• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Wednesday, March 15, 2017

38 comments:

  1. Bab 3: Diari Merah Jambu

    Selesai sahaja sarapan pagi, mereka sekeluarga bertolak ke Kundasang. Ayu Afiqah lebih selesa duduk di bahagian penumpang belakang kereta jenama Axia berwarna putih keluaran Syarikat Produa. Nek Dar pula duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan pemandu. Ayah memandu kereta dengan berhati-hati. Ayu Afiqah lebih banyak mengelamun dan menjadi pendengar setia celoteh ayah dan Nek Dar di sepanjang perjalanan.
    Banyak yang Nek Dar dan Ayah ceritakan di sepanjang perjalanan. Mungkin Nek Dar tidak mahu ayah mengantuk semasa memandu. Pemanduan selama sejam tiga puluh minit itu tidak begitu terasa. Banyak pemandangan indah yang dapat dinikmati oleh mereka sekeluarga. Terhibur sedikit hati Ayu Afiqah. Kicauan burung, keindahan pokok-pokok hujan khatulistiwa dan pemandangan tanah tinggi amat memukau pandangan.
    Seingat Ayu Afiqah, inilah kali pertama dia tidak terlena semasa menghadapi perjalanan yang agak jauh. Dulu, semasa mengikuti ayah dan ibu pulang ke Kundasang. Ayu Afiqah tidak dapat nikmati perjalanan tersebut kerana selalu sahaja terlena di sepanjang perjalanan. Setahu Ayu Afiqah, dia hanya akan terbangun apabila ibu membangunkannya sebaik sahaja sampai di Kampung Wangi, Kundasang.
    Perjalanan 2 jam ke Kampung Wangi, Kundasang berakhir apabila ayah memberhentikan kereta betul-betul di halaman rumah Nek Jah pada tepat jam 10.00 pagi. Kedatangan mereka disambut dengan penuh kesyahduan oleh Nek Jah.
    “Ayu, ibumu sudah tiada cu?” tangis Nek Jah sayu.
    Nek Jah memeluk Ayu Afiqah dengan sangat erat sambil menangis sebaik sahaja Ayu Afiqah keluar dari perut kereta ayah. Ayu Afiqah juga turut bersedih melihat Nek Jah menangis. Ayu dapat merasa degupan jantung Nek Jah yang laju. Nek Jah hanya dapat ditenangkan pada lewat tengah hari. Kasihan Nek Jah, dia amat besedih dengan pemergian satu-satunya anak kesayangan yang dia ada.
    Perkara yang paling menyedihkan Nek Jah ialah dia tidak dapat bersama anak kesayangannya ketika ibu menghembuskan nafas terakhir. Kini Ayu Afiqah adalah satu-satunya keturunan yang Nek Jah ada. Ayu Afiqah amat faham perasaan Nek Jah.
    Ayu Afiqah memandang sekeliling. Ramai sanak-saudara menyambut kehadiran mereka. Seingat Ayu Afiqah. Mereka adalah saudara mara sebelah Ibu. Suami Nek Jah telah meninggal dunia semenjak ibu masih kecil lagi. Ayu Afiqah, ayah dan Nek Dar bersalam-salaman dengan semua hadirin sebelum mengambil tempat duduk di ruang tamu.
    Sebaik semuanya tenang, Atuk Mail, adik kepada Nek Jah mengumumkan yang malam ini akan diada sedikit majlis tahlil untuk arwah ibu. Patutlah Ayu Afiqah melihat ramai sanak-saudara sedang bergotong royong di dapur tadi. Majlis tersebut dirancang sebulan lepas ialah untuk Nek Jah selamat dia kembali dari mengerjakan Umrah. Namun, berubah kepada majlis tahlil arwah ibu.
    Ayu juga ikut memabantu dalam menyediakan juadah. Ayu Afiqah membantu memasak di dapur. Banyak resepi baru yang Ayu Afiqah pelajari hari ini. Antara juadah yang disediakan ialah Ayam masak merah, kari ayam, rendang daging masak masam manis, sayur lemak gulai nangka, umbut sawit masak lemak, sayur kobis goreng, sambal belacan dan pencuci mulut pula ialah puding kelapa. Semuanya sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
  2. Selesai sahaja majlis tahlil, saudara-mara pun beransur pulang. Ayu Afiqah yang keletihan memilih untuk tidur di bilik arwah ibu. Ayah tidur di bilk tetamu dan Nek Dar tidur sebilik dengan Nek Jah. Rumah Nek Jah agak sederhana dengan tiga bilik tidur. Setelah ibu berkawhin, Nek Jah hanya tinggal bersendirian di rumah itu. Nek Jah membuat kuih secara kecil-kecilah dan dihantar ke restoran-restoran berhampiran. Pencen polis atuk masih dapat menyara hidup Nek Jah.
    Keesokan paginya, Ayu Afiqah bangun seawal jam 5 pagi untuk menunaikan solat subuh. Usai solat, Ayu Afiqah mengambil kesempatan mengamati sekeliling bilik. Bilik arwah ibu bersaiz sederhana sahaja. Di atas sebuah meja kecil, tersusun beberapa foto-foto ibu semasa kecil sehingga remaja. Wajah comel ibu ketika remaja persis wajah Ayu Afiqah. Lama Ayu Afiqah menatap dan membelek-belek foto tersebut.
    Pandangan Ayu Afiqah beralih pula pada sebuah almari yang terletak di bawah meja kecil tersebut. Semasa Ayu Afiqah mengikut ibu dan ayah ke Kampung Wangi, Ayu Afiqah belum pernah berpeluang membuka almari berkenaan. Ayu Afiqah cuba membuka almari tersebut perlahan-lahan. Almari yang tidak berkunci itu agak sukar di buka. Mungkin kerana ensel pintunya sudah berkarat.
    Setelah beberapa minit berusaha, akhirnya ia berjaya juga di buka. Kelihatan deretan susunan koleksi novel dan buku masakan kegemaran ibu. Rupa-rupanya ibu minat membaca novel dan mempunyai banyak koleksi buku masakan semasa remaja.
    Dalam banyak-banyak buku yang terdapat dalam deretan tersebut, ada satu buku comel berwarna merah jambu. Ayu Afiqah mencapai buku tersebut dengan berhati-hati. Hati Ayu Afiqah meronta-ronta untuk mengetahui apakah isu buku tersebut. Tiba-tiba kedengaran suara Nek Jah memanggil Ayu Afiqah.
    “Ayu, jom turun cu, ada sesuatu Nenek nak tunjuk ni.” suara Nek Jah membantutkan hasrat Ayu Afiqah untuk mengetahui kandungan buku comel berwarna merah jambu tersebut. Kelihatannya seperti diari.
    “Baiklah Nek Jah. Ayu datang ni.” Balas Ayu Afiqah dan meletakkan semula buku tersebut kembali ke tempat asalnya. Perlahan-lahan almari kecil tersebut ditutup semula. Dia lantas bergegas keluar dari bilik dan mencari Nek Jah di ruang tamu. Namun, Nek Jah tiada di situ. Sementara itu, di halaman rumah, kedengaran bunyi enjin kereta ayah berlalu pergi. Mungkin ke pasar bersama Nek Dar. Pekan Kundasang memang terkenal dengan jualan pelbagai jenis sayuran yang segar.
    Ayu Afiqah menuju pula ke ruang dapur untuk meneruskan pencariannya. Akhirnya dia menemui Nek Jah di ruang dapur.
    Alangkah terkejutnya Ayu Afiqah apabila melihat deretan bahan-bahan di atas meja. Jatung Ayu Afiqah berdegup kencang kerana teruja. Ayu Afiqah sudah lama tidak menjalankan hobi yang amat digemarinya ini. Semenjak ibu sakit, Aktiviti memasak dan mencuba resepi baharu telah tertangguh.
    “Wah! Banyaknya bahan. Nek Jah nak buat apa ni?” tanya Ayu Afiqah dengan teruja dan matanya membulat.
    “Nek Jah nak ajar Ayu resepi Kek Tiramisu. Ayu suka tak?” ujar Nek Jah gembira melihat Ayu Afiqah ceria. Dia tahu, Ayu Afiqah amat gemar belajar memasak atau mencuba resepi baharu..
    “Yey! mestilah suka nek.” Jawab Ayu Afiqah dengan gembira. Jantung Ayu Afiqah berdegup kencang. Tanpa disedarinya, dia melompat gembira. Itulah kali pertama Ayu Afiqah gembira setelah pemergian ibu.

    ReplyDelete
  3. Nek Jah meminta Ayu Afiqah menimbang dan mengukur semua bahan yang diperlukan sebelum memulakan proses menyediakan Kek Tiramisu mereka. Unit dan kadar yang diperlukan telah ditulis oleh Nek Jah dipapan tulis yang ada di dalam dapur Nek Jah. Dulu, semasa datang ke Kampung Wangi bersama ibu, Ayu selalu menconteng papan tulis Nek Jah itu. Papan tulis yang hanya bersaiz 40cm lebar×60cm tinggi adalah antara keperluan Nek Jah semasa mengajar di dapur.
    Ibu selalu menegur jika Ayu Afiqah menconteng papan tulis berkenaan. Kini baru Ayu Afiqah tahu akan kegunaan papan tulis berkenaan. Untuk menulis resepi yang bakal disediakan rupanya. Ayu meneliti resepi Kek Tiramisu tersebut sebelum memulakan menimbang dan menyediakan bahan yang di perlukan. Ayu Afiqah tidak mahu dia tersalah ukur. Pasti pencuci mulut yang sedap itu tidak akan sempurna nanti.
    Ayu Afiqah menimbang 150 gram tepung gandum dan 160 gram gula pasir. Kemudiannya menyediakan 6 biji telur dan mengukur 2 sudu makan bahan penstabil atau ovalet dan meletakkannya di masing-masing di dalam piring yang bersih. Setelah itu, Ayu Afiqah mengukur pula setengah liter susu cair dan menimbang 60 gram marjerin ,100 gram keju cheddar parut dan 250 gram krim serbuk.
    Ayu juga menyiapkan sesudu campuran sebuk kopi bersama gula dan air panas dan meletakkannya di dalam magkuk yang bersih. Setelah itu, dia menimbang lagi 40 gram serbuk coklat dan mengukur setengah liter tepung maizena. Akhir sekali semangkuk air sejuk bersih diletakkan di atas meja bersama bahan-bahan yang lain. .
    Nek Jah menerangkan cara-cara membuatnya terlebih dahulu secara teori sebelum meminta Ayu Afiqah melaksanakan praktikalnya. Mula-mula, Ayu Afiqah membuat kek terlebih dahulu. 6 biji telur, bahan penstabil ovalet dan gula pasir dipuku menggunakan mesin hingga kembang. Setelah itu, tepung gandum dan 60 gram majerin yang sudah dicairkan dimasukkan secara perlahan-lahan dan di kacau sehingga sebati.
    Sementara itu, Nek Jah memanaskan ketuhar dan menyediakan loyang yang bersaiz sederhana. Ayu Afiqah pula menyapukan permukaan loyang dengan marjerin dan memberikan alas pada permukaan roti agar mudah semasa dikeluarkan kelak. Setelah adunan siap. Ia dibakar di dalan ketuhar pada suhu 185 darjah celcius selama 20 minit.
    Sementara menunggu kek siap di bakar, Nek Jah menunjukkan cara untuk membuat vla krim untuk tiramisu. 100 gram serbuk krim dicampur dengan air sejuk 200 ml dipukul sehingga sebati sebelum di rehatkan dipeti sejuk selama beberapa minit. Setelah itu, susu cair yang dicampur dengan gula pasir dikacau sehingga mendidih dan sebati pada dapur dengan api yang kecil. Kemudian,keju yang sudah diparut dimasukkan dan dikacau sekali lagi. Tepung jagung kemudiannya di masukkan sedikit demi sedikit agar vla krim lebih kental. Bahan tersebut terus dikacau sehingga adunan keluar buih-buih kecil sebelum diangkat keluar dari api.
    Kemudian, coklat serbuk akan ditabur untuk mencantikkan rupa cream.
    Setelah semuanya siap, Nek Jah memotong bahagian tengah sehingga menjadi dua bahagian. Bahagian atas setiap satu disiram denngan larutan kopi
    vla cream. Jari jemari Nek Jah amat cekap melaksanakan proses tersebut. Ayu Afikah yang melihat dengan fokus amat kagum dengan ketangkasan tangan Nek Jah. ‘Tidak hairanlah ibu amat pandai memasak. Rupa-rupanya ia diwarisi dari ibunya’ getus hati Ayu Afiqah.
    Bagi mencantikkan lapisan atas kek, Nek Jah memasukkan 150 gram serbuk kopi dan 300 ml air ke dalam botol yang dikahskan. Botol berkenaan di goncang sebelum digunakan untuk menyembur bahan toping pada lapisan atas kek. Akhir sekali, Ayu Afiqah menolong Nek Jah menaburkan serbuk kopi pada bahagian toping tadi sehingga kelihatan cantik.

    ReplyDelete
  4. “Wah! Cantiknya kek Cheese tiramisu ni”, puji Ayu Afiqah.
    “Kek yang cantik dan sedap ni untuk orang yang cantik juga, Ayu.” balas Nek Jah dengan senyuman.
    Hati Ayu gembira apabila melihat senyuman Nek Jah.
    “Terima kasih sebab ajarkan resepi kek Tiramisu ni Nek,” ujar Ayu Afiqah lagi.
    “Sebenarnya ini adalah permintaan ibu kamu sebelum Nek Jah ke Mekah tempoh hari. Namun, Nek Jah tak sempat laksanakan. Katanya resepi ni mesti diajarkan kepada kamu sebelum pertandingan Master Chef tu.” Balas Nek Jah tiba-tiba sebak. Kelihatan ada titisan air mata mula jatuh dari takungan air mata Nek Jah. Ditariknya tubuh Ayu Afiqah ke dalam dakapannya. Nek Jah akhirnya menangis tersendu lagi.
    ‘Patutlah Nek Jah beriya-iya hendak mengajarnya resepi kek Tiramisu ni’ kata Ayu Afiqah di dalam hati. Ayu Afiqah juga ikut sebak. Namun, ditahannya. Dia tidak mahu Nek Jah semakin sedih. ‘Aku mahu kelihatan kuat untuk orang di sekelilingnya. Aku mahu kuat untuk menghadapi pertandingan Master Chef Junior! Ayu Afiqah bermonolog sendiri.
    Ayu memandang kek Tiramisu yang kelihatan amat lazat di atas meja dapur sekilas.
    “Terima kasih ibu,” getus hati Ayu Afiqah akhirnya.

    ReplyDelete
  5. Erna, kita teruskan k;

    Bab 3: (Diari Merah Jambu - judul tak sesuai, gunakan perkataan tiraimisu)

    (Pagi itu, mereka sekeluarga bersarapan pagi dengan - sebut menu, siapa masak, aroma makanan, gmbarkan siapa angkat beg pakaian - dia ada bawa baju ibu tak? buat ayu afiqah yg - penampilan, renung setiap sudut rumah tu, lps tu renung bilik ibu. Gmbarkan perasaan rindu dlm dada?)
    (buat dia ucap sesuatu seolah2 ibu masih ada - sekarang dah berapa lama ibu meninggal?)
    (Sejurus, - gmbarkan gaya ayu yg taka da mood tu melangkah, buat dia melangkah masuk ke kereta sedan ayah. perasaan? Buat dia jenguk ke luar tingkap kereta, gmbarkan cahaya, udara, bunyi di luar sana, gmbarkan nek dar kunci tingkap, gmbarkan riak muka nek dar, penampilan nenek, gmbarkan ayah kunci pintu, gmbarkan riak muka ayah, penampilan ayah.)
    (pernafasan ayu afiqah) Ayu Afiqah lebih selesa duduk di bahagian penumpang belakang kereta (jenama Axia berwarna putih keluaran Syarikat Produa - tak perlu beri iklan free, tukar; sedan buatan tempatan - kenapa lebih selesa di belakang?). Nek Dar pula duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan pemandu.
    (dialog pendek, memujuk ayah pada ayu)
    (reaksi balas ayu tmbh; namun, batin ayu afiqah merintih2, dilanda kepiluan yang tidak mahu reda. Juga kerusuhan apabila terkenangkan - ? sebut ttg pertandingan akhir master chef junior yg perlu dilalui, tanpa ibu. - dia boleh Tarik diri dari penyertaan dlm pertandingan tu tak? Padahal, sebelum ibu meninggal - ? apa menu yg dirancang dgn ibu utk pertandingan tu?)
    (pernafasan ayu. Tmbh; Kereta sedan yg) ayah pandu, (meluncur laju. Semakin lama semakin meninggalkan kawasan rumah mereka yg terletak di - ? semakin lama semakin jauh meninggalkan pusara tempat ibu disemadikan. - perasaan, sebut nama2 kawasan demi kawasan atau daerah yg mereka lalui, gambarkan suasana di kiri kanan jalan dan jalanraya, apa yg dia nampak, bunyi).
    Ayu Afiqah lebih banyak (mengizinkan dirinya) mengelamun (jauh). (Perbualan) ayah dan Nek Dar di sepanjang perjalanan, (seakan kedengaran sayup2 di kejauhan. Banyak yang Nek Dar dan Ayah ceritakan di sepanjang perjalanan. Mungkin Nek Dar tidak mahu ayah mengantuk semasa memandu.
    Pemanduan (yg akan mengambil masa) satu jam tiga puluh minit itu, (terasa seperti satu tahun tiga puluh hari. Terasa terlalu berat dan lambat segala-galanya. Terasa lenguh badannya apabila terlalu lama duduk di dlm kereta. Terasa agak bengkak di sekeliling matanya oleh kerana terlalu byk - ?)
    (Ingin sekali) Ayu Afiqah (melelapkan mata, seperti) semasa (dia) mengikuti ayah dan ibu pulang ke Kundasang (dahulu. Lazimnya,) dia hanya akan terbangun apabila ibu membangunkannya sebaik sahaja sampai di Kampung Wangi, Kundasang. (ada singgah di mana2 check point utk makan2 dgn ibu dan ayah? nek dar ada ikut sama tak waktu tu? Saat2 0 > happy tak?)

    ReplyDelete
  6. (Kini,) perjalanan (2 jam ke Kampung Wangi, Kundasang - bukan sejam 30 minit sprit di atas tu ke, erna?) itu berakhir. Ayah memberhentikan kereta betul-betul di halaman rumah Nek Jah, ibu kepada ibu ayu afiqah itu, tepat (pada) jam 10.00 pagi. (gmbarkan rumah)
    (kepulangan) mereka disambut dengan penuh kesyahduan oleh Nek Jah. Ramai saudara mara yang turut menyambut kepulangan mereka. Mereka adalah saudara mara sebelah Ibu. Suami Nek Jah telah meninggal dunia semenjak ibu masih kecil lagi. (Ada kanak2 seusia dan remaja tak, gmbarkan riak muka mereka semua,)
    “Ayu, (kasihannya cucu kesayangan) nenek ini…”(ucap) Nek Jah, (kesayuan).
    Nek Jah (lalu) memeluk Ayu Afiqah dengan sangat erat sambil menangis sebaik sahaja Ayu Afiqah keluar dari perut kereta ayah. (gmbarkan nek jah, penampilan)
    (Kesedihan nek jah yang kehilangan anak tunggalnyanya, sesungguhnya sama seperti kesedihan) Ayu Afiqah (yg kehilangan ibu, jika tidak lebih pun) Ayu dapat merasa degupan jantung Nek Jah yang laju. (air mata yg ayu afiqah bendung di sepanjang jalan itu, - ? memeluk nek jah terasa seperti memeluk ibu? dll) Nek Jah hanya kembali tenang pada lewat tengah hari.
    Ayu Afiqah memandang sekeliling. (Lantas,) Ayu Afiqah, ayah dan Nek Dar bersalam-salaman dengan semua (saudara mara,) sebelum mengambil tempat duduk di ruang tamu. (nada suara mereka memujuk ayu dan nek jah - ? gmbarkan ayah mengangkat beg pakaian mereka ke bilik - ? nek dar buat apa?)
    Sebaik semuanya tenang, Atuk Mail, adik kepada Nek Jah mengumumkan yang malam ini akan diada sedikit majlis tahlil untuk arwah ibu. (Baharulah) Ayu Afiqah (faham mengapa) ramai (sekali) sanak-saudara sedang bergotong royong di dapur tadi. (gmbarkan gotong royong - apa mereka buat, beri beberapa contoh, bunyi?)
    (menurut atuk mail,) majlis tersebut (sebenarnya) dirancang sebulan (yg lalu sebagai menyambut kepulangan) Nek Jah dari mengerjakan Umrah. Namun, berubah kepada majlis tahlil arwah ibu (ayu afiqah) Ayu (afiqah tersendu keharuan mendengarkannya. (buat dia mengerling kea rah ayah, gmbarkan riak muka ayah)
    (Lantas, demi kasihnya buat ibu, ayu afiqah) juga ikut (menyingsing lengan utk bergotong royong. di) turut membantu dalam menyediakan juadah. Ayu Afiqah membantu memasak di dapur. (gmbarkan apa dia buat kerja memasak dgn sedikit detail, menu, gambarkan reaksi sanak saudara melihat dia masak seperti tukang masakprofesional.
    (dialog mereka silih berganti, mereka mmg pernah dgr ayu afiqah menang dan menang pelbagai saringan master chef junior kan? nada suara, riak muka)
    (sebenarnya,) banyak (juga) resepi baru yang Ayu Afiqah pelajari (drpd - ?)hari ini. Antara juadah yang disediakan (oleh - ?) ialah Ayam masak merah, kari ayam, rendang daging masak masam manis, sayur lemak gulai nangka, umbut sawit masak lemak, sayur kobis goreng, (tuhau?) sambal belacan dan pencuci mulut pula ialah puding kelapa. Semuanya sedap-sedap belaka.
    (gmbarkan suasana kenduri tahlil, siapa yg datang, mcm mana mereka hidangkan makanan, gmbarkan cahaya, udara, suara, ada bacaan apa2 tak)

    ReplyDelete
  7. Selesai sahaja majlis tahlil, saudara-mara pun beransur pulang. Ayu Afiqah yang keletihan memilih untuk tidur di bilik arwah ibu. Ayah tidur di bilk tetamu dan Nek Dar tidur sebilik dengan Nek Jah. Rumah Nek Jah agak sederhana dengan tiga bilik tidur, (kembali sunyi sepi apabila semua tetamu sudah pulang.
    (Khabarnya,) setelah ibu berkahwin (dgn ayah), Nek Jah hanya tinggal bersendirian di rumah itu. (siapa jaga nek jah kalau sakit pening? Knp nek jah tak mau ikut tinggal bersama keluarga ayu afiqah? Nek jah sibuk berpersatuan - ? dan buat kelas amal memsakkah?)
    (buat dialog flashback ibu ttg kemahiran nek jah memasak, di mana ni, bila)
    (Menurut ibu lagi,) Nek Jah membuat kuih secara kecil-kecilah dan dihantar ke restoran-restoran berhampiran. (Nek jah sering menegaskan bahawa wang) pencen (arwah - ?) atuk (ayu afiqah yg pernah bertugas sebagai polis itu,) masih dapat menyara hidup Nek Jah.
    (pernafasan ayu afiqah. Gmbarkan cahaya, udara dlm bilik, gmbarkan bunyi di dalam bilik dan di luar rumah. buat dia peluk dan cium baju ibu dan terlena nyenyak seperti dlm pelukan ibu yg hangat.
    Ayu Afiqah (ter)bangun seawal jam 5:00 pagi, (pada keesokan harinya. - gmbarkan aksi dia bangun, ambil wuduk di mana, mandi tak? Gmbarkan air paip? Sejuk tak? Sesejuk apa? pakai telekong, pasang sejadah) lalu menunaikan solat subuh (di mana, sendirian sajakah? Dahulu, dgn siapa dia biasanya solat?)
    (buat dia berdoa agar roh ibu tersayang dirahmati oleh Allah tak? Gaya dia berdoa, perasaan dlm dada seperti - ? gmbarkan dia menanggalkan kain telekong, lps tu dia pakai apa?).
    (sejurus,) mengamati bilik ibu yang (sudah byk bermalam di bilik ini setiap kali (mereka) pulang kampung. Dia seakan dpt melihat bayangan ibu bergerak tangkas dlm) bilik (yg) bersaiz sederhana itu. Di atas sebuah meja kecil, tersusun beberapa foto-foto ibu semasa kecil sehingga remaja (dlm bingkai gambar?) ada foto ibu bergambar sewaktu terima hadiah dlm pertandingan masakan tak?
    `Wajah comel ibu ketika (kanak2) persis wajahku, (seolah2 kami kembar seiras, cuba lahir berlainan - ?)’ (getus) Ayu Afiqah, (perasaan) Lama Ayu Afiqah menatap dan membelek-belek foto tersebut.
    (Beberapa ketika kemudian,) pandangan Ayu Afiqah beralih pula pada sebuah (cabinet kecil pada) meja tersebut. (Tanpa sedar,) Ayu Afiqah (menarik dan) membuka (cabinet) tersebut perlahan-lahan. (ternyata cabinet) yang tidak berkunci itu agak sukar dibuka. Mungkin kerana enselnya sudah berkarat.
    Setelah beberapa minit berusaha (menarik tombol pada cabinet itu,) akhirnya (ayu afiqah),berjaya membukanya). (Serta-merta) deretan susunan koleksi novel dan buku masakan kegemaran ibu, (terpapar di hadapannya). Rupa-rupanya ibu (yg) minat membaca novel (sastera itu, turut) mempunyai banyak koleksi buku (resepi) masakan (? Klasik? Kampung? Modern? Dll) semasa remaja.
    (“Ibuuu..” rintihnya, kesayuan).

    ReplyDelete
  8. Dalam banyak-banyak buku yang (ber)deretan (panjang itu, terdapat sebuah) buku comel berwarna merah jambu (saiz buku? Ada gambar tak? Tmbh; dgn tangan yg terketar2 oleh gelojak perasaannya), Ayu Afiqah mencapai (dan membelai) buku tersebut dengan berhati-hati. (terasa seperti mencapai dan membelai - ?)
    (buat monolog dgn ibu - buat dia juga tanya ini diari ibukah) Hati Ayu Afiqah (yg sayu itu,) meronta-ronta untuk mengetahui (akan) isi buku tersebut. Tiba-tiba kedengaran (ketukan dari luar pintu bilik itu.
    “Ayu, (dah bangun dan solat, cu?) Mari turun cu, (dia tak ajak sarapan dulu ke? Lepas itu, ada sesuatu Nenek nak tunjuk(kan kpd kamu)” suara Nek Jah (yg menembusi pintu bilik itu, membantutkan hasrat Ayu Afiqah untuk mengetahui (akan isi) kandungan buku comel berwarna merah jambu tersebut.
    “Baiklah Nek Jah. Ayu datang ni,” balas Ayu Afiqah (sambil) meletakkan semula buku tersebut kembali ke tempat asalnya.
    Perlahan-lahan (cabinet) kecil tersebut ditutup semula. Dia lantas bergegas keluar dari bilik dan mencari Nek Jah di ruang tamu. (gmbarkan ruang tamu, cahaya, dah pukul berapa ni) Namun, Nek Jah tiada di situ. (terdengar deruman kereta di luar rumah. Lalu dijenguknya keluar tingkap. Di halaman rumah, (kelihatan ayah mem)bunyi enjin kereta (sebelum memandu) pergi.
    `Mungkin ke pasar bersama Nek Dar, (fikirnya). Pekan Kundasang memang terkenal dengan jualan pelbagai jenis sayuran yang segar. (dia pernah pergi dgn ibu tak? Beri beberapa contoh sayur2an yg ibu beli, utk apa? ada beri pada jiran tak?
    Ayu Afiqah (segera menyimpan kenangan indah bersama Ibu itu, di - ? dia segera) menuju ke ruang dapur untuk meneruskan pencariannya. Akhirnya dia menemui Nek Jah (yg - tgh buat apa?) di ruang dapur. (gambarkan apa ada di dapur, periuk besar mana, dapur apa, ada oven tak?) Terkejut (senang) Ayu Afiqah apabila (terlihatkan) deretan (bahan-bahan - ?) di atas meja - saiz meja)
    `(bahan2 itu seperti yg selalu ibu beli? Utk buat - ? Dll,’ getus ayu afiqah dlm hati. ) Jatung Ayu Afiqah berdegup kencang kerana teruja. Ayu Afiqah sudah lama tidak menjalankan hobi yang amat digemarinya ini. (Malah,) semenjak ibu (terlantar) sakit (lagi), Aktiviti memasak dan mencuba (pelbagai) resepi baharu (ciptaan - ?), telah tertangguh (begitu sahaja).
    “Wah! Banyaknya bahan. Nek Jah nak buat apa ni?” tanya Ayu Afiqah dengan (teruja - ni dah sebut kat atas paragraph ni, tukar) dan matanya membulat. (sebut beberapa jenis bahannya)
    “(Nek Jah nak ajar Ayu resepi Kek Tiramisu - cuba buat ni dlm bentuk soalan, supaya tidak kedengaran mcm paksaan kpd org yg masih dlm suasana berkabung). Ayu suka tak?” (tanya) Nek Jah (kembali.
    Jelas nek jah) gembira melihat(kan) Ayu Afiqah (tiba2 tersenyum) ceria (melihatkan barangan yg dideretkan di atas meja itu. (apatah lagi apabila nek jah juga selalu mengikuti perkembangan - ? kaitkan dgn saringan2 master che junior) (Malah, ibu juga sering melaporkan - ? kpd nek jah, melalui panggilan telefon dahulu.

    ReplyDelete
  9. “Yey! Mestilah suka nek!” Jawab Ayu Afiqah dengan gembira. (ayu afiqah suka apa sahaja jika berkaitan dgn ibu.) Tanpa disedarinya, dia melompat gembira. Itulah kali pertama Ayu Afiqah gembira setelah pemergian ibu.
    Nek Jah (segera mengarahkan agar ayu afiqah memakai apron, warna? dan topi - ? warna yg terletak di mana? Kemudian, nek jah) meminta Ayu Afiqah menimbang dan mengukur semua bahan yang diperlukan sebelum memulakan proses menyediakan Kek Tiramisu mereka. (ayu afiqah segera menurut perintah.)
    (rupanya,) kerja menjadi bertambah mudah apabila) unit dan kadar yang diperlukan telah ditulis oleh Nek Jah di papan tulis yang (dilekatkan di - ?) dapur Nek Jah. (Dahulu+, semasa (pulang) ke Kampung Wangi, Ayu selalu menconteng papan tulis Nek Jah itu, (sehingga ditegur oleh ibu). Papan tulis yang hanya bersaiz 40cm lebar×60cm tinggi adalah antara keperluan Nek Jah (utk) mengajar (siapa?) di dapur.
    Ayu (segera) meneliti resepi Kek Tiramisu (yg telah nek jah catit pada papan tulis itu, mulai menimbang dan menyediakan bahan yang diperlukan. Ayu Afiqah tidak mahu dia tersalah ukur. (Bimbang dia jika) pencuci mulut yang sepatutnya) sedap itu, tidak akan menjadi sempurna nanti.
    (dgn hati2, seperti melakukannya di depan ibu,) Ayu Afiqah (mengukir senyum sambil) menimbang 150 gram tepung gandum dan 160 gram gula pasir. Kemudiannya menyediakan 6 biji telur dan mengukur 2 sudu makan bahan penstabil atau ovalet. (dia lalu) meletakkannya di (?) masing-masing di dalam piring yang bersih. Setelah itu, Ayu Afiqah mengukur pula setengah liter susu cair dan menimbang 60 gram marjerin ,100 gram keju cheddar parut dan 250 gram krim serbuk.
    Ayu juga menyiapkan sesudu campuran sebuk kopi bersama gula dan air panas dan meletakkannya di dalam magkuk yang bersih. Setelah itu, dia menimbang lagi 40 gram serbuk coklat dan mengukur setengah liter tepung maizena. Akhir sekali semangkuk air sejuk bersih diletakkan di atas meja bersama bahan-bahan yang lain.
    (“Bagus cu, betul kata arwah ibumu, kamu mmg seorang bakal chef yg hebat,” getus nek jah, sambil tersenyum lembut.
    (perasaan ayu afiqah - tmbh; dia terus tekun mendengarkan penerangan) Nek Jah (ttg) cara-cara membuat (nya - ?) terlebih dahulu secara teori sebelum meminta Ayu Afiqah melaksanakan praktikalnya. (lalu, dgn yakin,) Ayu Afiqah (mulai) membuat kek terlebih dahulu. 6 biji telur, bahan penstabil ovalet dan gula pasir dipukul menggunakan mesin hingga kembang.
    Kemudian, dimasukkan pula tepung gandum dan 60 gram majerin yang sudah dicairkan dimasukkan secara perlahan-lahan dan dikacau sehingga sebati.
    Sementara itu, Nek Jah memanaskan ketuhar dan menyediakan loyang yang bersaiz sederhana. Ayu Afiqah pula menyapukan permukaan loyang dengan marjerin dan memberikan alas pada permukaan roti agar mudah semasa dikeluarkan kelak.
    (Setelah adunan siap. Ia dibakar di dalan ketuhar pada suhu 185 darjah celcius selama 20 minit. - buat dialog ayu afiqah, yg seperti master chef tu)

    ReplyDelete
  10. Sementara menunggu kek siap di bakar, Nek Jah menunjukkan cara untuk membuat vla krim untuk tiramisu. (ayu afiqah mengangguk2 penuh tekun, walapun dia sebenarnya sudah tahu cara membuat kek tiraimius drpd ibu, lama dahulu. Bukan susah sangat juga, pada ayu afiqah.
    ‘100 gram serbuk krim dicampur dengan air sejuk 200 ml dipukul sehingga sebati sebelum di rehatkan dipeti sejuk selama beberapa minit. Setelah itu, susu cair yang dicampur dengan gula pasir dikacau sehingga mendidih dan sebati pada dapur dengan api yang kecil. - cuba hidupkan info ni, buat dlm bentuk soalan, misalnya; bukankah aku hanya perlu campurkan 100 gram serbuk krik dgn air sejuk 200 gram yg perlu dipukul sehingga sebati? Bukankah - ?
    (Tanpa berlengah lagi, ayu afikam memarut) keju (lalu dimasukk dan dikacaunya sekali lagi. Tepung jagung (yg) kemudiannya dimasukkan sedikit demi sedikit agar vla krim lebih kental, (turut berterbangan di udara dan membedaki wajahnya. Ketika) bahan tersebut terus dikacau sehingga adunan keluar buih-buih kecil, (kedengaran nek jah tertawa kecil melihatkan wajahnya yg sudah seperti - ?)
    (sebelum diangkat keluar dari api.
    Kemudian, coklat serbuk akan ditabur untuk mencantikkan rupa cream. - buat dialog nek jab, sambil nek jah mengelap wajah ayu afiqah dgn - ?)
    (Setelah semuanya siap, Nek Jah memotong bahagian tengah sehingga menjadi dua bahagian - buat ni dialog ayu yg nak memotongnya). Bahagian atas setiap satu disiram denngan larutan kopi vla cream.
    (dialog balas nek jah)
    Jari jemari (ayu afiqah) amat cekap melaksanakan proses tersebut. (nekjah) yang melihat, (tersenyum kebanggaan) dengan ketangkasan tangan (ayu atiqah) Bagi mencantikkan lapisan atas kek, Nek Jah memasukkan 150 gram serbuk kopi dan 300 ml air ke dalam botol yang dikhaskan (lalu diserahkan kpd ayu afiqah. Ayu afikah lalu menggoncang). botol itu sebelummenyembur bahan toping pada lapisan atas kek.
    Akhir sekali, Ayu Afiqah menolong Nek Jah menaburkan serbuk kopi pada bahagian toping tadi sehingga kelihatan cantik.
    “Wah! Cantiknya kek Cheese tiramisu (kita) ni, (nek jah!),” puji Ayu Afiqah.
    “Kek yang cantik dan sedap ni untuk (cucuk nenek) yang (cantik sikapnya dan gigih berusaha) juga, Ayu.” balas Nek Jah dengan senyuman.
    “Terima kasih sebab ajarkan resepi kek Tiramisu ni nek,” ucap Ayu Afiqah, (tersentuh dgn pujian Nek jah itu).
    (“Ibumu mmg sudah mendidik kamu dgn baik, ayu. Kamu sudah menjadi begitu mahir sekali dlm - ?”) balas Nek Jah (yg suaranya) tiba-tiba (bernada) sebak. Kelihatan ada titisan air mata mula jatuh dari takungan air mata Nek Jah. Ditariknya tubuh Ayu Afiqah ke dalam dakapannya. Nek Jah akhirnya menangis tersendu lagi.

    ReplyDelete
  11. “Terima kasih nek…”Ayu Afiqah juga ikut sebak. Namun, ditahannya. Dia tidak mahu Nek Jah semakin sedih. ‘Aku mahu kelihatan kuat untuk orang di sekelilingnya. Aku mahu kuat untuk menghadapi pertandingan Master Chef Junior! Ayu (lalu) memandang kek Tiramisu yang kelihatan amat lazat di atas meja dapur sekilas.
    “Terima kasih ibu, *utk segala ilmu yg ibu curahkan utk membentuk diri ini,” getus hati Ayu Afiqah (dlm hati. ‘Ayu sayang ibu…’


    itu je dulu erna, gigih terus k

    ReplyDelete
  12. salam sifu.. ini bab 3. saya dah ada tukar sedikit ceritanya..

    ReplyDelete
  13. Bab 3: Tahlil Chef Ibu
    Pagi itu, mereka sekeluarga bersarapan pagi dengan nasi lemak kukus dan air koko panas yang disediakan oleh Nek Dar. Aroma Nasi lemak kukus bersama daun pandan cukup untuk membangkitkan selera mereka. Ayu Afiqah berselera betul Ayu Afiqah pagi itu.
    Lebih kurang jam 9.00 pagi, ramai saudara mara yang datang ke rumah mereka. Mereka yang datang dari pelbagai umur. Dalam kalangan saudara-mara tersebut, ada beberapa orang yang sebaya dengan Ayu Afiqah. Ada juga yang kurang dikenali sendiri oleh Ayu Afiqah. Mereka adalah saudara mara sebelah ayah. Ayah dan Nek Dar yang memberitahu mereka akan kehadiran Nek Jah pagi itu ke rumah mereka.
    Sebaik sahaja teksi berhenti di hadapan rumah Ayu Afiqah, hanya Nek Jah seorang sahaja yang keluar dari perut teksi. Suami Nek Jah telah meninggal dunia semenjak ibu masih kecil lagi. Adik Nek Jah, atuk Anuar yang sama-sama mengerjakan umrah bergegas ke Kundasang semula kerana terpaksa menjadi saksi kepada satu kes mahkamah hari ini. Nek Jah disambut dengan penuh kesyahduan oleh sanak keluarga dan Ayu Afiqah sendiri.
    “Ayu, kasihannya cucu kesayangan nenek ini…” ucap Nek Jah, kesayuan.
    Nek Jah lalu memeluk Ayu Afiqah dengan sangat erat sambil menangis sebaik sahaja Nek Jah melangkah keluar dari perut teksi.
    Nek Jah yang berumur lewat 50-an masih kelihatan cantik mengenakan pakaian berwana serba putih. Kesedihan Nek Jah yang kehilangan anak tunggalnyanya, sesungguhnya sama seperti kesedihan Ayu Afiqah yang kehilangan ibu. Ayu dapat merasa degupan jantung Nek Jah yang laju. Air mata yang Ayu Afiqah cuba bendung sedari tadi itu akhirnya tumpah juga. Semasa memeluk Nek Jah, Ayu Afiqah terasa seperti memeluk ibu!
    Nek Jah hanya kembali tenang pada lewat tengah hari. Masih kedengaran nada suara Nek Dar memujuk Ayu Afiqah dan Nek Jah. Ayah pula mengangkat beg pakaian Nek Jah ke bilik Ayu Afiqah. Nek Dar masih duduk bersebelahan dengan Nek Jah di ruang tamu. Memujuk dan memberi kekuatan kepada Nek Jah. Setelah Nek Jah tenang, dia akhirnya bersalam-salaman dengan semua saudara mara, sebelum mengambil tempat duduk di ruang tamu.
    Sebaik semuanya tenang, Atuk Mail, adik kepada Nek Dar mengumumkan yang malam ini akan diada sedikit majlis tahlil untuk arwah ibu. Sempena hari ke-7 arwah ibu meninggalkan kami. Baharulah Ayu Afiqah faham mengapa ramai sekali sanak-saudara sedang bergotong royong di dapur tadi. Ada yang menanak nasi, menyediakan minuman, memotong ayam dan daging sedari pagi.
    ‘Patutpun ramai saudara-mara yang hadir sedari pagi. Ingatkan nak sambut Nek Jah je, rupanya akan ada tahlil hari ke-7. Macam manalah Ayu boleh lupa ni?’ getus hati Ayu Afiqah.
    Sepanjang enam hari ini hanya Ayu Afiqah, ayah, nek Dar dan beberapa keluarga terdekat hanya memebaca surah yasin secara bergilir-gilir sepanjang malam tanda kasih sayang mereka agar arwah ibu tenang di alam kubur.
    Pada pukul 2 petang, Nek Jah kemudian mengajak ayah, Nek Dar dan Ayu Afiqah menemankannya melawat pusara arwah ibu. Ayu Afiqah mengerling ke arah ayah, wajah ayah kelihatan tenang hanya mengangguk tanda setuju.
    Ayu Afiqah nyata teruja untuk ke pusara ibu sekali lagi. Cepat-cepat dia ke bilik untuk menukar baju yang sesuai.
    Ayu Afiqah kelihatan cantik dengan baju kurung bercorak hijau muda sebaik keluar dari bilik. Untuk tudung pula, Ayu Afiqah memilih warna hijau tua. Walaupun berbeza ton warna tetapi masih senada dan menarik. Ayu Afiqah kemudiannya menuju ke dapur untuk menyediakan peralatan yang perlu. Sementara itu, Nek Jah pula masuk ke bilik untuk solat Zohor.

    ReplyDelete
  14. Ayu Afiqah mengisi air paip ke dalam cerek di dapur. Setelah itu, dia memasukkan potongan daun pandan dan kuntuman-kuntuman bunga pelbagai warna ke dalam beg plastik. Daun pandan diambil dari belakang rumah. Kuntuman bunga itu dipetik olehnya di tepi rumah. Pokok daun pandan dan pokok Bunga kertas berwarna merah jambu dan putih ditanam oleh ibu beberapa tahun lalu. Sayu hati Ayu Afiqah. Tak sangka bunga kesayangan ibu akhirnya akan menjadi bunga tabur di atas kubur ibu sendiri.
    Sebaik sahaja kaki Ayu Afiqah melangkah ke tanah perkuburan islam, pancaran matahari masih terik. Bunyi-bunyian unggas menyambut kehadiran mereka berempat. Hati Ayu Afiqah tiba-tiba menjadi sebak lagi tadkala memberi salam dan membaca doa masuk ke kubur. Namun, cuba ditahannya. Ayu Afiqah memandang Nek Jah dan Ayah yang baharu sahaja keluar dari perut kereta sedan ayah. Kelihatan ada titisan manik jernih keluar dari mata Nek Jah.
    Perlahan-lahan Ayah membuka sekaki payung. Ayah mendekati Nek Jah dan Nek Dar untuk payung itu kepada mereka. Ayu yang tidak menghiraukan cuaca panas terus sahaja menggagahkan langkah menuju pusara ibu. Langkah Ayu Afiqah itu diikuti oleh Nek jah dan Nek Dar yang sedang memegang sekaki payung. Ayah pula menjinjing plastik yang berisi bunga dan hirisan daun pandan. Manakala secerek air berada di tangan Ayu Afiqah.
    Perlahan-lahan Ayu Afiqah menuju kesebuah pusara yang masih merah. Disitu jasad ibu disemadikan. Direnungnya pusara yang terukir nama ibu. Ada kerinduan dan kesayuan menggebu di dada Ayu Afiqah. Tiba-tiba Ayu Afiqah terdengar esakan Nek Jah. Ayu memandang Nek Jah sekilas.
    “Semoga kamu tenang di alam barzakh nak...” Sayu suara Nek Jah sambil mengulas-ulas batu nisan ibu. Ada getaran suara kesedihan pada nada Nek Jah.
    Nek Jah seterusnya membacaka Al-Fatihah buat ibu. Diikuti oleh Ayah, Nek Dar dan juga Ayu Afiqah. Akhirnya sebutir airmata lolos dari mata Ayu Afiqah. Namun, cepat-cepat disapu oleh Ayu Afiqah. Dia tidak mahu Nek Jah bertambah sedih melihatkan dia sedih. Bunga dan hirisan pandan yang dibawa oleh ayah tadi akhirnya berjaya menghiasi kuburan ibu.
    Ayu Afiqah menghulurkan cerek yang dibawanya tadi kepada Nek Jah. Nek Jah menyambutnya dan lantas dengan perlahan menyirami kubur ibu. Air mata yang mengalir dipipi Nek Jah semakin laju. Ayu Afiqah juga turut mengesak akhirnya. Nek dar dan ayah juga turut terkesan dan mengalirkan air mata. Nek Jah duduk di tepi pusara ibu. Nek Dar memeluk Nek Jah sekali lagi untuk menenagkannya. Akhirnya Nek Jah menangis di bahu Nek Dar.
    “Dar, inilah satu-satunya anak yang aku ada. Sepatutnya aku yang pergi dulu. Bukan dia!” tangis Nek Jah.
    Ayu Afiqah akhirnya juga turut menangis. Kesedihan Nek jah yang mendalam juga sama dirasai oleh Ayu Afiqah. Peritnya kehilangan orang yang amat disayangi hanya Allah yang tahu.
    Sekembali dari pusara, kawasan luar rumah juga penuh dengan asap dan haruman masakan ayam masak merah dan lauk pauk yang lain. Tidak kurang juga bunyi bising dari penggiling elektrik, menggiling rempah ratus dari dalam rumah. Ayu Afiqah tersendu keharuan melihat kesungguhan sanak-keluarga yang sanggup bersusah-payah menolong mereka untuk menyiapkan majlis tahli arwah ibu. Lantas, demi kasihnya buat ibu, Ayu Afiqah juga ikut menyingsing lengan untuk bergotong royong.
    Ayu Afiqah turut membantu dalam menyediakan juadah. Dia membantu memasak di dapur. Ayu Afiqah menggoreng ayam, menghidangkan kopi dan kuih untuk sanak keluarga yang sedang memasak. Setelah itu, Ayu Afiqah memotong kecil-kecil umbut kelapa sawit dan kemudian memasaknya sendiri menggunakan resepi yang dipelajarinya dari Nek Dar. Resepi umbut sawit masak lemak. Ramai sanak saudara yang melihat dia memasak seperti tukang masak profesional.

    ReplyDelete
  15. “Wah! Ayu memasak tak kalah dengan chef profesional.” Komen Arafah, sepupu Ayu Afiqah dengan wajah kagum.
    “Eh, kau tak tau ke? Kan Ayu adalah peserta program Master Chef Junior. Dah lepas saringan pertama tau!” kata Tina, yang juga merupakan sepupu Ayu Afiqah dengan bangga.
    Banyak juga resepi baru yang Ayu Afiqah pelajari daripada saudara-maranya hari ini. Terutama dari Nek Mah, isteri Atuk Mail. Nek mah adalah tukang masak untuk kenduri kendara kampung seperti kenduri majlis perkahwinan, aqiqah, bertunang dan bermacam-macam lagi kenduri.
    Antara juadah yang disediakan oleh sanak saudara Ayu Afiqah yang diketuai oleh Nek Mah ialah Ayam masak merah, kari ayam, rendang daging masak masam manis, sayur lemak gulai nangka, umbut sawit masak lemak, sayur kobis goreng, sambal tuhau, sambal belacan dan pencuci mulut pula ialah puding kelapa. Semuanya sedap-sedap belaka.
    Suasana kenduri tahlil berjalan lancar. Ramai saudar mara dan jiran terdekat yang hadir. Tahlil di adakan diruang tamu oleh kebanyakannya orang lelaki yang dipimpin oleh Tok Imam dan jemaah masjid. Orang perempuan termasuk Ayu Afiqah pula menyediakan makanan di deretan meja di luar rumah.
    Sebuah khemah putih besar di pasang dihalaman rumah. 20 buah kerusi dan 3 buah meja panjang disediakan untuk kegunaan tetamu yang hadir. Kesemua kelengkapan itu dipinjam dari balai raya yang diuruskan oleh ayah dan Atuk Mail sejak beberapa hari yang lalu.
    Suasana rumah Ayu Afiqah malam itu amat tenang tetapi meriah dengan kehadiran sanak saudara dan gemaan bacaan tahlil dari ruang tamu rumah. Selesai sahaja bacaan tahlil, tetamu lelaki di jemput untuk mengambil makanan di bawah khemah. Mereka menikmati makanan dan duduk di kerusi yang disediakan di bawah khemah. Manakala tetamu perempuan pula mengambil makanan di bawah khemah tetapi duduk makan secara bersimpuh di ruang tamu.
    Selesai sahaja jamuan, Ayu Afiqah dan saudara mara serta jiran tetangga bergotong royong sekali lagi membersihkan rumah. Ayah, Atuk Mail dan saudara mara lelaki yang lain mengemaskan khemah, kerusi dan meja. Manakala orang perempuan termasuk Nek Dar dan Ayu Afiqah mengemaskan bahagian ruang tamu dan dapur. Mereka membersihkan pinggan magkuk, periuk belanga, menyapu sampah dan banyak lagi.
    Nek Jah yang keletihan akibat perjalanan jauh hanya dinasihatkan untuk berehat dibilik Ayu Afiqah. Rumah Ayu Afiqah kembali bersih seperti sedia kala sebelum tengah malam. Sebelum para tetamu beransur pulang, Nek Dar mengagihkan lauk pauk tanda terima kasih atas pertolongan mereka pada majlis tahlil arwah ibu. Menurut Nek Dar, lauk pauk yang dimasak kenalah lebih agar boleh dihadiahkan kepada tetamu yang hadir.
    Esoknya, setelah solat subuh, Ayu Afiqah terhidu bau masakan yang amat dikenalinya. Haruman enak nasi goreng kampung belacan ibu! Bau Nasi goreng kampung itu mengingatkan akan masakan nasi goreng kampung yang dimasak oleh ibu. Ibu suka mencampurkan nasi goreng kampung dengan belacan.
    “Nasi goreng kampung lebih menyelerakan jika kita baunya akan lebih membangkitkan selera jika kita campurkan belacan sedikit, Ayu.” kata ibu suatu ketika dahulu.
    Cepat-cepat Ayu Afiqah ke dapur untuk melihat sendiri siapakah yang memasak nasi goreng kampung tersebut. Rindunya pada ibu tiba-tiba menggebu. Sebaik sahaja sampai di ruangan dapur, Ayu Afiqah terus memeluk wanita yang kelihatannya seperti ibu itu dari belakang. Nek Jah yang sedang mengoreng nasi goreng kampung itu terkejut.

    ReplyDelete
  16. “Astagafirullahulazim! Ayu, kenapa ni? Ayu dah lapar ke?” Tanya nek Jah sebaik sahaja melihat Ayu Afiqah yang memeluknya dan membuatnya terperanjat.
    Ayu Afiqah menjadi hampa. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukannya terhadap Nek Jah. Mukanya merona merah kerana malu. Meskipun dia tahu pasti bukan ibu yang memasak masakan tersebut, tetapi rindunya pada ibu membuatkan dia sedikit keliru.
    “Maafkan Ayu nek, Ayu...Ayu .. rindukan ibu...” kata Ayu Afiqah sayu dan perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Nek Jah.
    Nek Jah yang mendengar jawapan Ayu Afiqah tiba-tiba sebak. Dipeluknya Ayu Afiqah dengan erat. Terdengar esakan Nek Jah. Ayu Afiqah dapat merasakan pernafasan Nek Jah kencang. Hatinya sebak. Dia juga merindui ibu.
    Ayah yang sedang bercakap di talifon dan baru keluar dari bilik terkejut apabila melihat Ayu dan ibu mertuanya menangis dan berpelukan. Ayah kemudiannya menghulur talifon di tangannya kepada Nek Jah.
    “Mak, ibu ada panggilan dari Pakcik anak Pakcik Din di Kundasang.” Kata ayah sambil menghulurkan talifon kepada Nek Jah.
    Nek Jah terus sahaja melepaskan pelukannya pada Ayu Afiqah dan mengelap air matanya sebelum mencapai talifon yang ayah hulurkan. Ayu Afiqah mengerling ayah. Dia masih rasa bersalah kerana menyebabkan Nek Jah bersedih pagi ini. Ayah membalas pandangan Ayu hanya menggelengkan kepala lantas mengusap kepala Ayu Afiqah.
    Nek Jah yang baharu sahaja seesai bercakap dengan pemanggil tadi meletakkan talifon dengan wajah yang suram.
    “Karim, Ayu....aku terpaksa balik ke Kundasang petang ni jugak. Tok Din sakit,” kata Nek Jah tidak bermaya. Mungkin dia sudah tidak sanggup mendengar berita sedih lagi.
    Ayah hanya mengangguk tanda faham situasi Nek Jah. Tok Din ialah satu-satunya adik Nek Jah. Ayu Afiqah terbayang wajah Tok Din yang ceria dan suka bercerita kepada cucu-cucunya termasuklah Ayu Afiqah sendiri. Dia bertemu Tok Din sewaktu pulang ke kampun ibu Di Kundasang semasa Pesta Kaamatan tahun lepas. Tok Din selalu menceritakan tentang dogeng gunung kinabalu, kisah pahlawan Mat Salleh dan banyak lagi kisah lagenda negeri Sabah.
    Nek Jah lantas mengajak Ayah, Ayu dan Nek Dar untuk bersarapan nasi goreng kampung yang baharu sahaja di masaknya. Lantas, mereka sekeluarga bersarapan dengan wajah sayu. Ayu Afiqah cuba menghilangkan gundah Nek Jah dengan bertanya soalan.
    “Nek Jah, dua minggu lagi pertandingan separuh akhir akan diadakan di Kota Kinabalu. Bolehlah Ayu singgah melawat dan bermalam di rumah Nek Jah di Kundasang sebelum ke Kota Kinabalu.” Ujar Ayu Afiqah cuba mengalihkan kesedihan Nek Jah.
    “Wah, Nek Jah setuju. Bolehlah Ayu bawa Nek Jah sekali ke pertandingan tu. Dah lama Nek jah teringin melihat program tu dari dekat.” Jawab Nek Jah dengan matanya yang bersinar gembira dan teruja.
    “Bagus jugak tu, bolehlah kita ramai-ramai menyokong Ayu kat sana” kata Ayah membuat keputusan. Lantas semua yang ada termasuk Ayu Afiqah, Nek Dar dan Nek Jah mengangguk setuju sambil tersenyum.
    Petangnya, sebelum Nek Jah berangkat kembali ke Kundasang, dia memeluk Ayu Afiqah dan membisikkan sesuatu ke telinga Ayu Afiqah.
    “Ayu, apabila singgah di Kundasang nanti, Nek Jah akan ajarkan satu resepi untuk Ayu. Resepi tu Ibu Ayu yang pesan agar ajarkan kepada Ayu. Tatapi Nek Jah tak sempat laksanakan.” Getus Nek Jah sayu.

    ReplyDelete
  17. Sebaik sahaja teksi yang dinaiki Nek Jah pergi, Ayu Afiqah duduk bersendirian di beranda rumah. Hatinya galau, dia baharu sahaja ingin bermanja dengan Nek Jah yang banyak kesamaan dengan ibu, namun Nek Jah terpaksa pergi. Ada titis air mata yang jatuh ke pipi Ayu Afiqah. ‘Kalaulah ibu ada, tentu keadaan tidak seperti ini’ getus hati Ayu Afiqah. Tiba-tiba suasana beranda rumah bertukar menjadi tempat pertandingan master Chef kanak-kanak saringan kedua.
    Tema hidangan yang perlu disiapkan ialah biskut perayaan. Ayu Afiqah telah memilih untuk menyediakan biskut tart nenas ala ketupat. Resepinya sama seperti yang selalu dibuatnya bersama ibu. Namun, cara persembahannya agak berlaian dari biasa kerana kulit tart nenas di anyam seperti ketupat. Jadi, ia ada inovasi dan lebih menepati tema.
    Ayu Afiqah menguli tepung seperti yang selalu dia lakukan bersama ibu. Bezanya, dia membahagi doh kepada dua bahagian. Doh pertama dicampurkan dengan pewarna makanan berwarna hijau dan dan doh kedua dicampurkan dengan warna hijau. Kemudian, Ayu Afiqah mencanai doh tersebut sehingga lebih kurang 0.2cm tebalnya. Setelah itu, Ayu Afiqah memotong secara menegak setiap doh yang sudah di canai sepanjang 5cm.
    Doh tadi akhirnya di susun bersilang berlainan warna seperti menganyam ketupat. Setelah itu, inti nenas di letakkan di tengah-tengah doh sebelum satu lapis anyaman dibuat sekali lagi. Hasilnya, biskut tart nenas yang comel dan berbentuk seperti ketupat terhasil. Untuk hiasan, Ayu Afiqah letakkan teh panas di atas dulang yang sama dengan biskut ketupat tart nenas. Biskut tart nenas itu diletakkan pada piring penghidang biskut yang bertingkat.
    “Alhamdulillah, syukur menjadi jugak biskut ketupat tart nenas aku ni,” getus hati Ayu Afiqah sambil mempamerkan senyuman puas.
    Ibu yang berada di tempat duduk penonton bertepuk tangan dan memberi isyarat bagus kepada Ayu Afiqah. Ayah dan Nek Dar hanya melambai-lambai menunjukkan tanda sokongan. Ayu Afiqah membalas dengan melambai kembali orang-orang yang disayanginya dan menghadiahkan mereka senyuman yang paling manis.
    Akhirnya, sewaktu juri mengumumkan pemenang atau peserta yang berjaya melepasi saringan kedua ini. Nama Ayu Afiqah adalah peserta yang pertama sekali di sebut. Pihak Juri malah memuji gaya persembahan tart nenas yang dihasilkan oleh Ayu Afiqah. Ibu yang terlalu gembira bangun dan melompat kegembiraan mendengar keputusan juri. Begitu juga dengan Ayah dan Nek Dar. Mereka amat bangga dengan pencapaian Ayu Afiqah.

    ReplyDelete
  18. Salam Erna, sebuah bab yg padat, hidup, kuat dan menyentuh perasaan, tahniah!

    ini sentuhan akhirnya;


    1. Bab 3: Tahlil (Buat) Chef Ibu (tekan dua kali enter)
    2. disediakan oleh Nek Dar. Aroma Nasi lemak kukus bersama daun pandan cukup untuk membangkitkan selera (mereka - tukar; ayah dan Nek Dar. (Hatinya pilu mengenang ibu.) Akan tetapi, tidak bagi) Ayu Afiqah. (Namun, dipaksakan juga dirinya memamah makanan itu demi menjaga hati Nek Dar. (berselera betul Ayu Afiqah pagi itu. - delete)
    3. sebelah ayah. Ayah dan Nek Dar yang memberitahu (mereka - tukar; Ayu) akan (kehadiran - tukar; ketibaan) Nek Jah, (ibu kepada ibu Ayu,)
    4. Dar masih duduk bersebelahan dengan Nek Jah di ruang tamu. (Nek Dar yang turut menangis,) memujuk dan memberi
    5. sedikit majlis tahlil untuk arwah ibu. Sempena hari ke-7 arwah ibu meninggalkan (kami - tukar; mereka).
    6. Sepanjang enam hari ini hanya Ayu Afiqah, ayah, (N)ek Dar dan beberapa keluarga terdekat (hanya memebaca - tukar; yang membaca) surah yasin, (Mereka membacanya) secara
    7. melawat pusara arwah ibu. Ayu Afiqah mengerling ke arah ayah. (Walaupun) wajah ayah kelihatan tenang hanya mengangguk tanda setuju, (namun mata ayah berkaca-kaca)
    8. Ayu Afiqah (nyata teruja untuk - tukar; tidak sabar2 mahu) untuk ke pusara ibu sekali lagi.
    9. Ayu Afiqah (teringat ibu pernah memujinya) kelihatan cantik dengan baju kurung bercorak hijau muda sebaik keluar dari bilik.
    10. dan menarik. Ayu Afiqah kemudiannya menuju ke dapur untuk menyediakan peralatan yang perlu (dibawa ke pusara).
    11. (Kemudian, mereka berempat menaiki kereta ayah untuk ke tanah perkuburan ibu.) (Sebaik sahaja - tukar; Ketika) kaki Ayu Afiqah melangkah ke tanah perkuburan islam
    12. hati Ayu Afiqah. (Tak sangka - tukar; Pilu mengenangkan bagaimana) bunga kesayangan ibu akhirnya akan menjadi
    13. Perlahan-lahan Ayah membuka sekaki payung. Ayah mendekati Nek Jah dan Nek Dar untuk (payung itu kepada - tukar; memayungi) mereka.
    14. Perlahan-lahan Ayu Afiqah menuju (ke sebuah) pusara yang masih merah (tanahnya). (Disitu - Di situ)
    15. “Semoga kamu tenang di alam barzakh nak...” Sayu suara Nek Jah sambil mengulas-ulas batu nisan ibu. Ada getaran suara kesedihan (yg teramat sangat) pada nada Nek Jah.
    16. lantas dengan perlahan menyirami kubur ibu. Air mata yang mengalir (di pipi)
    17. Setelah itu, Ayu Afiqah memotong kecil-kecil umbut kelapa sawit dan kemudian memasaknya sendiri (dengan)
    18. “Eh, kau tak tau ke? Kan Ayu adalah peserta program Master Chef Junior. (Dah lepas saringan pertama - ini bukan flashback erna, tukar; Dah lepas semua saringan)
    19. Sebuah khemah putih besar (di pasang - ini kata kerja erna, sambungkan begini; dipasang) (di halaman) rumah.
    20. Suasana rumah Ayu Afiqah malam itu amat tenang tetapi (meriah - ini bermakna happy erna, tukar; riuh rendah) dengan kehadiran sanak saudara dan gemaan bacaan tahlil dari ruang tamu rumah. Selesai sahaja bacaan tahlil, tetamu lelaki (dijemput)
    21. bahagian ruang tamu dan dapur. Mereka membersihkan pinggan (magkuk - mangkuk),
    22. majlis tahlil arwah ibu. Menurut Nek Dar, lauk pauk yang dimasak kenalah lebih agar boleh dihadiahkan kepada tetamu yang hadir.
    (Malam itu, ayu afiqah bermimpi ibu kelihatan cantik sekali dengan pakaian serba putih. Ibu tersenym lembut kepata Ayu Afiqah sambil berpesah supaya dia terus gigih berjuang dalam apa pun yang diceburinya.
    Dalam mimpinya itu, ayu afiqah berjanji gigih terus, demi ibu tersayang.)
    (* * * letak tiga bintang di tengah2 page)

    ReplyDelete
  19. 23. (Pada ke)esok (pagi)nya, setelah solat subuh, Ayu Afiqah terhidu bau
    24. “Nasi goreng kampung lebih menyelerakan (jika kita baunya - tukar; dan) akan lebih membangkitkan
    25. “Astagafirullahulazim! Ayu, kenapa ni? Ayu dah lapar ke?” Tanya (N)ek Jah
    26. “Mak, ibu ada panggilan dari (Pakcik - tiada nama di sini, semua huruf kecil, begini; pak cik) anak (Pakcik - Pak Cik) Din di Kundasang(,)”
    27. Ayah hanya mengangguk tanda faham (akan) situasi Nek Jah.
    28. Kaamatan tahun lepas. Tok Din selalu menceritakan tentang (kisah) dogeng
    29. Nek Jah lantas mengajak Ayah, Ayu dan Nek Dar untuk bersarapan nasi goreng kampung yang baharu sahaja (dimasaknya.)
    30. singgah melawat dan bermalam di rumah Nek Jah di Kundasang sebelum ke Kota Kinabalu(?)” (Ujar - tukar; tanya)
    31. Lantas (mereka) semua yang ada termasuk Ayu Afiqah, (Nek Dar dan Nek Jah - delete)
    32. Sebaik sahaja teksi yang dinaiki (oleh) Nek Jah (beredar) pergi,
    33. namun Nek Jah terpaksa pergi. Ada titis air mata yang jatuh ke pipi Ayu Afiqah. (tekan sekali enter)
    34. (Ketika itu) Ibu yang (turut) berada di tempat duduk penonton bertepuk tangan dan
    35. melompat kegembiraan mendengar keputusan juri. Begitu juga dengan Ayah dan Nek Dar. Mereka amat bangga dengan pencapaian Ayu Afiqah.
    (“Ibu, ayu rindu…’ bisiknya, kesebakan.

    itu je erna, jika terlebih jumlah msnya, bawa ke bab 4. gigih terus k

    ReplyDelete
  20. Bab 3: Tahlil Buat Chef Ibu

    Pagi itu, mereka sekeluarga bersarapan pagi dengan nasi lemak kukus dan air koko panas yang disediakan oleh Nek Dar. Aroma Nasi lemak kukus bersama daun pandan cukup untuk membangkitkan selera ayah dan Nek Dar. Akan tetapi, tidak bagi Ayu Afiqah. Hatinya pilu mengenangkan ibu.
    Lebih kurang jam 9.00 pagi, ramai saudara mara yang datang ke rumah mereka. Mereka yang datang dari pelbagai umur. Dalam kalangan saudara-mara tersebut, ada beberapa orang yang sebaya dengan Ayu Afiqah. Ada juga yang kurang dikenali sendiri oleh Ayu Afiqah. Mereka adalah saudara mara sebelah ayah. Ayah dan Nek Dar yang memberitahu Ayu Afiqah akan ketibaan Nek Jah, ibu kepada ibu Ayu Afiqah pagi itu ke rumah mereka.
    Sebaik sahaja teksi berhenti di hadapan rumah Ayu Afiqah, hanya Nek Jah seorang sahaja yang keluar dari perut teksi. Suami Nek Jah telah meninggal dunia semenjak ibu masih kecil lagi. Adik Nek Jah, atuk Anuar yang sama-sama mengerjakan umrah bergegas ke Kundasang semula kerana terpaksa menjadi saksi kepada satu kes mahkamah hari ini. Nek Jah disambut dengan penuh kesyahduan oleh sanak keluarga dan Ayu Afiqah sendiri.
    “Ayu, kasihannya cucu kesayangan nenek ini…” ucap Nek Jah, kesayuan.
    Nek Jah lalu memeluk Ayu Afiqah dengan sangat erat sambil menangis sebaik sahaja Nek Jah melangkah keluar dari perut teksi.
    Nek Jah yang berumur lewat 50-an masih kelihatan cantik mengenakan pakaian berwana serba putih. Kesedihan Nek Jah yang kehilangan anak tunggalnyanya, sesungguhnya sama seperti kesedihan Ayu Afiqah yang kehilangan ibu. Ayu dapat merasa degupan jantung Nek Jah yang laju. Air mata yang Ayu Afiqah cuba bendung sedari tadi itu akhirnya tumpah juga. Semasa memeluk Nek Jah, Ayu Afiqah terasa seperti memeluk ibu!
    Nek Jah hanya kembali tenang pada lewat tengah hari. Masih kedengaran nada suara Nek Dar memujuk Ayu Afiqah dan Nek Jah. Ayah pula mengangkat beg pakaian Nek Jah ke bilik Ayu Afiqah. Nek Dar masih duduk bersebelahan dengan Nek Jah di ruang tamu. Nek Dar yang turut menangis, memujuk dan memberi kekuatan kepada Nek Jah. Setelah Nek Jah tenang, dia akhirnya bersalam-salaman dengan semua saudara mara, sebelum mengambil tempat duduk di ruang tamu.
    Sebaik semuanya tenang, Atuk Mail, adik kepada Nek Dar mengumumkan yang malam ini akan diada sedikit majlis tahlil untuk arwah ibu. Sempena hari ke-7 arwah ibu meninggalkan mereka. Baharulah Ayu Afiqah faham mengapa ramai sekali sanak-saudara sedang bergotong royong di dapur tadi. Ada yang menanak nasi, menyediakan minuman, memotong ayam dan daging sedari pagi.
    ‘Patutpun ramai saudara-mara yang hadir sedari pagi. Ingatkan nak sambut Nek Jah je, rupanya akan ada tahlil hari ke-7. Macam manalah Ayu boleh lupa ni?’ getus hati Ayu Afiqah.
    Sepanjang enam hari ini hanya Ayu Afiqah, ayah, Nek Dar dan beberapa keluarga terdekat yang memebaca surah yasin, mereka membacanya secara bergilir-gilir sepanjang malam tanda kasih sayang mereka agar arwah ibu tenang di alam kubur.
    Pada pukul 2 petang, Nek Jah kemudian mengajak ayah, Nek Dar dan Ayu Afiqah menemankannya melawat pusara arwah ibu. Ayu Afiqah mengerling ke arah ayah, walaupun wajah ayah kelihatan tenang hanya mengangguk tanda setuju, namun mata ayah berkaca-kaca. Ayu Afiqah tidak sabar-sabar mahu ke pusara ibu sekali lagi. Cepat-cepat dia ke bilik untuk menukar baju yang sesuai.

    ReplyDelete
  21. Ayu Afiqah teringat ibu pernah memujinya kelihatan cantik dengan baju kurung bercorak hijau muda sebaik keluar dari bilik. Untuk tudung pula, Ayu Afiqah memilih warna hijau tua. Walaupun berbeza ton warna tetapi masih senada dan menarik. Ayu Afiqah kemudiannya menuju ke dapur untuk menyediakan peralatan yang perlu dibawa ke pusara. Sementara itu, Nek Jah pula masuk ke bilik untuk solat Zohor.
    Ayu Afiqah mengisi air paip ke dalam cerek di dapur. Setelah itu, dia memasukkan potongan daun pandan dan kuntuman-kuntuman bunga pelbagai warna ke dalam beg plastik. Daun pandan diambil dari belakang rumah. Kuntuman bunga itu dipetik olehnya di tepi rumah. Pokok daun pandan dan pokok Bunga kertas berwarna merah jambu dan putih ditanam oleh ibu beberapa tahun lalu. Sayu hati Ayu Afiqah. Pilu mengenagkan bagaimana bunga kesayangan ibu akhirnya akan menjadi bunga tabur di atas kubur ibu sendiri.
    Kemudian, mereka berempat menaiki kereta ayah untuk ke tanah perkuburan ibu. Ketika sahaja kaki Ayu Afiqah melangkah ke tanah perkuburan islam, pancaran matahari masih terik. Bunyi-bunyian unggas menyambut kehadiran mereka berempat. Hati Ayu Afiqah tiba-tiba menjadi sebak lagi tadkala memberi salam dan membaca doa masuk ke kubur. Namun, cuba ditahannya. Ayu Afiqah memandang Nek Jah dan Ayah yang baharu sahaja keluar dari perut kereta sedan ayah. Kelihatan ada titisan manik jernih keluar dari mata Nek Jah.
    Perlahan-lahan Ayah membuka sekaki payung. Ayah mendekati Nek Jah dan Nek Dar untuk memayungi mereka. Ayu yang tidak menghiraukan cuaca panas terus sahaja menggagahkan langkah menuju pusara ibu. Langkah Ayu Afiqah itu diikuti oleh Nek jah dan Nek Dar yang sedang memegang sekaki payung. Ayah pula menjinjing plastik yang berisi bunga dan hirisan daun pandan. Manakala secerek air berada di tangan Ayu Afiqah.
    Perlahan-lahan Ayu Afiqah menuju ke sebuah pusara yang masih merah tanahnya. Di situ jasad ibu disemadikan. Direnungnya pusara yang terukir nama ibu. Ada kerinduan dan kesayuan menggebu di dada Ayu Afiqah. Tiba-tiba Ayu Afiqah terdengar esakan Nek Jah. Ayu memandang Nek Jah sekilas.
    “Semoga kamu tenang di alam barzakh nak...” Sayu suara Nek Jah sambil mengulas-ulas batu nisan ibu. Ada getaran suara kesedihan yang teramat sangat pada nada Nek Jah.
    Nek Jah seterusnya membacaka Al-Fatihah buat ibu. Diikuti oleh Ayah, Nek Dar dan juga Ayu Afiqah. Akhirnya sebutir airmata lolos dari mata Ayu Afiqah. Namun, cepat-cepat disapu oleh Ayu Afiqah. Dia tidak mahu Nek Jah bertambah sedih melihatkan dia sedih. Bunga dan hirisan pandan yang dibawa oleh ayah tadi akhirnya berjaya menghiasi kuburan ibu.
    Ayu Afiqah menghulurkan cerek yang dibawanya tadi kepada Nek Jah. Nek Jah menyambutnya dan lantas dengan perlahan menyirami kubur ibu. Air mata yang mengalir di pipi Nek Jah semakin laju. Ayu Afiqah juga turut mengesak akhirnya. Nek Dar dan ayah juga turut terkesan dan mengalirkan air mata. Nek Jah duduk di tepi pusara ibu. Nek Dar memeluk Nek Jah sekali lagi untuk menenagkannya. Akhirnya Nek Jah menangis di bahu Nek Dar.
    “Dar, inilah satu-satunya anak yang aku ada. Sepatutnya aku yang pergi dulu. Bukan dia!” tangis Nek Jah.
    Ayu Afiqah akhirnya juga turut menangis. Kesedihan Nek jah yang mendalam juga sama dirasai oleh Ayu Afiqah. Peritnya kehilangan orang yang amat disayangi hanya Allah yang tahu.
    Sekembali dari pusara, kawasan luar rumah juga penuh dengan asap dan haruman masakan ayam masak merah dan lauk pauk yang lain. Tidak kurang juga bunyi bising dari penggiling elektrik, menggiling rempah ratus dari dalam rumah. Ayu Afiqah tersendu keharuan melihat kesungguhan sanak-keluarga yang sanggup bersusah-payah menolong mereka untuk menyiapkan majlis tahli arwah ibu. Lantas, demi kasihnya buat ibu, Ayu Afiqah juga ikut menyingsing lengan untuk bergotong royong.

    ReplyDelete
  22. Ayu Afiqah turut membantu dalam menyediakan juadah. Dia membantu memasak di dapur. Ayu Afiqah menggoreng ayam, menghidangkan kopi dan kuih untuk sanak keluarga yang sedang memasak. Setelah itu, Ayu Afiqah memotong kecil-kecil umbut kelapa sawit dan kemudian memasaknya sendiri dengan menggunakan resepi yang dipelajarinya dari Nek Dar. Resepi umbut sawit masak lemak. Ramai sanak saudara yang melihat dia memasak seperti tukang masak profesional.
    “Wah! Ayu memasak tak kalah dengan chef profesional.” Komen Arafah, sepupu Ayu Afiqah dengan wajah kagum.
    “Eh, kau tak tau ke? Kan Ayu adalah peserta program Master Chef Junior. Dah lepas semua saringan tau!” kata Tina, yang juga merupakan sepupu Ayu Afiqah dengan bangga.
    Banyak juga resepi baru yang Ayu Afiqah pelajari daripada saudara-maranya hari ini. Terutama dari Nek Mah, isteri Atuk Mail. Nek mah adalah tukang masak untuk kenduri kendara kampung seperti kenduri majlis perkahwinan, aqiqah, bertunang dan bermacam-macam lagi kenduri.
    Antara juadah yang disediakan oleh sanak saudara Ayu Afiqah yang diketuai oleh Nek Mah ialah Ayam masak merah, kari ayam, rendang daging masak masam manis, sayur lemak gulai nangka, umbut sawit masak lemak, sayur kobis goreng, sambal tuhau, sambal belacan dan pencuci mulut pula ialah puding kelapa. Semuanya sedap-sedap belaka.
    Suasana kenduri tahlil berjalan lancar. Ramai saudar mara dan jiran terdekat yang hadir. Tahlil di adakan diruang tamu oleh kebanyakannya orang lelaki yang dipimpin oleh Tok Imam dan jemaah masjid. Orang perempuan termasuk Ayu Afiqah pula menyediakan makanan di deretan meja di luar rumah.
    Sebuah khemah putih besar dipasang di halaman rumah. 20 buah kerusi dan 3 buah meja panjang disediakan untuk kegunaan tetamu yang hadir. Kesemua kelengkapan itu dipinjam dari balai raya yang diuruskan oleh ayah dan Atuk Mail sejak beberapa hari yang lalu.
    Suasana rumah Ayu Afiqah malam itu amat tenang tetapi riuh rendah dengan kehadiran sanak saudara dan gemaan bacaan tahlil dari ruang tamu rumah. Selesai sahaja bacaan tahlil, tetamu lelaki dijemput untuk mengambil makanan di bawah khemah. Mereka menikmati makanan dan duduk di kerusi yang disediakan di bawah khemah. Manakala tetamu perempuan pula mengambil makanan di bawah khemah tetapi duduk makan secara bersimpuh di ruang tamu.
    Selesai sahaja jamuan, Ayu Afiqah dan saudara mara serta jiran tetangga bergotong royong sekali lagi membersihkan rumah. Ayah, Atuk Mail dan saudara mara lelaki yang lain mengemaskan khemah, kerusi dan meja. Manakala orang perempuan termasuk Nek Dar dan Ayu Afiqah mengemaskan bahagian ruang tamu dan dapur. Mereka membersihkan pinggan mangkuk, periuk belanga, menyapu sampah dan banyak lagi.
    Nek Jah yang keletihan akibat perjalanan jauh hanya dinasihatkan untuk berehat dibilik Ayu Afiqah. Rumah Ayu Afiqah kembali bersih seperti sedia kala sebelum tengah malam. Sebelum para tetamu beransur pulang, Nek Dar mengagihkan lauk pauk tanda terima kasih atas pertolongan mereka pada majlis tahlil arwah ibu. Menurut Nek Dar, lauk pauk yang dimasak kenalah lebih agar boleh dihadiahkan kepada tetamu yang hadir.
    Malam itu, ayu afiqah bermimpi ibu kelihatan cantik sekali dengan pakaian serba putih. Ibu tersenym lembut kepata Ayu Afiqah sambil berpesah supaya dia terus gigih berjuang dalam apa pun yang diceburinya. Dalam mimpinya itu, ayu afiqah berjanji gigih terus, demi ibu tersayang.
    * * *

    ReplyDelete
  23. Pada keesok paginya, setelah solat subuh, Ayu Afiqah terhidu bau masakan yang amat dikenalinya. Haruman enak nasi goreng kampung belacan ibu! Bau Nasi goreng kampung itu mengingatkan akan masakan nasi goreng kampung yang dimasak oleh ibu. Ibu suka mencampurkan nasi goreng kampung dengan belacan.
    “Nasi goreng kampung lebih menyelerakan dan akan lebih membangkitkan selera jika kita campurkan belacan sedikit, Ayu.” kata ibu suatu ketika dahulu.
    Cepat-cepat Ayu Afiqah ke dapur untuk melihat sendiri siapakah yang memasak nasi goreng kampung tersebut. Rindunya pada ibu tiba-tiba menggebu. Sebaik sahaja sampai di ruangan dapur, Ayu Afiqah terus memeluk wanita yang kelihatannya seperti ibu itu dari belakang. Nek Jah yang sedang mengoreng nasi goreng kampung itu terkejut.
    “Astagafirullahulazim! Ayu, kenapa ni? Ayu dah lapar ke?” Tanya Nek Jah sebaik sahaja melihat Ayu Afiqah yang memeluknya dan membuatnya terperanjat.
    Ayu Afiqah menjadi hampa. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukannya terhadap Nek Jah. Mukanya merona merah kerana malu. Meskipun dia tahu pasti bukan ibu yang memasak masakan tersebut, tetapi rindunya pada ibu membuatkan dia sedikit keliru.
    “Maafkan Ayu nek, Ayu...Ayu .. rindukan ibu...” kata Ayu Afiqah sayu dan perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Nek Jah.
    Nek Jah yang mendengar jawapan Ayu Afiqah tiba-tiba sebak. Dipeluknya Ayu Afiqah dengan erat. Terdengar esakan Nek Jah. Ayu Afiqah dapat merasakan pernafasan Nek Jah kencang. Hatinya sebak. Dia juga merindui ibu.
    Ayah yang sedang bercakap di talifon dan baru keluar dari bilik terkejut apabila melihat Ayu dan ibu mertuanya menangis dan berpelukan. Ayah kemudiannya menghulur talifon di tangannya kepada Nek Jah.
    “Mak, ada panggilan dari anak Pak Cik Din di Kundasang,” kata ayah sambil menghulurkan talifon kepada Nek Jah.
    Nek Jah terus sahaja melepaskan pelukannya pada Ayu Afiqah dan mengelap air matanya sebelum mencapai talifon yang ayah hulurkan. Ayu Afiqah mengerling ayah. Dia masih rasa bersalah kerana menyebabkan Nek Jah bersedih pagi ini. Ayah membalas pandangan Ayu hanya menggelengkan kepala lantas mengusap kepala Ayu Afiqah.
    Nek Jah yang baharu sahaja seesai bercakap dengan pemanggil tadi meletakkan talifon dengan wajah yang suram.
    “Fuad, Ayu....aku terpaksa balik ke Kundasang petang ni jugak. Tok Din sakit,” kata Nek Jah tidak bermaya. Mungkin dia sudah tidak sanggup mendengar berita sedih lagi.
    Ayah hanya mengangguk tanda faham akan situasi Nek Jah. Tok Din ialah satu-satunya adik Nek Jah. Ayu Afiqah terbayang wajah Tok Din yang ceria dan suka bercerita kepada cucu-cucunya termasuklah Ayu Afiqah sendiri. Dia bertemu Tok Din sewaktu pulang ke kampun ibu Di Kundasang semasa Pesta Kaamatan tahun lepas. Tok Din selalu menceritakan tentang kisah dogeng gunung kinabalu, kisah pahlawan Mat Salleh dan banyak lagi kisah lagenda negeri Sabah.
    Nek Jah lantas mengajak Ayah, Ayu dan Nek Dar untuk bersarapan nasi goreng kampung yang baharu sahaja dimasaknya. Lantas, mereka sekeluarga bersarapan dengan wajah sayu. Ayu Afiqah cuba menghilangkan gundah Nek Jah dengan bertanya soalan.
    “Nek Jah, dua minggu lagi pertandingan separuh akhir akan diadakan di Kota Kinabalu. Bolehlah Ayu singgah melawat dan bermalam di rumah Nek Jah di Kundasang sebelum ke Kota Kinabalu?” tanya Ayu Afiqah cuba mengalihkan kesedihan Nek Jah.
    “Wah, Nek Jah setuju. Bolehlah Ayu bawa Nek Jah sekali ke pertandingan tu. Dah lama Nek jah teringin melihat program tu dari dekat.” Jawab Nek Jah dengan matanya yang bersinar gembira dan teruja.
    “Bagus jugak tu, bolehlah kita ramai-ramai menyokong Ayu kat sana” kata Ayah membuat keputusan. Lantas mereka semua yang ada termasuk Ayu Afiqah mengangguk setuju sambil tersenyum.

    ReplyDelete
  24. Petangnya, sebelum Nek Jah berangkat kembali ke Kundasang, dia memeluk Ayu Afiqah dan membisikkan sesuatu ke telinga Ayu Afiqah.
    “Ayu, apabila singgah di Kundasang nanti, Nek Jah akan ajarkan satu resepi untuk Ayu. Resepi tu Ibu Ayu yang pesan agar ajarkan kepada Ayu. Tatapi Nek Jah tak sempat laksanakan.” Getus Nek Jah sayu.
    Sebaik sahaja teksi yang dinaiki oleh Nek Jah beredar pergi, Ayu Afiqah duduk bersendirian di beranda rumah. Hatinya galau, dia baharu sahaja ingin bermanja dengan Nek Jah yang banyak kesamaan dengan ibu, namun Nek Jah terpaksa pergi. Ada titis air mata yang jatuh ke pipi Ayu Afiqah.
    ‘Kalaulah ibu ada, tentu keadaan tidak seperti ini’ getus hati Ayu Afiqah. Tiba-tiba suasana beranda rumah bertukar menjadi tempat pertandingan master Chef kanak-kanak saringan kedua.
    Tema hidangan yang perlu disiapkan ialah biskut perayaan. Ayu Afiqah telah memilih untuk menyediakan biskut tart nenas ala ketupat. Resepinya sama seperti yang selalu dibuatnya bersama ibu. Namun, cara persembahannya agak berlaian dari biasa kerana kulit tart nenas di anyam seperti ketupat. Jadi, ia ada inovasi dan lebih menepati tema.
    Ayu Afiqah menguli tepung seperti yang selalu dia lakukan bersama ibu. Bezanya, dia membahagi doh kepada dua bahagian. Doh pertama dicampurkan dengan pewarna makanan berwarna hijau dan dan doh kedua dicampurkan dengan warna hijau. Kemudian, Ayu Afiqah mencanai doh tersebut sehingga lebih kurang 0.2cm tebalnya. Setelah itu, Ayu Afiqah memotong secara menegak setiap doh yang sudah di canai sepanjang 5cm.
    Doh tadi akhirnya di susun bersilang berlainan warna seperti menganyam ketupat. Setelah itu, inti nenas di letakkan di tengah-tengah doh sebelum satu lapis anyaman dibuat sekali lagi. Hasilnya, biskut tart nenas yang comel dan berbentuk seperti ketupat terhasil. Untuk hiasan, Ayu Afiqah letakkan teh panas di atas dulang yang sama dengan biskut ketupat tart nenas. Biskut tart nenas itu diletakkan pada piring penghidang biskut yang bertingkat.
    “Alhamdulillah, syukur menjadi jugak biskut ketupat tart nenas aku ni,” getus hati Ayu Afiqah sambil mempamerkan senyuman puas.
    Ketika itu, ibu yang turut berada di tempat duduk penonton bertepuk tangan dan memberi isyarat bagus kepada Ayu Afiqah. Ayah dan Nek Dar hanya melambai-lambai menunjukkan tanda sokongan. Ayu Afiqah membalas dengan melambai kembali orang-orang yang disayanginya dan menghadiahkan mereka senyuman yang paling manis.
    Akhirnya, sewaktu juri mengumumkan pemenang atau peserta yang berjaya melepasi saringan kedua ini. Nama Ayu Afiqah adalah peserta yang pertama sekali di sebut. Pihak Juri malah memuji gaya persembahan tart nenas yang dihasilkan oleh Ayu Afiqah. Ibu yang terlalu gembira bangun dan melompat kegembiraan mendengar keputusan juri. Begitu juga dengan Ayah dan Nek Dar. Mereka amat bangga dengan pencapaian Ayu Afiqah.
    “Ibu, Ayu rindu.....” bisiknya sebak.

    ReplyDelete
  25. Erna, seperti biasa, sebuah hasil pemurnian yg sgt2 kuat, padat, hidup dan menyentuh perasaan, tahniah!

    ini sentuhan akhirnya;


    1. Sepanjang enam hari ini hanya Ayu Afiqah, ayah, Nek Dar dan beberapa keluarga terdekat yang (memebaca - membaca) surah (Y)asin,
    2. sayang mereka agar arwah ibu tenang di alam (kubur - tukar; barzakh).
    3. pokok (b)unga kertas berwarna merah jambu dan putih ditanam oleh
    4. Nek Jah seterusnya (membacaka - ?) Al-Fatihah buat ibu.
    5. mata. Nek Jah duduk di tepi pusara ibu. Nek Dar memeluk Nek Jah sekali lagi untuk (menenagkannya - tukar; menenangkannya).
    6. adakan (di ruang) tamu oleh kebanyakannya orang lelaki yang dipimpin
    7. Sebuah khemah putih besar dipasang di halaman rumah. 20 buah kerusi dan 3 buah meja panjang disediakan untuk kegunaan tetamu. (yang hadir - delete)
    8. Malam itu, (A)yu (A)fiqah bermimpi ibu kelihatan cantik sekali
    9. diceburinya. Dalam mimpinya itu, (A)yu (A)fiqah berjanji (untuk) gigih
    10. Kaamatan tahun lepas. Tok Din selalu menceritakan tentang kisah dogeng (G)unung (K)inabalu, kisah (pahlawan - tukar; Paduka) Mat Salleh dan banyak lagi kisah (sejarah dan) lagenda negeri Sabah.
    11. Lantas mereka semua, (yang ada - delete) termasuk Ayu Afiqah
    12. ‘Kalaulah ibu ada, tentu keadaan tidak seperti ini(,)’ getus hati Ayu
    13. Afiqah. Tiba-tiba suasana beranda rumah bertukar (menjadi - seperti) tempat pertandingan (M)aster Chef kanak-kanak saringan kedua, (di ruang matanya)
    14. (Ayu Afiqah seakan dapat melihat dirinya yang berpakaian seperti pesertaMaster Chef Junior di skrin televisyen.)Tema hidangan yang perlu disiapkan ialah biskut perayaan.
    15. ibu. Namun, cara persembahannya agak berlaian dari biasa kerana kulit tart nenas (dianyam)
    16. ketupat. Jadi, ia ada (inovasi - cuba tukar ke BM supaya kanak2 mudah faham) dan lebih menepati tema.
    17. (me)letakkan teh panas di atas dulang yang sama dengan biskut ketupat tart nenas
    18. Akhirnya, (sewaktu - tukar; tiba waktunya bagi) juri mengumumkan pemenang atau peserta

    itu je utk bab 3 erna, gigih terus k

    ReplyDelete
  26. Bab 3: Tahlil Buat Chef Ibu

    Pagi itu, mereka sekeluarga bersarapan pagi dengan nasi lemak kukus dan air koko panas yang disediakan oleh Nek Dar. Aroma Nasi lemak kukus bersama daun pandan cukup untuk membangkitkan selera ayah dan Nek Dar. Akan tetapi, tidak bagi Ayu Afiqah. Hatinya pilu mengenangkan ibu.
    Lebih kurang jam 9.00 pagi, ramai saudara mara yang datang ke rumah mereka. Mereka yang datang dari pelbagai umur. Dalam kalangan saudara-mara tersebut, ada beberapa orang yang sebaya dengan Ayu Afiqah. Ada juga yang kurang dikenali sendiri oleh Ayu Afiqah. Mereka adalah saudara mara sebelah ayah. Ayah dan Nek Dar yang memberitahu Ayu Afiqah akan ketibaan Nek Jah, ibu kepada ibu Ayu Afiqah pagi itu ke rumah mereka.
    Sebaik sahaja teksi berhenti di hadapan rumah Ayu Afiqah, hanya Nek Jah seorang sahaja yang keluar dari perut teksi. Suami Nek Jah telah meninggal dunia semenjak ibu masih kecil lagi. Adik Nek Jah, atuk Anuar yang sama-sama mengerjakan umrah bergegas ke Kundasang semula kerana terpaksa menjadi saksi kepada satu kes mahkamah hari ini. Nek Jah disambut dengan penuh kesyahduan oleh sanak keluarga dan Ayu Afiqah sendiri.
    “Ayu, kasihannya cucu kesayangan nenek ini…” ucap Nek Jah, kesayuan.
    Nek Jah lalu memeluk Ayu Afiqah dengan sangat erat sambil menangis sebaik sahaja Nek Jah melangkah keluar dari perut teksi.
    Nek Jah yang berumur lewat 50-an masih kelihatan cantik mengenakan pakaian berwana serba putih. Kesedihan Nek Jah yang kehilangan anak tunggalnyanya, sesungguhnya sama seperti kesedihan Ayu Afiqah yang kehilangan ibu. Ayu dapat merasa degupan jantung Nek Jah yang laju. Air mata yang Ayu Afiqah cuba bendung sedari tadi itu akhirnya tumpah juga. Semasa memeluk Nek Jah, Ayu Afiqah terasa seperti memeluk ibu!
    Nek Jah hanya kembali tenang pada lewat tengah hari. Masih kedengaran nada suara Nek Dar memujuk Ayu Afiqah dan Nek Jah. Ayah pula mengangkat beg pakaian Nek Jah ke bilik Ayu Afiqah. Nek Dar masih duduk bersebelahan dengan Nek Jah di ruang tamu. Nek Dar yang turut menangis, memujuk dan memberi kekuatan kepada Nek Jah. Setelah Nek Jah tenang, dia akhirnya bersalam-salaman dengan semua saudara mara, sebelum mengambil tempat duduk di ruang tamu.
    Sebaik semuanya tenang, Atuk Mail, adik kepada Nek Dar mengumumkan yang malam ini akan diada sedikit majlis tahlil untuk arwah ibu. Sempena hari ke-7 arwah ibu meninggalkan mereka. Baharulah Ayu Afiqah faham mengapa ramai sekali sanak-saudara sedang bergotong royong di dapur tadi. Ada yang menanak nasi, menyediakan minuman, memotong ayam dan daging sedari pagi.
    ‘Patutpun ramai saudara-mara yang hadir sedari pagi. Ingatkan nak sambut Nek Jah je, rupanya akan ada tahlil hari ke-7. Macam manalah Ayu boleh lupa ni?’ getus hati Ayu Afiqah.
    Sepanjang enam hari ini hanya Ayu Afiqah, ayah, Nek Dar dan beberapa keluarga terdekat yang membaca surah Yasin, mereka membacanya secara bergilir-gilir sepanjang malam tanda kasih sayang mereka agar arwah ibu tenang di alam barzakh.
    Pada pukul 2 petang, Nek Jah kemudian mengajak ayah, Nek Dar dan Ayu Afiqah menemankannya melawat pusara arwah ibu. Ayu Afiqah mengerling ke arah ayah, walaupun wajah ayah kelihatan tenang hanya mengangguk tanda setuju, namun mata ayah berkaca-kaca. Ayu Afiqah tidak sabar-sabar mahu ke pusara ibu sekali lagi. Cepat-cepat dia ke bilik untuk menukar baju yang sesuai.

    ReplyDelete
  27. Ayu Afiqah teringat ibu pernah memujinya kelihatan cantik dengan baju kurung bercorak hijau muda sebaik keluar dari bilik. Untuk tudung pula, Ayu Afiqah memilih warna hijau tua. Walaupun berbeza ton warna tetapi masih senada dan menarik. Ayu Afiqah kemudiannya menuju ke dapur untuk menyediakan peralatan yang perlu dibawa ke pusara. Sementara itu, Nek Jah pula masuk ke bilik untuk solat Zohor.
    Ayu Afiqah mengisi air paip ke dalam cerek di dapur. Setelah itu, dia memasukkan potongan daun pandan dan kuntuman-kuntuman bunga pelbagai warna ke dalam beg plastik. Daun pandan diambil dari belakang rumah. Kuntuman bunga itu dipetik olehnya di tepi rumah. Pokok daun pandan dan pokok bunga kertas berwarna merah jambu dan putih ditanam oleh ibu beberapa tahun lalu. Sayu hati Ayu Afiqah. Pilu mengenagkan bagaimana bunga kesayangan ibu akhirnya akan menjadi bunga tabur di atas kubur ibu sendiri.
    Kemudian, mereka berempat menaiki kereta ayah untuk ke tanah perkuburan ibu. Ketika sahaja kaki Ayu Afiqah melangkah ke tanah perkuburan islam, pancaran matahari masih terik. Bunyi-bunyian unggas menyambut kehadiran mereka berempat. Hati Ayu Afiqah tiba-tiba menjadi sebak lagi tadkala memberi salam dan membaca doa masuk ke kubur. Namun, cuba ditahannya. Ayu Afiqah memandang Nek Jah dan Ayah yang baharu sahaja keluar dari perut kereta sedan ayah. Kelihatan ada titisan manik jernih keluar dari mata Nek Jah.
    Perlahan-lahan Ayah membuka sekaki payung. Ayah mendekati Nek Jah dan Nek Dar untuk memayungi mereka. Ayu yang tidak menghiraukan cuaca panas terus sahaja menggagahkan langkah menuju pusara ibu. Langkah Ayu Afiqah itu diikuti oleh Nek jah dan Nek Dar yang sedang memegang sekaki payung. Ayah pula menjinjing plastik yang berisi bunga dan hirisan daun pandan. Manakala secerek air berada di tangan Ayu Afiqah.
    Perlahan-lahan Ayu Afiqah menuju ke sebuah pusara yang masih merah tanahnya. Di situ jasad ibu disemadikan. Direnungnya pusara yang terukir nama ibu. Ada kerinduan dan kesayuan menggebu di dada Ayu Afiqah. Tiba-tiba Ayu Afiqah terdengar esakan Nek Jah. Ayu memandang Nek Jah sekilas.
    “Semoga kamu tenang di alam barzakh nak...” Sayu suara Nek Jah sambil mengulas-ulas batu nisan ibu. Ada getaran suara kesedihan yang teramat sangat pada nada Nek Jah.
    Nek Jah seterusnya membaca Al-Fatihah buat ibu. Diikuti oleh Ayah, Nek Dar dan juga Ayu Afiqah. Akhirnya sebutir airmata lolos dari mata Ayu Afiqah. Namun, cepat-cepat disapu oleh Ayu Afiqah. Dia tidak mahu Nek Jah bertambah sedih melihatkan dia sedih. Bunga dan hirisan pandan yang dibawa oleh ayah tadi akhirnya berjaya menghiasi kuburan ibu.
    Ayu Afiqah menghulurkan cerek yang dibawanya tadi kepada Nek Jah. Nek Jah menyambutnya dan lantas dengan perlahan menyirami kubur ibu. Air mata yang mengalir di pipi Nek Jah semakin laju. Ayu Afiqah juga turut mengesak akhirnya. Nek Dar dan ayah juga turut terkesan dan mengalirkan air mata. Nek Jah duduk di tepi pusara ibu. Nek Dar memeluk Nek Jah sekali lagi untuk menenangkannya. Akhirnya Nek Jah menangis di bahu Nek Dar.
    “Dar, inilah satu-satunya anak yang aku ada. Sepatutnya aku yang pergi dulu. Bukan dia!” tangis Nek Jah.
    Ayu Afiqah akhirnya juga turut menangis. Kesedihan Nek jah yang mendalam juga sama dirasai oleh Ayu Afiqah. Peritnya kehilangan orang yang amat disayangi hanya Allah yang tahu.
    Sekembali dari pusara, kawasan luar rumah juga penuh dengan asap dan haruman masakan ayam masak merah dan lauk pauk yang lain. Tidak kurang juga bunyi bising dari penggiling elektrik, menggiling rempah ratus dari dalam rumah. Ayu Afiqah tersendu keharuan melihat kesungguhan sanak-keluarga yang sanggup bersusah-payah menolong mereka untuk menyiapkan majlis tahli arwah ibu. Lantas, demi kasihnya buat ibu, Ayu Afiqah juga ikut menyingsing lengan untuk bergotong royong.

    ReplyDelete
  28. Ayu Afiqah turut membantu dalam menyediakan juadah. Dia membantu memasak di dapur. Ayu Afiqah menggoreng ayam, menghidangkan kopi dan kuih untuk sanak keluarga yang sedang memasak. Setelah itu, Ayu Afiqah memotong kecil-kecil umbut kelapa sawit dan kemudian memasaknya sendiri dengan menggunakan resepi yang dipelajarinya dari Nek Dar. Resepi umbut sawit masak lemak. Ramai sanak saudara yang melihat dia memasak seperti tukang masak profesional.
    “Wah! Ayu memasak tak kalah dengan chef profesional.” Komen Arafah, sepupu Ayu Afiqah dengan wajah kagum.
    “Eh, kau tak tau ke? Kan Ayu adalah peserta program Master Chef Junior. Dah lepas semua saringan tau!” kata Tina, yang juga merupakan sepupu Ayu Afiqah dengan bangga.
    Banyak juga resepi baru yang Ayu Afiqah pelajari daripada saudara-maranya hari ini. Terutama dari Nek Mah, isteri Atuk Mail. Nek mah adalah tukang masak untuk kenduri kendara kampung seperti kenduri majlis perkahwinan, aqiqah, bertunang dan bermacam-macam lagi kenduri.
    Antara juadah yang disediakan oleh sanak saudara Ayu Afiqah yang diketuai oleh Nek Mah ialah Ayam masak merah, kari ayam, rendang daging masak masam manis, sayur lemak gulai nangka, umbut sawit masak lemak, sayur kobis goreng, sambal tuhau, sambal belacan dan pencuci mulut pula ialah puding kelapa. Semuanya sedap-sedap belaka.
    Suasana kenduri tahlil berjalan lancar. Ramai saudar mara dan jiran terdekat yang hadir. Tahlil di adakan di ruang tamu oleh kebanyakannya orang lelaki yang dipimpin oleh Tok Imam dan jemaah masjid. Orang perempuan termasuk Ayu Afiqah pula menyediakan makanan di deretan meja di luar rumah.
    Sebuah khemah putih besar dipasang di halaman rumah. 20 buah kerusi dan 3 buah meja panjang disediakan untuk kegunaan tetamu. Kesemua kelengkapan itu dipinjam dari balai raya yang diuruskan oleh ayah dan Atuk Mail sejak beberapa hari yang lalu.
    Suasana rumah Ayu Afiqah malam itu amat tenang tetapi riuh rendah dengan kehadiran sanak saudara dan gemaan bacaan tahlil dari ruang tamu rumah. Selesai sahaja bacaan tahlil, tetamu lelaki dijemput untuk mengambil makanan di bawah khemah. Mereka menikmati makanan dan duduk di kerusi yang disediakan di bawah khemah. Manakala tetamu perempuan pula mengambil makanan di bawah khemah tetapi duduk makan secara bersimpuh di ruang tamu.
    Selesai sahaja jamuan, Ayu Afiqah dan saudara mara serta jiran tetangga bergotong royong sekali lagi membersihkan rumah. Ayah, Atuk Mail dan saudara mara lelaki yang lain mengemaskan khemah, kerusi dan meja. Manakala orang perempuan termasuk Nek Dar dan Ayu Afiqah mengemaskan bahagian ruang tamu dan dapur. Mereka membersihkan pinggan mangkuk, periuk belanga, menyapu sampah dan banyak lagi.
    Nek Jah yang keletihan akibat perjalanan jauh hanya dinasihatkan untuk berehat dibilik Ayu Afiqah. Rumah Ayu Afiqah kembali bersih seperti sedia kala sebelum tengah malam. Sebelum para tetamu beransur pulang, Nek Dar mengagihkan lauk pauk tanda terima kasih atas pertolongan mereka pada majlis tahlil arwah ibu. Menurut Nek Dar, lauk pauk yang dimasak kenalah lebih agar boleh dihadiahkan kepada tetamu yang hadir.
    Malam itu, Ayu Afiqah bermimpi ibu kelihatan cantik sekali dengan pakaian serba putih. Ibu tersenym lembut kepata Ayu Afiqah sambil berpesah supaya dia terus gigih berjuang dalam apa pun yang diceburinya. Dalam mimpinya itu, Ayu Afiqah berjanji untuk gigih terus, demi ibu tersayang.
    * * *

    ReplyDelete
  29. Pada keesok paginya, setelah solat subuh, Ayu Afiqah terhidu bau masakan yang amat dikenalinya. Haruman enak nasi goreng kampung belacan ibu! Bau Nasi goreng kampung itu mengingatkan akan masakan nasi goreng kampung yang dimasak oleh ibu. Ibu suka mencampurkan nasi goreng kampung dengan belacan.
    “Nasi goreng kampung lebih menyelerakan dan akan lebih membangkitkan selera jika kita campurkan belacan sedikit, Ayu.” kata ibu suatu ketika dahulu.
    Cepat-cepat Ayu Afiqah ke dapur untuk melihat sendiri siapakah yang memasak nasi goreng kampung tersebut. Rindunya pada ibu tiba-tiba menggebu. Sebaik sahaja sampai di ruangan dapur, Ayu Afiqah terus memeluk wanita yang kelihatannya seperti ibu itu dari belakang. Nek Jah yang sedang mengoreng nasi goreng kampung itu terkejut.
    “Astagafirullahulazim! Ayu, kenapa ni? Ayu dah lapar ke?” Tanya Nek Jah sebaik sahaja melihat Ayu Afiqah yang memeluknya dan membuatnya terperanjat.
    Ayu Afiqah menjadi hampa. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukannya terhadap Nek Jah. Mukanya merona merah kerana malu. Meskipun dia tahu pasti bukan ibu yang memasak masakan tersebut, tetapi rindunya pada ibu membuatkan dia sedikit keliru.
    “Maafkan Ayu nek, Ayu...Ayu .. rindukan ibu...” kata Ayu Afiqah sayu dan perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Nek Jah.
    Nek Jah yang mendengar jawapan Ayu Afiqah tiba-tiba sebak. Dipeluknya Ayu Afiqah dengan erat. Terdengar esakan Nek Jah. Ayu Afiqah dapat merasakan pernafasan Nek Jah kencang. Hatinya sebak. Dia juga merindui ibu.
    Ayah yang sedang bercakap di talifon dan baru keluar dari bilik terkejut apabila melihat Ayu dan ibu mertuanya menangis dan berpelukan. Ayah kemudiannya menghulur talifon di tangannya kepada Nek Jah.
    “Mak, ada panggilan dari anak Pak Cik Din di Kundasang,” kata ayah sambil menghulurkan talifon kepada Nek Jah.
    Nek Jah terus sahaja melepaskan pelukannya pada Ayu Afiqah dan mengelap air matanya sebelum mencapai talifon yang ayah hulurkan. Ayu Afiqah mengerling ayah. Dia masih rasa bersalah kerana menyebabkan Nek Jah bersedih pagi ini. Ayah membalas pandangan Ayu hanya menggelengkan kepala lantas mengusap kepala Ayu Afiqah.
    Nek Jah yang baharu sahaja seesai bercakap dengan pemanggil tadi meletakkan talifon dengan wajah yang suram.
    “Fuad, Ayu....aku terpaksa balik ke Kundasang petang ni jugak. Tok Din sakit,” kata Nek Jah tidak bermaya. Mungkin dia sudah tidak sanggup mendengar berita sedih lagi.
    Ayah hanya mengangguk tanda faham akan situasi Nek Jah. Tok Din ialah satu-satunya adik Nek Jah. Ayu Afiqah terbayang wajah Tok Din yang ceria dan suka bercerita kepada cucu-cucunya termasuklah Ayu Afiqah sendiri. Dia bertemu Tok Din sewaktu pulang ke kampun ibu Di Kundasang semasa Pesta Kaamatan tahun lepas. Tok Din selalu menceritakan tentang kisah dogeng Gunung Kinabalu, kisah Paduka Mat Salleh dan banyak lagi kisah sejarahh dan lagenda negeri Sabah.
    Nek Jah lantas mengajak Ayah, Ayu dan Nek Dar untuk bersarapan nasi goreng kampung yang baharu sahaja dimasaknya. Lantas, mereka sekeluarga bersarapan dengan wajah sayu. Ayu Afiqah cuba menghilangkan gundah Nek Jah dengan bertanya soalan.
    “Nek Jah, dua minggu lagi pertandingan separuh akhir akan diadakan di Kota Kinabalu. Bolehlah Ayu singgah melawat dan bermalam di rumah Nek Jah di Kundasang sebelum ke Kota Kinabalu?” tanya Ayu Afiqah cuba mengalihkan kesedihan Nek Jah.

    ReplyDelete
  30. “Wah, Nek Jah setuju. Bolehlah Ayu bawa Nek Jah sekali ke pertandingan tu. Dah lama Nek jah teringin melihat program tu dari dekat.” Jawab Nek Jah dengan matanya yang bersinar gembira dan teruja.
    “Bagus jugak tu, bolehlah kita ramai-ramai menyokong Ayu kat sana” kata Ayah membuat keputusan. Lantas mereka semua termasuk Ayu Afiqah mengangguk setuju sambil tersenyum.
    Petangnya, sebelum Nek Jah berangkat kembali ke Kundasang, dia memeluk Ayu Afiqah dan membisikkan sesuatu ke telinga Ayu Afiqah.
    “Ayu, apabila singgah di Kundasang nanti, Nek Jah akan ajarkan satu resepi untuk Ayu. Resepi tu Ibu Ayu yang pesan agar ajarkan kepada Ayu. Tatapi Nek Jah tak sempat laksanakan.” Getus Nek Jah sayu.
    Sebaik sahaja teksi yang dinaiki oleh Nek Jah beredar pergi, Ayu Afiqah duduk bersendirian di beranda rumah. Hatinya galau, dia baharu sahaja ingin bermanja dengan Nek Jah yang banyak kesamaan dengan ibu, namun Nek Jah terpaksa pergi. Ada titis air mata yang jatuh ke pipi Ayu Afiqah.

    ReplyDelete
  31. Erna, copy saja k;

    Bab 3: Tahlil Buat Chef Ibu

    Pagi itu, mereka sekeluarga bersarapan pagi dengan nasi lemak kukus dan air koko panas yang disediakan oleh Nek Dar. Aroma Nasi lemak kukus bersama daun pandan cukup untuk membangkitkan selera ayah dan Nek Dar. Akan tetapi, tidak bagi Ayu Afiqah. Hatinya pilu mengenangkan ibu.
    Lebih kurang jam 9.00 pagi, ramai saudara mara yang datang ke rumah mereka. Mereka yang datang dari pelbagai umur. Dalam kalangan saudara-mara tersebut, ada beberapa orang yang sebaya dengan Ayu Afiqah. Ada juga antara mereka yang kurang dikenali sendiri oleh Ayu Afiqah. Mereka adalah saudara mara sebelah ayah.
    “Nek Jah kamu akan tiba sebentar lagi, nak,” kata ayah, di antara dengungan suara saudara mara yang memenuhi ruang rumah mereka.
    “Bersabar ya, cu. Kasihan Nek Jah kamu, kehilangan ibumu, anak tunggalnya,” ujar Nek Dar pula, seraya menggapai bahu Ayu Afiqah dalam pelukan eratnya, sejenak.
    “Ya, Nek Dar…” ucap Ayu Afiqah, kesayuan.
    “Kita bersama-sama beri kekuatan kepada Nek Jah kamu ya, nak,” sela ayah pula, kesayuan.
    “Ya, kita semua memerlukan kekuatan itu,”getus Nek Jah yang kelihatan seakan mahu menangis pula itu.
    Sekali lagi, Ayu Afiqah hanya mampu mengangguk, kesebakan. Dalam hati, Ayu Afiqah berjanji untuk tidak menangis lagi. Ayu Afiqah perlu memberikan kekuatan kepada Nek Jah, seperti yang diminta oleh Neh Dar.
    Sebaik sahaja teksi berhenti di hadapan rumah Ayu Afiqah, hanya Nek Jah seorang sahaja yang keluar dari perut teksi. Suami Nek Jah telah meninggal dunia semenjak ibu masih kecil lagi. Adik Nek Jah, Atuk Anuar yang sama-sama mengerjakan umrah, bergegas ke Kundasang semula.
    Khabarnya, Atuk Anuar terpaksa menjadi saksi kepada satu kes mahkamah berkaitan dengan penjualan tanah milik sepupunya, pada hari ini. Nek Jah disambut dengan penuh kesyahduan oleh sanak keluarga dan Ayu Afiqah sendiri. Nek Jah lalu memeluk Ayu Afiqah dengan sangat erat sambil menangis sebaik sahaja Nek Jah melangkah keluar dari perut teksi.
    “Ayu, kasihannya cucu kesayangan nenek ini…” ucap Nek Jah, dalam ratapan pilunya.
    Nek Jah yang berumur lewat 50-an masih kelihatan cantik mengenakan pakaian berwana serba putih. Kesedihan Nek Jah yang kehilangan anak tunggalnyanya, sesungguhnya sama seperti kesedihan Ayu Afiqah yang kehilangan ibu. Ayu dapat merasa degupan jantung Nek Jah yang laju.
    Mendadak, semua janji tidak mahu menangis Ayu Afiqah dalam hatinya tadi, lenyap entah ke mana. Air mata yang Ayu Afiqah cuba bendung sedari tadi itu akhirnya tumpah juga. Semasa memeluk Nek Jah, Ayu Afiqah terasa seperti memeluk ibu!

    ReplyDelete
  32. Nek Jah hanya kembali tenang pada lewat tengah hari. Masih kedengaran nada suara Nek Dar memujuk Ayu Afiqah dan Nek Jah. Ayah pula mengangkat beg pakaian Nek Jah ke bilik Ayu Afiqah.
    Nek Dar terus duduk dengan Nek Jah di ruang tamu. Kelihatan Nek Dar yang turut menangis, sambil memujuk dan memberi kekuatan kepada Nek Jah. Setelah Nek Jah tenang, ibu kepada ibu Ayu Afiqah itu akhirnya bersalam-salaman dengan semua saudara mara yang juga kelihatan sesedihnya.
    Kemudian, Nek Jah mengambil tempat duduk di ruang tamu. Sebaik semuanya tenang, Atuk Mail, adik kepada Nek Dar mengumumkan yang malam ini akan diada sedikit majlis tahlil untuk arwah ibu. Sempena hari ke-7 arwah ibu meninggalkan mereka.
    Baharulah Ayu Afiqah faham mengapa ramai sekali sanak-saudara datang bergotong royong di dapur tadi. Ada yang menanak nasi, menyediakan minuman, memotong ayam dan daging sedari pagi. Bahkan ada yang datang dengan membawa buah-buahan seperti pisang emas, betik, tembikai dan sebagainya, untuk dijadikan hidangan pencuci mulut.
    ‘Bagaimana aku boleh terlupa bahawa hari ini hari ke tujuh ibu meninggal? Kenapa terasa seperti baru semalam ibu meninggalkan aku?’ rintih hati Ayu Afiqah, kepiluan.
    Sepanjang enam hari ini hanya Ayu Afiqah, ayah, Nek Dar dan beberapa keluarga terdekat yang membaca surah Yasin, mereka membacanya secara bergilir-gilir sepanjang malam tanda kasih sayang mereka agar arwah ibu tenang di alam barzakh.
    Pada pukul 2 petang, Nek Jah kemudian mengajak ayah, Nek Dar dan Ayu Afiqah menemankannya melawat pusara arwah ibu. Ayu Afiqah mengerling ke arah ayah, walaupun wajah ayah kelihatan tenang hanya mengangguk tanda setuju, namun mata ayah berkaca-kaca. Ayu Afiqah tidak sabar-sabar mahu ke pusara ibu sekali lagi. Cepat-cepat dia ke bilik untuk menukar baju yang sesuai.
    Ayu Afiqah teringat ibu pernah memujinya kelihatan cantik dengan baju kurung bercorak hijau muda sebaik keluar dari bilik. Untuk tudung pula, dia memilih warna hijau tua. Walaupun berbeza ton warna tetapi masih senada dan menarik. Dia kemudiannya menuju ke dapur untuk menyediakan peralatan yang perlu dibawa ke pusara.
    Sementara itu, Nek Jah pula masuk ke bilik untuk solat Zohor.
    Ayu Afiqah mengisi air paip ke dalam cerek di dapur. Setelah itu, dia memasukkan potongan daun pandan dan kuntuman-kuntuman bunga pelbagai warna ke dalam beg plastik.
    Daun pandan diambil dari belakang rumah. Kuntuman bunga itu dipetik olehnya di tepi rumah. Pokok daun pandan dan pokok bunga kertas berwarna merah jambu dan putih ditanam oleh ibu beberapa tahun lalu. Sayu hati Ayu Afiqah. Pilu mengenagkan bagaimana bunga kesayangan ibu akhirnya akan menjadi bunga tabur di atas kubur ibu sendiri.
    Kemudian, mereka berempat menaiki kereta ayah untuk ke tanah perkuburan ibu. Ketika sahaja kaki Ayu Afiqah melangkah ke tanah perkuburan islam, pancaran matahari masih terik. Bunyi-bunyian unggas menyambut kehadiran mereka berempat.

    ReplyDelete
  33. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak lagi tatkala memberi salam dan membaca doa masuk ke kubur. Namun, cuba ditahannya. Ayu Afiqah memandang Nek Jah dan Ayah yang baharu sahaja keluar dari perut kereta sedan ayah. Kelihatan ada titisan manik jernih keluar dari mata Nek Jah.
    Perlahan-lahan Ayah membuka sekaki payung. Ayah mendekati Nek Jah dan Nek Dar untuk memayungi mereka. Ayu yang tidak menghiraukan cuaca panas terus sahaja menggagahkan langkah menuju pusara ibu. Langkah Ayu Afiqah itu diikuti oleh Nek jah dan Nek Dar yang sedang memegang sekaki payung. Ayah pula menjinjing plastik yang berisi bunga dan hirisan daun pandan. Manakala secerek air berada di tangan Ayu Afiqah.
    Perlahan-lahan Ayu Afiqah menuju ke sebuah pusara yang masih merah tanahnya. Di situ jasad ibu disemadikan. Direnungnya pusara yang terukir nama ibu. Ada kerinduan dan kesayuan menggebu di dada Ayu Afiqah. Tiba-tiba Ayu Afiqah terdengar esakan Nek Jah. Ayu memandang Nek Jah sekilas.
    “Semoga kamu tenang di alam barzakh nak...” Sayu suara Nek Jah sambil mengulas-ulas batu nisan ibu. Ada getaran suara kesedihan yang teramat sangat pada nada Nek Jah.
    Nek Jah seterusnya membaca Al-Fatihah buat ibu. Diikuti oleh Ayah, Nek Dar dan juga Ayu Afiqah. Akhirnya sebutir airmata lolos dari mata Ayu Afiqah. Namun, cepat-cepat disapu oleh Ayu Afiqah. Dia tidak mahu Nek Jah bertambah sedih melihatkan dia sedih. Bunga dan hirisan pandan yang dibawa oleh ayah tadi akhirnya berjaya menghiasi kuburan ibu.
    Ayu Afiqah menghulurkan cerek yang dibawanya tadi kepada Nek Jah. Nek Jah menyambutnya dan lantas dengan perlahan menyirami kubur ibu. Air mata yang mengalir di pipi Nek Jah semakin laju. Nek Dar dan ayah juga turut terkesan dan mengalirkan air mata. Nek Jah duduk di tepi pusara ibu. Nek Dar memeluk Nek Jah sekali lagi untuk menenangkannya.
    “Dar, inilah satu-satunya anak yang aku ada. Sepatutnya aku yang pergi dulu. Bukan dia!” tangis Nek Jah.
    Ayu Afiqah akhirnya juga turut menangis. Kesedihan Nek jah yang mendalam juga sama dirasai oleh Ayu Afiqah. Peritnya kehilangan orang yang amat disayangi hanya Allah yang tahu.
    Sekembali dari pusara, kawasan luar rumah juga penuh dengan asap dan haruman masakan ayam masak merah dan lauk pauk yang lain. Tidak kurang juga bunyi bising dari penggiling elektrik, menggiling rempah ratus dari dalam rumah. Ayu Afiqah tersendu keharuan melihat kesungguhan sanak-keluarga yang menyiapkan majlis tahli arwah ibu.
    Lantas, demi kasihnya buat ibu, Ayu Afiqah juga ikut menyingsing lengan untuk bergotong royong. Ayu Afiqah turut membantu dalam menyediakan juadah. Dia membantu memasak di dapur. Ayu Afiqah menggoreng ayam, menghidangkan kopi dan kuih untuk sanak keluarga yang sedang memasak.
    Setelah itu, Ayu Afiqah memotong kecil-kecil umbut kelapa sawit dan kemudian memasaknya sendiri dengan menggunakan resepi yang dipelajarinya dari Nek Dar. Resepi umbut sawit masak lemak. Ramai sanak saudara yang melihat dia memasak seperti tukang masak profesional.

    ReplyDelete
  34. “Wah! Ayu memasak tak kalah dengan chef profesional.” Komen Arafah, sepupu Ayu Afiqah dengan wajah kagum.
    “Eh, kau tak tau ke? Kan Ayu adalah peserta program Master Chef Junior. Dah lepas semua saringan tau!” kata Tina, yang juga merupakan sepupu Ayu Afiqah dengan bangga.
    Banyak juga resepi baru yang Ayu Afiqah pelajari daripada saudara-maranya hari ini. Terutama dari Nek Mah, isteri Atuk Mail. Nek mah adalah tukang masak untuk kenduri kendara kampung seperti kenduri majlis perkahwinan, aqiqah, bertunang dan bermacam-macam lagi kenduri.
    Antara juadah yang disediakan oleh sanak saudara Ayu Afiqah yang diketuai oleh Nek Mah ialah Ayam masak merah, kari ayam, rendang daging masak masam manis, sayur lemak gulai nangka, umbut sawit masak lemak, sayur kobis goreng, sambal tuhau, sambal belacan dan pencuci mulut pula ialah puding kelapa. Semuanya sedap-sedap belaka.
    Suasana kenduri tahlil berjalan lancar. Ramai saudar mara dan jiran terdekat yang hadir. Tahlil di adakan di ruang tamu oleh kebanyakannya orang lelaki yang dipimpin oleh Tok Imam dan jemaah masjid. Orang perempuan termasuk Ayu Afiqah pula menyediakan makanan di deretan meja di luar rumah.
    Sebuah khemah putih besar dipasang di halaman rumah.
    20 buah kerusi dan 3 buah meja panjang disediakan untuk kegunaan tetamu. Kesemua kelengkapan itu dipinjam dari balai raya yang diuruskan oleh ayah dan Atuk Mail sejak beberapa hari yang lalu. Suasana rumah riuh rendah dengan suara sanak saudara dan gemaan bacaan tahlil dari ruang tamu rumah.
    Sebaik selesai bacaan tahlil, tetamu lelaki dijemput untuk mengambil makanan di bawah khemah. Mereka menikmati makanan dan duduk di kerusi yang disediakan di bawah khemah. Manakala tetamu perempuan pula mengambil makanan di bawah khemah tetapi duduk makan secara bersimpuh di ruang tamu.
    Selesai jamuan, Ayu Afiqah dan saudara mara serta jiran tetangga bergotong royong sekali lagi membersihkan rumah. Ayah, Atuk Mail dan saudara mara lelaki yang lain mengemaskan khemah, kerusi dan meja. Manakala orang perempuan mengemaskan bahagian ruang tamu dan dapur. Mereka membersihkan pinggan mangkuk, periuk belanga, menyapu sampah dan banyak lagi.
    Nek Jah yang keletihan akibat perjalanan jauh, dinasihatkan oleh Nek Dar agar berehat dan terlena di bilik Ayu Afiqah. Sebelum para tetamu beransur pulang, Nek Dar mengagihkan lauk pauk tanda terima kasih atas pertolongan mereka pada majlis tahlil arwah ibu. Menurut Nek Dar, lauk pauk yang dimasak kenalah lebih agar boleh dihadiahkan kepada tetamu yang hadir.
    Malam itu, Ayu Afiqah bermimpi ibu kelihatan cantik sekali dengan pakaian serba putih. Ibu tersenym lembut kepata Ayu Afiqah sambil berpesah supaya dia terus gigih berjuang dalam apa pun yang diceburinya. Dalam mimpinya itu, Ayu Afiqah berjanji untuk gigih terus, demi ibu tersayang.
    * * *
    Pada keesokan paginya, setelah solat subuh, Ayu Afiqah terhidu bau masakan yang amat dikenalinya. Haruman enak nasi goreng kampung belacan ibu! Bau Nasi goreng kampung itu mengingatkan akan masakan nasi goreng kampung yang dimasak oleh ibu. Ibu suka mencampurkan nasi goreng kampung dengan

    ReplyDelete
  35. belacan.
    “Nasi goreng kampung lebih menyelerakan dan akan lebih membangkitkan selera jika kita campurkan belacan sedikit, Ayu.” kata ibu suatu ketika dahulu.
    Cepat-cepat Ayu Afiqah ke dapur untuk melihat sendiri siapakah yang memasak nasi goreng kampung tersebut. Rindunya pada ibu tiba-tiba menggebu. Sebaik sahaja sampai di ruangan dapur, Ayu Afiqah terus memeluk wanita yang kelihatannya seperti ibu itu dari belakang. Nek Jah yang sedang mengoreng nasi goreng kampung itu terkejut.
    “Astagafirullahulazim! Ayu, kenapa ni? Ayu dah lapar ke?” Tanya Nek Jah sebaik sahaja melihat Ayu Afiqah yang memeluknya dan membuatnya terperanjat.
    Ayu Afiqah menjadi hampa lalu melepaskan pelukannya terhadap Nek Jah. Mukanya merona merah kerana malu. Meskipun dia tahu pasti bukan ibu yang memasak masakan tersebut, tetapi rindunya pada ibu membuatkan dia sedikit keliru.
    “Maafkan Ayu nek, Ayu...Ayu .. rindukan ibu...” kata Ayu Afiqah sayu dan perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Nek Jah.
    Mendengarkan jawapannya, Nek Jah tiba-tiba sebak kembali. Dipeluknya Ayu Afiqah dengan erat. Terdengar esakan Nek Jah. Ayu Afiqah dapat merasakan pernafasan Nek Jah kencang. Hatinya sebak. Dia juga merindui ibu.
    Ayah yang sedang bercakap di talifon dan baru keluar dari bilik terkejut apabila melihat Ayu dan ibu mertuanya menangis dan berpelukan. Ayah kemudiannya menghulur talifon di tangannya kepada Nek Jah.
    “Mak, ada panggilan dari anak Pak Cik Din di Kundasang,” kata ayah sambil menghulurkan talifon kepada Nek Jah.
    Nek Jah terus sahaja melepaskan pelukannya pada Ayu Afiqah dan mengelap air matanya sebelum mencapai talifon yang ayah hulurkan. Ayu Afiqah mengerling ayah. Dia masih rasa bersalah kerana menyebabkan Nek Jah bersedih pagi ini. Ayah membalas pandangan Ayu hanya menggelengkan kepala lantas mengusap kepala Ayu Afiqah.
    Nek Jah yang baharu sahaja seesai bercakap dengan pemanggil tadi meletakkan talifon dengan wajah yang suram.
    “Fuad, Ayu....aku terpaksa balik ke Kundasang petang ni juga. Tok Din sakit,” kata Nek Jah dengan tidak bermaya. Mungkin dia sudah tidak sanggup mendengar berita sedih lagi.
    Ayah hanya mengangguk tanda faham akan situasi Nek Jah. Tok Din ialah adik bongsu Nek Jah. Ayu Afiqah terbayang wajah Tok Din yang ceria dan suka bercerita kepada cucu-cucunya termasuklah Ayu Afiqah sendiri. Dia bertemu Tok Din sewaktu pulang ke kampun ibu Di Kundasang semasa Pesta Kaamatan tahun lepas.
    Seingat Ayu Afiqah, Tok Din suka menceritakan tentang kisah dogeng Gunung Kinabalu, kisah Paduka Mat Salleh dan banyak lagi kisah sejarahh dan lagenda negeri Sabah. Semuanya menarik belaka.
    Nek Jah lantas mengajak Ayah, Ayu dan Nek Dar untuk bersarapan nasi goreng kampung yang baharu sahaja dimasaknya. Lantas, mereka sekeluarga

    ReplyDelete
  36. bersarapan dengan wajah sayu. Ayu Afiqah ingin menghilangkan gundah Nek Jah, namun dia tidak tahu bagaimana.
    “Nek Jah, dua minggu lagi pertandingan akhir Ayu yang akan diadakan di Kota Kinabalu. Bolehlah kami singgah melawat dan bermalam di rumah Adik Jah di Kundasang sebelum ke Kota Kinabalu?” tanya Nek Dar Afiqah seakan cuba mengalihkan kesedihan Nek Jah ke arah lain.
    “Wah, setuju sangat. Boleh `kan Ayu… nanti, Ayu dan Nek Dar Ayu boleh bawa Nek Jah sekali ke pertandingan tu. Dah lama Nek jah teringin melihat program `tu dari dekat.” Jawab Nek Jah dengan matanya yang bersinar gembira dan teruja.
    “Boleh Nek Jah,” sahut Ayu Afiqah, tersipu malu.
    “Bagus jugak tu, bolehlah kita ramai-ramai menyokong Ayu kat sana,” kata Ayah membuat keputusan. Lantas mereka semua termasuk Ayu Afiqah mengangguk setuju sambil tersenyum.
    Petangnya, sebelum Nek Jah berangkat kembali ke Kundasang, dia memeluk Ayu Afiqah dan membisikkan sesuatu ke telinga Ayu Afiqah.
    “Ayu, apabila singgah di Kundasang nanti, Nek Jah akan ajarkan satu resepi untuk Ayu. Resepi tu Ibu Ayu yang pesan agar ajarkan kepada Ayu. Tatapi Nek Jah tak sempat laksanakan.” Getus Nek Jah sayu.
    Sebaik sahaja teksi yang dinaiki oleh Nek Jah beredar pergi, Ayu Afiqah duduk bersendirian di beranda rumah. Hatinya galau, dia baharu sahaja ingin bermanja dengan Nek Jah yang banyak kesamaan dengan ibu, namun Nek Jah terpaksa pergi. Ada titis air mata yang jatuh ke pipi Ayu Afiqah.


    itu je erna, ngam2 12 ms, kalau terlebih satu paragraf pun takpe, sbb ilustrasi pada ms ke 13 k

    ReplyDelete