pelajar dan pensyarah sedang menjamu selera sambil bercerita sesama sendiri memeriahkan lagi suasana kantin. Semenjak pagi tadi dia belum menjamah sedikitpun makanan.
    Perlahan-lahan Butia mendekati ruang hidangan makanan. Makanan yang tersusun rapi itu biasanya amat mengujakannya. Namun, hari ini dia hanya mencapai sebungkus roti berinti sardin dan air mineral di dalam botol. Cukuplah untuk menghilangkan rasa laparnya. Dia mengeluarkan wang dari poket seluarnya dan membayar. Ketika dia mencari-cari tempat duduk yang sesuai, matanya tiba-tiba terlihat kelibat Jack, Razali dan Charles sedang duduk dan menjamu selera dengan gembira di suatu sudut. Wajah Butia mendadak ceria. Ada juga teman untuknya bersembang sambil menghabiskan makananya.
    “Wah korang rehat tak ajak aku pun tau,” Butia pura-pura merajuk memulakan bicara sebaik sahaja duduk dan bergabung dengan rakan-rakan sekuliahnya itu.
    “Eh, aku dah ajaklah, tapi kau tu yang tak dengar. Khusuk sangat mengimpal.” Balas Charles dengan wajah tak puas hati
    “Ya ke? Tak perasan pun?” balas Butia dengan wajah dibuat-buatnya lucu agar rakan-rakannya itu terhibur menutupi rasa bersalahnya. Lantas terdengar deraian tawa rakan-rakanya yang lain.
    “Eh Butia, biasanya aku tengok ko ni berkepit je dengan Sazali. Tapi mengapa dah tak rapat pulak sejak kebelakangan ni? Awak gaduh dengan Sazali ke?” Jack memulakan bicara sambil wajahnya memandang tepat ke arah Butia. Tatapan tajam mata campuran dusun dan cina pada Jack menusuk tajam ke wajah Butia. Soalan sedemikianlah yang hendak dijauhinya. Namun soalan itu jugaklah yang tiba-tiba ditimbulkan oleh Jack.
    Adui, kacau!. Hari Butia merusuh. Sejurus itu, Razali dan Charles juga ikut memendang tepat ke wajah Butia. Mendadak Butia tidak menentu. Wajahnya yang putih melepak itu menjadi merah kerana terkejut dengan soalan tersebut.
    “Er...Mana ada! kamu pun tahu kan, aku sekarang sibuk nak menyiapkan paip aku. Tak sempat dak berkepit dengan kawan-kawan lain lah. Ni pun sembang dengan korang sebab kebetulan je tau,” balas Butia cuba menyangkal tuduhan rakan-rakannya.

    ReplyDelete
  3. “Ye ka? Macam tak percaya je,” Razali pula menyampuk.
    “Be...betullah,” Butia masih mempertahankan jawapannya.
    Akhirnya, kesemua mereka ketawa. Intonasi suara dan wajah Butia yang merona merah semasa menberi jawapan kelihatan amat lucu! Adui, gadis besi merona merah. Bagaikan besi dibakar.
    Mereka sebenarnya berbangga dengan Butia. Banyak yang unik mengenai Butia. Selain menjadi satu-satunya pelajar perempuan yang mengambil kursus Teknologi Kimpalan, Butia juga adalah satu-satunya pelajar yang terpaksa mengimpal paip baharu menggunakan kaedah kimpalan 6GR, kaedah kimpalan yang tersusah bagi mereka pada semester ini. Justeru itu, mereka sebagai rakan-rakan Butia menjadi semakin bersemangat untuk membuat yang lebih baik dalam kimpalan. Mereka tak mahu kalah dengan perempuan.
    “Betul tu Butia, kalau aku yang ada di tempat kau, tak tahulah aku boleh buat ke tak.” Ujar Charles meluahkan rasa bangganya terhadap Butia. Paip yang dikerjakannya sekarang ini pun mengambil masa hampir sebulan untuk disiapkan. Inikan pula kena buat semula. Seminggu pulak tu. Belum lagi terpaksa berdepan dengan encik Pits. Mustahil! Semoga perkara seperti kejadian kehilangan paip itu terhindar darinya.
    Mereka berbual dan menjamu selera dengan gembira. Hilang sedikit gundah di hati Butia. Berita terbaharu yang didengarinya, Sazali semakin berkawan rapat dengan Jude. Menurut Jack, mereka sering berlatih bersama dalam sukan bola tampar. Kebetulan Sazali merupakan ketua pasukan bola tampar kolej. Sebulan dari sekarang, mereka akan mewakili kolej ke pertandingan sukan antara kolej peringkat negeri Sabah. Seperti biasa, Sazali akan menjadi pemain utama. Manakala Jude yang selama ini hanya merupakan pemain simpanan telah menjadi pemain utama. Suatu perkembangan yang amat baik. Tambah Jack lagi, Jude bukannya tak boleh bermain, tetapi dia sering panik semasa bertanding. Itulah sebabnya dia sering tidak diturunkan sebagai pemain utama pada mana-mana pertandingan.
    Tiba-tiba Butia teringatkan semasa dia menemankan Sazali mengikuti pertandingan persahabatan dengan sebuah sekolah menengah tahun lepas. Suasanan gelanggang bola tampar yang riuh dengan suara orang ramai yang datang memebri sokongan bagi kedua-dua pasukan. Butia duduk di tepi gelanggang. Dari situlah dia melihat ketangkasan Sazali semasa di gelanggang. Kekacakan dan ketangkasan Sazali membuat ‘smesh’ yang tepat tajam membuatkan ramai anak-anak gadis dan penonton lainnya yang bersorak untuknya Kerana ketangkasan Sazali inilah pasukan mereka berjaya di nobatkan sebagai penang.
    Pandangan menggoda gadis-gadis yang bersorak tadi berakhir dengan pandangan tajam dan cemburu apabila Sazali mendekatinya untuk meminta air minuman dan tuala untuk menghilangkan dahaga dan mengelap peluh. Butia bangga kerana Sazali justeru tidak melupakannya dan tidak memperdulikan gadis-gadis tersebut.
    “Butia, disebabkan pasukan kita menang, saya akan belanja awak petang ini. Sebagai tanda terima kasih sebab menjadi penyokong yang baik.” Sazali menawarinya dengan baik sekali.
    Pada waktu yang lain, jika ada latihan berkala, Butia akan ditugaskan untuk menjadi mengira skor. dia akan menuliskan skor pada jadual skor yang ditetapkan dan memberi komen-komen yang membina bagi memperbaiki mutu pertandingan pasukan bola tampar kolej mereka.

    ReplyDelete
  4. “Eh Butiah, ko tak nak balik ke?” panggil Razali mengejutkan Butia.
    Kahayalan Butia terhenti tiba-tiba. Gelanggang bola tampar tadi hilang sekelip mata. Lantas cepat-cepat Butia bagun dan mengikuti langkah rakan-rakannya yang lain untuk mengakhiri waktu di kolej hari ini. Seperti biasa, Butia akan kembali ke asrama putri. Dia perlu banyak berehat malam nanti untuk menjana tenaga yang lebih banyak esok. Esok, projek mengimpal paipnya harus siap dengan sempurna!
    Esoknya, sebelum memulakan kerja-kerja di bengkel, Charles, Razali dan Jack mengajak Butia membincangkan hadiah yang akan mereka berikan kepada Jude sempena harijadi Jude lusa. Memandangkan Jude baharu sahaja menjadi pemain utama dalam pasukan bola tampar kolej, Butia mencadangkan agar mereka menghadiahkan kasut sukan. Kasut sukan amat sesuai kerana boleh dipakai oleh Jude semasa pertandingan akan datang. Charles, Razali dan Jack serentak bersetuju dan Butia mendapat tugas untuk membeli kasut yang dimaksudkan. Manakala Charles, Razali dan Jack pula berusaha untuk mendapatkan saiz kasut Jude sebelum Butia ke kedai petang ini. Rancangan ini adalah rahasia. Hadiah tersebut adalah merupakan kejutan buat Jude!
    Di dalam bengkel kimpalan akrka, Butia bersemangat untuk memulakan aktiviti mengimpalan paip yang belum sempurna. Seperti biasa, Butia dan rakan-rakannya yang lain akan ke stor peralatan untuk mengambil alat-alat keselamatan yang perlu di pakainya. Stor peralatan yang hanya seluar 100 kaki persegi itu menjadi terang dengan cahaya lampu yang dipasang oleh Butia. Sewaktu mencapai gogal, tiba-tiba dia disapa oleh satu suara.
    “Macam mana dengan paip awak Butia?” tanya satu suara.
    Butia yang terkejut dengan pertanyaan tersebut terus sahaja berpaling untuk melihat siapa gerangan pelantum suara tersebut. Akhirnya Butia tersenyum melihat Jude ada di belakangnya dengan tangannya juga sedang mencapai gogal.
    “Oh, hai Jude. Insyaallah hari ni akan siaplah,” jawab Butia ringkas.
    Setelah memakai kesemua alat keselamatan seperti gogal, kasut keselamatan dan sarung tangan, mereka beriringan ke ruangan kimpalan arka bagi memulakan kerja masing-masing.
    Sewaktu menjalankan kimpalan pada sudut 45⁰, encik Pits ada datang melihat-lihat mereka menjalankan kimpalan. ‘Mungkin nak memastikan atau memeriksa perkembangan hasil kimpalan pelajar-pelajarnya,’ fikir Butia sebaik melihat encik Pits mendekatinya dan melihat-lihat proses kimpalan yang dilakukannya. Mujur encik Pits tidak memberi apa-apa komen yang negatif.
    “Butia, bawa paip awak ni nanti ke pejabat saya sebaik sahaja selesai,” arah encik Pits kepada Butia.
    Butia mengangguk sahaja tanda setuju. Kata-kata encik Pits itu bagai memberi gambaran yang baik terhadap hasil kerjanya. Ini bermakna, dia sudah berpuas hati dengan kondisi paip yang sedang dikimpalnya itu. Atau, mungkin kerana masa yang diberikan seminggu oleh encik Pits telah tamat? Mudah-mudahan semuanya akan baik-baik sahaja.
    Setengah jam kemudiannya, Butia mengetuk pintu pejabat encik Pits yang letaknya hanya lebih kurang 10 meter dari ruang mengimpal. Bersama Butia ialah paip yang bakal ditunjukkan kepada encik Pits. Berdebar-debar jantung Butia. Sebaik sahaja kedengaran suara dari dalam pejabat menyuruhnya masuk.
    Perlahan-lahan Butia masuk dengan seribu harapan. ‘Biarlah encik Pits berpuas hati dengan paip aku ni,’ doa Butia di dalam hati.

    ReplyDelete
  5. “Butia, masa seminggu yang saya berikan telah tamat. Tolong hantar paip awak untuk saya nilai.” Encik Pits bersuara sebaik sahaja melihat Butia berdiri di hadapannya. Debaran di hati Butia bagaikan gendang semboyan peperangan di filem-filem perang. Di atas meja encik Pits, terdapat sederetan paip yang telah dilabel dengan nama rakan-rakannya. Ia diletakkan sebaris. Pada lebel paip itu tertulis nama Charles, Razali, Jude, dan Jack.
    ‘Rupa-rupanya Charles, Razali, Jude, dan Jack dah menghantar paip masing-masing untuk diberi nilai. Cantik-cantik dan sempurna paip hasil kimpalan mereka. Namun, yang paling cantik sekali ialah paip Jude, macam pernah dilihatnya! Mata Butia amat tertarik dengan paip itu. ‘Eh, kan semua paip ni diletakkan di almari yang sama. Sebab tu macam biasa dilihat,’ getus hati Butia lagi.
    “Ini paip saya encik Pits,” kata Butia dengan sopan sambil meletakkan paipnya dalam kedudukan sederet dengan paip rakan-rakannya yag lain.
    “Terima kasih, awak boleh berehat sekarang. Esok saya bagi jawapan samaada awak perlu perbaiki atau sebaliknya.” Jawab encik Pits sambil matanya masih memandang kertas rubrik penilaian di atas mejanya.
    “Baik encik Pis,” jawab Butia ringkas sebelum keluar dari pejabat encik Pits.

    ReplyDelete
  6. Bab 2:
    Bunyi desiran percikan api pada alat kimpalan di bengkel teknologi kimpalan Fabrikasi logam membingitkan telinga bagi orang-orang yang tidak biasa pada kebisingan. Percikan api dari rod-rod kimpalan juga adalah bagaikan bunga-bunga api yang dipandang indah dan baunya juga bagaikan bau wangian bunga melur bagi pelajar teknologi kimpalan seperti Butia. Indah. Udara di luar bengkel teknologi kimpalan masih lagi terang dan tenang.
    Butia dan beberapa pelajar lain masih menyaipkan kerja mengimpal paip menggunakan kaedah 6GR masing-masing. Antara rakan-rakan yang terlibat ialah Jude, Jack, Razali dan Charles. Mereka adalah pelajar-pelajar tahun akhir seperti Butia. Bezanya, mereka mengimpal bagi memperbaiki paip mereka yang belum cukup sempurna kerana encik Pits masih belum berpuashati dengan kualiti paip mereka. Manakala Butia pula perlu membuat semula paip yang baru kerana insiden kehilangan paipnya tempoh hari.
    Meskipun mereka adalah rakan sekuliah yang suka bergurau senda, namun semasa menjalankan kerja-kerja mengimpal, mereka menjadi serius dan tidak bermain-main. Itulah peraturan bengkel yang mereka pelajari bermula dari semester satu lagi. Bagi mereka keselamatan ditempat kerja haruslah diutamakan. Demi keselamatan semua.
    Butia memandang setiap sisi paip di tangannya dengan teliti. Seperti biasa, bagi menastikan keselamatan, Butia memakai gogal, Arc Flash Coverall atau baju untuk mengimpal dan sarung tangan khas. Sebelum memulakan proses kimpalan, diputar-putarnya paip itu pada pusingan 360⁰. Wajahnya tersenyum riang. Hatinya puas. Usahanya selama dua hari ini tidak sia-sia. ‘Hampir sempurna, cuma perlu kimpalan berhalangan. Esok aku akan perbaiki bahagian-bahagian yang kurang sempurna.’ Getus hati Butia.

    ReplyDelete
  7. Sedang Butia meneruskan kimpalannya pada sambungan kedua, tiba-tiba ada bunyi ledakan kecil. Serentak dengan itu, mesin SMAW berkenaan berhenti berfungsi dengan serta merta. Butia panik. Dadanya derdegub kencang. ‘Apa telah berlaku?’. Dia berundur sebentar. Dia melihat sekeliling. Raka-rakannya yang lain masih leka mengimpal di menggunakan mesin SMAW masing-masing. Mungkin bunyi ledakan tadi tidak didengari oleh rakan-rakan Butia. Lantas, Butia maju selangkah ke hadapan betul-netul setentang dengan Mesin SMAW tersebut. Dibukanya gogal yang dipakai pada matanya dan diletakkan di bahagian atas kepala. Persis sang artis top meletakkan kaca mata hitam pada kepala mereka. Lama Butia mengamati mesin tersebut. Setelah dirasakan selamat, dimatikan suis utama mesin tersebut dengan berat hati. Seperti mengucapkan salam pada sahabat setia yang ingin berpergian jauh, sayu.
    Butia memandang sekeliling. Hatinya gusar, entah mengapa dia merasa yang dia tidak akan berjaya mengimpal paip yang ada di tangannya. Dadanya sebak. Inikah pengakhiran perjuangannya selama empat tahun? Adakah dia akhirnya harus mengalah di tangan takdir yang sedih? Butia mengelap air matanya yang mula menitik. Mengapa dia harus diuji berkali-kali? Mengapa justeru hari ini mesin ini tidak berfungsi? Mengapa tidak sewaktu dia telah menyiapkan kimpalan 6GR nya? Mata Butia yang masih merah melirik pada mesin SMAW yang digunakannya tadi sekali lagi. Hari ini mesin itu sepertinya tidak ingin bersahabat dengannya. Mesin itu bagaikan mogok.
    Dipandangannya Mesin SMAW di hadapannya. Masih juga seperti semalam. Cuma ia tidak dapat lagi menjalankan tugasnya memudahkan tugasan Butia. Butia terpaksa berundur dari mesin itu.
    Butia akhirnya terpaksa menyimpan paipnya di tempat menyimpan yang sepatutnya. Tidak banyak paip yang masih berjejeran di almari besi tersebut. Mungkin sedang dikimpal oleh tuan masing-masing.

    ReplyDelete
  8. Butia cuba menghidupkan semula suis utama si mesin SMAW nombor 3. Namun keajaiban yang diangan-angankan oleh Butiah hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya Butia pasrah. Di tinggalkan si mesin SMAW nombor 3 tersebut.
    Butia beralih ke mesin SMAW nombor 4. Charles sedang khusuk mengimpal di situ. Lantas, Butia menepuk bahu Charles.
    “Charles, selepas awak siapkan kerja-kerja kimplan awak tu, beritahu saya ya. Saya nak guna. Mesin SMAW nombor 3 yang saya gunakan tu tiba-tiba rosak.” Kata Butia sedikit tinggi bagi melawan bunyi kimplan dari pelbagai mesin yang sedang digunakan oleh rakan-rakannya.
    “Baiklah,” jawab Charles ringkas juga dengan nada yang tinggi bagi mengatasi bunyi sekeliling. Lantas, dia meneruskan kerja-kerja mengimpal paipnya menggunakan mesin SMAW nombor 4.
    Butia perlahan-lahan melangkah ke ruang kuliah di bilik sebelah. Hatinya masih sedih dengan kegagalan si mesin SMAW nombor 3 berfungsi dengan baik hari ini. Udara segar dan sejuk pada bilik tersebut memberi ketenangan kepada Butia. Cukup selesa. Bilik kuliah yang berhawa dingin itu adalah menjadi tempat kegemaran kesemua rakan sekuliahnya.
    Ruangan bilik kuliah ini hanya bersebelahan dengan bengkel kimpalan arka. Di bilik ini biasanya diadakan kuliah atau perbincangan sesama pelajar kimpalan tahun akhir sepertinya. Sementara menunggu ada mesin SMAW lain yang boleh digunakan, Butia membuka komputer ribanya. Dia perlu menyemak kertas laporannya pula.
    Butia menulis pengenalan pada pelaporannya. Antara kaedah-kaedah mengimpal ialah dengan mengimpal paip menegak 2G, paip tetap melintang 5G, paip condong 6G, paip condong dengan halangan 6GR. Butia menulis lagi, untuk mendapatkan Pentauliahan sijil SKM dan Diploma Vokasional Kimpalan, pelajar sepertinya diberi peruntukan masa yang sesuai untuk melaksanakan kerja kimpal paip butt dalam kedudukan 6G/6GR. Pentauliahan akan dijalankan mengikut kod sewajarnya misalnya AWS, D1.1, ASME 1X, BSEN 287, DIN dan lain-lain.
    ‘Oh, aku harus menambah lagi ayat-ayat ni,’ bisik hatinya sendiri. sambil tangannya menaip ayat-ayat yang baru dirujuknya dari buku teks dan bahan dari internet yang dicarinya dua hari lepas. Kimpalan 6G, ialah jenis kimpalan yang paling biasa digunakan untuk menguji pengimpal untuk pensijilan. Huruf "G" bermaksud Grooveweld dan nombor ‘6’ menandakan kedudukan paip dikimpal. Grooveweld adalah bersama dalam dua paip logam yang mana ruang di antara mereka dipenuhi dengan bahan kimpalan.

    ReplyDelete
  9. Terdapat tiga jenis utama kimpalan iaitu kimpalan rata adalah yang paling mudah untuk dilaksanakan, kimpalan mendatar lebih sukar dankimpalan menegak adalah yang paling mencabar. Ini adalah kerana logam pengisian lebur mengalir ke bawah semasa proses kimpalan, ditarik oleh graviti ke dalam rongga sendi. Dalam kimpalan menegak ianya mungkin berlaku terlalu cepat, jadi ia memerlukan banyak latihan.
    Dalam kimpalan 6G memerlukan satu paip akan diletakkan pada sudut 45 darjah yang lain. Kedua-duanya adalah mendatar. Kedudukan ini sangat mencabar bagi pengimpal, yang menggunakan semua kemahiran dan pelbagai kedudukan badan untuk mencapai kimpalan yang paling sukar dalam 6G kimpal overhed.
    Setelah puas membelek-belek laporan di komputer ribanya, tiba masanya dia memuat turun gambar-gambar paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah 6GR.
    ‘Eh, gambar-gambar ni belum sempurna. Perlu ada satu lagi gambar yang sempurna. Apa kata aku gunakan sahaja gambar dari paip lama aku yang dah hilang tu.’ Bisik hati nakal Butia. Mujur dia ada mengambil gambar paip yang telah di siapkan tempoh hari.
    ‘Alah, aku bukan nak menipupun. Hanya pinjam gambar hasil kerja aku yang dah hilang tu je,’ tambah Butia di dalam hati.
    Sebaik sahaja membelek-belek gambar-gambar paip yang dihasilkannya itu sendiri, tiba-tiba dia melihat ada sedikit ciri kimpalan khas pada paipnya itu.
    “Eh! Ada sedikit kesan kemikan yang tidak disengajakan.” Kata Butia sendirian sedikit teruja. Gambar yang ada pada komputer ribanya itu diperbesarkan. Berkali-kali di beleknya gambar itu. Ciri khas itu sebenarnya adalah akibat hantakkan kuat paip tersebut pada lantai ruang mengimpal berhampiran dengan mesin SMAW no 3. Sewaktu paip berkenaan tiba-tiba sahaja terlepas dari tangannya. Mujur tidakk menimpa kaki Butia.
    ‘Aku ada idea!,’ jerit Butia tiba-tiba.
    Razali dan Jack yang baharu sahaja masuk ke ruang bilik kuliah itu terkejut mendengar jeritan Butia.
    “Awak ni kenapa Butia?” tanya Razali dan Jack bagaikan serentak.
    Pertanyaan kedua-dua rakannya itu hanya di jawab dengan senyuman oleh Butia. Senyuman yang hanya Butia seorang sahaja yang faham.

    ReplyDelete
  10. Lantas, Razali dan Jack hanya mengangkat bahu dan berpandangan sesama sendiri sebelum mengambil tempat di suatu sudut. Juga dengan tujuan yang sama seperti Butia. Cuba memperbaiki pelaporan projek yang di tugaskan oleh encik Pits.
    “Butia, kau pergilah gunakan mesin no 1 tu. Aku nak rehat sekejap,” kata Jack tiba-tiba.
    “Eh, macam mana kau tau mesin yang aku gunakan tu tak dapat berfungsi?” tanya Butia.
    “Jude bagi tau tadi,” balas Jack ringkas dengan matanya masih tertumpu pada skrin komputer ribanya. Jawapan dari Jack itu dibalas dengan anggukan oleh Butia.
    Lantas, cepat-cepat Butia mengemaskan komputer ribanya. Kerja-kerja pelaporan ini boleh disiapkannya di mana-mana sahaja. Namun, peluang menggunakan mesin SMAW hanya ada di bilik bengkel Kimpalan Fabrikasi Logam sahaja! Butia harus memanfaatkan masa yang ada dengan semaksimum mungkin!
    Butia masuk ke ruangan kimplan arka. Namun, dia harus pergi semula ke almari besi.
    Namun bergitu, Butia bukannya mengarah ke tempat letak paipnya. Dia justeru pergi ke almari tempat menyimpan rakan-rakannya yang lain. Sempat dia menjeling Jude dan Charles masih lagi berada di mesin SMAW masing-masing.
    Dengan penuh debaran, Butia cuba membelek satu-persatu paip rakan-rakan sekuliahnya. Dia juga akan memandang ke sekeliling bagi memastikan tiada rakan-rakannya yang melihat aksi detektif yang dijalankannya. Ya, misi menyiasat paip rakan-rakannya yang lain. Meskipun membelek dengan terburu-buru, Butia tetap menyemak dengan teliti setiap hujung paip setiap satunya. kesemua rakan sekuliahnya kesemuanya ada 16 orang sahaja. Jadi, Butia hanya perlu memeriksa 13 paip yang ada di situ.
    Sewaktu memeriksa paip yang ke tujuh, tiba-tiba tersdengar suara orang berdehem di belakang Butia. Terkejutnya Butia bukan alang kepalang. Pucat lesi muka Butia. Terasa bagaikan disapa hantu. Degupan jantungnya bagaikan besi yang dibengkokkan dan ditukul berkali-kali.
    “Mengapa awak pegang paip orang lain Butia?” tanya suara dari belakang Butia.
    Butia panik. Tiba-tiba berat badannya bagaikan berjisim 1 tan. Butia berusaha untuk memusingkan badannya. Meskipun dengan sekuat tenaganya.
    “Er... saya mencari paip saya,” balas Butia dengan tangan dan badannya mula menggeletar.
    Sebaik sahaja Butia berjaya memusingkan badannya, dia melihat kelibat encik Pits betul-betul di hadapannya dengan keadaan bercekak pinggang dan matanya merenung tepat ke arah Butia.
    “Paip awak ada di sini.” balas encik Pits menunjukkan paip yang ada di tangannya.
    “Eh, patutpun penat saya cari. Saya ingatkan dah hilang lagi,” jawab Butia dengan yakin dan aksi mengurut dadanya.
    Dalam hatinya, mujur paip aku ada kat encik Pits. Kalau tak, tak taulah apa alasan yang aku nak beri encik Pits tentang sebab yang kukuh dia menyiasat dan membelek-belek paip rakannya yang lain.

    ReplyDelete
  11. Erna, kita teruskan k

    Bab 2: judul

    ‘(mengapalah harus wujud salah faham antara aku dan - ?’ keluh butia, terkilan panjang. Sehingga ke detik ini, setelah - ? berapa hari berlalu? Tmbh. dia masih tidak faham apa yg disalah faham oleh - ? terhadapnya. Dia masih tertanya2 tanpa tahu akan (hujung pangkalnya - erna, cuba kaitkan ni dgn proses dlm kimpalan)
    (Lambat2, gmbaran wajah - ? yg seakan amat tersinggung dgnnya semasa kali terakhir pertemuan mereka di - ? itu, ditolak daripada ingatannya).
    (Budia memandang - gmbarkan bentuk mesin kimpalan, warna) Desiran percikan api pada alat kimpalan di Bengkel Teknologi kKmpalan Fabrikasi Logam, membingitkan telinga bagi orang-orang yang tidak biasa padanya. (Seperti membingitnya desiran perbincangan rakan2 sekelas ttg salah faham yg berlaku antara dia dan ? yg menghimbau kembali dlm ingatannya. Kian lama kian membingitkan. Kian lama kian ? kaitkan dgn percikan api drpd rod - sakit tak)
    (Berbeza sekali dgn) percikan api dari rod-rod kimpalan (yg) bagaikan bunga-bunga api yang dipandang indah dan baunya juga bagaikan bau wangian bunga melur bagi pelajar teknologi kimpalan seperti Butia. (Percikan api darpada salah faham antara dia dan ? bagaikan - ? indah tak? percikan api salah faham tu rasa apa di hati dia)
    ‘(aduh! Kemudian, tiba2, paipku pula lesap dari - ? perlukah aku fikir siapa yg sengaja mahu sabotaj - ? hingga aku terpaksa buat yg baru lagi? salahkah kalau aku berburuk sangka terhadap - ? seperti dia berburuk sangka terhadapku? Dll/ tanya hatinya, bertubi2 - gmbarkan perasaan dia membayangkannya)
    (pernafasan - gmbarkan udara di bengkel tu). Suasana di luar bengkel teknologi kimpalan itu masih lagi terang dan tenang, (tidak seperti suasana dlm fikirannya yg - ?)
    (Bersama2 dgn) beberapa pelajar lain, Butia (cuba menumpu perhatian utk) menyaipkan kerja mengimpal paip (dgn) menggunakan kaedah 6GR masing-masing. (Kelihatan) Jude, Jack, Razali dan Charles, pelajar-pelajar tahun akhir seperti Butia, (juga tekun ). Bezanya, Encik Pits masih belum berpuashati dengan kualiti paip mereka. (Mahu tidak mahu,) mereka terpaksa mengimpal bagi memperbaiki paip mereka yang belum cukup (sempurna - jelaskan maksud tidak sempurna, gmbarkan bentuk, warna - yg sempurna mcm mana.) Manakala Butia pula perlu membuat semula paip yang baru kerana kehilangan paipnya tempoh hari.
    (Sedetik itu, butia termangu. Terbayang dia akan - ? gunakan perkataan sempurna, dan gmbarkan persahabatan dia dgn siapa tu? Apa yg buat ia tak senpurna? Gunakan perkataan kehilangan - kaitkan dgn kepercayaan dan persahabatan yg hilang)
    (gunakan perkataan sempurna, kehilangan, kimpalan = dlm makna lain, misalnya, menyambung, melekatkan, menjalin, dll - dan buat satu flashback pendek dia dgn keluarganya, bila, di mana, perlu gmbarkan latar keluarga juga dlm setiap bab erna)
    (matikan lamunan dia, - ada asap tak drpd api geseran tu? bau)

    ReplyDelete
  12. (buat dia kembali tumpukan fikirannya kpd - ?) Meskipun mereka adalah rakan sekuliah yang suka bergurau senda, namun semasa menjalankan kerja-kerja mengimpal, mereka menjadi serius. Itulah peraturan bengkel yang mereka pelajari bermula dari semester satu lagi (dan butia setuju tak?). Baginya keselamatan di tempat kerja haruslah diutamakan. Demi keselamatan semua.
    (‘Walaupun aku mungkin gagal mengimpal dan menyelamatkan kembali persahabatanku dgn - ?’ keluh hatinya, perasan)
    Butia memandang setiap sisi paip di tangannya dengan teliti. Seperti biasa, bagi memastikan keselamatan, Butia memakai gogal, Arc Flash Coverall atau baju untuk mengimpal dan sarung tangan khas. Sebelum memulakan proses kimpalan, diputar-putarnya paip itu pada pusingan 360⁰. Wajahnya tersenyum riang. Hatinya puas. Usahanya selama dua hari ini tidak sia-sia.
    ‘Hampir sempurna (beri beberapa contoh yg dimaksudkan dgn hampir sempurna,detail sikit),. Cuma perlu (kimpalan berhalangan - beri maksudnya). Esok aku akan perbaiki bahagian-bahagian yang kurang sempurna.’ Getus hati Butia. (cuba gunakan kimpalan berhalangan dan kaitkan hubungannya dgn sahabatnya yg terputus tu - buat monolog)
    Sedang Butia meneruskan kimpalannya pada sambungan kedua, tiba-tiba (ada - tukar; terdengar) bunyi ledakan kecil. Serentak dengan itu, mesin SMAW berkenaan berhenti berfungsi dengan serta merta. (ada asap tak? ada bau?) Butia (tersentak) panik. Dadanya derdegub kencang.
    ‘Apa telah berlaku?’. Dia berundur sebentar. Dia melihat sekeliling. Raka-rakannya yang lain masih leka mengimpal di menggunakan mesin SMAW masing-masing. Mungkin bunyi ledakan tadi tidak didengari oleh rakan-rakan Butia.
    Lantas, Butia maju selangkah ke hadapan betul-netul setentang dengan Mesin SMAW tersebut. Gmbarkan bentuk mesin, saiz, warna) Dibukanya gogal yang dipakai pada matanya dan diletakkan di bahagian atas kepala. (Persis sang artis top meletakkan kaca mata hitam pada kepala mereka - ini lebih menarik jika dia kaitkan dgn sahabat atau ibu atau ayah dia atau guru kesayangan waktu di sekolah rendah, dll, lebih bererti giu). Lama Butia mengamati mesin tersebut. Setelah dirasakan selamat, dimatikan suis utama mesin tersebut dengan berat hati. Seperti mengucapkan salam pada sahabat setia yang ingin berpergian jauh, sayu.
    Butia memandang sekeliling. Hatinya gusar, entah mengapa dia merasa yang dia tidak akan berjaya mengimpal paip yang ada di tangannya. Dadanya sebak. Inikah pengakhiran perjuangannya selama empat tahun? (Tambah sedih apabila terbayangkan tentang pengakhiran persahabatannya dgn - ? lebih sedih apabila dia tidak tahu pun akan puncanya. Alangkah!)
    ‘Adakah aku akhirnya harus mengalah di tangan takdir yang sedih? Mengapa aku harus diuji berkali-kali? Mengapa justeru hari ini mesin ini tidak berfungsi? Mengapa tidak sewaktu aku telah menyiapkan kimpalan 6GR nya? Butia mengelap air matanya yang mula menitik. (Entah mengapa, terasa seperti dia berfikir ttg kisah peribadinya, bukan sebaliknya ttg kimpalan 6grnya itu. sungguh dia terganggu). Dia lalu melirik pada mesin SMAW yang digunakannya tadi sekali

    ReplyDelete
  13. lagi. Hari ini mesin itu seperti tidak ingin bersahabat dengannya. Mesin itu bagaikan mogok.
    (‘apakah sahabat - sebut nama, tmbh itu juga mogok? Jika setakat mogok, mungkin masih boleh dipujuk. Apakah sazali mahu dipujuk?’ getus hatinya, yg tiba2 terasa ingin tertawa. Ikutkan hati, butia sendiri pun mahu mogok/ - kenapa?’
    Direnungnya mesin SMAW di hadapannya. Masih juga seperti semalam. Cuma ia (baru sahaja meletup - ? apa yg meletup tadi erna?) dan tidak dapat lagi menjalankan tugasnya (utk) memudahkan Butia (membuat) tugasannya.
    Butia akhirnya terpaksa menyimpan paipnya (yg hampir siap?) itu di tempat menyimpan yang (sepatutnya - di manalah tu?). Tidak banyak paip yang masih berjejeran di almari besi tersebut.
    ‘Mungkin sedang dikimpal oleh tuan masing-masing,’ (fikir butia. Sekali lagi butia) cuba menghidupkan semula suis utama si mesin SMAW nombor 3. Namun keajaiban yang diangan-angankan oleh Butiah hanyalah sia-sia belaka. (apa yg berlaku atau bunyi apa yg mesin tu keluarkan?) (butia mengeluh resah. Keletihan,) akhirnya Butia (menyerah kalah. Lantas, ) ditinggalkan si mesin SMAW nombor 3 tersebut. Butia beralih ke mesin SMAW nombor 4. Charles sedang khusuk mengimpal di situ. Lantas, Butia menepuk bahu Charles.
    “Charles, selepas awak siapkan kerja-kerja kimplan awak tu, (tlg) beritahu saya ya. Saya nak guna. Mesin SMAW nombor 3 yang saya gunakan tu tiba-tiba rosak,” kata Butia (dgn nada) sedikit tinggi bagi melawan bunyi kimplan dari pelbagai mesin yang sedang digunakan oleh rakan-rakannya.
    “Baiklah,” jawab Charles ringkas juga dengan nada yang tinggi bagi mengatasi bunyi sekeliling. Lantas, dia meneruskan kerja-kerja mengimpal paipnya menggunakan mesin SMAW nombor 4.
    (Oleh kerana tiada lagi yg dpt dilakukan di bengkel itu,) Butia perlahan-lahan melangkah ke ruang kuliah di bilik sebelah. Hatinya masih sedih dengan kegagalan si mesin SMAW nombor 3 berfungsi dengan baik hari ini. (sesedih - ? kaitkan dgn sahabatnya tu) Udara segar dan sejuk (dlm) bilik kuliahitu, memberi (sedikit) ketenangan kepada Butia. (suasananya) cukup selesa. (gmbarkan bilik kuliah, detail sikit apa yg dia nampak di situ)
    Bilik kuliah yang berhawa dingin itu adalah menjadi tempat kegemaran semua rakan sekuliahnya. (Mujur) ruangan bilik kuliah ini hanya bersebelahan dengan bengkel kimpalan arka. Di bilik ini biasanya diadakan kuliah atau perbincangan sesama pelajar kimpalan tahun akhir sepertinya. (Dia pernah tak ke bilik kuliah tu dgn sazali sahabatnya tu, jika pernah, utk apa?)
    (Sementara menunggu ada mesin SMAW lain yang boleh digunakan, Butia membuka komputer ribanya - Buat monolog) Dia perlu menyemak kertas laporannya pula. (buat dia hidupkan computer riba dulu. Tmbh Tanpa berlengah,) Butia menulis pengenalan pada pelaporannya (di skrin komputernya). Antara kaedah-kaedah mengimpal ialah dengan mengimpal paip menegak 2G (jelaskan maksudnya supaya pemabca faham), paip tetap melintang 5G, paip condong 6G (jelaskan maksudnya atau bandingkan dgn Sesuatu yg lain), paip condong dengan halangan 6GR (beri maksudnya).

    ReplyDelete
  14. (dgn semangat yg - ?), Butia menulis lagi. Dia perlu mendapatkan Pentauliahan sijil SKM dan Diploma Vokasional Kimpalan (agar) diberi peruntukan masa yang sesuai untuk melaksanakan kerja kimpal paip butt dalam kedudukan 6G/6GR. Pentauliahan akan dijalankan mengikut kod sewajarnya misalnya AWS, D1.1, ASME 1X, BSEN 287, DIN dan lain-lain. (dia nak hantar kpd siapa tulisan ni?)
    ‘Oh, aku harus tambah lagi ayat-ayat ni (knp perlu tambah?),’ bisik hatinya sendiri. Tangannya menaip ayat-ayat yang baru dirujuknya dari buku teks dan bahan dari internet yang dicarinya dua hari lepas.
    (dari sini --------- Kimpalan 6G, ialah jenis kimpalan yang paling biasa digunakan untuk menguji pengimpal untuk pensijilan. Huruf "G" bermaksud Grooveweld dan nombor ‘6’ menandakan kedudukan paip dikimpal. Grooveweld adalah bersama dalam dua paip logam yang mana ruang di antara mereka dipenuhi dengan bahan kimpalan.
    Terdapat tiga jenis utama kimpalan iaitu kimpalan rata adalah yang paling mudah untuk dilaksanakan, kimpalan mendatar lebih sukar dankimpalan menegak adalah yang paling mencabar. Ini adalah kerana logam pengisian lebur mengalir ke bawah semasa proses kimpalan, ditarik oleh graviti ke dalam rongga sendi. Dalam kimpalan menegak ianya mungkin berlaku terlalu cepat, jadi ia memerlukan banyak latihan.
    Dalam kimpalan 6G memerlukan satu paip akan diletakkan pada sudut 45 darjah yang lain. Kedua-duanya adalah mendatar. Kedudukan ini sangat mencabar bagi pengimpal, yang menggunakan semua kemahiran dan pelbagai kedudukan badan untuk mencapai kimpalan yang paling sukar dalam 6G kimpal overhed.
    Setelah puas membelek-belek laporan di komputer ribanya, tiba masanya dia memuat turun gambar-gambar paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah 6GR. ------ sampai sini, info melulu ni erna. Nanti pindahkan ke bab 3 dan kreatifkan, supaya tak rasa mcm baca buku teks k)
    ‘Eh, gambar-gambar ni belum sempurna. (knp tak sempurna?) Perlu ada satu lagi gambar yang sempurna. (Bagaimana jika) aku gunakan sahaja gambar dari paip lama aku yang dah hilang t?’ bisik hati nakal Butia. (Terbayang) dia pada gambar paip yang telah di siapkan yang diambil (dari - ?) tempoh hari. ‘Alah, aku bukan nak menipu pun. Hanya pinjam gambar hasil kerja aku (sendiri) yang dah hilang tu saja,’
    Dibelek-beleknya lagi gambar-gambar paip yang dihasilkannya itu sendiri. Gambarkan paip tu, warna, bila diambil, di mana) Tiba-tiba dia terlihat (seperti) ada sedikit ciri kimpalan khas pada paipnya itu. (maksud ciri kimpalan khas? perasaan?)
    “Eh! Ada sedikit kesan kemikan yang tidak disengajakan,” desis Butia sendirian sedikit teruja. Gambar (yg terpapar) pada (skrin) komputer ribanya itu (segera) diperbesarkan. Berkali-kali dibeleknya gambar itu. Ciri khas itu sebenarnya adalah akibat hantakkan kuat paip itu di lantai ruang mengimpal berhampiran dengan mesin SMAW no 3. (segera butia ingat. kemikan itu berlaku) sewaktu paip berkenaan tiba-tiba sahaja terlepas dari tangannya. Mujur tidak menimpa kaki Butia.
    ‘Aku ada idea!,’ jerit Butia tiba-tiba.

    ReplyDelete
  15. (Razali - erna, kenapa nama sazali, sahabatnya dgn razali mcm dekat sgt ni, nanti pembaca keliru, tukar satu) dan Jack yang baharu sahaja masuk ke ruang bilik kuliah itu terkejut mendengar jeritan Butia.
    “Awak ni kenapa Butia?” tanya Razali (tukar) dan Jack (yg muncul di - ?)bagaikan serentak.
    Pertanyaan kedua-dua rakannya itu hanya di jawab dengan senyuman oleh Butia. Senyuman yang hanya Butia seorang sahaja yang faham. Lantas, Razali dan Jack mengangkat bahu dan (saling) berpandangan sesama sendiri sebelum mengambil tempat di suatu sudut. (Ternyata,) juga dengan tujuan yang sama seperti Butia. Cuba memperbaiki pelaporan projek yang di tugaskan oleh encik Pits.
    “Butia, kau pergilah gunakan mesin no 1 tu. Aku nak rehat sekejap,” kata Jack tiba-tiba.
    “Eh, macam mana kau tau mesin yang aku gunakan tu tak dapat berfungsi?” tanya Butia.
    “Jude bagi tau tadi,” balas Jack ringkas dengan matanya masih tertumpu pada skrin komputer ribanya. Jawapan dari Jack itu dibalas dengan anggukan oleh Butia.
    buat dia ucap terima kasih) Lantas, cepat-cepat Butia mengemaskan komputer ribanya. Kerja-kerja pelaporan ini boleh disiapkannya pada) di mana-mana sahaja. Namun, peluang menggunakan mesin SMAW hanya ada di bilik bengkel Kimpalan Fabrikasi Logam sahaja! Butia harus memanfaatkan masa yang ada dengan semaksimum mungkin!
    Butia (melangkah) masuk ke ruangan kimplan arka. Namun, dia harus pergi semula ke almari besi. Namun begitu, Butia bukannya mengarah ke tempat letak paipnya. (Sebaliknya dia menuju) ke almari tempat menyimpan (paip) rakan-rakannya yang lain. Sempat dia menjeling Jude dan Charles masih lagi (tekun membuat kimpalan) di mesin SMAW masing-masing.
    Dengan penuh debaran, Butia cuba membelek satu-persatu paip rakan-rakan sekuliahnya. (gmbarkan paip2 tu, ada perbezaan tak antara satu sama yg lain?) Dia juga (kerap) memandang ke sekeliling bagi memastikan tiada rakan-rakannya yang melihat aksi detektifnya. Ya, misi menyiasat paip rakan-rakannya yang lain (utk apa?). Meskipun terburu-buru, Butia tetap menyemak semuanya dengan teliti setiap hujung (paip2 itu. Jumlah rakan sekuliannya serama) 16 orang sahaja. Jadi, Butia hanya perlu memeriksa 13 paip yang ada di situ. (knp periksa 13 saja?)
    Sewaktu memeriksa paip yang ke tujuh, tiba-tiba terdengar suara orang berdehem di belakang Butia.
    Terkejutnya Butia bukan alang kepalang. (Seperti diserang sakit jantung). Terasa bagaikan disapa hantu. Degupan jantungnya bagaikan besi yang dibengkokkan (dgn menggunakan - ?) dan ditukul berkali-kali.
    “Mengapa awak pegang paip orang lain Butia?” tanya suara dari belakang Butia (dgn nada suara yg - ?)
    Butia panik. Tiba-tiba berat badannya bagaikan berjisim 1 tan. Butia berusaha untuk memusingkan badannya, dengan sekuat tenaganya. Sebaik sahaja Butia

    ReplyDelete
  16. berjaya memusingkan badannya, dia melihat kelibat Encik Pits betul-betul di hadapannya (dlm) keadaan bercekak pinggang dan matanya merenung tepat ke arah Butia.
    “Er... saya mencari paip saya,” balas Butia dengan tangan dan badannya mula menggeletar.
    “Paip awak ada di sini. (paip yg mana satu? Yg hilang tu atau yg baru dikimpal tadi?)” balas encik Pits menunjukkan paip yang ada di tangannya.
    “Oh, patutpun… penat saya cari. Saya ingatkan dah hilang lagi,” jawab Butia dengan yakin dan aksi mengurut dadanya.
    Dalam hatinya, mujur paip (yg baru atau yg hilang?) aku ada (pada) Encik Pits. Kalau tak, tak taulah apa alasan yang aku nak beri Encik Pits tentang sebab yang kukuh aku menyiasat dan membelek-belek paip rakannya yang lain,’ (bisik hatinya. - mcm mana boleh paip dia ada pada encik pits? Dia ada berikah?)

    itu je dulu erna, pastikan tak lebih dan tak kurang drpd 14 ms.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  17. Bab 2: Paip lama dan baru

    ‘Mengapalah harus wujud salah faham antara aku dan Sazali’ keluh Butia, terkilan panjang. Sehingga ke detik ini, setelah hampir seminggu berlalu, dia masih tidak faham apa yang disalah faham oleh Sazali terhadapnya. Dia masih tertanya-tanya tanpa tahu akan hujung pangkalnya. Seperti paip yang telah dikimpal sempurna, orang biasa tidak tahu yang mana sambungan. Begitu juga dengan status persahabatan dia dengan Sazali. Butia tidak pasti adakah Sazali masih menganggapnya sahabat atau sebaliknya.
    Lambat-lambat, wajah masam Sazali yang seakan amat tersinggung dengannya semasa kali terakhir pertemuan mereka di ruang legar HEP itu, ditolak daripada ingatannya.
    Butia memandang Mesin SMAW yang berwarna perak dan setinggi tiga setengah kaki dari aras lantai yang betul-betul terletak di hadapannya. Desiran percikan api pada alat kimpalan di Bengkel Teknologi Kimpalan Fabrikasi Logam, membingitkan telinga bagi orang-orang yang tidak biasa padanya. Seperti membingitnya desiran perbincangan rakan-rakan sekelas tentang salah faham yang berlaku antara dia dan Sazali yang menghimbau kembali dalam ingatannya. Kian lama kian membingitkan. Kian lama kian menyakitkan. Bagaikan kumai yang belum diperhalusi dan terkena jari. Sakit, amat menyakitkan. Berbeza sekali dengan percikan api dari rod-rod kimpalan yang bagaikan bunga-bunga api yang dipandang indah dan baunya juga bagaikan bau wangian bunga melur bagi pelajar teknologi kimpalan seperti Butia. Bagaikan kumai yang belum diperhalusi. Tajam dan berbahaya. Begitulah salah faham antara dia dan Sazali amat menyakitkan menganggu perasaan Butia. Kemudian, tiba-tiba, paipku pula lesap dari bengkel.
    Perlukah aku fikir siapa yang sengaja mahu sabotaj kerja-kerjaku? hingga aku terpaksa buat yang baru lagi? salahkah kalau aku berburuk sangka terhadap Sazali seperti dia berburuk sangka terhadapku? tanya hatinya, bertubi-tubi persoalan datang di benak Butia. Perasaannya berkecamuk. Nafasnya turun naik dengan pantas. Udara di bengkel kimpalan yang biasanya baik-baik sahaja tiba-tiba bagaikan ikut menyesakkan dirinya. Cuaca di luar bengkel teknologi kimpalan itu masih lagi terang dan tenang, tidak seperti suasana dalam fikirannya yang semakin malap.
    Bersama-sama dengan beberapa pelajar lain, Butia cuba menumpu perhatian untuk menyaipkan kerja mengimpal paip dengan menggunakan kaedah 6GR masing-masing. Kelihatan Jude, Jack, Steve dan Charles, pelajar-pelajar tahun akhir seperti Butia, juga tekun mengimpal paip masing-masing. Bezanya, Encik Pits masih belum berpuashati dengan kualiti paip mereka. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa mengimpal bagi memperbaiki paip mereka yang belum cukup sempurna. Tidak sempurna bermakna telah siap di kimpal tetapi kumai-kumai yang terhasil dari kimpalan yang masih tajam dan perlu dilicinkan.
    “Kumai-kumai ini perlu dilicinkan.” Komen encik Pits kepada rakan-rakannya itu. Kelihatan jelas kumai-kumai masih tajam dan bukan sahaja membahayakan, namun menjejaskan keseluruhan rupa kekemasan kimpalan akra yang telah dibuat. Manakala Butia pula perlu membuat semula paip yang baru kerana kehilangan paipnya tempoh hari.

    ReplyDelete
  18. Sedetik itu, Butia termangu. Terbayang dia akan kimpalan kumai yang cantik. Bagaikan juga persahabatan dia dengan Sazali dulu. Namun, Apa yg buat ia tak senpurna kini? Bagaikan dua plat yang disambungkan menggunakan kaedah kimpal paku. Begitulah hubungannya dengan Sazali.
    Tiba-tiba Butia teringatkan akan ibunya. Sewaktu dia berusia 12 tahun, dia pernah merasa amat sedih apabila ibunya terpaksa meninggalkannya sewaktu menghadiri majlis kenduri ibu saudaranya di Selangor selama seminggu. Butia merasa amat rindu ibu kerana itulah kali pertama dia berjauhan dengan ibu. Sedih dan kerinduan amat menyeksakan Butia ketika itu. lamunan Butia tiba-tiba terhenti. Ada asap daripada api geseran paipnya. dia kembali tumpukan fikirannya kepada kerja-kerja mengimpal yang dilakukannya.
    Meskipun mereka adalah rakan sekuliah yang suka bergurau senda, namun semasa menjalankan kerja-kerja mengimpal, mereka menjadi serius. Itulah peraturan bengkel yang mereka pelajari bermula dari semester satu lagi dan Butia amat bersetuju dengan peraturan itu. Baginya keselamatan di tempat kerja haruslah diutamakan. Demi keselamatan semua.
    ‘Walaupun aku mungkin gagal mengimpal dan menyelamatkan kembali persahabatanku dengan Sazali?’ keluh hatinya, perasan Butia sayu.
    Butia memandang setiap sisi paip di tangannya dengan teliti. Seperti biasa, bagi memastikan keselamatan, Butia memakai gogal, Arc Flash Coverall atau baju untuk mengimpal dan sarung tangan khas. Sebelum memulakan proses kimpalan, diputar-putarnya paip itu pada pusingan 360⁰. Wajahnya tersenyum riang. Hatinya puas. Usahanya selama dua hari ini tidak sia-sia.
    ‘Hampir sempurna. Hanya perlu memperhalusi kumai yang ada pada paipnya. ‘Esok aku akan perhalusi kumai yang tajam ini.’ Getus hati Butia.
    ‘Begitu juga dengan persahabatanku bersama Sazali. Akan ku perhalusi. Akan ku kimpal hati Sazali dekat dengan hatiku, agar kami boleh bersahabat semula seperti aku mengimpal dua batang paip menjadi satu. Seperti juga kimpalan berhalangan yang paling susah dan berhalangan. Mungkin itu juga yang terjadi antara aku dan Sazali. Sukar untuk dimengerti dan dilalui. Namun, aku perlu hadapi untuk mendapatkan semula sahabat terbaikku.’ Butia tidak putus-putus berfikir sendirian.
    Sedang Butia meneruskan kimpalannya pada sambungan kedua, tiba-tiba terdengar bunyi ledakan kecil. Serentak dengan itu, mesin SMAW berkenaan berhenti berfungsi dengan serta merta. ada asap kecil keluar dari plug utama mesin tersebut. Serentak itu, terbit juga bau terbakar. Butia tersentak panik. Dadanya derdegub kencang.
    ‘Apa telah berlaku?’. Dia berundur sebentar. Dia melihat sekeliling. Raka-rakannya yang lain masih leka mengimpal di menggunakan mesin SMAW masing-masing. Mungkin bunyi ledakan tadi tidak didengari oleh rakan-rakan Butia.
    Lantas, Butia maju selangkah ke hadapan betul-netul setentang dengan Mesin SMAW tersebut. Mesin yang berketinggian 4 kaki dan bersaiz lebih kurang sebuah sebuah komputer serta berwarna kelabu. Dibukanya gogal yang dipakai pada matanya dan diletakkan di bahagian atas kepala. Persis perilaku cikgu Bedah, guru bergaya di sekolah rendahnya dahulu. Kemudian, dia meletakkan kaca mata hitam pada kepala. Lama Butia mengamati mesin tersebut. Setelah dirasakan selamat, dimatikan suis utama mesin tersebut dengan berat hati. Seperti mengucapkan salam pada sahabat setia yang ingin berpergian jauh, sayu.

    ReplyDelete
  19. Butia memandang sekeliling. Hatinya gusar, entah mengapa dia merasa yang dia tidak akan berjaya mengimpal paip yang ada di tangannya. Dadanya sebak. Inikah pengakhiran perjuangannya selama empat tahun? Tambah sedih apabila terbayangkan tentang pengakhiran persahabatannya dengan Sazali. Lebih sedih apabila dia tidak tahu pun akan puncanya. Alangkah!
    ‘Adakah aku akhirnya harus mengalah di tangan takdir yang sedih? Mengapa aku harus diuji berkali-kali? Mengapa justeru hari ini mesin ini tidak berfungsi? Mengapa tidak sewaktu aku telah menyiapkan kimpalan 6GR nya? Butia mengelap air matanya yang mula menitik. Entah mengapa, terasa seperti dia berfikir ttg kisah peribadinya, bukan sebaliknya tentang kimpalan 6GR nya itu. Sungguh, dia terganggu. Dia lalu melirik pada mesin SMAW yang digunakannya tadi sekali lagi. Hari ini mesin itu seperti tidak ingin bersahabat dengannya. Mesin itu bagaikan mogok.
    ‘Apakah Sazali juga mogok? Jika setakat mogok, mungkin masih boleh dipujuk. Apakah sazali mahu dipujuk?’ getus hatinya, yang tiba-tiba terasa ingin tertawa. Ikutkan hati, Butia sendiri pun mahu mogok! Dia dah penat memikirkan semua ini.
    Direnungnya mesin SMAW di hadapannya. Masih juga seperti semalam. Cuma ia(baru sahaja meletup di bahagian pulg dan tidak dapat lagi menjalankan tugasnya untuk memudahkan Butia membuat tugasannya.
    Butia akhirnya terpaksa menyimpan paipnya yang hampir siap itu di Almari besi seperti biasa. Tidak banyak paip yang masih berjejeran di almari besi tersebut.
    ‘Mungkin sedang dikimpal oleh tuan masing-masing,’ fikir butia. Sekali lagi butia cuba menghidupkan semula suis utama si mesin SMAW nombor 3. Namun keajaiban yang diangan-angankan oleh Butiah hanyalah sia-sia belaka. Tiada apa-apa yang berlaku. Hatta bunyi mesin pun tidak kedengaran. Biasanya dalam keadaan normal, sebaik sahaja mesin itu di hidupkan, kedengaran bunyi mesin yang pada pendengaran Butia amat merdu. Aduh, Butia amat merindui bunyi itu. Butia mengeluh resah. Keletihan. Akhirnya, Butia menyerah kalah. Lantas, ditinggalkan si mesin SMAW nombor 3 tersebut. Butia beralih ke mesin SMAW nombor 4. Charles sedang khusuk mengimpal di situ. Lantas, Butia menepuk bahu Charles.
    “Charles, selepas awak siapkan kerja-kerja kimplan awak tu, tolong beritahu saya ya. Saya nak guna. Mesin SMAW nombor 3 yang saya gunakan tu tiba-tiba rosak,” kata Butia dengan nada sedikit tinggi bagi melawan bunyi kimplan dari pelbagai mesin yang sedang digunakan oleh rakan-rakannya.
    “Baiklah,” jawab Charles ringkas juga dengan nada yang tinggi bagi mengatasi bunyi sekeliling. Lantas, dia meneruskan kerja-kerja mengimpal paipnya menggunakan mesin SMAW nombor 4.
    Oleh kerana tiada lagi yang dapat dilakukan di bengkel itu, Butia perlahan-lahan melangkah ke ruang kuliah di bilik sebelah. Hatinya masih sedih dengan kegagalan si mesin SMAW nombor 3 berfungsi dengan baik hari ini. Sesedih hatinya yang tidak dihiraukan oleh Sazali. Udara segar dan sejuk dalam bilik kuliah itu, memberi sedikit ketenangan kepada Butia. Suasananya cukup selesa. Bilik kuliah yang seluas 50 kali 30 kaki dan dicat menggunakan warna biru laut warna kegemaran Butia. Bilik kuliah itu juga dilengkapi dengan kerusi pejabat yang beroda dan meja kayu yang ringkas tetapi menarik.

    ReplyDelete
  20. Bilik kuliah yang berhawa dingin itu adalah menjadi tempat kegemaran semua rakan sekuliahnya. Mujur ruangan bilik kuliah ini hanya bersebelahan dengan bengkel kimpalan arka. Di bilik ini biasanya diadakan kuliah atau perbincangan sesama pelajar kimpalan tahun akhir sepertinya. Dia pernah ke bilik kuliah tu dengan Sazali sahabatnya tu, Sazali membantunya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Mujur ada Sazali ketika itu. Dialah yang memebantu Butia menyiapkan tugasan untuk pembentangannya. Sempat juga dia mendapat pujian dari pensyarah Tamadun Islamnya itu kerana berjaya menyiapkan slide pembentangan yang cantik dan menepati kehendak pensyarah.
    Sementara menunggu ada mesin SMAW lain yang boleh digunakan, Butia membuka komputer ribanya. ‘Ah, baik aku senyemak kertas laporan projek aku ni.’ Getus hati Butia. Lantas, dia menghidupkan computer ribanyau. Tanpa berlengah, Butia menulis pengenalan pada pelaporannya di skrin komputernya. Antara kaedah-kaedah mengimpal ialah dengan mengimpal paip menegak 2G. Kedudukan ini ialah kedudukan plat atau paip yang dikimpal. Begitu juga dengan kedududkan paip tetap melintang 5G, paip condong 6G. Kedudukan condong ini ialah 45⁰ condong plat sewaktu dijalankan kaedah mengimpalan pada paip. Dan akhir sekali kaedah kimpalan paip condong dengan halangan 6GR. ‘Hmm, macam mana nak terangkan kedudukan ini? Mungkin aku kan jelaskan dengan gambar rajah atau lukisan.’ Getus hati Butia sendirian. Lantas, Butia meneydiakan satu ruang rambarajah yang sesuai untuk dia memasukkan gambarajah yang baharu sahaja dia fikirkan.
    Butia semakin larut dalam penulisan laporannya sendiri. lantas, dengan semangat yang semakin berkobar-kobar, Butia menulis lagi. Dia perlu mendapatkan Pentauliahan sijil SKM dan Diploma Vokasional Kimpalan agar diberi peruntukan masa yang sesuai untuk melaksanakan kerja kimpal paip butt dalam kedudukan 6G/6GR. Pentauliahan akan dijalankan mengikut kod sewajarnya misalnya AWS, D1.1, ASME 1X, BSEN 287, DIN dan lain-lain.
    ‘Oh, aku harus fikirkan lagi ayat-ayat tambah ni. Ayat ni sahaja tak cukup banyak. Encik Pits pasti marah jika ayat yang aku gunakan sangat ringkas. Kurang penjelasan!’ Bisik hatinya sendiri. Tangannya menaip ayat-ayat yang baru dirujuknya dari buku teks dan bahan dari internet yang dicarinya dua hari lepas.
    Dari sini --------- Kimpalan 6G, ialah jenis kimpalan yang paling biasa digunakan untuk menguji pengimpal untuk pensijilan. Huruf "G" bermaksud Grooveweld dan nombor ‘6’ menandakan kedudukan paip dikimpal. Grooveweld adalah bersama dalam dua paip logam yang mana ruang di antara mereka dipenuhi dengan bahan kimpalan. Terdapat tiga jenis utama kimpalan iaitu kimpalan rata adalah yang paling mudah untuk dilaksanakan, kimpalan mendatar lebih sukar dankimpalan menegak adalah yang paling mencabar. Ini adalah kerana logam pengisian lebur mengalir ke bawah semasa proses kimpalan, ditarik oleh graviti ke dalam rongga sendi. Dalam kimpalan menegak ianya mungkin berlaku terlalu cepat, jadi ia memerlukan banyak latihan. Dalam kimpalan 6G memerlukan satu paip akan diletakkan pada sudut 45 darjah yang lain. Kedua-duanya adalah mendatar. Kedudukan ini sangat mencabar bagi pengimpal, yang menggunakan semua kemahiran dan pelbagai kedudukan badan untuk mencapai kimpalan yang paling sukar dalam 6G kimpal overhed.
    Setelah puas membelek-belek laporan di komputer ribanya, tiba masanya dia memuat turun gambar-gambar paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah 6GR.

    ReplyDelete
  21. ‘Eh, gambar-gambar ni belum sempurna kerana gambar yang telah siap belum ada lagi. Perlu ada satu lagi gambar yang sempurna. Malangnya, paipnya yang telah siap dahulu dah hilang. Namun, gambarnya masih ada! Bagaimana jika aku gunakan sahaja gambar dari paip lama aku yang dah hilang t?’ bisik hati nakal Butia. Terbayang dia pada gambar paip yang telah di siapkan yang diambil dengan bantuan Sazali tempoh hari di bilik kuliah ini juga.
    ‘Alah, aku bukan nak menipu pun. Hanya pinjam gambar hasil kerja aku sendiri yang dah hilang tu saja.’ Dibelek-beleknya lagi gambar-gambar paip yang dihasilkannya itu sendiri. Gambar paip 8 inci dan berwarna kelabu yang diambil sehari sebelum ia lenyap begitu sahaja. Tiba-tiba dia terlihat seperti ada sedikit ciri kimpalan khas pada paipnya itu. Perasaan Butia menjadi takjub serta merta. Dadanya berdebar dan matanya membulat besar memandang ke arah gambar paip tersebut.
    “Eh! Ada sedikit kesan kemikan yang tidak disengajakan,” desis Butia sendirian sedikit teruja. Gambar yang terpapar pada skrin komputer ribanya itu segera diperbesarkan. Berkali-kali dibeleknya gambar itu. Ciri khas itu sebenarnya adalah akibat hantakkan kuat paip itu di lantai ruang mengimpal berhampiran dengan mesin SMAW no 3. Segera Butia ingat. Kemikan itu berlaku sewaktu paip berkenaan tiba-tiba sahaja terlepas dari tangannya. Mujur tidak menimpa kaki Butia.
    ‘Aku ada idea!,’ jerit Butia tiba-tiba. Steve dan Jack yang baharu sahaja masuk ke ruang bilik kuliah itu terkejut mendengar jeritan Butia.
    “Awak ni kenapa Butia?” tanya Steve dan Jack yang muncul di hadapnnya bagaikan serentak.
    Pertanyaan kedua-dua rakannya itu hanya di jawab dengan senyuman oleh Butia. Senyuman yang hanya Butia seorang sahaja yang faham. Lantas, Steve dan Jack mengangkat bahu dan saling berpandangan sesama sendiri sebelum mengambil tempat di suatu sudut. Ternyata, juga dengan tujuan yang sama seperti Butia. Cuba memperbaiki pelaporan projek yang di tugaskan oleh encik Pits.
    “Butia, kau pergilah gunakan mesin no 1 tu. Aku nak rehat sekejap,” kata Jack tiba-tiba.
    “Eh, macam mana kau tau mesin yang aku gunakan tu tak dapat berfungsi?” tanya Butia.
    “Jude bagi tau tadi,” balas Jack ringkas dengan matanya masih tertumpu pada skrin komputer ribanya. Jawapan dari Jack itu dibalas dengan anggukan oleh Butia.
    “Terima kasih Jack,” bala Butia. Lantas, cepat-cepat Butia mengemaskan komputer ribanya. Kerja-kerja pelaporan ini boleh disiapkannya pada) di mana-mana sahaja. Namun, peluang menggunakan mesin SMAW hanya ada di bilik bengkel Kimpalan Fabrikasi Logam sahaja! Butia harus memanfaatkan masa yang ada dengan semaksimum mungkin!
    Butia melangkah masuk ke ruangan kimplan arka. Namun, dia harus pergi semula ke almari besi. Namun begitu, Butia bukannya mengarah ke tempat letak paipnya. Sebaliknya dia menuju ke almari tempat menyimpan paip rakan-rakannya yang lain. Sempat dia menjeling Jude dan Charles masih lagi tekun membuat kimpalan di mesin SMAW masing-masing.

    ReplyDelete
  22. Dengan penuh debaran, Butia cuba membelek satu-persatu paip rakan-rakan sekuliahnya. (gmbarkan paip2 tu, ada perbezaan tak antara satu sama yg lain?) Dia juga kerap memandang ke sekeliling bagi memastikan tiada rakan-rakannya yang melihat aksi detektifnya. Ya, misi menyiasat paip rakan-rakannya yang lain (utk apa?). Meskipun terburu-buru, Butia tetap menyemak semuanya dengan teliti setiap hujung paip-paip itu. Jumlah rakan sekuliannya seramai 16 orang sahaja termasuk dirinya. Jadi, Butia hanya perlu memeriksa 13 paip yang ada. Kerana dua paip lagi masih di kimpal oleh Jude dan Charles. Sewaktu memeriksa paip yang ke tujuh, tiba-tiba terdengar suara orang berdehem di belakang Butia.
    Terkejutnya Butia bukan alang kepalang. Seperti diserang sakit jantung. Terasa bagaikan disapa hantu. Degupan jantungnya bagaikan besi yang dibengkokkan dengan menggunakan mesin pembengkok besi dan ditukul berkali-kali.
    “Mengapa awak pegang paip orang lain Butia?” tanya suara dari belakang Butia dengan nada suara yang garau. Butia panik. Tiba-tiba berat badannya bagaikan berjisim 1 tan. Butia berusaha untuk memusingkan badannya, dengan sekuat tenaganya. Sebaik sahaja Butia berjaya memusingkan badannya, dia melihat kelibat Encik Pits betul-betul di hadapannya dalam keadaan bercekak pinggang dan matanya merenung tepat ke arah Butia.
    “Er... saya mencari paip saya,” balas Butia dengan tangan dan badannya mula menggeletar.
    “Paip awak ada di sini. Paip yg mana satu? yang hilang tu atau yang baru dikimpal tadi?” balas encik Pits menunjukkan paip yang ada di tangannya.
    “Oh, patutpun… penat saya cari. Saya ingatkan dah hilang lagi,” jawab Butia dengan yakin dan aksi mengurut dadanya.
    Dalam hatinya, mujur paip yang baru aku ada pada Encik Pits. Kalau tak, tak taulah apa alasan yang aku nak beri Encik Pits tentang sebab yang kukuh aku menyiasat dan membelek-belek paip rakannya yang lain,’ bisik hatinya. Mesti Encik Pits nak buat penilaian ni. Fikir Butia sendirian.

    ReplyDelete
  23. Erna, copy saja k, ada bahagian yg perlu diitalikkan fontnya, ada saya tunjukkan di mana dlm manuskrip ni


    Bab 2: Kimpalan Paling JItu

    ‘Mengapalah harus wujud salah faham antara aku dan Sazali?’ rintih Butia, terkilan yang amat.
    Sungguh Butia tidak tahu bagaimana lagi mahu memperbaiki hubungan persahabatannya dengan Sazali lagi. Sungguh dia tidak mengerti mengapa perkara malang ini harus berlaku. Sehingga ke detik ini, setelah hampir seminggu berlalu pun, dia masih tidak faham apa yang disalah faham oleh Sazali terhadap dirinya. Sehingga ke saat ini, dia masih tertanya-tanya akan hujung pangkalnya.
    Tidak ubah seperti paip yang telah dikimpal dengan sempurna atau tidak sempurna, orang yang tiada kaitan dengan proses pengimpalan itu sendiri, tidak tahu yang mana sambungan. Mereka hanya melihat di sifat permukaan, cantik tidak cantiknya. Begitu juga dengan status persahabatan dia dengan Sazali. Malah, Butia juga tidak pasti adakah Sazali masih menganggapnya sebagai sahabat atau sebaliknya musuh.
    ‘Alangkah baiknya jika wujud mesin kimpalan untuk menyatukan dua sahabat yang sudah terputus tanpa sebab? Jika ada, kimpalan paling jitu itu!’ Butia mengeluh resah. Lambat-lambat, wajah masam Sazali yang jelas amat tersinggung dengannya semasa kali terakhir pertemuan mereka di ruang legar HEP tempoh hari itu, ditolak daripada ingatannya. Butia memandang Mesin SMAW yang berwarna perak dan setinggi tiga setengah kaki dari aras lantai yang betul-betul terletak di hadapannya.
    Desiran percikan api pada alat kimpalan di Bengkel Teknologi Kimpalan Fabrikasi Logam, tentunya akan membingitkan telinga bagi orang-orang yang tidak biasa pada bunyinya. Tidak bagi Butia yang sudah biasa dengannya. Akan tetapi, desiran perbincangan rakan-rakan sekelas tentang salah faham yang berlaku antara dia dan Sazali yang menghimbau kembali dalam ingatannya, terasa begitu membingitkan. Kian lama kian membingitkan. Kian lama kian menyakitkan minda dan jiwanya. Bagaikan kumai yang belum diperhalusi dan terkena jari. Sakitnya, bukan kepalang lagi.
    Berbeza sekali dengan percikan api dari rod-rod kimpalan yang bagaikan bunga-bunga api yang indah dan baunya juga bagaikan bau wangian bunga melur bagi pelajar teknologi kimpalan seperti Butia, percikan api yang keluar dari kemarahan Sazali, sama sekali tidak indah dan kasar. Bagaikan kumai yang belum diperhalusi. Tajam dan berbahaya. Begitulah salah faham Sazali terhadapnya yang amat menyakitkan menganggu perasaan Butia. Kemudian, tiba-tiba, paip kimpalanya pula lesap dari bengkel itu!
    ‘Perlukah aku fikir siapa yang sengaja mahu sabotaj kerja-kerjaku? Hingga aku terpaksa buat yang baru lagi? Akan tetapi siapa? Kenapa? Bagaimana? Bila? Aduh, salahkah kalau aku berburuk sangka terhadapmu, wahai Sazali? Seperti kamu berburuk sangka terhadapku?’ tanya hatinya, bertubi-tubi persoalan datang di benak Butia. Perasaannya berkecamuk. Nafasnya turun naik dengan pantas. Udara di bengkel kimpalan yang

    ReplyDelete
  24. biasanya baik-baik sahaja pada rongga pernafasannya, tiba-tiba bagaikan penuh toksid hingga menyesakkan pernafasannya.
    Sesaat itu, dikerlingnya cuaca di luar bengkel teknologi kimpalan yang masih lagi terang dan tenang, tidak seperti suasana dalam fikirannya yang semakin malap. Bersama-sama dengan beberapa pelajar lain, sekali lagi Butia cuba menumpu perhatian untuk menyaipkan kerja mengimpal paip dengan menggunakan kaedah 6GR masing-masing. Kelihatan Jude, Jack, Steve dan Charles, pelajar-pelajar tahun akhir sepertinya, juga tekun mengimpal paip masing-masing. Ternyata Encik Pits masih belum berpuashati dengan kualiti paip kimpalan mereka. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa mengimpal kembali bagi memperbaiki paip mereka yang belum cukup sempurna pada Encik Pits yang tegas lagi cerewet orangnya itu. Tidak sempurna bermakna telah siap dikimpal tetapi kumai-kumai yang terhasil dari kimpalan yang masih tajam dan perlu dilicinkan.
    “Kumai-kumai ini perlu dilicinkan lagi!” rungut Encik Pits kepada rakan-rakannya itu.
    Butia mengerling ke arah hasil kerja rakan-rakan sebengkelnya. Kelihatan jelas kumai-kumai masih tajam dan bukan sahaja membahayakan, malah menjejaskan keseluruhan rupa kekemasan kimpalan akra yang telah dibuat. Namun, berbeza dengan rakan-rakannya, Butia terpaksa membuat semula paip yang baru kerana paipnya hilang, tempoh hari.
    ‘Hilang…’ getus Butia dalam hati. Sedetik itu, Butia termangu. Terbayang dia akan kumainya yang sudah siap cantik dan begitu sempurna hasil kimpalannya Secantik dan sesempurna persahabatan yang pernah terjalin antara dia dengan Sazali dahulu. ‘Tapi, ke mana ia menghilang sekarang? Kenapa terasa kini betapa persahabatan kami, bagaikan dua plat yang disambungkan menggunakan kaedah kimpal paku?’
    Tiba-tiba Butia tersendu keharuan. Teringat Butia akan ibunya di kampung. Sewaktu Butia berusia 12 tahun dahulu, dia pernah dirundung pilu apabila ibunya terpaksa meninggalkannya di rumah saudara, kerana terpaksa majlis majlis kenduri ibu saudaranya di Selangor selama seminggu. Butia amat rindu akan ibunya kerana itulah kali pertama mereka saling berjauhan. Kesedihan dan kerinduan itu amat menyeksakan Butia. Sekarang, Butia rindu pada persahabatannya dengan Sazali yang seperti hilang begitu sahaja. Juga sangat-sangat menyedihkan dan menyakitkan jiwanya. Apatah lagi apabila dia tidak tahu akan puncanya!
    Ingatan Butia yang lesap entah ke mana itu, terhenti tiba-tiba, dihentkan oleh bau asap daripada api geseran paip barunya itu. Dia memaksa diri untuk menumpukan fikirannya kepada kerja-kerja mengimpal yang sedang ditekuninya itu. Sempat dikerlingnya rakan-rakannya. Meskipun mereka adalah rakan sekuliah yang suka bergurau senda, namun semasa menjalankan kerja-kerja mengimpal, mereka begitu serius. Itu tentulah sesuai dengan peraturan bengkel yang mereka pelajari bermula dari semester satu lagi dan Butia amat bersetuju dengan peraturan itu. Bagi Butia sendiri keselamatan di tempat kerja haruslah diutamakan. Demi keselamatan semua dan demi keputusan
    ‘Walaupun aku mungkin gagal mengimpal dan menyelamatkan kembali persahabatanku dengan Sazali,’ keluh hatinya, kesayuan.

    ReplyDelete
  25. Butia merenung setiap sisi paip di tangannya dengan teliti. Seperti biasa, bagi memastikan keselamatan, Butia memakai gogal, Arc Flash Coverall atau baju untuk mengimpal dan sarung tangan khas. Sebelum memulakan proses kimpalan, diputar-putarnya paip itu pada pusingan 360⁰. Meskipun sedih mengenangkan tentang Sazali yang seperti berpatah arang dengannya itu, Butia tetap menguntum senyum melihatkan hasil kimpalannya itu. Hatinya puas. Usahanya selama dua hari ini tidak sia-sia. Hampir sempurna. Hanya perlu diperhalusi kumai yang ada pada paipnya.
    ‘Esok aku akan perhalusi kumai yang tajam ini,’ Getus hati Butia. Begitu juga dengan persahabatannya dengan Sazali. Akan diperhalusi segala salah faham yang tidak adil kepadanya itu. Akan dikimpal kembali perasaan Sazali dekat dengan hatinya, agar mereka boleh bersahabat semula seperti dahulu, seperti dia mengimpal dua batang paip supaya boleh menjadi satu. Seperti juga kimpalan berhalangan yang paling susah dan berhalangan. Mungkin itu juga yang terjadi antara dia dan Sazali. Sukar untuk dimengerti dan dilalui. Namun, dia akan menghadapinya untuk mendapatkan semula sahabat terbaiknya itu. Itulah tekadnya kini. Tidak boleh tidak, mesti!
    Sedang Butia meneruskan kimpalannya pada sambungan kedua, tiba-tiba terdengar bunyi ledakan kecil. Serentak dengan itu, mesin SMAW yang digunakannya itu, terhenti daripada berfungsi dengan serta merta. Ada asap kecil keluar dari plug utama mesin tersebut. Serentak itu, terbit juga bau hangit seperti sesuatu terbakar. Butia tersentak panik. Dadanya berdegub kencang.
    ‘Apa yang berlaku?’ tanya Butia yang berundur dengan pantas. Dia melihat sekeliling. Ternyata rakan-rakannya tidak menyedari akan bunyi letupan kecil itu, sebaliknya mereka terus tekun mengimpal dengan menggunakan mesin SMAW masing-masing.
    Lantas, Butia memberanikan diri untuk maju selangkah ke hadapan, betul-netul bersetentangan dengan mesin SMAW yang berketinggian 4 kaki dan sebesar lebih kurang sebuah computer meja serta berwarna kelabu itu. Ditanggalkan gogal yang dipakai pada matanya dan diletakkan di bahagian atas kepala. Persis cara Cikgu Bedah, guru paling bergaya di sekolah rendahnya dahulu. Kemudian, dia meletakkan kaca mata hitam pada kepalanya. Lama Butia mengamati mesin tersebut, mencari di mana silapnya. Seperti dia mencari di mana silapnya, hingga Sazali boleh salah faham dengannya. Namun, dia tetap buntu. Tanpa berlengah, dia dimatikan suis utama mesin tersebut dengan berat hati. Seperti mengucapkan salam pada sebuah perhabatan yang bermasalahn tanpa sebab.
    Butia memandang sekeliling. Hatinya gusar, entah mengapa dia merasa yang dia tidak akan berjaya mengimpal paip itu lagi. Dadanya sebak. Terasa amat betapa inilah pengakhiran perjuangannya selama empat tahun di pusat pengajian tinggi ini. Tambah sedih apabila terbayangkan tentang pengakhiran persahabatannya dengan Sazali. Lebih sedih apabila dia tidak tahu pun akan puncanya. Alangkah!
    ‘Adakah aku akhirnya harus mengalah serta pasrah saja untuk menerima segalanya sebagai takdirku yang menyedihkan? Mengapa, macamlah tak cukup Sazali buat perangai, mesin ini tidak sudi berfungsi? Mengapa tidak ini hanya berlaku, sewaktu aku

    ReplyDelete
  26. telah menyiapkan kimpalan 6GR ku?’ gerutu Butia dalam hati sambil mengelap air matanya yang mula menitik.
    Entah mengapa, terasa seperti dia berfikir ttg kisah peribadinya, bukan sebaliknya tentang kimpalan 6GR nya itu. Sungguh, dia terganggu. Dia lalu melirik pada mesin SMAW yang digunakannya tadi sekali lagi. Hari ini mesin itu seperti tidak ingin bersahabat dengannya. Mesin mogok tanpa sebab!
    ‘Apakah Sazali juga mogok? Jika setakat mogok, mungkin masih boleh dipujuk. Apakah Sazali betul-betul sudah berpatah arang denganku, apakah wujud mesin untuk mengimpalkan kembali arang yang sudah dipatah-patahkan oleh Sazali itu?’ tanya hatinya, yang tiba-tiba terasa ingin tertawa.
    Ikutkan hati, Butia sendiri pun mahu mogok! Dia dah penat memikirkan semua ini.
    Direnungnya mesin SMAW di hadapannya. Masih juga seperti semalam. Cuma ia baru sahaja meletup di bahagian pulg dan tidak dapat lagi menjalankan tugasnya untuk memudahkan Butia membuat tugasannya. Butia akhirnya terpaksa menyimpan paipnya yang hampir siap itu di almari besi itu seperti biasa. Ternyata tidak banyak paip yang masih berjejeran di almari besi tersebut.
    ‘Mungkin sedang dikimpal oleh tuan punya masing-masing,’ fikir Butia sambilmengerling ke arah rakanrakannya itu.
    Sekali lagi Butia mencuba nasib, dengan cuba menghidupkan semula suis utama si mesin SMAW nombor 3. Namun keajaiban yang diangan-angankan oleh Butiah hanyalah sia-sia belaka. Tiada apa-apa yang berlaku. Hatta bunyi mesin pun tidak kedengaran. Biasanya dalam keadaan normal, sebaik sahaja mesin itu dihidupkan, bunyi mesin itu akan menyentuh pendengaran Butia dengan amat merdu. Akan tetapi, kali ini, mesin itu membisu seperti ‘mulutnya’ dikimpal dengan kejamnya.
    ‘Aduh, aku amat merindui bunyi, walau baru sebentar tadi mati,’ fikirnya. Seperti dia merindui suara Sazali, walaupun baru seminggu sahabatnya itu membungkam mulut dan enggan bercakap dengannya lagi. Butia mengeluh resah. Keletihan. Akhirnya, Butia menyerah kalah. Lantas, ditinggalkan si mesin SMAW nombor 3 tersebut. Butia beralih ke mesin SMAW nombor 4. Charles sedang khusuk mengimpal di situ. Lantas, Butia menepuk bahu Charles.
    “Charles, selepas awak siapkan kerja-kerja kimplan awak ‘tu, tolong beritahu saya ya. Saya nak guna. Mesin SMAW nombor 3 yang saya gunakan tu tiba-tiba rosak,” kata Butia dengan nada sedikit tinggi bagi melawan bunyi kimplan dari pelbagai mesin yang sedang digunakan oleh rakan-rakannya.
    “Baiklah Butia,” jawab Charles dengan ringkas, juga dengan nada yang tinggi bagi mengatasi bunyi sekeliling. Lantas, dia meneruskan kerja-kerja mengimpal paipnya menggunakan mesin SMAW nombor 4.
    Oleh kerana tiada lagi yang dapat dilakukan di bengkel itu, Butia perlahan-lahan melangkah ke ruang kuliah di bilik sebelah. Hatinya masih sedih dengan kegagalan si mesin SMAW nombor 3 berfungsi dengan baik hari ini. Sesedih hatinya yang tidak lagi dihiraukan oleh Sazali. Udara segar dan sejuk dalam bilik kuliah itu, memberi sedikit ketenangan kepada Butia. Suasananya cukup selesa. Bilik kuliah yang seluas 50 kali 30

    ReplyDelete
  27. kaki dan dicat menggunakan warna biru laut warna kegemaran Butia. Bilik kuliah itu juga dilengkapi dengan kerusi pejabat yang beroda dan meja kayu yang ringkas tetapi menarik. Bilik kuliah yang berhawa dingin itu adalah menjadi tempat kegemaran semua rakan sekuliahnya.
    Mujur ruangan bilik kuliah ini hanya bersebelahan dengan bengkel kimpalan arka. Di bilik ini biasanya diadakan kuliah atau perbincangan sesama pelajar kimpalan tahun akhir sepertinya. Dia pernah ke bilik kuliah tu dengan Sazali bagi memudahkan Sazali membantunya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. Kemudian, Sazali membantu Butia menyiapkan tugasan untuk pembentangannya. Sempat juga Butia mendapat pujian dari pensyarah Tamadun Islamnya itu kerana berjaya menyiapkan slide pembentangan yang cantik dan menepati kehendak pensyarah.
    ‘Terima kasih sahabat, untuk bantuanmu,’ bisik Butia dalam hati, sayu. Sementara menunggu ada mesin SMAW lain yang boleh digunakan, Butia membuka komputer ribanya. ‘Ah, baik aku semak kertas laporan projek aku ni.’
    Butia lalu menghidupkan komputer ribanya. Tanpa berlengah, Butia menulis pengenalan pada pelaporannya di skrin komputernya. Antara, tentang kaedah-kaedah mengimpal ialah dengan mengimpal paip menegak 2G. Kedudukan ini ialah kedudukan plat atau paip yang dikimpal. Begitu juga dengan kedududkan paip tetap melintang 5G, paip condong 6G. Kedudukan condong ini ialah 45⁰ condong plat sewaktu dijalankan kaedah mengimpalan pada paip. Dan akhir sekali kaedah kimpalan paip condong dengan halangan 6GR. ‘Hmm, macam mana nak terangkan kedudukan ini? Mungkin aku kan jelaskan dengan gambar rajah atau lukisan.’ Getus hati Butia sendirian. Kemudian, Butia meneydiakan satu ruang rambarajah yang sesuai untuk dia memasukkan gambarajah yang baharu sahaja dia fikirkan.
    Butia semakin hanyut dalam arus penulisan laporannya sendiri. Dengan semangat yang semakin berkobar-kobar, Butia menulis lagi. Demi ibu dan ayahnya yang menaruh sepenuh harapan dan kepercayaan kepadanya, walau Sazali berlagak seperti mereka tidak pernah ada apa-apa perhubungan, Butia sedar, dia perlu mendapatkan Pentauliahan sijil SKM dan Diploma Vokasional Kimpalan agar diberi peruntukan masa yang sesuai untuk melaksanakan kerja kimpal paip butt dalam kedudukan 6G/6GR. Pentauliahan akan dijalankan mengikut kod sewajarnya misalnya AWS, D1.1, ASME 1X, BSEN 287, DIN dan lain-lain.
    Secepat itu, tangan Butia berhenti menaip. harus fikirkan lagi ayat-ayat tambah ni. Ayat ni sahaja tak cukup banyak. Encik Pits pasti marah jika ayat yang aku gunakan sangat ringkas. Kurang penjelasan!’ Bisik hatinya sendiri. Tangannya bergerak-gerak seperti bersiap sedia untuk menaip ayat-ayat yang baru dirujuknya dari buku teks dan bahan dari internet yang dicarinya dua hari lepas.
    ‘Hmm… mungkin aku patut tulis begini,’ fikir Butia yang mulai menggerakkan huruf demi huruf.
    Kimpalan 6G, ialah jenis kimpalan yang paling biasa digunakan untuk menguji pengimpal untuk pensijilan. Huruf "G" bermaksud Grooveweld dan nombor ‘6’ menandakan kedudukan paip dikimpal. Grooveweld adalah bersama dalam dua paip logam yang mana ruang di antara mereka dipenuhi dengan bahan kimpalan. Terdapat tiga jenis utama

    ReplyDelete
  28. kimpalan iaitu kimpalan rata adalah yang paling mudah untuk dilaksanakan, kimpalan mendatar lebih sukar dankimpalan menegak adalah yang paling mencabar. Ini adalah kerana logam pengisian lebur mengalir ke bawah semasa proses kimpalan, ditarik oleh graviti ke dalam rongga sendi. Dalam kimpalan menegak ianya mungkin berlaku terlalu cepat, jadi ia memerlukan banyak latihan. Dalam kimpalan 6G memerlukan satu paip akan diletakkan pada sudut 45 darjah yang lain. Kedua-duanya adalah mendatar. Kedudukan ini sangat mencabar bagi pengimpal, yang menggunakan semua kemahiran dan pelbagai kedudukan badan untuk mencapai kimpalan yang paling sukar dalam 6G kimpal overhed. (Erna, italic semua dlm paragraph ni)
    ‘Hmm… semoga tidak membosankan, tidak terlalu info melulu.. Tapi ini bukan karya kreatif, okay kot… ya, semoga okay,‘ fikirnya. Setelah puas membaca, mengedit, membaca dan mengedit semula laporan di skrin komputer ribanya, tiba masanya dia memuat turun gambar-gambar paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah 6GR.
    Segera Butia ingat. Gambar-gambar itu belum sempurna kerana gambar paip terbarunya yang telah siap belum ada lagi! Perlu ada satu lagi gambar yang sempurna. Malangnya, paipnya yang telah siap dahulu sudah hilang. Namun, gambar paipnya yang hilang itu, masih ada! Tergerak di hatianya untuk menggunakan sahaja gambar dari paip lamanya yang sudah hilang itu. Gambar paip yang telah disiapkan dan hilang itu, diambil dengan bantuan Sazali, di bilik kuliah ini juga, tempoh hari.
    ‘Alah, aku bukan nak menipu pun. Hanya pinjam gambar hasil kerja aku sendiri yang dah hilang tu saja,’ pujuk hatinya. Dibelek-beleknya lagi gambar-gambar paip yang dihasilkannya itu sendiri. Gambar paip 8 inci dan berwarna kelabu yang diambil sehari sebelum ia lenyap begitu sahaja. Tiba-tiba dia terlihat seperti ada sedikit ciri kimpalan khas pada paipnya itu. Perasaannya menjadi takjub serta merta. Dadanya berdebar dan matanya membulat besar memandang ke arah gambar paip tersebut.
    “Eh! Ada sedikit kesan kemikan yang tidak disengajakan,” desis Butia sendirian, teruja.
    Gambar yang terpapar pada skrin komputer ribanya itu segera diperbesarkan. Berkali-kali dibeleknya gambar itu. Ternyata, ciri khas itu sebenarnya adalah akibat hantakkan kuat paip itu di lantai ruang mengimpal berhampiran dengan mesin SMAW no 3. Segera Butia ingat. Kemikan itu berlaku sewaktu paip berkenaan tiba-tiba sahaja terlepas dari tangannya. Mujur tidak menimpa kakinya ketika itu.
    ‘Aku ada idea!’ jerit Butia tiba-tiba. Tanpa memperdulikan Steve dan Jack yang baharu sahaja masuk ke ruang bilik kuliah dan terkejut mendengarkannya.
    “Awak ni kenapa Butia?” tanya Steve yang bergegas ke sisinya, bersama Jack.
    Pertanyaan rakannya itu hanya dijawab dengan senyuman oleh Butia. Senyuman yang hanya Butia seorang sahaja yang faham. Lantas, Steve dan Jack mengangkat bahu dan saling berpandangan sesama sendiri sebelum mengambil tempat di suatu sudut. Ternyata, juga dengan tujuan yang sama seperti Butia. Mereka cuba memperbaiki pelaporan projek yang ditugaskan oleh Encik Pits.
    “Butia, kau pergilah gunakan mesin nombor 1 ‘tu. Aku nak rehat sekejap,” kata Jack tiba-tiba.
    “Eh, macam mana kau tau mesin yang aku gunakan tu tak dapat berfungsi?” tanya Butia,

    ReplyDelete
  29. kehairanan.
    “Jude bagi tau tadi,” balas Jack ringkas dengan matanya masih tertumpu pada skrin komputer ribanya. Jawapan dari Jack itu dibalas dengan anggukan oleh Butia.
    “Terima kasih Jack,” ucap Butia. Lantas, cepat-cepat Butia mengemaskan komputer ribanya. Kerja-kerja pelaporan ini boleh disiapkannya pada) di mana-mana sahaja. Namun, peluang menggunakan mesin SMAW hanya ada di bilik bengkel Kimpalan Fabrikasi Logam sahaja! Butia harus memanfaatkan masa yang ada dengan semaksimum mungkin!
    Butia melangkah masuk ke ruangan kimplan arka. Dia harus pergi semula ke almari besi. Namun entah mengapa, Butia bagaikan ada kuasa halus yang menariknya ke almari tempat menyimpan paip rakan-rakannya, bukan sebaliknya menghala ke tempat letak paipnya. Dadanya berdebar tidak keruan. Sempat dia menjeling Jude dan Charles masih lagi tekun membuat kimpalan di mesin SMAW masing-masing.
    Dengan jantung yang berdegup kencang, Butia segera membelek satu-persatu paip rakan-rakan sekuliahnya, mencari jika ada ciri-ciri khas yang terdapat pada paipnya yang hilang itu. Mungkin, paipnya yang hilang itu adalah angkara rakan sekuliahnya sendiri. Sambil membelek, sambil itu dia kerap memandang ke sekeliling bagi memastikan tiada rakan-rakannya yang melihat aksinya yang tentunya amat mencurigakan itu.
    ‘Bagaimana jika paip yang mempunyai ciri khas itu, tidak kutemukan di antara paip-paip ini? Ah, tak mengapa. Sekurangkurangnya, rasa curigaku terhadap mereka, terjawab. Bermaknabukan mereka yang ambil!’ fikinya, nekad.
    Meskipun terburu-buru, Butia tetap menyemak setiap hujung paip-paip itu dengan teliti. Jumlah rakan sekuliannya seramai 16 orang sahaja termasuk dirinya. Jadi, Butia hanya perlu memeriksa 13 paip yang ada. Kerana dua paip lagi masih di kimpal oleh Jude dan Charles. Sewaktu memeriksa paip yang ke tujuh, tiba-tiba terdengar suara orang berdehem di belakang Butia.Terkejutnya Butia bukan alang kepalang. Seperti diserang sakit jantung. Terasa bagaikan disapa hantu. Degupan jantungnya bagaikan besi yang dibengkokkan dengan menggunakan mesin pembengkok besi dan ditukul berkali-kali.
    “Mengapa awak pegang paip orang lain Butia?” tanya suara dari belakang Butia dengan nada suara yang garau.
    Butia panik. Tiba-tiba berat badannya bagaikan berjisim 1 tan. Butia berusaha untuk memusingkan badannya, dengan sekuat tenaganya. Sebaik sahaja Butia berjaya memusingkan badannya, dia melihat kelibat Encik Pits betul-betul di hadapannya dalam keadaan bercekak pinggang dan matanya merenung tepat ke arah Butia.
    “Er... saya mencari paip saya,” balas Butia dengan tangan dan badannya mula menggeletar.
    “Paip awak ada di sini,” balas encik Pits menunjukkan paip yang dipegangnya.
    “Oh, patutpun… penat saya cari. Saya ingatkan dah hilang lagi,” jawab Butia dengan yakin dan aksi mengurut dadanya.
    Dalam hatinya, mujur paip yang baru aku kimpal itu, ada pada Encik Pits. Kalau tak, tak taulah apa alasan yang kukuh yang aku nak beri Encik Pits tentang sebab aku membelek-belek paip rakannya yang lain. Mesti Encik Pits nak buat penilaian ‘ni. Fikir Butia sendirian, dengan nafas yang lega sedikit.


    itu je utk bab dua erna, sekarang awak dah boleh mulakan bab pula.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  30. Bab 2
    Haris Daniel memandang gambar dirinya bersama Butiah dengan sayu. Gambar tersebut diambil sewaktu hari pertama mereka mendaftar di kolej tersebut. Hatinya betul-betul tersentuh. Bagaimana mungkin dia telah mengkhianati rakan baiknya sendiri. Rakan baiknya yang dikenalinya semenjak dari prasekolah lagi. Butia, rakan yang sentiasa ingin dilindunginya. Sentiasa mempercayainya. Namun, kini malah dia yang mengkhianati persahabatannya. Haris Daniel yang sedang duduk di birai katil sambil meraup mukannya. Kesalnya bukan alang kepalang. Sahabat seperti apakah dia? Perlahan-lahan disimpannya semula gambar tersebut di dalam laci. Sekarang, di ambilnya pula sehelai tuala kecil.
    “Maafkan aku Butia. Semua ini berpunca dari silapku.” Haris Daniel cuba menyembunyikan mukannya dengan tuala kecil. Tuala kecil itu adalah hadiah dari Butiah padanya.
    Semalam, masih terbayang lagi wajah Butia yang cukup terkejut apabila melihat dia berada di pentas untuk memperkenalkan inovasi yang dihasilkannya. Haris Daniel tahu yang Butia pasti datang untuk memberinya sokongan moral pada hari tersebut. Namun, dia malah mematahkan hati Butia. Masih terbayang di ruang matanya bagaimana terkejutnya Butia melihat produk yang diperkenalkan olehnya. Haris Daniel berusaha sedaya upaya agar kelihatan tenang semasa berada dia atas pentas. Meskipun hanya tuhan yang tahu berapa rasa bersalahnya dia kepada Butia dan betapa merasa berdosanya dia mengkhianati rakan baiknya sendiri.
    Masih terbayang bagaimana dia cuba melarikan matanya dari terus memandang Butia yang kebetulan duduk di bahagian tengah penonton.
    Haris Daniel bangun dari duduknya. Dia memandang jendela kamarnya. Tuala kecil pemberian Butia masih di genggamnya dengan erat. Perlahan-lahan dibawa ke dada sasanya. Serasa dia cuba mencari kekuatan yang sebulan ini cuba disembunyikannya. Dada Haris Daniel menyesak. Nafasnya jugak menjadi tidak menentu. Tubuhnya menggeletar. Perlahan-lahan dia mengesak. Perasaan bersalahnya amat menyelinap ke segenap tubuhnya. Esakan jantan yang jarang-jarang dapat dizahirkannya.
    “Butia, memaafkan aku!”
    Puas dia meluahkan rasa dan menangis, perlahan-lahan Haris Daniel mengalihkan pandangannya ke pemandangan diluar asrama kediaman pelajar lelaki. Pemandangan pokok dan bunga-bungaan dari tingkat satu bilik asramanya yang terang benderang itu berubah mejadi malap. Haris Danial kini betul-betul berada di anjung rehat pelajar. Anjung rehat pelajar ini terletak bersebelahan kantin kolej. Bersama-sama dengan Haris Daniel ialah Jekly, rakan sekuliahnya.
    Di tangan Jekly ialah tugasan dari Dr. Diana.
    “Haris, aku akan bagi kau tugasan ni secara percuma. Tapi, lain kali kau kena tolong aku pulak!”
    Jekly menyerahkan tugasan yang telah siap bertaip dengan muka depan nama Haris Daniel. Haris Daniel mencapai kertas tugasan itu dengan senyuman lebar. Akhirnya masalah besarnya telah selesai.
    Haris Daniel masih teringat-ingat lagi wajah bengis Dr. Diana yang cantik manis itu bertukar sangat garang apabila memanggil Haris Daniel ke biliknya tengah hari tadi. Haris Daniel tidak menyangka sama sekali yang dia telah terlupa untuk menyiapkan tugasan yang sangat penting bagi kertas Keusahawanan. Dek kerana terlalu sibuk dengan latihan sukan bola tampar, dia terlupa untuk menyiapkan tugasan tersebut. Pertandingan bola tampar semakin dekat. Haris Daniel yang bertindak sebagai ketua pasukan meluangkan banyak masa di gelanggang latihan. Akibatnya, tugasan Dr. Diana dilupakannya begitu sahaja.

    ReplyDelete
  31. Bersungguh-sungguh Haris Daniel berjanji untuk menyiapkan tugasan tersebut petang itu juga kepada Dr. Diana. Janji yang akhirnya menjeratnya sendiri apabila dia tidak tahu bagaimana untuk membuat dan menyiapkannya dengan pantas. Lantas, terpaksalah Haris Daniel merayu Jekly untuk membantunya. Sebelum ini, dia pernah mendengar yang Jekly adalah orang yang boleh diharapkan untuk menyiapkan tugasan dengan sedikit bayaran. Selama ini Haris Daniel tidak pernah bersetuju dengan cara sedemikian. Namun, kali ini dia tidak mempunyai pilihan lain. Hendak meminta bantuan Butia, dia malu. Selama ini Butia sentiasa menasihatinya untuk menyeimbangkan pelajaran dan sukan. Pasti Butia kecewa apabila mengetahui pekara yang sebenar. Tidak menyiapkan tugasan kerana sibuk dengan aktiviti sukan!
    “Aku hantar dahulu tugasan yang dibuat oleh Jekly, lepas ni aku buatlah dan hantar sendiri pada Dr. Diana. Bukannya menipu pun, hanya tertangguh sikit je penghantarannya,” Haris Daniel cuba untuk meyakinkan dirinya sendiri. dia tersenyum sendirian. Lagaknya cuba meredakan rasa bersalahnya kerana menggunakan cara kotor untuk mengelakkan dia gagal dalam kertas keusahawanan Dr. Diana.
    Dalam masa yang sama, dia akan berusaha untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan usahanya sendiri. Namun, disebabkan oleh kesibukannya, sekali lagi dia terlupa pada janjinya sendiri untuk menyiapkan tugasan tersebut.
    Haris Daniel tersentak apabila mendengar deringan talipon. Lamunannya terhenti tiba-tiba. Bayangan Jeckly, Dr. Diana dan kertas tugasan Keusahawanan juga ikut lenyap. Suasana di sekelilingnya kembali ke asal. Suasana di bilik asrama Haris Daniel. Cepat-cepat dia mendapatkan talipon bimbitnya yang diletakkan di atas meja kecil. Bilik arsama yang dihuninya itu berururan 130 kaki persegi. Bilik asrama sedemikian luas itu menempatkan serba dua unit kelngkapan iaitu, dua buah katil, dua buah meja belajar dan dua almari ringkas. Semuanya di susun sebelah menyebelah. Ruang tengah dibiarkan kosong untuk memberikan utiliti ruang untuk mereka berdua melakukan aktiviti dan bergerak. Di situlah Haris Daniel menginap bersama rakan sebiliknya, pelajar tahun satu.
    “Hello Haris, jangan sekali-kali cuba untuk belot pada saya. Buruk padahnya!” suara Jeckly keras di hujung talian.
    Haris Daniel terkejut. Orang yang baharu sahaja berada di dalam fikirannya tiba-tiba mengugutnya. Teragak-agak dia untuk memberi jawapan pada Jeckly.
    “Ba....baiklah,” Haris Daniel gugup. Tubuhnya tiba-tiba menggeletar. Dia melihat seakan-akan Jeckly berada betul-betul di hadapannya dan menarik kolar bajunya.
    Haris Daniel takut pada ugutan Jeckly. Dia pernah melihat dengan mata kepalanya sendiri Jeckly dan rakan-rakannya memukul seorang pelajar tahun dua yang enggan mengikut arahannya. Teruk kecederaan pelajar tersebut. Bukan itu sahaja, Jeckly dan rakan-rakannya juga mengugut pelajar tersebut untuk tidak melaporkan pada pihak polis atau pihak kolej. Jika tidak, keluarga pelajar tersebut akan mendapat susah katanya. Kecut perut Haris Daniel mengenangkan peristiwa tersebut. Lagipun tumbukan Jeckly dan konco-konconya dua minggu lepas masih terkesan pada dirinya meskipun lebamnya sudah tidak kelihatan.

    ReplyDelete
  32. ‘Mengapalah semua kejahatan Jeckly itu hanya diketahuinya setelah dia menerima pertolongan dari Jeckly? Jika dia tahu perangai sebenar Jeckly, pasti dia tidak akan menerima pertolongan Jeckly tempoh hari,’ Haris Daniel bermonolog sendiri sebaik sahaja talian talipon bimbitnya dimatikan. Haris Daniel menghempaskan dirinya ke katil sebagai tanda protes terhadap ugutan Jeckly.
    Beberapa ketika kemudian, kedengaran pintu bilik asramanya di ketuk dengan kuat. Sekali lagi Haris Daniel terkejut. Dada Haris Daniel berdebar kencang. Matanya memandang tepat pada pintu tanpa berkedip. Dia cuba mengagak siapakah yang berani mengetuk pintu biliknya itu dengan kuat? Yang penting itu pasti bukan teman sebiliknya. Teman sebiliknya itu menpunyai anak kunci bilik mereka. Namun, Haris Daniel tetap terpaku pada tempatnya duduknya di katil dengan seribu bahasa. Dia tidak mahu untuk membuka pintu tersebut. Syukur dia telah mengunci rapat pintu itu tadi.
    Rasa-rasanya Haris Daniel dapat mengagak siapakah yang mengetuk pintu bilik asramanya sedemikian kuat. Tapi dia berdoa yang tekaannya adalah salah.
    Sedetik kemudian ketukan kuat dan bertalu-talu itu berhenti.
    “Aku rasa dia tak ada didalam bilik ni,” terdengar satu suara dari sebalik pintu.
    “Takpa, kita tinggal nota je dulu,” balas satu suara lagi.
    Sehelai kertas tanpa sampul tiba-tiba dilalukan disebalik pintu bilik. Setelah itu, kedengaran derapan kasut meninggalkan kawasan pintu hadapan biliknya. Derapan itu agak kuat dan silih berganti. Ini menunjukkan dua ke tiga pasang kasut yang berdiri di hadapan biliknya sebentar tadi.
    Dada Haris Daniel berdebar kencang. Adakah nota tersebut untuknya? tubuhnya bagaikan tidak dapat digerakkan. Takutnya bukan alang kepalang. Namun, perlahan-lahan dia gagahi jugak untuk mengutif nota tersebut.
    ‘Janji mesti dikota. Jika tidak, pasti buruk padahnya.’
    Serta merta tubuh Haris Daniel menggeletar sekali lagi. kali ini semain kuat. Nota ugutan dari Jeckly dan konco-konconya terlepas dari genggamannya. Tidak cukup dengan ugutan melalui panggilan talipon, kini dia menerima nota ugutan pula.
    ‘Apa yang telah aku lakukan?’ suara Haris Daniel tenggelam dengan perasaan takutnya.
    ‘Maafkan aku Butia, aku terpaksa teruskan juga pengkhianatan ini,’ getus hati Haris Daniel.
    Cepat-cepat Haris Daniel mencapai talipon bimbitnya dan mencari butang palang pada nombor Butia. Ini bermakna taliponnya akan menghalang dengan sendirinya jika Butia cuba menghubunginya menerusi talian talipon.
    Sejenak itu, Haris Daniel berfikir sendiri. Bagaimana Jeckly dapat menghidu hasratnya untuk berpaling tadah atau sudah serik dan tak mahu mengkhianati Butia lagi? otak Haris Daniel tak dapat mencari apa-apa jawapan. Semakin difikirkannya, semakin dia menjadi bingung dan takut dengan segala kemungkinan yang bakal menimpanya dan Butia.

    ReplyDelete
  33. ‘Aku terpaksa ikutkan juga perancangan Jeckly,’ getus hati Haris Daniel sedih.
    Diambilnya kertas kerja inovasi yang disalinnya dari komputer Butia. Tanpa pengetahuan Butia. Salinan itu juga telah diberikan kepada Jeckly sebulan yang lalu. Sebagai bayaran kepada pertolongannya tempoh hari. Pada awalnya Haris Daniel tidak bersetuju dengan cadangan Jeckly itu. Namun, setelah di desak oleh Jeckly dengan janji yang dia hanya hendak melihat contoh sahaja. Menurut Jeckly lagi, dia berhasrat untuk menghasilkan kertas kerja inovasi yang lain. Jadi, hasil kerja Butia itu hanya sebagai panduan sahaja.
    Haris Daniel tidak menyangka sama sekali yang Jeckly akan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta dan meletakkan namanya sebagai pencipta idea tersebut. Haris Daniel cuba untuk mendapatkan penjelasan dari Jeckly mengapa dia menipunya? Akibatnya, Haris Daniel menerima hadiah penumbuk oleh Jeckly dan konco-konconya. Jeckly siap memaksanya untuk hadir ke pelancaran produk inovasi yang bertajuk meja pemancar LCD bmudah laras.
    Mengapa namanya sebagai pencipta? Mengapa bukan nama Jeckly sahaja, jadi dia taklah terperangkap sedemikian. Atau, justeru niat Jeckly malah untuk memerangkapnya? Licik sungguh permainan Jeckly.

    ReplyDelete
  34. Erna,



    1. apabila kita cerita dr sudut pandangan haris, bermakna kita perlu adil pada haris, bermakna; harris akan anggap semua dia buat adalah betul dari sudut psikologi, kalau dia bersalah pun, atas sbb terpaksa saja, bukan dia sengaja gitu.
    2. Semua perkataan ‘bagai, bagaikan, seperti’ – bermakna perlu dibandingkan atau dikaitkan dgn istilah atau proses kimpalan saja)

    Bab 2

    (Bunyi) pintu bilik asramanya diketuk (bertalu2, dengan kuat(nya), (menyentak Haris Daniel di katil asramanya. (matanya yg – mcm mana rupa mata orgn yg ketakutan? Tmbh; Nalurinya seperti memberi tahu ada bahaya di sebalik pintu itu serta merta) dia merenung pintu itu (dgn penuh waspada) Dada(nya berdebar kencang (seperti diburu - )?. (Kepala lututnya yg - penampilan ? tmbh; menggeletar seperti - ? jantungnya seperti ingin melonjak keluar dari kerongkongnya lalu melarikan diri dari bilik asrama itu, seperti dia melarikan diri meninggalkan butia - bila, di mana?)
    ‘(siapa?’ desis haris Daniel, cuba mengagak dlm dlm hati yg berdebar cemas. (katil yg diduduki itu terasa panas membahang sprit - ? Lebih kurang sprit bahang api yg membakar tali silaturahim antara dia dgn butia. Renting!)
    (pernafasan org resah dan takut mcm mana erna) Yang pasti, itu bukan (sebut nama), teman sebiliknya (kerana dia) menpunyai anak kunci bilik mereka. (andai kunci biliknya hilang sekali pun, (rakan sebiliknyu – sebtu nama saja) juga tidak mungkin akan mengetuk pintu bertalu2 begitu. Sbb apa tak boleh ketuk pintu begitu - ? butia juga tidak mungkin mengetuk pintu bilik asramanya itu kerana - ?) Cuba dibayangkan pelbagai bentuk wajah - ?, namun tiada sebuah wajahpun yg - ? di benaknya, kecuali wajah yg amat - ? sebut nama jekel dan konco2nya)
    (“aduh! maafkan aku, butia… maafkan aku… aku terpaksa…” rintih hatinya, rusuh)
    (bunyi ketukan bertalu2 itu kian lama kian - ? gmbarkan riak muka haris yg geram dan takut tu) Mujur dia (sempat) mengunci rapat pintu itu, (sekembalinya dari - ?) tadi. Rasa-rasanya dia dapat mengagak (pemilik tangan yg) mengetuk pintu bilik asramanya (dgn secara menggila2 itu). (Akan tetapi, jauh di lubuk hatinya,) dia berdoa (agar) tekaannya salah. (Mujur lagi,) sedetik kemudian ketukan kuat dan bertalu-talu itu terhenti (dgn sendirinya).
    “Aku rasa dia tak adalah dalam bilik ‘ni.” Terdengar satu suara dari sebalik pintu.
    “Tak mengapa, kita tinggal nota (saja) dulu,” balas satu suara lagi.
    (sedetik kemudian, kelihatan) sehelai kertas tanpa sampul tiba-tiba dilalukan (di bahagian bawah pintu bilik, dari luar). Setelah itu, kedengaran derapan kasut meninggalkan kawasan pintu hadapan biliknya. Derapan itu agak kuat dan silih berganti. Ini menunjukkan dua ke tiga pasang kasut yang berdiri di hadapan biliknya sebentar tadi.

    ReplyDelete
  35. (pernafasan) Dada Haris Daniel berdebar (semakin) kencang, (buat dia pandang kertas tu, gmbarkan kertas tu, warna - buat dia teringat pada kertas apa milik butia yg diserahkan kpd jekel) ). (kurang pasti sama ada) nota tersebut untuknya (ataupun utk - ?) Tubuhnya (yg bagaikan di - ? hingga) bagaikan tidak dapat digerakkan. Takutnya bukan alang kepalang, (setakut sewaktu dia - kaitkan dgn inoasi butia yg dicuri drpd komputernya tu, bila. Rasa takut itu, seperti hampir melumpuhkan - ? ) Namun, perlahan-lahan dia gagahi jugak untuk mengutif nota tersebut.
    (‘Janji mesti dikota. Jika tidak, pasti buruk padahnya.’ - italic font)
    Serta merta (seluruh tulang sendi di) tubuh Haris Daniel menggeletar, (seperti terkena renjatan - ? Ternyata, mmg tepat agakannya tadi. Mereka yg mengetuk pintu bilik asramanya tadi, adalah - ?).Tidak cukup dengan ugutan melalui panggilan talipon, kini dia menerima nota ugutan pula.
    (gmbarkan perasaannya berubah sedingin peralatan di makmal apa, bila sudah lama tidak digunakan) Nota ugutan dari Jeckly dan konco-konconya terlepas dari genggamannya (lalu jatuh ke - ? seperti terjatuhnya - ? kaitkan dgn hubungannya dgn butia)
    ‘Maafkan aku Butia, maafkanlah aku…(ini soal hidup dan matiku di - ?) aku terpaksa… (teruskan juga pengkhianatan ini – dia tak akan anggap dia buat khianat; tukar; buat salahkan butia cuai kerana - hingga semudah itu inovvasi dia dicuri org)’ getus hati Haris Daniel. (Tanpa sedar, dia) mencapai talipon bimbitnya (dari mana dicapai) dan mencari butang palang pada nombor Butia. (Butang paling itu) bermakna taliponnya akan menghalang dengan sendirinya jika Butia cuba menghubunginya menerusi talian talifon lagi.
    Sejenak itu, Haris Daniel (tertertanya2 dlm hati); Bagaimana (jika) Jeckly dapat menghidu hasratku untuk berpaling tadah? Atau (mengesyaki yg_ aku sudah serik dan tak mahu (mengkhianati - tukar; melukai hati) Butia lagi? (buat dua atau lagi soalan berkaitan)
    (Pencarianfikiran) Haris Daniel tidak dapat mencari apa-apa jawapan. (Sebaliknya,) semakin haris memikirkannya, semakin dia menjadi bingung dan takut dengan segala kemungkinan yang bakal menimpanya dan Butia. (akhirnya, haris sedar. Mahu tidak mahu, dia mengambil keputusan utk mengikut (saja) perancangan (yg telah) Jeckly (? Tmbh; perancangan yg akan hanya membuatkan dia - ?)
    (dgn hati yg - ) diambilnya kertas kerja inovasi yang disalinnya dari komputer Butia – di mana computer butia tu, dia salin dgn menggunakan apa?). Tanpa pengetahuan Butia. (teringat bagaimana) salinan (innoasi) itu juga telah diberikan kepada Jeckly sebulan yang lalu, sebagai bayaran kepada pertolongannya tempoh hari.
    (Pada awalnya Haris Daniel tidak bersetuju dengan cadangan Jeckly itu. (Namun, setelah di desak oleh Jeckly dengan janji yang dia hanya hendak melihat contoh sahaja. Menurut Jeckly lagi, dia berhasrat untuk menghasilkan kertas kerja inovasi yang lain. Jadi, hasil kerja Butia itu hanya sebagai panduan sahaja. - – buat dialog2 pendek mcm mana jackly memujuk dan kemudian mendesak dia, silih berganti, gmbarkan jackyl, penampilan - di mana ni, bla)

    ReplyDelete
  36. (Sungguh Haris Daniel tidak menyangka sama sekali (bahawa) Jeckly akan menjualnya kepada (sebut nama syarikat), sebuah syarikat swasta dan meletakkan (Namanya – nama siapa? sebagai pencipta idea tersebut. Haris Daniel (lalu berjumpa dgn jackel di mana?) dan cuba untuk mendapatkan penjelasan dari Jeckly (ttg) mengapa dia menipunya. Akibatnya, Haris Daniel menerima hadiah penumbuk oleh Jeckly dan konco-konconya (yg terdiri drpd - ? siapa konco2nya pelajar jugakah). Jeckly siap memaksanya untuk hadir ke pelancaran produk inovasi yang bertajuk Meja Pemancar LCD Bemudah Laras.
    ‘Mengapa namaku (pula diletakkan sebagai) sebagai pencipta(nya)?’ soal hatinya, - perasaan) ‘Mengapa bukan nama Jeckly sahaja, jadi dia taklah terperangkap sedemikian. Atau, justeru niat Jeckly malah untuk memerangkapku? (Licik guna BM je sungguh permainan Jeckly!’
    (Secara spontan,) Haris Danie memandang gambar dirinya bersama Butiah (di mana gambar tu?) dengan sayu. Gambar (gmbarkan riak muka, penampilan dia dan butia, di mana) tersebut diambil sewaktu hari pertama mereka mendaftar di kolej tersebut.
    Hatinya betul-betul tersentuh. Bagaimana mungkin dia telah mengkhianati rakan baiknya sendiri (jika bukan kerana terpaksa). Rakan baiknya yang dikenalinya semenjak dari prasekolah lagi. Butia, rakan yang sentiasa (saling lindung melindungi dan sokong menyokongi). Sentiasa mempercayainya. (sebut ttg keluarga masing2, tinggal di mana, sebut nama2 tempat. Sebelum ni, mcm mana layanan keluarga butia terhadapnya?
    Jika mereka tahu apa yg dah berlaku, bagaimana pandangan mereka terhadapnya?)
    Namun, kini (malah dia yang mengkhianati persahabatannya – tukar; terasa amat betapa segala2nya telah atau akan berubah kini). Haris Daniel yang (masih) duduk di birai katil sambil meraup mukannya. (Kesalnya bukan alang kepalang. Sahabat seperti apakah dia? – tukar; buat dia bukan kesal, tp cari jalan mcm mana nak keluar dr masalah ni) Perlahan-lahan disimpannya semula gambar tersebut di dalam laci. Sekarang, di ambilnya pula sehelai tuala kecil.
    “Maafkan aku Butia. (Semua ini berpunca dari silapku - tukar; buat dia fikir bukan dia yg silap, tp – “)” Haris Daniel cuba menyembunyikan mukannya dengan tuala kecil. Tuala kecil itu adalah hadiah dari Butiah padanya.
    Semalam, masih terbayang lagi wajah Butia yang cukup terkejut apabila melihat dia berada di pentas untuk memperkenalkan inovasi yang dihasilkannya. (Sedari awal lagi,) Haris Daniel tahu (bahawa) Butia pasti datang untuk memberinya sokongan moral pada hari tersebut, (sama seperti sebelumnya – beri beberapa contoh mereka saling menyokong, bila, di mana).
    Namun, (tanpa niat,) dia malah mematahkan hati Butia. Masih terbayang di ruang matanya bagaimana terkejutnya Butia melihat produk yang diperkenalkan olehnya. (gmbarkan produk, perasaan melalui reaksi tubuh haris semasa buat pembentangan produk tu di pentas, setelah terlihat akan butia, gmbarkan suasana di situ) Haris Daniel berusaha sedaya upaya agar kelihatan tenang semasa berada dia atas pentas. Meskipun

    ReplyDelete
  37. hanya Tuhan yang tahu berapa rasa (bersalahnya dia kepada Butia dan betapa merasa berdosanya dia mengkhianati rakan baiknya sendiri – tukar; gementar.)
    Terbayang bagaimana dia (cuba – cpt2) melarikan matanya dari terus memandang Butia yang kebetulan duduk di bahagian tengah (barisan) penonton (di - sebut nama dewan. tmbh; Dgn suara yg - ? buat dia cuba focus pada pebentangan ttg inoasi tu)
    (buat dialog dia buat pembentangan tu sikit,)
    Reaksi para penonton, reaksi butia.)
    (matikan lamunannya)
    (pernafasan) Tuala kecil pemberian (Butia masih digenggamnya dengan erat. Perlahan-lahan dibawa ke dada sasanya. Serasa dia cuba mencari kekuatan yang sebulan ini cuba disembunyikannya. – semua dlm kurungan ni tak logic, sbb bila kita dah buat salah kat org tu, kita tak berani nak sentuh barangan pemberian org tu – elok delete saja)
    Dada Haris Daniel menyesak. Nafasnya jugak menjadi tidak menentu. Tubuhnya (menggeletar – kenapa menggeletar). Perlahan-lahan dia mengesak. Perasaan bersalahnya amat menyelinap ke segenap tubuhnya. Esakan jantan yang jarang-jarang dapat dizahirkannya.
    “Butia, memaafkan aku. Aku terpaksa!” (lirih haris di) bilik arsama yang berukuran 130 kaki persegi (huniannya itu. Dgn sekilas pandang, dia menyeluruhi) bilik asrama (yg) menempatkan serba dua unit kelngkapan iaitu, dua buah katil, dua buah meja belajar dan dua almari ringkas. Semuanya disusun sebelah menyebelah. Ruang tengah dibiarkan kosong untuk memberikan utiliti ruang untuk mereka berdua melakukan aktiviti dan bergerak. Di situlah Haris Daniel menginap bersama (sebut nama rakan sebiliknya, pelajar tahun satu.
    (sepantas itu, gmbaran) dia berdiri betul-betul di anjung rehat pelajar. Anjung rehat pelajar ini terletak bersebelahan dgn kantin kolej itu. mengalihkan pandangannya ke luar asrama kediaman pelajar lelaki. Pemandangan pokok dan bunga-bungaan (yg disaksikan) dari tingkat satu bilik asramanya yang terang benderang itu, (seakan) berubah mejadi malap. (Dia seakan dpt melihat dirinya yg - ? sebut ttg tugasan yg belum disediakan kenapa? berada bersama2) Jekly, rakan sekuliahnya (merangkap konco2nya, tercegat di - ? di mana ni).Di tangan Jekly ialah tugasan dari (Dr. – eja penuh) Diana, (siapa ni)
    “Haris, aku akan bagi kau tugasan ‘ni secara percuma. Tapi, lain kali kau kena tolong aku pulak” Jekly menyerahkan tugasan yang telah siap bertaip dengan muka depan(nya tertera dgn) nama Haris Daniel.
    Haris Daniel mencapai kertas tugasan itu dengan senyuman lebar. Akhirnya masalah besarnya telah selesai. Haris Daniel masih teringat-ingat (akan) wajah Dr. Diana yang secantik manis – apa?) itu bertukar menjadi) sangat (se)garang - ? sewaktu memanggil(nya) Daniel ke biliknya tengah hari itu.
    Haris Daniel tidak menyangka sama sekali yang dia telah terlupa (pada) tugasan yang sangat penting bagi kertas Keusahawanan. Dek kerana terlalu sibuk dengan latihan sukan bola tampar, dia terlupa untuk menyiapkan tugasan tersebut. Pertandingan bola tampar semakin dekat. (Hingga menyebabkan dia selaku) ketua pasukan, (termasuk terpaksa)

    ReplyDelete
  38. meluangkan banyak masa di gelanggang latihan. Akibatnya, tugasan Dr. Diana (dilupakannya – tukar; ditangguh2 hingga terlupakan) begitu sahaja.
    (Padahal,) bersungguh-sungguh dia berjanji untuk menyiapkan tugasan tersebut petang itu juga kepada Dr. Diana. Janji yang akhirnya menjeratnya sendiri apabila dia tidak tahu bagaimana untuk membuat dan menyiapkannya dengan pantas. Lantas, terpaksalah Haris Daniel merayu Jekly untuk membantunya. (Lebih2 lagi) dia pernah mendengar yang Jekly adalah orang yang boleh diharapkan untuk menyiapkan tugasan dengan sedikit bayaran.
    Selama ini Haris Daniel tidak pernah bersetuju dengan cara sedemikian. (susah sgtkah tugasan tu? beri sikit info apa yg perlu dibuat sebenarnya, knp dia tak buat selepas berjanji) Namun, kali ini dia tidak mempunyai pilihan lain (kecuali - ) Hendak meminta bantuan Butia, dia malu. Selama ini Butia sentiasa menasihatinya untuk menyeimbangkan pelajaran dan sukan. Pasti Butia kecewa apabila mengetahui pekara yang sebenar. (dia) tidak menyiapkan tugasan (penting itu) kerana (lebih) sibuk dengan aktiviti sukannya! (kalau butia tahu, dia marah2 tak?)
    ‘Aku hantar dahulu tugasan yang dibuat oleh Jekly, lepas ni aku buatlah dan hantar sendiri pada Dr. Diana. Bukannya menipu pun, hanya tertangguh sikit (saja lagi) penghantarannya,” Haris Daniel cuba untuk meyakinkan dirinya sendiri. (tanpa sedar,) dia (yg – masih dgn jakel dan konco2nya ke), tersenyum sendirian (dgn tugasan yg jakley buat ni, sekurang2nya dpt) mengelakkan dia (drpd) gagal dalam kertas keusahawanan Dr. Diana.
    Dalam masa yang sama, dia akan berusaha untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan usahanya sendiri. Namun, disebabkan oleh kesibukannya, sekali lagi dia (tertangguh2 dan langsung) terlupa pada janjinya sendiri untuk menyiapkan tugasan tersebut.
    Haris Daniel tersentak apabila mendengar deringan talipon. Lamunannya terhenti tiba-tiba. Bayangan Jeckly, Dr. Diana dan kertas tugasan Keusahawanan juga ikut lenyap. Suasana di sekelilingnya kembali ke asal. Suasana di bilik asrama(nya). Cepat-cepat dia mendapatkan telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja kecil (lalu melekapkannya di cuping telinganya).
    “Hello Haris, jangan sekali-kali cuba untuk belot pada saya. Buruk padahnya!” suara Jeckly keras di talian (di sebelah sana, menikam gegendang telinga haris denial.)
    Haris Daniel terkejut. (Pelajar) yang baharu sahaja (menjelma) dalam fikirannya, tiba-tiba mengugutnya (dari talian sebelah sana. Dgn – gmbarkan perasaan dlm dada mcm mana rupa), teragak-agak dia untuk memberi (tindak balas kdp ugutan) Jeckly.
    “Ba....baiklah,” Haris Daniel, gugup. Dia melihat seakan-akan Jeckly berada betul-betul di hadapannya (sambal menyentak) kolar bajunya.
    Haris Daniel menggeletar ketakutan pada ugutan Jeckly (yg bukan kosong, dia tahu). Dia pernah melihat dengan mata kepalanya sendiri (bagaimana) Jeckly dan (konco2nya) memukul seorang pelajar tahun dua yang enggan mengikut arahannya, (di mana?) Teruk kecederaan pelajar

    ReplyDelete
  39. tersebut (knp haris tak tolong budak tu knp tiada guru atau sesiapa dtg menolong)
    (Bukan itu sahaja, Jeckly dan rakan-rakannya juga mengugut pelajar tersebut untuk tidak melaporkan pada pihak polis atau pihak kolej. – buat dialog) Jika tidak, keluarga pelajar tersebut akan mendapat susah.
    Kecut perut Haris Daniel mengenangkan peristiwa tersebut, (sekecut apa). Lagipun (masih terasa akan) tumbukan Jeckly dan konco-konconya dua minggu lepas masih terkesan pada dirinya meskipun lebamnya sudah tidak kelihatan.
    ‘Mengapalah semua (kejahatan – tukar; tukar perbuatan buruk) Jeckly itu hanya kuketahui setelah aku menerima pertolongan daripada (pelajar - ? sebut dia ambil jurusan yg sama berkaitan dgn kimpalan)’ gerutu hatinya. Jika tahu (akan) perangai sebenar Jeckly, pasti dia tidak akan menerima pertolongan Jeckly tempoh hari. Setelah mematikan telefon bimbitnya, Haris Daniel menghempaskan dirinya ke katil sebagai tanda protes terhadap ugutan Jeckly.

    erna, cuba dptkan tidak lebih dan tidak kurang drpd 14ms. nanti utk bab, beri saya sinopsis utk bab dulu, aru mulakan penulisannya.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  40. Bab 2
    Bunyi pintu bilik asramanya diketuk bertalu-talu, dengan kuatnya, menyentak Haris Daniel di katil asramanya. Matanya yang kuju sebelum ini tiba-tiba membundar lagaknya seperti mata orang yang ketakutan. Nalurinya seperti memberi tahu ada bahaya di sebalik pintu itu. Serta merta dia merenung pintu itu dengan penuh waspada. Dadanya berdebar kencang seperti diburu rasa bersalah yang teramat. Kepala lututnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja menggeletar seperti kedinginan. Jantungnya seperti ingin melonjak keluar dari kerongkongnya lalu melarikan diri dari bilik asrama itu, seperti dia melarikan diri meninggalkan Butia semenjak sebulan yang lalu dan semalam di pentas memperkenalkan produk inovasinya. Atau lebih tepat lagi produk inovasi Butia.
    ‘Siapa?’ desis Haris Daniel, cuba mengagak dalam hati yang berdebar cemas. Katil yang diduduki itu terasa panas membahang seperti api kimpalan arka yang mencairkan rod. Lebih kurang seperti bahang api yang membakar tali silaturahim antara dia dengan Butia rentung! Desahan nafas Haris Daniel semakin memuncak. Yang pasti, itu bukan Diman, teman sebiliknya kerana dia menpunyai anak kunci bilik mereka. Andai kunci biliknya hilang sekali pun, Diman juga tidak mungkin akan mengetuk pintu bertalu-talu begitu. Peraturan asrama tak membenarkan penghuninya membuat bising dan menganggu penghuni lain. Tindakan tatatertib akan dikenakan pada penghuni yang melanggar peraturan berkenaan. Haris Daniel cuba membayangkan pelbagai bentuk wajah rakan-rakan yang rapat dengannya dan selalu datang melepak. Namun, tiada satu wajahpun yang muncul di benaknya, kecuali wajah yang amat tidak diingininya untuk datang malam itu ialah Jekly dan konco – konconya!
    “Aduh! maafkan aku, Butia… maafkan aku… aku terpaksa…” rintih hatinya, rusuh.
    Bunyi ketukan bertalu-talu itu kian lama kian kuat. Wajah Haris Daniel berubah merah padam dek keranah marah dan geram bersulam ketakutan. Mujur dia sempat mengunci rapat pintu itu, sekembalinya dari perpustakaan tadi. Rasa-rasanya dia dapat mengagak pemilik tangan yang mengetuk pintu bilik asramanya dengan secara menggila-gila itu. Akan tetapi, jauh di lubuk hatinya, dia berdoa agar tekaannya salah. Mujur lagi, sedetik kemudian ketukan kuat dan bertalu-talu itu terhenti dengan sendirinya.
    “Aku rasa dia tak adalah dalam bilik ‘ni.” Terdengar satu suara dari sebalik pintu.
    “Tak mengapa, kita tinggal nota saja dulu,” balas satu suara lagi.
    sedetik kemudian, kelihatan sehelai kertas tanpa sampul tiba-tiba dilalukan di bahagian bawah pintu bilik, dari luar. Setelah itu, kedengaran derapan kasut meninggalkan kawasan pintu hadapan biliknya. Derapan itu agak kuat dan silih berganti. Ini menunjukkan dua ke tiga pasang kasut yang berdiri di hadapan biliknya sebentar tadi.
    Pernafasan Haris Daniel semakin tidak terkawal. Debaran Dada Haris Daniel yang semakin kencang, sebaik dia memandang kertas yang berwarna jingga dan berlipat dua itu. Warna jingga kertas tu, membuatkan dia teringat pada kertas projek inovasi milik butia yang diserahkannya kepada Jeckly. Kurang pasti sama ada nota tersebut untuknya ataupun untuk Diman. Tubuhnya menjadi kaku bagaikan dipukau. bagaikan tidak dapat digerakkan. Takutnya bukan alang kepalang, setakut sewaktu dia mengambil bahan Inovasi Butia dari komputer Butia beberapa bulan lepas. Rasa takut itu, seperti hampir melumpuhkan semua urat sarafnya. Namun, perlahan-lahan dia gagahi jugak untuk mengutif nota tersebut.

    ReplyDelete
  41. ‘Janji mesti dikota. Jika tidak, pasti buruk padahnya.’
    Serta merta seluruh tulang sendi di tubuh Haris Daniel menggeletar, seperti terkena renjatan elektrik Ternyata, memang tepat agakkannya tadi. Mereka yg mengetuk pintu bilik asramanya tadi, adalah Jeckly dan konco-konconya. Tidak cukup dengan ugutan melalui panggilan talipon, kini dia menerima nota ugutan pula. Tangannya menjadi dingin tiba-tiba. Seperti dinginnya gas nitrogen yang membekukan sel-sel tertentu di makmal.
    Nota ugutan dari Jeckly dan konco-konconya terlepas dari genggamannya lalu jatuh ke lantai seperti terlerainya kepercayaan Butia kepada Haris Daniel.
    ‘Maafkan aku Butia, maafkanlah aku. ini soal hidup dan matiku di kolej ini. Aku terpaksa teruskan juga pengkhianatan ini. Mungkin semua ini juga adalah kamu Butia, terlalu mudah mempercayai orang dan cuai dalam menyi,pan fail yang amat berharga seperti fail inovasi,’ getus hati Haris Daniel.
    Tanpa sedar, dia mencapai talipon bimbit yang diletakkannya di atas katil tadi dan mencari butang palang pada nombor Butia. Butang palang itu bermakna taliponnya akan menghalang dengan sendirinya jika Butia cuba menghubunginya menerusi talian talifon lagi.
    Sejenak itu, Haris Daniel tertertanya-tanya di dalam hati, bagaimana jika Jeckly dapat menghidu hasratku untuk berpaling tadah? Atau mengesyaki yang aku sudah serik dan tak mahu melukai hati Butia lagi? adakah dia akan dianiaya buat selamanya oleh Jeckly? Atau amalah akan dilaporkan perbuatannya menipu dalam tugasan kepada pihak Universiti, lantas dia dikenakan tindakan disiplin kolej? Ataupun dia malah akan dihapuskan oleh Jeckly dan konco-konconya?.
    Pencarian fikiran Haris Daniel tidak dapat mencari apa-apa jawapan. Sebaliknya, semakin Haris memikirkannya, semakin dia menjadi bingung dan takut dengan segala kemungkinan yang bakal menimpanya dan Butia. Akhirnya, Haris sedar, mahu tidak mahu, dia mengambil keputusan untuk mengikut saja perancangan yang telah Jeckly. Perancangan yang akan hanya membuatkan dia terjerumus dengan ketamakan Jeckly.
    Dengan hati yang berat, diambilnya kertas kerja inovasi yang disalinnya dari komputer Butia. Komputer yang dipinjamkan oleh Butia kepadanya kerana dia mengadu komputernya sedang di perbaiki di kedai komputer. Sedangkan, ketika itu komputernya masih elok sahaja terletak di dalam biliknya. Itu adalah stratergi yang digunakan olehnya bagi mendapatkan salinan inovasi Butia. Dia tahu, kelemahan Butia ialah amat mempercayainya dan amat mudah menghulurkan pertolongan. Sebaik sahaja meminjam komputer Butia, dia memeriksan kesemua isi komputer Butia dan membuat salinan kertas kerja inovasi Butia menggunakan pendrive tanpa pengetahuan Butia. Teringat bagaimana salinan inovasi itu juga telah diberikan kepada Jeckly sebulan yang lalu, sebagai bayaran kepada pertolongannya tempoh hari.
    Pada awalnya Haris Daniel tidak bersetuju dengan cadangan Jeckly itu. Namun, setelah di desak oleh Jeckly dengan janji yang dia hanya hendak melihat contoh sahaja. Menurut Jeckly lagi, dia berhasrat untuk menghasilkan kertas kerja inovasi yang lain. Jadi, hasil kerja Butia itu hanya sebagai panduan sahaja.
    “Jangan risau Haris, aku bukan nak ambil inovasi Butia tu, aku nak buat panduan sahaja,” kata Jeckly sambil menepuk bahu Haris Haniel tanda menunjukkan kesungguhannya. Kata-kata Jeckly itu amat meyakinkan Haris Daniel.

    ReplyDelete
  42. Sungguh, Haris Daniel tidak menyangka sama sekali bahawa Jeckly akan menjualnya kepada syarikat Puncak Kaya Sdn. Bhd, sebuah syarikat swasta dan meletakkan nama Haris Dabiel sebagai pencipta idea tersebut. Haris Daniel lalu berjumpa dengan Jackly di luar legar bangunan Hal Ehwal Pelajar sebaik sahaja tamat waktu kuliah dan cuba untuk mendapatkan penjelasan dari Jeckly tentang mengapa dia menipunya. Akibatnya, Haris Daniel menerima hadiah penumbuk oleh Jeckly dan konco-konconya yang terdiri daripada Azam, Lim dan beberapa lagi konco-konconya yang juga pelajar tahun akhir. Jeckly siap memaksanya untuk hadir ke pelancaran produk inovasi yang bertajuk Meja Pemancar LCD Mudah Laras.
    ‘Mengapa namaku pula diletakkan sebagai sebagai penciptanya?’ soal hatinya dengan penuh rasa tidak puas hati.
    ‘Mengapa bukan nama Jeckly sahaja, jadi dia taklah terperangkap sedemikian. Atau, justeru niat Jeckly malah untuk memerangkapku? Licik sungguh permainan Jeckly!’
    Secara spontan, Haris Daniel memandang gambar dirinya bersama Butiah di atas meja belajarnya dengan sayu. Gambar wajah dia dan Butia tersenyum riang sambil memegang slip pendaftaran masing-masing. Gambar itu mereka ambil sewaktu sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran pelajar baharu di Dewan kampus tersebut diambil sewaktu hari pertama mereka mendaftar di kolej.
    Hatinya betul-betul tersentuh. Bagaimana mungkin dia telah mengkhianati rakan baiknya sendiri, jika bukan kerana terpaksa. Rakan baiknya yang dikenalinya semenjak dari prasekolah lagi. Butia, rakan yang sentiasa saling lindung melindungi dan sokong menyokongi. Sentiasa mempercayainya. Pakcilk Latif dan makcik Latifah di kampung, amat menyayanginya seperti menyangi anak-anaknya sendiri. dia sering di jamu makan bersama dirumah Butia. Begitu juga ayah dan ibu Haris Daniel juga berkawan baik.
    Jika mereka tahu apa yang dah berlaku, pasti mereka akan amat marah kepadanya. ‘Aduh, Haris Daniel tidak sanggup menerima situasi tersebut.
    Namun, terasa amat betapa segala-galanya telah atau akan berubah kini. Haris Daniel yang masih duduk di birai katil sambil meraup mukannya. Otak Haris Daniel ligat memeikirkan dan mebncari jalan macam mana nak keluar dari masalah ni. Perlahan-lahan disimpannya semula gambar tersebut di dalam laci. Sekarang, di ambilnya pula sehelai tuala kecil.
    “Maafkan aku Butia. Tapi, semua ini berpunca dari silapmu juga. Cuai dan terlalu mempercayai orang lain,” Haris Daniel cuba menyembunyikan mukannya dengan tuala kecil. Tuala kecil itu adalah hadiah dari Butiah padanya.
    Semalam, masih terbayang lagi wajah Butia yang cukup terkejut apabila melihat dia berada di pentas untuk memperkenalkan inovasi yang dihasilkannya. Sedari awal lagi, Haris Daniel tahu bahawa Butia pasti datang untuk memberinya sokongan moral pada hari tersebut, sama seperti sebelumnya apabila dia menghadapi perlawanan bola tampar dengan kolej lain. Begitu juga dengannya, Haris Daniel akan datang dan memberi sokongan moral pada pertandingan akhir inovasi kolej tiga tahun lepas. Mereka sememangnya sentiasa saling menyokong, tak kira bila dan di mana.

    ReplyDelete
  43. Namun, tanpa niat, dia malah mematahkan hati Butia. Masih terbayang di ruang matanya bagaimana terkejutnya Butia melihat produk yang diperkenalkan olehnya. Meja Pemancar LCD Mudah Laras yang setinggi aras pinggang itu kelihatan amat gah apabila di pertontonkan dengan cat warna silver seperti yang diimpikan oleh Butia. Suara Haris Daniel kelihatan sedikit berubah rendah dan sedikit bergetar. Gerak tubuhnya juga kelihatan agak sedikit kaku semasa membuat pembentangan produk Meja Pemancar LCD Mudah Laras di pentas, setelah terlihat akan Butia. Namun, Haris Daniel berusaha sedaya upaya agar kelihatan tenang semasa berada dia atas pentas. Meskipun hanya Tuhan yang tahu berapa rasa bersalahnya dia kepada Butia dan betapa merasa gementarnya dia mengkhianati rakan baiknya sendiri. Terbayang bagaimana dia cepat-cepat melarikan matanya dari terus memandang Butia yang kebetulan duduk di bahagian tengah barisan penonton. Dengan suara yang tiba-tiba rendah itu, dia cuba fokus pada pebentangan tentang inovasi itu.
    “Meja Pemancar LCD Mudah Laras ini boleh dilaraskan mengikut....er... ketinggian yang diingini.” Suara Haris Daniel tiba-tiba sedikit gagap dan tiba-tiba merndah sebaik melihat Butia.
    Para penonton kecuali Butia, tiba-tiba tergelak kecil mendengar suara dah tingkah Haris Daniel yang disangkakan sengaja menunjukkan aksi kecindan dalam pembentangannya. Butia masih memandang tepat ke arah Haris Daniel. Menambahkan lagi gelisah di hati Haris Daniel.
    ‘Lebih baik aku tidak memandang ke arah Butia lagi. Aku tidak mahu menjadi tidak tentu arah lagi,’ getus hati Haris Daniel.
    Lamunan Haris Daniel terhenti. Nafasnya turun naik dengan pantas. Dada Haris Daniel menyesak. Nafasnya jugak menjadi tidak menentu. Tubuhnya menggeletar menahan sebak. Namun, perlahan-lahan perasaan sedih itu tidak lagi dapat dibendung. Dia akhirnya mengesak. Perasaan bersalahnya amat menyelinap ke segenap tubuhnya. Esakan jantan yang jarang-jarang dapat dizahirkannya.
    “Butia, memaafkan aku. Aku terpaksa!” lirih Haris Daniel di bilik arsama yang berukuran 130 kaki persegi huniannya itu. Dengan sekilas pandang, dia menyeluruhi bilik asrama yang menempatkan serba dua unit kelengkapan iaitu, dua buah katil, dua buah meja belajar dan dua almari ringkas. Semuanya disusun sebelah menyebelah. Ruang tengah dibiarkan kosong untuk memberikan utiliti ruang untuk mereka berdua melakukan aktiviti dan bergerak. Di situlah Haris Daniel menginap bersama ahmad, rakan sebiliknya pelajar tahun satu.
    Sepantas itu, gmbaran dia berdiri betul-betul di anjung rehat pelajar. Anjung rehat pelajar ini terletak bersebelahan dgn kantin kolej itu. mengalihkan pandangannya ke luar asrama kediaman pelajar lelaki. Pemandangan pokok dan bunga-bungaan yang disaksikan dari tingkat satu bilik asramanya yang terang benderang itu, seakan berubah mejadi malap. Dia seakan dapat melihat dirinya yang serabut tentang tugasan yang belum disediakan kerana terlalu sibuk dengan persiapan pertandingan bola tampar negeri. Norman, Salleh dan Burn berada bersama-sama Jekly, rakan sekuliahnya merangkap konco-konconya, tercegat ditepi tembok penghadang antara taman bunga dan laluan pejalan kaki disusur laluan asrama ke kantin. Di tangan Jekly ialah tugasan dari Doktor Diana, pensyarah subjek keusahawanan mereka.
    “Haris, aku akan bagi kau tugasan ‘ni secara percuma. Tapi, lain kali kau kena tolong aku pulak” Jekly menyerahkan tugasan yang telah siap bertaip dengan muka depannya tertera dengan nama Haris Daniel.

    ReplyDelete
  44. Haris Daniel mencapai kertas tugasan itu dengan senyuman lebar. Akhirnya masalah besarnya telah selesai. Haris Daniel masih teringat-ingat akan wajah Doktor Diana yang secantik manis pelakon Drama pupular masa kini itu bertukar menjadi segarang inspektor polis yang menyoal siasat pesalah sewaktu memanggilnya. Haris Daniel dipanggil untuk berjumpa Doktor Diana di bilik pensyarah tengah hari itu.
    Haris Daniel tidak menyangka sama sekali yang dia telah terlupa pada tugasan yang sangat penting bagi kertas Keusahawanan. Dek kerana terlalu sibuk dengan latihan sukan bola tampar, dia terlupa untuk menyiapkan tugasan tersebut. Pertandingan bola tampar semakin dekat. Hingga menyebabkan dia selaku ketua pasukan, termasuk terpaksa meluangkan banyak masa di gelanggang latihan. Akibatnya, tugasan Doktor Diana ditangguh-tangguh hingga terlupakan begitu sahaja. Padahal, bersungguh-sungguh dia berjanji untuk menyiapkan tugasan tersebut petang itu juga kepada Doktor Diana. Janji yang akhirnya menjeratnya sendiri apabila dia tidak tahu bagaimana untuk membuat dan menyiapkannya dengan pantas. Lantas, terpaksalah Haris Daniel merayu Jekly untuk membantunya. Lebih-lebih lagi dia pernah mendengar yang Jekly adalah orang yang boleh diharapkan untuk menyiapkan tugasan dengan sedikit bayaran.
    Selama ini Haris Daniel tidak pernah bersetuju dengan cara sedemikian. Namun, disebabkan tugasan kali ini memerlukan banyak komitmen, iaitu menyediakan profail syarikat, membangunkan perisian dan merancang kewangan untuk lima tahun. Sebenarnya tugasan ini tidak sesusah mana. Namun ia memerlukan komitmen pelajar untuk membuat banyak rujukan dan kajian sebelum menyiapkan tugasan tersebut. Namun, kali ini dia tidak mempunyai pilihan lain kecuali dengan meminta bantuan Jeckly. Hendak meminta bantuan Butia, dia malu. Selama ini Butia sentiasa menasihatinya untuk menyeimbangkan pelajaran dan sukan. Pasti Butia kecewa apabila mengetahui pekara yang sebenar. Diia tidak menyiapkan tugasan penting itu kerana lebih sibuk dengan aktiviti sukannya! kalau butia tahu, dia akan memarahi Haris Daniel.
    ‘Aku hantar dahulu tugasan yang dibuat oleh Jekly, lepas ni aku buatlah dan hantar sendiri pada Dotor Diana. Bukannya menipu pun, hanya tertangguh sikit saja lagi penghantarannya,” Haris Daniel cuba untuk meyakinkan dirinya sendiri. Tanpa sedar, dia yang masih dengan Jackly dan konco-konconya, tersenyum sendirian dengan tugasan yang Jackly buat ni, sekurang-kurangnya dapat mengelakkan dia daripada gagal dalam kertas keusahawanan Doktor Diana. Dalam masa yang sama, dia akan berusaha untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan usahanya sendiri. Namun, disebabkan oleh kesibukannya, sekali lagi dia tertangguh-tangguh dan langsung terlupa pada janjinya sendiri untuk menyiapkan tugasan tersebut.
    Haris Daniel tersentak apabila mendengar deringan talipon. Lamunannya terhenti tiba-tiba. Bayangan Jeckly, Doktor Diana dan kertas tugasan Keusahawanan juga ikut lenyap. Suasana di sekelilingnya kembali ke asal. Suasana di bilik asramanya. Cepat-cepat dia mendapatkan telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja kecil lalu melekapkannya di cuping telinganya.
    “Hello Haris, jangan sekali-kali cuba untuk belot pada saya. Buruk padahnya!” suara Jeckly keras di talian di sebelah sana, menikam gegendang telinga Haris Daiel. Haris Daniel terkejut. Pelajar yang baharu sahaja menjelma dalam fikirannya, tiba-tiba mengugutnya dari talian sebelah sana. Dengan muka yang pucat dan dada yang berdebar kencang, dia teragak-agak dia untuk memberi tindak balas kepada ugutan Jeckly.

    ReplyDelete
  45. “Ba....baiklah,” Haris Daniel, gugup. Dia melihat seakan-akan Jeckly berada betul-betul di hadapannya sambal menyentak kolar bajunya. Haris Daniel menggeletar ketakutan pada ugutan Jeckly yang bukan kosong, dia tahu. Dia pernah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Jeckly dan konco-konconya memukul seorang pelajar tahun dua yang enggan mengikut arahannya, di belakang asrama lelaki. Kebetulan itu, Haris Daniel sedang berlari untuk pergi ke tandas di asrama. Tiba-tiba kedengaran ada suara seperti pergaduhan di belakang asrama lelaki. Cepat-cepat dia menjenguk ke belakang asrama itu. Disitulah dia melihat Jeckly dan konco-konconya memukul pelajar berkenaan. Teruk kecederaan pelajar tersebut. Mujur mereka tidak perasan akan kehadiran Haris Daniel. Kalau tidak, pasti dia pun akan mendapat susah. Waktu itu, tiada pelajar lain yang berada di sana kerana sedang mengikuti aktiviti sukan di padang kolej.
    “inilah padahnya kerana ingkar arahan aku.” ujar Jeckly keras sambil bercegak pinggang dan diikuti hilai tawa oleh rakan-rakannya yang lain.
    “Jika kau berani untuk melapor pada pihak polis atau pihak kolej, lebih teruk kau aku kerjakan. Keluarga kau pun akan mendapat susah.” Tambah Jeckly dengan suara lebih tinggi dan sombong sebelum meninggalkan pelajar tersebut terkulai-kulai kesakitan di tanah. Mujur setelah Jeckly dan konco-konconya berlalu pergi, dia mendapatkan pelajar tersebut memapahnya untuk mendapatkan pertolongan. Namun, pelajar tersebut berkali-kali mengingatkan Haris Daniel untuk merahasiakan perkara tersebut sebelum Jeckly bertindak lebih jauh.
    Kecut perut Haris Daniel mengenangkan peristiwa tersebut, sekecut pokok semalu yang disentuh orang. Lagipun dia masih terasa akan tumbukan Jeckly dan konco-konconya dua minggu lepas masih terkesan pada dirinya meskipun lebamnya sudah tidak kelihatan.
    ‘Mengapalah semua perbuatan buruk Jeckly itu hanya kuketahui setelah aku menerima pertolongan daripada Jeckly, yang juga pelajar kimpalan itu? gerutu hatinya. Jika tahu akan perangai sebenar Jeckly, pasti dia tidak akan menerima pertolongan Jeckly tempoh hari. Setelah mematikan telefon bimbitnya, Haris Daniel menghempaskan dirinya ke katil sebagai tanda protes terhadap ugutan Jeckly.

    ReplyDelete
  46. Erna, copy dan cek ejaan saja k;


    Bab 2

    Bunyi pintu bilik asramanya diketuk bertalu-talu dari luar dengan kuatnya, menyentak Haris Daniel di katil asramanya. Matanya yang kuyu sebelum ini tiba-tiba membundar lagaknya seperti mata orang yang ketakutan. Nalurinya seperti memberi tahu ada bahaya di sebalik pintu itu.
    Serta merta dia merenung pintu itu dengan penuh waspada. Dadanya berdebar kencang diburu rasa bersalah yang amat. Kepala lututnya yang sebelum ini berdiri teguh, tiba-tiba menggeletar seperti kedinginan. Jantungnya seperti ingin melonjak keluar dari kerongkongnya lalu melarikan diri dari bilik asrama itu, seperti dia melarikan diri meninggalkan Butia, semenjak sebulan yang lalu. Ataupun seperti semalam yang menyaksikan dia melarikan diri daripada Butia dari pentas selepas memperkenalkan produk inovasinya. Atau lebih tepat lagi produk inovasi Butia.
    Bunyi ketukan itu semakin menjadi-jadi. Dada yang berdebar cemas. Katil yang diduduki itu terasa panas membahang seperti bahang api kimpalan arka yang mencairkan rod. Lebih kurang seperti bahang api yang dia terpaksa nyalakan sendiri dan dengan tidak sengaja telah membakar tali silaturahim antara dia dengan Butia. Hingga rentung!
    ‘Siapa? Mustahil itu Diman.’ bisik Haris Daniel dalam hati dengan desahan nafas yang semakin memuncak.
    Setahunya, Diman, teman sebiliknya itu menpunyai anak kunci bilik sendiri. Andai kunci biliknya hilang sekali pun, Diman juga tidak mungkin akan mengetuk pintu bertalu-talu begitu. Peraturan asrama tak membenarkan penghuninya membuat bising dan menganggu penghuni lain. Tindakan tatatertib akan dikenakan pada penghuni yang melanggar peraturan berkenaan. Itu Haris Daniel pasti.
    Haris Daniel cuba membayangkan pelbagai bentuk wajah rakan-rakan yang rapat dengannya dan selalu datang melepak di asrama itu. Namun, tiada satu wajahpun yang muncul di benaknya, kecuali wajah yang amat ingin dielakkannya. Termasuk pada malam itu dan pada malam-malam berikutnya. Wajah itu, Jekly dan konco–konconya!
    ‘Aduh! maafkan aku, Butia… maafkan aku… aku terpaksa…” rintih hatinya yang tidak semena-mena menjadi sebak. Bunyi ketukan bertalu-talu itu kian lama kian kuat. Terasa amat betapa wajah yang berkulit kuning langsat, memerah padam dek api amarah yang bersulam dengan ketakutan yang amat.
    Dengan sekilas pandang, dia menyeluruhi bilik asrama yang menempatkan serba dua unit kelengkapan iaitu, dua buah katil, dua buah meja belajar dan dua almari ringkas. Semuanya disusun sebelah menyebelah. Ruang tengah dibiarkan kosong untuk memberikan utiliti ruang untuk mereka berdua melakukan aktiviti dan bergerak. Di situlah Haris Daniel menginap Bersama Diman, rakan sebiliknya pelajar tahun satu.
    Mujur dia sempat mengunci pintu itu dari dalam, sekembalinya dari perpustakaan tadi. Rasa-rasanya dia dapat mengagak pemilik tangan yang mengetuk pintu bilik asramanya dengan secara menggila-gila itu. Akan tetapi, jauh di lubuk hatinya, dia berdoa agar tekaannya salah. Mujur lagi, sedetik kemudian ketukan kuat yang bertalu-talu itu terhenti dengan sendirinya.
    “Aku rasa dia tak ada dalam bilik ‘ni,” kata satu suara dari sebalik pintu. Suara salah seorang daripada konco-konco Jeckly.

    ReplyDelete
  47. “Tak mengapa, kita tinggal nota saja dulu,” balas seseorang yang mirip sekali dengan suara Jecklu, di sebalik pintu itu.
    Sedetik kemudian, kelihatan sehelai kertas tanpa sampul dilalukan di bahagian bawah pintu bilik, dari luar. Setelah itu, kedengaran derapan kasut meninggalkan kawasan pintu di hadapan biliknya. Derapan itu agak kuat dan silih berganti. Ini menunjukkan antara dua ke empat pasang kasut yang berdiri di hadapan biliknya -sebentar tadi.
    Haris Daniel mengeluh rusuh. Debaran dadanya semakin kencang, sebaik dia memandang kertas yang berwarna jingga dan berlipat dua itu. Warna jingga kertas tu, membuatkan dia teringat pada kertas projek inovasi milik butia yang diserahkannya kepada Jeckly. Kurang pasti sama ada nota tersebut untuknya ataupun untuk Diman. Tubuhnya menjadi kaku bagaikan dipukau hingga hampir tidak dapat digerakkan. Takutnya bukan alang kepalang, setakut sewaktu dia mengambil bahan Inovasi Butia tanpa izin, dari komputer Butia beberapa bulan lepas. Rasa takut itu, seperti hampir melumpuhkan semua urat sarafnya. Namun, perlahan-lahan dia gagahi jugak untuk mengutif nota tersebut.
    ‘Janji mesti dikota. Jika tidak, pasti buruk padahnya.’
    Serta merta seluruh tulang sendi di tubuh Haris Daniel menggeletar, seperti terkena renjatan elektrik Ternyata, memang tepat agakkannya tadi. Mereka yang mengetuk pintu bilik asramanya tadi, adalah Jeckly dan konco-konconya. Tidak cukup dengan ugutan melalui panggilan talipon bertalu-talu, kini mereka memburunay nya melalui nota ugutan pula.
    Haris Daniel berasa amat tertekan. Tangannya terasa dingin sedinginnya gas nitrogen yang boleh membekukan sel-sel tertentu di makmal. Nota ugutan daripada Jeckly dan konco-konconya terlepas dari genggamannya lalu melayang jatuh ke lantai, seperti melayang jatuh berkecai segala kepercayaan Butia kepadanya.
    ‘Maafkan aku Butia, maafkanlah aku. ini soal hidup dan matiku di kolej ini. Aku terpaksa teruskan juga pengkhianatan ini. Mungkin semua ini juga adalah kamu Butia, terlalu mudah mempercayai orang dan cuai dalam menyi,pan fail yang amat berharga seperti fail inovasi,’ getus hati Haris Daniel.
    Tanpa sedar, dia mencapai talipon bimbit yang diletakkannya di atas katil tadi dan mencari butang palang pada nombor Butia. Butang palang itu bermakna taliponnya akan menghalang dengan sendirinya jika Butia cuba menghubunginya menerusi talian talifon lagi.
    Sejenak itu, Haris Daniel termangu lalu tertanya-tanya di dalam hati; bagaimana jika Jeckly dapat menghidu hasratnya untuk berpaling tadah? Atau mengesyaki yang dia sudah serik dan tak mahu melukai hati Butia lagi? Adakah dia akan diburu buat selamanya oleh Jeckly? Atau bagaimana perbuatannya menipu dalam tugasan kepada pihak kolej dilaporkan, lantas dia dikenakan tindakan disiplin ditamatkan pengajiannya? Bagaimana jika dia langsung dihapuskan oleh Jeckly dan konco-konconya, seperti menghapuskan lalat dan langau yang menghurungi tong sampah?
    Soalan bertubi-tubi terbit dari lubuk hatinya itu, ternyata tiada jawapannya. Sebaliknya, semakin memikirkannya, semakin dia menjadi bingung dan takut dengan segala kemungkinan yang bakal menimpanya dan Butia. Akhirnya, Haris sedar, mahu tidak mahu, dia terpaksa mengambil keputusan nekad. Yakni membuat keputusan untuk mengikut saja segala perancangan yang telah Jeckly

    ReplyDelete

  48. untukna. Perancangan yang akan hanya membuatkan dia bergelumang dengan ketamakan Jeckly yang bagaikan tiada titiknya itu.
    Haris mengeluh panjang. Dengan hati yang berat, diambilnya kertas kerja inovasi yang disalinnya tanpa izin daripada komputer Butia. Komputer itu dipinjamkan oleh Butia kepadanya kerana dia mengadu komputernya diserang virus dan sedang di perbaiki di kedai komputer. Sedangkan, ketika itu komputernya masih elok sahaja terletak di dalam biliknya.
    ‘Bukankah itu adalah stratergi yang digunakan olehnya bagi mendapatkan salinan inovasi Butia?’ desis hatinya. Dia tahu, kelemahan Butia ialah amat mempercayainya dan amat mudah menghulurkan pertolongan. Sebaik sahaja meminjam komputer Butia, dia memeriksan semua isi komputer itu dan menyalin kertas kerja inovasi Butia dengan menggunakan pendrive tanpa pengetahuan Butia. Mudah saja, sebenarnya. Itu kelemahan Butia, bukan kelemahanna. Haris yang teringatkan peristiwa sebulan yang lalu, yakin amat tentang itu. Lantas, salinan inovasi itu segera diberikan kepada Jeckly sebagai bayaran kepada pertolongannya tempoh hari.
    Pada awalnya, memang Haris Daniel tidak bersetuju dengan cadangan Jeckly itu. Namun, dia terus didesak oleh Jeckly dengan janji yang dia hanya hendak melihat contoh sahaja. Menurut Jeckly lagi, dia sebenarnya mahu menghasilkan kertas kerja inovasi yang lain. Jadi, hasil kerja Butia itu hanya sebagai panduan sahaja.
    “Jangan risau Haris, aku bukan nak ambil inovasi Butia pun, aku hanya nak jadikannya sebagai panduan sahaja,” kata Jeckly sambil menepuk bahu Haris Haniel sebagai tanda menunjukkan kesungguhannya.
    Kata-kata Jeckly itu amat meyakinkan Haris Daniel. Sungguh tidak Haris Daniel menyangka sama sekali bahawa Jeckly akan menjual inovasi Butia itu kepada syarikat Puncak Kaya Sdn. Bhd, sebuah syarikat swasta dan meletakkan nama Haris sebagai pencipta kepada idea tersebut. Hampir diserang sakit jantung Haris cuba mencari akan di mana silapnya.
    Haris Daniel lalu berjumpa dengan Jackly di luar legar bangunan Hal Ehwal Pelajar sebaik sahaja tamat waktu kuliah dan cuba untuk mendapatkan penjelasan dari Jeckly tentang mengapa dia menipunya. Akibatnya, Haris Daniel menerima hadiah berupa layangan penumbuk daripada Jeckly dan konco-konconya yang terdiri daripada Dulamin, Lim dan beberapa lagi yang juga pelajar tahun akhir. Jeckly siap memaksanya untuk hadir ke pelancaran produk inovasi yang bertajuk Meja Pemancar LCD Mudah Laras.
    ‘Mengapa nama aku pula tiba-tiba diletakkan sebagai sebagai penciptanya?’ soal hatinya dengan penuh rasa tidak puas hati dan bimbang. ‘Mengapa bukan nama Jeckly sendiri sahaja sekarang aku dah terperangkap. Atau, justeru memang niat Jeckly untuk memerangkapku? Licik sungguh permainan Jeckly!’
    Secara spontan, Haris Daniel memandang gambar dirinya bersama Butia di atas meja belajarnya dengan sayu. Gambar wajah dia dan Butia tersenyum riang sambil memegang slip pendaftaran masing-masing. Gambar itu mereka ambil sewaktu sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran pelajar baharu di Dewan kampus tersebut diambil sewaktu hari pertama mereka mendaftar di kolej.
    Hatinya betul-betul sebak. Sesungguhnya, tidak mungkin dia telah mengkhianati rakan baiknya sendiri, jika bukan kerana terpaksa. Rakan baiknya yang

    ReplyDelete
  49. dikenalinya semenjak dari prasekolah lagi. Rakan yang sentiasa saling lindung melindungi dan sokong menyokonginya. Sentiasa mempercayainya. Seperti ibu dan bapa Butia, Pak Cilk Latif dan Mak Cik Latifah di kampung yang amat menyayanginya seperti menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia sering di jamu makan Bersama setiap kali berkunjung di rumah Butia. Begitu juga ayah dan ibu Haris Daniel juga berkawan baik dengan keluarga Butia.
    ‘Jika mereka tahu apa yang dah berlaku, pasti mereka akan amat marah padauk. Aduh kenapa aku tak fikir masak-masak dulu, sebelum menjebakkan diri dengan Jeckly’ lirih Haris Daniel, kian terhimpit. Apatah lagi apabila kian terasa betapa segala-galanya telah atau akan berubah kini. Dia yang masih duduk di birai katil sambil meraup mukannya. Otak Haris Daniel ligat mencari jalan bagaimana cara untuk keluar dari masalah ini. Namun, pencariannya tidak menemukan cahaya di hujung terowong. Semua gelap dan merusuhkan. Perlahan-lahan disimpannya semula gambar tersebut di dalam laci. Sekarang, di ambilnya pula sehelai tuala kecil.
    “Maafkan aku Butia. Tapi, semua ini berpunca dari silapmu juga. Cuai dan terlalu mempercayai orang lain!” dengus Haris Daniel tiba-tiba membela diri sendiri dan cuba menyembunyikan mukannya dengan tuala kecil. Tanpa sedar, tuala kecil itu adalah hadiah dari Butiah padanya.
    Semalam, masih terbayang lagi akan wajah Butia yang ketika menyaksikan dia berada di pentas untuk memperkenalkan inovasi yang Butia hasilkan sendiri itu. Sedari awal lagi, Haris Daniel tahu bahawa Butia pasti akan datang untuk memberinya sokongan moral pada hari tersebut, sama seperti sebelumnya apabila dia menghadapi perlawanan bola tampar dengan kolej lain. Begitu juga dengan Haris Daniel yang akan datang dan memberi sokongan moral pada pertandingan akhir inovasi kolej tiga tahun lepas. Mereka sememangnya sentiasa saling menyokong, tidak kira bila atau di mana. Mereka seperti dua adik beradik yang sangat rapat dan saling memerlukan.
    Namun, tanpa niat, dia mematahkan hati Butia. Masih terbayang di ruang matanya bagaimana terkejutnya Butia melihat produk yang diperkenalkannya. Meja Pemancar LCD Mudah Laras yang setinggi aras pinggang itu kelihatan amat gah apabila dipertontonkan dengan cat warna perak seperti yang diimpikan oleh Butia. Nada suara Haris Daniel segera berubah rendah dan sedikit bergetar dengan perubahan air muka Butia saat itu. Gerak tubuhnya juga tiba-tiba terasa agak kaku semasa membuat pembentangan produk Meja Pemancar LCD Mudah Laras di pentas.
    Haris Daniel terpaksa bertungkus lumus mengawal gelojak perasaan sendiri agar kelihatan tenang semasa membuat pembentangan di pentas itu. Meskipun hanya Tuhan yang tahu berapa rasa bersalahnya dia kepada Butia, walaupun sebenarnya Butia sendiri pun cuai kerana terlalu mempercayai orang lain. Terbayang bagaimana dia cepat-cepat melarikan pandangan matanya dari terus terarah kepada Butia yang kebetulan duduk di bahagian tengah barisan penonton. Dengan sedaya upaya, , dia cuba fokus pada pebentangan tentang inovasi itu.
    “Meja Pemancar LCD Mudah Laras ini boleh dilaraskan mengikut....er... ketinggian yang diingini.” Suara Haris Daniel tiba-tiba sedikit tergagap-gagap. Alangkah gementarnya dia.
    Kecuali Butia, para penonton tiba-tiba tergelak kecil mendengarkan kegagapannya. Mungkin mereka menyangka bahawa Haris Daniel sengaja

    ReplyDelete
  50. menunjukkan aksi kecindan dalam pembentangannya. Butia masih memandang tepat ke arah dengan riak wajah yang tersinggung, dipandang sepintas lalu, seperti memandang angin di luar dewan itu.
    ‘Lebih baik aku tidak memandang lagi ke arah Butia. Aku tidak mahu menjadi tidak tentu arah lagi,’ getus hati Haris Daniel.
    Oleh rasa sebak yang tidak menentu, Haris Daniel segera menghentikan lamunannya. Namun dia terus resah gelisah di bilik asramanya seperti tadi. Nafasnya jugak terus tidak menentu. Namun, rasa sedih dan rusuh yang memuncak itu, akhirnya tidak dapat dibendung lagi. Dia lalu mengesak. Esakan jantan yang jarang-jarang dapat dizahirkannya.
    “Butia, maafkan aku. Aku terpaksa!” ratap Haris Daniel di bilik arsama yang berukuran 130 kaki persegi huniannya itu.
    Sepantas itu, gmbaran dia berdiri betul-betul di anjung rehat pelajar. Anjung rehat pelajar ini terletak bersebelahan dgn kantin kolej itu. mengalihkan pandangannya ke luar asrama kediaman pelajar lelaki yang terletak di tingkat satu. Pokok-pokok bunga dalam pasu yang terang benderang disinari lampu jalanan itu, seakan berubah menjadi malap pada pandangannya.
    Sesaat itu Haris Daniel seakan dapat melihat dirinya yang serabut fikirannya dengan tugasan yang belum disediakan kerana terlalu sibuk dengan persiapan pertandingan bola tampar peringkat negeri. Dia seperti dapat melihat kembali akan Norman, Lim dan Dulamin yang berada bersama-sama Jekly, rakan sekuliah merangkap konco-konconya itu. Mereka tercegat di tepi tembok penghadang antara taman bunga dan laluan pejalan kaki disusur laluan asrama menuju ke kantin. Di tangan Jekly ialah tugasan dari Doktor Diana, pensyarah subjek keusahawanan mereka.
    “Haris, aku akan bagi kau tugasan ‘ni secara percuma. Tapi, lain kali kau kena tolong aku pulak okay?” Jekly menyerahkan tugasan yang telah siap bertaip dengan muka depannya tertera dengan nama Haris Daniel.
    Haris Daniel mencapai kertas tugasan itu dengan senyuman lebar. Akhirnya masalah besarnya telah selesai. Terbayang dia akan Doktor Diana yang secantik manis pelakon drama popular terkini itu, bertukar menjadi segarang inspektor polis yang menyoal siasat pesalah sewaktu memanggilnya, di bilik pensyarah tengah hari itu.
    Haris Daniel tidak menyangka sama sekali yang dia telah terlupa pada tugasan yang sangat penting bagi kertas Keusahawanan. Dek kerana terlalu sibuk dengan latihan sukan bola tampar, dia langsung terlupa untuk menyiapkan tugasan tersebut. Lebih-lebih lagi pertandingan bola tampar semakin dekat. Hingga menyebabkan dia selaku ketua pasukan, termasuk terpaksa lebih banyak masa di gelanggang latihan, bukan kepada tugasan yang pensyarahnya beri.
    Akibatnya, tugasan Doktor Diana tertangguh-tangguh hingga dia terlupakannya begitu sahaja. Padahal, bersungguh-sungguh dia berjanji untuk menyiapkan tugasan tersebut petang itu juga kepada Doktor Diana. Janji yang akhirnya menjeratnya sendiri apabila dia tidak tahu bagaimana untuk membuat dan menyiapkannya mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarahnya itu. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia merayu Jekly untuk membantunya. Lebih-lebih lagi dia pernah mendengar dari pelajar lain yang Jekly adalah orang yang boleh diharapkan untuk menyiapkan tugasan dengan sedikit bayaran. Selama ini Haris Daniel tidak pernah bersetuju dengan cara sedemikian.

    ReplyDelete
  51. Namun, disebabkan tugasan kali ini memerlukan banyak komitmen, iaitu menyediakan profail syarikat, membangunkan perisian dan merancang kewangan untuk lima tahun, Haris Daniel menjadi terdesak yang amat. Sebenarnya tugasan ini tidak sesusah mana. Namun ia memerlukan komitmen pelajar untuk membuat banyak rujukan dan kajian sebelum menyiapkan tugasan tersebut. Kiranya, kali ini dia memang tidak mempunyai pilihan lain kecuali dengan meminta bantuan Jeckly. Kali ini sahaja. Begitulah janjinya pada diri sendiri. Lagipun, hendak meminta bantuan Butia, dia malu. Selama ini Butia sentiasa menasihatinya agar menyeimbangkan pelajaran dan sukan. Pasti Butia akan meleterinya andainya dia mengetahui akan perkara yang sebenarnya. Diia tidak menyiapkan tugasan penting itu kerana lebih sibuk dengan aktiviti sukannya!
    ‘Apa yang Butia tidak tahu, tidak akan menyakitinya,’ fikir Haris Daniel ketika itu, cuba meyakinkan diri sendiri. Dia lalu mengambil keputusan untuk menghantar dahulu tugasan yang dibuat oleh Jekly kepada Doktor Dania. Selepas itu apabila ada kelapangan, barulah dia akan membuatlahnya sendiri. ‘Bukannya menipu pun, hanya tertangguh sikit saja lagi penghantarannya.”
    Sekurang-kurangnya, dia dapat mengelakkan daripada gagal dalam kertas keusahawanan Doktor Diana. Namun, disebabkan oleh kesibukannya, sekali lagi dia tertangguh-tangguh dan langsung terlupa pada janjinya sendiri untuk menyiapkan tugasan tersebut.
    Haris Daniel tiba-tiba tersentak oleh deringan talipon. Lamunannya terhenti tiba-tiba. Bayangan Jeckly, Doktor Diana dan kertas tugasan Keusahawanan juga ikut lenyap entah ke mana. Suasana di sekelilingnya kembali ke asalnay. Suasana di bilik asramanya. Cepat-cepat dia mendapatkan telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja kecil lalu melekapkannya di cuping telinganya.
    “Hello Haris,” Suara Jeckly di talian sebelah sana.
    “Err… hello,” jawab Haris Daniel, teragak-agak. Gentar.
    “Ingat, jangan sekali-kali cuba untuk belot pada saya. Buruk padahnya!” suara Jeckly kedengaran keras di talian di sebelah sana, menikam gegendang telinga Haris Daniel.
    “Ba… baik Jeckly,”balas Haris antara kedengaran dengan tidak di telinga sendiri. Haris Daniel terkejut. Pelajar yang baharu sahaja menjelma dalam fikirannya, tiba-tiba menghubungi melalui telefon lalu mengugutnya lagi. Dengan muka yang pucat dan dada yang berdebar kencang.
    “Ba....baiklah,” Haris Daniel, gugup.
    Dia seperti dapat melihat Jeckly berada betul-betul di hadapannya sambal menyentak kolar bajunya. Haris Daniel menggeletar ketakutan pada ugutan Jeckly yang bukan kosong, dia tahu. Dia pernah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Jeckly dan konco-konconya memukul seorang pelajar tahun dua yang enggan mengikut arahannya, di belakang asrama lelaki.
    Kebetulan pada ketika itu, Haris Daniel sedang bergegas untuk pergi ke tandas di asrama. Tiba-tiba kedengaran ada suara seperti pergaduhan di belakang asrama lelaki. Cepat-cepat dia menjenguk ke belakang asrama itu. Disitulah dia melihat Jeckly dan konco-konconya memukul pelajar berkenaan. Teruk kecederaan pelajar tersebut. Mujur mereka tidak menyedari akan kehadiran Haris Daniel di situ. Kalau tidak, pasti dia pun akan mendapat padanya. Waktu itu, tiada pelajar lain yang berada di sana kerana sedang mengikuti aktiviti sukan di padang kolej.

    ReplyDelete
  52. “inilah padahnya kerana ingkar arahan aku.” ujar Jeckly keras sambil bercegak pinggang dan diikuti hilai tawa oleh rakan-rakannya yang lain. Sebelum meninggalkan pelajar malang itu, dia menambah dengan angkuhnya,“Jika kau berani untuk melapor pada pihak polis atau pihak kolej, lebih teruk kau aku kerjakan. Keluarga kau pun akan mendapat susah!”
    Setelah Jeckly dan konco-konconya berlalu pergi, Haris Daniel mendapatkan pelajar tersebut dan memapahnya untuk mendapatkan pertolongan. Namun, pelajar tersebut berkali-kali mengingatkan Haris Daniel untuk merahasiakan perkara tersebut kerana tidak mahu Jeckly bertindak lebih jauh.
    Kecut perut Haris Daniel mengenangkan peristiwa tersebut, sekecut pokok semalu yang disentuh orang. Lagipun dia masih terasa akan tumbukan Jeckly dan konco-konconya dua minggu lepas masih terkesan pada dirinya meskipun lebamnya sudah tidak kelihatan.
    ‘Mengapalah sebelum ini, aku tidak pernah percaya pada apa yg aku dengar tentang Jeckly? Tentang semua perbuatan buruknya? Setelah menerima pertolongan daripada Jeckly, yang juga pelajar kimpalan itu, barulah aku tahu.’ gerutu hatinya.. Setelah mematikan telefon bimbitnya, Haris Daniel menghempaskan dirinya ke katil sebagai tanda protes terhadap ugutan Jeckly, walaupun yang terasa sakit oleh hempasan itu adalah dirinya sendiri!

    itu je utk bab dua erna, selaraskan jumlah ms utk setiap bab, kalau tak cukup, tmbah sikit dialog di sana sini.

    gigih terus k

    ReplyDelete