• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, September 6, 2020

Syarat2 Kelas Berbayar

2:39 AM // by Azmah Nordin // 5 comments

jika berminat menghasilkan novel (apa2 tema novel,) dan cerpen, di kelas berbayar, yurannya;



 (1) novel -


b.  Novel remaja, satu bab = rm 70.

b.   Novel  kanak-kanak, satu bab =  rm 60

(jumlah bayaran bagi sebuah novel bergantung kpd jumlah bab di dalamnya.)

 (2) cerpen - sebuah - rm 80

 (3). andai memenangi apa2 hadiah/anugerah atau jika terpilih sebagai teks KOMSAS, saya berhak mendapat 20 peratus drpdnya sbb kelak akan ada byk ilham saya juga tercurah di dalamnya. royalti untuk penerbitan biasa milik anda seratus peratus

 (4) Kelas hanya bermula setelah salinan slip pembayaran sebelum cerpen bermula tau bab demi bab bermula diterima lewat emel azmahnordin@gmail.com



 No Akaun CIMB Clicks: 7039377424 .

5 comments:

  1. Bab Sinopsis Ilustrasi 1m/s
    Bab 1
    (12 m/s) Ayu Afiqah sering membantu ibunya membuat tempahan biskut. Selain itu, dia juga rajin membantu ibunya memasak masakan melayu. Ada ketikanya Ayu Afiqah kurang mengutamakan keselamatan semasa memasak dan ditegur secara baik oleh ibunya. Ayu dan ibu memasak di dapur dengan penuh kasih sayang

    Bab 2
    (12 m/3) Ayu Afiqah hampir di culik oleh orang yang tidak di kenali. Mujur dia diselamatkan oleh rakan baharu Steve yang juga merupakan jirannya. Steve baru sahaja berpindah dari Australia. Steve menyelamatkan Ayu Afiqah
    Bab 3
    (12 m/3)
    Ayu Afiqah belajar masakan barat dari Steve, masakan China dari Sui Lan dan masakan India dari Kumala. Sahabat dan juga rakan sekelasnya.
    Gambar Ayu Afiqah bersama tiga lagi rakan sekelasnya belajar memasak di rumah Ayu Afiqah
    Bab 4
    (12 m/3)
    Hari jadi ibu. Ayu Afiqah semakin mahir dalam memasak. dia berjaya membuat kejutan dengan menyediakan juadah majlis dan kek harijadi istemewa kepada ibunya. Gambar Ibu meniup lilin
    Bab 5
    (12 m/3) Akhirnya dia pergi jua. Ayu Afiqah kehilangan ibunya disaat dia baharu sahaja menerima berita akan mendapat adik baru yang amat dinantikan. Ayu Afiqah berdiri di pusara ibunya
    Bab 6
    (12 m/3)
    Peperiksaan. Dugaan datang sekali lagi apabila Ayu Afiqah gagal dalam peperiksaan penggal akibat terlalu bersedih dengan pemergian ibunya. Ayahnya cuba memberi semangat tetapi tidak berjaya. Ayu Afiqah menangis sambil memegang sekeping kertas. Ayah memujuknya
    Bab 7
    (12 m/3)
    Bercuti di rumah atok. Ayu Afiqah berjaya bangkit dari kesukaran hidupnya apabila dia menemui dan membaca diari ibunya semasa remaja. Diari tersebut menulis mengenai impian ibunya semasa kecil. . Ayu Afiqah duduk membaca sebuah diari lama.
    Bab 8
    (12 m/3) Memperbaiki akademik pada penggal kedua. Ayu Afiqah bagai mendapat peluang kedua. Dia berusaha untuk terus cemerlang dalam bidang pelajaran . Ayu Afiqah mengulangkaji pelajaran
    Bab 9
    (12 m/3)
    Menabur bakti. Ayu Afiqah dan rakan-rakan yang menganggotai Kadet Tunas Puteri yang dianggotainya memjayakan projek ‘wakaf sebiji kek cawan’ untuk anak-anak yatim di Yayasan Anak Yatim Sungai Limbun bagi Gambar Ayu Afiqah dan rakan-rakannya dalam projek ‘Wakaf Sebiji Kek Cawan’ Kadet Tunas Puteri
    Bab 10
    (12 m/3)
    Bagai bulan jatuh ke riba . Ayu Afiqah berjaya menjadi johan dan mengharumkan Daerah Keningau di dalam program Master Chef Junior peringkat negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur
    Ayu Afiqah memegang Trofi Master Chef Junior bersama ayah
    Tamat

    ReplyDelete
  2. Bab 3: Diari Merah Jambu

    Selesai sahaja sarapan pagi, mereka sekeluarga bertolak ke Kundasang. Ayu Afiqah lebih selesa duduk di bahagian penumpang belakang kereta jenama Axia berwarna putih keluaran Syarikat Produa. Nek Dar pula duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan pemandu. Ayah memandu kereta dengan berhati-hati. Ayu Afiqah lebih banyak mengelamun dan menjadi pendengar setia celoteh ayah dan Nek Dar di sepanjang perjalanan.
    Banyak yang Nek Dar dan Ayah ceritakan di sepanjang perjalanan. Mungkin Nek Dar tidak mahu ayah mengantuk semasa memandu. Pemanduan selama sejam tiga puluh minit itu tidak begitu terasa. Banyak pemandangan indah yang dapat dinikmati oleh mereka sekeluarga. Terhibur sedikit hati Ayu Afiqah. Kicauan burung, keindahan pokok-pokok hujan khatulistiwa dan pemandangan tanah tinggi amat memukau pandangan.
    Seingat Ayu Afiqah, inilah kali pertama dia tidak terlena semasa menghadapi perjalanan yang agak jauh. Dulu, semasa mengikuti ayah dan ibu pulang ke Kundasang. Ayu Afiqah tidak dapat nikmati perjalanan tersebut kerana selalu sahaja terlena di sepanjang perjalanan. Setahu Ayu Afiqah, dia hanya akan terbangun apabila ibu membangunkannya sebaik sahaja sampai di Kampung Wangi, Kundasang.
    Perjalanan 2 jam ke Kampung Wangi, Kundasang berakhir apabila ayah memberhentikan kereta betul-betul di halaman rumah Nek Jah pada tepat jam 10.00 pagi. Kedatangan mereka disambut dengan penuh kesyahduan oleh Nek Jah.
    “Ayu, ibumu sudah tiada cu?” tangis Nek Jah sayu.
    Nek Jah memeluk Ayu Afiqah dengan sangat erat sambil menangis sebaik sahaja Ayu Afiqah keluar dari perut kereta ayah. Ayu Afiqah juga turut bersedih melihat Nek Jah menangis. Ayu dapat merasa degupan jantung Nek Jah yang laju. Nek Jah hanya dapat ditenangkan pada lewat tengah hari. Kasihan Nek Jah, dia amat besedih dengan pemergian satu-satunya anak kesayangan yang dia ada.
    Perkara yang paling menyedihkan Nek Jah ialah dia tidak dapat bersama anak kesayangannya ketika ibu menghembuskan nafas terakhir. Kini Ayu Afiqah adalah satu-satunya keturunan yang Nek Jah ada. Ayu Afiqah amat faham perasaan Nek Jah.
    Ayu Afiqah memandang sekeliling. Ramai sanak-saudara menyambut kehadiran mereka. Seingat Ayu Afiqah. Mereka adalah saudara mara sebelah Ibu. Suami Nek Jah telah meninggal dunia semenjak ibu masih kecil lagi. Ayu Afiqah, ayah dan Nek Dar bersalam-salaman dengan semua hadirin sebelum mengambil tempat duduk di ruang tamu.
    Sebaik semuanya tenang, Atuk Mail, adik kepada Nek Jah mengumumkan yang malam ini akan diada sedikit majlis tahlil untuk arwah ibu. Patutlah Ayu Afiqah melihat ramai sanak-saudara sedang bergotong royong di dapur tadi. Majlis tersebut dirancang sebulan lepas ialah untuk Nek Jah selamat dia kembali dari mengerjakan Umrah. Namun, berubah kepada majlis tahlil arwah ibu.
    Ayu juga ikut memabantu dalam menyediakan juadah. Ayu Afiqah membantu memasak di dapur. Banyak resepi baru yang Ayu Afiqah pelajari hari ini. Antara juadah yang disediakan ialah Ayam masak merah, kari ayam, rendang daging masak masam manis, sayur lemak gulai nangka, umbut sawit masak lemak, sayur kobis goreng, sambal belacan dan pencuci mulut pula ialah puding kelapa. Semuanya sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
  3. Selesai sahaja majlis tahlil, saudara-mara pun beransur pulang. Ayu Afiqah yang keletihan memilih untuk tidur di bilik arwah ibu. Ayah tidur di bilk tetamu dan Nek Dar tidur sebilik dengan Nek Jah. Rumah Nek Jah agak sederhana dengan tiga bilik tidur. Setelah ibu berkawhin, Nek Jah hanya tinggal bersendirian di rumah itu. Nek Jah membuat kuih secara kecil-kecilah dan dihantar ke restoran-restoran berhampiran. Pencen polis atuk masih dapat menyara hidup Nek Jah.
    Keesokan paginya, Ayu Afiqah bangun seawal jam 5 pagi untuk menunaikan solat subuh. Usai solat, Ayu Afiqah mengambil kesempatan mengamati sekeliling bilik. Bilik arwah ibu bersaiz sederhana sahaja. Di atas sebuah meja kecil, tersusun beberapa foto-foto ibu semasa kecil sehingga remaja. Wajah comel ibu ketika remaja persis wajah Ayu Afiqah. Lama Ayu Afiqah menatap dan membelek-belek foto tersebut.
    Pandangan Ayu Afiqah beralih pula pada sebuah almari yang terletak di bawah meja kecil tersebut. Semasa Ayu Afiqah mengikut ibu dan ayah ke Kampung Wangi, Ayu Afiqah belum pernah berpeluang membuka almari berkenaan. Ayu Afiqah cuba membuka almari tersebut perlahan-lahan. Almari yang tidak berkunci itu agak sukar di buka. Mungkin kerana ensel pintunya sudah berkarat.
    Setelah beberapa minit berusaha, akhirnya ia berjaya juga di buka. Kelihatan deretan susunan koleksi novel dan buku masakan kegemaran ibu. Rupa-rupanya ibu minat membaca novel dan mempunyai banyak koleksi buku masakan semasa remaja.
    Dalam banyak-banyak buku yang terdapat dalam deretan tersebut, ada satu buku comel berwarna merah jambu. Ayu Afiqah mencapai buku tersebut dengan berhati-hati. Hati Ayu Afiqah meronta-ronta untuk mengetahui apakah isu buku tersebut. Tiba-tiba kedengaran suara Nek Jah memanggil Ayu Afiqah.
    “Ayu, jom turun cu, ada sesuatu Nenek nak tunjuk ni.” suara Nek Jah membantutkan hasrat Ayu Afiqah untuk mengetahui kandungan buku comel berwarna merah jambu tersebut. Kelihatannya seperti diari.
    “Baiklah Nek Jah. Ayu datang ni.” Balas Ayu Afiqah dan meletakkan semula buku tersebut kembali ke tempat asalnya. Perlahan-lahan almari kecil tersebut ditutup semula. Dia lantas bergegas keluar dari bilik dan mencari Nek Jah di ruang tamu. Namun, Nek Jah tiada di situ. Sementara itu, di halaman rumah, kedengaran bunyi enjin kereta ayah berlalu pergi. Mungkin ke pasar bersama Nek Dar. Pekan Kundasang memang terkenal dengan jualan pelbagai jenis sayuran yang segar.
    Ayu Afiqah menuju pula ke ruang dapur untuk meneruskan pencariannya. Akhirnya dia menemui Nek Jah di ruang dapur.
    Alangkah terkejutnya Ayu Afiqah apabila melihat deretan bahan-bahan di atas meja. Jatung Ayu Afiqah berdegup kencang kerana teruja. Ayu Afiqah sudah lama tidak menjalankan hobi yang amat digemarinya ini. Semenjak ibu sakit, Aktiviti memasak dan mencuba resepi baharu telah tertangguh.
    “Wah! Banyaknya bahan. Nek Jah nak buat apa ni?” tanya Ayu Afiqah dengan teruja dan matanya membulat.
    “Nek Jah nak ajar Ayu resepi Kek Tiramisu. Ayu suka tak?” ujar Nek Jah gembira melihat Ayu Afiqah ceria. Dia tahu, Ayu Afiqah amat gemar belajar memasak atau mencuba resepi baharu..

    ReplyDelete
  4. “Yey! mestilah suka nek.” Jawab Ayu Afiqah dengan gembira. Jantung Ayu Afiqah berdegup kencang. Tanpa disedarinya, dia melompat gembira. Itulah kali pertama Ayu Afiqah gembira setelah pemergian ibu.
    Nek Jah meminta Ayu Afiqah menimbang dan mengukur semua bahan yang diperlukan sebelum memulakan proses menyediakan Kek Tiramisu mereka. Unit dan kadar yang diperlukan telah ditulis oleh Nek Jah dipapan tulis yang ada di dalam dapur Nek Jah. Dulu, semasa datang ke Kampung Wangi bersama ibu, Ayu selalu menconteng papan tulis Nek Jah itu. Papan tulis yang hanya bersaiz 40cm lebar×60cm tinggi adalah antara keperluan Nek Jah semasa mengajar di dapur.
    Ibu selalu menegur jika Ayu Afiqah menconteng papan tulis berkenaan. Kini baru Ayu Afiqah tahu akan kegunaan papan tulis berkenaan. Untuk menulis resepi yang bakal disediakan rupanya. Ayu meneliti resepi Kek Tiramisu tersebut sebelum memulakan menimbang dan menyediakan bahan yang di perlukan. Ayu Afiqah tidak mahu dia tersalah ukur. Pasti pencuci mulut yang sedap itu tidak akan sempurna nanti.
    Ayu Afiqah menimbang 150 gram tepung gandum dan 160 gram gula pasir. Kemudiannya menyediakan 6 biji telur dan mengukur 2 sudu makan bahan penstabil atau ovalet dan meletakkannya di masing-masing di dalam piring yang bersih. Setelah itu, Ayu Afiqah mengukur pula setengah liter susu cair dan menimbang 60 gram marjerin ,100 gram keju cheddar parut dan 250 gram krim serbuk.
    Ayu juga menyiapkan sesudu campuran sebuk kopi bersama gula dan air panas dan meletakkannya di dalam magkuk yang bersih. Setelah itu, dia menimbang lagi 40 gram serbuk coklat dan mengukur setengah liter tepung maizena. Akhir sekali semangkuk air sejuk bersih diletakkan di atas meja bersama bahan-bahan yang lain. .
    Nek Jah menerangkan cara-cara membuatnya terlebih dahulu secara teori sebelum meminta Ayu Afiqah melaksanakan praktikalnya. Mula-mula, Ayu Afiqah membuat kek terlebih dahulu. 6 biji telur, bahan penstabil ovalet dan gula pasir dipuku menggunakan mesin hingga kembang. Setelah itu, tepung gandum dan 60 gram majerin yang sudah dicairkan dimasukkan secara perlahan-lahan dan di kacau sehingga sebati.
    Sementara itu, Nek Jah memanaskan ketuhar dan menyediakan loyang yang bersaiz sederhana. Ayu Afiqah pula menyapukan permukaan loyang dengan marjerin dan memberikan alas pada permukaan roti agar mudah semasa dikeluarkan kelak. Setelah adunan siap. Ia dibakar di dalan ketuhar pada suhu 185 darjah celcius selama 20 minit.
    Sementara menunggu kek siap di bakar, Nek Jah menunjukkan cara untuk membuat vla krim untuk tiramisu. 100 gram serbuk krim dicampur dengan air sejuk 200 ml dipukul sehingga sebati sebelum di rehatkan dipeti sejuk selama beberapa minit. Setelah itu, susu cair yang dicampur dengan gula pasir dikacau sehingga mendidih dan sebati pada dapur dengan api yang kecil. Kemudian,keju yang sudah diparut dimasukkan dan dikacau sekali lagi. Tepung jagung kemudiannya di masukkan sedikit demi sedikit agar vla krim lebih kental. Bahan tersebut terus dikacau sehingga adunan keluar buih-buih kecil sebelum diangkat keluar dari api.
    Kemudian, coklat serbuk akan ditabur untuk mencantikkan rupa cream.

    ReplyDelete
  5. Setelah semuanya siap, Nek Jah memotong bahagian tengah sehingga menjadi dua bahagian. Bahagian atas setiap satu disiram denngan larutan kopi
    vla cream. Jari jemari Nek Jah amat cekap melaksanakan proses tersebut. Ayu Afikah yang melihat dengan fokus amat kagum dengan ketangkasan tangan Nek Jah. ‘Tidak hairanlah ibu amat pandai memasak. Rupa-rupanya ia diwarisi dari ibunya’ getus hati Ayu Afiqah.
    Bagi mencantikkan lapisan atas kek, Nek Jah memasukkan 150 gram serbuk kopi dan 300 ml air ke dalam botol yang dikahskan. Botol berkenaan di goncang sebelum digunakan untuk menyembur bahan toping pada lapisan atas kek. Akhir sekali, Ayu Afiqah menolong Nek Jah menaburkan serbuk kopi pada bahagian toping tadi sehingga kelihatan cantik.
    “Wah! Cantiknya kek Cheese tiramisu ni”, puji Ayu Afiqah.
    “Kek yang cantik dan sedap ni untuk orang yang cantik juga, Ayu.” balas Nek Jah dengan senyuman.
    Hati Ayu gembira apabila melihat senyuman Nek Jah.
    “Terima kasih sebab ajarkan resepi kek Tiramisu ni Nek,” ujar Ayu Afiqah lagi.
    “Sebenarnya ini adalah permintaan ibu kamu sebelum Nek Jah ke Mekah tempoh hari. Namun, Nek Jah tak sempat laksanakan. Katanya resepi ni mesti diajarkan kepada kamu sebelum pertandingan Master Chef tu.” Balas Nek Jah tiba-tiba sebak. Kelihatan ada titisan air mata mula jatuh dari takungan air mata Nek Jah. Ditariknya tubuh Ayu Afiqah ke dalam dakapannya. Nek Jah akhirnya menangis tersendu lagi.
    ‘Patutlah Nek Jah beriya-iya hendak mengajarnya resepi kek Tiramisu ni’ kata Ayu Afiqah di dalam hati. Ayu Afiqah juga ikut sebak. Namun, ditahannya. Dia tidak mahu Nek Jah semakin sedih. ‘Aku mahu kelihatan kuat untuk orang di sekelilingnya. Aku mahu kuat untuk menghadapi pertandingan Master Chef Junior! Ayu Afiqah bermonolog sendiri.
    Ayu memandang kek Tiramisu yang kelihatan amat lazat di atas meja dapur sekilas.
    “Terima kasih ibu,” getus hati Ayu Afiqah akhirnya.

    ReplyDelete