• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Tuesday, May 30, 2017

25 comments:

  1. Bab 10: Penentuan Akhir Chef Ayu

    Ayu Afiqah memandang sekeliling dewan. Sorakan daripada keluarga dan penonton menggamatkan suasana. Ayu yang berdiri di tengah-tengah gelanggang itu bagaikan terpaku sejenak. Dada Ayu Afiqah berdegup kuat. Meskipun telah beberapa kali melaluinya, namun dia tidak dapat menahan diri dari terus berdebar. Apa tidaknya, Ini adalah pertandingan akhir musim ini.
    ‘Alhamdulillah Allah, akhirnya aku berada jugak di pertandingan akhir Master Chef Junior. Semoga aku akan dapat melakukan yang terbaik hari ini,’ Ayu Afiqah memejamkan mata sambil berdoa di dalam hati.
    Ayu Afiqah dan peserta-peserta lain yang sedang berbaris di sebalik pintu utama dewan Master Chef Junior. Format kali ini ialah para peserta akan diperkenalkan satu persatu dan peserta diminta berlari masuk ke dewan dan terus ke tengah gelanggang. Sewaktu Ayu Afiqah disebutkan namanya, dia sempat memulakan langkahnya dengan Bismillah. Seakan dia mendengar suara ibu memberi perangsang kepadanya.
    “Ayu, mulakan semua apa yang kita lakukan dengan Bismillah, semoga kita akan mendapat berkat dan dipermudahkan,” masih tergiang-giang kata-kata ibu kepada Ayu Afiqah setiap kali dia lupa membaca Bismillah apabila memulakan sesuatu pekerjaan. Ayu tersenyum riang, kata-kata ibu itu ternyata masih menjadi pedomannya hingga kini.
    Cahaya dewan yang terang dan gemerlapan dengan limpahan lampu neon. Suasana dewan juga amat meriah dengan bersorakan dan tepukan tangan hadirin yang ada di dalam dewan Censelor Universiti Malaysia Sabah, UMS. Dari kejauhan, kelihatan ayah, Nek Jah, Nek Dar, cikgu Natasha, Steve, Devi, Tay, Alif dan beberapa orang rakan sekolahnya berada di tempat duduk penonton memberikan sorakan dan lambaian tanda sokongan kepada Ayu Afiqah. Ayu Afiqah membalas lambaian itu dengan senyuman manis.
    Ayu Afiqah yang manis memakai baju kebaya putih berbunga hijau kecil. Baju kebaya itu hadiah dari Nek Jah. Manakala kain sarong yang dipakainya adalah dari kain sarong kegemaran ibu dan telah dijahitkan semula oleh Nek Dar agar selesa dipakai oleh Ayu Afiqah. Tudung yang dikenakan Ayu Afiqah berwarna hijau lumut. Tudung itu adalah hadiah dari ibu. Ayah pula menghadiahkan kasut bertumit getah dan rata.
    Sebaik sahaja berada di tengah gelangang, Ayu Afiqah mengampil tempat bersama peserta yang lain. Kedudukan peserta adalah dalam satu barisan panjang menghadap para juri dan penonton. Kali ini, Juri ditambah seorang lagi. Juri tambahan ini adalah seorang Chef seleberiti dari Australia, Chef Justin. Sementara juri-juri sebelum ini masih mengekalkan. Begitu juga dengan juruacara kacak yang sentiasa menemani mereka sebelum ini, masih tetap adalah orang yang sama.
    Hadiah tempat pertama pertandingan ini yang diumumkan oleh juru acara ialah wang tunai biasiswa pendidikan bernilai RM70,000, wang tunai RM10,000, piala, pekej percutian ke Korea Selatan tajaan kedutaan negara Korea Selatan dan menjadi duta Master Chef Malaysia selama setahun.
    ‘Patutlah ada lelaki seperti orang Korea duduk di barisan VIP bersama menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Rupa-rupanya duta negara Korea Selatan,’ getus hati Ayu Afiqah.

    ReplyDelete
  2. Tempat kedua pula akan membawa pulang wang tunai bernilai RM7,000, piala, pekej percutian ke Bandung, Indonesia dan menjadi duta Master Chef Junior selama setahun. Tempat ketiga pula akan membawa pulang wang tunai RM 5,000, piala, pekej percutian ke Pulau Langkawi dan menjadi duta Master Chef Junior selama setahun. Ayu Afiqah menelan liurnya.
    ‘Wah! lumayan jugak hadiah yang akan di bawa pulang ini, aku paling nak yang biasiswa tu. Tak perlulah ayah nak bersusah payah lagi mencari wang untuk pembelajaran aku,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Ayu Afiqah melirik ke peserta yang lain. Hanya lima peserta yang akan bertanding. Bermula dengan 50 orang peserta dan hingga kini pertandingan akhir, akhirnya hanya lima orang sahaja yang layak kepertandingan akhir hari ini. ‘Alhamdulillah, aku dapat jugak berada dalam lima peserta yang terbaik!’ getus hati Ayu afiqah.
    Untuk format kali ini peserta diminta ke hadapan dan memilih sendiri bahan utama yang akan mereka gunakan untuk menu yang perlu disediakan oleh para peserta itu sendiri. Hati Ayu Afiqah berdebar-debar. Dia tidak dapat meneka apakah bahan utama yang ada di bawah tudung saji yang diperbuat dari aluminium itu.
    ‘Bahan utama ada 6, tetapi peserta ada 5 sahaja. Ini bermakna ada satu bahan utama yang tidak bertuan. Tetapi, bagaimana jika aku terpilih bahan yang aku sendiri tak tahu atau tak pernah masak?’ hati Ayu Afiqah merusuh. Wajah Ayu Afiqah mulai pucat. Ayu mengerling peserta lain. Ternyata mereka juga seperti Ayu Afiqah resah.
    “Baiklah semua peserta, di hadapan anda ada 6 tudung saji yang mengandungi bahan misteri di dalamnya. Bahan misteri ini adalah bahan utama sajian anda untuk kali ini. Anda diminta ke hadapan dan memilih sendiri tudung saji misteri masing-masing. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan hidangan anda ialah selama 2 jam. Para peserta tidak boleh membuka tudung saji tersebut sehingga saya beritahu.” Kata juruacara dengan panjang lebar.
    Ayu Afiqah dan peserta yang lain bergerak ke hadapan. Ayu Afiqah memilih tudung saji yang bernombor 3. Sorakan penonton tidak lagi kedengaran di telinga Ayu Afiqah. Dadanya tetap penuh dengan kerusuhan, apakah akan pilihan apa yag telah dibuatnya.
    “Baiklah, semua peserta boleh membuka tudung saji masing-masing sekarang!” kata-kata juruacara bagaikan semboyan yang akan menamatkan perang di pendengaran Ayu Afiqah.
    Sebaik sahaja tudung saji di buka, Ayu Afiqah melihat ada seketul daging yang beratnya lebih kurang 250 gram. Ayu Afiqah tersenyum girang. Alhamdulillah, bahan utama yang dipilihnya tidaklah sesusah yang dibayangkannya sebelum ini. Ayu Afiqah mengerling peserta lain. Ada peserta yang mendapat Tauhu, ayam, ikan kerapu dan udang.
    Ligat otak Ayu Afiqah memikirkan apakah menu yang sesuai disediakannya berasaskan daging lembu? Steak, masak hitam, masak kicap, masak lada hitam atau daging dendeng? tiba-tiba Ayu Afiqah teringat yang dia pernah menyediakan masakan Bulgogi (Korean Beef BBQ) bersama ibu semasa cuti sekolah tahun lepas. Kebetulan setelah melihat filem Korea, ibu dan Ayu Afiqah melihat pelakon korea itu memasak Bulgogi.
    Sebaik selesai menonton, ibu mencari resepinya di internet dan Ayu Afiqah membantu ibu mencuba resepi tersebut. Ternyata sedap dan memenuhi selera mereka! Ayu dan Ibu amat gemar rasanya yang enak walaupun dimasak dengan cara yang ringkas. ‘Baik Aku cuba masakan Bulgogi ni,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Seperti biasa, Ayu Afiqah akan ke stor bahan untk mendapatkan bahan yang diperlukannya. Ligat Ayu Afiqah memikirkan apakah bahan yang perlu ada. Dia tidak mahu membuang banyak masa untuk berulang-alik ke stor bahan berkenaan untuk mengambil bahan yang tertinggal. Lantas, Ayu Afiqah ke stor bahan untuk mengambil korean soy sauce, minyak bijan, bawang, buah pir, bawang putih, rumpai laut kering, gula perang, lada hitam, lobak, cendawan dan cili benggala.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Seperti biasa, Ayu Afiqah akan ke stor bahan untk mendapatkan bahan yang diperlukannya. Ligat Ayu Afiqah memikirkan apakah bahan yang perlu ada. Dia tidak mahu membuang banyak masa untuk berulang-alik ke stor bahan berkenaan untuk mengambil bahan yang tertinggal. Lantas, Ayu Afiqah ke stor bahan untuk mengambil korean soy sauce, minyak bijan, bawang, buah pir, bawang putih, rumpai laut kering, gula perang, lada hitam, lobak, cendawan dan cili benggala.
    Dengan lafas Bismillah, Ayu Afiqah memulakan misi memasak Bulgogi. Mula-mula, Ayu Afiqah hidupkan api dan panaskan periuk yang mengandungi 1 cawan air.
    “Semasa menunggu air mendidih, dia memotong bawang putih dan bawang merah. Setelah itu, bahan utama daging di potong kecil-kecil sepanjang 2cm dan setebal 0.25cm. Ini akan menjimatkan masa bekerja kita Ayu,” kata-kata ibu masih tergiang-giang di telinga Ayu Afiqah walaupun setahun sudah berlalu.
    Setelah air mendidih, Ayu Afiqah mematikan api dan rendamkan rumpai laut tersebut untuk selama 10 minit sebelum diangkat dan di biarkan. Setelah siap, bawang-bawang tadi di kisar bersama air stok rendaman rumpai laut. Bahan kisaran tadi dicampurkan dengan korean soy sause, gula perang, minyak bijan dan lada hitam. Kesemua bahan-bahan ini digaul bersama sehingga rata. Setelah itu, kesemua bahan tadi di perapkan bersama daging yang telah dipotong.
    ‘Daging ini sepatutnya di perapkan selama 20 minit. Namun aku dah tak ada masa, disebabkan aku dah potong daging ni nipis-nipis, bahan ni akan masuk ke dalam daging lebih cepat 15 minit dah cukup rasanya,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Ayu Afiqah seterusnya memotong sayur-sayuran yang terdiri dari lobak, cendawan dan cili benggala. Sayuran ini akan menambahkan warna dalam masakan Bulgoginya nanti. Setelah itu, dia memanaskan kuali dengan api yang sederhana dan memasak daging perapan tadi tanpa minyak.
    ‘Cukup dengan sos daging itu sendiri. tak payah gunakan minyak,’ getus Ayu Afiqah. Kemudian, Ayu Afiqah memasukkan sayuran tadi dan di masak sehingga dagingnya lembut dan keperangan.
    “Baiklah chef kecil sekalian, sila berhenti dan jangan sentuah apa-apa lagi kerana masa yang diperuntukkan selama 2 jam telah berakhir.” Tiba-tiba juruacara memecah kesibukan para peserta menyiapkan hidangan masing-masing.
    Ayu Afiqah berjaya menyiapkan hidangan Bulgogi ala Ayu Afiqah di atas pinggan hidangan berbentuk segi empat berwarna putih juga mengangkat tangan tanda mendengar arahan sang juruacara. Ayu Afiqah sempat menjeling rakan-rakan yang lain. Ada yang telah menyiapkan udang masak mentega, tauhu sumbat dengan sayur-sayuran, ikan kerapu kukus masak halia dan ayam goreng ala chiken chop.
    ‘Wah cantik dan nampak sedap hidangan masing-masing, hampir tidak ada cacat celanya di mata aku,’ getus Ayu Afiqah. Tiba-tiba debaran Ayu Afiqah kembali lagi. Nafasnya kian berdegup kuat diasak dengan kebimbangan. Keyakinan Ayu Afiqah semakin pudar. Ayu Afiqah bagaikan hendak menangis. Namun, ditahannya. Dia tidak mahu orang lain tahu dia kecut bersaing dengan peserta lain. Bahkan, dia tidak mahu air matanya jatuh ke dalam hidangannya kelak.

    ReplyDelete
  5. Setelah kesemua peserta meletakkan hidangan masing-masing ke meja hidangan, mereka di minta berundur sebanyak 10 langkah ke belakang. Pihak juri pula mengambil tempat untuk membuat penjurian. Namun sebelum itu, tiba-tiba juruacara mengumumkan satu kejutan.
    “Chef kecil sekalian, kali ini kita membuat sedikit kejutan! Dijemput pihak VIP yang terdiri dari Datuk Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Duta dari Negara Korea Selatan untuk mencuba hidangan dan seterusnya menjadi juri tambahan.” Kata juruacara dengan penuh hormat tetapi penuh kejutan.
    Dada Ayu Afiqah semakin tidak terkawal. Setiap detik dan gerakan pihak juri tidak terlepas dari pandangannya dari jarak 10 langkah itu. Ayu Afiqah mengerling peserta lain. Ternyata mereka sepertinya. Malah ada yang sedang menggigit jari tanda ketakutan. Jika diikutkan, ingin sahaja Ayu Afiqah mundar-mandir untuk menghilangkan resahnya. Namun, mereka tidak dibenarkan bergerak-gerak kerana pergerakan peserta itu mungkin akan menganggu penjurian.
    ‘Adakah hidanganku menepati citarasa orang Korea?’ getus hati Ayu Afiqah di dalam kebimbangan.
    Ternyata, kedua-dua VIP tersebut diberi penghormatan untuk merasa dahulu masakan kesemua peserta. Sebaik ssahaja sampai ke hidangan Ayu Afiqah, Duta Negara Korea Selatan tidak berkata apa. Matanya dikecilakan sedikit. Hati Ayu Afiqah yang memandang menjadi semakin berdebar. Kemudian, dia menyedok kembali daging pada hidangan dan merasainya sekali lagi. Jantung Ayu Afiqah bagaikan melayang terbang entah kemana. Muka Ayu Afiqah menjadi pucat lesi!
    “Hmm... Mashissoyo! Sedap.” Kata tuan Duta negara Korea Selatan sambil mengangkat ibu jarinya dan mengangguk-anggukkan kepalanya. Kini matanya dah dibesarkannya semula sambil tersenyum. Semua yang ada di dalam dewan termasuk pihak juri yang lain ikut ketawa dan tersenyum melihat gelagat tuan Duta itu, termasuklah Ayu Afiqah sendiri. Hilang sedikit resahnya.
    ‘Aduh, pandai jugak tuan duta ni bergurau. Hampir saja aku jatuh pengsan kerana terlalu takut. Sungguhpun demikian, aku tetap bersyukur kerana dia memberi komen yang positif. Ini bermakna orang Korea mengiktiraf masakan Bulgogi aku,’ getus hati Ayu Afiqah sambil tersenyum riang.
    Semua peserta diminta kembali ke dapur masing-masing sehingga di panggil. Pihak juri memerlukan ruang dan masa sedikit untuk membuat keputusan. Ayu Afiqah berdiri di dapur tempatnya berkerja sebentar tadi dengan debaran yang hanya dia dan peserta lain sahaja yang tahu. Sempat juga dia melirik keluarga, cikgu dan sahabatnya di tempat duduk penonton. Mereka memberi lambaian tanda sokongan kepada Ayu Afiqah. Ayu Afiqah juga membalas lambaian tanda terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Setelah lebih kurang 15 minit menunggu, semua peserta anda diminta naik ke pentas Dewan Censelor UMS untuk mendengar keputusan keseluruhan. Sejurus itu, juruacara menjemput Datuk Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Duta dari Negara Korea Selatan ke pentas utama untuk menyampaikan hadiah yang bakal diumumkan sebentar lagi. Ayu Afiqah melangkah ke hadapan dan berdiri sebaris dengan peserta yang lain.
    “Baiklah hadirin sekalian, tempat ke-5 bagi pertandingan Master Chef Junior jatuh kepada...... Adik Danial Danis, dari SRJK Bandar Taiping, Perak.” Laung juruacara dengan lantang.
    Ayu Afiqah terkejut. Dia menyangka dia yang berada di tempat ke-5. Ayu Afiqah melihat peserta yang bernama Danial Danis yang berusia 13 tahun itu bersalaman dengan peserta lain sebelum bergerak ke pentas utama untuk menerima hadiah. Seterusnya, tempat ke-4 pula jatuh kepada orang peserta perempuan berasal dari Selangor. Debaran di dada Ayu Afiqah tidak dapat di tahan lagi. Jika diikutkan hati hendak sahaja dia lari ke tempat duduk penonton bersama ayah, Nek Dar dan Nek Jah.
    Ayu Afiqah tidak sanggup lagi menahan debaran yang menyesakkannya itu. Sungguh, Ayu Afiqah lebih rela namanya disebut selepas ini agar debarannya segera berakhir.
    Juruacara mengumumkan nama pemenang tempat ke-3, pemenangnya ialah kanak-kanak perempuan bernama Diya Sarmisha dari SK Saujana, Johor. Jantung Ayu Afiqah semakin merusuh. Ayu Afiqah hanya mampu mengenggam penumbuknya sendiri dan tanpa disedarinya, dia bergerak ke hadapan dan belakang. Sungguh, dia tidak tenteram.
    Juruacara membuat pengumuman yang dia akan mengumumkan nama johan. Ini bermakna nama yang tidak disebutkan adalah nama naib johan Master Chef Junior Malaysia tahun 2017. Pandangan Ayu Afiqah hampir gelap gulita. Namun ditahannya. Cepat-cepat dia beristigfar dan menguatkan dirinya. Dia tidak mahu pengsan di situ!
    ‘Aku mesti kuat, aku mesti kuat, aku mesti kuat! Ibu, tolong Ayu....’ jerit Ayu Afiqah di dalama hati berkali-kali.
    “Baiklah hadirin sekalin, saya umumkan nama bagi Johan Pertandingan Master Chef Junior tahun 2017 jatuh kepada, Adik Ayu Afiqah dar SK Bandar Keningau, Sabah!” Jerit juruacara. Serentak dengan itu, hujan belon melanda pentas Dewan Censelor UMS. Ayu Afiqah terkesima beberapa saat. Sempat dia menitiskan air mata keharuan. Dia akhirnya bergerak ke arah Datuk Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk menerima hadiah utama.
    “Tahniah Ayu Afiqah, Awak telah membuktikan yang kanak-kanak di Malaysia juga amat berbakat. Semoga awak akan terus maju dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia kelak,” ucap Datuk menteri sewaktu dia menyerahkan hadiah Ayu Afiqah.
    “Terima kasih Datuk, Insyaalah saya akan berusaha dengan gigih lagi selepas ini,” balas Ayu Afiqah sambil tersenyum ke arah Datuk Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Duta dari Negara Korea Selatan.
    ‘Ibu, kita dah berjaya ‘bu.... kita dah berjaya!’ getus Ayu Afiqah di dalam hati seolah-olah ibu ada di sisinya.

    ReplyDelete
  7. salam sifu.. ini bab 10 yang saya oleh semula..
    Bab 10: Master Chef Junior Terbuka Malaysia

    Suasana pagi yang indah di bandaraya Kota Kinabalu. Ayu Afiqah dan keluarga sampai awal ke bandaraya itu seawal pukul 8.00 pagi. Kereta sedan ayah baharu sahaja menghampiri pagar utama Universiti Malaysia Sabah (UMS). Seperti biasa, ayah akan berhenti seketika di pondok pengawal untuk urusan keselamatan. Tiba-tiba mata Ayu Afiqah terpandang sebuah kain rentang yang bertulis Selamat Datang ke Pertandingan Akhir Master Chef Junior Terbuka Asia Tenggara 2017.
    ‘Wah ada pertandingan Master Chef Junior Terbuka Asia Tenggara 2017 di UMS ini juga. Jika ada kelapangan, aku nak jugak tengok pertandingan tu,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Sebaik sahaja menghampiri kawasan Dewan Censelor UMS, ada satu lagi kain rentang yang tertulis perkara yang sama. Kali ini Ayu Afiqah terkejut, mengapa nama pertandingan pada kain rentang tu tarikh, masa dan hari yang sama dengan pertandingannya hari ini? Hati Ayu Afiqah mulai was-was. Ternyata bukan sahaja Ayu Afiqah yang mulai gelisah. Ayah, Nek Dar dan Nek Jah juga sama tertanya-tanya mengapa kain rentang tersebut tertulis demikian?
    Sesampai sahaja mereka di lobi Dewan Censelor UMS, ada kaunter pendaftaran yang dikhaskan untuk peserta telah dipenuhi oleh orang ramai. Namun, hanya beberapa orang sahaja yang dikenali oleh Ayu Afiqah. Peserta lain yang berbaris untuk mendaftar sepertinya bukan warga negara Malaysia. Bahasa pertuturan mereka bersama orang dewasa disisi masing-masing bukannya Bahasa Malaysia.
    Ayu Afiqah tidak berani untuk mendekati kaunter pendaftaran tersebut. Dia berhentikan langkahnya sejauh 10 meter dari barisan kanak-kanak yang diiringi orang dewasa untuk menyelak beg sandangnya. Lantas, Ayu Afiqah mengeluarkan surat panggilan pertandingan yang dicetaknya sebelum ini. Ternyata tajuk yang tertera pada kepala surat panggilannya ialah Pertandingan Akhir Master Chef Junior Terbuka Asia Tenggara 2017.
    Terkejut Ayu Afiqah bukan alang kepalang. ‘Bagaimana aku boleh tak perasan yang pertandingan akhir ini adalah pertandingan Pertandingan Akhir Master Chef Junior Terbuka Asia Tenggara 2017. Menggigil tangan dan lutut Ayu Afiqah. Ayu Afiqah semakin gelisah. ‘Aku kena bersaing dengan peserta dari Asia Tenggara!’
    “Ayah, tegok ni!” Getus Ayu Afiqah lemah sambil tangannya mennghulurkan surat panggilan kepada ayahnya.
    “Yelah Ayu, rupa-rupanya Pertandingan Akhir Master Chef Junior Terbuka Asia Tenggara 2017. Macam mana Ayu dan Ayah boleh tak perasan ni?” ujar ayah pula sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nek Jah dan Nek Dar yang juga ikut terkejut dan terpinga-pinga.
    “Tak ‘pa Ayu, kita daftar je dulu. Semasa pendaftaran nanti kita boleh tanya pihak urusetia di kaunter pendaftaran tu,” Nek Jah cuba memberi cadangan dan menenangkan suasana terkejut semua orang. Semuanya mengannguk bersetuju dengan cadangan Nek Jah.
    Ayu Afiqah ditemani oleh ayah semasa berbris untuk mendaftar. Semasa menunggu, Ayu Afiqah terlihat dua orang peserta yang mendaftar di hadapannya seperti biasa sudah dikenalinya dan pernah dilihatnya. Namun, Ayu Afiqah lupa di mana dia mengenali bakal peserta tersebut. Berkali-kali Ayu Afiqah memerah otaknya untuk mengingatkan dimanakah dia selalu melihat dua orang tersebut? Namun, Ayu Afiqah tidak dapat menginggatinya juga.

    ReplyDelete
  8. Setelah berbaris lebih kurang 10 minit, tibalah masa pendaftaran untuk Ayu Afiqah. Manakala Nek Jah dan Nek Dar duduk di bangku tempat menunggu yang telah disediakan khas untuk keluarga peserta datang semasa pendaftaran.
    “Pertandingan Akhir kali ini, kita pilih 3 peserta akhir Master Chef Malaysia dan kita buka penyertaan dari mana-mana negara Asia tenggara yang ingin menghantar penyertaan. Format ini adalah atas permintaan pihak penaja untuk menjadikan Master Chef Junior Malaysia adalah terbuka peringkat Asia Tenggara. Juri juga adalah terdiri dari setiap negara yang bertanding.” Jelas pihak urusetia dengan panjang lebar.
    Kecut perut Ayu Afiqah mendengar penjelasan pihak urusetia tersebut. Suasana terang persekitaran meja pendaftaran tiba-tiba menjadi semakin malap.
    Mata Ayu Afiqah tidak berkelip mendengar penjelasan kakak yang bertugas di urusetia berkenaan. Sungguhpun demikian, Ayu Afiqah sempat menjeling nama-nama peserta yang bakal bertanding dengannya.
    ‘Wah, senarai peserta adalah terdiri dari negara Brunei, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, China dan Malaysia sendiri. Sesetengahnya terkenal kerana sudah pernah ada rancangan sendiri di telivisyen!’ Getus hati Ayu Afiqah. Wajah Ayu Afiqah memucat. Jantungnya berdegub dengan kuat. Peluh tiba-tiba menitik di dahi Ayu Afiqah meskipun alat penghawa dingin berfungsi dengan baik. Jika diikutkan hatinya, hendak sahaja dia lagi dari tempat itu. Namun, dia tiba-tiba teringatkan harapan dan impian banyak pihak.
    ‘Bagaimana dengan harapan ibu, ayah, Nek Jah, Nek Dar, SK Bandar Keningau, Cikgu-cikgu, rakan-rakan dan seterusnya rakyat Malaysia?’ hati Ayu Afiqah tiba-tiba menjadi gundah.
    “Ayu, wang ini adalah saguhati dari persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) kepada awak. Diharap dengan adanya saguhati ini, Ayu akan terus mengharumkan nama sekolah terutama sekali dalam Pertandingan Master Chef Junior tahun 2017. Besarlah harapan pihak PIBG dan sekolah agar Ayu berjaya membawa pulang kejayaan dalam pertandingan itu nanti. ” Getus puan Aminah, guru besar SK Bandar Keningau dua hari lepas dalam majlis khas meraikan Ayu Afiqah.
    Hati Ayu Afiqah semakin tidak tentu arah. Jantungnya terus berdegub tidak tentu arah. Ayu Afiqah mulai terasa hendak berjalan mundar-mandir.
    ‘Haruskah aku meneruskan pertandingan ini? aku belum bersedia untuk pertandingan peringkat Asia Tenggara. Kalau aku masuk jugak, bagaimana jika aku malah memalukan keluarga, sekolah dan rakan-rakan kerana masakan aku tak sedap? Ini peringkat Asia tenggara Ayu! Memalukan Malaysia!’ Hati Ayu Afiqah merusuh ganas.
    “Adik Ayu Afiqah! Sila tanda tangan dan ambil tag nama anda,” panggil urusetia bertugas.
    Lamunan Ayu Afiqah terhenti seketika. Dia yang masih berada di hadapan kaunter pendaftaran cepat-cepat mengambil tag nama dari pihak urusetia sebelum berkumpul di hadapan pintu masuk ke dalam dewan bersama peserta lain.
    “Ayu, usah berasa gusar, teruskan sahaja. Ayu terpilih kerana kebolehan yang ada pada Ayu. Ayah juga yakin yang Ayu pasti boleh!” Ayah cuba memberi semangat sebaik melihat Ayu Afiqah resah sambil mengusap kepala Ayu Afiqah dengan penuh kasih sayang. Ayu Afiqah hanya membalasnya dengan anggukan lemah.
    Ayu Afiqah yang manis memakai baju kebaya putih berbunga hijau kecil. Baju kebaya itu hadiah dari Nek Jah. Manakala kain sarong yang dipakainya adalah dari kain sarong kegemaran ibu dan telah dijahitkan semula oleh Nek Dar agar selesa dipakai oleh Ayu Afiqah. Tudung yang dikenakan Ayu Afiqah berwarna hijau lumut. Tudung itu adalah hadiah dari ibu. Ayah pula menghadiahkan kasut bertumit getah dan rata.
    Ayu Afiqah menyalami ayah, Nek Dar dan Nek Jah sebelum mereka bergerak ke tempat duduk penonton. Ayu Afiqah pula diminta berbaris sebelum masuk ke dalam dewan. Mereka bakal diperkenalkan satu persatu ketika berjalan masuk kelak. Semasa di dalam barisan, Ayu Afiqah sempat mengerling peserta dari negara lain.

    ReplyDelete
  9. Ketinggian fizikal peserta dari negara Indonesia dan Brunei hampir sama dengannya, 150cm. Namun, peserta dari negara Singapura, Korea Selatan, Taiwan, China amat tinggi dari Ayu Afiqah sendiri. Mungkin dalam 160 bagi wanita dan 165 – 170 bagi yang lelaki. Kecut perut Ayu Afiqah.
    ‘Perbandingan fizikal sahaja menunjukkan aku dah kalah. Bagaimana dengan masakan nanti?’ Ayu Afiqah semakin kurang yakin.
    Ayu Afiqah cuba menyembunyikan keresahannya dengan tersenyum. Sedangkan, dadanya masih menggunung ketakutan dan keresahan. ‘Apa menu hidangan yang patut aku sediakan? Menu itu mestilah yang boleh bersaing di peringkat antara bangsa! Bagaimana jika menu yang aku hidangkan tidak mencapai tahap antarabangsa?’ Otak Ayu Afiqah tidak putus-putus berfikir dalam keresahan meskipun sedang berada dalam barisan sebelum diperkenalkan satu persatu sebelum masuk dari pintu utama.
    Format kali ini ialah para peserta akan diperkenalkan satu persatu dan peserta diminta berlari masuk ke dewan dan terus ke tengah gelanggang. Sewaktu Ayu Afiqah disebutkan namanya, dia sempat memulakan langkahnya dengan Bismillah. Seakan dia mendengar suara ibu memberi perangsang kepadanya.
    “Ayu, mulakan semua apa yang kita lakukan dengan Bismillah, semoga kita akan mendapat berkat dan dipermudahkan,” masih tergiang-giang kata-kata ibu kepada Ayu Afiqah setiap kali dia lupa membaca Bismillah apabila memulakan sesuatu pekerjaan. Ayu tersenyum riang, kata-kata ibu itu ternyata masih menjadi pedomannya hingga kini.
    Cahaya dewan yang terang dan gemerlapan dengan limpahan lampu neon. Suasana dewan juga amat meriah dengan bersorakan dan tepukan tangan hadirin yang ada di dalam dewan Censelor Universiti Malaysia Sabah, UMS. Dari kejauhan, kelihatan ayah, Nek Jah, Nek Dar, cikgu Natasha, Steve, Devi, Tay, Alif dan beberapa orang rakan sekolahnya berada di tempat duduk penonton memberikan sorakan dan lambaian tanda sokongan kepada Ayu Afiqah. Ayu Afiqah membalas lambaian itu dengan senyuman manis.
    Sebaik sahaja berada di tengah gelangang, Ayu Afiqah mengambil tempat bersama peserta yang lain. Kedudukan peserta adalah dalam satu barisan panjang menghadap para juri dan penonton. Kali ini, juri adalah dari kesmua negara yang bertanding. Namun, juruacara kacak yang sentiasa menemani mereka sebelum ini, masih dikekalkan orang yang sama.
    Hadiah tempat pertama pertandingan ini yang diumumkan oleh juru acara ialah wang tunai biasiswa pendidikan bernilai RM70,000, wang tunai RM10,000, piala, pekej percutian ke Korea Selatan tajaan kedutaan negara Korea Selatan dan menjadi duta Master Chef Malaysia selama setahun.
    ‘Patutlah ada lelaki seperti orang Korea duduk di barisan VIP bersama menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Rupa-rupanya duta negara Korea Selatan,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Tempat kedua pula akan membawa pulang wang tunai bernilai RM7,000, piala, pekej percutian ke Thailand dan menjadi duta Master Chef Junior selama setahun. Tempat ketiga pula akan membawa pulang wang tunai RM 5,000, piala, pekej percutian di Malaysia dan menjadi duta Master Chef Junior selama setahun. Ayu Afiqah menelan liurnya.
    ‘Wah! lumayan jugak hadiah yang akan di bawa pulang ini, aku paling nak yang biasiswa tu. Tak perlulah ayah nak bersusah payah lagi mencari wang untuk pembelajaran aku,’ getus hati Ayu Afiqah.

    ReplyDelete
  10. Untuk format kali ini, adalah bertajuk ‘cabaran kotak hitam’. Peserta akan menyediakan hidangan yang mereka tidak tahu apakah bahan utamanya. Hati Ayu Afiqah berdebar-debar. Dia tidak dapat meneka apakah bahan utama yang ada di bawah tudung saji yang diperbuat dari aluminium itu.
    “Peserta sekalian, anda diminta untuk menyiapkan 2 hidangan dalam tempoh 2 jam. Di hadapan anda ada tudung saji yang mengandungi bahan misteri di dalamnya. Bahan misteri ini adalah bahan utama bagi salah satu hidangan anda nanti.” Kata juruacara.
    “Baiklah, semua peserta boleh membuka tudung saji masing-masing sekarang!” Juruacara akhirnya mengumumkan permulaan pertandingan, bagaikan semboyan untuk memulakan perang.
    Dengan pantas Ayu Afiqah membuka tudung saji berkenaan serentak dengan peserta lain. Rupa-rupanya bahan utama di sebalik tudung saji itu adalah ikan tenggiri yang beratnya kira-kira 400gram. Otak Ayu Afiqah ligat berfikir, apakah menu yang paling sesuai untuk ikan putih ini.
    ‘Hinava! Hidangan yang ringkas dan sedap,’ getus hati Ayu Afiqah. Lantas, dia teryuman sendirian.
    Hinava adalah hidangan yang selalu dibuatnya bersama ibu dan Nek Jah apabila berada di rumah Nek Jah di Kundasang. Bahan-bahan yang di perlukan pula amat mudah dan ringkas iaitu isi ikan tenggiri, buah peria, limau nipis, dan cili merah.
    Mula-mula Ayu Afiqah mengasingkan isi ikan dan tulang-tulangnya. Dia hanya mengambil isi ikan sahaja. Isi ikan tadi dipotong kecil-kecil lebih kurang 1cm panjang dan 0.4cm tebal, peria dan 4 ulas cili besar yang berwarna merah dihiris halus dicuci dengan garam sekali.
    ‘Aku akan campurkan kesemua bahan ini dan biarkan selama 10 minit.’ Getus hati Ayu Afiqah sambil menginggat dengan teliti cara-cara menghasilkan Hinava yang dipelajarinya dari ibu dan Nek Jah. Sementara menunggu hinava tadi siap, Ayu Afiqah menyediakan pencuci mulut berupa ubi kayu rebus bercokelat.
    Kurang dari 2 jam, Ayu Afiqah berjaya menyiapkan dua hidangan. Hidangan Hinava di hidangkan di dalam pinggan putih dan di hiasi dengan gubahan bunga cili besar yang berwarna merah di tepi. Manakala ubi rebus pula di hidangkan dalam pinggan putih berbetuk segiempat dengan sos cokelat. Di atas ubi kayu tersebut, Ayu Afiqah parutkan kelapa muda dan gula merah. Hasilnya hidangan yang cantik dan menarik.
    Sekilas, Ayu Afiqah menjeling hidangan peserta lain, ‘Wah! Cantik dan kelihatan sedap sekali masakan mereka,’ hati Ayu Afiqah menjadi resah semula. Keyakinannya sebentar tadi hilang serta merta. ‘Mujur hidanganku telah siap. Jika tidak, pasti aku tak berupaya untuk menyediakan apa-apa masakan,’ getus Ayu Afiqah. Tangannya menggeletar sedikit.
    “Baiklah chef kecil sekalian, sila berhenti dan jangan sentuah apa-apa lagi kerana masa yang diperuntukkan selama 2 jam telah berakhir.” Tiba-tiba juruacara memecah kesibukan para peserta menyiapkan hidangan masing-masing.
    Dada Ayu Afiqah semakin tidak terkawal. Setiap detik dan gerakan pihak juri tidak terlepas dari pandangannya dari jarak 10 langkah itu. Ayu Afiqah mengerling peserta lain. Ternyata mereka sepertinya. Malah ada yang sedang menggigit jari tanda ketakutan. Jika diikutkan, ingin sahaja Ayu Afiqah mundar-mandir untuk menghilangkan resahnya. Namun, mereka tidak dibenarkan bergerak-gerak kerana pergerakan peserta itu mungkin akan menganggu penjurian.
    ‘Adakah hidanganku menepati citarasa antarabangsa?’ Hati Ayu Afiqah semakin diamuk kebimbangan.

    ReplyDelete
  11. Kelihatan para juri ke meja hidangan serentak. Mereka mulai merasa hidangan peserta satu persatu. Sebaik sahaja sampai ke masakan Ayu Afiqah, tiba-tiba seorang juri memberi respon yang tidak disangka-sanngka.
    “Hmm... Mashissoyo! Sedap.” Kata salah seorang juri yang berasal dari negara Korea Selatan sambil mengangkat ibu jarinya dan mengangguk-anggukkan kepalanya. Semua yang ada di dalam dewan termasuk pihak juri yang lain ikut ketawa dan tersenyum melihat gelagat juri itu, termasuklah Ayu Afiqah sendiri. Hilang sedikit resahnya.
    Setelah lebih kurang 15 minit menunggu, semua peserta anda diminta naik ke pentas Dewan Censelor UMS untuk mendengar keputusan keseluruhan. Sejurus itu, juruacara menjemput Datuk Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Duta dari Negara Korea Selatan ke pentas utama untuk menyampaikan hadiah yang bakal diumumkan sebentar lagi. Ayu Afiqah melangkah ke hadapan dan berdiri sebaris dengan peserta yang lain.
    “Baiklah hadirin sekalian, pemenang tempat ke-3, pemenangnya ialah kanak-kanak perempuan bernama Diya Sarmisha dari Singapura. Jantung Ayu Afiqah semakin merusuh. Ayu Afiqah hanya mampu mengenggam penumbuknya sendiri dan tanpa disedarinya, dia bergerak ke hadapan dan belakang. Sungguh, dia tidak tenteram.
    Juruacara membuat pengumuman yang dia akan mengumumkan nama johan. Ini bermakna nama yang tidak disebutkan adalah nama naib johan Master Chef Junior Terbuka Malaysia tahun 2017. Pandangan Ayu Afiqah hampir gelap gulita. Namun ditahannya. Cepat-cepat dia beristigfar dan menguatkan dirinya. Dia tidak mahu pengsan di situ!
    ‘Aku mesti kuat, aku mesti kuat, aku mesti kuat! Ibu, tolong Ayu....’ jerit Ayu Afiqah di dalama hati berkali-kali.
    “Baiklah hadirin sekalin, saya umumkan nama bagi Johan Pertandingan Master Chef Junior tahun 2017 jatuh kepada, Adik Ayu Afiqah dari Sabah, Malaysia!” Jerit juruacara. Serentak dengan itu, hujan belon melanda pentas Dewan Censelor UMS. Ayu Afiqah terkesima beberapa saat. Sempat dia menitiskan air mata keharuan. Dia akhirnya bergerak ke arah Datuk Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk menerima hadiah utama.
    “Tahniah Ayu Afiqah, Awak telah membuktikan yang kanak-kanak di Malaysia juga amat berbakat. Semoga awak akan terus maju dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia kelak,” ucap Datuk menteri sewaktu dia menyerahkan hadiah Ayu Afiqah.
    “Terima kasih Datuk, Insyaalah saya akan berusaha dengan gigih lagi selepas ini,” balas Ayu Afiqah sambil tersenyum ke arah Datuk Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Duta dari Negara Korea Selatan.
    ‘Ibu, kita dah berjaya ‘bu.... kita dah berjaya!’ getus Ayu Afiqah di dalam hati seolah-olah ibu ada di sisinya.

    ReplyDelete
  12. Erna, cuba dapatkan tak kurang dan tak lebih drpd 12 ms k;

    Bab 10: (Master Chef Junior Terbuka Malaysia - tukar ke judul yg suspen)

    (buat monolog dia kpd ibu hari ini hari penting, knp?) Suasana pagi yang indah di bandaraya Kota Kinabalu.
    (Terujanya ayu afiqah bukan alang kepalang, saat dia) dan keluarga sampai awal (di) bandaraya itu seawal pukul 8.00 pagi. Kereta sedan ayah baharu sahaja menghampiri pagar utama Universiti Malaysia Sabah (UMS). Seperti biasa, ayah yang berhenti seketika di pondok pengawal untuk urusan keselamatan.
    Tiba-tiba mata Ayu Afiqah terpandang sebuah kain rentang yang (di mana kain rentang tu? Pada kain rentang itu) bertulis Selamat Datang ke Pertandingan Akhir Master Chef Junior Terbuka Asia Tenggara 2017. (Tidak dia tahu pula) ada pertandingan Master Chef Junior Terbuka Asia Tenggara 2017 (yg akan berlangsung) di UMS.
    ‘Wah! jika ada kelapangan, aku nak jugak tengok pertandingan tu,’ bisik hati Ayu Afiqah. (namun, dalam hati, dia tertanya-tanya, mengapa dia tidak pernah mendengar tentang pertandingan itu, di Sabah. Sebaik sahaja menghampiri kawasan Dewan Censelor UMS, ada satu lagi kain rentang yang tertulis perkara yang sama. Kali ini Ayu Afiqah terkejut (Tidak disangka pula bahawa tarikh) pertandingan (masterchef junior terbuka) sama dengan tarikh pertandingannya (master chef junior Malaysia)
    `(aduuuh…!” getus hati Ayu Afiqah (yg) mulai (berasa) was-was. (Namun, ayu afiqah berusaha melupakan perkara itu. Ayu afiqah sedar, dia perlu bersedia untuk - ? Untuk itu, tanpa berlengah, ayu afiqah melangkah pantas beriringan dgn ayah ke) ada kaunter pendaftaran di lobi Dewan Censelor UMS.
    `(ramainya…!’bisik ayu afiqah) Namun, hanya beberapa orang sahaja yang dikenali oleh Ayu Afiqah. Peserta lain yang (turut) berbaris untuk mendaftar (seakan) bukan warga negara Malaysia. Bahasa pertuturan mereka bersama orang dewasa (di sisi) masing-masing bukannya Bahasa Malaysia.
    (`eh? Aku salah dewankah ini?’ tanya ayu afiqah, dlm hati. Gmbarkan penampilan peserta lain? Kaitkan dgn pakaian kebangsaan Negara masing2)
    Ayu Afiqah tidak berani untuk mendekati kaunter pendaftaran tersebut. Dia berhentikan langkahnya sejauh 10 meter dari(pada) barisan (para peserta lain) untuk menyelak beg sandangnya. Lantas, Ayu Afiqah mengeluarkan surat panggilan pertandingan yang dicetaknya sebelum ini.
    (tiba2, sekali lagi ayu afiqah terpinga kehairanan. Sungguh dia tidak mengerti mengapa dia tidak membaca dgn teliti akan surat - ? drpd - ? padahal, terang2an) tajuk yang tertera pada kepala surat panggilannya ialah Pertandingan Akhir Master Chef Junior Terbuka Asia Tenggara 2017.
    `(Bagaimana aku boleh terlepas pandang ttg - ?’ keluh) Ayu Afiqah (yg) terkejut bukan alang kepalang. Menggigil tangan dan (kepala) lutut(nya). Ayu Afiqah (berasa begitu

    ReplyDelete
  13. tertekan. Sekarang ayu afiqah terpaksa) bersaing dengan peserta dari Asia Tenggara, (tanpa sebarang persediaan!
    (buat dialog ayah ttg perubahan air muka ayu)
    “(antarabangsa ayah, peserta2 di peringkat antarabangsa mereka itu)!” getus Ayu Afiqah, (rusuh).
    “(tak mengapa ayu. Mereka ttp kanak2 sprti ayu. Anggap saja mereka adalah cabaran. Jgn gentar, lawan!)” pujuk ayah (yg saling berpandangan dgn) Nek Jah dan Nek Dar (dgn penuh makna. Seolah2 mereka cuba menyembunyikan - ?)
    “Tak ‘pa Ayu, kita daftar je dulu. Semasa pendaftaran nanti kita boleh tanya pihak urusetia di kaunter pendaftaran tu,” Nek Jah mencadang(kannya begitu dgn senyuman - ? Kemudian,) Nek Jah dan Nek Dar duduk di kerusi berhampiran yang disediakan untuk orang awam) Ayu Afiqah (lalu) ditemani oleh ayah semasa dia membuat pendaftaran.
    “Pertandingan Akhir kali ini, kita pilih 3 peserta akhir Master Chef Malaysia dan kita buka penyertaan dari mana-mana negara Asia Tenggara yang ingin menghantar (wakil terbaik mereka sebagai peserta). Format ini adalah atas permintaan pihak penaja untuk menjadikan Master Chef Junior Malaysia (sebagai master chef junior) Terbuka peringkat Asia Tenggara. Juri juga adalah terdiri dari setiap negara yang bertanding,” Jelas pihak urusetia (kepada - ?) dengan panjang lebar.
    (‘Terbaik?’ getus ayu afiqah) Kecut perut Ayu Afiqah mendengar penjelasan pihak urusetia tersebut. Suasana persekitaran meja pendaftaran (yg) terang (benderang oleh - ?) tiba-tiba (seakan) malap (pd pandangannya. Sungguhpun demikian, Ayu Afiqah sempat menjeling (senarai) peserta yang bakal bertanding dengannya (sebentar lagi).
    ‘Wah, peserta dari Negara Brunei, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, China, Jepun dan Malaysia sendiri!” (hampir ternganga2 ayu afiqah dibuatnya. Sesetengahnya (sudah pun) terkenal (sama ada melalui internet mahupun siaran memasak) di telivisyen. (malah, ada antara mereka yg sering disebut2 oleh - ? dlm setiap pertandingan masterchef)!
    Wajah Ayu Afiqah memucat. Jantungnya berdegub dengan kuat. Peluh tiba-tiba menitik di dahi(nya), meskipun alat penghawa dingin (di - ?) berfungsi dengan baik. Jika diikutkan hatinya, hendak sahaja dia lagi dari tempat itu. Namun, dia tiba-tiba teringatkan harapan dan impian banyak pihak. Ibu, ayah, Nek Jah, Nek Dar, SK Bandar Keningau, Cikgu-cikgu, rakan-rakan dan seterusnya rakyat Malaysia!
    (Terbayang2 ayu afiqah) pada wang saguhati (yg diberikan kpdnya oleh pihak) persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG, - bila? Mereka mengaharapkan agar) dengan adanya saguhati ini, Ayu akan terus (bersemangat utk) mengharumkan nama sekolah. Terutama sekali dalam Pertandingan Master Chef Junior tahun 2017.
    “Besarlah harapan pihak PIBG dan sekolah agar Ayu berjaya membawa pulang kejayaan dalam pertandingan itu nanti, ” Getus (P)uan Aminah, guru besar SK Bandar Keningau dua hari lepas dalam majlis khas meraikan Ayu Afiqah - knp dia diraikan?).

    ReplyDelete
  14. Ayu Afiqah (yg resah gelisah di - ? segera menepis kenangan itu dari benaknya). Jantungnya terus berdegub tidak tentu arah. (Sungguh ayu afiqah tidak tahu sama ada dpt) meneruskan pertandingan ini (atuapun tidak. rasanya dia) belum bersedia untuk pertandingan peringkat Asia Tenggara.
    `Kalau masuk juga, bagaimana jika aku (kalah? Tidakkah itu akan) memalukan keluarga(ku?) Sekolah(ku? Rakan-rakan(ku?) Ini peringkat Asia (T)enggara Ayu! Memalukan Malaysia!’ Hati Ayu Afiqah merusuh ganas.
    “Adik Ayu Afiqah! Sila tanda tangan dan ambil tag nama anda,” panggil urusetia bertugas (dgn mesra).
    Lamunan Ayu Afiqah terhenti seketika. (Dia yang masih berada di hadapan kaunter pendaftaran cepat-cepat mengambil tag nama dari pihak urusetia sebelum berkumpul di hadapan pintu masuk ke dalam dewan bersama peserta lain. - bahagi dua ayat ni)
    “Ayu, usah berasa gusar, teruskan sahaja. Ayu terpilih kerana kebolehan yang ada pada Ayu. Ayah juga yakin yang Ayu pasti boleh!” Ayah cuba memberi semangat sambil mengusap kepala Ayu Afiqah dengan penuh kasih sayang.
    Ayu Afiqah yang memakai baju kebaya putih berbunga hijau kecil, mengangguk lemah. Baju kebaya itu hadiah dari(pada) Nek Jah. Manakala kain sarong yang dipakainya adalah dari kain sarong kegemaran ibu dan telah dijahitkan semula oleh Nek Dar agar selesa dipakai oleh Ayu Afiqah. Tudung yang dikenakan Ayu Afiqah berwarna hijau lumut. Tudung itu adalah hadiah dari(pada) ibu. Ayah pula menghadiahkan kasut bertumit getah (yg) rata. - cuba padat dan pendekkan paragraph ni)
    Ayu Afiqah menyalami ayah, Nek Dar dan Nek Jah sebelum mereka bergerak ke tempat duduk penonton. Ayu Afiqah pula diminta berbaris sebelum masuk ke dalam dewan. Mereka bakal diperkenalkan satu persatu ketika berjalan masuk kelak. Semasa di dalam barisan, Ayu Afiqah sempat mengerling peserta dari negara lain.
    (Sekali lagi, dikerlingnya peserta2 master chef yg lain. Ternyata,) Ketinggian fizikal peserta dari negara Indonesia dan Brunei hampir sama dengannya, 150cm. Namun, (saiz tubuh) peserta dari negara Singapura, Korea Selatan, Taiwan, China (agak) tinggi dari(pada) Ayu Afiqah sendiri. (sprit tubuh gadis remaja?)
    ‘Perbandingan fizikal sahaja menunjukkan aku dah kalah. Bagaimana dengan masakan nanti?’ Ayu Afiqah semakin kurang yakin (akan kemampuannya).
    (Bertungkus lumus pula) Ayu Afiqah cuba menyembunyikan keresahannya dengan senyuman. Sedangkan, dadanya masih (digelut) kebimbangan. (segera ayu afiqah memaksa diri agar fokus diri sendiri. Terutamanya pada menu hidangan yang patut disediakan(nya itu). Menu itu semestilah yang boleh bersaing di peringkat antara bangsa!
    ‘Bagaimana jika menu yang aku hidangkan tidak mencapai tahap (peringkat) antarabangsa?’ (Otak Ayu Afiqah tidak putus-putus berfikir meskipun sedang berada dalam barisan sebelum diperkenalkan satu persatu sebelum masuk dari pintu utama. - bahagi dua ayat ni)

    ReplyDelete
  15. (ternyata,) format kali ini ialah para peserta akan diperkenalkan satu persatu. (kemudian,) peserta diminta berlari masuk ke dewan dan terus ke tengah gelanggang. Sewaktu Ayu Afiqah disebutkan namanya, dia sempat memulakan langkahnya dengan Bismillah, (sprt yg selalu ibu sarankan selama ini).Seakan dia mendengar suara ibu memberi perangsang kepadanya.
    “Ayu, semoga kita akan mendapat berkat dan dipermudahkan,” (selintasan ucapan ibu) masih tergiang-ngiang (lagi di ingatannya)
    Ayu tersenyum (lembut. Pesanan) ibu itu (sesungguhnya adalah) pedoman (utknya) hingga kini. Cahaya dewan yang terang dan gemerlapan dengan limpahan lampu neon. Suasana dewan juga amat meriah dengan bersorakan dan tepukan hadirin di dalam dewan Censelor Universiti Malaysia Sabah, UMS.
    (Dari kejauhan, kelihatan ayah, Nek Jah, Nek Dar, cikgu Natasha, Steve, Devi, Tay, Alif dan beberapa orang rakan sekolahnya berada di tempat duduk penonton memberikan sorakan dan lambaian tanda sokongan kepada Ayu Afiqah. Ayu Afiqah membalas lambaian itu dengan senyuman manis. - bahagi tiga atau empat ayat ni)
    Sebaik sahaja berada di tengah gelangang, Ayu Afiqah mengambil tempat bersama peserta yang lain. (dadanya berdebar tidak keruan). Kedudukan peserta adalah dalam satu barisan panjang menghadap para juri dan penonton. Kali ini, juri adalah dari semua negara yang bertanding.
    Namun, juruacara kacak yang sentiasa menemani mereka sebelum ini, masih dikekalkan orang yang sama. Hadiah tempat pertama(nya) ialah wang tunai biasiswa pendidikan bernilai (RM70,000 - tukar; puluhan ribu ringgit). (Juga sejumlah) wang tunai (RM10,000 yang juga bernilai ribuan ringgit. (Di samping) piala, pekej percutian ke Korea Selatan tajaan kedutaan negara Korea Selatan dan menjadi duta Master Chef Malaysia selama setahun. - cuba bahagi dua ayat ni)
    ‘Patutlah ada lelaki seperti orang Korea duduk di barisan VIP bersama menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Rupa-rupanya duta negara Korea Selatan,’ getus hati Ayu Afiqah, (kekaguman)
    Tempat kedua pula akan membawa pulang wang tunai (bernilai RM7,000, - yg kurang sedikit drpd tempat pertama,. Yakni, selain drpd turut menerima) piala, pekej percutian ke Thailand dan menjadi duta Master Chef Junior selama setahun. (sementara) tempat ketiga pula akan membawa pulang wang tunai (RM 5,000 - yg hanya kurang sedikit drpd tempat kedua. Ia itu, di samping piala, pekej percutian di Malaysia dan menjadi duta Master Chef Junior selama setahun.
    ‘Wah! lumayan jugak hadiah yang akan di bawa pulang ini, aku paling nak yang biasiswa tu. (Dapat juga aku membantu meringankan beban ayah menampung keluarga kami),’ getus hati Ayu Afiqah. Namun, dia tetap) berdebar kerana format kali ini, adalah bertajuk ‘cabaran kotak hitam’. Peserta akan menyediakan hidangan yang mereka tidak tahu apakah bahan utama di bawah tudung saji yang diperbuat dari aluminium itu.

    ReplyDelete
  16. “Peserta sekalian, anda diminta untuk menyiapkan 2 hidangan dalam tempoh 2 jam. Di hadapan anda ada tudung saji yang mengandungi bahan misteri di dalamnya. Bahan misteri ini adalah bahan utama bagi salah satu hidangan anda nanti,” kata juruacara (dgn serius).
    “Baiklah, semua peserta boleh membuka tudung saji masing-masing sekarang!” Juruacara akhirnya mengumumkan permulaan pertandingan, bagaikan semboyan untuk memulakan perang.
    Dengan pantas Ayu Afiqah membuka tudung saji berkenaan serentak dengan peserta lain. (tersenyum kelegaan dia melihat akan) ikan tenggiri yang beratnya kira-kira 400gram di bawah tudung saji itu. Otak Ayu Afiqah ligat berfikir, apakah menu yang paling sesuai untuk ikan (putih - tenggiri kat atas tu erna) ini.
    ‘Hinava! Hidangan yang ringkas dan sedap!’ bisik hati Ayu Afiqah, (teruja). Hinava adalah hidangan yang selalu dibuatnya bersama ibu dan Nek Jah apabila berada di rumah Nek Jah di Kundasang. Bahan-bahan yang di perlukan pula amat mudah dan ringkas iaitu isi ikan tenggiri, buah peria, limau nipis, dan cili merah.
    (tanpa berlengah lagi,) Ayu Afiqah (mulai) mengasingkan isi ikan (drpd) tulang-tulangnya. Dia hanya mengambil isi ikan sahaja. Isi ikan tadi dipotong kecil-kecil lebih kurang 1cm panjang dan 0.4cm tebal, peria dan 4 ulas cili besar yang berwarna merah dihiris halus dicuci dengan garam sekali.
    ‘Aku (perlu) campurkan semua bahan ini dan biarkan selama 10 minit,’ Getus hati Ayu Afiqah (yg) mengingati cara-cara menghasilkan Hinava yang dipelajarinya dari(pada) ibu dan Nek Jah (dahulu). Sementara menunggu hinava tadi siap, Ayu Afiqah menyediakan pencuci mulut berupa ubi kayu rebus bercokelat.
    Kurang dari 2 jam, Ayu Afiqah berjaya menyiapkan dua hidangan. Hidangan Hinava di hidangkan di dalam pinggan putih dan (dihiasi dengan gubahan bunga (yg dibentuk drpd) cili besar yang berwarna merah di tepi. Manakala ubi rebus pula dihidangkan dalam pinggan putih (berbentuk) segiempat dengan sos cokelat. Di atas ubi kayu itu, Ayu Afiqah parutkan kelapa muda dan gula merah.
    (`Wah!’ bisik hatinya,) Hasil hidangan yang cantik dan (menyelerakan). Sekilas, Ayu Afiqah menjeling hidangan peserta lain. (Ternyata, amat cantik dan kelihatan sedap sekali masakan mereka, (Mendadak), keyakinannya sebentar tadi hilang serta merta. Mujur hidangan(nya) telah siap. Jika tidak, pasti (dia lemah semangat dan) tidak berupaya untuk menyediakan apa-apa masakan (lagi).
    “Baiklah (chef2) sekalian, sila berhenti dan jangan sentuh apa-apa lagi kerana masa yang diperuntukkan selama 2 jam telah berakhir.” Tiba-tiba juruacara (berbahasa inggers,) memecah kesibukan para peserta menyiapkan hidangan masing-masing.
    Dada Ayu Afiqah (terus berdebar tidak keruan) Setiap detik dan gerakan pihak juri tidak terlepas dari pandangannya dari jarak 10 langkah itu. Ternyata (peserta lain juga) sepertinya, (resah gelisah) Malah ada yang menggigit jari tanda (kebimbangan. Dlm hati, ayu afiqah terbetik satu soalan;). ‘Adakah hidanganku menepati citarasa antarabangsa?’

    ReplyDelete
  17. Kelihatan para juri ke meja hidangan, secara serentak. Mereka mulai merasa hidangan peserta satu persatu. Sebaik sahaja sampai ke masakan Ayu Afiqah, tiba-tiba seorang juri memberi respon yang tidak disangka-sanngka.
    “Hmm... Mashissoyo! Sedap!” (Kata salah seorang juri yang berasal dari negara Korea Selatan sambil mengangkat ibu jarinya dan mengangguk-anggukkan kepalanya - bahagi dua ayat ni). Semua di dewan itu, termasuk pihak juri yang lain ikut ketawa (senang) dan tersenyum melihat gelagat juri itu.
    Ayu Afiqah sendiri. Hilang sedikit resahnya. Setelah lebih kurang 15 minit menunggu, semua peserta anda diminta naik ke pentas Dewan Censelor UMS untuk mendengar keputusan keseluruhan. (Sejurus itu, juruacara menjemput (Yg Berhormat) Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Duta dari Negara Korea Selatan ke pentas utama untuk menyampaikan hadiah yang bakal diumumkan sebentar lagi. - bahagi dua atau tiga ayat ni.
    Ayu Afiqah melangkah ke hadapan dan berdiri sebaris dengan peserta yang lain. (dadanya - ? nafasnya - ? - buat pengacara panggil nama2 peserta yg dpt sagu hati dul)
    “Baiklah hadirin sekalian, pemenang tempat ke-3, pemenangnya ialah kanak-kanak perempuan bernama Diya Sarmisha dari Singapura,” (umum juru acara - riak muka)
    Jantung Ayu Afiqah semakin (berdegup kecang, seolah2 - ?). Ayu Afiqah hanya mampu mengenggam (tinju) dan tanpa disedarinya, dia bergerak ke hadapan dan belakang. Sungguh, dia tidak tenteram.
    Juruacara membuat pengumuman yang dia akan mengumumkan nama johan (dahulu). Ini bermakna nama yang tidak disebutkan adalah nama naib johan Master Chef Junior Terbuka Malaysia tahun 2017. Pandangan Ayu Afiqah hampir (meng)gelap gulita. Namun ditahannya. Cepat-cepat dia beristigfar dan menguatkan dirinya. Dia tidak mahu pengsan di situ!
    ‘(Bertenang, bertenang.) Aku mesti kuat, aku mesti kuat, aku mesti kuat! Ibu, tolong Ayu....’ jerit Ayu Afiqah di dalama hati berkali-kali.
    “Baiklah hadirin sekalin, saya umumkan nama bagi Johan Pertandingan Master Chef Junior tahun 2017 jatuh kepada, Adik Ayu Afiqah dari Sabah, Malaysia!” Jerit juruacara.
    Serentak dengan itu, hujan belon melanda pentas Dewan Censelor UMS. Ayu Afiqah terkesima beberapa saat. Sempat dia menitiskan air mata keharuan. Dia akhirnya bergerak ke arah Datuk Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk menerima hadiah utama.
    “Tahniah Ayu Afiqah, Awak telah membuktikan yang kanak-kanak Malaysia juga amat berbakat. Semoga awak akan terus maju dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia kelak,” ucap Datuk menteri sewaktu dia menyerahkan hadiah Ayu Afiqah.

    ReplyDelete
  18. “Terima kasih Datuk, Insyaalah saya akan berusaha dengan gigih lagi selepas ini,” balas Ayu Afiqah (keharuan). (saat ayu afiqah menuruni tangga pentas - buat dia pandang keluarga dan rakan2 -reaksi mereka)
    ‘Ibu, kita dah berjaya ‘bu.... kita dah berjaya!’ getus Ayu Afiqah di dalam hati seolah-olah ibu ada di sisinya. (‘syukur AlhamdulillaH!'


    itu je dulu erna, gigih terus k

    ReplyDelete
  19. Bab 10: Perhitungan Akhir Chef Ayu

    ‘Ibu, hari ini adalaha hari penting. Pertandingan Akhir Master chef Junior akan berlangsung hari ini. Semoga Ayu berjaya melepasinya dengan jaya ya ibu,’ getus hati Ayu Afiqah.
    Suasana pagi yang indah di bandaraya Kota Kinabalu. Terujanya Ayu Afiqah bukan alang kepalang, saat dia dan keluarga sampai awal di bandaraya itu seawal pukul 8.00 pagi. Kereta sedan ayah baharu sahaja menghampiri pagar utama Universiti Malaysia Sabah (UMS). Seperti biasa, ayah yang berhenti seketika di pondok pengawal untuk urusan keselamatan.
    Tiba-tiba mata Ayu Afiqah terpandang sebuah kain rentang yang terlepasang pada papan tanda iklan luar kawasan UMS. Pada kain rentang itu, bertulis Selamat Datang ke Pertandingan Akhir Master Chef Junior Terbuka Asia Tenggara 2017. Tidak dia tahu pula ada pertandingan Master Chef Junior Terbuka Asia Tenggara 2017 yang akan berlangsung di UMS.
    ‘Wah! jika ada kelapangan, aku nak jugak tengok pertandingan tu,’ bisik hati Ayu Afiqah. Namun, dalam hati, dia tertanya-tanya, mengapa dia tidak pernah mendengar tentang pertandingan itu, di Sabah. Sebaik sahaja menghampiri kawasan Dewan Censelor UMS, ada satu lagi kain rentang yang tertulis perkara yang sama. Kali ini Ayu Afiqah terkejut. Tidak disangka pula bahawa tarikh pertandingan Masterchef Junior Terbuka sama dengan tarikh pertandingannya Master Chef Junior Malaysia.
    `Aduuuh…!” getus hati Ayu Afiqah yang mulai berasa was-was. Namun, Ayu Afiqah berusaha melupakan perkara itu. Ayu Afiqah sedar, dia perlu bersedia untuk pertandingan yang akan dihadapinya hari ini. Untuk itu, tanpa berlengah, Ayu Afiqah melangkah pantas beriringan dengan ayah ke kaunter pendaftaran di lobi Dewan Censelor UMS.
    `Ramainya…!’ bisik Ayu Afiqah. Namun, hanya beberapa orang sahaja yang dikenali oleh Ayu Afiqah. Peserta lain yang turut berbaris untuk mendaftar seakan bukan warga negara Malaysia. Bahasa pertuturan mereka bersama orang dewasa di sisi masing-masing bukannya Bahasa Malaysia.
    `Eh? Aku salah dewankah ini?’ tanya Ayu Afiqah, dalam hati. Wajah-wajah yang tidak dikenalinya memakai pakaiana yang hanya pernah dilihat oleh Ayu Afiqah di dalam telivisyen. Pakaian tradisional negara-negara Asia Tenggara. Ada sesetengahnya belum pernah dilihatnya langsung. Unik dan begitu berwarna warni. Ayu Afiqah tidak berani untuk mendekati kaunter pendaftaran tersebut. Dia berhentikan langkahnya sejauh 10 meter daripada barisan para peserta lain untuk menyelak beg sandangnya.
    Lantas, Ayu Afiqah mengeluarkan surat panggilan pertandingan yang dicetaknya sebelum ini. Tiba-tiba, sekali lagi Ayu Afiqah terpinga kehairanan. Sungguh dia tidak mengerti mengapa dia tidak membaca dengan teliti akan surat panggilan menyertai Pertandingan Master Chef Terbuka Malaysia daripada pihak penganjur? Padahal, terang-terangan tajuk yang tertera pada kepala surat panggilannya ialah Pertandingan Akhir Master Chef Junior Terbuka Asia Tenggara 2017.
    `Bagaimana aku boleh terlepas pandang tentang tajuk surat jemputan ini?’ keluh Ayu Afiqah yang terkejut bukan alang kepalang. Menggigil tangan dan kepala lututnya. Ayu Afiqah berasa begitu tertekan. Sekarang Ayu Afiqah terpaksa bersaing dengan peserta dari Asia Tenggara, tanpa sebarang persediaan!
    “Bertenang nak, jangan panik. Buat biasa-biasa sahaja,” pujuk Ayah sebaik melihat air muka Ayu Afiqah berubah pucat. Ayu Afiqah berkelakuansedemikian setelah melihat peserta lain dan membaca surat jemputan yang ada di tangannya.

    ReplyDelete
  20. “Antarabangsa ayah, peserta-peserta di peringkat antarabangsa mereka ‘tu!” Getus Ayu Afiqah, rusuh.
    “Tak mengapa Ayu. Mereka tetap kanak-kanak seperti Ayu. Anggap saja mereka adalah cabaran. Jangan gentar, lawan!” pujuk ayah yang saling berpandangan dengan Nek Jah dan Nek Dar dengan penuh makna. Seolah-olah mereka cuba menyembunyikan perasaan gusar mereka juga.
    “Tak ‘pa Ayu, kita daftar je dulu. Semasa pendaftaran nanti kita boleh tanya pihak urusetia di kaunter pendaftaran tu,” Nek Jah mencadangkannya begitu dengan senyuman manis. Kemudian, Nek Jah dan Nek Dar duduk di kerusi berhampiran yang disediakan untuk orang awam. Ayu Afiqah lalu ditemani oleh ayah semasa dia membuat pendaftaran.
    “Pertandingan Akhir kali ini, kita pilih 3 peserta akhir Master Chef Malaysia dan kita buka penyertaan dari mana-mana negara Asia Tenggara yang ingin menghantar wakil terbaik mereka sebagai peserta. Format ini adalah atas permintaan pihak penaja untuk menjadikan Master Chef Junior Malaysia sebagai Master Chef Junior Terbuka peringkat Asia Tenggara. Juri juga adalah terdiri dari setiap negara yang bertanding,” Jelas pihak urusetia kepada Ayu Afiqah dan ayah dengan panjang lebar.
    ‘Terbaik?’ getus Ayu Afiqah. Kecut perut Ayu Afiqah mendengar penjelasan pihak urusetia tersebut. Suasana persekitaran pendaftaran di lobi dewan Censelor yang terang benderang oleh cahaya pagi dan lampu neon itu tiba-tiba seakan malap pada pandangannya. Sungguhpun demikian, Ayu Afiqah sempat menjeling senarai peserta yang bakal bertanding dengannya sebentar lagi.
    ‘Wah, peserta dari Negara Brunei, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, China, Jepun dan Malaysia sendiri!” Hampir ternganga-nganga Ayu Afiqah dibuatnya. Sesetengahnya sudah pun terkenal sama ada melalui internet mahupun siaran memasak di telivisyen. Malah, ada antara mereka yang sering disebut-sebut sebagai juara di hati peminat dalam setiap pertandingan masterchef!
    Wajah Ayu Afiqah memucat. Jantungnya berdegub dengan kuat. Peluh tiba-tiba menitik di dahinya, meskipun alat penghawa dingin di lobi dewan berfungsi dengan baik. Jika diikutkan hatinya, hendak sahaja dia lagi dari tempat itu. Namun, dia tiba-tiba teringatkan harapan dan impian banyak pihak. Ibu, ayah, Nek Jah, Nek Dar, SK Bandar Keningau, Cikgu-cikgu, rakan-rakan dan seterusnya rakyat Malaysia!
    Terbayang-bayang Ayu Afiqah pada wang saguhati yang diberikan kepadanya oleh pihak persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG), dua hari lepas. Mereka mengaharapkan agar dengan adanya saguhati ini, Ayu akan terus bersemangat untuk mengharumkan nama sekolah. Terutama sekali dalam Pertandingan Master Chef Junior tahun 2017.
    “Besarlah harapan pihak PIBG dan sekolah agar Ayu berjaya membawa pulang kejayaan dalam pertandingan itu nanti, ” Getus Puan Aminah, guru besar SK Bandar Keningau dua hari lepas dalam majlis khas meraikan Ayu Afiqah kerana inilah julung-julung kalinya murid SK Bandar Keningau menyertai Pertandingan Master Chef Junior Malaysia. Sekaligus tersenarai sebagai peserta finalis. Suatu penghargaan kepada SK Bandar Keningau.
    Ayu Afiqah yang resah gelisah di kaunter pendaftaran segera menepis kenangan itu dari benaknya. Jantungnya terus berdegub tidak tentu arah. Sungguh Ayu Afiqah tidak tahu sama ada dapat meneruskan pertandingan ini atuapun tidak. Rasanya dia belum bersedia untuk pertandingan peringkat Asia Tenggara.
    `Kalau masuk juga, bagaimana jika aku kalah? Tidakkah itu akan memalukan keluargaku? Sekolahku? Rakan-rakanku? Ini peringkat Asia Tenggara Ayu! Memalukan Malaysia!’ Hati Ayu Afiqah merusuh ganas.
    “Adik Ayu Afiqah! Sila tanda tangan dan ambil tag nama anda,” panggil urusetia bertugas dengan mesra.

    ReplyDelete
  21. Lamunan Ayu Afiqah terhenti seketika. Dia yang masih berada di hadapan kaunter pendaftaran cepat-cepat mengambil tag nama dari pihak urusetia. Dia kemudiannya perlu berkumpul di hadapan pintu masuk ke dalam dewan bersama peserta lain.
    “Ayu, usah berasa gusar, teruskan sahaja. Ayu terpilih kerana kebolehan yang ada pada Ayu. Ayah juga yakin yang Ayu pasti boleh!” Ayah cuba memberi semangat sambil mengusap kepala Ayu Afiqah dengan penuh kasih sayang.
    Ayu Afiqah yang memakai baju kebaya putih berbunga hijau kecil, mengangguk lemah.
    Baju kebaya itu hadiah daripada Nek Jah. Manakala kain sarong yang dipakainya adalah dari kain sarong kegemaran ibu. Kain sarog itu telah dijahitkan semula oleh Nek Dar agar selesa dipakai oleh Ayu Afiqah. Tudung yang dikenakan Ayu Afiqah berwarna hijau lumut. Tudung itu adalah hadiah daripada ibu. Ayah pula menghadiahkan kasut bertumit getah yang rata.
    Ayu Afiqah menyalami ayah, Nek Dar dan Nek Jah sebelum mereka bergerak ke tempat duduk penonton. Ayu Afiqah pula diminta berbaris sebelum masuk ke dalam dewan. Mereka bakal diperkenalkan satu persatu ketika berjalan masuk kelak. Semasa di dalam barisan, Ayu Afiqah sempat mengerling peserta dari negara lain.
    Sekali lagi, dikerlingnya peserta-peserta master chef yang lain. Ternyata, Ketinggian fizikal peserta dari negara Indonesia dan Brunei hampir sama dengannya, 150cm. Namun, saiz tubuh peserta dari negara Singapura, Korea Selatan, Taiwan, China agak tinggi daripada Ayu Afiqah sendiri. Seperti tubuh gadis remaja 18 tahun.
    ‘Perbandingan fizikal sahaja menunjukkan aku dah kalah. Bagaimana dengan masakan nanti?’ Ayu Afiqah semakin kurang yakin akan kemampuannya.
    Bertungkus lumus pula Ayu Afiqah cuba menyembunyikan keresahannya dengan senyuman. Sedangkan, dadanya masih digelut kebimbangan. Segera Ayu Afiqah memaksa diri agar fokus diri sendiri. Terutamanya pada menu hidangan yang patut disediakannya itu. Menu itu semestilah yang boleh bersaing di peringkat antara bangsa!
    ‘Bagaimana jika menu yang aku hidangkan tidak mencapai tahap peringkat antarabangsa?’ Otak Ayu Afiqah tidak putus-putus berfikir. Hatinya kian merusuh meskipun Ayu Afiqah masih berada dalam barisan.
    Ternyata, format kali ini ialah para peserta akan diperkenalkan satu persatu. Kemudian, peserta diminta berlari masuk ke dewan dan terus ke tengah gelanggang. Sewaktu Ayu Afiqah disebutkan namanya, dia sempat memulakan langkahnya dengan Bismillah, seperti yang selalu ibu sarankan selama ini. Seakan dia mendengar suara ibu memberi perangsang kepadanya.
    “Ayu, semoga kita akan mendapat berkat dan dipermudahkan,” selintasan ucapan ibu masih tergiang-ngiang lagi di ingatannya. Ayu tersenyum lembut. Pesanan ibu itu sesungguhnya adalah pedoman untuknya hingga kini. Cahaya dewan yang terang dan gemerlapan dengan limpahan lampu neon. Suasana dewan juga amat meriah dengan bersorakan dan tepukan hadirin di dalam dewan Censelor Universiti Malaysia Sabah, UMS.
    Dari kejauhan, kelihatan ayah, Nek Jah, Nek Dar, cikgu Natasha, Steve, Devi, Tay, Alif dan beberapa orang rakan sekolahnya berada di tempat duduk penonton. Mereka memberikan sorakan dan lambaian tanda sokongan kepada Ayu Afiqah. Ayu Afiqah membalas lambaian itu dengan senyuman manis.
    Sebaik sahaja berada di tengah gelangang, Ayu Afiqah mengambil tempat bersama peserta yang lain. Dadanya berdebar tidak keruan. Kedudukan peserta adalah dalam satu barisan panjang menghadap para juri dan penonton. Kali ini, juri adalah dari semua negara yang bertanding. Namun, juruacara kacak yang sentiasa menemani mereka sebelum ini, masih dikekalkan orang yang sama.

    ReplyDelete
  22. Hadiah tempat pertamanya ialah wang tunai biasiswa pendidikan bernilai puluhan ribu ringgit. Juga sejumlah wang tunai bernilai ribuan ringgit. Di samping piala, pekej percutian ke Korea Selatan tajaan kedutaan negara Korea Selatan. Juara juga bakal menjadi duta Master Chef Malaysia selama setahun.
    ‘Patutlah ada lelaki seperti orang Korea duduk di barisan VIP bersama menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Rupa-rupanya duta negara Korea Selatan,’ getus hati Ayu Afiqah, kekaguman.
    Tempat kedua pula akan membawa pulang wang tunai bernilai yang kurang sedikit daripada tempat pertama. Yakni, selain daripada turut menerima piala, pekej percutian ke Thailand dan menjadi duta Master Chef Junior selama setahun. Sementara tempat ketiga pula akan membawa pulang wang tunai hanya kurang sedikit daripada tempat kedua. Iya itu, di samping piala, pekej percutian di Malaysia dan menjadi duta Master Chef Junior selama setahun.
    ‘Wah! lumayan jugak hadiah yang akan di bawa pulang ini, aku paling nak yang biasiswa tu. Dapat juga aku membantu meringankan beban ayah menampung keluarga kami,’ getus hati Ayu Afiqah. Namun, dia tetap berdebar kerana format kali ini, adalah bertajuk ‘cabaran kotak hitam’. Peserta akan menyediakan hidangan yang mereka tidak tahu apakah bahan utama di bawah tudung saji yang diperbuat dari aluminium itu.
    “Peserta sekalian, anda diminta untuk menyiapkan 2 hidangan dalam tempoh 2 jam. Di hadapan anda ada tudung saji yang mengandungi bahan misteri di dalamnya. Bahan misteri ini adalah bahan utama bagi salah satu hidangan anda nanti,” kata juruacara dengan serius.
    “Baiklah, semua peserta boleh membuka tudung saji masing-masing sekarang!” Juruacara akhirnya mengumumkan permulaan pertandingan, bagaikan semboyan untuk memulakan perang.
    Dengan pantas Ayu Afiqah membuka tudung saji berkenaan serentak dengan peserta lain. Tersenyum kelegaan dia melihat akan ikan tenggiri yang beratnya kira-kira 400gram di bawah tudung saji itu. Otak Ayu Afiqah ligat berfikir, apakah menu yang paling sesuai untuk ikan tenggiri ini?
    ‘Hinava! Hidangan yang ringkas dan sedap!’ bisik hati Ayu Afiqah, teruja. Hinava adalah hidangan yang selalu dibuatnya bersama ibu dan Nek Jah apabila berada di rumah Nek Jah di Kundasang. Bahan-bahan yang di perlukan pula amat mudah dan ringkas iaitu isi ikan tenggiri, buah peria, limau nipis, dan cili merah.
    Tanpa berlengah lagi, Ayu Afiqah mulai mengasingkan isi ikan daripada tulang-tulangnya.
    Ayu Afiqah hanya mengambil isi ikan sahaja. Isi ikan tadi dipotong kecil-kecil lebih kurang 1cm panjang dan 0.4cm tebal, peria dan 4 ulas cili besar yang berwarna merah dihiris halus dicuci dengan garam sekali.
    ‘Aku perlu campurkan semua bahan ini dan biarkan selama 10 minit,’ Getus hati Ayu Afiqah yang mengingati cara-cara menghasilkan Hinava yang dipelajarinya daripada ibu dan Nek Jah dahulu. Sementara menunggu hinava tadi siap, Ayu Afiqah menyediakan pencuci mulut berupa ubi kayu rebus bercokelat.
    Kurang dari 2 jam, Ayu Afiqah berjaya menyiapkan dua hidangan. Hidangan Hinava di hidangkan di dalam pinggan putih dan dihiasi dengan gubahan bunga yang dibentuk daripada cili besar yang berwarna merah di tepi. Manakala ubi rebus pula dihidangkan dalam pinggan putih berbentuk segiempat dengan sos cokelat. Di atas ubi kayu itu, Ayu Afiqah parutkan kelapa muda dan gula merah.
    `Wah!’ bisik hatinya, hasil hidangan yang cantik dan menyelerakan. Sekilas, Ayu Afiqah menjeling hidangan peserta lain. Ternyata, amat cantik dan kelihatan sedap sekali masakan mereka. Mendadak, keyakinannya sebentar tadi hilang serta merta. Mujur hidangannya telah siap. Jika tidak, pasti dia lemah semangat dan tidak berupaya untuk menyediakan apa-apa masakan lagi.
    “Baiklah chef-chef sekalian, sila berhenti dan jangan sentuh apa-apa lagi kerana masa yang diperuntukkan selama 2 jam telah berakhir.” Tiba-tiba juruacara berbahasa inggers, memecah kesibukan para peserta menyiapkan hidangan masing-masing.

    ReplyDelete
  23. Dada Ayu Afiqah terus berdebar tidak keruan. Setiap detik dan gerakan pihak juri tidak terlepas dari pandangannya dari jarak 10 langkah itu. Ternyata peserta lain juga sepertinya, resah gelisah. Malah ada yang menggigit jari tanda kebimbangan. Dalam hati, Ayu Afiqah terdetik satu soalan. ‘Adakah hidanganku menepati citarasa antarabangsa?’
    Kelihatan para juri ke meja hidangan, secara serentak. Mereka mulai merasa hidangan peserta satu persatu. Sebaik sahaja sampai ke masakan Ayu Afiqah, tiba-tiba seorang juri memberi respon yang tidak disangka-sangka.
    “Hmm... Mashissoyo! Sedap!” Kata salah seorang juri yang berasal dari negara Korea Selatan. Dia mengangkat ibu jarinya dan mengangguk-anggukkan kepalanya.
    Semua di dewan itu, termasuk pihak juri yang lain ikut ketawa senang dan tersenyum melihat gelagat juri itu. Ayu Afiqah sendiri ketawa. Hilang sedikit resahnya. Setelah lebih kurang 15 minit menunggu, semua peserta anda diminta naik ke pentas Dewan Censelor UMS untuk mendengar keputusan keseluruhan.
    Sejurus itu, juruacara menjemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia naik ke pentas utama. Beliau diiringi Duta dari Negara Korea Selatan untuk menyampaikan hadiah yang bakal diumumkan sebentar lagi.
    Ayu Afiqah melangkah ke hadapan dan berdiri sebaris dengan peserta yang lain. Dadanya merusuh tak terkawal lagi. Nafasnya turun naik seperti air panas yang menggelegak. Ayu Afiqah hanya mampu mengenggam dan memulas-mulas tinjunya. Sewaktu pengacara yang memanggil nama-nama peserta yang mendapat sagu hati amat, Ayu Afiqah serasa bagaikan setahun lamanya.
    “Baiklah hadirin sekalian, pemenang tempat ke-3, pemenangnya ialah kanak-kanak perempuan bernama Diya Sarmisha dari Singapura,” umum juru acara dengan wajah serius.
    Jantung Ayu Afiqah semakin berdegup kecang, seolah-olah genderang mahu perang. Ayu Afiqah hanya mampu mengenggam tinju dan tanpa disedarinya, dia bergerak ke hadapan dan belakang. Sungguh, dia tidak tenteram.
    Juruacara membuat pengumuman yang dia akan mengumumkan nama johan dahulu. Ini bermakna nama yang tidak disebutkan adalah nama naib johan Master Chef Junior Terbuka Malaysia tahun 2017. Pandangan Ayu Afiqah hampir menggelap gulita. Namun ditahannya. Cepat-cepat dia beristigfar dan menguatkan dirinya. Dia tidak mahu pengsan di situ!
    ‘Bertenang, bertenang. Aku mesti kuat, aku mesti kuat, aku mesti kuat! Ibu, tolong Ayu....’ jerit Ayu Afiqah di dalama hati berkali-kali.
    “Baiklah hadirin sekalin, saya umumkan nama bagi Johan Pertandingan Master Chef Junior tahun 2017 jatuh kepada, Adik Ayu Afiqah dari Sabah, Malaysia!” Jerit juru acara.
    Serentak dengan itu, hujan belon melanda pentas Dewan Censelor UMS. Ayu Afiqah terkesima beberapa saat. Sempat dia menitiskan air mata keharuan. Dia akhirnya bergerak ke arah Datuk Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk menerima hadiah utama.
    “Tahniah Ayu Afiqah, Awak telah membuktikan yang kanak-kanak Malaysia juga amat berbakat. Semoga awak akan terus maju dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia kelak,” ucap Datuk menteri sewaktu dia menyerahkan hadiah Ayu Afiqah.
    “Terima kasih Datuk, Insyaalah saya akan berusaha dengan gigih lagi selepas ini,” balas Ayu Afiqah keharuan. Saat Ayu Afiqah menuruni tangga pentas dia memandang keluarga dan rakan-rakannya. Mereka menjerit dan ada yang melompat kegembiraan melambai-lambai ke arahnya. Ayu Afiqah membalas dengan lambaian dan mengangkat piala dengan senyuman kepada mereka.
    ‘Ibu, kita dah berjaya ‘bu.... kita dah berjaya!’ getus Ayu Afiqah di dalam hati seolah-olah ibu ada di sisinya. ‘Syukur Alhamdulillah!'

    ReplyDelete
  24. Erna, seperti biasa, sebuah hasil pemurnian yg sgt2 padat, kuat, hidup mendebarkan dan menyentuh perasaan, tahniah! sekarang tamatlah sudah kelas tuisyen novel dgn saya. kita fokus cerpen sejarah pula.

    ini sentuhan akhirnya;


    1. Semoga Ayu berjaya melepasinya dengan jaya ya ibu,’ getus (hati - delete) Ayu Afiqah (dlm hati sambil tersenyum keharuan).
    2. Tiba-tiba mata Ayu Afiqah terpandang (akan) sebuah kain rentang yang (terlepasang - ?) pada papan tanda iklan (di) luar kawasan
    3. memakai (pakaiana - ?) yang hanya pernah dilihat oleh Ayu Afiqah di dalam telivisyen.
    4. Wajah Ayu Afiqah memucat. Jantungnya (berdegub - tukar; berdegup) dengan kuat.
    5. meskipun alat penghawa dingin di lobi dewan berfungsi dengan baik. Jika diikutkan hatinya, hendak sahaja dia (lagi - tukar; lari)
    6. Ibu bapa dan guru (PIBG), dua hari lepas. Mereka (mengaharapkan - ?)
    7. Ayu Afiqah yang resah gelisah di kaunter pendaftaran segera menepis kenangan itu dari benaknya. Jantungnya terus (berdegub - berdegup)
    8. Sedangkan, dadanya masih digelut kebimbangan. Segera Ayu Afiqah memaksa diri agar focus (kepada)
    9. “Ayu, semoga kita akan mendapat berkat dan dipermudahkan,” selintasan ucapan ibu masih tergiang-ngiang lagi di ingatannya. (tekan sekali enter)
    10. Dari kejauhan, kelihatan ayah, Nek Jah, Nek Dar, (cikgu - Cikgu) Natasha,
    11. Hadiah tempat pertamanya ialah (wang tunai - delete) biasiswa pendidikan
    12. Tempat kedua pula akan membawa pulang wang tunai (bernilai - delete)
    13. Master Chef Junior selama setahun. Sementara tempat ketiga pula akan membawa pulang wang tunai (yang) hanya
    14. ‘Wah! lumayan jugak hadiah yang akan (dibawa)
    15. Bahan-bahan yang (diperlukan) pula amat mudah dan ringkas iaitu isi
    16. tak terkawal lagi. Nafasnya turun naik seperti (wap) air panas yang menggelegak.
    17. Sewaktu pengacara yang memanggil nama-nama peserta yang mendapat sagu hati, (amat - delete)
    18. ‘Bertenang, bertenang. Aku mesti kuat, aku mesti kuat, aku mesti kuat! Ibu, tolong Ayu....’ jerit Ayu Afiqah di (dalama - ?)

    itu je utk novel yg hebat ini, erna. gigih terus k

    ReplyDelete