• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, December 3, 2017

21 comments:

  1. Bab 3: Perlu berkerjasama semula

    Perjalanan Sazali ke perpustakaan tiba-tiba terhenti apabila seorang pelajar semester 4 merangkap juniornya menyerahkan secebis kertas berbentuk segi empat tepat dan berwarna biru. Sazali membuka kertas berkenaan. Rupa-rupanya memo dari Puan Sofi. Dengan semangat ingin tahu yang tinggi, Sazali membaca memo berkenaan.
    Sazali, awak sila berjumpa dengan saya secepat mungkin.
    Dari Puan Sofi.
    Pesanan yang ringkas, namun menyebabkan hati Sazali tidak keruan. Dadanya mendadak tidak tenteram. Pernafasannya menjadi laju. Adakah disebabkan perilakunya semalam yang lewat menghantar kertas tugasan sehingga dia panggil dengan tergesa-gesa oleh Puan Sofi? Tetapi, mengapa justeru Puan Sofi tidak menegurnya semalam juga? Atau justeru perselisishan fahamnya dengan Butia telah sampai ke pengetahuan Puan Sofi? Aduh, minda Sazali berselirat dengan perbagai persoalan.
    Langakah Sazali yang tadinya diarahkan ke perpustakaan kini berubah hala. Sazali mempercepatkan langkahnya. Mindanya tidak lagi memikirkan tentang buku rujukan yang bakal digunakannya untuk kajiannya. Sazali hanya ingin dia cepat-cepat bertemu dengan Puan Sofi.
    Sebaik sahaja Sazali sampai ke hadapan bilik Puan Sofi, diketuknya pintu bilik Puan Sofi dengan penuh sopan. Beberapa saat kemudian, dia mendengar arahan dari dalam bilik tersebut masuk. Jantung Sazali berdegub laju. Perlahan-lahan dia melangkah ke hadapan meja Puan Sofi. Perbagai persoalan berlegar-legar disepanjang mindanya. Namun, cepat-cepat dicantasnya dengan pantas.
    “Sazali, Saya ada berita untuk awak. Pihak kolej telah melantik awak untuk menjadi Ahli Jawatan kuasa sambutan pelajar baharu. Ini adalah senarai Ahli Jawatan kuasa yang terlibat. Sedikit masa lagi, pihak kolej akan memberi taklimat mengenai program ini.”
    Sazali yang menerima kertas senarai AJK dari Puan Sofi terus sahaja membacanya. Tiba-tiba, mata Sazali membutang, mendadak dada Sazali berdegub kencang. Serasa hendak putus dek kerana terlalu laju denyutannya. Muka Sazali tiba-tiba pucat. Masakan tidak, dia akan bersama dengan Butia dalam AJK Lawatan & taklimat keselamatan bengkel-bengkel. Yang parahnya Butia akan menjadi ketua dan dia akan menjadi timbalannya.
    ‘Aduh! Bagaimana aku akan bekerjasama dengan Butia? sedangkan memandang mukanya pun dia tidak sanggup. Inikan pula memimpin pelajar-pelajar baharu dalam lawatan dan taklimat keselamatan?’ Sazali bermonolog sendiri.
    “Kenapa Sazali? Awak ada masalah ke?.” tanya Puan Sofi tiba-tiba sebaik sahaja melihat wajah Sazali berubah pucat.
    Ternyata Sazali hanya menggelengan kepala apabila Puan Sofi bertanya. Dia malu jika Puan Sofi tahu akan masalah peribadinya dengan Butia.

    ReplyDelete
  2. “Penglibatan awak ini adalah berdasarkan kecemerlangan awak dalam Program pengurusan pelajar tahun lepas. Saya harap awak tidak menghampakan saya,” sambung Puan Sofi lagi.
    “Baik Puan Sofi, jika tiada apa-apa lagi saya minta diri dulu,” cepat-cepat Sazali meminta diri. Takut dia
    . Sazali keluar dari bilik Puan Sofi dengan seribu rasa dan persoalan? Adakah ini peluang yang ditunggu-tunggu olehnya untuk dapat dekat dan berkomunikasi dengan Butia sekaligus meleraikan perselisihan faham antara mereka atau malah sebaliknya dia bahkan akan dikhianati sekali lagi oleh Butia? Otak Sazali betul-betul buntu. Dapatkah dia bekerjasama secara profesional dengan Butia sebagai AJK Lawatan & taklimat keselamatan bengkel-bengkel? Atau dia malah akan merosakkan program minggu pengurusan pelajar ini? Selanjutnya akan juga menghampakan harapan Puan Sofi yang telah menaruh harapan kepadanya untuk menjadi ahli jawatankuasa Lawatan & taklimat keselamatan bengkel-bengkel?
    “Ah.. aku buntu!” jerit Sazali tiba-tiba. Otaknya berselirat dengan pelbagai persoalan yang jawapannya tidak ada padanya. Tangannya meraup mukannya. Perkara itulah yang sering dilakukannya sekiranya dia dalam keadaan susah hati.
    “Sazali, kau tak apa-apa?” Jack yang kebetulan lalu di menyapa Sazali dengan nada yang terkejut mendengar keluhan berat Sazali.
    “Eh, a...aku tak ada apa-apa,” balas Sazali sebaik sahaja menyedari Jack, rakan sekualiah Butia ada berhampiran dengannya. Mukanya memerah. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa ada orang berada di sekitarnya. Dia hanya ingin melepaskan sedikit beban persoalan yang bermain-main di mindanya.
    “Betul ni?” tanya Jack sekali lagi untuk memastikan rakannya itu betul-betul tidak menghadapi masalah. Menurut perkiraannya, raut wajah Sazali ketika itu tidak seperti apa yang dikatakan oleh Sazali.
    “Betullah, aku hanya baharu dapat tahu yang aku merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa lawatan & taklimat keselamatan bengkel-bengkel bagi pelajar junior kita ni. Balas Sazali sebaik sahaja melihat Jack seperti tidak berpuas hati dengan jawapannya tadi. Sambil menunjukkan senarai ahli jawatankuasa lawatan & taklimat keselamatan bengkel-bengkel yang didapatinya dari Puan Sofi tadi.
    “Tahniah, aku jugak ada dalam program ni. Aku jadi setiusaha,” balas Jack menghadiahkan senyuman kepada Sazali. Nampaknya kali ini Jack telah berpuashati dengan jawapannya.
    Sazali juga turut tersenyum melihat senyuman Jack. Setahunnya, ramai rakan-rakan dari pelbagai program berhajat untuk menjadi ahli jawatankuasa program tersebut. Jack adalah salah satunya.
    Tiba-tiba Sazali terkenang pada kata-katanya tiga bulan lepas. Ketika itu Sazali dan Butia mengulangkaji bersama-sama di pondok cendawan berhampiran kelas. Butia memegang buku Bahasa English dan begitu juga dengan Sazali. Cuaca petang amat cerah dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
    Sejurus itu, sambil mempamerkan senyuman yang menawan, Sazali mengeluarkan dua borang yang tertulis AJK pengurusan pelajar baharu.

    ReplyDelete
  3. “Butia, jom kita memohon untuk menjadi AJK pengurusan pelajar baharu. Banyak kelebihannya tau. Selain boleh mendapat pengalaman sebagai pemimpin, kita juga boleh menambah profil dalam resume kita nanti.”
    “Dan... boleh cari teman wanita baru kan?” getus Butia dengan senyuman cuba mengusik Sazali.
    “Aku ikhlas tau, tapi aku dengar rakan-rakan lelaki dari kursus KFL tu, nak jadi ahli jawatankuasa sebab nak berkenalan dengan junior-junior yang comel-comel je,” kata Sazali dengan diikuti dengan tawaan mereka serentak.
    “Alah, awak pon sama kan Sazali,” balas Butia dengan muka mengejek sahabatnya Sazali.
    “Niat aku baik, tapi kalau dah yang ada berkenan dengan aku dan cantik, aku tak tolak,” balas Sazali sambil ketawa. Akhirnya mereka ketawa bersama-sama.
    “Sazali, aku masuk ke bilik Puan Sofi dulalah,” panggil Jack mematikan gambaran kenangananya tiga bulan lepas bersama Sazali.
    Serta merta degupan jantung Sazali berdegub kencang. Bayangan dirinya dan Sazali lenyap dengan sapaan oleh Jack. Serta merta suasana petang yang ceria di pondok cendawan berubah ke suasana di luar bengkel Bakeri dan Pasteri Jack berada betul-betul di hadapan Sazali.
    Sazali hanya membalas dengan anggukan dan senyuman mengiringi langkah Jack menuju ke bilik Puan Sofi. Mungkin Jack ingin menghantar dokumen minggu pengurusan pelajar baharu. Mengikut senarai AJK yang dilihatnya tadi, Jack adalah merupakan setiausaha jawatan kuasa minggu pengurusan pelajar baharu.
    Ternyata Sazali masih belum boleh lari dari memikirkan Butia dan kenangan-kenangan mereka. Adakah pilihannya untuk menjadi ahli jawatan kuasa itu tepat? Atau justeru dia perlu menarik diri agar semuanya akan menjadi baik-baik sahaja. pelbagai persoalan berlegar-legar bermain di minda Sazali.
    Perlahan-lahan Sazali melangkah. Sambil otaknya masih lagi dipenuhi dengan persoalan yang dia sendiri belum ada jawapannya. Beberapa minit kemudiannya, Sazali merasakan dirinya bergerak ke pondok cendawan batu tempat dia dan Butia sering mengulangkaji bersama suatu ketika dulu. Tiba-tiba hati Sazali menjadi tidak menentu. Pernafasannya menjadi tidak menentu. Ingin sahaja dia berteriak dan melepaskan semua rasa di dalam dadanya. Manakan tidak pada masa yang sama dia amat merindui sahabatnya yang bernama Butia. Pada masa yang sama juga hatinya merasa amat sakit apabila dia mengetahui yang dia dikhianati oleh sahabat yang amat dipercayainya.
    Tiba-tiba sahaja pandangan Sazali kembali ke waktu tiga bulan lepas. Di pondok yang sama, pondok cendawan batu. Kedua-dua borang memohon untuk menjadi ahli jawatankuasa minggu pengurusan pelajar baharu yang telah diisinya diserahkan kepada Butia.
    “Butia, borang kita ini awak tolong serahkan pada Puan Sofi ya, aku ada latihan bola tampar petang ni.” Balas Sazali sambil menghulurkan kedua-dua borang permohonan untuk menjadi ahli jawatan kuasa minggu pengurusan pelajar baharu.
    “Baik tuan,” balas Butia cuba berjenaka kepada Sazali. Kemudiannya kedua-dua sahabat itu ketawa serntak mendengar gurauan Butia.

    ReplyDelete
  4. Bab 3

    Butia melanglah dengan tenang mendaki tangga-tangga bas. Bas berhawa dingin itu akan membawanya pulang ke kampung. cuti seminggu ini akan dimanfaatkannya sebaik mungkin untuk bersama keluarga di kampung. hatinya yang luka akan mungkin dapat dipulihkan sedikit dengan pulang ke kampung halamannya dan bertemu dengan ayah ibunya.
    Butiah mengambil tempat duduk bernombor 10. Seperti nombor pada tiket yang dibelinya. Butiah melabuhkan punggungnya.
    ‘Eh, tempat duduk yang sama didudukinya beberapa bulan yang lepas. Pada masa itu, dia dan Haris Daniel sama-sama balik ke kampung untuk menghabiskan cuti semesternya. Masakan dia tidak ingat. Tempat duduk nombor 10 adalah tempat duduknya. Manakala tempat duduk di sebelahnya bernombor 9 adalah tempat duduk Haris Daniel. Bezanya hari ini dia keseorangan. Kerusi di sebelahnya kosong.’ Hampir bergenang air mata Butia mengenangkan kenagan beberapa bulan lepas itu.
    Bas yang ditumpanginya bergerak perlahan-lahan. Butia berusaha melelapkan matanya. Perjalanan selama hampir 3 jam itu bakal meletihkan dan memenatkannya.
    ‘Lebih baik dia melelapkan mata. Mudah-mudahan sebaik sahaja celikkan mata, dia akan sampai ke distenasi dengan selamat.’ Getus Butia sendirian.

    Tiba-tiba pandangan Butia menjadi gelap. Pemandangan didalam bas yang berpenhawa dingin itu tiba-tiba malap dan bertukar menjadi halaman rumah Pak Majid yang belum siap. Butia kecil yang berumur 7 tahun sedang menyusun lebihan kayu-kayu kecil yang tidak lagi digunakan ayahnya di bawah pokok mangga yang sedang berbuah lebat. Pohon mangga yang sedang berbuah lebat itu bagaikan rumah-rumah kepada Butia dan Haris Daniel. Buah mangga muda yang bergantungan cantik bagaikan lampu-lampu chandelier. Cukup indah. Ayah Butia Pak Ayob sedang bertukang rumah. Menyiapkan rumah Pak Majid. Rambut pendek dengan potongan pony di dahi adalah potongan kegemaran Butia. Senang nak urus katanya. Butia menampakkan dia hampir dengan wajah kanak-kanak lelaki meskipun dia memakai baju kurung berwarna kelabu.
    Ibunya selalu meminta dia menyimpan rambut panjang. Namun, lebih suka memotong rambutnya menjadi pendek. Panas kata Butia. Sedang butia menyusun-nyusun kayu-kayu sisa untuk dijadikan tempat duduk kecil, muncul Haris Daniel dengan pakaian yang basah kuyup. T-shirt hitam dan seluar track hitam lusush yang dipakainya masih menitiskan air menandakan dia baharu sahaja selesai mandi sungai dengan pakaian lengkap.
    “Hai Butia, awak buat apa tu?” tanya Haris Daniel dengan muka yang ceria.
    “Eh, Haris! Terkejut Butia tau. Awak mesti dari mandi sungai kan?”.
    Haris tidak menjawab tapi hanya mengangguk-angguk sambil mengambil tempat duduk si sebelah Butiah. Tangannya cuba mencapai kayu-kayu yang di susun Butia.

    ReplyDelete
  5. “Jangan kacaulah. Saya tengah menyusun kayu-kayu ini untuk dijadikan tempat duduk kecil. Butia nak masuk pertandingan Inovasi Kebangsaan. Macam abang yang kat dalam TV tu.“ Jawab Butia sambil menepis tangan Haris Daniel yang dianggapnya cuba menganggu kerja-kerjanya.
    “Dahlah muncul tiba-tiba je, ni nak kacau pulak.” Butia meneruskan bebelannya kepada sahabatnya itu dengan muka yang sedikit masam.
    “Aku nak tolong jelah,” balas Haris Daniel sambil tersengih dan melepaskan semula kayu yang dipegangnya tadi.
    Haris Daniel menyandarkan badannya pada pokok mangga sambil memerhatikan kerja-kerja Butia. Sesekali, dia akan menolong Butia memegang kayu yang hendak di tukul Butia.
    “Butia, jom kita makan dulu. Ayah dah lapar ni. Haris pun ikut sekali ya, banyak bekal makcik sediakan ni,” panggil Pak Ayob yang muncul menjinjing bekalan di tangannya. Bekal itu di bawa oleh Butiah tadi dan diletakkan di bawah rumah Pak Majid yang belum siap itu.
    “Jom,” balas Butia dan Haris Daniel serentak. Kedua-dua mereka ketawa serentak. Sebenarnya dari tadi lagi perutnya sudah berbunyi minta diisi. Namun dia tidak sanggup mendahului ayahnya makan terlebih dahulu.
    Haris Daniel tidak pernah menolak apabila diajak makan masakan makcik Salmah, ibu ibu Butia. Makcik Salma adalah seorang tukang masak yang handal. Tanpa berlengah, dia mencapai piring dan meminta agar disendukkan nasi ke pinggan tersebut.
    Tiba-tiba Butia tersentak, dan terbangun. Bas yang dinaikinya berhenti di hentian rehat Kimanis. Ramai penumpang yang turun untuk ke tandas dan membeli makanan ringan. Butia cepat-cepat mengambil tas tangannya dan ikut turun. Biasanya pemandu bas akan memberikan masa selama 5 minit sahaja kepada penumpang ke tandas atau membeli makanan ringan.
    Butia mendekati gerai jualan jagung rebus. Asap dari periuk jagung rebus itu bagai menggamitnya untuk datang memdapatkan jagung. Jagung rebus adalah makanan kegemaran Butia dan Haris Daniel.
    Tiba-tiba talifon bimbit Butia berdering. Butia menyeluk tas tangannya dan langsung memerhati nombor atau nama si pemanggil. Nombor yang tidak dikenali. Nombor jauh. Nombor dari Kuala Lumpur atau selangor kerana kodnya bermula dengan nombor 03..... tanpa berlengah, Butia menjawab panggilan tersebut.
    “Hello cik Butia binti Yusof, saya Heilen dari utusetia pertandingan Inovasi kebangsaan. Berhubung dengan permohonan cik Butia tempoh hari, kami dapati inovasi MEL CL7 telah berjaya melepasi saringan pertama kami bersama 20 peserta yang lainnya. Oleh itu, kami menjemput Cik Butia untuk mengadakan pameran dan sekaligus di nilai pada 27 ogos nanti. Segala butiran pertandingan dah kami emailkan kepada Cik Butia.” Panjang lebar pemanggil yang memperkenalkan namanya Heilen itu memberi penerangan. Butia sedikit terkedu.
    “Baik...baik. terima kasih cik,” jawab Butia gugup kerana terkejut dengan panggilan tersebut.
    Cepat-cepat Butia membayar jagung dan menghilang di perut bas. Diletakkan tas tangannya dan plastik jagungnya digantungkan di tempat yang disediakan. Seleranya untuk menikmati jagung rebus panas-panas tiba-tiba hilang. Butia cepat-cepat memeriksa emailnya sepertiyang dikatakan oleh cik Heilen tadi menerusi talipon bimbit pintarnya. Dia perlu cepat memeriksa email tersebut sebelum bas bergerak. Laluan di jalan Kimanis ini tidak semua kawasan ada liputan internet.

    ReplyDelete
  6. Menerusi talipon bimbitnya, Butia dapati ada satu email yang baharu sahaja diterimanya. Dibukannya email tadi dan di screen shot. Mudah untuknya membaca meskipun bas telah bergerak nanti.
    Bas bergerak. Butia membaca surat dari urusetia pertandingan inovasi kebangsaan. Inovasi MEL CL7 telah berjaya melepasi saringan pertama. Butia dijemput mengadakan pameran dan sekaligus bersedia untuk penilaian akhir pada 27 dan 28 ogos depan. Sila bawa bahan inovasi yang asli dan bersedia untuk dinilai. Hati Butia berbunga riang. Permohonannya dua minggu lepas untuk menyertai inovasi tersebut telah diterima.
    Namun, tiba-tiba Butia tersentak. Inovasi MEL CL7 yang didaftarkannya telah diciplak oleh Haris Daniel. Bagaimana mungkin dia akan membawa inovasi tersebut, adakah pihak menganjur akan mempercayainya yang dialah yang mencipta Inovasi MEL CL7? Butia mulai binggung. Perlahan-lahan tubunhya menggeletar. Matanya mulai berair. Dia mengesak perlahan. Apa yang harus dilakukannya?
    Pertandingan Inovasi itu amat penting untuknya. Berbulan-bulan dia mencipta Inovasi MEL CL7. Memasuki Pertandingan inovasi peringkat Kebangsaan ini adalah cita-citanya sejak kecil lagi. Mengapa setelah cita-citanya yang hampir terliasasi ini, justeru dia perlu tewas dengan ulah rakan baiknya sendiri? esakan Butia semakin kuat. Namun, cepat-cepat Butia mencapai batik parionya untuk menutup mukanya. Dia tidak mahu tangisan dan kesedihannya menganggu penumpang lain. Mujur penumpang-penumpang lain disekitarnya ramai yang telah melelapkan mata. Mudah-mudahan mereka tidak perasan dengan esakan yang kuatnya tadi.

    ReplyDelete
  7. Salam eRna, kita teruskan k;

    Bab 3 (ada judul tak dlm bab sebelumnya? Kalau ada, cari judul yg suspen)

    ‘(di manakah sosok haris daniei yg kukenal? Sosok pendengar yg baik - beri beberapa lagi ttg siapa haris danial kpd dirinya, sebelum ini. Bersembunyikan dia? di mana? Di sebalik hutan – sebut nama hutan yg dekat dgn rumah mereka, di sela2 pohon menjulang tinggi di bajaran crokers yg - ? itukah? Atau di belakang hutan batu dia mengintai utk mengambil kesempatan ke atas - ? kaitkan dgn projek2 utk pertandingan akan dtg,’ desis) Butia (dgn hati yg hanur luluh seperti - ? bandingkan dgn proses pengimpal di bengkel di kolej, sebut nama koleh)
    (tanpa sedar, butia yg) melanglah mendaki anak tangga bas, (di mana bas ni, tmbh; mengesak sedikit). Bas berhawa dingin itu akan membawanya pulang ke kampung – di mana kampung tu, tmbh; sekaligus membawa rindunya pada sebuah persahabatan yg terjalin sejak - ? dan kini telah - ? di pentas ? kaitkan dgn pertandingan inovasi tempoh hari. - Gmbarkan mcm mana rupa persahabatan yg hancur musnah tu di lantai pentas, tajam tak? Melukakan hatinya tak? luka mcm mana?),
    (‘Ya Tuhan,) )cuti seminggu ini akan dimanfaatkannya sebaik mungkin untuk bersama keluarga di kampung. hatinya yang luka akan mungkin dapat dipulihkan sedikit dengan pulang ke kampung halamannya dan bertemu dengan ayah ibunya. – buat monolog dlm bentuk soalan, misalnya, dptkan aku menyembunyikan - ? biasanya dia pulang kampung dgn haris danialkah waktu cuti begini, daniel singgah di rumah dia tak, bila di kampung, sekarang, apa komen ibu yg bekerja sebagai apa dan bapa yg bekerja sebagai apa, bila daniel tak singgah di rumah mereka)
    (riak muka butia) Butiah mengambil tempat duduk bernombor 10. Seperti nombor pada tiket yang dibelinya. Butiah melabuhkan punggungnya. (gmbarkan pernafasan, buat dia menyeluruhi keadaan dlm bas tu, apa yg dia Nampak, gmbarkan cahaya, udara, bunyi, tmbh; terasa seperti segala2nya terlalu jauh pada pandangannya, sejauh hatinya terhadap - ? buat dia terbayang pada inovasi, gmbarkan inovasi, warna, dan mcm mana, berapa hari baru siap dan kenapa dia bertungkus lumus menyiapkannya, di mana, buat dia teringat apdapertandingan inovasinya yg dirampas hak ciptanya oleh haris daniel dan sikap haris daniel selepas tu, buat dia teringat pada pertandingan2 inovasi yg kerap dimenangi sebelum ni, sebut beberapa inovasi)
    (‘Eh, tempat duduk yang sama didudukinya beberapa bulan yang lepas. Pada masa itu, dia dan Haris Daniel sama-sama balik ke kampung untuk menghabiskan cuti semesternya. Masakan dia tidak ingat. Tempat duduk nombor 10 adalah tempat duduknya. Manakala tempat duduk di sebelahnya bernombor 9 adalah tempat duduk Haris Daniel. Bezanya hari ini dia keseorangan. Kerusi di sebelahnya kosong.’ - semua molog ni tukar kepada yg lebih serius dan matang, sesuai dgn usia - boleh guna, tp seayat dua saja, buat satu babak flashback pensyarah2 bila dia kerap menang innovasi, di mana, bila, gmbarkan suasana waktu tu dan bandingkan dgn perasaan dia)
    (sekali lagi, ) hampir bergenang air mata Butia mengenangkan kenagan beberapa bulan lepas itu. (waktu butia terima ucapan demi ucapan tahniah, di mana haris Daniel? Butia dpt ucapan drpd rakan2 sekuliah juga tak? Sebut reaksi rakan2 sekuliah yg tak menang dan yg tak sertai pertandignan, apa komen pensyarahnya? Pensyarah tak terlibat beri pandangan, bimbingan dan cadangankah utk inovasi yg menang pertandingan tu ke? Waktu dia buat inovasi yg dirampas hak ciptanya oleh haris Daniel tu, pensyarah tidak tahukah, rasanya mcm mustahil pensyarah dia tak terlibatkan erna. Dan mustahil rakan2 sekuliah tidak tahu ttg ni sbb mereka menyaksikan butia bertungkus lumus membuatnya, fikir)

    ReplyDelete
  8. (matikan lamunan dia, gmbarkan perasaannya) Bas yang ditumpanginya bergerak perlahan-lahan. (gmbarkan suasana di luar tingkap, apa yg dia nampak, dan kaitkan dgn perasaannya dan haris Daniel, tmbh; Sedetik itu) Butia berusaha melelapkan matanya. Perjalanan selama hampir 3 jam (dari mana ke mana, sebut nama tempat) itu bakal meletihkan dan (memenatkannya – letih dan penat = sama makna, tukar.menderakan yg amat, (fizikal dan mentalnya. – ada cek point tak)
    ‘Lebih baik (dia melelapkan mata – tukar; merehatkan mindaku daripada asyik - ?) Mudah-mudahan sebaik sahaja celikkan mata, dia (sudah_ sampai ke distenasi dengan selamat (semua masalahnya dgn Daniel - ?).’(bisik) Butia sendirian.
    (dgn tak semena2, butia termangu tiba-tiba. (Terasa) pandangan(nya bagaikan berpinar2 liar) Pemandangan di dalam bas yang berhawa dingin itu (memalap suram) dan bertukar menjadi (sebuah) halaman rumah (yg sprit halaman rumah) (Pak Majid – sapa ni) yang belum siap, (d mana? Gmbarkan apa yg ada di perkarangan rumah, gmbarkan rumah diperbuat drpd apa)
    (Dgn mata yg masih terlelap rapat2 itu,) Butia (seakan dpt melihat dirinya yg masih) berumur 10 tahun - penampilan) sedang menyusun (lebihan tukar; serpihan) kayu-kayu kecil yang tidak lagi digunakan ayah (nya tukar; butia) di bawah pokok mangga yang sedang berbuah lebat. Pohon mangga yang sedang berbuah lebat itu bagaikan rumah-rumah kepada Butia dan Haris Daniel. Buah mangga muda yang bergantungan cantik bagaikan lampu-lampu chandelier. Cukup indah. Ayah Butia (yg dikenali sebagai) Pak Ayob (dlm kalangan org kampung, sedang bertukang rumah (utk) menyiapkan rumah Pak Majid. Rambut pendek dengan potongan (pony – kuda? Betul ke ni erna?) di dahi adalah potongan kegemaran Butia.
    (Senang nak urus (katanya. – buat dialog siapa ni)
    (Butia tahu). Ibunya selalu meminta dia menyimpan rambut Panjang haris Daniel suka juga tak? Knp). Namun, (butia) lebih suka memotong rambutnya (sependek potongan - ?). Panas kata Butia. Sedang butia menyusun-nyusun kayu-kayu sisa untuk dijadikan tempat duduk(nya), muncul Haris Daniel (usia?) dengan pakaian yang basah kuyup. T-shirt hitam dan seluar track hitam lusush yang dipakainya masih menitiskan air menandakan dia baharu sahaja selesai mandi (di) (sungai – sebut nama sungai) dengan pakaian lengkap.
    “Hai Butia, awak buat apa tu?” tanya Haris Daniel dengan muka yang ceria.
    “Eh, Haris! Terkejut Butia tau. Awak mesti dari mandi sungai kan?”(getus butia lalu tersenyum apabila Haris mengangguk-angguk (sebagai jawapan sambil mengambil tempat duduk si sebelah Butiah.
    (buat dialog haris Daniel) Tangannya cuba mencapai kayu-kayu yang disusun (oleh) Butia.
    “Jangan kacaulah. Saya tengah menyusun kayu-kayu ini untuk dijadikan tempat duduk kecil. Saya nak masuk pertandingan Inovasi Kebangsaan (kanak2?). Macam abang yang kat dalam TV tu“ (tegas) Butia sambil menepis tangan Haris Daniel yang (dianggapnya cuba menganggu kerja-kerjanya. Ini dah sebut kat dlm dialog, tukar)
    (dialog balas Daniel, riak muka)
    “Dahlah muncul tiba-tiba je, ni nak kacau pula!” (gerutu) Butia kepada sahabatnya itu dengan muka yang sedikit masam. (gmbarkan mcm mana dia pegang tukul dan buat apa dgn tukul tu)
    “(Hisy!) Aku nak tolong sajalah!” balas Haris Daniel sambil tersengih dan melepaskan semula kayu yang dipegangnya tadi.

    ReplyDelete
  9. Haris Daniel menyandarkan badannya pada pokok mangga sambil memerhatikan Butia (bekerja membuat - ?). Sesekali, dia akan menolong Butia memegang kayu yang hendak ditukul Butia. (gmbarkan inovasi tu, warna, sempurna tak buatannya)
    “Butia, mari kita makan dulu. Ayah dah lapar ni. Haris pun ikut sekali ya, banyak bekal mak cik (kamu) sediakan ni,” (ajak) (Pak Ayob tukar; ayah butia) yang muncul (di mana, tmbh; sambil) menjinjing (bekalan bekalan makanan tu dlm apa) di tangannya. Bekalan (yg) dibawa oleh Butiah (yg siapa sedikan, dari mana?) tadi dan diletakkan di bawah rumah Pak Majid yang belum siap itu.
    “Mari,” balas Butia dan Haris Daniel serentak. Kedua-dua mereka ketawa serentak.
    Sebenarnya dari tadi lagi perut (butia) sudah (berbunyi - seperti apa? Bandingkan dgn proses innovasi) minta diisi. Namun dia tidak sanggup mendahului ayahnya makan terlebih dahulu. (seperti biasa,) Haris Daniel tidak pernah menolak apabila diajak makan masakan (makcik Salmah, - delete) ibu Butia (.Makcik Salma adalah tukar; yg terkenal sebagai) seorang tukang masak yang handal (di mana). Tanpa berlengah, (dia siapa ni?) mencapai piring dan meminta (siapa) agar disendukkan nasi ke pinggan tersebut.
    Tiba-tiba Butia (terjaga daripada tidurnya. rupanya) bas yang dinaikinya sudah berhenti di Hentian Rehat Kimanis. Ramai penumpang yang (berpusu2) turun untuk ke tandas dan membeli makanan ringan (di mana mereka beli(. Butia cepat-cepat mengambil tas tangannya dan ikut turun. Biasanya pemandu bas akan memberikan masa selama 5 minit sahaja kepada penumpang ke tandas atau membeli makanan ringan.
    Butia mendekati gerai jualan jagung rebus. Asap dari periuk jagung rebus itu bagai menggamitnya untuk datang memdapatkan jagung. Jagung rebus adalah makanan kegemaran Butia dan Haris Daniel. (dia seakan dpt melihat - gmbarkan riak muka Daniel sambil makan jagung)
    (riak muka butia sambil menepis gambaran haris Daniel ke mana) Tiba-tiba talifon bimbit Butia berdering. Butia menyeluk tas tangannya dan langsung memerhati nombor (telefon tanpa) nama si pemanggil. Nombor (telefon) yang tidak dikenali. Nombor (menunjukkan si pemanggilnya berada di tempat yg) jauh. Nombor dari Kuala Lumpur atau selangor kerana kodnya bermula dengan nombor 03;;; Tanpa berlengah, Butia menjawab panggilan tersebut.
    “Hello, cik Butia binti Yusof(kah ini?” tanya suara wanitalelakidi talian sebelah sana)
    (dialog balas butia, gmbarkan perasaan dlm dada mcm mana rupanya)
    :”Selamat petang cik… saya (Heilen – beri nama penuh) dari utusetia pertandingan Inovasi kebangsaan. Berhubung dengan permohonan Cik Butia tempoh hari, kami dapati inovasi MEL CL7 telah berjaya melepasi saringan pertama kami bersama 20 peserta yang lainnya. Oleh itu, kami menjemput Cik Butia untuk mengadakan pameran dan sekaligus di nilai pada 27 ogos nanti. Segala butiran pertandingan sudah kami emailkan kepada Cik Butia.” Panjang lebar pemanggil (ber)nama Heilen itu memberi penerangan (dari talian di sebelah sana).
    “Ba… baik... baik. terima kasih puan,” jawab Butia, gugup kerana terkejut dengan panggilan tersebut.
    Cepat-cepat Butia membayar jagung dan (menghilang - tak sesuai, betulkan) di perut bas. Diletakkan tas tangannya dan plastik jagungnya digantungkan di tempat yang disediakan. Seleranya untuk menikmati jagung rebus panas-panas tiba-tiba hilang. Butia cepat-cepat memeriksa emailnya sepertiyang dikatakan oleh cik Heilen tadi menerusi talipon bimbit pintarnya. Dia perlu cepat memeriksa email tersebut sebelum bas bergerak. Laluan di Jalan Kimanis ini tidak semua kawasan ada liputan internet.

    ReplyDelete
  10. Menerusi talipon bimbitnya, Butia dapati ada satu email yang baharu sahaja diterimanya. Dibukannya email tadi dan di screen shot. Mudah untuknya membaca meskipun bas telah bergerak nanti.
    Bas bergerak. Butia membaca surat dari urusetia pertandingan inovasi kebangsaan. Inovasi MEL CL7 telah berjaya melepasi saringan pertama. Butia dijemput mengadakan pameran dan sekaligus bersedia untuk penilaian akhir pada 27 dan 28 ogos depan. Sila bawa bahan inovasi yang asli dan bersedia untuk dinilai. Hati Butia berbunga riang. Permohonannya dua minggu lepas untuk menyertai inovasi tersebut telah diterima. (guna italic font utk emel ni)
    Namun, tiba-tiba Butia tersentak. Inovasi MEL CL7 yang didaftarkannya telah diciplak oleh Haris Daniel. Bagaimana mungkin dia akan membawa inovasi tersebut, adakah pihak menganjur akan mempercayainya yang dialah yang mencipta Inovasi MEL CL7? Butia mulai binggung. (di luar kawalannya, tubunhya menggeletar (oleh perasaan - ? bandingkan dgn proses buat inovasi di bengkel, tmbh; kemudian, seakan sudah mengaku bahawa segala2nya sudah terlambt,) matanya (kembali berkaca2).
    Pertandingan Inovasi itu amat penting untuknya. (knp amat penting) Berbulan-bulan dia mencipta Inovasi MEL CL7. Memasuki Pertandingan inovasi peringkat Kebangsaan ini adalah cita-citanya sejak kecil (dahuu) lagi. Mengapa setelah cita-citanya yang hampir terliasasi ini, justeru dia perlu tewas dengan ulah rakan baiknya sendiri? Esakan Butia, (perasaan) Namun, cepat-cepat Butia mencapai (batik parionya – apa ni) untuk menutup mukanya. Dia tidak mahu tangisan dan kesedihannya menganggu penumpang lain. Mujur penumpang-penumpang (bas yg berhampiran dgnnya, (mereka dah balik ke dalam bas belum – sesuaikan dgn ayat seterusnya) ramai yang telah melelapkan mata. Mudah-mudahan mereka tidak (perasan tukar; menyedari atau terdengar) esakannya tadi.
    ‘Ibuuu… ayah… tolong! Apa yang harus aku lakukannya?’ (rintih hatinya, rusuh)

    itu je dulu erna, pastikan jumlah ms selaras dgn jumlah bab2 sebelumnya.

    gigih terus k

    ReplyDelete
  11. Bab 3.
    ‘Di manakah sosok Haris Daniei yang kukenal? Sosok pendengar yang baik. Sentiasa ada ketika aku perlukan sokongan dan kekuatan sebelum ini. Bersembunyikan dia? di mana? Di sebalik Hutan Kimanis yang ada dekat dengan rumah mereka di kampung, di sela-sela pohon menjulang tinggi di bajaran Croker yang masih merupakan hutan dara itukah? Atau di belakang hutan batu dia mengintai untuk mengambil kesempatan ke atas kajian dan inovasinya yang dipertandingkan akan datang?’ desis Butia dengan hati yang hancur luluh seperti luluhnya rod-rod kimpalan yang juga luluh menjadi kumai setelah menjalani proses kimpal arka di bengkel Teknologi Kimpalan Kolej Puncak Sarjana.
    Tanpa sedar, Butia yang melangkah mendaki anak tangga bas di stesen bas Nyui Lap di bandar Kota Kinabalu. Dirinya mengesak sedikit. Bas berhawa dingin itu akan membawanya pulang ke kampung Lisap, sekaligus membawa rindunya pada sebuah persahabatan yang terjalin sejak mereka masih kecil lagi. mungkin seawal mereka mengenal apa itu berkomunikasi. Kerana Butia dan Haris Daniel adalah jiran sekampung. Dan kini telah mencecah 19 tahun usia persahabatan mereka sehinggalah kejadian di pentas acara memperkenalkan inovasi Haris Daniel dua hari lepas. Persahabatan yang dibina selama 19 tahun itu hancur musnah di lantai pentas acara tersebut, seperti berkecainya kaca yang terhempas jatuh dari tingkat 15! Amat menyakitkan hati Butia. Sakit bagaikan jari yang dibakar oleh mesin SMAW kimpalan arka secara sengaja.
    ‘Ya Tuhan, cuti seminggu ini akan dimanfaatkannya sebaik mungkin untuk bersama keluarga di kampung. Hatinya yang luka akan mungkin dapat dipulihkan sedikit dengan pulang ke kampung halamannya dan bertemu dengan ayah ibu.
    ‘Dapatkah aku menyembunyikan persellisihan antara aku dan Haris Daniel? Pasti ibu atau takpun ibu Haris Daniel akan bertanya kepadaku tentang Haris Daniel. biasanya aku akan pulang ke kampung dengan Haris Danial pada waktu cuti begini.’ Ligat otak Butia memikirkan semua kemungkinan yang akan dihadapinya kerana pulang sendirian ke kampung.
    Biasanya Haris Daniel akan singgah di rumah Butia sebelum pulang ke rumahnya sendiri. Seperti biasa, ibu yang bekerja sebagai kerani di SK Lisap pasti tercari-cari akan kelibat Haris Daniel bila dia tak singgah di rumah mereka.
    ‘Ah... akan aku katakan sahaja yang Haris Daniel tidak balik ke kampung kerana sibuk dengan kerja-kerja akhir tahunnya. Biarlah.., mereka nak terima ke tak alasan aku? Hm... pandai-pandailah aku elak nanti.’ Putus Butia di dalam hati. Malas untuk memikirkan masalah tersebut panjang-panjang dengan wajah yang sedikit keruh.
    Berkerut wajah Butiah mengambil tempat duduk bernombor 10. Seperti nombor pada tiket yang dibelinya. Butiah melabuhkan punggungnya. Butia menarik nafas panjang dalam-dalam. Kata ibu, teknik pernafasan yang baik akan mengurangkan sedikit resah dan bahkan boleh memberi ketenangan.
    ‘Eh, tempat duduk yang sama,’ getus hati Butia. Masakan dia tidak ingat. Tempat duduk nombor 10 adalah tempat duduknya. Manakala tempat duduk di sebelahnya bernombor 9 adalah tempat duduk Haris Daniel dua bulan lepas.
    Pada masa itu, dia dan Haris Daniel sama-sama balik ke kampung untuk menghabiskan cuti semesternya. Bezanya hari ini dia keseorangan. Kerusi di sebelahnya kosong.

    ReplyDelete
  12. Butia cuba menenangkan diri. Pandangannya dilemparkan pada seluruh bas. Ada 45 buah tempat duduk semuanya. Bas yang berhawa dingin lengkap dengan tandas dan telivesyen menjadi pengangkutan yang amat selesa baginya serta penduduk Keningau dan daerah sekitarnya. Bas berhawa dingin inilah antara pengangkutan awam modern yang cukup membanggakan mereka di pedalaman. Kalau di semenanjung, mungkin pilihan yang ada selain bas ialah kereta api, komuter dan pesawat terbang. Namun, di kawasan pedalaman di Sabah seperti jalan ke kampungnya Kampung Lisap dalam Daerah Keningau, perkara itu agak mustahil kerana keadaan muka bumi yang bergunung ganang.
    Kebetulan tempat duduk Butia berhampiran tingkap. Butia melemparkan pemandanngan yang terang ke luar tingkap bas. Pemandangan yang terang di luar terasa seperti segala-galanyanya terlalu jauh pada pandangannya, sejauh hatinya terhadap inovasi ET CL8 atau dinamakan semula dengan MEL CL7 oleh Haris Daniel. ET CL8 yang berwarna perak itu mengambil masa hampir tiga bulan untuk di siapkan. Ini termasuk proses melakar, konsultasi dengan Encik Pits, mengimpal, mengecat dan pengujian. Ini belum lagi menyiapkan kertas kerja inovasi tersebut. Beratus ringgit wang yang Butia habiskan untuk membeli bahan-bahan seperti besi, spring, dan lain-lain lagi. Sungguh, Butia amat tidak percaya yang usahanya selama ini dengan mudah dirampas hak ciptanya oleh Haris Daniel!
    Paling menyakitkan lagi ialah, inovasi itu telah di daftarkannya untuk di pertandingkan di peringkat Nasional akan datang. Sikap Haris Daniel selepas tu, membuatkan Butia teringat pada pertandingan-pertandingan inovasi yang kerap dimenangi sebelum ni, seperti inovasi tempat membasuh tangan tergantung dan alat mengangkat besi pintar.
    Butia tiba-tiba bagai melihat dirinya pada tahun lepas setelah memenangi pingat perak untuk inovasi tempat membasuh tangan tergantung. Inovasi tersebut telah dibeli oleh syarikat yang mengusahakan alatan kesihatan. Inovasi ini telah digunakan di hospital-hospital swasta untuk memudahkan kakitangan hospital untuk menyahkuman atau mencuci tangan sebelum dan selepas merawat pesakit. Butia telah menerima banyak pujian dari pensyarah-pensyarah dan juga rakan-rakan sekolej. Ternyata rakan yang paling gembira sekali ialah Haris Daniel.
    “Tahniah Butia. Awak telah menjadi contoh yang baik dan mengharumkan nama Bengkel Teknologi Kimpalan dan Kolej Puncak Sarjana amnya.” Kata-kata Dekan pada majlis penyampaian hadiah di majlis Aspirasi Kolej Puncak Sarjana tahun lepas amat mengembirakannya. Kata-kata tersebut adalah antara pembakar semangatnya untuk lebih berusaha pada masa akan datang untuk meraih pingat yang lebih tinggi dengan inovasi yang lain.
    Sekali lagi, hampir bergenang air mata Butia mengenangkan kenagan tahun lepas itu. Waktu Butia menerima penghargaan tersebut, Haris Daniel ada hadir bersama di majlis tersebut sebagai penemannya. Butia mendapat ucapan tahniah juga dari rakan-rakan sekuliah dan pensyarah-pensyarah termasuk pensyarah penyelianya Encik Pits.
    “Tahniah Butia, awak hebat,” Encik Pits sambil tersenyum bangga menepuk bahu Butia.
    “Terima kasih Encik Pits, ini adalah hasil seliaan tuan jugak,” balas Butia sambil tersenyum bangga dengan pujian Encik Pits.

    ReplyDelete
  13. Lamunan Butia terhenti. Bas yang ditumpanginya bergerak perlahan-lahan. Suasana di luar tingkapsudah mula menjadi putih akibat kabus. Laluan Kimanis yang berbukit-bukau ini amat sinonim dengan kabus yang tebal. Begitu juga dengan perasaan Butia terhadap Haris Daniel. Semakin berkabus dan kelabu. Sedetik itu Butia berusaha melelapkan matanya. Perjalanan selama hampir 3 jam dari Kota Kinablu ke Pekan keningau itu bakal meletihkan dan menderakan yang amat fizikal dan mentalnya.
    ‘Lebih baik aku merehatkan mindaku daripada asyik terkenangkan masalah yang tidak sudah-sudah ni. Mudah-mudahan sebaik sahaja celikkan mata, aku sudah sampai ke distinasi dengan selamat dan semua masalahku dengan Haris Daniel akan selesai,’ bisik Butia sendirian.
    Dengan tak semena-mena, Butia termangu tiba-tiba. Terasa pandangannya bagaikan berpinar-pinar liar. Pemandangan di dalam bas yang berhawa dingin itu memalap suram dan bertukar menjadi sebuah halaman rumah yang belum siap. Halaman rumah Pak Majid, orang kaya di kampungnya. Rumah banglo dua tingkat. Tingkat bawahnya diperbuat dari simen dan bata. Bahagian atas pula di perbuat dari kayu agatis. Kayu mewah dan berkilau. Luas rumah berkenaan jika siap sepenuhnya ialah 4000 kaki persegi. Ukuran rumah yang amat luas untuk orang-orang di kampung Lisap.
    Dengan mata yang masih terlelap rapat-rapat itu, Butia seakan dapat melihat dirinya yang masih berumur 10 tahun. Butia sedang memakai baju kurung hijau berbunga kuning cair dan dengan rambut berpotong pendek ala lelaki sedang menyusun serpihan kayu-kayu kecil yang tidak lagi digunakan. Butia duduk dibawah pokok mangga yang sedang berbuah lebat. Pohon mangga yang sedang berbuah lebat itu bagaikan rumah-rumah kepada Butia dan Haris Daniel. Buah mangga muda yang bergantungan cantik bagaikan lampu-lampu chandelier. Cukup indah. Ayah Butia yang dikenali sebagai Pak Ayob dalam kalangan orang kampung, sedang bertukang rumah untuk menyiapkan rumah Pak Majid. Rambut pendek dengan potongan ala lelaki adalah potongan kegemaran Butia.
    “Potongan pendek macam ni senang nak urus bu, tak panas!” Butia selalu mengelak apabila ibunya meminta dia melupakan hasrat untuk memotong rambut. Butia lebih suka memotong rambutnya sependek potongan 6 inci. Haris Daniel justeru selalu menjadi penyokongnya untuk memotong rambut pendek.
    “Senang nak ajak main. Tak payah tunggu lama bersiap,” kata Haris Daniel.
    Sedang Butia menyusun-nyusun kayu-kayu sisa untuk dijadikan tempat duduk, muncul Haris Daniel yang seusia dengannya, 10 tahun dengan pakaian yang basah kuyup. T-shirt hitam dan seluar track hitam lusuh yang dipakainya masih menitiskan air menandakan dia baharu sahaja selesai mandi di sungai Pagalan dengan pakaian lengkap.
    “Hai Butia, awak buat apa tu?” tanya Haris Daniel dengan muka yang ceria.
    “Eh, Haris! Terkejut Butia tau. Awak mesti dari mandi sungai kan?” getus Butia lalu tersenyum apabila Haris mengangguk-angguk sebagai jawapan sambil mengambil tempat duduk si sebelah Butiah.
    “Seronok tau mandi sungai.”
    “Awak nak buat apa ni Butia?” tanya Haris daniel dengan wajah ceria sambil tangannya cuba mencapai kayu-kayu yang disusun oleh Butia.

    ReplyDelete
  14. “Saya nak cipta tempat duduk kecil. Nak masuk pertandingan Inovasi Kebangsaan kanak-kanak. Macam budak yang kat dalam TV tu.” Tegas Butia sambil menepis tangan Haris Daniel.
    “Dahlah muncul tiba-tiba je, ni nak kacau pula!” gerutu Butia kepada sahabatnya itu dengan muka yang sedikit masam.
    Tangan Butia memegang tukul dan menukul paku pada kayu kecil pada posisi menegak.
    “Hisy! Aku nak tolong sajalah!” balas Haris Daniel pura-pura ikut masam dan merajuk. Dia melepaskan semula kayu yang dipegangnya tadi.
    Haris Daniel menyandarkan badannya pada pokok mangga sambil memerhatikan Butia bekerja membuat bangku kecil yang comel. Cukup kemas dan cantik bangku buatan Butia. Agaknya bangku tersebut akan di cat denngan warna unggu. Warna kegemaran Butia. Kebetulan ada setin cat berwarna unggu berhampiran dengan Butia. Dikiranya bangku yang telah siap di buat oleh Butia. Ada dua buah semuanya. Ada beberapa kerangka yang belum siap sepenuhnya. Sesekali, dia akan menolong Butia memegang kayu yang hendak ditukul Butia.
    “Butia, mari kita makan dulu. Ayah dah lapar ni. Haris pun ikut sekali ya, banyak bekal mak cik kamu sediakan ni,” ajak ayah butia yang muncul di hadapan mereka sambil menjinjing bekalan bekalan makanan yang disusun cantik di dalam bakul rotanapa di tangannya. Bekalan yang dibawa oleh Butiah disedikan oleh ibu Butia, dari rumah tadi dan diletakkan di bawah rumah Pak Majid yang belum siap itu.
    “Mari,” balas Butia dan Haris Daniel serentak. Kedua-dua mereka ketawa gembira mendengar ajakan makan itu serentak.
    Sebenarnya dari tadi lagi perut Butia sudah berbunyi seperti besi yang di pukul untuk dibengkokkan minta diisi. Namun, dia tidak sanggup mendahului ayahnya makan terlebih dahulu. Seperti biasa, Haris Daniel tidak pernah menolak apabila diajak makan masakan ibu Butia, Makcik Salma yang terkenal sebagai seorang tukang masak yang handal di Kampung Lisap. Tanpa berlengah, haris Daniel mencapai piring dan meminta Butia agar disendukkan nasi ke pinggannya.
    Tiba-tiba Butia terjaga daripada tidurnya. Rupanya bas yang dinaikinya sudah berhenti di Hentian Rehat Kimanis. Ramai penumpang yang berpusu-pusu turun untuk ke tandas dan membeli makanan ringan di gerai-gerai yang banyak berderet di tempat rehat berkenaan. Butia cepat-cepat mengambil tas tangannya dan ikut turun. Biasanya pemandu bas akan memberikan masa selama 5 minit sahaja kepada penumpang ke tandas atau membeli makanan ringan.
    Butia mendekati gerai jualan jagung rebus. Asap dari periuk jagung rebus itu bagai menggamitnya untuk datang memdapatkan jagung. Jagung rebus adalah makanan kegemaran Butia dan Haris Daniel. Dia seakan dapat melihat riak muka Haris Daniel yang ceria sambil makan jagung rebus kegemarannya. Mata Butia di pejamkan untuk menepis gambaran wajah Haris Daniel ke tepi. Tiba-tiba talifon bimbit Butia berdering. Butia menyeluk tas tangannya dan langsung memerhati nombor telefon tanpa nama si pemanggil. Nombor telefon yang tidak dikenali. Nombor menunjukkan si pemanggilnya berada di tempat yang jauh. Nombor dari Kuala Lumpur atau Selangor kerana kodnya bermula dengan nombor 03-... Tanpa berlengah, Butia menjawab panggilan tersebut.

    ReplyDelete
  15. “Hello, cik Butia binti Yusof kah ini?” tanya suara wanita di talian sebelah sana.
    “Ya, saya Butia binti Yusof,” balas Butia dengan wajah berkerut dan dada yang berombak turun naik laju, terkejut mendengar nama penuhnya disebut di hujung talian. Panggilan rasmi.
    ”Selamat petang cik… saya Heilen James dari utusetia pertandingan Inovasi kebangsaan. Berhubung dengan permohonan Cik Butia tempoh hari, kami dapati inovasi MEL CL7 telah berjaya melepasi saringan pertama kami bersama 20 peserta yang lainnya. Oleh itu, kami menjemput Cik Butia untuk mengadakan pameran dan sekaligus di nilai pada 27 ogos nanti. Segala butiran pertandingan sudah kami emailkan kepada Cik Butia.” Panjang lebar pemanggil bernama Heilen itu memberi penerangan dari talian di sebelah sana.
    “Ba… baik... baik. terima kasih puan,eh.. cik Heilen James,” jawab Butia, gugup kerana terkejut dengan panggilan tersebut.
    Cepat-cepat Butia membayar jagung dan bergegas masuk ke perut bas. Diletakkan tas tangannya dan plastik jagungnya digantungkan di tempat yang disediakan. Seleranya untuk menikmati jagung rebus panas-panas tiba-tiba hilang. Butia cepat-cepat memeriksa emailnya sepertiyang dikatakan oleh cik Heilen James tadi menerusi telefon bimbit pintarnya. Dia perlu cepat memeriksa email tersebut sebelum bas bergerak. Laluan di Jalan Kimanis ini tidak semua kawasan ada liputan internet.
    Menerusi telefon bimbitnya, Butia dapati ada satu email yang baharu sahaja diterimanya. Dibukannya email tadi dan di screen shot. Mudah untuknya membaca meskipun bas telah bergerak nanti.
    Bas bergerak. Butia membaca surat dari urusetia pertandingan inovasi kebangsaan.
    Inovasi MEL CL7 telah berjaya melepasi saringan pertama. Cik Butia dijemput untuk mengadakan pameran dan sekaligus bersedia untuk penilaian akhir pada 27 dan 28 ogos depan. Sila bawa bahan inovasi yang asli dan bersedia untuk dinilai. Hati Butia berbunga riang.
    .................
    Permohonannya dua bulan lepas untuk menyertai inovasi tersebut telah diterima dan yang paling menggembirakan telah melepasi penilaian atau sarinngan pertama.
    Namun, tiba-tiba Butia tersentak. Inovasi MEL CL7 yang didaftarkannya telah diciplak oleh Haris Daniel. Bagaimana mungkin dia akan membawa inovasi tersebut, adakah pihak menganjur akan mempercayainya yang dialah yang mencipta Inovasi MEL CL7? Butia mulai binggung. Di luar kawalannya, tubunhya menggeletar oleh perasaan marahnya. Pertandingan Inovasi itu amat penting untuknya. Berbulan-bulan dia mencipta Inovasi MEL CL7. Memasuki Pertandingan inovasi peringkat Kebangsaan ini adalah cita-citanya sejak kecil dahulu lagi. Mengapa setelah cita-citanya yang hampir terliasasi ini, justeru dia perlu tewas dengan ulah rakan baiknya sendiri? Esakan Butia, perasaan sedihnya membuak-buak. Namun, cepat-cepat Butia mencapai kain batik berbentuk selendang yang dikenali sebagai batik pario hadiah dari ibu untuk menutup mukanya. Dia tidak mahu tangisan dan kesedihannya menganggu penumpang lain. Mujur penumpang-penumpang bas yang berhampiran dengannya, ramai yang telah melelapkan mata sebaik sahaja bas bergerak tadi. Mudah-mudahan mereka tidak terdengar esakannya tadi.
    ‘Ibuuu… ayah… tolong! Apa yang harus aku lakukannya?’ rintih hatinya, rusuh.

    ReplyDelete
  16. Erna, copy dan cek eaan saja k;


    Bab 3

    ‘Di manakah sosok Haris Daniei yang kukenal? Sosok pendengar yang baik yang sentiasa ada ketika aku perlukan sokongan dan kekuatan sebelum ini?? Bersembunyikah dia? Di mana? Di sebalik Hutan Kimanis yang dekat dengan rumah kami di kampung? Di sela-sela pohon menjulang tinggi di Bajaran Croker yang masih merupakan hutan dara itukah? Atau di belakang hutan batu dia mengintai untuk mengambil kesempatan ke atas kajian dan inovasiku yang bakal dipertandingkan kelak?’ desis Butia dengan hati yang hancur luluh, seperti luluhnya rod-rod kimpalan sehingga menjadi kumai setelah menjalani proses kimpal arka di bengkel Teknologi Kimpalan Kolej Puncak Sarjana.
    Tanpa sedar, Butia dapati dia sudah pun sampai di Stesyen Bas Nyai Lap, di Bandaraya Kota Kinabalu. Saat melangkah menaiki anak tangga bas, dia mengesak sedikit. Pilu. Bas berhawa dingin itu akan membawanya pulang ke kampung Lisap, sekaligus membawa rindunya pada sebuah persahabatan yang terjalin sejak mereka masih kecil lagi. Malah, mungkin seawal mereka mengenal apa itu berkomunikasi. Terutama sekali apabila mereka tinggal berjiranan di kampung dan sering bertemu, saban hari.
    Dan kini telah mencecah 19 tahun usia persahabatan mereka sehinggalah Haris Daniel yang tanpa segan silunya lagi, memperkenalkan inovasi ciptaan Butia sebagai ciptaan sendiri di hadapan penonton, di atas pentas, dua hari lepas. Persahabatan yang dibina selama 19 tahun itu hancur musnah di lantai pentas acara tersebut, seperti berkecainya kaca yang terhempas jatuh dari tingkat 15! Amat menyakitkan hati Butia. Sakit bagaikan jari yang dibakar oleh mesin SMAW kimpalan arka secara sengaja.
    ‘Ya Tuhan, cuti seminggu ini akan kumanfaatkan sebaik mungkin untuk bersama keluarga di kampung,” bisiknya. Mungkin hatinya yang luka akan dapat dipulihkan sedikit apabila sudah berada di kampung halamannya dan dapat bertemu dengan ayah ibu semula. ‘Dapatkah aku sembunyikan persellisihan antara aku dan Haris Daniel kelak?’
    Ligat otak Butia memikirkan tentang penyelesaian terhadap semua kemungkinan yang akan di hadapinya kerana dia pulang sendirian ke kampung. Pasti ibu atau, jika tidak pun ibu Haris Daniel akan bertanya kepadaku tentang Haris Daniel. Biasanya dia akan pulang ke kampung dengan Haris Danial pada waktu cuti begini. Biasanya Haris Daniel akan singgah di rumah Butia sebelum pulang ke rumahnya sendiri. Ibu yang bekerja sebagai kerani di SK Lisap pasti tercari-cari akan kelibat Haris Daniel andainya dia tidak kunjung tiba.
    ‘Ah... akan aku katakan sahaja yang Haris Daniel tidak balik ke kampung kerana sibuk dengan kerja-kerja tahun akhirnya. Biarlah.., mereka nak terima ke tak alasan aku? Hm... pandai-pandailah aku elak nanti.’ Putus Butia di dalam hati. Malas untuk memikirkan tentang masalah tersebut berpanjang-panjangan lagi.
    Dengan wajah keruhnya yang berkerut-kerut, Butiah mengambil tempat duduk bernombor 10 bersesuaian dengan nombor pada tiket yang dibelinya. Butiah melabuhkan punggungnya lalu menarik nafas panjang dalam-dalam. Kata ibu, teknik pernafasan yang baik akan mengurangkan sedikit resah dan bahkan boleh memberi ketenangan.
    ‘Eh, tempat duduk yang sama,’ getus hati Butia. Masakan dia tidak ingat. Dua bulan yang lalu, tempat duduk nombor 10 adalah tempat duduk lazimnya. Manakala tempat

    ReplyDelete
  17. duduk di sebelahnya bernombor 9 adalah tempat duduk Haris Daniel.
    Pada masa itu, dia dan Haris Daniel sama-sama balik ke kampung untuk menghabiskan cuti semesternya. Bezanya hari ini dia keseorangan. Kerusi di sebelahnya kosong.
    Butia menghela nafas Panjang, cuba menenangkan diri. Dia menerawangkan pandangannya pada keseluruhan bas yang mempunyai 45 buah tempat duduk itu. Bas berhawa dingin yang lengkap dengan tandas dan televisyen menjadi pengangkutan yang amat selesa baginya serta penduduk Keningau dan daerah sekitarnya. Bas berhawa dingin inilah antara pengangkutan awam modern yang cukup membanggakan mereka di pedalaman.
    ‘Bas ini jugalah yang menyaksikan betapa akrapnya aku dengan Haris Daniel sebelum ini,’ getus hatinya kesayuan.
    Namun, sepantas itu dia segera mengalihkan tumpuan fikirannya daripada Haris Daniel. Fikirnya, kalau di semenanjung, mungkin pilihan yang ada selain bas ialah kereta api, komuter dan pesawat terbang. Namun, di kawasan pedalaman di Sabah seperti jalan ke kampungnya Kampung Lisap dalam Daerah Keningau, perkara itu agak mustahil kerana keadaan muka bumi yang berbukit bukau dan bergunung ganang.
    Kebetulan tempat duduk Butia berhampiran tingkap. Butia menyoroti suasana tengah hari yang terang benderang di luar tingkap bas. Pemandangan hutan batu di luar sana, terasa begitu jauh pada jauh pada pandangannya, sejauh hatinya terhadap Haris Daniel yang bukan sekadar merompak inovasinya, akan tetapi memandai-mandai pula menukar namanya daripada ET CL8 kepada nama MEL CL7.
    Padahal semua di makmal menyaksikan bagaimana ET CL8 yang berwarna perak itu mengambil masa hampir tiga bulan untuk Butia siapkan. Ini termasuk proses melakar, konsultasi dengan Encik Pits, mengimpal, mengecat dan pengujian. Itu belum lagi termasuk proses menyiapkan kertas kerja inovasi tersebut. Beratus ringgit wang yang Butia habiskan untuk membeli bahan-bahan seperti besi, spring, dan lain-lain lagi. Dengan sebegitu mudah dan percuma pula, Haris Daniel mengaku sebagai penciptanya.
    ‘Amboi!’ dengus Butia dalam hati, geram yang bukan kepalang.. Sungguh Butia sukar mempercayai bahawa usahanya selama ini dengan mudah dirampas hak ciptanya oleh Haris Daniel!
    Paling menyakitkan lagi ialah, inovasi itu telah diadaftarkan untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan akan datang. Butia mengertapkan giginya atas bawah, menahan geram yang membuak dalam dadanya. Dalam hati, dia tertanya-tanya; Apakah memang ada yang percaya bahawa inovasi yang dipersembahkan oleh Haris Daniel di pentas itu, benar-benar hasil ciptaan remajalelaki itu? Apakah, selama ini, para penonton yang juga terdiri daripada pensyarah-pensyarah institusi itu, tidak menyedari bahawa Haris Daniel tidak berkeupayaan mencipta sesuatu yang secanggih itu? Tidak pernahkah para penonton itu menyaksikan bagaimana dia memenangi pertandingan demi pertandingan inovasi sebelum ni? Pernahkah mereka menyaksikan Haris Daniel mencipta memenangi apa-apa berkaitan dengan inoasi, walaupun dia sekursus dengannya? Pernahkah?
    Sedetik itu, Butia termangu. Tiba-tiba dia bagai dapat melihat dirinya pada tahun lepas sewaktu memenangi pingat perak untuk inovasi tempat membasuh tangan tergantung. Terharu dia apabila inovasinya dibeli oleh syarikat yang mengusahakan alatan kesihatan. Kian terharu apabila inovasinya digunakan di hospital-hospital

    ReplyDelete
  18. swasta untuk memudahkan kakitangan hospital untuk menyahkuman atau mencuci tangan sebelum dan selepas merawat pesakit. Butia telah menerima banyak pujian dari pensyarah-pensyarah dan juga rakan-rakan sekolej. Anehnya, ketika itu, yang kelihatan paling gembira sekali ialah Haris Daniel.
    “Tahniah Butia. Awak telah menjadi contoh yang baik dan mengharumkan nama Bengkel Teknologi Kimpalan dan Kolej Puncak Sarjana amnya,”ujar dekan kolek itu, dalam majlis penyampaian hadiah di majlis Aspirasi Kolej Puncak Sarjana tahun lepas.
    Hati Butia amat tersentuh. Kata-kata dekan tersebut adalah antara pembakar semangatnya untuk dia lebih berusaha pada masa akan datang. Sekali gus berusaha untuk meraih pingat yang lebih tinggi dengan inovasi yang lain pula.
    Sekali lagi, tergenang air mata Butia mengenangkan kenangan tahun lepas itu. Waktu Butia menerima hadiah kemenangannya, Haris Daniel turut hadir sebagai pengiringnya. Butia yang bagaikan berada di awang-awangan itu, terharu tidak sudah apabila mendapat ucapan tahniah bertalu-talu, terutamanya daripada dari rakan-rakan sekuliah, pensyarah-pensyarah dan pensyarah penyelianya Encik Pits.
    “Tahniah Butia, awak memang hebat,” Encik Pits sambil tersenyum bangga sambal menepuk-nepuk bahu Butia.
    “Terima kasih Encik Pits, ini adalah hasil seliaan tuan juga,” balas Butia sambil tersenyum keharuan dengan pujian Encik Pits.
    Butia menghela nafas panjang lalu menyimpan kenangan indah itu, jauh-jauh di lubuk hatinya. Bas yang ditumpanginya itu bergerak perlahan-lahan dalam suasana yang kian memutih ka, di sepanjang laluan Kimanis yang berbukit-bukau dan amat sinonim dengan kabus yang tebal itu. Begitu juga dengan perasaan Butia terhadap Haris Daniel. Semakin berkabus kelabu. Sedetik itu, Butia berusaha melelapkan matanya. Perjalanan selama hampir 3 jam dari Kota Kinablu ke Pekan keningau itu bakal meletihkan dan menderakan yang amat fizikal dan mentalnya.
    ‘Lebih baik aku merehatkan mindaku daripada asyik mengenangkan masalah ciptaan si Haris Daniel yang tidak sudah-sudah itu. Mudah-mudahan sebaik sahaja celikkan mata, aku sudah sampai ke distinasi dengan selamat dan semua masalahku dengan Haris Daniel akan selesai,’ bisik Butia sendirian.
    Sebaik sahaja dia mulai membawa dirinya ke alam tidur, tiba-tiba Butia termangu. Terasa pandangan mata fikirnya berpinar-pinar liar. Dengan tidak semena-mena, pemandangan di dalam bas berhawa dingin yang memalap suram itu, bertukar menjadi sebuah halaman rumah yang belum siap, seperti halaman rumah banglo dua tingkat milik Pak Majid. Bahagian tingkat bawah banglo itu diperbuat daripada simen dan batu bata. Sementara bahagian atasnya pula diperbuat daripada kayu agatis.
    ‘Kayu mewah yang berkilau itu,’ getus hatinya, tanpa sedar. Luas rumah berkenaan jika siap sepenuhnya sekitar 4000 kaki persegi. Ukuran rumah yang amat luas untuk orang-orang di kampung Lisap, termasuk kepada Butia sendiri.
    Dengan mata yang masih terlelap rapat itu, Butia seakan dapat melihat akan dirinya yang masih berumur 10 tahun, memakai baju kurung hijau berbunga kuning cair dan dengan rambut berpotong pendek ala lelaki, potongan kegemarannya. Butia yang masih kecil itu begitu tekun menyusun serpihan kayu-kayu kecil yang sudah dilonggokkan di satu sudut rumah untuk dibakar.
    Butia yang masih kecil itu duduk di bawah pokok mangga yang rendang. Pohon mangga yang sedang berbuah lebat itu bagaikan membentuk rumah-rumah perlindungan buat Butia dan Haris Daniel. Buah mangga muda yang bergantungan

    ReplyDelete
  19. dari ranting dan dahannya, cantik bagaikan lampu-lampu chandelier. Begitu indah. Ayah Butia yang dikenali sebagai Pak Ayob dalam kalangan orang kampung, kelihatan sibuk bertukang untuk menyiapkan banglo Pak Majid itu. Butia yang masih kecil itu, menyentuh rambut pendeknya.
    “Potongan pendek macam ni senang nak urus bu, tak panas!” Butia selalu mengelak apabila ibunya meminta dia melupakan hasrat untuk memotong rambut, suatu ketika dahulu. Butia lebih suka memotong rambutnya sependek potongan 6 inci.
    “Senang nak ajak main. Tak payah tunggu lama bersiap,” sampuk Haris Daniel seakan ditujukan kepada ibu Butia, sebagai membela pilihan Butia, suatu hari dahulu.
    Serta merta, ibu Butia terdaim dan menjeling Butia yang tersengih-sengih keriangan. Butia melonjak keriangan lalu mengucup pipi ibu. Mujur Haris Daniel selalu bersedia untuk menjadi penyokongnya berambut pendek.
    Sedang Butia yang masih kecil itu menyusun-nyusun serpihan kayu untuk dijadikan tempat duduk, muncul Haris Daniel yang seusia dengannya, 10 tahun dengan pakaian yang basah kuyup. T-shirt hitam dan seluar track hitam lusuh yang dipakainya masih menitiskan air jernih menandakan dia baharu sahaja selesai mandi di sungai Pagalan dengan pakaian lengkap.
    “Hai Butia, awak buat apa tu?” tegur Haris Daniel dengan muka yang ceria.
    “Eh, Haris! Terkejut Butia tau. Awak mesti dari mandi sungai ni kan?” getus Butia lalu tersenyum apabila Haris mengangguk-angguk sebagai jawapan sambil mengambil tempat duduk si sebelahnya.
    “Seronok tau mandi sungai dengan kawan-kawan… itulah awak, diajak tak mau ikut.,. Hehehe… Awak nak buat apa ni Butia?” tanya Haris daniel sambill cuba mencapai serpihan kayu-kayu yang disusun oleh Butia.
    “Saya nak cipta tempat duduk kecil. Nak masuk pertandingan Inovasi Kebangsaan kanak-kanak. Macam budak yang kat dalam TV tu,” tegas Butia sambil menepis tangan Haris Daniel daripada mengganggu serpihan kayu itu.
    “Eh, kenapa?” tanya Haris Daniel, terus tersengih-sengih.
    “Dahlah muncul tiba-tiba je, ni nak kacau pula!” gerutu Butia kepada sahabatnya itu dengan muka yang sedikit masam. Butia memegang tukul dan menukul paku pada kayu kecil pada posisi menegak.
    “Hisy! Aku nak tolong sajalah!” balas Haris Daniel yang jelas berpura-pura ikut memasamkan muka dan merajuk. Dia melepaskan semula kayu yang dipegangnya tadi. Dia lalu menyandarkan badannya pada pokok mangga sambil memerhatikan Butia bekerja membuat bangku kecil yang comel.
    Butia tidak mempedulikan Haris Daniel lagi. Dia kembali tekun menghasilkan bangku kecil ciptaannya. Hasil ciptaannya, dua buah bangku kecil yang cukup kemas dan cantic hasil buatannya. Butia yang masih kecil itu berkira-kira untuk mengecat bangku tersebut denngan warna unggu. Warna kegemarannya. Kebetulan ada setin cat berwarna unggu milik ayah Butia, berhampiran dengan perdu pokok manga itu. Ada beberapa kerangka yang belum siap sepenuhnya. Sesekali, dia membiarkan Haris Daniel menolongnya memegang kayu yang hendak ditukul.
    “Butia, mari kita makan dulu. Ayah dah lapar ni. Haris pun ikut sekali ya, banyak bekal mak cik kamu sediakan ni,” ajak ayah butia yang muncul di hadapan mereka sambil menjinjing bekas bekalan makanan yang disusun cantik di dalam bakul rotan. Bekalan

    ReplyDelete
  20. yang dibawa oleh Butia itu, disedikan oleh ibu Butia dari rumah tadi dan diletakkan di bawah banglo Pak Majid yang belum siap itu.
    “Baik pak cik,” sahut Haris Daniel sambal tersenyum lebar.
    “Mari,” ajak Butia yang diikuti dengan ketawa gembira oleh Haris Daniel.
    Sebenarnya dari tadi lagi perut Butia yang masih kecil itu, sudah berbunyi minta diisi, seperti besi yang dipukul untuk dibengkokkan. Namun, dia tidak sanggup mendahului ayahnya makan terlebih dahulu. Ketulahan mendahului orang yang lenih tua, k pesan emak biasanya. Butia akur dengan pendapat ibunya. Seperti biasa, Haris Daniel tidak pernah menolak apabila diajak makan masakan ibu Butia yang terkenal sebagai Mak Cik Salma, tukang masak handalan di Kampung Lisap. Tanpa berlengah, Haris Daniel mencapai pinggan dan meminta Butia agar disendukkan nasi ke pinggannya.
    Bunyi hon kenderaan di luar bas itu, tiba-tiba menyentak Butia daripada kenangan silamnya.. Rupanya bas yang dinaikinya sudah berhenti di Hentian Rehat Kimanis. Ramai penumpang yang berpusu-pusu turun untuk ke tandas dan membeli makanan ringan di gerai-gerai yang banyak berderet di tempat rehat berkenaan. Butia cepat-cepat mengambil tas tangannya dan ikut turun. Biasanya pemandu bas akan memberikan masa selama 5 minit sahaja kepada penumpang ke tandas atau membeli makanan ringan.
    Butia segera mendekati gerai jagung rebus. Wap dari periuk jagung rebus itu bagai menggamitnya untuk datang memdapatkan jagung rebus yang menadi makanan kegemarannya dan Haris Daniel. Dia seakan dapat melihat Haris Daniel yang tersenyum ceria sambil memakan jagung rebus kegemarannya. Butia memejamkan matanya untuk menepis gambaran wajah Haris Daniel ke tepi dalam longkang berhampiran. Serentak dengan itu telefon bimbitnya berdering nyaring minta disambut.
    Dengan tergesa-gesa, Butia menyeluk tas tangannya dan langsung memerhati nombor telefon tanpa nama si pemanggil. Nombor telefon yang tidak dikenali. Nombor menunjukkan si pemanggilnya berada di tempat yang jauh. Nombor dari Kuala Lumpur atau Selangor kerana kodnya bermula dengan nombor 03 -. Gerak hatinya memberitahu bahawa itu adalah panggilan penting. Tanpa berlengah, Butia menjawab panggilan tersebut.
    “Hello, Boleh saya bercakap dengan Cik Butia binti Yusofkah?” tanya suara wanita di talian sebelah sana.
    “Ya, saya Butia binti Yusof,” balas Butia dengan wajah berkerut dan dada yang berombak turun naik laju, terkejut mendengar nama penuhnya disebut di hujung talian. Panggilan rasmi.
    ”Selamat petang cik…”
    “Selamat petang cik… puan…” balas Butia, penuh hormat.
    “Puan… hehe… Cik Butia, saya Heilen James dari urusetia pertandingan Inovasi kebangsaan. Berhubung dengan permohonan Cik Butia tempoh hari, kami dapati inovasi MEL CL7 telah berjaya melepasi saringan pertama kami bersama 20 peserta yang lainnya. Oleh itu, kami menjemput Cik Butia untuk mengadakan pameran dan sekali gus untuk dinilai pada 27 ogos nanti. Segala butiran pertandingan sudah kami emailkan kepada Cik Butia,” Panjang lebar pemanggil bernama Heilen itu memberi penerangan melalui talian di sebelah sana.
    “Oh! Ba… baik... baik. terima kasih puan, eh.. Cik Heilen James,” jawab Butia, kegugupan kerana terkejut dengan panggilan tersebut.

    ReplyDelete
  21. Cepat-cepat Butia harga membayar jagung beliannya dan bergegas masuk ke perut bas. Diletakkan tas tangannya di pangkuannya dan plastik jagung tadi digantungkan di tempat yang disediakan. Seleranya untuk menikmati jagung rebus panas-panas tiba-tiba hilang. Butia cepat-cepat memeriksa kotak e-mailnya seperti yang disarankan oleh Cik Heilen James sebentar tadi, menerusi telefon bimbit pintarnya. Dia perlu cepat memeriksa e-mail tersebut sebelum bas bergerak. Tidak semua kawasan di laluan Jalan Kimanis, mempunyai perkhidmatan liputan internet.
    Menerusi telefon bimbitnya, Butia dapati ada email yang baharu sahaja diterimanya. Dibukannya email tadi dan di screen shotnya bagi memudahkan dia membaca meskipun bas telah bergerak nanti. Butia lalu membaca surat dari urusetia pertandingan inovasi kebangsaan, dengan dada yang berdebar tidak menentu.
    Inovasi MEL CL7 telah berjaya melepasi saringan pertama. Cik Butia dijemput untuk mengadakan pameran dan sekaligus bersedia untuk penilaian akhir pada 27 dan 28 ogos depan. Sila bawa bahan inovasi yang asli dan bersedia untuk dinilai.
    Hati Butia sempat berbunga riang. Sungguh tidak disangka. Permohonannya dua bulan lepas untuk menyertai inovasi tersebut telah diterima dan yang paling menggembirakan telah melepasi penilaian atau saringan pertama. Terasa, jika boleh, waktu itu juga dia ingin mengkhabarkan tentang berita gembira ini, dengan keluarganya dan Haris Daniel, seperti selalu.
    Namun, tiba-tiba Butia tersentak. Segera dia ingat. Inovasi MEL CL7 yang didaftarkannya telah diciplak oleh Haris Daniel. Bagaimana mungkin dia dapat membawa inovasi tersebut, jika ia boleh dianggap tidak asli lagi kerana sudah diciplak orang.
    ‘Bagaimana jika nanti pihak menganjur tidak mempercayai bahawa dialah yang mencipta Inovasi MEL CL7? Aduh, bagaimana ini?’ Butia terhimpit bingung. Di luar kawalannya, tubunhya menggeletar oleh perasaan amarah yang bukan kepalang. Pertandingan Inovasi itu amat penting kepadanya. Berbulan-bulan dia mencipta Inovasi MEL CL7. Memasuki pertandingan inovasi peringkat Kebangsaan ini adalah cita-citanya sejak kecil dahulu lagi.
    ‘Mengapa setelah cita-citanya yang hampir terliasasi ini, justeru dia perlu tewas dengan ulah rakan baikku sendiri?’ Esak Butia dengan kesedihan dan rasa keterkilanan yang membuak-buak.
    Namun, cepat-cepat Butia mencapai kain batik berbentuk selendang yang dikenali sebagai batik pario hadiah daripada ibu untuk menutup mukanya. Dia tidak mahu tangisan kesedihannya menganggu penumpang bas yang lain. Mujur kebanyakan penumpang-penumpang bas yang berhampiran, telah melelapkan mata sebaik sahaja bas bergerak tadi. Mudah-mudahan mereka tidak terdengar esakannya tadi. Mudah-mudahan, ada sesuatu yang dapat dilakukan, untuk mengatasi masalah ini. Namun, dia tidak pasti apa.
    ‘Ibuuu… ayah… tolong! Apa yang harus aku lakukannya?’ rintih hatinya, rusuh.

    itu je utk bab 3 erna, sekarang awak dah boleh mulakan bab 4 pula.

    gigih terus k

    ReplyDelete