• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, September 17, 2017

38 comments:

  1. Bab 1: ‘Gadis Besi’
    Rania berdiri dihadapan mesin Shilded Metal Arc Welding (SMAW) dengan perasaan tidak menentu. Hatinya tidak tenteram. Nafasnya turun naik berdegup kencang. Meja kerja kimpalan di hadapannya masih tidak terusik. Fikirannya tidak fokus, fikir tentang Effa rakan baiknya. Dia tidak boleh memulakan kerja. Otaknya buntu. Pertelingkahannya dengan Effa sebentar tadi masih terbayang-bayang di matanya. Effa tiba- tiba memarahinya.
    “Awak dah berubah Rania!” kata-kata akhir dari Effa amat mengejutkan Rania.
    Puas dipanggil, namun Effa tetap juga berkeras untuk tidak memalingkan mukanya. Sudahnya, Rania yang menanggung malu apabila melihat rakan-rakan si sekelilingnya berbisik sesama sendiri sambil memandang kearahnya. Merah padan muka Rania. Dengan berat hati, dia terpaksa melangkah pergi meninggalkan kawasan ruang legar Hal Ehwal pelajar itu. Hatinya amat kecewa dengan tingkah Effa yang dia sendiri tidak sedari puncanya mengapa.
    Berkali-kali Rania memandang ke arah talifon yang di pegangnya. Mesej terakhir Effa ialah meminta dia datang ke ruang legar Hal Ehwal pelajar tepat pukul 2.00 petang. Rania yang masih sedang sibuk menyiapkan kerja 6GR di bengkel Teknologi Kimpalan terpaksa berhenti seketika untuk memenuhi permintaan sahabatnya itu. Namun, kesungguhan Rania untuk datang ke ruang legar Hal Ehwal Pelajar itu sebaliknya di balas dengan kata-kata yang mengejutkannya. Meskipun dia belum sempat berkata apa-apa. Puas Rania cuba menghubungi Effa menggunakan talifon dan mesej. Namun, semuanya tidak dibalas oleh Effa. Rania semakin buntu.
    Effa adalah rakan baik Rania dan juga rakan sekelas semenjak dari tadika lagi. mereka sama- sama menyambung pelajaran di Kolej Vokasional itu untuk mendalami cita-cita mereka. Rania amat meminati bidang kimpalan. Bidang yang didominasi oleh kaum lelaki. Manakala Effa amat meminati bidang Bakeri dan Pasetary. Mereka sentiasa saling bantu-membantu sebelum ini. Namun, semuanya berubah semenjak 2 hari yang lepas. Tiba-tiba Effa sering tidak sebulu dengannya.

    ReplyDelete
  2. Effa adalah rakan baik Rania dan juga rakan sekelas semenjak dari tadika lagi. mereka sama- sama menyambung pelajaran di Kolej Vokasional itu untuk mendalami cita-cita mereka. Rania amat meminati bidang kimpalan. Bidang yang didominasi oleh kaum lelaki. Manakala Effa amat meminati bidang Bakeri dan Pasetary. Mereka sentiasa saling bantu-membantu sebelum ini. Namun, semuanya berubah semenjak 2 hari yang lepas. Tiba-tiba Effa sering tidak sebulu dengannya.
    “Rania, tolong bawakkan saya bahan kimpalan 6GR awak kepada saya. Saya nak buat penilaian pertama,” tiba-tiba En. Pits, pensyarahnya menyapa Rania dari jarak dua meter. Lamunan Rania tiba- tiba terhenti. Cepat-cepat dia menoleh kearah En. Pits dan lantas menjawab panggilan pensyarahnya itu tadi.
    “Baiklah En. Pits,” jawab Rania ringkas ringkas sebelum bangun dan bergerak ke arah almari untuk menyimpan bahan tersebut menyimpan bahan hasil pembelajaran pelajar. Namun, alangkah terkejutnya Rania apabila mendapati bahawa bahan bukti kimpalan 6GR itu tiada di tempatnya. Muka Rania tiba-tiba berubah merah. Puas di belek-belek dan di cari bahan tersebut. Dada Rania berdegup kencang. Mungkinkah bahan buktinya itu telah hilang? Puas di cari di semua tempat. Namun, jawapannya tetap sama. Peralatan tersebut telah ghaib. . Almari yang diperbuat dari besi keluli itu adalah almari yang dihaskan untuk
    Dada Rania berdegup dengan lebih kencang. Perasaannya tidak menentu. Dia akan gagal semester akhir ini jika bahan tersebut tidak juga kelihatan.
    "Takkan bahan tersebut boleh hilang, baru sejam yang lalu ia disimpan di tempat tersebut. Bagaimana ia boleh tidak berada di tempatnya? Apa aku nak jawab pada En. Pits?” Berbagai soalan yang tercetus di fikiran Rania. Takkan bahannya itu telah di sabotaj oleh orang lain pula.
    Dengan penuh perasan kecewa, perlahan-lahan dia bergerak mendekati pintu bilik pensyarahnya En. Pits. Dengan penuh kepayahan dan berat hati dia terpaksa membuka mulut.

    ReplyDelete
  3. “En. Pits, bahan kimpalan 6GR saya dah tak ada di tempatnya. Saya tak tahu di mana silapnya. Tetapi saya yakin saya ada letakkannya di tempat yang sepatutnya sebelum saya ke pusat sumber tadi.” Jelas Rania sambil terketar-ketar. Matanya bergenang air mata. Tidak sanggup dia gagal untuk semester ini. Semester akhir. Empat tahun dia berusaha untuk mendapatkan skor yang tertinggi meskipun terpaksa bersaing dengan pelajar lelaki di sekelilingnya.
    Sebaik sahaja meluahkan kata-kata, Rania terus sahaja menundukkan mukanya. Dia tidak mahu menangis. Dia adalah ‘gadis berhati besi’! Itulah gelaran yang sering diberikan kepadanyan oleh pensyarah dan pelajar teknologi kimpalan di sekelilingya. Dia tidak mahu gelarannya akan berubah kepada ‘gadis lembik’! tidak sekali-kali! Dia tahu, En. Pits adalah salah seorang pensyarah senior yang amat tegas dan garang dalam unit Teknologi Kimpalan dan Jabatan Melanikal sekaligus.
    “Apa? Awak dah hilangkan bukti 6GR awak Rania? Bagai mana saya nak bagi markah kepada awak?” pertanyaan En. Pits itu bagaikan halilintar yang amat ditakuti oleh Rania. Ini bermakna dia akan digagalkan oleh En. Pits sekiranya dia tidak akan mengadakan bukti 6GR itu.
    Terketar-ketar tangan Rania menutup semula pintu bilik En. Pits. Hampir setengah jam dia merayu kepada En. Pits agar dia diberi peluang sekali lagi untuk membuat semula bahan tersebut. Beberapa saat, air mata Rania akhirnya meluncur laju. Cepat-cepat dia bergerak ke sudut bengkel yang agak tersorok. Dia tidak mahu ada orang melihat dia menangis. Mujur hari ini pembelajaran di bengkel habis awal. hanya pelajar tahun ahir sepertinya yang dibenarkan masuk ke bengkel Teknologi Kimpalan ini untuk menyiapkan bahan bukti mereka sebelum penilaian.
    Setelah puas menangis, Rania melangkah lemah ke kantin kolej. Semenjak pagi tadi dia belum menjamah sedikitpun makanan. Rania harus mencuci tangannya sebelum masuk ke kantin. Pelajar aliran teknologi kimpalan sepertinya wajib melakukan itu. Banyak perkara yang dilaluinya hari ini. Mengapa hari ini seperti tidak memberi tuah kepadanya?
    Perlahan-lahan Rania mendekati ruang pameran makanan. Dia mencapai sebungkus roti dan air dalam botol. Cukuplah untuk menghilangkan rasa laparnya. Dia mengeluarkan wang dari poket seluarnya dan membayar sebelum berlalu pergi. Rania mengambil tempat duduk yang paling tersorok di kantin agar dia dapat menikmati makanannya dan yang paling penting dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa. Biarlah dia menghabiskan makanannya dan melepaskan perasaan laparnya sebelum dia memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya. Malang serasa datang bertimpa-timpa kepada Rania.
    “Tahniah Rania! Awak adalah satu-satunya pelajar wanita yang sanggup menerima cabaran dalam bidang kimpalan ini. Sudah lama saya menantikan pelajar seperti awak ini. Semoga awak akan terus tabah dan bersemangat sehingga tamat kursus ini dan seterusnya mendapat Diploma ya.” Katakata En. Pits semasa Rania mendaftarkan diri ditemani ibu empat tahun yang lalu amat membakar semangatnya.
    Semangat itulah yang sentiasa dijaga dan dibajanya sehingga dia mendapat gelarah ‘gadis besi’!
    Ibu yang sebelum ini menentang hasratnya itu juga akhirnya merestui hasrasnya itu apabila mendengar potensi kerjaya dalam bidang kimpalan ini. Penerangan En. Pits itu telah berjaya mengubah pendapat ibu. Syukur Alhamdulillah!
    Namun, mengapa hari semangatnya bagaikan hilang? Pada semester akhir pengajiannya sebelum dia bergelar satu-satunya pelajar wanita graduan Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam?

    ReplyDelete
  4. Erna, jgn lupa selitkan sedikit butiran latar keluarga, tempat tinggal, daerah.
    dan cuba dptkan tak lebih dr 14 ms.

    kita mulakan;

    Bab 1: Gadis Besi Atau Gadis - ?

    (Rania - nanti tukar nama, tmbh; termangu sejenak. Sedetik itu, dia seakan dpt melihat - ? apa yg tertanggal dan terbang meninggalkannya? Terbang ke mana? Kaitkan dgn persahabatan, tmbh; Sekeping demi sekeping kenangan - ? terbang ke - ? Seolah2, walau menggunakan kaedah kimpalan yang paling popular, termasuk proses separa automatik dan automatik seperti kimpalan gerbang logam gas, kimpalan gerbang bawah air, kimpalan gerbang teras flux dan kimplan elektroslag, tidak akan dpt - ? - kaitkan dgn persahabatannya dgn effa - tukar jantina, tp biar suspen dulu)
    (Tanpa sedar, Rania (yg - gmbarkan penampilan, tmbh; menyentuh) mesin Shilded Metal Arc Welding (atau nama singkatannya) SMAW itu, (mengesak). Perasaan tidak menentu - tukar; gmbarkan perasaan dlm dada mcm mana, cuba kaitkan dgn proses kimpalan, tmbh; Minatnya utk lebih mengetahui ttg) perkembangan berterusan dengan ciptaan kimpalan laser, kimpalan elektron, kimpalan denyutan magnetik dan kimpalan putaran geseran ("friction stir welding"), (juga lenyap oleh geseran yg lebih dahsyat antara dia dan - ? sebut nama eff yg dah tukar jantina)
    (dia berdiri atau duduk ni? pernafasan, gambarkan suasana di situ, sebut nama tempat, nama sekolah, daerah. Gmbarkan cahaya, bunyi, udara, ada bau apa2 tak) Meja kerja kimpalan di hadapannya masih tidak terusik. (apa ada atas meja? Utk apa benda2 tu, detail)
    (siapa lagi di situ dan tgh buat apa, selain drpd rania? Gmbarkan mereka sedang buat apa) Fikirannya (yg terus berkecemuk bagai - ? tmbh; sukar ditumpukan kpd - ?). (fikir tentang Effa rakan baiknya - tukar Gambaran effa yg - ? gmbarkan riak muka effa, gmbarkan effa, penampilan, tmbh; menerjahi ruang matanya, berulang kali.). Dia tidak boleh memulakan kerja. Otaknya (buntu seprti di - ? telinganya berdesing oleh suara) Effa (yg seperti bunyi - ?) sebentar tadi.
    “Awak dah berubah Rania!” (tuduh) Effa, ( sebelum bergegas ke - ?).
    (bagaikan terkena renjatan - ?,) Rania terkejut (mendengarkannya. - perasaan? Betul tak tuduhan effa tu? Adil tak? gmbarkan dia lawan perasaan yg seperti terkena percikan api - ? kaitkan dgn kimpalan, buat dia ingat siapa effa, sejak bila mereka bersahabat, patut tak dia ambil hati dgn kata2 effa tu? dll)
    (“Effa…!” Puas dipanggil - utk apa dipanggil?), namun Effa tetap juga berkeras untuk tidak memalingkan muka (ke arah)nya. Sudahnya, merah padam muka Rania menanggung malu apabila (menyedari bahawa) rakan-rakan (di) sekelilingnya) berbisik sesama sendiri sambil memandang ke arahnya. (seperti mereka memandang - ?)
    Dengan berat hati - kenapa berat hati?), (rania) terpaksa melangkah pergi meninggalkan kawasan ruang legar Hal Ehwal pelajar itu. Hatinya amat kecewa dengan tingkah Effa yang dia sendiri tidak sedari puncanya mengapa.
    Berkali-kali Rania (merenung skrin telefon bimbitnya). Mesej terakhir Effa

    ReplyDelete
  5. ialah meminta (agar) dia datang ke ruang legar Hal Ehwal pelajar tepat pukul 2.00 petang. Rania yang (ketika itu) masih sedang sibuk menyiapkan kerja 6GR di bengkel Teknologi Kimpalan, terpaksa berhenti seketika untuk memenuhi permintaan sahabatnya itu. (kenapa terpaksa berhenti? Mesej tu tak kata urgent pun, buat dia terbayang pada ruang legar hal ehwal pelajar, kenapa agaknya effa suruh dia dtg ke ruang legar tu?)
    (Bagaimana dpt dijangka) Kesungguhan Rania untuk (memenuhi permintaan sahabatnya itu dgn bergegas) datang ke ruang legar Hal Ehwal Pelajar, dibalas dengan kata-kata yang (mencalar - guna perkataan berkaitan dgn proses kimpalan) hati sendiri) Padahal, dia belum sempat berkata apa-apa. (termangu kebodoh2an dia, di ruang legar yg - ? gmbarkan ruang legar, siapa lagi ada di situ)
    (bagaimanapun, demi persahabatn yg telah terjalin sejak - ? rania memilih utk menafikan rasa tersinggungnya utk - ? knp dia memilih utk tidak tersinggung? Tmbh; Namun,) puas Rania cuba menghubungi Effa menggunakan (panggilan) telefon dan (pesanan ringkas. Sayangnya), semuanya tidak dibalas oleh Effa.
    Rania semakin buntu, (sebuntu - ? kaitkan dgn satu projek bersama effa dan rakan2 lain yg pernah dialaminya. Berjaya tak diatasi akhirnya kebuntuan tu? Kali ini, dia buntu dgn sikap effa yg tiba2 menjadi sedingin - ?)
    (Effa adalah rakan baik Rania dan juga rakan sekelas semenjak dari tadika lagi. mereka sama- sama menyambung pelajaran di Kolej Vokasional itu untuk mendalami cita-cita mereka. Rania amat meminati bidang kimpalan. Bidang yang didominasi oleh kaum lelaki. Manakala Effa amat meminati bidang Bakeri dan Pasetary. Mereka sentiasa saling bantu-membantu sebelum ini. - cuba buat ni monolog dlm bentuk soalan supaya info hidup)
    Namun, semuanya berubah semenjak 2 hari yang lepas. Tiba-tiba Effa sering tidak (sebulu - cuba guna perbandingan yg berkaitan dgn proses kimpalan) dengannya.
    “Rania, tolong bawakan saya bahan kimpalan 6GR awak kepada saya. Saya nak buat penilaian pertama,” tiba-tiba (Encik) Pits, pensyarahnya menyapa Rania dari jarak dua meter.
    Lamunan Rania tiba- tiba terhenti. Cepat-cepat dia menoleh ke arah (En. - eja penuh) Pits. (gmbarkan encik pits, penampilan)
    “Baiklah (En. - ejaan?) Pits,” jawab Rania ringkas sebelum (bingkas) bangun (mematuhi arahan. Dia lalu) bergerak ke arah almari untuk menyimpan bahan (tersebut - barang tu utk apa - sesuaikan dgn ayat seterusnya) menyimpan bahan hasil pembelajaran pelajar.
    (tiba2, rania tersentak cemas Bagaimana tidak) bahan bukti kimpalan 6GR (yg - ) itu sudah tiada di tempatnya. Muka Rania tiba-tiba berubah (merah - tukar pucat, sepucat - ?). Puas (di belek-belek - diselongkarnya?) utk dicari bahan (tersebut - sebut namanya, siapa yg simpan bahan tu di situ kali terakhir?). (namun pencariannya sia2.). Dada Rania (berdebar) kencang. (Mungkinkah bahan buktinya itu telah hilang? - mmg pun dah hilang erna, tukar) Puas dicari di semua tempat, (beri beberapa contoh drpd perkataan semua tu)

    ReplyDelete
  6. Namun, jawapannya tetap sama. Peralatan (tersebut - sehut nama bahan, gmbarkan bahan, warna) itu, (seakan) telah ghaib (entah ke mana). (Almari yang diperbuat dari besi keluli itu adalah almari yang dihaskan untuk - ayat tergantung ni erna)
    (‘bagaimana ini boleh berlaku? Ke mana menghilangnya? Sabotajkah ini? jika ya, siapa yg empunya angkara? Kenapa? dll’ tanya hatinya, bertalu2).
    (buat dia pandang siapa berualng kali, buat dia terbayang mcm mana dia bersusah payah menyiapkan tugasannya - kaitkan dgn bahan tu) Dada Rania berdegup dengan lebih kencang. Perasaannya (kian) tidak menentu. (buat dia terbayang pada keluarga, di mana mereka) Dia akan gagal semester akhir ini jika bahan tersebut tidak juga kelihatan. (jika gagal, apa perasaan keluarganya, agaknya? Dia pernah gagal tak sebelum ni?)
    "Takkan bahan tersebut boleh hilang, baru sejam yang lalu ia (disimpan - siapa simpan? di tempat (tersebut - tempat apa). Bagaimana ia boleh tidak berada di tempatnya (lagi)? Apa (yg) aku nak jawab pada En. Pits?” (rintih rania dlm hati dgn) berbagai soalan yang tercetus di fikirannya.
    Takkan bahannya (kerana) sabotaj oleh orang lain pula.
    Dengan penuh perasan kecewa, perlahan-lahan dia bergerak mendekati pintu bilik pensyarahnya En. Pits. Dengan penuh kepayahan dan berat hati dia terpaksa (berterus terang dgn - ?)
    “(err,,, encik pits… err.. “katanya tergagap2, perasaan)
    (dialog balas encik pits, dia tgh buat apa?)
    (En. Pits - eja penuh), bahan kimpalan 6GR saya dah tak ada di tempatnya. Saya tak tahu di mana silapnya. Tetapi saya yakin saya ada letakkannya di tempat yang sepatutnya, (di - ? sebtu tempatnya), sebelum saya ke pusat sumber tadi,” jelas Rania sambil terketar-ketar. Matanya bergenangan (dgn) air mata.
    (Sungguh) tidak sanggup dia (menerima kegagalan) untuk semester ini. semester akhir. Empat tahun dia berusaha untuk mendapatkan skor yang tertinggi meskipun terpaksa bersaing dengan pelajar lelaki (di sekelilingnya - di mana? Apa komen effa yg dah tukar jantina?). (pernah gagalkah sebelum ini? sebut ttg peperiksaan besar sebelum ni, jika gagal, apa reaksi keluarga, perasaan rania terhadap keluarganya)
    (dialog/monolog rania, perasaan - sesuaikan dgn ayat seterusnya) Sebaik sahaja meluahkan kata-kata, Rania terus sahaja menundukkan mukanya. Dia tidak mahu menangis. Dia adalah ‘gadis berhati besi’! Itulah gelaran yang sering diberikan kepadanyan oleh pensyarah dan pelajar teknologi kimpalan di sekelilingya (bila). Dia tidak mahu gelarannya akan berubah kepada ‘gadis (lembik’ - cari perkataan yg berlawan dgn besi, kaitkan dgn proses kimplanO! tidak sekali-kali! Dia tahu, En. Pits adalah salah seorang pensyarah senior yang amat tegas dan garang dalam unit Teknologi Kimpalan dan Jabatan Melanikal sekaligus.
    “Apa? Awak dah hilangkan bukti 6GR awak Rania? Bagai mana saya nak bagi markah kepada awak?” pertanyaan En. Pits itu bagaikan (halilintar - tukar; kaitkan dgn proses kimpalan)

    ReplyDelete
  7. (dialog balas rania) Rania (tersentak, gempar). Ini bermakna dia akan digagalkan oleh En. Pits sekiranya dia tidak akan mengadakan bukti 6GR itu.
    Hampir setengah jam (pula) dia merayu kepada En. Pits agar diberi peluang sekali lagi untuk membuat semula bahan tersebut.
    (dialog encik pits?)
    (perasaan rania) Dgn terketar-ketar tangan Rania menutup semula pintu bilik En. Pits. (kenapa dia tutup pintu bilik tu? Dia keluarkah?) Air mata Rania akhirnya meluncur laju. Cepat-cepat dia bergerak ke sudut (bengkel - bengkel apa?) yang agak tersorok. (gmbarkan suasana dlm bengkel) Dia tidak mahu ada orang melihat dia menangis. (dia tidak mahu daripada puteri besi dia bertukar menjadi puteri - ?)
    Mujur hari ini pembelajaran di bengkel - sebut nama bengkel, kolej), habis awal. (mujur lagi,) anya pelajar (tahun akhir dlm bidang apa) seperti dia sendiri yang dibenarkan masuk ke bengkel Teknologi Kimpalan ini untuk menyiapkan bahan bukti mereka sebelum penilaian.
    (sejurus,) setelah puas menangis, Rania (bangun perlahan2. Oleh perut yg - ?, dia terpaksa) melangkah lemah ke kantin kolej. (gmbarkan kantin, suasana, ada sesiapa di situ) Semenjak pagi tadi dia belum menjamah sedikitpun makanan. Rania harus mencuci tangannya sebelum masuk ke kantin. Pelajar aliran teknologi kimpalan sepertinya wajib melakukan itu - kenapa?). Banyak perkara yang dilaluinya hari ini. Mengapa hari ini seperti tidak memberi tuah kepadanya?
    Perlahan-lahan Rania mendekati ruang (hidangan) makanan.(gmbarkan makanan diletak dlm apa, di mana, ) Dia mencapai sebungkus roti dan air dalam botol. Cukuplah untuk menghilangkan rasa laparnya. Dia mengeluarkan wang dari poket seluarnya dan membayar sebelum berlalu pergi. Rania mengambil tempat duduk yang paling tersorok di kantin agar dapat makan (tanpa) diganggu oleh sesiapa. Biarlah dia menghabiskan makanannya dan melepaskan rasa laparnya (dahulu. Masalah) bagaimana (cara) untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya,, (akan difikirkan kemudiannya. Terburu2 pun tiada faedahnya kerana pada hari ini,) malang (memilih utk) datang bertimpa-timpa kepada(nya).
    “Tahniah Rania! Awak adalah satu-satunya pelajar wanita yang sanggup menerima cabaran dalam bidang kimpalan ini. Sudah lama saya menantikan pelajar seperti awak ini. Semoga awak akan terus tabah dan bersemangat sehingga tamat kursus ini dan seterusnya mendapat Diploma ya.” (pujian) En. Pits, empat tahun yang lalu, (masih terngiang2 lagi di ingatannya)‘
    (Ketika itu, rania yg) ditemani (oleh) ibu, (untuk mendaftar sebagai - ? berasa kata2 encik pits) membakar semangatnya. Semangat itulah yang sentiasa dijaga dan dibajanya (dgn - ? apa dia buat utk baja semangat? Gmbarkan kegigihan dia) Sehingga, (akhirnya,) dia mendapat gelarah ‘gadis besi’!
    (buat dialog ibu, bila, di mana) Ibu yang sebelum ini menentang hasratnya itu juga akhirnya merestui hasrasnya itu apabila mendengar potensi kerjaya dalam bidang kimpalan ini. Penerangan En. Pits itu telah berjaya mengubah pendapat ibu.

    ReplyDelete
  8. Syukur Alhamdulillah!Namun, mengapa hari semangatnya bagaikan (hilang - tukar; kaitkan dgn sesuatu proses kimpalan yg mahu membakar atau membunuh semangat dia)? Pada semester akhir pengajiannya sebelum dia bergelar satu-satunya pelajar wanita graduan Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam?
    (apakah aku memang masih ada peluang utk digelar graduan … ? kelak?’ gmbarkan perasaannya yg seperti - ? kaitkan dgn kimpalan.)

    itu je dulu erna, gigih terus k

    ReplyDelete
  9. Bab 1: Gadis Besi
    Butia termangu sejenak. Sedetik itu, dia seakan dapat melihat bunga mawar kuning. Kelopak mawar itu tertanggal satu persatu dan terbang meninggalkannya. Terbang ke mana ke arah matahari terbit. Seolah olah menggambarkan persahabatannya yang kian menjauh. Sekeping demi sekeping kenangan bersama Sazali terbang ke arah yang sama seperti lenyapnya kelopak mawar putih itu. Seolah-olah, walau menggunakan kaedah kimpalan yang paling popular, termasuk proses separa automatik dan automatik seperti kimpalan gerbang logam gas, kimpalan gerbang bawah air, kimpalan gerbang teras flux dan kimplan elektroslag, tidak akan dapat menyatukan keeping-keping logam hati antara dia dan Sazali.
    Tanpa sedar, Butia yang berbaju bengkel berwarna biru gelap, berkaca mata whoogle dan bersepatu boot khas menyentuh mesin Shilded Metal Arc Welding atau nama singkatannya SMAW itu, mengesak. Perasaannya bergelora. Marah dan sedih bercampur baur di dalam dada bagaikan rod besi kimpalan yang sedang di panaskan. Minatnya untuk lebih mengetahui tentang perkembangan berterusan dengan ciptaan kimpalan laser, kimpalan elektron, kimpalan denyutan magnetik dan kimpalan putaran geseran friction stir welding, juga lenyap oleh geseran yang lebih dahsyat antara dia dan sazali.
    Butia yang masih terpaku di sisi mesin SMAW itu menatik nafas dalam-dalam. Suasana bengkel atau ruang kerja di bengkel Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Keningau yang biasanya menjadi tempat kegemarannya itu di situ kelihatan suram dan tidak berseri. Cahaya di bengkel kelihatan sedikit malap. Bau-bau pengit akibat pembakaran cebisan rod aktiviti mengimpal rakan-rakan sebelumnya menusuk hidung Butia.
    Meja kerja kimpalan di hadapannya masih tidak terusik. Rod besi, alat pengimpal tangan dan banyak lagi telah awal-awal lagi telah tersedia di atas meja kerja yang diperbuat dari besi itu. Alatan tersebut untuk kegunaan pelajar sepertinya bagi menyiapkan projek akhir tahun mereka. Nampaknya hanya Butiah yang ada di dalam bengkel ketika ini. Pelajar dan pensyarah lain telah pergi berehat atau meneruskan kerja masing-masing. Kalau ada pun, mungkin En. Peter atau lebih suka dipanggil dengan nama En. Pits. Katanya lebih mesra. Dia adalah pensyarah yang akan menyelia projek tahun akhir Butia. Dia kelihatan sedang sibuk di biliknya yang terletak bersebelahan dengan bengkel ini.
    Fikiran Butiah terus berkecemuk bagai serakan serpihan rod-rod besi di lantai yang belum dibersihkan selama beberapa bulan. Butiah masih memikirkan tentang Sazali rakan baiknya. Wajah Sazali tampan pan Asianya akan membuatkan hati sesiapa sahaja mudah jatuh hati. Namun, bagi Butia, Sazali tidak pernah lebih dari seorang kawan. Sazali yang dikenalinya semenjak dari sekolah rendah lagi adalah seteru utamanya dalam semua bidang. Namun demikian, Sazali jugaklah yang akan menjadi pembelanya jika ada orang yang cuba menganggunya sewaktu di sekolah rendah dahulu.
    Pelajar jurusan Teknologi Automotif, senyuman dan penampilan kemas Sazali sentiasa menarik perhatian sesiapa sahaja. Dengan ketinggian 170cm, Sazali sering mendapat perhatian oleh jurulatih sukan kolej seperti bola keranjang, bola tampar dan lompat galah. Namun, Sazali hanya selesa memilih sukan bola tampar. Senyuman Sazali yang manis tiba-tiba menerjahi ruang mata Butiah. Ya, senyuman Sazali yang manis yang diserikan dengan lesung pipit comel dipipi. Dia tidak boleh memulakan kerja. Otaknya buntu seperti sedang di sekat oleh sesuatu. Manakala telinganya berdesing oleh suara Sazali yang memarahinya seperti bunyi dia mengimpal paip selebar 8 inci sebentar tadi.

    ReplyDelete
  10. “Awak dah berubah Butia!” tuduh Sazali, sebelum bergegas ke bengkel Automotifnya. Bagaikan terkena renjatan elekrik , Butia terkejut mendengarkannya. Butiah sempat terkedu tanpa kata. Tidak sama sekali Sazali akan meluahkan kata-kata itu. Tuduhan itu sangat tidak adil kepadanya. Butiah tidak tahu apa punca yang pasti mengapa Sazali sanggup mengatakan itu keadanya. Butiah bagaikan sedang terkena percikan api! Persisi percikan api semasa dia mengimpal. Jika diikutkan hatinya, mau sahaja di tumbuknya muka Sazali ketika itu. Namun, dia masih ingat siapa Sazali, sejak bila mereka bersahabat, itulah kali pertama dia menyakitkan hatinya sedemikian. Mesti ada sesuatu yang tidak kena ni. Pasti ada yang memfitnah! Gutus hati Butiah yakin.
    “Sazali…!” Puas dipanggil untuk Butiah mengetahui punca Sazali berkelakuan sedemikian.
    Namun, Sazali tetap juga berkeras untuk tidak memalingkan muka ke arahnya. Sudahnya, merah padam muka Butia menanggung malu apabila menyedari bahawa rakan-rakan di sekelilingnya berbisik sesama sendiri sambil memandang ke arahnya. Seperti mereka memandang orang yang kurang siuman.
    Dengan berat hati kerana hasratnya untuk berbincang dan mengetahui punca Sazali meninggikan suara kepadanya, Butia terpaksa melangkah pergi meninggalkan kawasan ruang legar Hal Ehwal pelajar itu. Hatinya amat kecewa dengan tingkah Sazali yang dia sendiri tidak sedari puncanya mengapa.
    Berkali-kali Butia merenung skrin telefon bimbitnya. Mesej terakhir Sazali ialah meminta agar dia datang ke ruang legar Hal Ehwal pelajar tepat pukul 2.00 petang. Butia yang ketika sewaktu menerima pesanan tadi masih sibuk menyiapkan kerja 6GR di bengkel Teknologi Kimpalan, cepat-cepat dia menghabiskan sisa-sisa kerjanya yang hampir siap agar dapat memenuhi permintaan sahabatnya itu. Sudah sebulan mereka tidak berhubung kerana kesibukan masing-masing. Mesti ada perkara penting yang hendak disampaikan oleh Sazali! Butiah berfikir sendirian. Butiah terbayang pada ruang legar hal ehwal pelajar, kenapa agaknya Sazali suruh dia datang ke ruang legar tu? Mungkin Sazali telah rindu padanya agaknya. Butia meneka-neka sebabnya.
    Selama mereka bersahabat, Sazali biasanya akan mendapatkannya sekiranya dia ada masalah. Butiah adalah orang pertama untuk dia mengadu segala suka dukanya. Justeru kerana itulah kesungguhan Butia untuk memenuhi permintaan sahabatnya itu dengan bergegas datang ke ruang legar Hal Ehwal Pelajar. Namun, usahanya itu malah dibalas dengan kata-kata yang menyakitkan bagai terkena percikan api sewaktu mengimpal tampa menggunakan sebarang alat keselamatan. Padahal, dia belum sempat berkata apa-apa. Termangu kebodoh-bodohan dia, di ruang legar yang berkeluasan 1500 kaki persegi. Beberapa orang pelajar yang ada di situ melirik memandangnya dengan pandangan kehairanan. Perasaan malu yang ditanggung oleh Butiah ketika itu hanya tuhan yang tahu.
    Perlahan-lahan hati Butiah tiba-tiba menjadi sebak. Namun, cepat-cepat ditepisnya. Bagaimanapun, demi persahabatn yang telah terjalin sejak di bangku sekoleh rendah lagi, Butia memilih untuk menafikan rasa tersinggungnya. Sazali jarang berkelakuan begini. Pasti ada sebab yang cukup kuat untuk menyokong tindakannya.
    “Aku hanya perlu cari tahu penyebab mengapa Sazali bertindak sedemikian. Baik aku hubungi dia untuk meminta penjelasan!” Butiah berkata-kata sendirian sebelum bangun dari duduknya sebagai tanda dia tidak mahu terlalu terikut-ikut dengan perasaannya.

    ReplyDelete
  11. Dengan sepantas kilat, Butia mengambil talifon bimbitnya dan mendail nombor Sazali. Tiada jawapan. Dicubanya lagi namun, tetap gagal. setelah puas berusaha berhubung menggunakan panggilan telefon, dia mula membuat pesanan ringkas. Akhirnya Butia semakin buntu. Sebuntu sewaktu dia mula-mula mahu menyiapkan projek 6GR pada awal semester dahulu. Namun, kali ini, dia buntu dengan sikap Sazali yang tiba-tiba menjadi sedingin ais.
    “Sazali, awak adalah rakan baik saya dan juga rakan sekelas semenjak dari tadika lagi. Kita sama-sama menyambung pelajaran di Kolej Vokasional itu untuk mendalami cita-cita. Tapi, mengapa awak buat saya macam ni?” Butia berkata-kata di dalam hati sendirian.
    Butia tiba-tiba teringatkan akan peristiwa mereka membuat keputusan untuk mengisi borang untuk masuk ke Kolej Vokasional Keningau tiga tahun yang lalu. Butia amat meminati bidang kimpalan. Bidang yang didominasi oleh kaum lelaki. Manakala Sazali amat meminati bidang Bakeri. Mereka sentiasa saling bantu-membantu sebelum ini. Namun, semuanya berubah semenjak dua hari yang lepas. Tiba-tiba Sazali sering tidak memperdulikannya lagi sepertinya rod yang telah menjadi percikan bunga api dari proses pengimpalannya. Dia adalah rod asal dan Sazali pula adalah percikan api tersebut. Semakin tidak peduli dengannya.
    “Butia, tolong bawakan saya, paip yang telah awak kimpal menggunakan kaedah kimpalan 6GR awak kepada saya. Saya nak buat penilaian pertama,” tiba-tiba Encik Pits, pensyarahnya memberi arahan kepada Butia dari jarak dua meter.
    Lamunan Butia tiba- tiba terhenti. Cepat-cepat dia menoleh ke arah Encik Pits. Pensyarahnya itu adalah salah seorang pensyarah senior yang amat tegas dan garang dalam unit Teknologi Kimpalan dan Jabatan Melanikal sekaligus. Lelaki hampir separuh abad itu tetap kelihatan berkarisma.
    “Baiklah Encik Pits,” jawab Butia ringkas sebelum bingkas bangun mematuhi arahan. Dia lalu bergerak ke arah almari yang menyimpan paip yang telah dikimpal menggunakan kaedah kimpalan 6GR semua pelajar sepertinya.
    Tiba-tiba, Butia tersentak cemas. Bagaimana tidak paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR yang disimpanya sebelum ini sudah tiada di tempatnya. Muka Butia tiba-tiba berubah pucat, sepucat warna cendawan chetaki yang di tumbuh di bukit Kimanis. Puas di diselongkarnya almari tersebut untuk mencari paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR tersebut. Seingatnya, kali terakhir dia melihat bahan tersebut ialah semasa dia sendiri menyimpanya sebelum dia pergi menemui Sazali tadi. Namun pencariannya sia-sia. Dada Butia berdebar kencang. Puas dicari di semua tempat, termasuklah almari, meja dan semua tempat yang digunakannya. Namun, jawapannya tetap sama. Paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR yang berwarna kelabu itu, seakan telah ghaib entah ke mana. Almari yang diperbuat dari besi keluli itu adalah almari yang dihaskan untuk paip yang telah dikimpal oleh pelajar menggunakan kaedah kimpalan 6GR.
    ‘Bagaimana ini boleh berlaku? Ke mana menghilangnya? Sabotajkah ini? jika ya, siapa yang empunya angkara? Kenapa? tanya hatinya, bertalu-talu.

    ReplyDelete
  12. Butia memandang kelibat Encik Pits di bilik kerjanya berualng kali, Kelibat Encik Pits masih dapat dilihatnya dengan jelas menembusi cermin lutsinar. Perlahan-lahan Butia mengalihkan pandangannya ke almari tempat menyimpan paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR sekali lagi. Terbayang saat-saat dia menyiapkannya dalam masa sebulan yang lalu. Berhari-hari dia datang ke bengkel itu untuk menyiapkan paip tersebut menggunakan kaedah kimpalan 6GR. Paling sukar apabila dia mengimpal pada kedudukan 45⁰. Cukup menyeksakan! Dada Butia berdegup dengan lebih kencang. Perasaannya kian tidak menentu. Dia terbayang akan ibu dan ayahnya di rumah, dia tidak sanggup lagi menghadapi kemarahan ayah dan ibunya sekiranya dia gagal pada semester ini. Dia pasti akan gagal semester akhir ini jika paip yang telah dikimpal olehnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR tersebut tidak juga kelihatan. Pasti Ayah dan ibunya akan memarahinya kerana gagal dalam mendaptkan Diploma Kemahiran Vokasional Malaysia yang diidam-idamkannya selama ini. Ini juga bermakna usahanya selama empat tahun sia-sia belaka. Tidak! Butiah tidak sanggup untuk menghadapi semua itu.
    "Takkan paip yang telah dikimpal olehnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR tersebut boleh hilang dengan mudah! baru sejam yang lalu ia disimpan oleh dirinya sendiri dialamri besi ini. Bagaimana ia boleh tidak berada di tempatnya lagi? Apa yang aku nak jawab pada Encik Pits?” rintih Butia di dalam hati dengan berbagai soalan yang tercetus di fikirannya sambil matanya masih memandang almari besi tempat menyimpan paip yang telah dikimpal oleh pelajar menggunakan kaedah kimpalan 6GR. Kelihatan deretan paip pelajar lain yang cantik tersusun.
    Takkan bahannya paip yang telah dikimpal olehnya sahaja yang hilang?
    Dengan penuh perasan kecewa, perlahan-lahan dia bergerak mendekati pintu bilik pensyarahnya Encik. Pits.
    Dengan penuh kepayahan dan berat hati dia terpaksa berterus terang dengan Encik Pits. Berat lidah Butia untuk memulakan kata.
    “Err,,, Encik Pits… err..” katanya tergagap-gagap, Butia ketakutan. Dadanya berdegup kencang. Mukanya memerah.
    “Kenapa dengan awak ni Butia? Saya minta paip yang telah dikimpal menggunakan kaedah kimpalan 6GR awak. Jangan buang masa saya. Saya nak memberi nilai. Hanya markah awak yang belum saya berikan!” balas encik Pits, sambil tangannya masih mengisi borang penilaiannya di hadapannya.
    “Encik. Pits, paip yang telah saya kimpal menggunakan kaedah kimpalan 6GR kimpalan 6GR tu dah tak ada di tempatnya. Saya tak tahu di mana silapnya. Tetapi saya yakin saya ada letakkannya di tempat yang sepatutnya, di almari berwarna kelabu tu sebelum saya ke pusat sumber tadi,” jelas Butia sambil terketar-ketar. Matanya bergenangan dengan air mata.
    Sungguh tidak sanggup dia menerima kegagalan untuk semester ini. semester akhir. Empat tahun dia berusaha untuk mendapatkan skor yang tertinggi meskipun terpaksa bersaing dengan pelajar lelaki di sekelilingnya di Kolej Vokasional Keningau. Sazali antara rakan yang memberi dia semangat agar terus bersaing dan meneruskan cita-citanya menjadi pengimpal wanita yang berjaya. Butia pernah gagal sebelum ini iaitu pada Peperiksaan semester 1. Ketika itu, grednya hanya 2.0 sahaja kerana gagal beberapa subjek. Teruk dia dimarahi oleh ayah dan ibunya. Hampir dia dipindahkan semula ke sekolah biasa oleh ayah. Namun, setelah memujuk dan berjanji untuk memperbaiki kegagalannya itu, akhirnya ayah dan ibunya akur untuk memberinya satu peluang lagi. Mujur dia mengotakan janjinya apabila grednya menjadi baik dan menaik menjadi 3.5 pada semester berikutnya. Kertas yang dia gagal dahulu juga telah berjaya di ulangnya dengan gred yang lebih baik.

    ReplyDelete
  13. ‘Habislah aku kali ni,’ Butia berkata-kata di dalam hati. Sebaik sahaja meluahkan kata-kata, Butia terus sahaja menundukkan mukanya. Dia tidak mahu menangis. Dia adalah ‘gadis berhati besi’! Itulah gelaran yang sering diberikan kepadanyan oleh pensyarah dan pelajar teknologi kimpalan di sekelilingya bila. Dia tidak mahu gelarannya akan berubah kepada besi yang telah dibakar, lembik! Tidak sekali-kali!
    “Apa? Awak dah hilangkan paip yang telah awak kimpal menggunakan kaedah kimpalan 6GR tu Butia? Bagai mana saya nak bagi nilai kepada awak?” pertanyaan Encik Pits itu bagaikan percikan api kimpalan masuk ke dalam mata. Sangat pedih dan menyakitkan. Butia tersentak, gempar! Ini bermakna dia akan digagalkan oleh Encik Pits sekiranya dia tidak mengadakan bukti 6GR itu. Kali ini Encik Pits memandang tepat ke arah wajah Butiah dengan wajah bengis.
    “Maafkan saya Encik Pits,” terketar-ketar suara Butia. Wajahnya ditundukkan tanda tidak sanggup bertentang mata dengan Encik Pits.
    Hampir setengah jam pula dia merayu kepada En. Pits agar diberi peluang sekali lagi untuk membuat semula bahan tersebut.
    “Baiklah, saya beri awak tempoh seminggu lagi. Jika tidak siap jugak, saya akan gagalkan awak!” akhirnya Encik Pits membuat keputusan.
    Butia bersyukur di dalam hati. Dia pasti akan menyiapkannya dalam tempoh seminggu, janji Butia pada Encik Pits dan dirinya sendiri. Dengan terketar-ketar, tangan Butia keluar dari bilik Encik. Pits. Air mata Butia akhirnya meluncur laju. Cepat-cepat dia bergerak ke sudut bengkel kimpalan akra yang agak tersorok. Bengkel kimpalan arka yang seluas 2000 kaki persegi itu, dipenuhi dengan mesin dan alatan mengimpal. Terdapat beberapa ruang di dalam bengkel kimpalan tersebut. Ruang mengimpal tertutup di liputi oleh tirai kalis api yang memudahkan proses pengimpalan. Manakala ruang mengimpal terbuka pula kelihatan agak lapang berbanding ruang mengimpal tertutup tadi. Ruang penyimpanan atau stor pula dipenuhi dengan bahan atau alatan mengimpal tangan yang lebih kecil berbanding deretan mesin pengimpal yang besar dan tersusun rapi. Semua itu di labelkan mengikut nama alatan dan kegunaan. Di bahagian lantai pula, terdapat warna hijau gelap dan kuning. Warna hijau gelap adalah ruang lalu lalang biasa. Manakala warna kuning pula adalah ruangan untuk mesin dan ruangan bekerja atau menjalanakan proses pengimpalan. Kata Encik Pits, warna-warna lantai ditandakan sedemikian agar dapat memudahkan proses mengimpal dan melatih pelajar untuk bekerja dalam keadaan selamat dan berdisiplin. Butia terpaksa melalui semua itu untuk menuju ke arah Dia tidak mahu ada orang melihat dia menangis. dia tidak mahu daripada puteri besi dia bertukar menjadi puteri karat.
    Mujur hari ini pembelajaran di bengkel kimpalan akra, habis awal. Mujur lagi, hanya pelajar tahun akhir dalam kimpalan seperti dia sendiri sahaja yang dibenarkan masuk ke bengkel Teknologi Kimpalan ini untuk menyiapkan bahan bukti mereka sebelum penilaian.
    Sejurus, setelah puas menangis, Butia bangun perlahan-lahan. Oleh kerana perutnya yang berkeroncong, dia terpaksa melangkah lemah ke kantin kolej. Kantin yang seluas 700 kaki persegi itu sedap mata dipandang dengan gabungan warna kuning dan hijau. Suasana kantin yang dipenuhi dengan pelajar dan pensyarah sedang menjamu selera sambil bercerita sesama sendiri memeriahkan lagi suasana kantin. Semenjak pagi tadi dia belum menjamah sedikitpun makanan. Butia harus mencuci tangannya sebelum masuk ke kantin. Pelajar aliran teknologi kimpalan sepertinya wajib melakukan itu bagi menjaga kebersihan. Sisa-sisa logam yang masih tersisa di tangan tidak baik untuk kesihatan jika masuk ke dalam badan.. Banyak perkara yang dilaluinya hari ini. Mengapa hari ini seperti tidak memberi tuah kepadanya?

    ReplyDelete
  14. Perlahan-lahan Butia mendekati ruang hidangan makanan. Makanan yang tersusun rapi itu biasanya amat mengujakannya. Namun, hari ini dia hanya mencapai sebungkus roti dan air mineral di dalam botol. Cukuplah untuk menghilangkan rasa laparnya. Dia mengeluarkan wang dari poket seluarnya dan membayar sebelum berlalu pergi. Butia mengambil tempat duduk yang paling tersorok di kantin agar dapat makan tanpa diganggu oleh sesiapa. Biarlah dia menghabiskan makanannya dan melepaskan rasa laparnya dahulu. Masalah bagaimana cara untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya, akan difikirkan kemudiannya. Terburu-buru pun tiada faedahnya kerana pada hari ini, malang memilih untuk datang bertimpa-timpa kepadanya.
    “Tahniah Butia! Awak adalah satu-satunya pelajar wanita yang sanggup menerima cabaran dalam bidang kimpalan ini. Sudah lama saya menantikan pelajar seperti awak ini. Semoga awak akan terus tabah dan bersemangat sehingga tamat kursus ini dan seterusnya mendapat Diploma ya.” Pujian Encik. Pits, empat tahun yang lalu, masih terngiang-giang lagi di ingatannya. Ketika itu, Butia yang hanya ditemani oleh ibu kerana ayah sibuk membuat pembayaran di kaunter koperasi. Sebagai pelajar baharu Kursus Teknologi Kimpalan, Butia berasa kata-kata Encik Pits membakar semangatnya. Semangat itulah yang sentiasa dijaga dan dibajanya dengan membuat yang terbaik pada setiap kali dia ditugaskan untuk menyiapkan kimpalan. Sehingga akhirnya, dia mendapat gelarah ‘gadis besi’!
    “Saya kalau nak diikutkan, nak saja Butia ni ambil kursus yang mencerminkan orang perempuan seperti katering, bakeri, perkembangan awal kanak-kanak, fesyen atau kecantikan. Tapi, disebabkan oleh minatnya ni dah ke kimpalan, takpelah saya izinkan. Yang penting dia buat dengan bersungguh-sungguh dibawah pengawasan cikgu,” kata ibu di hadapan Encik Pits sewaktu hari pertama pendaftaran pelajar baharu dahulu. Ibu yang sebelum ini menentang cita-citanya itu juga akhirnya merestui hasrasnya itu setelah mendengar potensi kerjaya dalam bidang kimpalan. Penerangan Encik. Pits itu telah berjaya mengubah pendapat ibu.
    Syukur Alhamdulillah! Namun, mengapa hari semangatnya bagaikan bertukar. Bagai bertukarnya rupa besi yang telah siap dikimpal daripada bentuk asalnya. Semangatnya juga mula mencair, bagaikan cairnya besi dibawah suhu 1000⁰c! Adakah masih tercapai impianya untuk menjadi satu-satunya pelajar wanita yang bergraduan bagi kursus Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam?
    “Butia, awak tu adalah satu-satunya anak perempuan ibu. Ibu harap sangat agar Butia pandai menjaga diri dan banggakan ibu dan ayah.” Kata-kata ibu sebelum meninggalkannya di asrama hampir empat tahun dahulu menyentuh hatinya.
    Ayah Butia yang merupakan seorang guru sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Delima itu sebak tadkala Butia menyalami tangannya. Itulah kali pertama Butiah berpisah dengan ayah dan ibu. Berpisah demi untuk mengapai cita-cita yang selama ini diidamkannya. Wajah jelita ibu juga kelihatan sayu meskipun dengan solehkan yang sangat ringkas. Bedak dan secalit gincu bibir yang sederhana warnanya. Cukup mewah untuk ibu yang berstatus suri rumah. Seingat Butia, ibu hanya bersolek sedemikian jika hendak berpergian jauh atau untuk menghadiri kenduri kahwin saudara-mara yang penting.
    Butia juga pada mulanya tidak pernah bercita-cita menjadi pengimpal. Namun, sewaktu tingkatan dua, dia setelah melihat satu rencana mengenai ‘Juru kimpal adalah antara kerjaya yang mempunyai pendapatan yang lumayan dan cabaran yang hebat’ di majalah kerjaya, hatinya mula ingin mengenali apakah kerjaya dan potensi pekerjaan yang dipanggil juru kimpal atau welderman. Bermula dari situlah dia terus mencari maklumat lanjut mengenai potensi pekerjaan tersebut. Lama-kelamaan Butia menjadi semakin jatuh cinta dan meminati kerjaya tersebut. Dia juga memasang angan-angan untuk menjadi juru kimpal wanita yang berjaya di Malaysia. Apatah lagi gaji yang dijanjikan amalah lumayan.

    ReplyDelete
  15. “Baiklah, demi angan-angan yang telah aku bina selama ini, aku perlu berusaha keras. Paip dengan kimpalan 6GR perlu aku siapkan!” Butia berkata-kata sendirian.
    “Sazali, aku perlukan kau sekarang untuk mendengar masalah aku. Tapi kau kini malah membuat aku lebih sedih kerana sikapmu yang tidak memperdulikan aku,” Butia kemudiannya menjadi semakin sedih.

    ReplyDelete
  16. Erna, babak yg dia ke kantin tu, kita pindahkan ke bab lain sbb rasanya mcm dah plot lain k, lagipun mcm tak logik tengah sedih boleh ada selera nak makan.

    copy saja k;

    Bab 1: Gadis Besi

    Butia termangu sejenak. Sedetik itu, dia seakan dapat melihat bunga mawar berwarna kuning yang berkembang mekar. Namun, dengan tidak semena-mena, kelopak mawar itu tertanggal satu persatu dan terbang meninggalkannya. Terbang ke mana ke arah matahari terbit. Seolah olah menggambarkan persahabatannya yang terbang kian menjauh.
    Sekeping demi sekeping kenangan manis membesar bersama Sazali juga terbang ke arah yang lalu lenyap seperti kelopak mawar putih itu. Seolah-olah, walau menggunakan kaedah kimpalan yang paling terkenal pun, tidak akan dapat menyatukan kembali kepingan-kepingan logam persahabatan antara dia dan Sazali. Walaupun, jika ia telah melalui proses separa automatik dan automatik seperti kimpalan gerbang logam gas. Ataupun, kimpalan gerbang bawah air, kimpalan gerbang teras flux dan kimplan elektroslag.
    Tanpa sedar, Butia yang berpakaian seragam bengkel berwarna biru gelap, berkaca mata whoogle dan bersepatu boot khas, mengesak. Disentuhnya mesin Shilded Metal Arc Welding atau nama singkatannya SMAW itu, seperti ingin menyentuh dan mengimpal kembali kepingan-kepingan hati yang hancur luluh antara mereka berdua itu.
    Perasaannya bergelora. Marah dan sedih bercampur baur di dalam dada bagaikan rod besi kimpalan yang sedang dipanaskan. Minatnya untuk lebih mengetahui tentang perkembangan berterusan dengan ciptaan kimpalan laser, kimpalan elektron, kimpalan denyutan magnetik dan kimpalan putaran geseran friction stir welding, juga lenyap begitu saja. Lenyap oleh geseran yang lebih dahsyat antara dia dan Sazali.
    Butia yang masih terpaku di sisi mesin SMAW itu, menarik nafas dalam-dalam. Suasana bengkel atau ruang kerja di bengkel Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Keningau yang biasanya menjadi tempat kegemarannya itu, kelihatan suram dan tidak lagi berseri-seri. Cahaya di bengkel kelihatan sedikit malap. Bau-bau tengik akibat pembakaran cebisan rod aktiviti mengimpal rakan-rakan sebelumnya menusuk hidungnya.
    Diliriknya meja kerja kimpalan di hadapannya masih tidak terusik. Rod besi, alat pengimpal tangan dan banyak lagi telah awal-awal lagi tersedia di atas meja kerja yang diperbuat dari besi itu. Alatan tersebut untuk kegunaan pelajar sepertinya bagi menyiapkan projek akhir tahun mereka. Nampaknya hanya dia yang ada di dalam bengkel kimpalan arka yang seluas 2000 kaki persegi itu. Bengkel itu dipenuhi dengan mesin dan alatan mengimpal tiba-tiba terasa sempit padanya, sesempit benaknya memikirkan perubahan sikap Sazali.
    Dengan sekilas pandang, Butia menyeluruhi bengkel itu lagi. Terdapat beberapa ruang di dalam bengkel kimpalan tersebut. Ruang mengimpal tertutup diliputi oleh tirai kalis api yang memudahkan proses pengimpalan. Manakala ruang mengimpal terbuka pula kelihatan agak lapang berbanding ruang mengimpal tertutup tadi. Ruang penyimpanan atau stor pula dipenuhi dengan bahan atau alatan mengimpal tangan yang lebih kecil berbanding deretan mesin pengimpal yang besar dan

    ReplyDelete
  17. tersusun rapi. Semua itu di labelkan mengikut nama alatan dan kegunaan. Di bahagian lantai pula, terdapat warna hijau gelap dan kuning. Warna hijau gelap adalah ruang lalu lalang biasa. Manakala warna kuning pula adalah ruangan untuk mesin dan ruangan bekerja atau menjalanakan proses pengimpalan. Kata Encik Pits, warna-warna lantai ditandakan sedemikian agar dapat memudahkan proses mengimpal dan melatih pelajar untuk bekerja dalam keadaan selamat dan berdisiplin.
    ‘Kenapa aku rasa sebak semacam ini?’ tanya hatinya, yang terasa seperti hendak menangis saja itu. Mujur, pelajar dan pensyarah lain telah pergi berehat atau meneruskan kerja masing-masing. Kalau ada pun, mungkin Encik Peter atau lebih suka dipanggil dengan nama Encik Pits. Katanya lebih mesra. Dia adalah pensyarah yang akan menyelia projek tahun akhir Butia. Dia kelihatan sedang sibuk di biliknya yang terletak bersebelahan dengan bengkel ini.
    Fikiran Butiah terus berkecamuk bagai serakan serpihan rod-rod besi di lantai yang belum dibersihkan selama beberapa bulan. Berkecamuk memikirkan tentang Sazali rakan baiknya. Wajah Sazali tampan ala pan Asianya itu, tentunya berjaya membuatkan hati mana-mana gadis mudah jatuh hati. Namun, bagi Butia, Sazali tidak pernah lebih dari seorang kawan baik. Sazali yang dikenalinya semenjak dari sekolah rendah lagi adalah seteru utamanya dalam semua bidang. Walaupun demikian, bagaikan adiwira sejati, Sazali jugalah yang akan menjadi pembelanya jika ada orang yang cuba menganggunya sewaktu di sekolah rendah dahulu.
    ‘Itu dulu, lama dulu,’ bisik hatinya, kesayuan. Senyuman berlesung pipit Sazali, pelajar jurusan Teknologi Automotif yang sentiasa berpenampilan kemas Sazali itu, membayang di ruang matanya. Dengan ketinggian 170cm, Sazali sering mendapat perhatian oleh jurulatih sukan kolej seperti bola keranjang, bola tampar dan lompat galah. Namun, ternyata Sazali hanya selesa memilih sukan bola tampar.
    Butia mengeluh resah. Semakin sukar baginya untuk memulakan kerjanya. Otaknya tersekat kebuntuan, Manakala telinganya masih berdesing oleh suara Sazali yang memarahinya. Berdesing seperti bunyi ada yang mengimpal paip selebar 8 inci sebentar tadi, di ingatannya.
    “Awak dah berubah Butia!” tuduh Sazali, sebelum bergegas ke bengkel Automotifnya sebentar tadi.
    Bagaikan terkena renjatan elekrik, Butia terkejut mendengarkannya. Dia sempat terkedu tanpa kata. Tuduhan itu sangat tidak adil kepadanya. Sungguh Butiah tidak tahu akan puncanya Sazali tiba-tiba sanggup menghamburkannya dengan kata kata-kata begitu di hadapan orang lain. Terasa seperti dia terkena percikan api. Persis percikan api semasa dia mengimpal. Jika diikutkan hatinya, mau sahaja ditumbuknya muka Sazali pada ketika itu. Namun, seingatnya, itulah kali pertama dia menyakitkan hatinya dengan sedemikian rupa, di sepanjang persahabatan mereka.
    `Mesti ada sesuatu yang tidak kena. Pasti ada yang memfitnah!’ Getus hati Butiah yakin.

    ReplyDelete
  18. “Sazali…!” Puas Butiah memanggil untuk mengetahui akan punca Sazali berkelakuan sedemikian.
    Namun, malangnya, Sazali langsung tidak menoleh ke arahnya. Sudahnya, merah padam muka Butia menanggung malu apabila menyedari bahawa rakan-rakan berbisik sesama sendiri sambil memandang ke arahnya. Seperti mereka memandang orang yang kurang siuman.
    Butia bingkas meninggalkan ruang legar Hal Ehwal pelajar itu. Hatinya amat kecewa dengan tingkah Sazali yang mengeliru dan menyinggungkan itu. Berkali-kali pula Butia merenung skrin telefon bimbitnya. Mesej terakhir daripada Sazali ialah meminta agar dia segera datang ke ruang legar Hal Ehwal pelajar tepat pukul 2.00 petang. Butia yang ketika itu sedang sibuk menyiapkan kerja 6GR di bengkel Teknologi Kimpalan, cepat-cepat dia menghabiskan sisa-sisa kerjanya yang hampir siap agar. Sudah sebulan mereka tidak berhubung kerana kesibukan masing-masing. Mesti ada perkara penting yang hendak disampaikan oleh Sazali! Butiah yakin tentang itu. Mungkin Sazali rindu padanya, Butia meneka-neka sebabnya.
    Seingat Butia, biasanya Sazali akan mendapatkannya sekiranya ada masalah. Butialah orang pertama untuk dia mengadu segala suka dukanya. Justeru kerana bimbang memikirkan Sazali mungkin dilanda masalahlah, membuatkan Butia bergegas datang ke ruang legar Hal Ehwal Pelajar.
    Tidak disangka pula keprihatinannya akan dibalas dengan kata-kata yang membakar perasaan seperti terkena percikan api. Misalnya, seperti terkena percikan api sewaktu mengimpal tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan. Padahal, dia belum sempat berkata apa-apa. Termangu kebodoh-bodohan dia, di ruang legar yang berkeluasan 1500 kaki persegi. Beberapa pelajar yang sibuk dengan urusan masingmasing, segera melirik memandangnya dengan penuh kehairanan.
    Hanya Tuhan yang tahu betapa malunya Butia, hinggakan bagai tidak tertanggung lagi. Hanya Tuhan yang tahu. Mendadak, rasa sebak yang bukan alang kepalang, menyerbu tiba. Bagaimanapun, demi persahabatan yang telah terjalin sejak di bangku sekoleh rendah lagi, Butia memilih untuk menafikan rasa tersinggungnya itu. Sazali tidak pernah berkelakuan begini. Pasti ada sebab yang cukup kuat untuk menyokong tindakannya.
    “Aku hanya perlu cari tahu penyebab mengapa Sazali bertindak sedemikian. Baik aku hubungi dia untuk meminta penjelasan!” tegas Butiah di tempat duduknya sendirian.
    Dengan sepantas kilat, Butia mengeluarkan telefn bimbitnya dari beg sandangnya lalu mendail nombor Sazali. Tiada jawapan. Dicubanya berulang kali lagi, juga tiada jawapan. Setelah puas gagal menghubungi Sazali melalui panggilan telefon, dia membuat pesanan ringkas pula. Setelah ditunggu beberapa minit, pesanan ringkasnya juga tidak dijawab oleh Sazali. Sungguh Butia buntu. Sebuntu sewaktu dia mula-mula mahu menyiapkan projek 6GR pada awal semester dahulu. Akan

    ReplyDelete
  19. tetapi, pada kali ini, dia buntu dengan sikap Sazali yang tiba-tiba menjadi mendingin ais batu.
    “Sazali, kenapa awak buat saya begini? Apa salah saya pada awak, sebenarnya? Takkan tiada maaf langsung, jika saya bersalah pun,’ rintih Butia dalam hati. Terbayang dia bagaimana sejak dari tadika lagi sehinggalah ke Kolej Vokasional, mereka bersama-sama berjuang untuk mendalami cita-cita. Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, Sazali berubah laku.
    Butia menghela nafas yang terasa menyendat dalam dadanya. Teringat bagaimana dia dan Sazali mengambil keputusan untuk mengisi borang untuk masuki Kolej Vokasional Keningau, tiga tahun yang lalu. Butia amat meminati bidang kimpalan, walaupun bidang itu lebih didominasi oleh kaum lelaki. Manakala Sazali amat meminati bidang Bakeri. Begitupun, mereka sentiasa saling bantu-membantu.
    Namun, semuanya berubah semenjak dua hari yang lepas. Tiba-tiba Sazali sering tidak memperdulikannya lagi, seperti rod yang telah menjadi percikan bunga api dari proses pengimpalannya yang tidak dipedulikan lagi. Dia adalah rod asal dan Sazali pula adalah percikan api tersebut, semakin tidak dipedulikan lagi.
    “Butia, sila bawa paip yang awak kimpal dengan menggunakan kaedah kimpalan 6GR kepada saya. Saya nak buat penilaian pertama,” tiba-tiba Encik Pits, pensyarahnya memberi arahan dari jarak dua meter.
    Lamunan Butia tiba- tiba terhenti. Cepat-cepat dia menoleh ke arah Encik Pits. Pensyarahnya yang berusia separuh abad itu, adalah salah seorang pensyarah senior yang amat tegas dan digeruni dalam unit Teknologi Kimpalan dan Jabatan Melanikal sekaligus.
    “Baiklah Encik Pits,” jawab Butia ringkas sebelum bingkas bangun mematuhi arahan. Dia lalu bergerak ke arah almari yang menyimpan paip yang telah dikimpal menggunakan kaedah kimpalan 6GR semua pelajar sepertinya.
    Tiba-tiba, Butia tersentak cemas. Muka Butia tiba-tiba berubah pucat, sepucat warna cendawan chetaki yang di tumbuh di bukit Kimanis. Bagaimana tidak? Paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR yang disimpanya dalam almari itu, sudah tiada. Puas diselongkarnya almari yang diperbuat daripada besi keluli itu. Terkial-kial dia mencari paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR tersebut. Namun pencariannya sia-sia.
    ‘Di mana kamu? Aduh!’ gerutunya, dalam hati. Seingatnya, kali terakhir dia melihat bahan tersebut ialah semasa dia menyimpannya di dalam almari besi itu. Kemudian, dia bergegas memenuhi permintaan Sazali untuk bertemu di ruang legar Hal Ehwah Pelajar. ‘Mustahil aku tersalah letak di mana-mana?’
    Puas dicari di semua tempat, termasuklah almari, meja dan semua tempat yang digunakannya. Namun, jawapannya tetap sama. Paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR yang berwarna kelabu itu, seakan telah ghaib entah ke mana. Almari yang diperbuat dari besi keluli itu adalah almari yang dihaskan untuk paip yang telah dikimpal oleh pelajar menggunakan kaedah kimpalan 6GR.

    ReplyDelete
  20. ‘Bagaimana ini boleh berlaku? Ke mana ia menghilang? Sabotajkah ini? Jika ya, siapa yang empunya angkara? Kenapa?’ tanya hatinya yang terasa seperti hendak menangis itu.
    Dikerlingnya Encik Pits yang duduk menunggu di bilik kerjanya berulang kali. Encik Pits masih dapat dilihatnya dengan jelas menembusi pintu kaca lutsinar. Dadanya berdebar cemas. Dia mengalihkan pandangannya ke almari tempat menyimpan paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR sekali lagi. Terbayang saat-saat dia menyiapkannya dalam masa sebulan yang lalu. Berhari-hari pula dia terbongkok-bongkok menyiapkan paip tersebut menggunakan kaedah kimpalan 6GR. Paling sukar apabila dia mengimpal pada kedudukan 45⁰. Cukup menyeksakan!
    `Aduuuh…!” rintih Butia yang teringatkan ibu dan ayah di rumah, tiba-tiba. Tidak sanggup lagi dia menghadapi ayah dan ibunya sekiranya dia gagal pada semester akhir ini. Dia pasti akan gagal mendapatkan skrol Diploma Kemahiran Vokasional Malaysia, jika paip yang telah dikimpalnya dengan menggunakan kaedah kimpalan 6GR tidak ditemui. Pasti segala usahanya selama empat tahun di sekolah ini, sia-sia belaka. Pasti Ayah dan ibunya akan meleterinya tanpa henti, siang malam, pagi dan petang. Sungguh Butiah tidak sanggup menghadapi semua itu!
    "Takkan paip kimpalanku boleh hilang dengan sendirinya? Baru sejam yang lalu ia aku simpan sederet dengan paip-paip kimpalan pelajar lain dalam almari besi ini. Jadi, di mana ia sekarang Aduh, apa yang aku nak jawab pada Encik Pits?” rintih Butia di dalam hati, terhimpit cemas.
    Sudah terbayang-bayang akan kegagalannya. Matanya bergenangan dengan air mata. Sungguh tidak sanggup dia menerima kegagalan untuk semester ini. semester akhir. Betapa tidak. Empat tahun dia berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan skor yang tertinggi meskipun terpaksa bersaing dengan pelajar lelaki di sekelilingnya di Kolej Vokasional Keningau. Mujur, Sazali antara rakan yang sentiasa ada untuk memberi dia semangat agar terus bersaing dan meneruskan cita-citanya menjadi pengimpal wanita yang berjaya.
    Terkenang bagaimana dia pernah gagal pada Peperiksaan semester 1. Ketika itu, grednya hanya 2.0 sahaja kerana gagal beberapa subjek. Teruk dia dimarahi oleh ayah dan ibunya. Hampir dia dipindahkan semula ke sekolah biasa oleh ayah. Namun, Butia agak bernasib baik pada hari itu. Setelah dipujuk dan berjanji untuk memperbaiki kegagalannya itu, akhirnya ayah dan ibunya akur untuk memberinya satu peluang lagi. Sebagai menghargai peluang yang diberikan oleh ibu dan ayahna, dia mengotakan janjinya apabila grednya menjadi baik dan menaik menjadi 3.8 pada semester berikutnya. Malah, kertas yang dia gagal dahulu juga telah berjaya diulangnya dengan gred yang jauh lebih baik.
    ‘Habislah aku kali ni!’ Butia berkata-kata di dalam hati. Sebaik sahaja meluahkan kata-kata, Butia terus sahaja menundukkan mukanya. Dia tidak mahu menangis. `Bukankah selama ini dia mendapat gelaran ‘gadis berhati besi’ yang sering diucapkan kepadanya oleh pensyarah dan pelajar teknologi kimpalan? Dia tidak

    ReplyDelete
  21. mahu gelarannya akan berubah kepada besi yang telah dibakar dan dicairkan! Tidak sekali-kali!
    Namun, setelah beberapa ketika kemudian, Butia terpaksa menerima kenyataan, paip kimpalannya sudah tiada. Sama ada dia suka ataupun tidak, dia terpaksa berterus terang dengan Encik Pits. Lalu, dengan rasa bimbang dan kecewa yang amat, dia mengheret langkahnya perlahan-lahan mendekati pintu bilik Encik. Pits.
    “Err,,, Encik Pits… err..” kata Butia, tergagap-gagap ketakutan. Terasa seperti kekurangan oksigen hingga menyukarkan dia menghela naas.
    “Ada masalah apa, Butia? Mana paip yang telah awak kimpal dengan menggunakan kaedah kimpalan 6GR yang saya minta itu? Isk! Jangan buang masa saya. Saya nak memberi nilai. Hanya markah awak yang belum saya berikan!” rungut Encik Pits, sambil tangannya masih mengisi borang penilaian di hadapannya.
    “Encik. Pits, paip yang telah saya kimpal itu dah tak ada di tempatnya. Saya tak tahu di mana silapnya. Tetapi saya yakin saya ada letakkannya di tempat yang sepatutnya, di almari besi tu, sebelum saya ke pusat sumber tadi,” jelas Butia sambil terketar-ketar.
    “Apa? Awak dah hilangkan paip yang telah awak kimpal itu, Buti? Jadi, bagai mana saya nak bagi nilai kepada awak?” tanya Encik Pits itu, memberang.
    Pertanyaan pensyarahnya itu bagaikan percikan api kimpalan yang menerjah masuk ke dalam mata. Sangat pedih dan menyakitkannya. Butia tersentak, gempar! Ini bermakna dia benar-benar akan digagalkan oleh Encik Pits sekiranya dia tidak mengadakan bukti kewujudan 6GR itu. Kali ini Encik Pits memandang tepat ke arah wajah Butiah dengan wajah bengis.
    “Maafkan saya Encik Pits,” terketar-ketar suara Butia. Wajahnya ditundukkan tanda tidak sanggup bertentang mata dengan pensyarahnya itu. Hampir setengah jam pula dia merayu pertimbangan Encik Pits agar diberi peluang sekali lagi untuk membuat semula bahan tersebut.
    “Baiklah, saya beri awak tempoh seminggu lagi. Jika tidak siap jugak, saya akan gagalkan awak!” akhirnya Encik Pits membuat keputusan.
    Butia bersyukur tidak terhingga di dalam hati. Dia pasti akan menyiapkannya dalam tempoh seminggu, janji Butia pada Encik Pits dan dirinya sendiri. Dengan terketar-ketar, Butia keluar dari bilik Encik. Pits. Air matanya meluncur laju. Cepat-cepat dia bergerak ke sudut bengkel kimpalan akra yang agak tersorok kedudukannya di gugusan bangunan sekolah vocasional itu.
    Butia tidak mahu ada orang melihat dia bersedih begitu. Dia tidak mahu daripada puteri besi dia bertukar menjadi puteri karat. Mujur hari ini pembelajaran di bengkel kimpalan akra, habis awal. Mujur lagi, hanya pelajar tahun akhir dalam kimpalan seperti dia sendiri sahaja yang dibenarkan masuk ke bengkel Teknologi Kimpalan ini untuk menyiapkan bahan bukti mereka sebelum penilaian. Sekurang-kurangnya, tiadalah sesiapa yang akan menyaksikan dia meratap sendirian, habis-habisan di bengkel itu.
    “Tahniah Butia! Awak adalah satu-satunya pelajar wanita yang sanggup menerima cabaran dalam bidang kimpalan ini. Sudah lama saya menantikan pelajar seperti

    ReplyDelete
  22. awak ini. Semoga awak akan terus tabah dan bersemangat sehingga tamat kursus ini dan seterusnya mendapat Diploma ya.” Pujian Encik Pits, empat tahun yang lalu, terngiang-giang lagi di ingatannya.
    Ketika itu, Butia yang hanya ditemani oleh ibu kerana ayah sibuk membuat pembayaran di kaunter koperasi. Sebagai pelajar baharu Kursus Teknologi Kimpalan, kata-kata Encik Pits sangat membakar semangatnya. Semangat itulah yang sentiasa dijaga dan dibajanya dengan membuat yang terbaik pada setiap kali dia ditugaskan untuk menyiapkan kimpalan. Sehingga akhirnya, dia mendapat gelarah ‘gadis besi’!
    “Saya kalau nak diikutkan, nak saja Butia ni ambil kursus yang melambangkan kewanitaannya, seperti belajar tentang buat katering, bakeri, perkembangan awal kanak-kanak, fesyen atau kecantikan. Tapi, disebabkan oleh minatnya dah ke kimpalan, takpelah saya izinkan. Yang penting dia buat dengan bersungguh-sungguh dibawah pengawasan cikgu,” kata ibu di hadapan Encik Pits sewaktu hari pertama pendaftaran pelajar baharu dahulu. Padahal, sebelum ini, ibu begitu menentang cita-citanya itu. Hanya setelah mendengar potensi kerjaya dalam bidang kimpalan, barulah ibu merestuinya. Ternyata, penerangan Encik Pits tentang kerjaya dalam bidang kimpalan, berjaya mengubah pendapat ibu.
    ‘Syukur Alhamdulillah!’ getus hatinya, pada ketika itu.
    “Butia, kamulah satu-satunya anak perempuan ibu. Ibu harap sangat agar Butia pandai menjaga diri dan banggakan ibu dan ayah,” ujar ibu sebelum meninggalkannya di asrama hampir empat tahun dahulu.
    Ayah Butia yang merupakan seorang guru sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Delima itu berubah sebak air mukanya, tatkala Butia menyalami tangannya. Itulah kali pertama Butiah berpisah dengan ayah dan ibu. Berpisah demi untuk mengapai cita-cita yang selama ini diidamkannya. Wajah jelita ibu juga kelihatan sayu meskipun dengan solehkan yang sangat ringkas. Bedak dan secalit gincu bibir yang sederhana warnanya. Cukup mewah untuk ibu yang berstatus suri rumah. Seingat Butia, ibu hanya bersolek sedemikian jika hendak berpergian jauh atau untuk menghadiri kenduri kahwin saudara-mara yang penting.
    Butia juga pada mulanya tidak pernah bercita-cita mahu menjadi pengimpal. Namun, sewaktu tingkatan dua, setelah membaca sebuah rencana mengenai ‘Juru kimpal adalah antara kerjaya yang mempunyai pendapatan yang lumayan dan cabaran yang hebat’ di majalah kerjaya, hatinya tertawan.
    Seja itu, dia mulai berusaha untuk lebih mengenali apakah kerjaya dan potensi pekerjaan yang dipanggil juru kimpal atau welderman. Bermula dari situlah dia terus mencari maklumat lanjut mengenai potensi pekerjaan tersebut. Lama-kelamaan Butia menjadi semakin jatuh cinta dan meminati bidang kimpalan. Dia juga memasang angan-angan untuk menjadi juru kimpal wanita yang berjaya di Malaysia. Apatah lagi ia turut menjanjikan gaji yang amatlah lumayan.

    ReplyDelete
  23. Perlahan-lahan, Butia mengesat air mata dan hingusnya dengan bucu lengan bajunya. Dia menggenggam tinju lalu memandang ke hadapan.
    “Baiklah, cukuplah menangis itu. Sekarang, demi impian yang telah aku bina selama ini, aku perlu berusaha keras. Paip dengan kimpalan 6GR perlu aku siapkan!” Butia berkata-kata sendirian, tegas. “Sazali, aku perlukan kau sekarang untuk mendengar masalah aku. Tapi kau kini malah membuat aku lebih sedih lagi. saat kau perlukan aku sentiasa ada untuk membantu. Saat aku perlukan kau, kau di mana?”
    Dengan tidak semena-mena, Butia menjadi semakin sedih.

    itu je utk bab satu erna, sekarang awak dah boleh mulakan bab 2 pula. gigih terus k


    ReplyDelete
  24. Bab 1:
    Butia memandang berkali-kali brocer yang di dapatinya dari ruang legar pelajar. Dadanya tiba-tiba menjadi sesak. Dadanya berdegub kencang. Bagaikan baharu sahaja menamatkan larian 100 meter pecut. Masakan tidak, produk yang baharu sahaja di keluarkan oleh Syarikat Menang Sdn. Bhd. dan katanya dihasilkan oleh Sazali adalah amat mirip dengan inovasi yang dihasilhkannya beberapa bulan lepas. Butia bagaikan tidak percaya sama sekali.
    Butia termangu sejenak. Sedetik itu, dia seakan dapat melihat bunga mawar berwarna kuning yang berkembang mekar. Namun, dengan tidak semena-mena, kelopak mawar itu tertanggal satu persatu dan terbang meninggalkannya. Terbang ke mana ke arah matahari terbit. Seolah olah menggambarkan persahabatannya yang terbang kian menjauh.
    Sekeping demi sekeping kenangan manis membesar bersama Sazali juga terbang ke arah yang lalu lenyap seperti kelopak mawar putih itu. Seolah-olah, walau menggunakan kaedah kimpalan yang paling terkenal pun, tidak akan dapat menyatukan kembali kepingan-kepingan logam persahabatan antara dia dan Sazali. Walaupun, jika ia telah melalui proses separa automatik dan automatik seperti kimpalan gerbang logam gas. Ataupun, kimpalan gerbang bawah air, kimpalan gerbang teras flux dan kimplan elektroslag.
    Tanpa sedar, Butia yang berpakaian seragam bengkel berwarna biru gelap, berkaca mata whoogle dan bersepatu boot khas, mengesak. Disentuhnya mesin Shilded Metal Arc Welding atau nama singkatannya SMAW itu, seperti ingin menyentuh dan mengimpal kembali kepingan-kepingan hati yang hancur luluh antara mereka berdua itu.
    Perasaannya bergelora. Marah dan sedih bercampur baur di dalam dada bagaikan rod besi kimpalan yang sedang dipanaskan. Minatnya untuk lebih mengetahui tentang perkembangan berterusan dengan ciptaan kimpalan laser, kimpalan elektron, kimpalan denyutan magnetik dan kimpalan putaran geseran friction stir welding, juga lenyap begitu saja. Lenyap oleh geseran yang lebih dahsyat antara dia dan Sazali.
    Butia yang masih terpaku di sisi mesin SMAW itu, menarik nafas dalam-dalam. Suasana bengkel atau ruang kerja di bengkel Teknologi Kimpalan Kolej Puncak Sarjana yang biasanya menjadi tempat kegemarannya itu, kelihatan suram dan tidak lagi berseri-seri. Cahaya di bengkel kelihatan sedikit malap. Bau-bau tengik akibat pembakaran cebisan rod aktiviti mengimpal rakan-rakan sebelumnya menusuk hidungnya.

    ReplyDelete
  25. Diliriknya meja kerja kimpalan di hadapannya masih tidak terusik. Rod besi, alat pengimpal tangan dan banyak lagi telah awal-awal lagi tersedia di atas meja kerja yang diperbuat dari besi itu. Alatan tersebut untuk kegunaan pelajar sepertinya bagi menyiapkan projek akhir tahun mereka. Nampaknya hanya dia yang ada di dalam bengkel kimpalan arka yang seluas 2000 kaki persegi itu. Bengkel itu dipenuhi dengan mesin dan alatan mengimpal tiba-tiba terasa sempit padanya, sesempit benaknya memikirkan pegkhianatan oleh satu-satunya sahabat yang amat dipercayainya, sahabat dari kecilnya dan bernama Sazali. Dengan sekilas pandang, Butia menyeluruhi bengkel itu lagi. Terdapat beberapa ruang di dalam bengkel kimpalan tersebut. Ruang mengimpal tertutup diliputi oleh tirai kalis api yang memudahkan proses pengimpalan. Manakala ruang mengimpal terbuka pula kelihatan agak lapang berbanding ruang mengimpal tertutup tadi. Ruang penyimpanan atau stor pula dipenuhi dengan bahan atau alatan mengimpal tangan yang lebih kecil berbanding deretan mesin pengimpal yang besar dan tersusun rapi. Semua itu di labelkan mengikut nama alatan dan kegunaan. Di bahagian lantai pula, terdapat warna hijau gelap dan kuning. Warna hijau gelap adalah ruang lalu lalang biasa. Manakala warna kuning pula adalah ruangan untuk mesin dan ruangan bekerja atau menjalanakan proses pengimpalan. Kata Encik Pits, warna-warna lantai ditandakan sedemikian agar dapat memudahkan proses mengimpal dan melatih pelajar untuk bekerja dalam keadaan selamat dan berdisiplin.
    ‘Kenapa aku rasa sebak semacam ini?’ tanya hatinya, yang terasa seperti hendak menangis saja itu. Mujur, pelajar dan pensyarah lain telah pergi berehat atau meneruskan kerja masing-masing. Kalau ada pun, mungkin Encik Peter atau lebih suka dipanggil dengan nama Encik Pits. Katanya lebih mesra. Dia adalah pensyarah yang akan menyelia projek inovasi Butia. Dia kelihatan sedang sibuk di biliknya yang terletak bersebelahan dengan bengkel ini.
    Fikiran Butiah terus berkecamuk bagai serakan serpihan rod-rod besi di lantai yang belum dibersihkan selama beberapa bulan. Berkecamuk memikirkan tentang Sazali rakan baiknya. Wajah Sazali tampan ala pan Asianya itu, tentunya berjaya membuatkan hati mana-mana gadis mudah jatuh hati. Namun, bagi Butia, Sazali tidak pernah lebih dari seorang kawan baik. Sazali yang dikenalinya semenjak dari sekolah rendah lagi adalah seteru utamanya dalam semua bidang. Walaupun demikian, bagaikan adiwira sejati, Sazali jugalah yang akan menjadi pembelanya jika ada orang yang cuba menganggunya sewaktu di sekolah rendah dahulu.
    ‘Itu dulu, lama dulu,’ bisik hatinya, kesayuan. Senyuman berlesung pipit Sazali, pelajar jurusan Teknologi Kimpalan sama sepertinya itu sentiasa berpenampilan kemas. Sazali membayang di ruang matanya. Dengan ketinggian 170cm, Sazali sering mendapat perhatian oleh jurulatih sukan kolej seperti bola keranjang, bola tampar dan lompat galah. Namun, ternyata Sazali hanya selesa memilih sukan bola tampar.
    Butia mengeluh resah. Semakin sukar baginya untuk memulakan kerjanya. Otaknya tersekat kebuntuan, manakala mata dan hatinya masih sakit oleh ulah Sazali yang mengkhianatinya. Kesakitan itu seperti sakitnya mata apabila terkena percikan api sewaktu mengimpal paip dua tahun lepas, sewaktu dia baharu sahaja belajar mengimpal buat kali pertama. Mindanya ligat mengingati momen itu.
    “Projek ini adalah hasil titik peluh dan usaha saya sendiri!”
    Bagaikan terkena renjatan elekrik, Butia terkejut mendengarkannya. Dia sempat terkedu tanpa kata. Sungguh Butiah tidak menyangka apa puncanya Sazali tiba-tiba sanggup mengkhianatinya. Terasa seperti dia terkena percikan api sekali lagi. Persis percikan api semasa dia mengimpal. Jika diikutkan hatinya, mau sahaja ditumbuknya muka Sazali pada ketika itu. Namun, seingatnya, itulah kali pertama Sazali menyakitkan hatinya dengan sedemikian rupa, di sepanjang persahabatan mereka.

    ReplyDelete
  26. `Mesti ada yang mempengaruhi Sazali!’ Getus hati Butiah yakin.
    “Sazali…!” Puas Butiah memanggil untuk mengetahui akan punca Sazali memperlakukannya sedemikian sebaik sahaja majlis ringkas memperkenal inovasi terbaik dan menjadi pilihan Syarikat Menang Sdn. Bhd.
    Namun, malangnya, Sazali langsung tidak menoleh ke arahnya. Sudahnya, merah padam muka Butia menanggung malu apabila menyedari bahawa rakan-rakan berbisik sesama sendiri sambil memandang ke arahnya. Seperti mereka memandang orang yang kurang siuman.
    Perlahan-lahan Masih teringat sewaktu dia mendapat tahu yang Sazali akan membentangkan inovasi yang dihasilkannya. Butia merasa amat gembira mendengar perkhabaran tersebut. Namun, dalam masa yang sama Butia juga merasa hairan, mengapa berita tersebut tidak disampaikan oleh Sazali sendiri padanya? Ah, mungkin sahabatnya itu terlalu sibuk dengan persiapan untuk majlis berkenaan. Majlis memperkenal produk inovasi pilihan Syarikat Menang Sdn. Bhd. itu sehinggakan dia terlupa untuk menghubunginya. Ataukah, justeru Sazali hendak memberinya kejutan dengan menunjukkan hasil inovasinya tersebut.
    ‘Apapun alasannya, aku sebagai sahabat harus hadir dan memberinya sokongan moral terhadap kejayaannya ini,’ getus hati Butia menolak segala prasangka yang tidak baik.
    Tiba-tiba talipon bimbit Butia berbunyi, bayangannya mengenai majlis Pengenalan Inovasi oleh Syarikat telekomunikasi terkenal tadi tiba-tiba hilang. Butia kembali ke alam nyata. Hatinya menjadi amat kecewa dengan tingkah Sazali betul-betul biadap itu!
    Sejenak, khayalan Butia menerawang semula. Termangu kebodoh-bodohan dia, di ruang legar yang berkeluasan 1500 kaki persegi. Teriakan dan tepukan Butia semasa Sazali diperkenalkan dan di panggil ke pentas oleh juru acara tiba-tiba sahaja terhenti sebaik sahaja Sazali menarik kain putih penutup suatu alatan yang telah sedia berada di atas pentas sebelumnya. Sepertinya dia tidak menyangka yang alatan tersebut ialah MEL CL7. MEL CL7 adalah inovasi ciptaanya yang diusahakan selama ini sedang berada di atas pentas. Cuma sahaja nama yang diperkenalkan oleh Sazali tadi ialah ET CL8 sedang berdiri gah di atas pentas. Sazali yang muncul dipentas dengan yakin sekali menunjukkan fungsi alatan inovasi ET CL8 yang konon-kononnya adalah ciptaanya. Sazali lansung tidak memandangnya. Butia bagaikan pasu kosong yang berada di tempat duduk penonton. Tidak dihargai dan lebih baik dialihkan kerana menganggu pandangan.
    Hanya Tuhan yang tahu perasaan Butia Ketika itu. Mendadak, rasa sebak yang bukan alang kepalang, menyerbu tiba. Bagaimanapun, demi persahabatan yang telah terjalin sejak di bangku sekoleh rendah lagi, Butia memilih untuk menafikan rasa tersinggungnya itu. Sazali tidak pernah berkelakuan begini. Pasti ada sebab yang cukup kuat untuk menyokong tindakannya.
    ‘Sazali mungkin akan memberi kejutan padaku. Mungkin, dia akan memanggil aku ke pentas dan memperkenalkan aku sebagai pencipta asal inovasi tersebu!’ tegas Butiah di tempat duduknya sendirian.
    Namun, sehingga ke akhirnya, Sazali tidak langsung tidak menghubungi atau memandangnya sedikitpun. Sungguh menyakitkan hati!
    Dengan sepantas kilat, Butia mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg sandangnya lalu mendail nombor Sazali. Tiada jawapan. Dicubanya berulang kali lagi, juga tiada jawapan. Setelah puas gagal menghubungi Sazali melalui panggilan telefon, dia membuat pesanan ringkas pula. Setelah ditunggu beberapa minit, pesanan ringkasnya juga tidak dijawab oleh Sazali. Sungguh Butia buntu. Sebuntu sewaktu dia mula-mula mahu menyiapkan projek 6GR pada awal semester dahulu. Akan tetapi, pada kali ini, dia buntu dengan sikap Sazali yang tiba-tiba menjadi mendingin ais batu.

    ReplyDelete
  27. ‘Sazali, kenapa awak buat saya begini? Apa salah saya pada awak, sebenarnya? Mengapa persahabatan kita selama ini berakhir dengan pengkhianatan?,’ persoalan demi persoalan timbul di dalam hati Butia. Terbayang dia bagaimana sejak dari tadika lagi sehinggalah ke Kolej Vokasional, mereka bersama-sama berjuang untuk mendalami cita-cita. Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, Sazali berubah laku.
    Butia menghela nafas yang terasa menyendat dalam dadanya. Teringat bagaimana dia dan Sazali mengambil keputusan untuk mengisi borang untuk masuki Kolej ini, tiga tahun yang lalu. Butia amat meminati bidang kimpalan, walaupun bidang itu lebih didominasi oleh kaum lelaki. Manakala juga Sazali meminati bidang yang sama. Mereka sentiasa saling bantu-membantu.
    Namun, semuanya berubah seratus peratus!
    “Butia, sila bawa paip yang awak kimpal dengan menggunakan kaedah kimpalan 6GR kepada saya. Saya nak buat penilaian pertama,” tiba-tiba Encik Pits, pensyarahnya memberi arahan dari jarak dua meter.
    Lamunan Butia tiba- tiba terhenti. Cepat-cepat dia menoleh ke arah Encik Pits. Pensyarahnya yang berusia separuh abad itu, adalah salah seorang pensyarah senior yang amat tegas dan digeruni dalam unit Teknologi Kimpalan dan Jabatan Mekanikal sekaligus.
    “Baiklah Encik Pits,” jawab Butia ringkas sebelum bingkas bangun mematuhi arahan. Dia lalu bergerak ke arah almari yang menyimpan paip yang telah dikimpal menggunakan kaedah kimpalan 6GR semua pelajar sepertinya.
    Tiba-tiba, Butia tersentak cemas. Muka Butia tiba-tiba berubah pucat, sepucat warna cendawan chetaki yang di tumbuh di bukit Kimanis. Bagaimana tidak? Paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR yang disimpanya dalam almari itu, sudah tiada. Puas diselongkarnya almari yang diperbuat daripada besi keluli itu. Terkial-kial dia mencari paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR tersebut. Namun pencariannya sia-sia.
    ‘Di mana kamu? Aduh!’ gerutunya, dalam hati. Seingatnya, kali terakhir dia melihat bahan tersebut ialah semasa dia menyimpannya di dalam almari besi itu. Kemudian, dia bergegas memenuhi permintaan Sazali untuk bertemu di ruang legar Hal Ehwah Pelajar. ‘Mustahil aku tersalah letak di mana-mana?’
    Puas dicari di semua tempat, termasuklah almari, meja dan semua tempat yang digunakannya. Namun, jawapannya tetap sama. Paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR yang berwarna kelabu itu, seakan telah ghaib entah ke mana. Almari yang diperbuat dari besi keluli itu adalah almari yang dihaskan untuk paip yang telah dikimpal oleh pelajar menggunakan kaedah kimpalan 6GR.
    ‘Bagaimana ini boleh berlaku? Ke mana ia menghilang? Sabotajkah ini? Jika ya, siapa yang empunya angkara? Kenapa?’ tanya hatinya yang terasa seperti hendak menangis itu.

    ReplyDelete
  28. Dikerlingnya Encik Pits yang duduk menunggu di bilik kerjanya berulang kali. Encik Pits masih dapat dilihatnya dengan jelas menembusi pintu kaca lutsinar. Dadanya berdebar cemas. Dia mengalihkan pandangannya ke almari tempat menyimpan paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR sekali lagi. Terbayang saat-saat dia menyiapkannya dalam masa sebulan yang lalu. Berhari-hari pula dia terbongkok-bongkok menyiapkan paip tersebut menggunakan kaedah kimpalan 6GR. Paling sukar apabila dia mengimpal pada kedudukan 45⁰. Cukup menyeksakan!
    `Aduuuh…!” rintih Butia yang teringatkan ibu dan ayah di rumah, tiba-tiba. Tidak sanggup lagi dia menghadapi ayah dan ibunya sekiranya dia gagal pada semester akhir ini. Dia pasti akan gagal mendapatkan skrol Diploma Kemahiran Vokasional Malaysia, jika paip yang telah dikimpalnya dengan menggunakan kaedah kimpalan 6GR tidak ditemui. Pasti segala usahanya selama empat tahun di sekolah ini, sia-sia belaka. Pasti Ayah dan ibunya akan meleterinya tanpa henti, siang malam, pagi dan petang. Sungguh Butiah tidak sanggup menghadapi semua itu!
    "Takkan paip kimpalanku boleh hilang dengan sendirinya? Baru sejam yang lalu ia aku simpan sederet dengan paip-paip kimpalan pelajar lain dalam almari besi ini. Jadi, di mana ia sekarang Aduh, apa yang aku nak jawab pada Encik Pits?” rintih Butia di dalam hati, terhimpit cemas.
    Sudah terbayang-bayang akan kegagalannya. Matanya bergenangan dengan air mata. Sungguh tidak sanggup dia menerima kegagalan untuk semester ini. semester akhir. Betapa tidak. Empat tahun dia berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan skor yang tertinggi meskipun terpaksa bersaing dengan pelajar lelaki di sekelilingnya di Kolej Vokasional Keningau. Mujur, Sazali antara rakan yang sentiasa ada untuk memberi dia semangat agar terus bersaing dan meneruskan cita-citanya menjadi pengimpal wanita yang berjaya.
    Terkenang bagaimana dia pernah gagal pada Peperiksaan semester 1. Ketika itu, grednya hanya 2.0 sahaja kerana gagal beberapa subjek. Teruk dia dimarahi oleh ayah dan ibunya. Hampir dia dipindahkan semula ke sekolah biasa oleh ayah. Namun, Butia agak bernasib baik pada hari itu. Setelah dipujuk dan berjanji untuk memperbaiki kegagalannya itu, akhirnya ayah dan ibunya akur untuk memberinya satu peluang lagi. Sebagai menghargai peluang yang diberikan oleh ibu dan ayahnya, dia mengotakan janjinya apabila grednya menjadi baik dan menaik menjadi 3.8 pada semester berikutnya. Malah, kertas yang dia gagal dahulu juga telah berjaya diulangnya dengan gred yang jauh lebih baik.
    ‘Habislah aku kali ni!’ Butia berkata-kata di dalam hati. Sebaik sahaja meluahkan kata-kata, Butia terus sahaja menundukkan mukanya. Dia tidak mahu menangis. `Bukankah selama ini dia mendapat gelaran ‘gadis berhati besi’ yang sering diucapkan kepadanya oleh pensyarah dan pelajar teknologi kimpalan? Dia tidak mahu gelarannya akan berubah kepada besi yang telah dibakar dan dicairkan! Tidak sekali-kali!
    Namun, setelah beberapa ketika kemudian, Butia terpaksa menerima kenyataan, paip kimpalannya sudah tiada. Sama ada dia suka ataupun tidak, dia terpaksa berterus terang dengan Encik Pits. Lalu, dengan rasa bimbang dan kecewa yang amat, dia mengheret langkahnya perlahan-lahan mendekati pintu bilik Encik. Pits.

    ReplyDelete
  29. “Err,,, Encik Pits… err..” kata Butia, tergagap-gagap ketakutan. Terasa seperti kekurangan oksigen hingga menyukarkan dia menghela nafas.
    “Ada masalah apa, Butia? Mana paip yang telah awak kimpal dengan menggunakan kaedah kimpalan 6GR yang saya minta itu? Isk! Jangan buang masa saya. Saya nak memberi nilai. Hanya markah awak yang belum saya berikan!” rungut Encik Pits, sambil tangannya masih mengisi borang penilaian di hadapannya.
    “Encik. Pits, paip yang telah saya kimpal itu dah tak ada di tempatnya. Saya tak tahu di mana silapnya. Tetapi saya yakin saya ada letakkannya di tempat yang sepatutnya, di almari besi tu, sebelum saya ke pusat sumber tadi,” jelas Butia sambil terketar-ketar.
    “Apa? Awak dah hilangkan paip yang telah awak kimpal itu, Buti? Jadi, bagai mana saya nak bagi nilai kepada awak?” tanya Encik Pits itu, memberang.
    Pertanyaan pensyarahnya itu bagaikan percikan api kimpalan yang menerjah masuk ke dalam mata. Sangat pedih dan menyakitkannya. Butia tersentak, gempar! Ini bermakna dia benar-benar akan digagalkan oleh Encik Pits sekiranya dia tidak mengadakan bukti kewujudan 6GR itu. Kali ini Encik Pits memandang tepat ke arah wajah Butiah dengan wajah bengis.
    “Maafkan saya Encik Pits,” terketar-ketar suara Butia. Wajahnya ditundukkan tanda tidak sanggup bertentang mata dengan pensyarahnya itu. Hampir setengah jam pula dia merayu pertimbangan Encik Pits agar diberi peluang sekali lagi untuk membuat semula bahan tersebut.
    “Baiklah, saya beri awak tempoh seminggu lagi. Jika tidak siap jugak, saya akan gagalkan awak!” akhirnya Encik Pits membuat keputusan.
    Butia bersyukur tidak terhingga di dalam hati. Dia pasti akan menyiapkannya dalam tempoh seminggu, janji Butia pada Encik Pits dan dirinya sendiri. Dengan terketar-ketar, Butia keluar dari bilik Encik. Pits. Air matanya meluncur laju. Cepat-cepat dia bergerak ke sudut bengkel kimpalan akra yang agak tersorok kedudukannya di gugusan bangunan sekolah vokasional itu.
    Butia tidak mahu ada orang melihat dia bersedih begitu. Dia tidak mahu daripada puteri besi dia bertukar menjadi puteri karat. Mujur hari ini pembelajaran di bengkel kimpalan akra, habis awal. Mujur lagi, hanya pelajar inovasidalam kimpalan seperti dia sendiri sahaja yang dibenarkan masuk ke bengkel Teknologi Kimpalan ini untuk menyiapkan bahan bukti mereka sebelum penilaian. Sekurang-kurangnya, tiadalah sesiapa yang akan menyaksikan dia meratap sendirian, habis-habisan di bengkel itu.
    “Tahniah Butia! Awak adalah satu-satunya pelajar wanita yang sanggup menerima cabaran dalam bidang kimpalan ini. Sudah lama saya menantikan pelajar seperti awak ini. Semoga awak akan terus tabah dan bersemangat sehingga tamat kursus ini dan seterusnya mendapat Diploma ya.” Pujian Encik Pits, empat tahun yang lalu, terngiang-giang lagi di ingatannya.
    Ketika itu, Butia yang hanya ditemani oleh ibu kerana ayah sibuk membuat pembayaran di kaunter koperasi. Sebagai pelajar baharu Kursus Teknologi Kimpalan, kata-kata Encik Pits sangat membakar semangatnya. Semangat itulah yang sentiasa dijaga dan dibajanya dengan membuat yang terbaik pada setiap kali dia ditugaskan untuk menyiapkan kimpalan. Sehingga akhirnya, dia mendapat gelarah ‘gadis besi’!

    ReplyDelete
  30. “Saya kalau nak diikutkan, nak saja Butia ni ambil kursus yang melambangkan kewanitaannya, seperti belajar tentang buat katering, bakeri, perkembangan awal kanak-kanak, fesyen atau kecantikan. Tapi, disebabkan oleh minatnya dah ke kimpalan, takpelah saya izinkan. Yang penting dia buat dengan bersungguh-sungguh dibawah pengawasan cikgu,” kata ibu di hadapan Encik Pits sewaktu hari pertama pendaftaran pelajar baharu dahulu.
    Padahal, sebelum ini, ibu begitu menentang cita-citanya itu. Hanya setelah mendengar potensi kerjaya dalam bidang kimpalan, barulah ibu merestuinya. Ternyata, penerangan Encik Pits tentang kerjaya dalam bidang kimpalan, berjaya mengubah pendapat ibu.
    ‘Syukur Alhamdulillah!’ getus hatinya, pada ketika itu.
    “Butia, kamulah satu-satunya anak perempuan ibu. Ibu harap sangat agar Butia pandai menjaga diri dan banggakan ibu dan ayah,” ujar ibu sebelum meninggalkannya di asrama hampir empat tahun dahulu.
    Ayah Butia yang merupakan seorang guru sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Delima itu berubah sebak air mukanya, tatkala Butia menyalami tangannya. Itulah kali pertama Butiah berpisah dengan ayah dan ibu. Berpisah demi untuk mengapai cita-cita yang selama ini diidamkannya. Wajah jelita ibu juga kelihatan sayu meskipun dengan solehkan yang sangat ringkas. Bedak dan secalit gincu bibir yang sederhana warnanya. Cukup mewah untuk ibu yang berstatus suri rumah. Seingat Butia, ibu hanya bersolek sedemikian jika hendak berpergian jauh atau untuk menghadiri kenduri kahwin saudara-mara yang penting.
    Butia juga pada mulanya tidak pernah bercita-cita mahu menjadi pengimpal. Namun, sewaktu tingkatan dua, setelah membaca sebuah rencana mengenai ‘Juru kimpal adalah antara kerjaya yang mempunyai pendapatan yang lumayan dan cabaran yang hebat’ di majalah kerjaya, hatinya tertawan.
    Sejak itu, dia mulai berusaha untuk lebih mengenali apakah kerjaya dan potensi pekerjaan yang dipanggil juru kimpal. Bermula dari situlah dia terus mencari maklumat lanjut mengenai potensi pekerjaan tersebut. Lama-kelamaan Butia menjadi semakin jatuh cinta dan meminati bidang kimpalan. Dia juga memasang angan-angan untuk menjadi juru kimpal wanita yang berjaya di Malaysia. Apatah lagi ia turut menjanjikan gaji yang amatlah lumayan.
    Perlahan-lahan, Butia mengesat air mata dan hingusnya dengan bucu lengan bajunya. Dia menggenggam tinju lalu memandang ke hadapan.
    “Baiklah, cukuplah menangis itu. Sekarang, demi impian yang telah aku bina selama ini, aku perlu berusaha keras. Paip dengan kimpalan 6GR perlu aku siapkan!” Butia berkata-kata sendirian, tegas.
    “Sazali, aku perlukan kau sekarang untuk mendengar masalah aku. Tapi kau kini malah membuat aku lebih sedih lagi. Mengkhianati aku! Dengan tidak semena-mena, Butia menjadi semakin sedih.



    ReplyDelete
  31. Erna, copy je k;


    Bab 1

    Butia memandang berkali-kali brosur yang didapatinya dari ruang legar pelajar, sebentar tadi. Dadanya tiba-tiba menjadi sesak bagai dihimpit mesin pengimpal. Jantungnya berdegup kencang bagaikan baharu sahaja menamatkan larian 100 meter pecut.
    `Mustahil, mustahil dia tergamak!' desis hatinya kerusuhan. Sungguh sukar untuk mempercayainya, teramat sukar!
    Butia termangu sejenak. Dia seakan dapat melihat sekuntum mawar berwarna kuning yang berkembang mekar. Namun, dengan tidak semena-mena, kelopak mawar itu tertanggal satu persatu dan terbang bagai ditiup angin, meninggalkannya lalu lenyap entah ke mana.
    Bayangan itu seolah olah menggambarkan persahabatannya dengan Sazali yang jelas sudah meninggalkannya. Sekelopak demi sekelopak kenangan manisnya membesar bersama Sazali, juga terbang lalu lenyap entah ke mana.
    `Tertanggal putus terus!’ bisik hatinya, pahit. Seolah-olah, walau menggunakan kaedah kimpalan yang paling terkenal pun, tidak mungkin akan dapat menyatukan kembali kepingan-kepingan logam persahabatan antara mereka berdua. Walaupun, jika ia telah melalui proses separa automatik dan automatik seperti kimpalan gerbang logam gas. Ataupun, kimpalan gerbang bawah air, kimpalan gerbang teras flux dan kimplan elektroslag.
    Tanpa sedar, Butia yang berpakaian seragam bengkel berwarna biru gelap, berkaca mata whoogle dan bersepatu boot khas, mengesak. Disentuhnya mesin Shilded Metal Arc Welding atau nama singkatannya SMAW itu, seperti ingin menyentuh dan mengimpal kembali kepingan-kepingan hati yang hancur luluh antara mereka berdua itu.
    Perasaannya bergelora. Marah dan sedih bercampur baur di dalam dada bagaikan rod besi kimpalan yang sedang dipanaskan. Minatnya untuk lebih mengetahui tentang perkembangan berterusan dengan ciptaan kimpalan laser, kimpalan elektron, kimpalan denyutan magnetik dan kimpalan putaran geseran friction stir welding, juga lenyap begitu saja. Lenyap oleh geseran yang lebih dahsyat terhadap persahabatan antara dia dan Sazali.
    Butia yang masih terpaku di sisi mesin SMAW itu, menarik nafas dalam-dalam. Suasana bengkel atau ruang kerja di bengkel Teknologi Kimpalan Kolej Puncak Sarjana yang biasanya menjadi tempat kegemarannya itu, kelihatan suram dan tidak lagi berseri-seri. Cahaya di bengkel kelihatan sedikit malap. Bau-bau tengik akibat pembakaran cebisan rod aktiviti mengimpal rakan-rakan sebelumnya menusuk hidungnya.
    Diliriknya meja kerja kimpalan di hadapannya masih tidak terusik. Rod besi, alat pengimpal tangan dan banyak lagi telah awal-awal lagi tersedia di atas meja kerja yang diperbuat dari besi itu. Alatan tersebut untuk kegunaan pelajar sepertinya bagi menyiapkan projek akhir tahun mereka. Nampaknya hanya dia yang ada di dalam bengkel kimpalan arka yang seluas 2000 kaki persegi itu. Bengkel itu dipenuhi dengan mesin dan alatan mengimpal tiba-tiba terasa sempit padanya, sesempit benaknya




    ReplyDelete
  32. memikirkan pegkhianatan oleh satu-satunya sahabat yang amat dipercayainya, sahabat dari kecilnya dan bernama Sazali.
    Dengan sekilas pandang, Butia menyeluruhi bengkel itu lagi. Terdapat beberapa ruang di dalam bengkel kimpalan tersebut. Ruang mengimpal tertutup diliputi oleh tirai kalis api yang memudahkan proses pengimpalan. Manakala ruang mengimpal terbuka pula kelihatan agak lapang berbanding ruang mengimpal tertutup tadi. Ruang penyimpanan atau stor pula dipenuhi dengan bahan atau alatan mengimpal tangan yang lebih kecil berbanding deretan mesin pengimpal yang besar dan tersusun rapi. Semua itu di labelkan mengikut nama alatan dan kegunaan.
    Sementara di bahagian lantai pula, terdapat warna hijau gelap dan kuning. Warna hijau gelap adalah ruang lalu lalang biasa. Manakala warna kuning pula adalah ruangan untuk mesin dan ruangan bekerja atau menjalanakan proses pengimpalan. Kata Encik Pits, warna-warna lantai ditandakan sedemikian agar dapat memudahkan proses mengimpal dan melatih pelajar untuk bekerja dalam keadaan selamat dan berdisiplin.
    ‘Kenapa aku harus rasa sebak semacam ini? Kenapa aku harus ambil peduli? Kenapa?’ rintih hatinya, yang terasa seperti hendak menangis saja itu. Mujur, pelajar dan pensyarah lain telah pergi berehat atau meneruskan kerja masing-masing. Kalau ada pun, mungkin Encik Peter atau lebih suka dipanggil dengan nama Encik Pits. Katanya lebih mesra. Dia adalah pensyarah yang akan menyelia projek inovasi Butia. Dia kelihatan sedang sibuk di biliknya yang terletak bersebelahan dengan bengkel ini.
    Fikiran Butiah terus berkecamuk bagai serakan serpihan rod-rod besi di lantai yang belum dibersihkan selama beberapa bulan. Berkecamuk memikirkan tentang Sazali rakan baiknya. Wajah Sazali tampan pan Asiannya itu, tentunya berjaya membuatkan hati mana-mana gadis mudah jatuh hati. Namun, bagi Butia, Sazali tidak pernah lebih dari seorang kawan baik. Sazali yang dikenalinya semenjak dari sekolah rendah lagi adalah seteru utamanya dalam semua bidang. Walaupun demikian, bagaikan adiwira sejati, Sazali jugalah yang akan menjadi pembelanya jika ada orang yang cuba menganggunya sewaktu di sekolah rendah dahulu.
    ‘Itu dulu, lama dulu,’ bisik hatinya, kesayuan.
    Sazali, pelajar jurusan Teknologi Kimpalan sama sepertinya itu sentiasa berpenampilan kemas, membayang dengan senyuman berlesung pipit di ruang matanya. Dengan ketinggian 170cm, Sazali sering mendapat perhatian oleh jurulatih sukan kolej seperti bola keranjang, bola tampar dan lompat galah. Namun, ternyata Sazali hanya selesa memilih sukan bola tampar.
    Butia mengeluh resah. Semakin sukar baginya untuk memulakan kerjanya. Otaknya tersekat kebuntuan, manakala mata dan hatinya masih sakit oleh ulah Sazali yang mengkhianatinya. Kesakitan itu seperti sakitnya mata apabila terkena percikan api sewaktu mengimpal paip dua tahun lepas, sewaktu dia baharu sahaja belajar mengimpal buat kali pertama. Mindanya ligat mengingatinya.
    “Projek ini adalah hasil titik peluh dan usahaku Kenapa Sazali buat saya macam ni?” bantah Butia dalam hati. Sungguh Butia tidak menyangka apa

    ReplyDelete
  33. puncanya Sazali tiba-tiba sanggup mengkhianatinya. Terasa seperti dia terkena percikan api kimpalan sahaja. Jika diikutkan hatinya, mau sahaja ditumbuknya muka Sazali pada ketika itu. Itulah kali pertama Sazali menyakitkan hatinya dengan sedemikian rupa, di sepanjang persahabatan mereka.
    `Tapi… Sazali tidak mungkin tergamak buat aku macam tu. Mesti ada yang mempengaruhi Sazali!’ pujuk hatinya, tiba tiba tidak sampai hati mahu berprasangka terhadap sahabatnya itu.
    “Sazali…!” Puas Butiah memanggil untuk mengetahui akan punca Sazali memperlakukannya sedemikian sebaik sahaja majlis ringkas memperkenal inovasi terbaik dan menjadi pilihan Syarikat Menang Sdn. Bhd.
    Malangnya, Sazali langsung tidak menoleh ke arahnya. Sudahnya, merah padam muka Butia menanggung malu apabila menyedari bahawa rakan-rakan berbisik sesama sendiri sambil memandangnya seperti memandang orang yang kurang siuman.
    Kemudiannya, melalui perkhabaran daripada rakan-rakan sealiran, Butia mendapat tahu bahawa Sazali akan membentangkan inovasi yang dihasilkannya itu. Namun, dalam masa yang sama Butia bukan hanya berasa hairan, akan tetapi amat terkilan. Perkhabaran tentang pembentangan itu, tidak disampaikan oleh Sazali sendiri kepadanya.
    `Mungkin dia terlalu sibuk dengan persiapan untuk majlis memperkenal produk inovasi pilihan Syarikat Menang Sdn. Bhd. itu? Sehinggakan dia terlupa untuk menghubungiku? Ataukah, mungkin dia hendak memberinya kejutan kepadaku dengan menunjukkan hasil inovasiku itu?’ pujuk hatinya lagi. Sepantas itu, Butia menepis prasangka yang tumbuh di lubuk hatinya. Walau apapun alasan Sazali, Butia berasakan dia wajar menghadirkan diri di majlis itu, sekali gus memberinya sokongan moral kepada sahabatnya itu.
    Semasa di majlis itu kemudiannya, Butia menepuk tangan dan memberikan teriakan semangat semasa Sazali diperkenalkan dan dipanggil ke pentas oleh juruacara. Bangganya dia melihat sahabatnya itu melangkah gah menghampiri sebuah alatan yang tertutupi kain putih, di tengah pentas. Teriakan dan tepukannya tiba-tiba sahaja terhenti sebaik sahaja Sazali menarik kain putih penutup alatan itu.
    ‘Hah?’ desisnya, tanpa sedar. Sungguh Butia tidak menyangka bahawa alatan di atas pentas itu adalah MEL CL7. MEL CL7 adalah inovasi ciptaanya yang bertungkus lumus diusahakan sendirian selama ini. Cuma sahaja nama alatan di atas pentas itu diperkenalkan oleh Sazali di pentas itu ialah ET CL8.
    `Perbezaannya hanya pada nama yang jelas sudah ditukar! Tergamak kamu Sazali tergamak” bentak Butia dalam hati. Terkebil-kebil dia memerhatikan Sazali yang dengan yakin sekali menunjukkan fungsi alatan inovasi ET CL8 yang konon-kononnya adalah ciptaanya. Sazali lansung tidak memandangnya. Butia bagaikan pasu kosong yang berada di tempat duduk penonton paling hadapan. Tidak dihargai dan lebih baik dialihkan kerana menganggu pandangan.
    Hanya Tuhan yang tahu perasaan Butia ketika itu. Mendadak, rasa sebak yang bukan alang kepalang, menyerbu tiba. Bagaimanapun, demi persahabatan yang telah terjalin sejaksekian lama, Butia memilih untuk

    ReplyDelete
  34. menafikan rasa tersinggungnya itu. Sazali tidak pernah berkelakuan begini. Pasti ada sebab yang cukup kuat mengapa dia bertindak begitu terhadapku..
    ‘Mungkin dia akan memberikan kejutan kepadaku sebentar lagi Mungkin, dia akan memanggil aku naik ke pentas dan memperkenalkan aku sebagai pencipta sebenar inovasi itu!’ Sekali lagi Butia memujuk hatinya, di tempat duduk penonton paling hadapan itu.
    Namun, yang Butia harapkan, tidak menjadi kenyataan. Hingga ke akhir majlis itu, Sazali tidak langsung memandangnya sedikitpun, apatah lagi menyebut namanya. Sungguh menyakitkan hati!
    Butia segera mematikan kenangan pahit itu. Dengan sepantas kilat, Butia mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg sandangnya lalu mendail nombor Sazali. Tiada jawapan. Dicubanya berulang kali lagi, juga tiada jawapan. Setelah berulang kali gagal menghubungi Sazali melalui panggilan telefon, dia membuat pesanan ringkas pula. Setelah ditunggu beberapa minit, pesanan ringkasnya juga tidak dijawab. Sungguh Butia buntu. Sebuntu sewaktu dia mula-mula mahu menyiapkan projek 6GR pada awal semester dahulu. Akan tetapi, pada kali ini, dia buntu dengan sikap Sazali yang tiba-tiba menjadi mendingin ais batu. Padahal, dari tadika sehinggalah ke Kolej Vokasional lagi, mereka bersama-sama berjuang menggapai cita-cita masing-masing. Saling membantu. Saling bekerjsama. Saling mengerti dan mengorhati.
    Butia menghela nafas yang terasa menyendat dalam dadanya. Teringat bagaimana dia dan Sazali mengambil keputusan untuk mengisi borang untuk masuki Kolej ini, tiga tahun yang lalu. Butia amat meminati bidang kimpalan, walaupun bidang itu lebih didominasi oleh kaum lelaki. Manakala juga Sazali meminati bidang yang sama dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengannya. Namun kini, semuanya berubah seratus peratus!
    “Butia, sila bawa paip yang awak kimpal dengan menggunakan kaedah kimpalan 6GR kepada saya. Saya nak buat penilaian pertama,” tiba-tiba Encik Pits, pensyarahnya memberi arahan.
    Lamunan Butia tiba- tiba terhenti. Cepat-cepat dia menoleh ke arah Encik Pits yang tercegat lebih kurang dua meter daripadanya. Pensyarahnya yang berusia separuh abad itu, adalah salah seorang pensyarah senior yang amat tegas dan digeruni dalam unit Teknologi Kimpalan dan Jabatan Mekanikal sekaligus.
    “Baiklah Encik Pits,” jawab Butia ringkas sebelum bingkas bangun mematuhi arahan. Dia lalu bergerak ke arah almari yang menyimpan paip yang telah dikimpal menggunakan kaedah kimpalan 6GR semua pelajar sepertinya.
    Tiba-tiba, Butia tersentak cemas. Muka Butia tiba-tiba berubah pucat, sepucat warna cendawan chetaki yang di tumbuh di bukit Kimanis. Bagaimana tidak? Paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR yang disimpanya dalam almari itu, sudah tiada. Puas diselongkarnya almari yang diperbuat daripada besi keluli itu. Terkial-kial dia mencari paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR tersebut. Namun pencariannya sia-sia.
    ‘Di mana kamu? Aduh!’ gerutunya, dalam hati. Seingatnya, kali terakhir dia melihat bahan tersebut ialah semasa dia menyimpannya di dalam

    ReplyDelete
  35. almari besi itu. Kemudian, dia bergegas memenuhi permintaan Sazali untuk bertemu di ruang legar Hal Ehwah Pelajar. ‘Mustahil aku tersalah letak di mana-mana?’
    Puas dicari di semua tempat, termasuklah almari, meja dan semua tempat yang digunakannya. Namun, jawapannya tetap sama. Paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR yang berwarna kelabu itu, seakan telah ghaib entah ke mana. Almari yang diperbuat dari besi keluli itu adalah almari yang dihaskan untuk paip yang telah dikimpal oleh pelajar menggunakan kaedah kimpalan 6GR.
    ‘Bagaimana ini boleh berlaku? Ke mana ia menghilang? Sabotajkah ini? Jika ya, siapa yang empunya angkara? Kenapa?’ tanya hatinya yang terasa seperti hendak menangis itu.
    Dikerlingnya Encik Pits yang duduk menunggu di bilik kerjanya berulang kali. Encik Pits masih dapat dilihatnya dengan jelas menembusi pintu kaca lutsinar. Dadanya berdebar cemas. Dia mengalihkan pandangannya ke almari tempat menyimpan paip yang telah dikimpalnya menggunakan kaedah kimpalan 6GR sekali lagi. Terbayang saat-saat dia menyiapkannya dalam masa sebulan yang lalu. Berhari-hari pula dia terbongkok-bongkok menyiapkan paip tersebut menggunakan kaedah kimpalan 6GR. Paling sukar apabila dia mengimpal pada kedudukan 45⁰. Cukup menyeksakan!
    `Aduuuh…!” rintih Butia yang teringatkan ibu dan ayah di rumah, tiba-tiba. Tidak sanggup lagi dia menghadapi ayah dan ibunya sekiranya dia gagal pada semester akhir ini. Dia pasti akan gagal mendapatkan skrol Diploma Kemahiran Vokasional Malaysia, jika paip yang telah dikimpalnya dengan menggunakan kaedah kimpalan 6GR tidak ditemui. Pasti segala usahanya selama empat tahun di sekolah ini, sia-sia belaka. Pasti Ayah dan ibunya akan meleterinya tanpa henti, siang malam, pagi dan petang. Sungguh Butiah tidak sanggup menghadapi semua itu!
    "Takkan paip kimpalanku boleh hilang dengan sendirinya? Baru sejam yang lalu ia aku simpan sederet dengan paip-paip kimpalan pelajar lain dalam almari besi ini. Jadi, di mana ia sekarang Aduh, apa yang aku nak jawab pada Encik Pits?” rintih Butia di dalam hati, terhimpit cemas.
    Sudah terbayang-bayang akan kegagalannya. Matanya bergenangan dengan air mata. Sungguh tidak sanggup dia menerima kegagalan untuk semester ini. semester akhir. Betapa tidak. Empat tahun dia berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan skor yang tertinggi meskipun terpaksa bersaing dengan pelajar lelaki di sekelilingnya di Kolej Vokasional Keningau. Mujur, Sazali antara rakan yang sentiasa ada untuk memberi dia semangat agar terus bersaing dan meneruskan cita-citanya menjadi pengimpal wanita yang berjaya.
    Terkenang bagaimana dia pernah gagal pada Peperiksaan semester 1. Ketika itu, grednya hanya 2.0 sahaja kerana gagal beberapa subjek. Teruk dia dimarahi oleh ayah dan ibunya. Hampir dia dipindahkan semula ke sekolah biasa oleh ayah. Namun, Butia agak bernasib baik pada hari itu. Setelah dipujuk dan berjanji untuk memperbaiki kegagalannya itu, akhirnya ayah dan ibunya akur untuk memberinya satu peluang lagi. Sebagai menghargai peluang yang diberikan oleh ibu dan ayahnya, dia mengotakan janjinya apabila grednya menjadi baik dan menaik menjadi

    ReplyDelete
  36. 3.8 pada semester berikutnya. Malah, kertas yang dia gagal dahulu juga telah berjaya diulangnya dengan gred yang jauh lebih baik.
    ‘Habislah aku kali ni!’ Butia berkata-kata di dalam hati. Sebaik sahaja meluahkan kata-kata, Butia terus sahaja menundukkan mukanya. Dia tidak mahu menangis. `Bukankah selama ini dia mendapat gelaran ‘gadis berhati besi’ yang sering diucapkan kepadanya oleh pensyarah dan pelajar teknologi kimpalan? Dia tidak mahu gelarannya akan berubah kepada besi yang telah dibakar dan dicairkan!
    Tidak sekali-kali! Namun, setelah beberapa ketika kemudian, Butia terpaksa menerima kenyataan, paip kimpalannya sudah tiada. Sama ada dia suka ataupun tidak, dia terpaksa berterus terang dengan Encik Pits. Lalu, dengan rasa bimbang dan kecewa yang amat, dia mengheret langkahnya perlahan-lahan mendekati pintu bilik Encik. Pits.
    “Err,,, Encik Pits… err..” kata Butia, tergagap-gagap ketakutan. Terasa seperti kekurangan oksigen hingga menyukarkan dia menghela nafas.
    “Ada masalah apa, Butia? Mana paip yang telah awak kimpal dengan menggunakan kaedah kimpalan 6GR yang saya minta itu? Isk! Jangan buang masa saya. Saya nak memberi nilai. Hanya markah awak yang belum saya berikan!” rungut Encik Pits, sambil tangannya masih mengisi borang penilaian di hadapannya.
    “Encik. Pits, paip yang telah saya kimpal itu dah tak ada di tempatnya. Saya tak tahu di mana silapnya. Tetapi saya yakin saya ada letakkannya di tempat yang sepatutnya, di almari besi tu, sebelum saya ke pusat sumber tadi,” jelas Butia sambil terketar-ketar.
    “Apa? Awak dah hilangkan paip yang telah awak kimpal itu, Buti? Jadi, bagai mana saya nak bagi nilai kepada awak?” tanya Encik Pits itu, memberang.
    Pertanyaan pensyarahnya itu bagaikan percikan api kimpalan yang menerjah masuk ke dalam mata. Sangat pedih dan menyakitkannya. Butia tersentak, gempar! Ini bermakna dia benar-benar akan digagalkan oleh Encik Pits sekiranya dia tidak mengadakan bukti kewujudan 6GR itu. Kali ini Encik Pits memandang tepat ke arah wajah Butiah dengan wajah bengis.
    “Maafkan saya Encik Pits,” terketar-ketar suara Butia. Wajahnya ditundukkan tanda tidak sanggup bertentang mata dengan pensyarahnya itu. Hampir setengah jam pula dia merayu pertimbangan Encik Pits agar diberi peluang sekali lagi untuk membuat semula bahan tersebut.
    “Baiklah, saya beri awak tempoh seminggu lagi. Jika tidak siap jugak, saya akan gagalkan awak!” akhirnya Encik Pits membuat keputusan.
    Butia bersyukur tidak terhingga di dalam hati. Dia pasti akan menyiapkannya dalam tempoh seminggu, janji Butia pada Encik Pits dan dirinya sendiri. Dengan terketar-ketar, Butia keluar dari bilik Encik. Pits. Air matanya meluncur laju. Cepat-cepat dia bergerak ke sudut bengkel kimpalan akra yang agak tersorok kedudukannya di gugusan bangunan sekolah vokasional itu.
    Butia tidak mahu ada orang melihat dia bersedih begitu. Dia tidak mahu daripada puteri besi dia bertukar menjadi puteri karat. Mujur hari ini pembelajaran di bengkel kimpalan akra, habis awal. Mujur lagi, hanya pelajar inovasidalam kimpalan seperti dia sendiri sahaja yang dibenarkan

    ReplyDelete
  37. masuk ke bengkel Teknologi Kimpalan ini untuk menyiapkan bahan bukti mereka sebelum penilaian. Sekurang-kurangnya, tiadalah sesiapa yang akan menyaksikan dia meratap sendirian, habis-habisan di bengkel itu.
    “Tahniah Butia! Awak adalah satu-satunya pelajar wanita yang sanggup menerima cabaran dalam bidang kimpalan ini. Sudah lama saya menantikan pelajar seperti awak ini. Semoga awak akan terus tabah dan bersemangat sehingga tamat kursus ini dan seterusnya mendapat Diploma ya.” Pujian Encik Pits, empat tahun yang lalu, terngiang-giang lagi di ingatannya.
    Ketika itu, Butia yang hanya ditemani oleh ibu kerana ayah sibuk membuat pembayaran di kaunter koperasi. Sebagai pelajar baharu Kursus Teknologi Kimpalan, kata-kata Encik Pits sangat membakar semangatnya. Semangat itulah yang sentiasa dijaga dan dibajanya dengan membuat yang terbaik pada setiap kali dia ditugaskan untuk menyiapkan kimpalan. Sehingga akhirnya, dia mendapat gelarah ‘gadis besi’!
    “Saya kalau nak diikutkan, nak saja Butia ‘ni ambil kursus yang melambangkan kewanitaannya, seperti belajar tentang buat katering, bakeri, perkembangan awal kanak-kanak, fesyen atau kecantikan. Tapi, disebabkan oleh minatnya dah ke kimpalan, takpelah saya izinkan. Yang penting dia buat dengan bersungguh-sungguh dibawah pengawasan cikgu,” kata ibu di hadapan Encik Pits sewaktu hari pertama pendaftaran pelajar baharu dahulu.
    Padahal, sebelum ini, ibu begitu menentang cita-citanya itu. Hanya setelah mendengar potensi kerjaya dalam bidang kimpalan, barulah ibu merestuinya. Ternyata, penerangan Encik Pits tentang kerjaya dalam bidang kimpalan, berjaya mengubah pendapat ibu.
    ‘Syukur Alhamdulillah!’ getus hatinya, pada ketika itu.
    “Butia, kamulah satu-satunya anak perempuan ibu. Ibu harap sangat agar Butia pandai menjaga diri dan banggakan ibu dan ayah,” ujar ibu sebelum meninggalkannya di asrama hampir empat tahun dahulu.
    Ayah Butia, guru sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Delima itu berubah sebak air mukanya, tatkala Butia menyalami tangannya. Itulah kali pertama Butiah berpisah dengan ayah dan ibu. Berpisah demi untuk mengapai cita-cita yang selama ini diidamkannya. Wajah jelita ibu juga kelihatan sayu meskipun dengan solehkan yang sangat ringkas. Bedak dan secalit gincu bibir yang sederhana warnanya. Cukup mewah untuk ibu yang berstatus suri rumah. Seingat Butia, ibu hanya bersolek sedemikian jika hendak berpergian jauh atau untuk menghadiri kenduri kahwin saudara-mara yang penting.
    Butia juga pada mulanya tidak pernah bercita-cita mahu menjadi pengimpal. Namun, sewaktu tingkatan dua, setelah membaca sebuah rencana mengenai ‘Juru kimpal adalah antara kerjaya yang mempunyai pendapatan yang lumayan dan cabaran yang hebat’ di majalah kerjaya, hatinya tertawan.
    Sejak itu, dia mulai berusaha untuk lebih mengenali apakah kerjaya dan potensi pekerjaan yang dipanggil juru kimpal. Bermula dari situlah dia terus mencari maklumat lanjut mengenai potensi pekerjaan tersebut. Lama-kelamaan Butia menjadi semakin jatuh cinta dan meminati bidang kimpalan. Dia juga memasang angan-angan untuk menjadi juru kimpal wanita yang berjaya di Malaysia. Apatah lagi ia turut menjanjikan gaji yang amatlah lumayan.
    Perlahan-lahan, Butia mengesat air mata dan hingusnya dengan bucu lengan bajunya. Dia menggenggam tinju lalu memandang ke hadapan.
    “Baiklah, cukuplah menangis itu. Sekarang, demi impian yang telah aku bina selama ini, aku perlu berusaha keras. Paip dengan kimpalan 6GR perlu aku siapkan!” Butia berkata-kata sendirian, tegas.
    “Sazali, kembalikan sahabatku. Aku perlukan dia untuk mendengar masalah aku sekarang juga!’ Dengan tidak semena-mena, Butia menjadi semakin terhimpit sedih.

    itu je utk bab satu yg baru erna, gigih terus k

    ReplyDelete