• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Thursday, May 11, 2017

20 comments:

  1. Bab 8: Dilema Chef Ayu

    ‘Bertindih dengan tarikh akhir pertandingan akhir Master Chef Junior Malaysia,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Sudah hampir sejam dia mundar-mandir di ruang tamu. Surat jemputan ke pertandingan akhir Master Chef Junior masih dalam genggaman tangan Ayu Afiqah. Suasana ruang tamu yang sejuk di waktu pagi itu tiba-tiba terasa sangat membahang. Cahaya yang sedikit gelap akibat gerimis di luar rumah. Gerimis pagi juga tidak berjaya menyejukkan hatinya. Hati Ayu Afiqah sungguh tidak tenteram.
    Ayah masih di sekolah kerana terpaksa bekerja hujung minggu. Menghantar pelajar ke perkhemahan sekolah menengah. Nek Dar pula awal-awal lagi telah pergi ke pasar. Ayu Afiqah tidak berhasrat untuk mengikut Nek Dar ke pasar hari ini kerana terpaksa menyiapkan kerja rumah dan mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian matematik yang bakal tiba.
    Namun, sesi ulang kajinya terhenti apabila dia membuka surat jemputan ke pertandingan Master Chef Junior sebagai peserta akhir. Surat jemputan yang disangkanya hilang selama ini rupa-rupanya sembunyi di sebalik buku-buku rujukan matematik.
    Akhirnya, kegundahan hati Ayu Afiqah bermula apabila dia melihat tarikh pertandingan akhir Master Chef Junior pada surat itu jatuh pada tarikh yang sama dengan jemputan mengadakan demonstrasi memasak di rumah anak-anak yatim. Menggigil seluruh tubuh Ayu Afiqah setelah membaca surat tersebut.
    ‘Aduhai! Macam mana boleh aku tak perasan tarikh pertandingan akhir Master Chef Junior sama dengan hari mendemonstariskan masakan di rumah anak-anak yatim?’ getus hati Ayu Afiqah. Dadanya berombak kencang. Tangannya yang masih memegang surat itu sedikit menggigil. ‘Hendak mengadu dengan siapa? Oh, baik aku mengadu dengan Nek Jah,’ getus hati Ayu Afiqah lagi.
    Serta merta kerisauannya mengurang. Lantas, dia membuat panggilan sekali lagi kepada Nek jah.
    “Salam Nek Jah. Ayu nak bagi tau Nek Jah ni, rupa-rupanya pertandingan akhir Master Chef Junior jatuh pada tarikh yang sama dengan majlis demonstrasi memasak untuk anak-anak yatim tu,” kata Ayu Afiqah dengan suara yang sedikit resah, sebaik sahaja panggilannya di jawab oleh Nek Jah yang sedang berada di Kundasang, Ranau.
    “Walaikum salam Ayu. Eh, Ayu tak perasan ke yang kedua-dua program tu jatuh pada tarikh yang sama? Ok, esok nanti Nek bincang dengan Cikgu Natasha, ayah atau pihak penganjur program Demonstrasi Masakan Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia. Mana tau boleh dianjakkan atau diawalkan?,” kata Nek Jah.
    Kata-kata Nek Jah itu memberikan sedikit harapan kepada Ayu Afiqah. Namun, tiba-tiba Ayu Afiqah kembali resah.
    ‘Bagai mana jika pihak penganjur tidak mahu bertolak ansur? Aku terpaksa membuat pilihan. Kedua-duanya amat penting buat aku. Aduh! Ibu...., Ayu bingung,’ jerit batin Ayu Afiqah lagi.

    ReplyDelete
  2. Ayu Afiqah bergerak ke biliknya. Di situ, dia mulai mundar-mandir lagi. akhirnya, setelah puas dia mundar-mandir, dia menghempaskan dirinya di katilnya yang empuk. Beberapa lama begitu akhirnya Ayu Afiqah mulai tertidur.
    “Ayu... Ayu bangun cu, ni kan masih pagi kenapa tidur semula? Sarapan yang Nek Dar sediakan pun tidak terusik,” panggil Nek Dar menggerak-gerakkan badan Ayu Afiqah.
    Sebelum dia bergerak ke pasar, dia melihar Ayu Afiqah telah bangun dan membersihkan diri serta membelek-belek kerja sekolahnya. Sarapan yang disiapkan dibiarkan sahaja di atas meja. Fikir Nek Dar yang Ayu Afiqah akan bersarapan setelah penat belajar nanti. Namun, Sekembalinya dari pasar tadi, dia menjadi pelik apabila nasi goreng kampung yang di buatnya tidak terusik. Malah, Ayu Afiqah tertidur pula di atas katilnya di bilik.
    “Eh, Nek Dar dah balik dari pasar rupanya. Nek Dar Ayu nak tanya perkara penting ni,” Kata Ayu Afiqah sebaik sahaja melihat Nek Dar berada di depan matanya.
    “Takpa, Ayu boleh cakap masa sarapan nanti. Jom kita sarapan, Nek Dar pun belum makan apa-apa lagi ni,” balas Nek Dar menghalang kata-kata Ayu Afiqah.
    Nek Dar bersyukur kerana Ayu Afiqah nampaknya tidak sakit seperti sangkaannya tadi. Dia risau jika kesihatan Ayu Afiqah terganggu terutama sekali apabila pertandingan Akhir Master Chef Junior semangkin hampir, Nek Dar tidak mahu faktor kesihatan menganggu penglibatan atau tumpuan Ayu Afiqah semasa pertandingan nanti.
    Di meja makan, Ayu Afiqah meluahkan semua masalahnya kepada Nek Dar. Nek Dar yang mendengar dengan khusuk menjadi turut resah. Nasi goreng kampung yang sedap masakan Nek Jah tidak lagi membuat selera Ayu Afiqah menggunung seperti biasa. Nek Dar juga kelihatan kurang menyenduk nasi goreng ke pinggannya. Sedangkan, dia juga biasanya amat berselera menemankan Ayu Afiqah bersarapan dengan nasi goreng kampung buatannya itu.
    Usai bersarapan, Ayu Afiqah seperti biasa akan membantu Nek Dar untuk mengemaskan meja dapur dan mencuci pinggan magkuk yang mereka gunakan tadi. Sepanjang melakukan kerja itu, AyuAfiqah masih memikirkan mengenai pertembungan kedua-dua program yang amat diinginkannya itu. Semasa mencuci gelas, tiba-tiba gelas tersebut terlepas dari tangannya.
    “Astagafirullahhulazim Ayu, berhati-hati cu. Jangan asyik mengkhayal sahaja. Kan dah jatuh gelas tu?” tegur Nek Dar.
    Ayu Afiqah yang juga masih terkejut terus meminta maaf kepada Nek Dar atas kelalaiannya sebentar tadi.
    “Maaf Nek Dar, Ayu tak sengaja. Mungkin sebab asyik memikirkan apa yang harus Ayu pilih,” kata Ayu Afiqah.
    Ayu Afiqah cepat-cepat mengambil penyapu dan penyodok sampah bagi memungut serpihan kaca yang bertaburan di lantai. Dia rasa menyesal kerana terlalu lalai sehingga kaca yang berada di tangannya boleh terlepas dengan mudah.
    ‘Aduh, aku mesti mencari jalan penyelesaian terhadap masalahku ini. Aku tidak mahu lagi semakin tidak fokus,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Sebaik sahaja dapur sudah dibersihkan, Ayu Afiqah meminta diri untuk masuk ke bilik untuk menyiapkan kerja rumah dan menyiapkan diri untuk ujian matematiknya beberapa hari lagi. Malam nanti dia tidak mahu tidur lambat.

    ReplyDelete
  3. Dia perlu berehat malam nanti kerana esok dia akan menunggu keputusan hasil perbincangan Nek Jah dan ayah dengan pihak penganjur demonstrasi memasak di rumah anak yatim mengenai permohonannya untuk mengubah tarikh program memasak tersebut. Nek Dar yang melihat akan keadaan Ayu Afiqah hanya mengangguk setuju. Ayu Afiqah perlu berehat.
    Pagi yang dingin dan cerah. Kicauan burung yang hinggap di pokok ara berhampiran dengan rumah Ayu Afiqah amat menghiburkan hati. Beberapa ketika kemudian, kedengaran bunyi kenderaan ayah memasuki halaman rumah. Cepat-cepat Ayu Afiqah berlari ke pintu utama rumah untuk menyambut kehadiran Nek Jah dari Kundasang, Ranau hari ini.
    Jam di dinding rumah di ruang tamu sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Ayu Afiqah semakin resah. Dadanya berombak kencang. ‘mana Nek Jah dan ayah ni?, sepetutnya mereka dah sampai beberapa jam yang lalu,’ getus hati Ayu Afiqah. Buku sejarah di tangannya tidak lagi menjadi perhatian utamanya.
    Ayah pagi tadi bergerak ke stesen bas di pekan keningau untuk mengambil Nek Jah. Nek Jah lebih gemar menggunakan kenderaan awam untuk berjalan jauh atau ketika bergerak ke Keningau berbanding dengan memandu sendiri. Meskipun Nek Jah adalah seorang pemandu yang cekap di Pekan Kundasang. Ayu Afiqah terus sahaja memeluk Nek Jah sebaik sahaja melihat kelibat Nek Jah turun dari kereta sedan ayah.
    “Kenapa lambat Nek Jah dan ayah datang ni? Mesti Ayah dan Nek Jah melencong ke mana-mana ni,” teka Ayu Afiqah sebaik sahaja dia menyalami tangan dan memeluk Nek Jah.
    Ayu Afiqah sebenarnya resah menunggu Nek Jah. Ayah pergi menjemput Nek Jah di stesen bas bagi tadi seawal jam 7.30 pagi. Namun, mereka baharu sahaja sampai ke rumah pada pukul 10.00 pagi. Jika diikutkan, jarak rumah Ayu Afiqah dengan bandar hanyalah 7 km sahaja. Iaitu memakan masa kira-kira 15 minit jika memandu jika tidak berlaku kesesakan lalu lintas.
    Ayah masih sibuk mengangkat beg pakaian Nek Jah masuk ke dalam rumah. Di sebelah tangan ayah mengangkat beg pakaian Nek Jah. Manakala di sebelah kiri tangan ayah penuh dengan sayur-sayuran dari kundasang. Ada kobis, daun bawang, dan banyak lagi. Begitulah Nek Jah, akan sentiasa membawa hadiah berbentuk sayur-sayuran dari kampung halaman ibu.
    Beberapa ketika lagi, ayah kembali semula ke kereta untuk mengambil sesuatu. Ayah mengangkat sejambak bunga ros dan menghulurkannya kepada Ayu Afiqah.
    “Wah cantiknya! terima kasih ayah. Tapi sekarang belum hari jadi Ayu.” kata Ayu Afiqah melihat bunga tersebut gembira. Hilang seketika resahnya sebentar tadi.
    “Bunga ni, Nek Jah yang belikan untuk Ayu,” kata ayah sambil tersenyum.
    Ayu Afiqah lantas memeluk sekali lagi dan mengucapkan terima kasih pada Nek Jah.
    “Maaf lambat, tadi ayah bawa Nek Jah ke rumah anak-anak yatim tempat Ayu bakal membuat demonstrasi tu,” jawab Nek Jah sewaktu melihat wajah murung Ayu Afiqah telah hilang setelah menerima sejambak bunga darinya.
    Bunga itu ros itu di beli oleh Nek Jah semasa di kundasang tadi. Melihat akan jambangan bunga itu, Nek Jah teringatkan kegelisahan Ayu Afiqah di keningau. Fikir Nek Jah, pasti kegelisahan Ayu Afiqah akan sedikit jika menerima jambangan bunga ros yang cantik tersebut. Ternyata tekaan Nek Jah tidak salah.
    Sebaik semuanya duduk di ruang tamu, Ayu Afiqah mengambil kessempatan untuk membuat air kopi panas untuk ahli keluarganya.
    ‘Pasti ada yang akan dibincangkan oleh Nek Jah dan ayah sekembalinya dari rumah anak-anak yatim tadi,’ getus hati Ayu Afiqah.

    ReplyDelete
  4. Sebaik sahaja Ayu Afiqah menghidangkan seteko kopi dan sedikit kueh buatan Nek Dar pagi tadi, Ayu Afiqah di minta oleh ayah untuk duduk bersama ayah, Nek Jah dan Nek Dar di ruang tamu. Ada yang perlu mereka bincangkan. Berdebar-debar jantung Ayu Afiqah. Ayu Afiqah mengambil tempat duduk di sofa bersebelahan Nek Jah dan Nek Dar.
    “Ayu, tadi semasa ayah dan Nek Jah pergi ke rumah anak yatim untuk berbincang mengenai permintaan kamu untuk mengubah tarikh demonstrasi tersebut, nampaknya mereka tidak bersetuju. Ini kerana perasmi mereka Tuan Yang Terutama (TYT) telah bersetuju dengan terikh yang ada sekarang.” Jalas ayah dengan wajah yang serius.
    “Ya Ayu, kamu kena memilih satu antara dua program tersebut. Kita tak beleh berbuat apa-apa lagi. Kena membuat pilihan.” Tambah Nek Jah.
    “Apa sahaja keputusan Ayu, kami akan sokong,” tambah Nek Dar.
    ‘Ibu, apa yang Ayu harus buat? Kedua- dua program ini amat penting bagi Ayu,’ getus hati Ayu Afiqah.






    ReplyDelete
  5. Bab 8: Dilema Chef Ayu

    Ayu Afiqah membuka email di dalam biliknya. Sudah beberapa lama dia tidak memeriksa email. Mungkin ada email baru. Sebaik sahaja dia menekan butang inbox, kelihatan ada satu surat dari pihak penganjur Master Chef Junior. Berdebar-debar hati Ayu Afiqah.
    ‘Ah, mungkin surat memperingatkannya mengenai pertandingan Master Chef Junior pada 14 september ini,’ getus Ayu Afiqah.
    Namun, belum sempat Ayu Afiqah menekan butang buka, kedengaran ada bunyi bising di luar biliknya. Cepat-cepat Ayu Afiqah menyarungkan tudung di kepala dan keluar bilik untuk melihat siapakah yang datang ke rumahnya pada waktu petang begini.
    Alangkah terkejutnya Ayu Afiqah apabila melihat raka-rakan baiknya dan juga rakan sekelasnya Steve, Devi, Tay dan Alif serta cikgu Natasha yang juga merupakan ibu kepada Alif datang berkunjung ke rumahnya. Serta merta Ayu Afiqah menepuk dahinya. Alif adalah pelajar baharu yang berpindah dari sekolah di Kota Kinabalu ke SK Bandar Keningau untuk mengikut ibunya cikgu Natasha.
    ‘Aduh! Macam mana aku boleh lupa yang hari ini aku menjemput mereka datang minum petang ke rumah aku?’ getus hati Ayu Afiqah sebaik sahaja dia perasan yang sebenarnya dia telahpun menjemput rakan-rakannya itu dan cikgu Natasha kerumahnya pada hari jumaat lepas.
    Serta merta Ayu Afiqah menuju ke pintu utama dan mempersilakan tetamunya untuk masuk ke dalam rumahnya. Terpancar wajah- wajah ceria rakan-rakan Ayu Afiqah. Sementara rakan-rakan Ayu Afiqah dan Cikgu Natasha berehat-rehat di ruang tamu, Ayu Afiqah bergegas ke dapur untuk menyediakan air minuman kepada tetamunya. Dengan mudah dan pantas dia menyediakan air jus oren sejuk dengan taburan biji selasih.
    “Wah! sedapnya air oren buatan Ayu ini,” jerit Steve sebaik sahaja merasa air oren yang dihidangkan oleh Ayu Afiqah.
    “Ajarkan saya resepinya Ayu,” pinta Tay pula.
    Ayu Afiqah hanya tersipu-sipu malu menerima pujian dari Steve dan rakan-rakannya yang lain. Baginya, air oren itu biasa-biasa sahaja. lagipun, dia sudah biasa membantu ibu menyediakan air oren sedemikian. Resepi air jus oren sejuk dengan taburan biji selasih ini dipelajarinya dari ibu.
    “Baiklah, sebelum balik nanti saya akan tunjukkan resepinya. Hari ini saya nak ajak kawan-kawan dan cikgu Natasha makan aiskrim vanilla buatan sendiri. Tetapi sebelum tu, kita kenalah buat aiskrim itu sendiri dulu,” jelas Ayu Afiqah sambil menghadiahkan senyuman kepada Tay.
    “Yey, setuju!” jawab kesemua rakan-rakan Ayu Afiqah serentak. Cikgu Natasha hanya tersenyum melihat kelakuan anak-anak muridnya dan anaknya.
    Ayu Afiqah lantas membawa kesemua tetamunya kecuali cikgu Natasha ke dapur. Cikgu Natasha masih bersembang dengan Nek Dar di ruang tamu dengan rancaknya.

    ReplyDelete
  6. Sesampai di dapur, Ayu Afiqah mengeluarkan kesemua bahan dari almari dan peti ais di bantu oleh kesemua rakan-rakannya. Tay dan Devi menyusun 1 tin susu cair, 1 tin susu pekat, 1 biji telur, essen Vanilla, Ovalett dan sepeket perasa, strawberry. Setelah itu, Steve dan Alif menolong mengukur 1/4 tin susu pekat dan 1 sudu besar ovalett seperti yang di arahkan oleh Ayu Afiqah.
    Setelah semua bahan telah disediakan, Ayu Afiqah menunjukkan pula cara-cara membuat aiskrim perisa vanilla tersebut. Pertama, Ayu Afiqah mencampurkan susu cair, susu pekat, telur, ovalett dan esen vanilla ke dalam pengadun. Kemudian, Steve dan Devi membantu Ayu Afiqah mengadun kesemua bahan tersebut dalam masa 15-20 minit sehingga adunan tadi naik dan menjadi krim pekat. Kemudian, Tay mencampurkan adunan itu dengan perasa vanilla dan di kacau sehingga sebati.
    Setalah semuanya sebati, Devi dan Ayu Afiqah memasukkan adunan tadi ke dalam bekas dan kemudiannya disimpan di dalam peti sejuk sejuk beku selama 20 minit atau sehingga keras.
    “Wah! Aura bakal juara Master Chef Junior amat terserlah. Ini dia saya perkenalkan Chef Ayu yang bakal mengharumkan nama sekolah SK Bandar Keningau.” Seloroh Devi kepada Ayu Afiqah sambil meniru lagak juru acara pertandingan Master Chef Junior. Diikuti tepukan gemuruh oleh Steve, Tay dan Alif.
    Pipi Ayu Afiqah merona merah menerima pujian dan harapan dari rakan-rakan baiknya. Sementara menunggu aiskrim vanilla mereka keras, Ayu Afiqah menunjukkan pula cara menbuat jus oren sejuk dengan taburan biji selasih seperti yang dijanjikannya pada awal-awal tadi.
    Setelah siap jus oren sejuk dengan taburan biji selasih, Devi dan Steve membantu Ayu Afiqah membawa jus tersebut ke ruang tamu untuk berehat sementara menunggu aiskrim vanila mereka keras. Mereka amat gembira berbual sambil minum jus oren sejuk dengan taburan biji selasih sekali lagi setelah penat mencuba resepi membuat aiskrim vanilla di dapur tadi.
    “Ayu, cikgu dan pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian Ayu Afiqah dalam pertandingan Master Chef Junior ni. Kami berharap agar Ayu dapat mengharumkan nama sekolah. Kami doakan Ayu berjaya dalam pertandingan tersebut.” Kata cikgu Natasha mewakili pihak sekolah.
    Ayu Afiqah yang mendengar kata-kata cikgu Natasha mengucapkan berbanyak terima kasih atas doa pihak sekolah, rakan-rakan dan guru untuknya.
    Setelah beberapa ketika, Ayu Afiqah berlalu ke dapur untuk melihat aiskim vanilla yang dihasilkan mereka tadi. Lima minit kemudian, Ayu Afiqah keluar ke ruang tamu semula dengan sedulang aiskrim di dalam mangkuk kecil khas untuk aiskrim. Serentak mata rakan-rakannya memandang ke arah aiskrim vanilla yang masih dalam tatangan dulang Ayu Afiqah itu.
    “Wah! Aiskrim kita dah siaplah,” jerit Tay sebaik sahaja Ayu Afiqah meletakkan dulang tersebut di atas meja kopi di ruang tamu.
    Akhirnya, mereka semua menikmati aiskrim vanilla buatan mereka dengan gembira. Mereka memuji-muji kesedapan aiskrim berkenaan. Seperti biasa pipi Ayu Afiqah hanya merona merah apabila di puji.
    Setelah hampir dua jam di rumah Ayu Afiqah, akhirnya kesemua-rakan-rakannya dan cikgu Natasha meminta diri untuk balik ke rumah masing-masing. Cikgu Natasha terpaksa menghadiri pertandingan melukis anak bongsunya di perpustakaan daerah pagi itu. Sebelum berpisah, cikgu Natasha pula mengingatkan Ayu Afiqah agar tidak lupa mengulangkaji subjek matematik kerana akan ada ujian pada hari isnin depan.

    ReplyDelete
  7. Ayu Afiqah menghantar kesemua rakan-rakan baiknya dan cikgu Natasha sehingga ke pintu rumah. Mereka sempat bersalam-salaman sebelum berpisah. Ayu Afiqah masih lagi tersenyum gembira meskipun kereta cikgu Natasha sudah pun hilang dari pandangannya. Kunjungan mereka tadi betul-betul menceriakan Ayu Afiqah.
    Setelah beberapa ketika, cepat-cepat Ayu Afiqah mengemaskan gelas dan mangkuk di ruang tamu sebelum membawanya dan membersihkannya di dapur. Setelah semuanya telah selesai, Ayu Afiqah kembali ke biliknya untuk memulakan sesi ulankajinya seperti yang disarankan oleh cikgu Natasha tadi. Sebaik duduk di meja belajar, tiba-tiba Ayu Afiqah teringatkan akan satu surat dari pihak penganjur Master Chef Junior yang diterimanya melalui emal dan belum sempat dibukanya.
    Cepat-cepat Ayu Afiqah membuka semula komputernya. Alangkah terkejutnya Ayu Afiqah apabila sebaik sahaja membaca email berkenaan. Betul-betul tidak seperti yang dijangkanya. Tarikh Program Master Chef Junior terpaksa di awalkan kerana atas beberapa masalah teknikal. Tarikh baru pertandingan tersebut ialah pada tarikh yang sama dengan program Demonstrasi masakan sempena hari kanak-kanak sedunia. Menggigil seluruh tubuh Ayu Afiqah setelah membaca surat tersebut.

    ‘Bagaimana boleh tarikh akhir pertandingan akhir Master Chef Junior Malaysia bertindih dengan program Master Chef Junior,’ getus hati Ayu Afiqah. Muka Ayu Afiqah tiba-tiba menjadi pucat.
    Sudah hampir sejam dia mundar-mandir di ruang tamu. Surat jemputan ke pertandingan akhir Master Chef Junior masih dalam genggaman tangan Ayu Afiqah. Suasana ruang tamu yang sejuk di waktu 10.30 pagi itu tiba-tiba terasa sangat membahang. Cahaya yang sedikit gelap akibat gerimis di luar rumah. Gerimis pagi juga tidak berjaya menyejukkan hatinya. Hati Ayu Afiqah sungguh tidak tenteram.
    Ayah masih di sekolah kerana terpaksa bekerja hujung minggu. Menghantar pelajar ke perkhemahan sekolah menengah. Nek Dar pula belum lagi kembali dari pasar. sebaik sahaja tetamu mereka telah pulang ke rumah masing-masing. Ayu Afiqah tidak berhasrat untuk mengikut Nek Dar ke pasar hari ini kerana terpaksa menyiapkan kerja rumah dan mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian matematik yang bakal tiba.
    ‘Aduhai! Macam mana boleh aku tak perasan tarikh pertandingan akhir Master Chef Junior sama dengan hari mendemonstariskan masakan di rumah anak-anak yatim?’ getus hati Ayu Afiqah. Dadanya berombak kencang. Tangannya yang masih memegang surat itu sedikit menggigil. ‘Hendak mengadu dengan siapa? Oh, baik aku mengadu dengan Nek Jah,’ getus hati Ayu Afiqah lagi.
    Serta merta kerisauannya mengurang. Lantas, dia membuat panggilan sekali lagi kepada Nek jah.
    “Salam Nek Jah. Ayu nak bagi tau Nek Jah ni, rupa-rupanya pertandingan akhir Master Chef Junior jatuh pada tarikh yang sama dengan majlis demonstrasi memasak untuk anak-anak yatim tu,” kata Ayu Afiqah dengan suara yang sedikit resah, sebaik sahaja panggilannya di jawab oleh Nek Jah yang sedang berada di Kundasang, Ranau.
    “Walaikum salam Ayu. Eh, Ayu tak perasan ke yang kedua-dua program tu jatuh pada tarikh yang sama? Ok, esok nanti Nek bincang dengan Cikgu Natasha, ayah atau pihak penganjur program Demonstrasi Masakan Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia. Mana tau boleh dianjakkan atau diawalkan?,” kata Nek Jah.
    Kata-kata Nek Jah itu memberikan sedikit harapan kepada Ayu Afiqah. Namun, tiba-tiba Ayu Afiqah kembali resah.
    ‘Bagai mana jika pihak penganjur tidak mahu bertolak ansur? Aku terpaksa membuat pilihan. Kedua-duanya amat penting buat aku. Aduh! Ibu...., Ayu bingung,’ jerit batin Ayu Afiqah lagi.
    Ayu Afiqah bergerak ke biliknya. Di situ, dia mulai mundar-mandir lagi. akhirnya, setelah puas dia mundar-mandir, dia menghempaskan dirinya di katilnya yang empuk. Beberapa lama begitu akhirnya Ayu Afiqah mulai tertidur.

    ReplyDelete
  8. “Ayu... Ayu bangun cu, ni kan masih pagi kenapa tidur semula?” panggil Nek Dar menggerak-gerakkan badan Ayu Afiqah.
    Sebelum dia bergerak ke pasar, dia melihar Ayu Afiqah sedang membelek-belek kerja sekolahnya. Namun, Sekembalinya dari pasar tadi, dia menjadi pelik apabila Ayu Afiqah tertidur pula di atas katilnya di bilik.
    “Eh, Nek Dar dah balik dari pasar rupanya. Nek Dar Ayu nak tanya perkara penting ni,” Kata Ayu Afiqah sebaik sahaja melihat Nek Dar berada di depan matanya.
    “Takpa, Ayu boleh cakap selepas Nek Dar siap menyimpan barang-barang beliannya di dapur,” balas Nek Dar. Ayu Afiqah mengikut Nek Dar ke dapur.
    Di ruang dapur, Ayu Afiqah meluahkan semua masalahnya kepada Nek Dar. Nek Dar yang mendengar dengan khusuk menjadi turut resah. Akhirnya, barangan yang sepatutnya disusun akhirya di biarkan begitu sahaja di atas meja. Nek Dar sebaliknya duduk di kerusi makan dan menumpukan perhatiannya pada Ayu Afiqah.
    “Astagafirullahhulazim Ayu, kita kena bincangkan perkara ini dengan ayah dan Nek Jah.” Cadang Nek Dar yang terkesan dengan berita yang baru sahaja di dengarnya.
    Ayu Afiqah yang juga bersetuju dengan cadang Nek Dar itu.
    ‘Aduh, aku mesti mencari jalan penyelesaian terhadap masalahku ini,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Sebaik sahaja selesai berbincang di dapur, Ayu Afiqah meminta diri untuk masuk ke bilik untuk menyiapkan kerja rumah dan menyiapkan diri untuk ujian matematiknya beberapa hari lagi. Malam nanti dia tidak mahu tidur lambat. Dia perlu berehat malam nanti kerana esok dia akan menunggu keputusan hasil perbincangan Nek Jah dan ayah dengan pihak penganjur demonstrasi memasak di rumah anak yatim mengenai permohonannya untuk mengubah tarikh program memasak tersebut. Nek Dar yang melihat akan keadaan Ayu Afiqah hanya mengangguk setuju. Ayu Afiqah perlu berehat.
    Pagi yang dingin dan cerah. Kicauan burung yang hinggap di pokok ara berhampiran dengan rumah Ayu Afiqah amat menghiburkan hati. Beberapa ketika kemudian, kedengaran bunyi kenderaan ayah memasuki halaman rumah. Cepat-cepat Ayu Afiqah berlari ke pintu utama rumah untuk menyambut kehadiran Nek Jah dari Kundasang, Ranau hari ini.
    Jam di dinding rumah di ruang tamu sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Ayu Afiqah semakin resah. Dadanya berombak kencang. ‘mana Nek Jah dan ayah ni?, sepetutnya mereka dah sampai beberapa jam yang lalu,’ getus hati Ayu Afiqah. Buku sejarah di tangannya tidak lagi menjadi perhatian utamanya.
    Ayah pagi tadi bergerak ke stesen bas di pekan keningau untuk mengambil Nek Jah. Nek Jah lebih gemar menggunakan kenderaan awam untuk berjalan jauh atau ketika bergerak ke Keningau berbanding dengan memandu sendiri. Meskipun Nek Jah adalah seorang pemandu yang cekap di Pekan Kundasang. Ayu Afiqah terus sahaja memeluk Nek Jah sebaik sahaja melihat kelibat Nek Jah turun dari kereta sedan ayah.
    “Kenapa lambat Nek Jah dan ayah datang ni? Mesti Ayah dan Nek Jah melencong ke mana-mana ni,” teka Ayu Afiqah sebaik sahaja dia menyalami tangan dan memeluk Nek Jah.
    Ayu Afiqah sebenarnya resah menunggu Nek Jah. Ayah pergi menjemput Nek Jah di stesen bas bagi tadi seawal jam 7.30 pagi. Namun, mereka baharu sahaja sampai ke rumah pada pukul 10.00 pagi. Jika diikutkan, jarak rumah Ayu Afiqah dengan bandar hanyalah 7 km sahaja. Iaitu memakan masa kira-kira 15 minit jika memandu jika tidak berlaku kesesakan lalu lintas.

    ReplyDelete
  9. Ayah masih sibuk mengangkat beg pakaian Nek Jah masuk ke dalam rumah. Di sebelah tangan ayah mengangkat beg pakaian Nek Jah. Manakala di sebelah kiri tangan ayah penuh dengan sayur-sayuran dari kundasang. Ada kobis, daun bawang, dan banyak lagi. Begitulah Nek Jah, akan sentiasa membawa hadiah berbentuk sayur-sayuran dari kampung halaman ibu.
    “Maaf lambat, tadi ayah bawa Nek Jah ke rumah anak-anak yatim tempat Ayu bakal membuat demonstrasi tu,” jawab Nek Jah.
    Sebaik semuanya duduk di ruang tamu, Ayu Afiqah mengambil kesempatan untuk membuat air kopi panas untuk ahli keluarganya.
    ‘Pasti ada yang akan dibincangkan oleh Nek Jah dan ayah sekembalinya dari rumah anak-anak yatim tadi,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Sebaik sahaja Ayu Afiqah menghidangkan seteko kopi dan sedikit kuih buatan Nek Dar pagi tadi, Ayu Afiqah di minta oleh ayah untuk duduk bersama ayah, Nek Jah dan Nek Dar di ruang tamu. Ada yang perlu mereka bincangkan. Berdebar-debar jantung Ayu Afiqah. Ayu Afiqah mengambil tempat duduk di sofa bersebelahan Nek Jah dan Nek Dar.
    “Ayu, tadi semasa ayah dan Nek Jah pergi ke rumah anak yatim untuk berbincang mengenai permintaan kamu untuk mengubah tarikh demonstrasi tersebut, nampaknya mereka tidak bersetuju. Ini kerana perasmi mereka Tuan Yang Terutama (TYT) telah bersetuju dengan tarikh yang ada sekarang.” Jalas ayah dengan wajah yang serius.
    “Ya Ayu, kamu kena memilih satu antara dua program tersebut. Kita tak beleh berbuat apa-apa lagi. Pilihan mesti dibuat.” Tambah Nek Jah.
    “Apa sahaja keputusan Ayu, kami akan sokong,” tambah Nek Dar.
    ‘Ibu, apa yang Ayu harus buat? Kedua- dua program ini amat penting bagi Ayu,’ getus hati Ayu Afiqah.



    ReplyDelete
  10. erna, kita teruskan k, nanti gambarkan mereka seperti kanak2 biasa, sambil masak, ajah comot dan ketawa mengusik, meriah, ada irama muzik latar dari mana, dll;

    Bab 8: Dilema Chef Ayu

    (Entah mengapa, tiba2 tergerak di hati) Ayu Afiqah (utk) membuka emailnya. (terasa seperti ada sesuatu yg memanggilnya agar segera - ? Lantas - ? gambarkan dia ambil laptop milik siapa, diizinkankah dia guna laptap tu dan masuk internet tanpa pengawasan org tua, lalu dibawa ke) di biliknya.
    (buat dia sempat kerling nek dar di mana? Nek dar tgh buat apa? pernafasan, gmbarkan dia duduk di mana, gmbarkan cahaya, udara, bunyi di biliknya, sekarang dah pukul berapa)
    (Rasanya) sudah (agak) lama dia tidak memeriksa email(nya. - knp dh lama tak buka emel?) Sebaik sahaja dia menekan butang (peti masuk emelnya), (ayu afiqah mengerut kening. Aneh, ada surat (rasmi pula) dari(pada) pihak penganjur Master Chef Junior. Berdebar-debar hati Ayu Afiqah.
    ‘Ah, mungkin surat memperingatkannya mengenai pertandingan Master Chef Junior pada 14 september ini,’ getus Ayu Afiqah (yg - buat dia teringat pada demonstrasi yg akan diadakan di rumah anak yatim - sebut nama, tarikh)
    Namun, belum sempat Ayu Afiqah menekan butang buka, kedengaran ada (suara orang memberi salam, silih berganti) dari luar (rumah). Cepat-cepat Ayu Afiqah menyarungkan tudung di kepala. (kemudian, dia bergegas) keluar (dari) bilik untuk melihat siapakah yang datang ke rumahnya pada waktu petang begini.
    (buat dialog nek dar sambut salam mereka, gmbarkan nek dar yg mendahuluinya tu, penampilan)
    Alangkah terkejutnya Ayu Afiqah apabila melihat rakan-rakan baiknya sekelasnya Steve, Devi, dan Tay (tercegat di -?) Terpancar wajah-wajah ceria rakan-rakan Ayu Afiqah. (kelihatan) Cikgu Natasha - guru kelas apa, tmbh; dan Alif, anaknya) pelajar (yg) baharu berpindah dari (sk) Kota Kinabalu ke SK Bandar Keningau, (turut tersengih2 memandangnya.).
    ‘(Eh, ada apa mereka datang beramai-ramai ‘ni?’getus Ayu Afiqah dalam hati, (penuh suspen. Sekelip lintasan menjelma) Serta merta Ayu Afiqah menepuk dahinya. (segera ayu afiqah ingat. Rupanya, dia sendiri yg) menjemput rakan-rakannya itu dan Cikgu Natasha (dtg) ke rumahnya pada hari jumaat lepas. (utk apa dijemput?)
    (buat dialgo nek dar jemput mereka masuk)
    (tanpa berlengah lagi), Ayu Afiqah (bingkas berdiri di sisi nek dar,) di pintu utama. (dia turut) mempersilakan (tetamu2nya) masuk ke (ruang tamu dgnpenuh mesra.). Sementara rakan-rakan(nya) dan Cikgu Natasha berehat di ruang tamu, Ayu Afiqah bergegas ke dapur untuk menyediakan air minuman kepada (tetamu2nya).




    ReplyDelete
  11. Dengan mudah dan pantas dia menyediakan air jus oren sejuk dengan taburan biji selasih. (oren jus tu dr buah oren ke? Gmbarkan mcm mana dia buat jus oren, resepi siapa jus oren tu? dihidangkan dlm apa, ditatang dlm dulang ke ruang tmu dgn hati2)
    “Wah! Sedapnya (jus) oren buatan Ayu ini,” (usik) Steve sebaik sahaja merasa (jus) oren yang (ayu afiqah suakan kepadanya)
    “Ajarkan saya resepinya Ayu,” pinta Tay pula, (memuji secara tidak langsung).
    Ayu Afiqah hanya tersipu-sipu malu menerima pujian dari Steve dan rakan-rakannya yang lain. Baginya, air oren itu biasa-biasa sahaja. Lagipun, dia sudah biasa membantu ibu menyediakan air oren sedemikian - utk apa ibu buat jus oren tu lazimnya) (Menurut ibu, utk menambah sedapkan jus oren, dia hanya perlu campurkan dgn) taburan biji selasih. (sebut dr segi kesihatan - ?)
    “Baiklah, sebelum balik nanti saya akan tunjukkan resepinya. Hari ini saya nak ajak kawan-kawan dan Cikgu Natasha makan aiskrim vanilla buatan sendiri. Tetapi sebelum tu, kita kenalah buat aiskrim itu sendiri dulu,”(ujar) Ayu Afiqah sambil menghadiahkan senyuman kepada (steve dan) Tay (yg memujinya tadi.
    “Yey, setuju!” jawab kesemua rakan-rakan Ayu Afiqah serentak.
    Cikgu Natasha (dan nek dar yang bersembang mesra,) hanya tersenyum melihat (gelagat mereka) Ayu Afiqah lantas (mengajak) semua (rakan2nya) ke dapur. Cikgu Natasha masih bersembang dengan Nek Dar (ttg pertandingan akhir master chef yg akan ayu sertai kelak. (perasaan ayu afiqah mendengarkan mereka begitu teruja dan mengharapkan kemenangannya?)
    Sesampai di dapur, Ayu Afiqah mengeluarkan (topi chef dan apron utk semua rakan2nya. Sambil memakainya, sambil itu mereka tertawa kenakalan. Sedetik kemudian, mereka kembali serius. Mereka lalu) mengeluarkan) semua bahan dari almari dan peti ais. Tay dan Devi menyusun 1 tin susu cair, 1 tin susu pekat, 1 biji telur, essen Vanilla, Ovalett dan sepeket perasa, strawberry.
    (Setelah itu, Steve dan Alif menolong mengukur 1/4 tin susu pekat dan 1 sudu besar ovalett seperti yang di arahkan oleh Ayu Afiqah. - buat dialog ayu afiqah mengarah)
    (semuanya berjalan dgn cekap dan pantas, - perasaan ayu afiqah dgn kesudian rakan2 baiknya - ?) Setelah semua bahan telah disediakan, Ayu Afiqah menunjukkan pula cara-cara membuat aiskrim perisa vanilla tersebut. Pertama, Ayu Afiqah mencampurkan susu cair, susu pekat, telur, ovalett dan esen vanilla ke dalam pengadun.
    (Kemudian, Steve dan Devi membantu Ayu Afiqah - buat dialog steve kpd ayu - sesuaikan dgn ayat seterusnya) mengadun kesemua bahan tersebut dalam masa 15-20 minit sehingga adunan tadi naik dan menjadi krim pekat. (Kemudian, Tay mencampurkan adunan itu dengan perasa vanilla dan di kacau sehingga sebati.
    (gmbarkan aromanya) Setalah semuanya sebati, (tgn tangkas) Devi dan Ayu Afiqah memasukkan adunan tadi ke dalam bekas dan kemudiannya disimpan di dalam peti sejuk sejuk beku selama 20 minit atau sehingga keras.

    ReplyDelete
  12. “Wah! Aura bakal juara Master Chef Junior amat terserlah. Ini dia saya perkenalkan Chef Ayu yang bakal mengharumkan nama sekolah SK Bandar Keningau!” (ujar) Devi (dgn serius) sambil meniru lagak juru acara pertandingan Master Chef Junior. Diikuti tepukan gemuruh oleh Steve, Tay dan Alif.
    Pipi Ayu Afiqah merona merah menerima pujian dan harapan dari rakan-rakan baiknya. Sementara menunggu aiskrim vanilla mereka keras, Ayu Afiqah menunjukkan pula cara menbuat jus oren sejuk dengan taburan biji selasih seperti yang dijanjikannya pada awal-awal tadi.
    (buat dialog devi ucap terima kasih dan ttg rupanya ia tak sesukar mana, reaksi rakan2 lain yg mengangguk, mengiayakan kata2 devi, gmbarkan sinar mata mereka)
    Setelah siap jus oren sejuk dengan taburan biji selasih, Devi dan Steve membantu Ayu Afiqah membawa jus tersebut ke ruang tamu untuk berehat sementara menunggu aiskrim vanila mereka keras. (Mereka amat gembira berbual sambil minum jus oren sejuk dengan taburan biji selasih sekali lagi setelah penat mencuba resepi membuat aiskrim vanilla di dapur tadi.
    “Ayu, cikgu dan pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian Ayu Afiqah dalam pertandingan Master Chef Junior ni. (ayu juga dpt membuktikan bahaa ayu boleh seimbangkan - ? kaitkan dgn pembelajaran) Kami (yakin) Ayu (akan berusaha sebaik mungkin utk) mengharumkan nama sekolah. Kami doakan Ayu berjaya dalam pertandingan tersebut (kelak, amin),” kata cikgu Natasha (yg jelas) mewakili pihak sekolah, (secara panjang lebar)
    (buat dialog balas) Ayu Afiqah (amat terharu dgn kata2 Cikgu Natasha, (sekali gus berasa amat tertekan. (kata2 cikgu Natasha bukan hanya galakan, tetapi seperti satu amaran kepadanya; jika tidak menang, siap!
    (namun, ayu afiqah enggan fikir yg bukan2 lagi. Dia hanya mahu fikir - ? tmbh; sejurus), Ayu Afiqah berlalu ke dapur untuk melihat aiskim vanilla yang dihasilkan mereka tadi. Lima minit kemudian, Ayu Afiqah ke ruang tamu semula dengan sedulang aiskrim di dalam mangkuk kecil khas untuk aiskrim.
    Serentak mata rakan-rakannya memandang ke arah aiskrim vanilla yang masih dalam tatangan dulang Ayu Afiqah itu. (semua mata bersinar2). Ayu Afiqah (tersenyum riang sambil) meletakkan dulang itu di atas meja kopi. (Kemudian,) mereka menikmati (kelazatan) aiskrim vanilla buatan mereka (sendiri) dengan gembira(nya).
    (komen nek dar ttg apabila mereka bekerja sama, hasilnya - ?)
    (mereka mengangguk serentak, menyetujui kata2 nek dar.) Setelah hampir dua jam di rumah Ayu Afiqah, akhirnya rakan-rakan baiknya dan Cikgu Natasha meminta diri untuk balik ke rumah masing-masing. Cikgu Natasha (pula) terpaksa menghadiri pertandingan melukis anak bongsunya di perpustakaan daerah pagi itu.
    Sebelum berpisah, Cikgu Natasha (sempat) mengingatkan Ayu Afiqah agar tidak lupa mengulangkaji subjek matematik kerana akan ada ujian pada hari isnin depan. Ayu

    ReplyDelete
  13. Afiqah menghantar (mereka) sehingga ke pintu (pagar) rumah. Mereka sempat bersalam-salaman (mesra) sebelum berpisah.
    Ayu Afiqah masih lagi tersenyum gembira meskipun kereta Cikgu Natasha sudah pun hilang dari pandangannya. Kunjungan mereka tadi betul-betul menceriakan(nya).
    Setelah mengemas (dan mencuci) gelas (serta) mangkuk (yg mereka gunakan tadi) Ayu Afiqah kembali ke biliknya. (dia perlu) memulakan sesi ulankajinya seperti yang disarankan oleh Cikgu Natasha tadi.
    (`buat monolog ttg apa yg perlu dipelajari, misalnya, perpuluhan atau pecahan dll, agaknya susah tak? boleh buat? - bandingkan dgn buat kek apa sukatannya)
    Sebaik duduk di meja belajar, tiba-tiba Ayu Afiqah (terlihat akan computer riba yang masih - ? segera dia teringatkan (pada emel dari(pada) pihak penganjur Master Chef Junior yang diterimanya dan belum sempat dibukanya (tadi) Cepat-cepat Ayu Afiqah (menghampiri computer riba itu). Alangkah terkejutnya Ayu Afiqah apabila sebaik sahaja membaca email berkenaan.
    (Betul-betul tidak seperti yang dijangkanya. Tarikh Program Master Chef Junior terpaksa di awalkan kerana atas beberapa masalah teknikal. Tarikh baru pertandingan tersebut ialah pada tarikh yang sama dengan program Demonstrasi masakan sempena hari kanak-kanak sedunia. - buat ni dlm bentuk surat rasmi, italic font)
    Menggigil seluruh tubuh Ayu Afiqah setelah membaca surat tersebut. Mukanya memucat lesi. (Sungguh dia tidak faham bagaimana tarikh akhir pertandingan akhir Master Chef Junior Malaysia boleh) bertindih dengan program Master Chef Junior.
    Sudah hampir sejam dia mundar-mandir di ruang tamu.
    (Surat jemputan ke pertandingan akhir Master Chef Junior masih dalam genggaman tangan Ayu Afiqah - dia cetak surat tu erna?). (Suasana ruang tamu yang sejuk di waktu (10.30 pagi itu - kat atas sana kata petang, tukar; senja - sesuaikan info sejuk dan membahang) tiba-tiba terasa sangat membahang. (erna, tak boleh dua plot dlm satu bab, bab ini harus bergerak pada hari yg sama juga, yakni selepas rakan2nya pulang)
    Hati Ayu Afiqah sungguh tidak (gundah. Apatah lagi apabila) ayah (belum pulang) kerana menghantar (pelajar2) ke perkhemahan sekolah menengah. Nek Dar pula (belum lagi kembali dari pasar - ada pasar ke menjelang senja erna). Ayu Afiqah (mmg sengaja tidak) mengikut Nek Dar (ke pasar hari ini - betul ke ni erna,) kerana terpaksa mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian matematik yang bakal tiba.
    ‘Aduhai! (apa aku nak buat sekarang?’ rintih) Ayu Afiqah (dlm hati). Dadanya berombak kencang. ‘Hendak mengadu dengan siapa? Oh, Nek Jah/ (Ya, mungkin nek jah boleh membantu!”’
    Serta merta kerisauannya mengurang. Lantas, dia membuat panggilan (telefon) sekali lagi kepada Nek jah, (perasaan semasa menunggu panggilannya dijawab. Perasaannya setelah panggilannya disambut).
    “Salam Nek Jah. (aduh… ada berita yg tak berapa baik ‘ni) Tarikh pertandingan akhir Master Chef Junior (telah diubah, diawalkan pada) tarikh yang sama dengan majlis demonstrasi memasak untuk anak-anak yatim `tu,” kata Ayu Afiqah dengan suara yang

    ReplyDelete
  14. (seperti hendak menangis, sebaik sahaja panggilannya dijawab oleh Nek Jah yang sedang berada di Kundasang, Ranau.
    “(Walaikum salam Ayu. Eh, Ayu tak perasan ke yang kedua-dua program tu jatuh pada tarikh yang sama? - sesuaikan dialognya dgn jalan cerita) Ok, esok nanti Nek bincang dengan (Cikgu Natasha - knp bincang dgn cikgu Natasha?), ayah atau pihak penganjur program Demonstrasi Masakan Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia. Mana tahu boleh dianjakkan atau diawalkan?” (pujuk) Nek Jah (di talian di sebelah sana).
    (buat dialog balas ayu, tmbh; Sesungguhnya,) kata-kata Nek Jah itu (mampu) memberikan sedikit harapan kepada Ayu Afiqah, (sedikit sahaja)/ (apa hubungan nek jah dgn program demonstrasi tu? Bagaimana nek jah boleh berbincang dgn mereka? Apa pengaruh nek jah hingga boleh membuatkan mereka mengubah tariknya?)
    ‘Bagai mana jika pihak penganjur tidak mahu bertolak ansur? Aku terpaksa membuat pilihan. Kedua-duanya amat penting buat aku. Aduh! Ibu...., Ayu bingung,’ jerit batin Ayu Afiqah lagi.

    sampai sini saja saya edit erna, sbb yg selebihnya dah meleret2, elok tiadakan. gigih terus k

    ReplyDelete
  15. Bab 8: Dilema Chef Ayu

    Entah mengapa, tiba-tiba tergerak di hati Ayu Afiqah untuk membuka emailnya. Terasa seperti ada sesuatu yang memanggilnya agar segera membuka peti pesanan emailnya. Lantas, dia mengambil komputer riba milik ibu yang terletak di ruang tamu. Menurut ayah, komputer riba itu telah menjadi miliknya dengan syarat jika menggunakan internet, mestilah dengan pengawasan orang dewasa.
    “Nek Dar, Ayu nak gunakan internet ya, nak semak email.” Kata Ayu Afiqah separuh menjerit meminta kebenaran dari Nek Dar. Lalu dibawanya komputer riba itu ke bilik.
    “Baiklah, tapi jangan masuk laman web yang tak ekok,” jawab Nek Dar dari halaman rumah.
    Ayu Afiqah sempat mengerling Nek Dar di halaman rumah yang sedang mengemaskan dan menyusun pasu-pasu bunga. Nafas Nek Jah sedikit tercungap-cungap dek kerana mengangkat pasu yang agak besar. Ayu Afiqah duduk di meja belajarnya di bilik. Seperti biasa, dia akan membuka sedikit tingakap bilik. Kata ibu, cahaya mesti cukup terang jika kita menggunakan komputer. Jika tidak, ia akan merosakkan mata.
    Sewaktu menyelak sedikit langsir, Ayu dapat melihat cahaya matahari petang sedikit malap. Mungkin nak hujan agaknya. Udara yang agak lembab menjadikan suhu agak nyaman petang itu. Biliknya yang sunyi tadi tiba-tiba sahaja meriah dengan irama muzik dari penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza. Penyanyi kegemaran ibu dari komputer riba di biliknya. Sekarang dah pukul 3.00 petang.
    Rasanya sudah agak lama dia tidak memeriksa emailnya. Sebaik sahaja ibu tiada, dia bagaikan tidak lagi bersemanngat untuk melayari internet. Biasanya Ayu Afiqah dan ibu amat gemar mencari resepi-resepi terbaharu di internet. Setelah itu, mereka akan mempraktikkannya di dapur bersama-sama. ‘Oh, alangkah indahnya waktu itu,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Sebaik sahaja Ayu Afiqah menekan butang peti masuk emelnya, Ayu Afiqah mengerut kening. Aneh, ada surat rasmi pula daripada pihak penganjur Master Chef Junior. Berdebar-debar hati Ayu Afiqah. Ayu Afiqah serta merta terbayang dengan tarikh jemputan mengadakan demonstrasi memasak yang akan diadakan di rumah anak yatim, 10 september!
    ‘Ah, mungkin surat memperingatkannya mengenai pertandingan Master Chef Junior pada 14 september ini,’ getus Ayu Afiqah.
    Namun, belum sempat Ayu Afiqah menekan butang buka, kedengaran ada suara orang memberi salam, silih berganti dari luar rumah. Cepat-cepat Ayu Afiqah menyarungkan tudung di kepala. Kemudian, dia bergegas keluar dari bilik untuk melihat siapakah yang datang ke rumahnya pada waktu petang begini.
    “Silalah masuk cu, ada Ayu dekat dalam tu,” ujar Nek Jah di halaman rumah.
    Alangkah terkejutnya Ayu Afiqah apabila melihat rakan-rakan baiknya sekelasnya Steve, Devi, dan Tay tercegat di hadapan pintu rumahnya, Terpancar wajah-wajah ceria rakan-rakan Ayu Afiqah. Kelihatan Cikgu Natasha, guru kelas 5 Cerdik dan Alif, anaknya pelajar yang baharu berpindah dari Sk Kota Kinabalu ke SK Bandar Keningau, turut tersengih-sengih memandangnya.
    ‘Eh, ada apa mereka datang beramai-ramai ‘ni?’getus Ayu Afiqah dalam hati, penuh suspen. Sekelip lintasan menjelma, serta merta Ayu Afiqah menepuk dahinya. Segera Ayu Afiqah ingat. Rupanya, dia sendiri yang menjemput rakan-rakannya itu dan Cikgu Natasha datang ke rumahnya pada hari jumaat lepas untuk minim petang.

    ReplyDelete
  16. Tanpa berlengah lagi, Ayu Afiqah bingkas berdiri di sisi Nek Dar, di pintu utama. Dia turut mempersilakan tetamu-tetamunya masuk ke ruang tamu dengan penuh mesra. Sementara rakan-rakannya dan Cikgu Natasha berehat di ruang tamu, Ayu Afiqah bergegas ke dapur untuk menyediakan air minuman kepada tetamu-tetamunya.
    Dengan mudah dan pantas dia menyediakan air jus oren sejuk dengan taburan biji selasih. Ayu Afiqah mengeluarkan beberapa biji buah oren dari peti sejuk. Lantas, Ayu Afiqah memasanas air biasa di dalam periuk. Setelah air mendidih, Ayu Afiqah memasukkan beberapa sudu gula dan diikuti oleh perahan jus oren tadi. Ayu Afiqah mematikan api dan mengangkat dan menuangnya ke dalam jug kaca. Sama seperti yang selalu ibu lakukan.
    Setelah itu, Ayu Afiqah menuangkan beberapa sudu biji selasih yang terlebih dahulu telah di rendam beberapa minit. Akhir sekali, Ayu Afiqah memasukkan ketulan ais ke dalam jug oren tersebut. Sebelum menghidangkan jus oren tersebut, Ayu Afiqah sempat merasa sedikit air jus oren hasil buatannya. ‘Hmn.. sedap, sama seperti yang ibu selalu buat,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Ayu Afiqah mengangkat sejug jus oren sejuk dengan taburan biji selasih di dalam dulang tembaga berwarna kuning. Dia juga tidak lupa menyusun gelas kaca comel didalam dulang tersebut. Dulang itu ditatang ke ruang tamu dengan berhati-hati.
    “Wah! Sedapnya jus oren buatan Ayu ini,” usik Steve sebaik sahaja merasa jus oren yang Ayu Afiqah suakan kepadanya.
    “Ajarkan saya resepinya Ayu,” pinta Tay pula, memuji secara tidak langsung.
    Ayu Afiqah hanya tersipu-sipu malu menerima pujian dari Steve dan rakan-rakannya yang lain. Baginya, air oren itu biasa-biasa sahaja. Lagipun, dia sudah biasa membantu ibu menyediakan air oren sedemikian pada waktu petang atau tengah hari. Terutama sekali apabila cuaca panas. Menurut ibu, untuk menambah sedapkan jus oren, dia hanya perlu campurkan jus oren dengan taburan biji selasih. Lagipun, biji selasih dikatakan mempunyai antioksidan, anti-bakteria, anti-virus, anti kanser, dan antikulat.
    “Baiklah, sebelum balik nanti saya akan tunjukkan resepinya. Hari ini saya nak ajak kawan-kawan dan Cikgu Natasha makan aiskrim vanilla buatan sendiri. Tetapi sebelum tu, kita kenalah buat aiskrim itu bersama-sama dulu,” ujar Ayu Afiqah sambil menghadiahkan senyuman kepada steve dan Tay yang memujinya tadi.
    “Yey, setuju!” jawab kesemua rakan-rakan Ayu Afiqah serentak.
    Cikgu Natasha dan Nek Dar yang bersembang mesra, hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Ayu Afiqah lantas mengajak semua rakan-rakannya ke dapur. Cikgu Natasha masih bersembang dengan Nek Dar tentang pertandingan akhir Master Chef Junior yang akan Ayu Afiqah sertai kelak. Ayu Afiqah merasa bangga tetapi sedikit gusar dengan harapan yang diletakkan oleh guru-guru dan rakan-rakannya yang teruja dengan kemenangannya dalam pertandingan akhir Master Chef Junior.
    Sesampai di dapur, Ayu Afiqah mengeluarkan topi chef dan apron untuk semua rakan-rakannya. Sambil memakainya, sambil itu mereka tertawa kenakalan. Sedetik kemudian, mereka kembali serius. Mereka lalu mengeluarkan semua bahan dari almari dan peti ais. Tay dan Devi menyusun 1 tin susu cair, 1 tin susu pekat, 1 biji telur, essen Vanilla, Ovalett dan sepeket perasa, strawberry.
    “Chef Steve dan Chef Alif, tolong ukurkan 1/4 tin susu pekat dan 1 sudu besar ovalett ya,” arahkan oleh Ayu Afiqah melakonkan watak sebagai ketua chef. Dibalas dengan tabik oleh Steve dan Alif. Sebagai lagaknya seorang askar.
    Semuanya berjalan dengan cekap dan pantas, Ayu Afiqah merasa terharu dengan kesudian rakan-rakan baiknya membantu. Setelah semua bahan telah disediakan, Ayu Afiqah menunjukkan pula cara-cara membuat aiskrim perisa vanilla tersebut. Pertama, Ayu Afiqah mencampurkan susu cair, susu pekat, telur, ovalett dan esen vanilla ke dalam pengadun.
    “ Chef Ayu, biar kami adunkan kesemua bahan ni,” ujar Steve menawarkan bantuannya.

    ReplyDelete
  17. Adunan tersebut digaulkan oleh Steve dan Devi dalam masa 15-20 minit. Setelah adunan tadi naik dan menjadi krim pekat, Tay kemudian mencampurkan adunan itu dengan perasa vanilla dan di kacau sehingga sebati. Terbitlah aroma aiskrim vanilla yang sedap.
    Setalah semuanya sebati, tangan tangkas Devi dan Ayu Afiqah memasukkan adunan tadi ke dalam bekas dan kemudiannya disimpan di dalam peti sejuk sejuk beku selama 20 minit atau sehingga keras.
    “Wah! Aura bakal juara Master Chef Junior amat terserlah. Ini dia saya perkenalkan Chef Ayu yang bakal mengharumkan nama sekolah SK Bandar Keningau!” ujar Devi dengan wajah serius sambil meniru lagak juru acara pertandingan Master Chef Junior.
    Tepukan gemuruh pula diberikan oleh Steve, Tay dan Alif kepada Ayu Afiqah. Pipi Ayu Afiqah merona merah menerima pujian dan harapan dari rakan-rakan baiknya. Sementara menunggu aiskrim vanilla mereka keras, Ayu Afiqah menunjukkan pula cara menbuat jus oren sejuk dengan taburan biji selasih seperti yang dijanjikannya pada awal-awal tadi.
    “Wah! mudah je rupanya nak buat jus oren yang sedap ni. Ingatkan susah sangat. Terima kasih Ayu,” ujar Devi kepada Ayu Afiqah diikuti dengan anggukan oleh rakan-rakannya yang lain. Mata mereka bersinar-sinar bahagia kerana dapat mempelajari dua resepi yang hebat dan belum pernah cuba pada hari ini.
    Setelah siap jus oren sejuk dengan taburan biji selasih, Devi dan Steve membantu Ayu Afiqah membawa jus tersebut ke ruang tamu untuk berehat sementara sambil menunggu aiskrim vanila mereka keras. Mereka amat gembira berbual sambil minum jus oren sejuk dengan taburan biji selasih sekali lagi setelah penat mencuba resepi membuat aiskrim vanilla di dapur tadi.
    “Ayu, cikgu dan pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian Ayu Afiqah dalam pertandingan Master Chef Junior ni. Ayu Afiqah juga dapat membuktikan bahawa Ayu boleh seimbangkan antara pelajaran dan kegiatan ko-kurikulum atau hobi. Kami yakin Ayu akan berusaha sebaik mungkin untuk mengharumkan nama sekolah. Kami doakan Ayu berjaya dalam pertandingan tersebut kelak, amin,” kata cikgu Natasha yang jelas mewakili pihak sekolah, secara panjang lebar.
    “Insyaallah cikgu, Ayu akan buat yang terbaik untuk tidak menghampakan semua orang.” Balas Ayu Afiqah amat terharu dengan kata-kata Cikgu Natasha, sekali gus berasa amat tertekan. Ada sedikit sebak pada nada Ayu Afiqah. Kata-kata Cikgu Natasha bukan hanya galakan, tetapi seperti satu amaran kepadanya. Jika tidak menang, siap! Namun, Ayu Afiqah enggan memikirkan perkara yang bukan-bukan lagi.
    Dia hanya mahu fikirkan yang dia perlu menghadapi dua program penting selain ujian matematiknya minggu hadapan. Satu, demonstrasi memasak di rumah anak-anak yatim pada 10 nevenber ini dan kedua pada 14 november, pertandingan akhir Master Chef junior. Lantas, Ayu Afiqah berlalu ke dapur untuk melihat aiskim vanilla yang dihasilkan mereka tadi.
    Lima minit kemudian, Ayu Afiqah ke ruang tamu semula dengan sedulang aiskrim di dalam mangkuk kecil khas untuk aiskrim. Serentak mata rakan-rakannya memandang ke arah aiskrim vanilla yang masih dalam tatangan dulang Ayu Afiqah itu. Semua mata kelihatan bersinar-sinar. Ayu Afiqah tersenyum riang sambil meletakkan dulang itu di atas meja kopi. Kemudian, mereka menikmati kelazatan aiskrim vanilla buatan mereka sendiri dengan gembiranya.

    ReplyDelete
  18. “Gembira tak merasa hasil kerjasama kamu semua?, kerja menjadi mudah apabila bekerjasama,” komen Nek Dar apabila melihat kesemua cucu dan rakan-rakannya gembira merasa aiskrim vanilla buatan mereka sendiri.
    Ayu Afiqah dan rakan-rakannya lantas mengangguk serentak, menyetujui kata-kata Nek Dar. Setelah hampir dua jam di rumah Ayu Afiqah, akhirnya rakan-rakan baiknya dan Cikgu Natasha meminta diri untuk balik ke rumah masing-masing. Cikgu Natasha pula terpaksa menghadiri pertandingan melukis anak bongsunya di perpustakaan daerah petang itu.
    Sebelum berpisah, Cikgu Natasha sempat mengingatkan Ayu Afiqah agar tidak lupa mengulangkaji subjek matematik kerana akan ada ujian pada hari isnin depan. Ayu Afiqah menghantar mereka sehingga ke pintu pagar rumah. Mereka sempat bersalam-salaman mesra sebelum berpisah. Ayu Afiqah masih lagi tersenyum gembira meskipun kereta Cikgu Natasha sudah pun hilang dari pandangannya. Kunjungan mereka tadi betul-betul menceriakannya.
    Setelah mengemas dan mencuci gelas serta mangkuk yang mereka gunakan tadi, Ayu Afiqah kembali ke biliknya. Dia perlu memulakan sesi ulankajinya seperti yang disarankan oleh Cikgu Natasha tadi.
    `Baik aku mulakan ulangkaji untuk tajuk peratus dahulu. Tajuk ni lebih aukar dari tajuk pecahan. Pecahan ni seperti hendak membahagikan biskut atau pizza,’ getus hati Ayu Afiqah sambil bibirnya mengukirkan senyuman.
    Sebaik duduk di meja belajar, tiba-tiba Ayu Afiqah terlihat akan komputer riba yang masih belum ditutup. Segera dia teringatkan pada emel daripada pihak penganjur Master Chef Junior yang diterimanya dan belum sempat dibukanya tadi. Cepat-cepat Ayu Afiqah menghampiri komputer riba itu. Alangkah terkejutnya Ayu Afiqah apabila sebaik sahaja membaca email berkenaan.
    Betul-betul tidak seperti yang dijangkanya. Ayu Afiqah menekan butang cetak pada komputer ribanya.
    Tarikh Program Master Chef Junior terpaksa di awalkan kerana atas beberapa masalah teknikal. Tarikh baru pertandingan tersebut ialah pada tarikh yang sama dengan program Demonstrasi masakan sempena hari kanak-kanak sedunia.
    Pertukaran Tarikh Pertandingan Master Chef Junior 2017
    Sehubungan dengan perkara di atas, pihak penganjur Master Chef Junior 2017 telah menukar tarikh pertandingan dari 14 November 2017 kepada 10 November 2017 atas masalah teknikal.
    02. Pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh peserta.
    Sekian, terima kasih.

    Menggigil seluruh tubuh Ayu Afiqah setelah membaca surat tersebut. Mukanya memucat lesi. Sungguh dia tidak faham bagaimana tarikh akhir pertandingan akhir Master Chef Junior Malaysia boleh bertindih dengan program Master Chef Junior.
    Sudah hampir sejam dia mundar-mandir di ruang tamu.
    Surat jemputan ke pertandingan akhir Master Chef Junior masih dalam genggaman tangan Ayu Afiqah. Cetakan surat itu berkali-kali dibacanya. Suasana ruang tamu yang sejuk di waktu 6.30 senja tiba-tiba terasa sangat membahang.
    Hati Ayu Afiqah gundah. Apatah lagi apabila ayah belum pulang kerana menghantar pelajar-pelajar ke perkhemahan sekolah menengah di Kota Kinabalu. Nek Dar pula sudah lama ke surau untuk solat magrib di surau. Ada kuliah Magrib dari ustaz terkenal katanya.

    ReplyDelete
  19. ‘Aduhai! apa aku nak buat sekarang?’ rintih Ayu Afiqah dalam hati. Dadanya berombak kencang. ‘Hendak mengadu dengan siapa? Oh, Nek Jah! Ya, mungkin nek jah boleh membantu!’ Serta merta kerisauannya mengurang. Lantas, dia bergegas ke bilik air dahulu untuk membersihkan diri dan solat Magrib dulu. Setelah itu, barulah dia bercadang akan membuat panggilan telefon sekali lagi kepada Nek Jah.
    Usai solat, Ayu Afiqah seperti biasa dia akan berdoa untuk ibu, bapa, Nek Jah, Nek Dar dan orang-orang yang dikenalinya. Setelah itu, dia berdoa agar masalah pertembungan dua program yang dihadapinya kini dapat diselesaikan.
    Setelah itu, Ayu Afiqah terus sahaja membuat panggilan kepada Nek Jah. Hati Ayu Afiqah masih lagi gusar dan perasaan semasa menunggu panggilannya dijawab. Alangkah gembiranya dia apabila panggilannya disambut.
    “Salam Nek Jah. Aduh… ada berita yg tak berapa baik ‘ni, tarikh pertandingan akhir Master Chef Junior telah diubah, diawalkan pada tarikh yang sama dengan majlis demonstrasi memasak untuk anak-anak yatim `tu,” kata Ayu Afiqah dengan suara yang seperti hendak menangis, sebaik sahaja panggilannya dijawab oleh Nek Jah yang sedang berada di Kundasang, Ranau.
    “Walaikumsalam Ayu. Kesiannya! Takpa kebetulan esok Nek Jah akan ke Keningau. Nek Jah pun dah rindu kat Ayu. Malam ‘ni Nek Jah akan tolong fikirkan cara penyelesaiannya. Esok sahaja kita jumpa. Boleh bincang ramai-ramai dengan ayah dan Nek Dar sekali,” balas Nek Dar di hujung talian sebelum menamatkan talian.
    ‘Mungkin aku akan minta ayah bersemuka dengan pihak penganjur program demonstrasi memasak untuk anak-anak yatim tu. Mana tahu program tu boleh diawalkan atau lambatkan sedikit. Tapi, bagai mana jika pihak penganjur tidak mahu bertolak ansur? Aku terpaksa membuat pilihan. Kedua-duanya amat penting buat aku. Aduh! Ibu...., Ayu bingung,’ jerit batin Ayu Afiqah.

    ReplyDelete
  20. Erna, seperti biasa, sebuah hasil pemurnian yg sgt2 padat, kuat dan hidup, tahniah!

    ini sentuhan akhirnya;


    1. sesuatu yang memanggilnya agar segera membuka peti pesanan emailnya. (sesuatu yg membuatkan ayu afiqah makan tidak kenyang dan duduk tidak senang. (malah buat ulangkaji matematik pun tidak tenang.) tekan sekali enter)
    2. Lantas, dia mengambil komputer riba milik ibu yang terletak di (meja komputer, di) ruang tamu. Menurut ayah, (kini) komputer riba itu telah menjadi milik (ayu afiqah. Akan tetapi,) dengan syarat. Iaitu,) jika menggunakan internet, (ayu afiqah) mestilah dengan pengawasan orang dewasa.
    3. “Nek Dar, Ayu nak gunakan internet ya, nak semak email(,” k)ata
    4. (“Baik nek,” laung) Ayu Afiqah (yg) sempat mengerling Nek Dar di halaman rumah yang sedang mengemaskan dan menyusun pasu-pasu bunga. (tekan sekali enter)
    5. Kelihatan) nafas Nek Jah sedikit tercungap-cungap (dek kerana - seakan sama mana, pilih satu je) mengangkat pasu yang agak besar. Ayu Afiqah (lalu) duduk di meja belajarnya di bilik. Seperti biasa, dia akan membuka sedikit (tingakap - ?)
    6. Tekan sekali enter (Kata ibu, - delete) “Cahaya mesti cukup terang jika kita menggunakan komputer. Jika tidak, ia akan merosakkan mata,(“kata2 ibu itu masih terngiang2 lagi di ingatan ayu afiqah)
    7. sunyi tadi tiba-tiba sahaja meriah dengan irama muzik dari penyanyi (terkenal Dato’ Siti Nurhaliza. - tukar; nombor satu Negara)
    8. resepi terbaharu di internet. Setelah itu, mereka akan mempraktikkannya di dapur bersama-sama. (tekan sekali enter)
    9. Ayu Afiqah serta merta terbayang (dengan - tukar; akan) tarikh jemputan mengadakan demonstrasi
    10. ‘Ah, mungkin surat memperingatkannya mengenai pertandingan Master Chef Junior pada (14 - 24)
    11. Alangkah terkejutnya Ayu Afiqah apabila melihat rakan-rakan baik(nya - delete) sekelasnya
    12. sendiri yang menjemput rakan-rakannya itu dan Cikgu Natasha datang ke rumahnya pada hari jumaat lepas untuk (minim - minum petang sambil mencuba memasak - ?) petang.
    13. mempersilakan tetamu-tetamunya masuk ke ruang tamu dengan penuh mesra. (Kemudian,) sementara
    14. mengeluarkan beberapa biji buah oren dari peti sejuk. Lantas, Ayu Afiqah (memasanas - ?)
    15. Sebelum menghidangkan jus oren tersebut, Ayu Afiqah sempat merasa sedikit air jus oren hasil buatannya. (tekan sekali enter)
    16. Ayu Afiqah mengangkat sejug jus oren sejuk dengan taburan biji selasih di (dalam - tukar; atas) dulang tembaga berwarna kuning. Dia juga tidak lupa menyusun gelas kaca comel (didalam - tukar; di atas)
    17. sedemikian pada waktu petang atau tengah hari. Terutama sekali apabila cuaca panas. (tekan sekali enter)
    18. “Yey, setuju!” jawab (kesemua - tukar; semua) (rakan-rakan - tukar; rakan baik) Ayu Afiqah serentak.
    19. oleh Ayu Afiqah (yang) melakonkan watak sebagai ketua chef. Dibalas
    20. dengan tabik oleh Steve dan Alif. (Sebagai - tukar; Bagai) lagaknya seorang askar.
    21. kedua pada 14 november, pertandingan akhir Master Chef junior. Lantas, Ayu Afiqah berlalu ke dapur untuk melihat aiskim vanilla yang dihasilkan (oleh) mereka
    22. “Gembira tak merasa hasil kerjasama kamu semua?(, - delete koma) (K)erja menjadi mudah apabila (kita) bekerjasama, (‘kan)”
    23. komen Nek Dar apabila melihat kesemua cucu dan rakan-rakannya gembira merasa aiskrim vanilla buatan mereka sendiri.
    “(Ya, nek!” sahut mereka dengan riang, termasuk Cikgu Natasha)
    24. Tarikh Program Master Chef Junior terpaksa (diawalkan)
    25. Sungguh dia tidak faham bagaimana tarikh akhir pertandingan akhir Master Chef Junior Malaysia boleh bertindih dengan program Master Chef Junior. (Sungguh dia berasa amat terhimpt. Terasa seperti ingin pengsan sahaja, jika boleh)
    26. (Ayu afiqah segera mencetak surat itu melalui mesin cetak milik ayah di ruang tamu. Kemudian,) hampir sejam (pula) dia mundar-mandir di ruang tamu.
    27. amat penting buat aku. Aduh! Ibu...., Ayu bingung(!)’

    itu je dulu erna, gigih terus k

    ReplyDelete